Anda di halaman 1dari 7

On Kari Ikan Merah

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan merah
1 paket kecil rempah kari 
1 sudu besar halba campur
1 tangkai daun kari
Sedikit serbuk cili/cili kisar - jika suka pedas
1 kepal asam jawa
1 kotak santan kotak + 3 kotak air
Garam

Bahan hiris:
2 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Bahan lain:
8 batang kacang bendi
1 biji tomato buah
2 tangkai cili hijau - belah 2

Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak dan tumis cili padi,
bawang putih dan bawang merah yang dihiris dan halba
campur. Bila minyak banyak, baru minyak akan timbul
ketika dimasukkan santan. Minyak yang banyak bukan
saja kari nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap. 
Masukkan rempah kari kering yang tidak dibancuh
dengan air. Kacau laju laju dalam 1-2 minit sebelum
dimasukkan sedikit air. Masak lama lama dengan api
perlahan sehingga rempah garing dan pecah minyak. 
Setelah rempah terbit minyak, baru masukkan daun kari,
santan dan air asam jawa. Perlahankan api. Kena selalu
dikacau sehingga mendidih supaya kuah cantik dan
tidak berketul. 

Bila mendidih, masukkan ikan. Setelah ikan hampir


masak, masukkan bendi, tomato dan cili hijau.

Perlahankan api dan biarkan mereneh sehingga ianya


pecah minyak. Jika perlu, boleh keluarkan ikan terlebih
dahulu sementara kuah terbit minyak.

Masukkan garam. Rasa garam harus seimbang dengan


rasa masam. Paling penting, biarkan kuah kari ada
sedikit rasa masam barulah rasanya lebih sedap.
Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Saya suka kuah kari ikan yang sedikit cair dan rasa
masam.

Kalau kari ayam, saya akan kisar sedikit bawang besar


dan dimasukkan dalam kuah selepas dimasukkan
santan yang sedang mendidih. Baru kari akan lebih
pekat dan lemak manis. 

Jika sementara menunggu kuah terbit minyak, boleh


ceduk keluar ikan takut ikan hancur. 
Tips untuk menyediakan Kari Yang sedap. 
Rempah Kari Kering
Rempah ditumis kering dan dikacau dengan laju dalam
1-2 minit sebelum dimasuk sedikit air dan perlahankan
api. Lepas terbit minyak barulah masukkan daun kari.

Kuantiti Minyak
Menumis kari mesti menggunakan minyak yang banyak.
Ketika dimasukkan santan, baru minyak akan timbul.
Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi
rasanya pun lebih sedap.

Hirisan Bawang
Bawang bawang dan halia lebih sedap jika dihiris dan
ditumis.

Halba Campur
Halba campur adalah bahan yang wajib dimasukkan
dalam masakan kari ikan saya. Ia dapat menjadikan
rasa dan aroma yang cukup hebat untuk kari ikan. 

Rempah Kari Kering


Rempah ditumis kering dan dikacau dengan laju dalam
1-2 minit sebelum dimasuk sedikit air dan perlahankan
api. Lepas terbit minyak barulah masukkan daun kari.
Apabila dah masuk air dan santan, perlahankan api dan
biarkan lauk kari itu mereneh. Akhir sekali masukkan
asam jawa atau asam keping, garam secukup rasa. 

Pecah Minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan
rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang
panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul
dipermukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta
santan. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan
lama dengan penggunaan api perlahan sehingga
minyak naik.

Asam Jawa dan Santan


Pastikan santan digaulkan dengan asam jawa hingga
sebati terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam
periuk. Apabila sebati adunannya barulah dituang ke
dalam tumisan rempah yang sudah naik minyaknya.
Mungkin ini agak janggal namun enak rasanya.

Kacau Sentiasa
Sebaik santan dimasukkan, kari haruslah sentiasa
dikacau atau sesekali dikacau sehingga kuahnya
mendidih. Ini bagi memastikan santan tidak pecah
minyaknya dan kuah juga lebih elok.

Sedikit Masam
Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam
berbanding jenis kari lain. Gaulkan asam jawa
secukupnya ke dalam santan dan perasakan. Rasa
garam juga harus seimbang. Paling penting, biarkan
sedikit masam barulah rasanya lebih ‘umphh’.

Tambahan Sayuran
Akhir sekali masukkanlah tambahan sayuran. Tidak
terlalu penting namun tambahan sayuran seperti kacang
bendi dan tomato menaikkan lagi rasa berbeza kepada
rasa kuah.

Anda mungkin juga menyukai