Anda di halaman 1dari 14

PENGHARGAAN

Saya berasa bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Pertama sekali, saya mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh kerana memberi peluang kepada kami
menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi
memudahkan saya dan rakan- rakan seperjuangan mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan
dengan tajuk tugasan kami.-

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Sugumaran A/L Velayutham yang telah
banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak
tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan kerana memberi kepercayaan kepada saya dan
rakan- rakan sekelas saya dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.

Tidak lupa kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan
dalam menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan- rakan yang lain. Malah,
jutaan terima kasih juga kepada rakan- rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-
lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar- tukar idea dalam membantu kami
menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat menambahkan
ilmu pengetahuan kami di samping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang.

1
PENULISAN ILMIAH

1.0 PENGENALAN

Pada era globalisasi ini, manusia sedang menghabiskan masa dan tenaga dengan
mengejar kekayaan untuk menampung kehidupan seharian demi kebahagiaan dan
kesejahteraan hidup mereka. Menurut George William Curtis (seperti disebut dalam Brainy
Quotes, 2001), kebahagiaan terletak, pertama sekali dalam kesihatan. Masyarakat kini tidak
sedar bahawa disebalik kekayaan yang mereka kecapi, mereka telah mengetepikan suatu
perkara yang sepatutnya diambil serius dalam kehidupan iaitu kesihatan. Sejak kebelakangan
ini, negara kita juga tidak terlepas dari dilanda oleh pelbagai isu gaya hidup sihat seperti
pemakanan, obesiti, senaman ataupun aktiviti fizikal, stres, penyakit hipokinetik, merokok,
penyalahgunaan bahan, kesihatan diri dan kesihatan reproduktif. Tabiat merokok merupakan
salah satu isu yang telah menjadi kebiasaan kepada masyarakat sehingga dapat melihatnya
dalam kehidupan seharian kita di merata- rata tempat.

2.0 MEROKOK

Secara umumnya, merokok merupakan sesuatu perbuatan menyedut asap rokok melalui
mulut. Seorang perokok akan memerlukan sebatang rokok yang berbentuk silinder dari kertas
berukuran panjang untuk merokok. Isu merokok bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang
dewasa malah pelajar- pelajar sekolah dan lebih menyedihkan ialah orang wanita juga
mempunyai tabiat ini. Tinjauan Kesihatan Kebangsaan melalui Global Audit Tobacco Survey
Malaysia 2011 menunjukkan kadar merokok dalam kalangan dewasa di negara ini adalah 23
peratus iaitu lebih empat juta penduduk [CITATION Leb13 \l 1033 ]. Bukan sahaja itu, menurut
Kassim (2015), sejumlah 22.8 peratus remaja mula mencuba merokok sejak berumur 10 tahun
dan 30.0 peratus pula akan mencuba merokok sebatang atau dua batang rokok.

Rokok yang telah menjadi kegemaran kepada ramai pihak mengandungi pelbagai bahan
berbahaya yang membawa kesan buruk kepada kesihatan manusia. Gambar 1 menunjukkan
bahan- bahan yang terkandung dalam sebatang rokok. Antara bahan- bahan kimia yang
terdapat dalam rokok ialah ammonia, karbon monoksida, methanol, tar, arsenik, butanol,
nikotin, tobacco dan sebagainya. Setiap bahan tersebut mempunyai fungsi dan sifat- sifat
tertentu. Misalnya, tar digunakan untuk membuat jalan manakala karbon monoksida merupakan
gas beracun yang dikeluarkan dari kenderaan.

2
Gambar 1 : Kandungan sebatang rokok.

Selain itu, rokok dalam gambar 1 telah mengalami perubahan pada alaf baharu ini.
Rokok kini boleh didapati sebagai rokok elektronik dan vape di seantero dunia. Peranti
elektronik yang mengandungi nikotin dikatakan sebagai rokok elektronik, sementara yang tidak
mengandungi nikotin dikatakan sebagai vape. Komponen utama rokok elektronik dan vape
adalah bateri, atomiser dan katrij. Bukan sahaja itu, rokok elektronik mengandungi bahan-
bahan seperti nikotin, bahan perisa dan pewarna, gliserin sayur- sayuran dan propylene glycol.
Manakala, vape mengandungi gliserin sayur- sayuran, bahan perisa dan pewarna dan
propylene glycol. Rokok elektronik ini telah diperkenalkan sebagai pengganti rokok bertujuan
untuk mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan masyarakat. Tetapi, menurut Brian
(seperti disebut dalam Rokok Elektronik, 2015) kajian telah menunjukkan rokok elektronik dan
vape merupakan satu “Gate way” untuk golongan kanak- kanak memulakan tabiat merokok.

