Anda di halaman 1dari 2

EDISI JAWABAN

LATIHAN PENGENALPASTIAN PENGGUNAAN IMBUHAN DALAM AYAT


Nyatakan penggunaan imbuhan yang salah dan betulkan penggunaan imbuhan tersebut pada ruangan
yang disediakan.

Nombor Ayat Kesalahan Pembetulan


imbuhan
1 Puan Hamidah memperolehi Anugerah memperolehi memperoleh
Perkhidmatan Cemerlang setelah
bekerja keras selama beberapa tahun.
2 Pihak polis menemui beberapa butir menemui menemukan
peluru lama di pekarangan sekolah itu.
3 Orang ramai dinasihatkan supaya dinasihatkan dinasihati
mengamalkan penjarakan fizikal ketika
berada di tempat awam.
4 Para perajurit negara yang berjuang mempertahani mempertahankan
untuk mempertahani ibu pertiwi
haruslah diperingati oleh masyarakat.
5 Encik Mugilan diminta agar mengemaskini mengemaskinikan
mengemaskini maklumat berkaitan
dengan pemegang-pemegang saham
syarikat itu.
6 Pihak polis mengekor beberapa orang mengekor mengekori
penganggur yang disyaki melakukan
jenayah ragut di kawasan perumahan
itu.
7 Puan Hamidun merebusi ayah ubi kayu merebusi merebuskan
yang dibeli di pasar tani hingga empuk.
8 Para murid prasekolah yang mengenderakan mengenderai
mengenderakan bas sekolah diminta
agar menjaga keselamatan diri.
9 Kotak yang berat amat itu telah diangkat terangkat
diangkat oleh Aiman Afiq.
10 Guru besar enggan memperakukan memperakukan memperakui
permohonan bertukar sekolah guru
Bahasa Melayu itu.
11 Semua pihak mempersetujui cadangan mempersetujui menyetujui
tersebut walaupun pada awalnya
terdapat beberapa bantahan.
12 Pak Atan mempersuami anak gadisnya mempersuami mempersuamikan
dengan seorang pengurus bank yang
bekerja di ibu negara.
13 Murid yang nakal itu kena dirotan oleh dirotan rotan
guru disiplin di bilik guru.

DISEDIAKAN OLEH CIKGU THEEBAN


1
14 Pihak kerajaan masih berusaha untuk memperkasa memperkasakan
memperkasa kedudukan bahasa
Melayu.
15 Teknik bina ayat yang amat mudah bina pembinaan
sekali diberikan oleh Cikgu Rahim.
16 Kami memaut pada sebatang kayu memaut berpaut
ketika merentasi sungai yang deras itu.
17 Kawasan terbiar yang tidak memagar memagar berpagar
itu telah dicerobohi oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab.
18 Uniform sekolah Aisyah yang terkoyak terjahit berjahit
itu masih belum terjahit.
19 Peserta ekspedisi itu meneruskan berpandu berpandukan
perjalanan mereka dengan berpandu
peta dan kompas.
20 Pihak majikan menyerahi tugasan menyerahi menyerahkan
mustahak itu kepada Encik Awang agar
dapat dibereskan dengan segeranya.
21 Firdaus mengenepikan kenderaannya mengenepikan mengetepikan
apabila sebuah lori terlanggar
keretanya dari belakang.
22 Para peserta diminta untuk mengisikan mengisikan mengisi
borang penyertaan pertandingan itu di
khemah urus setia.
23 Puan Hasnah ditugasi untuk mengurus ditugasi ditugaskan
pendaftaran peserta pertandingan bola
baling peringkat daerah.
24 Cikgu Tan CL diundang untuk menyantunkan menyantuni
menyantunkan para pelajar yang akan
menduduki peperiksaan SPM.
25 Meganathan menyudahkan penutupan menyudahkan menyudahi
karangannya dengan serangkap pantun
yang indah.
26 Kami berdoa agar ibu dan ayah dicucurkan dicucuri
dicucurkan oleh-Nya rahmat.
27 Pokok-pokok kelapa memagarkan memagarkan memagari
kawasan lapang di belakang sekolah
kami.
28 Potret yang cantik itu menghias ruang menghias menghiasi
tamu rumah Encik Wong yang luas.
29 Semua tuntutan itu perlu diperhalusi diperhalusi dihalusi
sebelum keputusan muktamad dibuat
oleh pihak atasan.

DISEDIAKAN OLEH CIKGU THEEBAN


2

Anda mungkin juga menyukai