Anda di halaman 1dari 34

960214115232001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2018

HBEC 2903

PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

NAMA PELAJAR : NURUL SYAZWANI BT ROSLAN


NO. MATRIK : 960214115232001
NO. KAD PENGENALAN : 960214115232
NO. TELEFON : 0145360742
E-MEL : syzwnni@oum.edu.my
NAMA TUTOR : CIK NOR SYAZWANIE BT MOHAMAD
ZAMAL

1
960214115232001

BI KANDUNGAN HALAMAN
L
1.0 PENGENALAN 3
2.0 LAPORAN PEMERHATIAN 5
2.1 LAPORAN ANEKDOT 5
2.2 PENGURUSAN BILIK DARJAH 10
2.3 KOMUNIKASI 12
3.0 PENILAIAN 14
3.1 ULASAN MENGENAI GURU 14
3.2 PERANAN SEBAGAI GURU TADIKA 19
4.0 KESIMPULAN 22
RUJUKAN
LAMPIRAN

2
960214115232001

1.0 PENGENALAN

Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan asas yang penting dalam perkembangan hidup
seseorang individu setelah pendidikan di rumah. Guru prasekolah pula memerlukan pengetahuan
strategi
yang luas mengenai pendidikan prasekolah kerana aspek-aspek perkembangan seperti
pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek lain membantu guru menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif. Justeru itu, guru perlulah bijak dalam
mengurus tingkah laku kanak-kanak kerana mereka sememangnya mempunyai pelbagai latar
belakang, tabiat dan juga karenah. Tingkah laku mempunyai dua kategori iaitu tingkah laku
positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat jenis iaitu proaktif,
cepat belajar, sikap ingin tahu dan pintar cerdas. Manakala sifat negatif pula terbahagi kepada
tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan juga sikap bergantung (Modul Pendidikan
Prasekolah, 2012).

James A.F Stoner, 2017 & Charles Wienkel, 1997 menjelaskan bahawa pengurusan
adalah satu proses merancang, mengorganisasi, memimpin serta mengawal daya usaha anggota
organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi memudahkan
pencapaian sesuatu matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Selain itu, Wan Azmi Ramli turut
merumuskan pengurusan adalah aktiviti panduan atau perancangan oleh sesuatu organisasi
berhubung dengan segala tanggungjawab, kaedah, peraturan serta tugas-tugas kakitangan itu.
(Mohammad Fauzi, 2008). Secara umumnya juga, pengurusan boleh didefinisikan sebagai satu
seni bagi melaksanakan projek kerja yang dirancang dengan pelaksanaan sistematik dan
mengikut garis panduan tertentu. Dalam pada itu, langkah-langkah yang sistematik dan teratur
perlu diambil bagi membolehkan perubahan spesifik terhasil bagi sikap atau tingkah laku yang
tidak diingini. Langkah yang boleh diambil adalah dengan menentukan strategi, melaksanakan
strategi yang dipilih, memastikan matlamat tercapai, mengenal pasti matlamat yang dihendaki
disamping mengaplikasikan teknik pembelajaran serta teknik psikologi yang selesai dikaji bagi
mengubah tingkah laku yang negatif kepada tingkah laku yang positif (Modul Pendidikan
Prasekolah, 2012).

3
960214115232001

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memerhati pengurusan dan kemahiran sosial
dalam mengurus kanak-kanak yang terdiri daripada pelbagai tingkah laku. Pemerhatian yang
pertama adalah pemerhatian yang boleh dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak
diperhati iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat sebarang tafsiran (interpreation) dan
tanggapan (judgement) iaitu melapor apa yang dilihat sahaja dan menggunakan tafsiran untuk
penilaian semasa tetapi membuat hipotesis setelah menemu bual individu yang berkenaan.
Kedua, pemerhatian yang dibuat juga haruslah mengikut apa yang dirancang dan dilakukan
secara “open-ended” dengan memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan, perlakuan atau sikap
yang telah dikenal pasti serta menilai. Menilai sesuatu yang wujud tanpa dijangka tetapi masih
relevan dengan objektif penilaian tersebut. Manakala pemerhatian ketiga iaitu pemerhatian
jangka pendek dan jangka panjang. Pemerhatian ini dilaksanakan mengikut urutan dalam jangka
masa berperingkat. Hal ini agar ia mendapat dapatan yang berkesan dan juga bermakna tentang
perkembangan peristiwa atau proses terhadap sesuatu tugasan yang dijalankan. Tingkah laku
boleh diuruskan dengan mengaplikasikan beberapa teknik yang sesuai seperti menggunakan alat
pengukuran personal (personal tools), teknik pencegahan (preventives technique) serta tindakan
pembetulan (correction measure) (Modul Pendidikan Prasekolah, 2012).