Gambar 2 : Contoh gambar vape

2.1 PUNCA- PUNCA MEROKOK


Terdapat beberapa punca isu merokok berleluasa dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Rajah 1 menunjukkan antara punca berlakunya isu merokok dalam kalangan
masyarakat. Pertamanya ialah beberapa kajian yang dijalankan terdahulu di negara maju
mendapati keluarga merupakan faktor penyumbang kepada isu merokok [ CITATION KHL07 \l
1033 ]. Pernyataan ini disokong oleh Abu Bakar & Saad bahawa faktor keluarga mempengaruhi
tingkah laku anak- anaknya untuk merokok. Hal ini sama dengan peribahasa bapa borek, anak
rintik yang bermaksud seseorang anak akan mewarisi kelakuan baik atau buruk orang tuanya.

3
Sebagaimana yang kita sedia maklum, seseorang anak akan mula merokok apabila melihat ahli
Keluarga
keluarganya merokok di hadapannya dengan tanggapan ia merupakan sesuatu perkara yang
Tekanan
biasa. Keduanya ialah, Kurang
kurangnya pengetahuan kesihatan. Para perokok tidak mempunyai
Pengetahuan
kefahaman yang secukup tentang buruknya merokok dan impak kepada kesihatan mereka.
Pernyataan ini disokong oleh Ahmad & Mustaffa bahawa sebilangan perokok merokok sekadar
PUNCA ISU
untuk berseronok sahaja tanpa memikirkan MEROKOK
kesan buruk akibat tabiat merokok.

Budaya Rakan Sebaya

Media Massa

Rajah 1: Punca Isu Merokok

Di samping itu, pengaruh luar juga dianggap sebagai punca isu merokok. Pengaruh
luar dapat dibahagikan kepada pengaruh rakan sebaya, media massa dan budaya. Rakan
sebaya sentiasa menjadi faktor dalam mempengaruhi perlakuan seseorang individu.
Kebanyakan amalan merokok bermula terutamanya dalam kalangan remaja disebabkan
penerimaan individu dalam sesuatu kumpulan. Hal ini disokong oleh Kassim (2015), isu
merokok bermula apabila seseorang cuba mengimitasi atau meniru tabiat orang dewasa dan
rakan sebaya supaya diterima oleh “geng” ataupun kumpulan. Bukan sahaja itu, ramai merokok
kerana teman sebayanya merokok dan menganjurkannya untuk merokok [ CITATION Nur \l
1033 ].

Lain daripada itu, media massa merupakan agen penyebaran maklumat utama kepada
masyarakat kita. Kebanyakan filem kini banyak menunjukkan situasi dimana hero merokok

4
dengan pelbagai gaya menyebabkan masyarakat mengikuti perbuatan tersebut. Ini disebabkan
pada masa ini masyarakat menjadikan personaliti media sebagai idola mereka. Lama-
kelamaan ini menimbulkan rasa ingin tahu dalam diri seseorang untuk mencuba perlakuan yang
dilihat. Menurut Hyde & Setaro (2006), seseorang mula merokok disebabkan rasa ingin tahu
untuk merasa kebahagiaan yang diperolehi melalui merokok. Sementara itu, pengaruh budaya
juga merupakan antara punca peningkatan isu gaya hidup sihat. Sejak dahulu, kebanyakan
perbuatan yang diamalkan oleh masyarakat adalah hasil dipengaruhi oleh budaya lain.
Lantaran itu, merokok telah menjadi sebahagian daripada budaya yang diterima oleh
masyarakat Malaysia. Seterusnya ialah, tekanan hidup. Terdapat perokok yang mula merokok
untuk mengurangkan tekanan hidupnya. Ada juga pihak yang mengatakan mengisap rokok
dapat menghilangkan masalah untuk seketika dan dapat berfikir dengan tenang. Rajah 2
menunjukkan data daripada sesuatu kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO).

Rajah 2 : Data merokok dalam kalangan lelaki dan perempuan

2.2 KESAN- KESAN MEROKOK

Sebagaimana yang kita ketahui, setiap tindakan mempunyai tindak balas yang sama
atau berlawanan. Baru- baru ini, kesan merokok dapat dilihat secara meluas di semua media
bercetak mahupun elektronik. Antara kesan merokok ialah serangan jantung, jangkitan paru-
paru, strok, kedutan kulit, kanser, gangguan kesuburan, gangguan kepada kandungan, ulser
perut dan sebagainya. Dalam pada itu, kesan merokok tidak semestinya berlaku pada satu
pihak iaitu diri sendiri. Malah, kepada pihak ketiga yang tidak mempunyai tabiat merokok.
Secara umumnya, perokok digolongkan kepada dua kumpulan iaitu perokok pasif dan aktif.
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok [
CITATION htt \l 1033 ]. Manakala, perokok aktif pula orang yang menyedut asap rokok tanpa
paksaan. Dalam keadaan ini, kedua- dua akan menghadapi kesan merokok.

