Anda di halaman 1dari 15

BAHAGIAN A

(20 Markah)

Soalan 1 hingga 13

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling tepat.

1. Tiang telefon di hadapan rumah Elena condong akibat dipukul _____________


semalam.

A. hujan

B. panas

C. ribut

D. angin

2. ___________________ merupakan bekas pelatih di Maktab Perguruan


Perempuan Melayu Melaka.

A. Doktor Fazillah Kamsah

B. Profesor Daud

C. Tuanku Najihah

D. Cikgu Rozita

3. Emak ______________ lima tongkol jagung di dalam sebuah periuk di atas


dapur kayu.

A. merebus

B. menumis
1
C. menggoreng

D. memanggang

4. “____________ nama kucing kesayangan kamu ini?” tanya Fadzil kepada rakan
karibnya, Azlan.

A. Apa

B. Siapa

C. Apakah

D. Siapakah

5. Suara adik menjadi _____________ akibat terlalu lama menangis.

A. serak

B. garau

C. nyaring

D. lantang

6. Bapa diberi peluang untuk melakukan ______________ kererta baharu yang


akan dibelinya.

A. kaji selidik

B. pandu lalu

C. soal siasat

D. pandu uji

2
7. Datuk berjalan terincut-incut kerana ____________ kaki datuk luka terpijak
kaca.

A. ceracak

B. telapak

C. telunjuk

D. lelangit

8. Ibu meletakkan beberapa _____________ tomato untuk dimakan bersama-sama


nasi ayam.

A. ketul

B. hiris

C. kerat

D. keping

9. Bapa _______________ menjejakkan kakinya ke Kuala Lumpur walaupun sudah


berkali-kali kami adik-beradik mengajaknya.

A. masih sedang

B. belum pernah

C. sudah pernah

D. telah pernah

10. Sharifah tidak dapat melihat dengan jelas dalam cahaya yang _________ itu.

3
A. teduh-teduh

B. pudar-pudar

C. samar-samar

D. redup-redup

11. Beliau telah membuktikan ______________ kecacatan bukan alasan untuk tidak
berjaya dalam hidup.

A. ialah

B. bahawa

C. untuk

D. yang

12. Pintar ____________ Sang Monyet kerana berjaya menipu Sang Harimau yang
garang itu.

A. sungguh

B. terlalu

C. paling

D. agak

13. Hasil eksperimen itu akan _______________ dalam kumpulan masing-masing


terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada Profesor Mikhail.
4
A. diumumkan

B. dinyatakan

C. dibahaskan

D. dibincangkan

14. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Puan Salwa dan keluarganya bercuti selama seminggu selepas penat bekerja.

A. Puan Salwa dan keluarganya akan bercuti selama seminggu sebelum


penat bekerja.

B. Oleh sebab penat bekerja selama seminggu, Puan Salwa dan


keluarganya bercuti.

C. Puan Salwa dan keluarganya bercadang bercuti selama seminggu.

D. Selepas penat bekerja, Puan Salwa dan keluarganya bercuti selama


seminggu.

15. Pilih ayat yang betul.

A. Guru Besar menasihati para-para peserta lawatan supaya menjaga


tingkah laku dan keselamatan diri.

B. Setengah pemandu kereta tidak memakai tali pinggang keledar semasa


memandu.

C. Amar mendapat tempat dua dalam pertandingan tentang keselamatan di


jalan raya.

5
D. Doktor menasihati datuk supaya mengambil setengah sudu teh gula
sahaja dalam setiap cawan kopi yang diminumnya.

16. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I. Tapak kasut itu sudah haus kerana sudah lama digunakan.

II. Cuaca yang panas menyebabkan saya berasa sangat haus.

III. Tubuh Pak Daud semakin hari semakin haus.

IV. Akibat kemarau yang berpanjangan, air sungai itu menjadi haus.

A. I dan II

B. II dan III

C. I dan IV

D. III dan IV

Soalan 17 hingga 20.

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

6
Masalah disiplin murid-murid merujuk perbuatan atau salah laku yang melanggar
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Salah laku yang sering dilakukan
oleh murid-murid termasuklah ponteng sekolah, vandalisme, melawan guru dan
sebagainya. Namun demikian, masalah disiplin yang berlaku ini boleh diatasi.

Masalah disiplin dalam kalangan murid-murid ketika ini tidak boleh dipandang
remeh malah perlu diberi perhatian serius. Institusi keluarga merupakan aspek penting
pembentukan disiplin di sekolah kerana disiplin murid-murid berpunca dari rumah. Ibu
bapa merupakan orang yang bertanggungjawab membentuk perilaku anak-anak
mereka.Kasih sayang yang secukupnya boleh menghindari murid-murid daripada
perbuatan yang negatif seperti buli.

Seterusnya, pihak sekolah juga boleh menangani masalah disiplin murid-murid


dengan memperketatkan peraturan di sekolah dan mengenakan hukuman yang
setimpal kepada pesalah-pesalah disiplin. Dengan cara begini, murid-murid tidak berani
untuk melanggar peraturan sekolah. PIBG juga hendaklah menjalankan peranan yang
sebaiknya agar masalah disiplin murid-murid dapat diatasi.

Selain itu, media massa menjadi medium yang penting agar masalah disiplin
dapat diatasi. Media massa seperti televisyen berperanan menerapkan unsur-unsur
positif dalam setiap tayangan untuk mendidik para penonton. Penayangan filem
berunsur keganasan perlulah ditapis agar tidak menjadi ikutan.