Pendidikan prasekolah penting kerana ia meliputi aspek-aspek seperti fizikal, bahasa,


mental, emosi, agama dan budi pekerti walaupun kepentingan ini sukar ditentukan secara
objektif. Sekiranya ibu bapa mengabaikan pendidikan awal kanak-kanak ia akan memberikan
implikasi yang besar kerana keluarga yang sedemikian dianggap sebagai pendera emosi pada
kanak-kanak. Maka ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam sikap serta
layanan pada kanak-kanak yang sakit dan lemah supaya mereka segera sembuh (Mahani, Nik,
&Arlina, 2017).

4
960214115232001

2.0 LAPORAN PEMERHATIAN

Bagi menyiapkan tugasan ini, satu pemerhatian telah dilakukan di prasekolah x pada 4.1.2018
yang terletak di salah sebuah daerah di Negeri Terengganu pada jam 11.00 pagi hingga 1.00
petang selama dua jam. Rekod anekdot telah digunakan bagi mencatat dan melaporkan hasil
pemerhatian berkenaan setelah mendapat persetujuan pihak sekolah x dengan bantuan seorang
guru. Pemerhatian telah dilakukan dalam dua bidang iaitu pengurusan bilik darjah dan juga
komunikasi.

2.1 Laporan Anekdot

Rekod anekdot merupakan penulisan ringkas yang tepat dan padat mengenai peristiwa
serta perubahan yang signifikan yang berlaku pada seseorang murid. Ia mengenal pasti peristiwa
itu penting terhadap segala aspek perkembangan murid serta merangkumi kelebihan dan
kekurangan yang ada. Rekod anekdot ditulis secara objektif supaya ia jelas menerangkan apa
yang berlaku, bila dan dimana berlaku. Guru boleh menerangkan peristiwa tingkah laku atau
insiden yang terjadi dengan menggunakan perkataan atau gambar. Guru juga boleh menyediakan
helaian kertas untuk mencatat maklumat penting seperti nama kanak-kanak, masa, tarikh dan
juga peristiwa yang berlaku. Setelah mendapatkan ulasan serta tindakan guru, tindakan susulan
yang sesuai boleh diambil bagi membantu murid tersebut. Maklumat yang biasa direkodkan
adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan kanak-kanak
tersebut dari segi perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial serta kemahiran untuk
menyelesaikan masalah murid. Rekod anekdot digunakan bagi merekod tingkah laku kanak-
kanak yang khusus serta perancangan aktiviti individu dan bagi kes konferensi tertentu
(Wirawani & Sarah, 2017).

Nama Murid : Harraz Izudin Bin Mohd

Umur : 6 Tahun

Tarikh : 4.1.2018

Masa : 11.00 pagi

5
960214115232001

Nama Guru : Sharifah Aina Binti Syed Mansor

Topik Pembelajaran : Haiwan (Sains)

Objektif Pembelajaran : Mengenalpasti haiwan berkaki dua.