Kesan pertamanya ialah, serangan jantung. Risiko perokok mendapat serangan jantung
meningkat kerana jantung terpaksa bekerja keras akibat penyempitan salur darah dan
peningkatan kadar denyutan jantung. Seperti yang kita sedia maklum, menghisap rokok akan

5
menyebabkan darah tinggi dan mengakibatkan jantung bekerja keras untuk mengalirkan darah
ke seluruh badan. Gambar 3 menunjukkan keadaan saluran darah disebabkan tabiat merokok.
Keduanya ialah, jangkitan paru- paru dimana tabiat merokok akan merosakkan tisu paru- paru
yang menyebabkan keupayaan menyerap oksigen terganggu. Perokok juga akan menghidapi
batuk yang panjang dan lambat sembuh. Strok juga merupakan salah satu kesan merokok
kepada kesihatan manusia. Tabiat merokok pada setiap hari akan membawa kepada
berlakunya pemendapan lemak pada dinding saluran darah yang menyebabkan aliran darah
terganggu mengakibatkan pembentukan darah beku yang akhirnya membawa kepada strok.
Rajah 3 menunjukkan sepuluh punca kematian di Malaysia. Menurut World Health Organization
(2017), masalah jantung dan strok merupakan dua punca utama berlakunya kematian di negara
kita.

Gambar 3: Keadaan jantung akibat merokok

6
Rajah 3 : Sepuluh punca kematian di Malaysia
Keempatnya ialah merokok akan mengedutkan kulit manusia. Tembakau yang terdapat
dalam rokok akan menyebabkan penebalan kulit dan pemecahan fiber elastik pada lapisan kulit.
Isu merokok juga akan membawa penyakit seperti kanser. Merokok akan menyebabkan kanser
paru- paru, mulut, tekak, oesphagus, pankreas, buah pinggang, pundi kencing dan kanser
serviks [CITATION Eysck \l 1033 ]. Pernyataan ini disokong bahawa asap rokok mengeluarkan
hampir 4000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser
[ CITATION htt \l 1033 ]. Rajah 3 menunjukkan kanser paru- paru merupakan salah satu punca
kematian di Malaysia.

Seterusnya ialah, gangguan kesuburan. Merokok akan mengurangkan kesuburan dan


wanita yang merokok berkemungkinan menghadapi kesukaran untuk mengandung serta kitaran
haid mungkin terganggu. Keadaan ini berlaku apabila wanita di negara kita mula merokok tanpa
batasan. Menurut Metro (2015), remaja perempuan yang merokok didapati bertambah daripada
satu peratus kepada lapan peratus, khususnya di bandar. Akhirnya ialah, ulser perut dimana
merokok akan meningkatkan risiko menghidapi ulser peptik. Perokok yang menghidapi ulser
akan lambat pulih dan berkemungkinan akan mendapat serangan ulangan setelah sembuh.

2.3 CADANGAN PENYELESAIAN

Oleh itu, langkah- langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan
secara berterusan agar isu merokok dapat dibasmi ke akar umbi. Antara cadangan
penyelesaian ialah ibu bapa perlu digalakkan untuk berhenti merokok, demi kepentingan diri
sendiri dan anak- anak. Menurut KH, NM, Norhamimah A, WM, MG (2007), kajian di Amerika
Syarikat mendapati pemberhentian amalan merokok oleh ibu bapa meningkatkan
pemberhentian amalan merokok di kalangan remaja. Misalnya, ibu bapa harus mendidik anak-
anak tentang keburukan merokok terhadap kesihatan diri mereka. Keduanya ialah, didikan
tentang keburukan merokok perlu dijalankan sejak sekolah lagi. Contohnya, guru sekolah perlu
mengajar matapelajaran Pendidikan Kesihatan secara efektif agar para pelajar dapat
mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam kehidupan seharian.

7
Selain itu, pihak Kementerian perlu memainkan peranan penting dalam menangani isu
merokok. Antara langkah yang diambil oleh Kementerian ialah mengisytiharkan sekolah di
seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok sepenuhnya untuk membanteras gejala
merokok dalam kalangan remaja. Pengisytiharan itu telah dilakukan oleh Menteri Pendidikan
Malaysia pada ketika itu iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Mei 1997 [ CITATION Maa13 \l
1033 ]. Ini merupakan suatu langkah yang berkesan kerana kakitangan sekolah dapat
mengurangkan tabiat merokok ketika berada di kawasan sekolah serta menjadi teladan baik
kepada para pelajar.

