Anda di halaman 1dari 7

PENULISAN ILMIAH

GAYA HIDUP SIHAT

(PENYALAHGUNAAN BAHAN)

1.0 PENGENALAN

Setiap orang memiliki gaya hidup yang tersendiri kerana mereka dibesarkan dan dididik
dalam keadaan berlainan oleh orang yang berbeza. Kita juga boleh melihat manusia yang hidup
dalam keadaan sempurna dan sihat ataupun sebaliknya. Dalam kehidupan seharian kita, gaya
hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Oleh itu, insan yang
sempurna dapat memainkan peranan yang positif terhadap pembangunan agama, bangsa dan
negara.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), gaya hidup sihat merupakan suatu
keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas serta bebas dari sebarang penyakit.
Konsep gaya hidup sihat diklasifikasikan sebagai salah satu kehidupan yang seimbang di mana
seseorang insan bolehlah membuat sesuatu keputusan yang bijak. (Lyons & Langille, 2001)
Gaya hidup yang sihat merupakan satu amalan bagi merendahkan kadar masalah kesihatan,
mengurangkan tekanan hidup serta meningkatkan mutu kehidupan manusia. Terdapat
beberapa komponen gaya hidup sihat seperti di bawah:

MENTAL

SOSIAL EMOSI

KOMPONEN
GAYA
HIDUP
SIHAT

FIZIKAL SPIRITUAL

PERSEKITARAN

Rajah 1: Komponen Gaya Hidup Sihat

Walaupun gaya hidup sihat seringkali diberikan tekanan dengan komponen- komponen
sekali, tetapi ia masih kurang dipraktikkan oleh masyarakat negara ini. Menurut bekas Menteri

1
Pemakanan

Kesihatan
Obesiti
reproduktif
Belia dan Sukan negara iaitu Khairy Jamaluddin, hanya 40 peratus jumlah penduduk negara
kita sahaja yang masih mengamalkan gaya hidup sihat serta membudayakan sukan dalam
kehidupan merekaKesihatan
diri
mana menjejaskan gaya
Isu Gaya
hidup sihat anggota masyarakat.
Senaman
(Bernama, 2016). Sehubungan dengan itu, beberapa isu dapat dilihat yang
dan aktiviti

Hidup fizikal

Sihat
Rajah 2: Isu Gaya Hidup Sihat
Penyalahgunaan
2.0 Penyalahgunaan bahan
bahan Stres
Penyalahgunaan bahan merupakan salah satu isu gaya hidup sihat yang mana menjadi
kegiatan buruk rakyat terutama sekali golongan remaja. Sebahagian
Penyakitgolongan remaja hanya
Merokok
hipokinetik
menghabiskan hayatnya dengan melibatkan diri dalam kegiatan buruk yang mampu memberi
impak negatif kepada kehidupan mereka sehingga menjejaskan gaya hidup sihat mereka
sendiri. Maka, penyalahgunaan bahan merupakan salah satu aktiviti buruk yang sering
dilakukan oleh sebahagian rakyat di negara ini.

Apa itu penyalahgunaan bahan? Penyalahgunaan bermaksud penggunaan apa jua jenis
bahan yang bertentangan dengan kepentingan rawatan dan fungsinya. Bahan pula ditakrifkan
sebagai dadah, rokok dan arak. Penyalahgunaan bahan boleh didefinisikan sebagai corak
penggunaan sesuatu bahan di mana pengguna menggunakan bahan itu dalam jumlah atau
kaedah- kaedah yang berbahaya kepada diri sendiri atau orang lain. Penyalahgunaan bahan
bukan sahaja merujuk penggunaan dadah malah penggunaan rokok dan juga arak
diklasifikasikan sebagai bahan terlarang daripada menggunakannya.

2.1 Bahan yang Membahayakan Kesihatan

2.1.1 Dadah

Dadah merupakan salah satu bahan kimia yang mempunyai kesan paling ketara ke atas
sistem saraf. Menurut Prof Madya Dzulkifli Abdul Razak (2002), dadah merupakan sejenis
bahan yang boleh mengundang kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi komponen
gaya hidup sihat iaitu jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkahlaku pengguna.
Dadah juga mampu mengakibatkan seseorang pengguna dadah mengalami ketagihan
sehingga masyarakat memanggilnya penagih. (Ruzita Mokhtar, 2004). Menurut Menteri Dalam
Negeri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, seramai 85, 575 orang belia yang berumur antara 19 dan
39 tahun telah dikesan menjadi penagih dadah sejak tahun 2014 hingga 2018 (Awani, April 30
2019). Antara kategori dadah yang boleh menarik perhatian penagih adalah opiat, kannabis,
depresan, stimulan, halusinogendan juga ‘designer drugs’. Setiap kategori ini memiliki beberapa
jenis dadah seperti morfin, candu, ganja, tranquilizer, syabu dan MDMA (ecstacy).