Catatan Ulasan
Cikgu Aina bertanyakan soalan kepada  Menggunakan bahasa melayu.
murid-murid “Burung apakah ini?” sambil  Nada suara kuat dan konsisten.
menunjukkan gambar flash card itik.  Arahan yang diberikan jelas.
Kemudian kanak-kanak menjawab “Itu itik.”  Menggunakan pelbagai bahasa badan.
“Pandai awak semua.” Kata Cikgu Aina.
 Menyanyi lagu burung kakak tua
“Allah bagi kelebihan kepada burung yang
bersama murid-murid.
boleh meniru cakap manusia. Apakah burung
 Meminta kanak-kanak meniru gaya
tersebut?”
burung kakak tua.
“Burung kakak tua.” Jawab mereka.
 Dalam kiraan satu dua tiga “semua
“Okay, semua berdiri. Cikgu nak awak semua
terbang bebas. Burung terbang laju.
buat gaya burung terbang.”
Kemudian perlahan. Burung nak
Semua kanak-kanak membuat gaya burung
berehat.”
terbang sambil mengibas-ngibas tangan
 Pastikan kanak-kanak tahu apa yang
sebagai sayap burung.
mereka belajar harini.
“Bagusnya burung-burung semua. Okay
 Murid-murid menggangguk tanda
burung, tarik nafas dan hembus. Semua boleh
faham dan menyebut contoh-contoh
duduk.”
haiwan berkaki dua.
Mereka pun duduk di tempat masing-masing.
 Harraz memberi respon yang baik.
“Harini kita belajar apa? Cuba bagi contoh
 Memberi tumpuan yang penuh seawal
pada cikgu apakah binatang berkaki dua?”
kelas bermula.
“Burung, itik, angsa …” jawab Harraz.

“Cikgu nak awak semua keluarkan satu  Arahan yang jelas.


batang pensil. Cikgu tak nak pensil warna  Guru bergerak ke setiap meja di dalam
ya.” kelas bagi memastikan setiap murid

6
960214115232001

“Dah ke belum?” melakukan aktiviti yang diarahkan.


“Okay semua duduk elok-elok dan dengar  Menggunakan reaksi muka yang
arahan cikgu. Boleh tak?” sesuai.
“Semua mata pandang cikgu.”  Menggalakkan murid-murid
“Buka pada muka surat 23. Haritu kita dah menggunakan pensil warna yang
buat pasal unta empat kaki. Sekarang cikgu mereka suka.
nak awak semua warnakan ayam iaitu  Guru memberikan pujian kepada
binatang 2kaki” Harraz kerana menggunakan warna
“Kita buat sama-sama boleh?” yang menarik..
“Boleh cikgu.”  Sentiasa memberi arahan dua kali
supaya Harraz sentiasa fokus dan peka
dengan keadaan sekeliling.

“Eh Harraz, jangan makan pensil.  Guru memainkan peranan dengan baik
Bahayalah.” iaitu menunjukkan sifat peramah dan
“Sorry cikgu.” menyokong.
“Okay, jangan buat lagi. Murid-murid semua  Guru mendengar secara teliti apabila
dah ke belum?” kanak-kanak menyatakan sesuatu.
“Ada telinga dengar. Soalan dia kata namakan  Komunikasi yang baik antara guru dan
binatang yang mempunyai dua kaki.” kanak-kanak.
“Dia dah sediakan gambar burung. Awak  Kanak-kanak belajar meminta maaf
semua perlu lukiskan mata, hidung dan mulut jika melakukan kesalahan.
sahaja.”  Melayan setiap kanak-kanak secara
“Boleh?” adil di dalam kelas.
“Boleh cikgu. Senang je.”
“Okay tulis semua. Tuliskan burung.”
“Siapa dah siap boleh berehat sekejap.”
“Dah ke belum?”
“Dah cikgu.”
“Oleh kerana awak semua bagus sangat hari  Guru memodelkan tingkah laku yang