Gambar 4 : Contoh papan tanda kawasan larangan merokok

Dalam pada itu, kerajaan juga perlu menaikkan harga sebatang rokok agar masyarakat
mengurangkan tabiat merokok secara perlahan. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang
S.M. Mohamed Idris berkata langkah kerajaan menaikkan harga rokok perlu diteruskan bagi
membendung gejala itu dalam kalangan rakyat[ CITATION Leb13 \l 1033 ]. Hal ini kerana, jika
harga rokok semakin mahal golongan berpendapatan rendah tidak mampu membelinya dan
jumlah pembeli rokok dapat dikurangkan. Media massa juga merupakan agen yang penting
dalam menangani isu merokok. Iklan- iklan tentang merokok perlu diperbanyakkan dalam
televisyen, radio, poster dan sebagainya. Bukan sahaja itu, aksi- aksi seperti merokok perlu
dikurangkan dalam filem kerana ia merupakan hiburan untuk mereka.

Tambahan pula, penguatkuasaan undang- undang adalah perlu untuk membanteras isu
ini. Kerajaan perlu meneruskan undang -undang yang telah ditetapkan iaitu tidak membenarkan
sesiapa untuk merokok di kawasan- kawasan tertentu seperti dalam panggung wayang, rumah
sakit dan di kawasan awam yang tertentu. Misalnya, kerajaan harus mengenakan denda
kepada orang yang merokok di tempat seperti hospital.

3.0 KESIMPULAN

8
Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni dalam menangani isu merokok yang berleluasa di negara kita kerana
mencegah lebih baik daripada mengubati. Tegasnya, semua masyarakat perlulah mengingat
dan sentiasa berwaspada dengan mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan semua.
Akhir kata, janganlah bagaikan ‘sudah terhantuk baru tengadah’.

RUJUKAN

Abu Bakar, Z. B., & Saad, A. B. (n.d.). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tingkah Laku
Merokok Di Kalangan Pelajar Sekolah . 6.

Ahmad, R. B., & Mustaffa, M. B. (n.d.). Kajian Punca, Risiko Merokok Dan Sumbangan Merokok
Terhadap Penagihan Bahan. 1-14.

Brainy Quote. (2001). Retrieved August 27, 2017, from


https://www.brainyquote.com/quotes/authors/g/george_william_curtis.html

Eysenck, H. (1965). Smoking, Health & Personality. New Brunswick: Transaction Publishers.

9
Hyde, M. O., & Setaro, J. F. (2006). An Overview For Teens Smoking 101. Minneapolis:
Twenty- First Century Books.

Kassim, R. B. (2015, Februari 7). Mengapa Remaja Merokok? Retrieved from Portal Rasmi Tak
Nak Merokok MyHealth: http://taknak.myhealth.gov.my/remaja-merokok/

KH, L., NM, A., Norhamimah A, WM, W., & MG, S. (2007). Faktor Kekeluargaan Dan Amalan
Merokok Di Kalangan Pelajar- Pelajar Sekolah Menengah Di Daerah Kota Tinggi, Johor,
Malaysia. Malaysian Journal Of Public Health Medicine, 7, 45-51.

Maarof, D. B., & Osman, M. B. (2013). Pengaruh Faktor Sosial Kesan Kempen Media Tak Nak
Merokok Kementeria Kesihatan Malaysia. Jurnal Komunikasi, 179-198.

Metro. (2015, Mei 25). Retrieved from Hisap 23.7 Billion Rokok Setahun:
https://www.hmetro.com.my/node/53292

Nursalam, & Efendi, F. (n.d.). Pendidikan Dalam Keperawatan. Penerbit Salemba Medika.

Rokok Elektronik. (2015, November 10). Retrieved from Portal Rasmi Bahagian Pendidikan
Kesihatan: http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/vape.php

Sinar Online. (2013, Jun 8). Retrieved from Lebih 10,000 Kematian Akibat Merokok:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/lebih-10-000-kematian-akibat-merokok-
1.168972

World Health Organization. (2017). Retrieved from http://www.who.int/countries/mys/en/

10
Gambar 1 : Sinar Online (2013)

11
Gambar 2 : Portal Rasmi Tak Nak Merokok MyHealth

Gambar 3 : Metro (2015)

12
Gambar 4 : Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan

Rajah 1 : Data merokok dalam kalangan lelaki dan perempuan

Rajah 2 : Sepuluh
punca kematian di Malaysia

13
14

Anda mungkin juga menyukai