2
Gambar 1: Kategori Dadah

2.1.2 Rokok

Rokok merupakan salah


satu bahan terlarang yang
dikenali sebuah silinder daripada
kertas berukuran 70- 120 mm yang
berisi daun- daun tembakau yang
telah dicacah. Rokok
mengandungi pelbagai bahan toksid seperti nikotin, karbon monoksida dan tar seperti yang
boleh dirujuk pada gambar di bawah:

Gambar 2: Kandungan Zat Dalam Sebatang Rokok

Di Malaysia, statistik menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menghisap 23.7 bilion rokok
dalam setahun dan jumlah ini merupakan satu peningkatan besar daripada 18 bilion batang
pada 1998 (Azillah, 2014). Jumlah perokok pula meningkat dari 3.1 juta orang pada tahun 2007
kepada 4.7 juta orang dalam tahun 2011. Penyakit berkaitan merokok adalah pembunuh
nombor satu di negara ini, yang menyebabkan kira-kira 10,000 rakyat Malaysia meninggal
dunia setiap tahun. Oleh itu, rokok adalah salah satu bahan kimia yang harus dielakkan demi
mencapai gaya hidup yang sihat serta sempurna.

2.1.3 Arak

Arak dikenali sebagai minuman keras yang mana merupakan haram kepada umat Islam.
Menurut Dr. Abu Bakar Abdul Majeed (1995), istilah alkohol berasal daripada bahasa Arab iaitu
al- kuhol iaitu ‘sesuatu yang tersembunyi’ atau ‘antimoni yang dipecah- pecahkan sehingga
halus’ yang digunakan sebagai celak. Negara Malaysia merupakan negara ke sepuluh terbesar
dalam pengambilan arak di dunia (Siti Mariah Mahmud, 2010). Arah boleh didapati dengan dua

3
jenis iaitu ‘Methyl Alcohol’ atau alkohol kayu dan ‘Ethyl Alcohol’ atau alkohol biji- bijian.
Pengambilan arak boleh menjejaskan kesihatan individu yang meminumnya dan video yang
terdapat pada kod QR di bawah dapat menjelaskan kesan buruk minuman arak.

Gambar 3: Kod QR (Keburukan Minum Arak)

2.2 Punca Penyalahgunaan Bahan

2.2.1 Kekurangan Perhatian Ibu Bapa

Dalam era mengejar kesenangan hidup ini, ibu bapa begitu sibuk dalam mencari nafkah
dengan bersifat materialistik yang tinggi bagi menampung kehidupan serta menyediakan
keperluan asas keluarga. Oleh itu, para ibu bapa kurang memberikan perhatiannya terhadap
anak- anak mereka sehingga anak- anak mereka berasa bebas yang keterlaluan lalu mereka
melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak disenangi seperti menyalahgunakan bahan. Mengikut
Teori Hierarki Keperluan Maslow, kasih sayang merupakan salah satu aspek yang penting
dalam pembinaan diri seseorang individu. Jika kasih sayang ataupun luangan masa ibu bapa
tidak mencukupi, maka tidak hairanlah anaknya terjebak dengan gejala negatif seperti
penyalahgunaan bahan. Ibu bapa haruslah mengetahui bahawa nasi tidak boleh dikembalikan
jika sudah dijadikan bubur. Maka, ibu bapa hendaklah meluangkan masa bersama anak-
anaknya

2.2.2 Tekanan

Tekanan yang melanda seseorang secara keterlaluan menyebabkan orang itu


menyalahgunakan bahan. Dari segi golongan remaja, mereka bukan sahaja diberikan tekanan
untuk belajar malah harapan tinggi ibu bapa agar anaknya perlu mendapatkan prestasi tinggi
menyebabkan remaja menghadapi tekanan. Mereka juga dipaksa untuk menghadiri kelas- kelas
selain daripada waktu persekolahan seperti kelas muzik. tarian, seni mempertahankan diri dan
juga tuisyen. Hal ini menyebabkan remaja berasa penat kerana tiada peluang untuk
merehatkan diri atau melakukan aktiviti yang digemarinya. Tekanan ini mengundang keinginan
dalam diri remaja untuk mencuba bahan- bahan terlarang seperti merokok, dadah dan juga arak
bagi menghilangkan tekanannya.

2.2.3 Pengaruh Rakan Sebaya

4
Kebanyakan remaja sentiasa meluangkan masanya bersama dengan rakan sebaya
mereka. Pemilihan rakan yang sesuai hendaklah dilakukan dengan bijaksana oleh setiap
remaja supaya tidak terjebak dengan gejala negatif. Sebagai contoh, sekiranya rakan sebaya
yang telah dipilih memiliki perbuatan menyalahgunakan bahan seperti menghisap dadah, maka
remaja yang digauli juga akan terjebak dengan perbuatan negatif tersebut secara tidak
langsung. Mengikut sumber Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), 54.21 peratus penagih
dadah berpunca daripada pengaruh rakan. Oleh itu, remaja dalam era globalisasi ini haruslah
berfikir secara rasional sebelum memilih rakan sebayanya.