7
960214115232001

ini, cikgu nak bagi sticker very good lah.” positif kepada kanak-kanak.
“Okay semua berdiri ditepi cikgu. Lelaki  Menggunakan bahasa campuran
disebelah kiri dan perempuan disebelah (Malaysian English)
kanak.”  Memberi peluang kepada kanak-kanak
“Lepas cikgu lekatkan sticker di poket baju ni belajar ungkapan-ungkapan yang
awak cakap apa?” positif.
“Terima kasih cikgu.”  Meninjau hasil kerja kanak-kanak.
“Pandai. Sama-sama.”  Memberi pujian dan kata-kata yang
memberansangkan.
 Melatih kanak-kanak mengikut
giliran.
“Seterusnya kita pergi ke muka surat sebelah.  Guru memberikan galakan kepada
Gambar apa ini murid-murid?” kanak-kanak. Sentiasa menunjukkan
“Itu ayam, cikgu.” contoh yang baik.
“Bagus. Ini ayam jantan.”  Memberi panduan yang jelas agar
“Awak semua tulis dalam kotak kat bawah. memudahkan kanak-kanak untuk
Boleh?” faham.
“Boleh cikgu.”  Menggunakan peralatan yang sesuai.
“Cikgu tak muat nak tulis ayam jantan.” Kata  Mendengar apa yang hendak
Harraz. diberitahu oleh kanak-kanak.
“Muat. Awak tulis kecil-kecil. Jangan tulis
besar-besar okay?”
“Okay cikgu.”
“Cikgu cikgu. Di rumah saya ada ayam warna
pink.” Harraz bercerita dengan menggunakan
reaksi muka senyum.
“Iya? Besar tak?”
“Besar cikgu.”
“Ingat tak minggu lepas kita belajar pasal  Membantu mereka mengaitkan
binatang apa?” pengalaman lepas dengan

8
960214115232001

“Ingat cikgu. Pasal burung unta.” pembelajaran sekarang.


“Betul. Burung unta adalah burung terbesar di
dunia.”
“Siapa yang buat burung unta ini?
“Allah.”
“Bagus. Kalau hebat kita cakap apa?”
“Alhamdulillah.”
“Okey sebelum balik kena buat apa dulu?”  Guru mengawal murid-murid dengan
“Baca doa, cikgu.” baik.
-bacaan doa-  Menggelengkan kepala menidakkan
“Harraz, jangan angkat kerusi lagi. Baca doa tingkah laku Harraz.
sampai habis dulu ya.”
“Baik, cikgu.”
“Okay semua, salam kawan-kawan sebelah
awak. Kita jumpa besok ya. Terima kasih dan
assalamualaikum.”
“Okay bye cikgu. Wa’alaikumussalam.”

9
960214115232001

2.2 Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai strategi dan tindakan yang digunakan untuk
mengekalkan peraturan bilik darjah dan ia merupakan satu kemahiran yang penting serta
dikembangkan oleh guru-guru. Dalam masa yang sama ia membolehkan guru mengurus
pembelajaran agar lebih berkesan. Tambahan lagi, tujuan pengurusan bilik darjah adalah
mewujudkan suasana, keadaan dan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan efektif.
MacAulay (1990) menyatakan pengurusan bilik darjah seeloknya diatur agar ianya dapat
menampung aktiviti yang pelbagai sepanjang hari. Ini bagi memenuhi matlamat arahan yang
ingin disampaikan oleh guru. Beliau juga menyifatkan susun atur ini umpama pentas dan guru
dapat menguruskan segala keperluan akademik, emosi dan juga sosial pelajar (Wirawani &
Sarah, 2017).

Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama kepada kerjaya guru. Di sini, warga
pendidik menunjukkan kemahiran, kebolehan serta keupayaan mereka dalam melaksanakan
tugas pengajaran serta pembelajaran masing-masing. Bagi membolehkan kanak-kanak mengikuti
pembelajaran dengan mudah dan berkesan, bilik darjah perlulah diurus dengan baik, selesa, ceria
dan selamat. Guru selalunya berhadapan dengan tiga cabaran ketika berada di dalam bilik darjah
iaitu masa yang terhad, menanggani sejumlah murid yang ramai pelajarnya dan dalam masa yang
sama perlu memastikan matlamat pengajarannya tercapai. Selain itu, guru perlu sentiasa
menyesuaikan bentuk pengajarannya dengan murid yang berbeza keupayaan serta minat mereka
agar mereka tidak tercicir. Hatta, guru juga tidak boleh memberi tumpuan terlalu banyak kepada
pelajar yang lemah dan sederhana sehingga murid yang cerdas diabaikan. Begitu juga
sebaliknya, mereka tidak seharusnya memainkan peranan pada golongan yang cerdas sehingga
murid lain terabai (Wirawani & Sarah, 2017).