Mata pelajaran Pendidikan Moral dan Agama Islam sangat penting untuk
membentuk tingkah laku yang positif dalam diri murid-murid. Murid-murid mesti
menerapkan amalan-amalan baik dalam kehidupan melalui mata pelajaran tersebut.
Jikalau semua pihak berganding bahu, masalah disiplin dalam kalangan murid-murid
sudah tentu dapat diatasi.

17. Berdasarkan teks, masalah disiplin boleh diatasi oleh yang berikut, kecuali

A. ibu bapa

7
B. guru-guru

C. saudara-mara

D. media massa

18. Masalah disiplin murid-murid ialah

A. perbuatan meniru sikap negatif

B. perbuatan mengajuk-ajuk cakap guru

C. perbuatan yang boleh dicontohi

D. perbuatan melanggar peraturan sekolah

19. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan

A. Masalah disiplin murid-murid bermula dari sekolah.

B. Guru-guru hanya boleh mengenakan denda yang minimum.

C. Mata pelajaran Pendidikan Moral dan Agama Islam sangat penting.

D. Media massa tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal murid-murid.

20. Perkataan medium dalam petikan bermaksud __________________.

A. bahan tontonan

B. bahan perantara

C. bahan kajian

D. bahan jenaka

BAHAGIAN B
(30 Markah)

8
Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberi.

dari daripada di pada

ke oleh dengan akan

(a) Gerakan mencari mangsa bot karam itu akan diteruskan ___________ pagi esok.

(b) Aiman berjalan kaki ke sekolah _____________ adiknya, Aina setiap pagi.

(c) Seminar Bahasa Melayu itu telah disertai oleh para peserta ______________
Sabah dan Sarawak.

(d) Nadia memasukkan sampah _________ dalam tong sampah.

(4 markah)

Soalan 22

(a) Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Ayat tanya:

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Jawapan: Ibu bapa yang bertanggungjawab menyemai minat membaca dalam jiwa
anak-
anak.
(2 markah)

(b) Tulis dialog yang paling sesuai bagi watak di bawah.

9
_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

(2 markah)

Soalan 23

(a) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

(b) Kesan perkataan yang salah penggunaan imbuhannya. Kemudian, tulis perkataan yang betul
(2 markah)
dalam ruang yang disediakan.

i. Semua murid dikehendaki kumpul di dewan sekolah.

10
ii. Kuih karipap itu membuat oleh ibu saya.

iii. Banglo lama itu merupakan antara banglo kebesaran


di kawasan tersebut.

(2 markah)

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada cuti persekolahan yang lalu, kami sekeluarga telah melancong ke luar negara.
Destinasi pilihan kami sekeluarga ialah negara Korea Selatan.
Kami bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan
Terbang Incheon, Korea Selatan. Suasana di lapangan terbang itu amat bersih. Kami
terpegun dengan kemudahan yang disediakan di lapangan terbang tersebut.
Kami menginap di sebuah pangsapuri yang berhampiran dengan lapangan
terbang. Kami terpaksa memakai pakaian tebal kerana suhu di sini amat sejuk, iaitu
antara 0 hingga 4 darjah Celsius.
Kami melawat ke istana-istana lama yang terletak di In-sa-dong. Kami
berpeluang melawat kubu pertahanan Korea Selatan.
Selain itu, saya dan keluarga saya sempat mengunjungi “pasar terbuka” di
Seoul. Terdapat pelbagai barang yang dijual di pasar ini. Ibu saya rambang mata
melihat pelbagai barangan yang dijual. Saya membeli beberapa cenderamata sebagai
tanda kenang-kenangan.
Setelah lima hari berada di Korea Selatan, kami sekeluarga kembali ke Malaysia.
Pengalaman bercuti di Korea Selatan tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

a) Perkataan terpegun dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

_____________________________________________________________

11
( 1 markah )

b) Mengapakah mereka memakai pakaian tebal ketika berada di negara Korea


Selatan ?

________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
( 2 markah )

c) Di manakah antara lokasi lawatan keluarga tersebut ?

________________________________________________________________
________________________________________________________________
( 2 markah )

d) Jika diberi pilihan untuk melancong, negara manakah menjadi pilihan anda ?
Mengapa ?

________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
( 3 markah )
Soalan 25
Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Pantun Budi

Rendang sungguh pohon kelapa,


12
Hidup subur di tengah laman;
Sopan kata jangan dilupa,
Budi yang elok kita amalkan.

Anak Cik Siti menjual pantun,


Pantun dibeli si anak nyonya;
Baik hati bersopan santun,
Itulah insan mulia hatinya.

Dayung sampan membawa padi,


Guni dipikul pemuda sasa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.

Gembira terasa pabila berjalan,


Singgah di kota membeli barang;
Budi bahasa jadikan amalan,
Barulah kita dihormati orang.

a) Apakah maksud rangkap keempat pantun di atas ?

________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
( 2 markah )

13
b) Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Kita perlu menjadikan perkara yang baik dan sopan sebagai


amalan dalam kehidupan.

Orang yang hidup dalam berbudi bahasa akan mudah


dihormati orang.

Insan yang mulia sudah tentu hidupnya akan menderita.

( 3 markah )

c) Apakah tingkah laku yang boleh dilakukan untuk menjadikan kita seorang
yang dihormati ?

________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
( 2 markah )

Baik hati bersopan santun,


Itulah insan mulia hatinya.

d) Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

14
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
( 3 markah )
KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

______________________________ ________________________________
(SYAHMI AFIF SYAHIR BIN ABDUL RANI) (JAAFAR BIN CHEK MAY)
KETUA PANITIA BAHASA MELAYU, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,
SK SUNGAI JERNIH SK SUNGAI JERNIH

Disahkan Oleh :

______________________________
(NAZARI BIN AHMAD)
GURU BESAR,
SK SUNGAI JERNIH

15

Anda mungkin juga menyukai