2.3 Kesan Penyalahgunaan Bahan

2.3.1 Masalah Kesihatan

Individu yang menyalahgunakan bahan seperti menghisap dadah, rokok dan meminum
arak tidak mempedulikan langsung terhadap kesihatannya. Penyalahgunaan bahan terlarang
mungkin membawa maut kepada sesiapa yang menggunakannya. Merokok merupakan salah
satu penyebab utama bagi gangguan kesihatan dan kematian. Statistik telah dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan menyatakan bahawa 10000 rakyat Malaysia
yang meninggal dunia dalam setahun akibat merokok. Tabiat merokok boleh mengundang
kepada pelbagai penyakit seperti kanser paru- paru, tekanan darah tinggi, strok dan penyakit
jantung. Bukan itu sahaja, amalan minum arak juga menjejaskan kesihatan serta amalan gaya
hidup sihat individu tertentu. Seseorang yang minum arak kelihatan tidak stabil serta tidak
waras lalu ia menyebabkan kemalangan jalanraya dimana mengundnag maut. Oleh itu, gaya
hidup seseorang individu yang menggunakan bahan- bahan terlarang akan terjejas dalam masa
yang singkat.

2.3.2 Menjejaskan Persekitaraan

Penyalahgunaan bahan boleh menjurus kepada persekitaran yang tidak sihat ataupun
kotor. Asap yang dikeluarkan oleh perokok menjadi salah satu punca pencemaran udara
berlaku. Kandungan asap tembakau yang mengandungi bahan racun turut menjejaskan orang
sekeliling terutamanya wanita yang mengandung. Hal ini menunjukkan bahawa bukan hanya
kesihatan perokok terjejas malah orang sekeliling pun menghadapi masalah kesihatan.
Tambahan pula, perokok juga mengundang kepada kemusnahan alam sekitar. Sebagai contoh,
kebakaran hutan mungkin berlaku hanya dengan sepuntung rokok yang masih menyala yang
mana dibuang oleh perokok yang tidak memiliki berfikiran waras.

2.4 Langkah Mengatasi Penyalahgunaan Bahan

2.4.1Ibu Bapa

5
Ibu bapa hendaklah meluangkan masa bersama anaknya supaya mereka tidak berasa
murung. Namun, ibu bapa juga menunjukkan sikap tingkahlaku yang positif kepada
anak- anaknya supaya mereka meneladani. Hal ini dapat membendung kegiatan negatif dalam
kalangan pelajar atau remaja.

2.4.2 Pihak Sekolah

Pihak sekolah haruslah memainkan peranan dalam membendung kegiatan buruk iaitu
penyalahgunaan bahan dalam kalangan pelajar ataupun remaja. Pihak sekolah hendaklah
mengadakan ‘Kempen Membanteras Dadah’, ‘Kempen Tak Nak Kepada Merokok’ dan
sebagainya bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar. Pihak sekolah juga haruslah
mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik minat dan bakat pelajar bagi mengelakkan
perasaan bosan atau tekanan dalam diri mereka. Dengan usaha seperti ini, maka lahirlah insan
yang seimbang dari segi aspek rohani, jasmani dan intelek sepertimana ternyata dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

3.0 Rumusan

Secara tuntasnya, isu penyalahgunaan bahan turut menjejaskan gaya hidup seseorang
individu. Setiap orang haruslah memahami kepentingan gaya hidup sihat dalam kehidupan
seharian mereka serta berganding bahu untuk mengelakkan situasi ini daripada berlaku dengan
mengambil langkah- langkah yang wajar.

6
4.0 RUJUKAN

Awani. (April 30, 2019). Ketagihan dadah, jika tidak dibendung, negara kerugian tenaga
belia- Muhyiddin. Dipetik pada 12Julai 2019 daripada
http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/ketagihan-dadah-jika-tidak-dibendung-negara-kerugian-tenaga-belia-
muhyiddin-
206498
Awani. (Januari 03, 2019). 10000 Rakyat Malaysia Mati Setiap Tahun Berkait Tabiat
Merokok. Anda Mahu Jadi Statistik?. Dipetik pada 10 Julai 2019 daripada
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/10-000-rakyat-malaysia-mati-setiap-tahun-
berkait-tabiat-merokok-anda-mahu-jadi-statistik-194961
Azillah, A. (2014). Merokok. Kuala Lumpur Dewan Bahasa & Pustaka.
Bernama. (Ogos 29, 2016). Hanya 40% Rakyat Malaysia Amal Gaya Hidup Sihat- Khairy.
Dipetik pada 12 Julai 2019 daripada http://www.astroawani.com/berita-sukan/hanya-40-
rakyat- malaysia-amal-gaya-hidup-sihat-khairy-115421
Dzulkifli Abdul Razak. (2002). Dadah: Senario Sejagat Yang Membimbangkan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Lyons, R. & Langille, L. (2001). Atlantic Health. Dalhousie University: Promotion Research
Centre
Manisa. (2013). Punca Penyalahgunaan Dadah. Dipetik pada 05 Julai 2019 daripada
https://www.slideshare.net/manisa_aniesz/punca-penyalahgunaan
Ruzita Mokhtar. (2004). Penyalahgunaan Dadah. Dipetik pada 09 Julai 2019 daripada
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=459

Anda mungkin juga menyukai