Kaedah kumpulan oleh Cikgu Aina dalam pengajaran boleh menggalakkan pelajar
supaya berinteraksi dengan lebih baik. Pelajar akan saling bekerjasama dan berbincang. Situasi
ini akan mewujudkan pemikiran yang aktif dan semangat kekitaan di kalangan mereka.
Penggunaan pelbagai teknik dan kaedah pengajaran seperti main peranan, lakonan dan simulasi
akan menimbulkan interaksi di kalangan pelajar. Teknik-teknik ini juga memerlukan guru dan

10
960214115232001

pelajar berinteraksi sesama sendiri. Beliau menggunakan corak kepimpinan demokratik yang
mampu mewujudkan suasana yang mesra dan selesa untuk pelajar berinteraksi dengan guru.
Kewujudkan suasana bilik darjah yang selesa dan baik akan menimbulkan interaksi yang sihat di
kalangan pelajar dan guru.

Cikgu Aina mempelbagaikan bahan bantuan mengajar antaranya seperti kad imbasan
yang menarik supaya dapat meransang minat kanak-kanak dan keinginan mereka untuk
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Pemerhati juga melihat bagaimana beliau mempertingkatkan interaksi antara guru dan kanak-
kanak dengan mengadakan sesi soal jawab dan sumbangsaran. Beliau bersikap terbuka serta
menerima pendapat atau idea yang dikemukakan oleh para pelajar. Cara seperti ini akan
menggalakkan pelajar agar lebih berani untuk berkongsi idea mereka. Guru berfungsi sebagai
pendengar aktif. Dengan mempunyai kontak mata guru dapat mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh pelajar. Situasi ini membuatkan guru lebih bersedia untuk membantu mereka.
Dalam masa yang sama, komunikasi dua hala akan terjamin antara guru dan pelajar.

11
960214115232001

2.3 Komunikasi

Menurut Gerbner (1968), komunikasi ialah interaksi sosial yang dilaksanakan melalui mesej-
mesej dalam bentuk peristiwa berkod, peristiwa perwakilan, simbol, tanda-tanda dan dihasilkan
bagi tujuan mendapatkan respon atau tindakbalas. Komunikasi ialah pemindahan pemikiran dari
minda seseorang kepada orang lain (Highet, 1964). Komunikasi juga merujuk kepada proses
yang melibatkan penghantaran maklumat iaitu mesej di antara penghantar dan penerima.

Dalam konteks bilik darjah, jelas dilihat bahawa penghantar maklumat terdiri daripada
guru dan penerimanya pula merupakan pelajar. Mesej-mesej yang dihantar boleh terdiri dari
pelbagai maklumat, konsep, fakta, kemahiran atau pun nilai. Pelajar sebagai penerima mesej
yang dihantar atau respons terhadap kefahaman mesej tersebut akan berupa soalan-soalan yang
dikemukakan kepada guru. Sememangnya komunikasi mencetuskan pengalaman baru kerana isi
pengajaran guru yang baru dan terkini. Pemerhati mendapati terdapat beberapa jenis komunikasi
yang digunakan oleh Cikgu Aina dan pelajar di dalam kelasnya sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Antaranya ialah komunikasi lisan, komunikasi bukan lisan, strategi
penggunaan Malaysia English serta strategi bahasa tubuh/komunikasi tanpa lisan.

a) Komunikasi lisan

Komunikasi lisan ialah proses mendengar sesuatu mesej yang disampaikan oleh orang
lain secara lisan. Cigu Aina menggunakan komunikasi lisan untuk membantu penguasaan dan
pemahaman kanak-kanak terhadap pengetahuan, kemahiran, sikap serta prosedur dalam bilik
darjah. Pertuturan beliau yang lantang dan konsisten membolehkan kanak-kanak mendengar
dengan baik. Selain itu juga, setiap arahan yang disampaikan oleh beliau adalah jelas dan
membolehkan kanak-kanak mudah faham. Sebagai contoh, apabila beliau menjelaskan kepada
kanak-kanak tentang itik melalui flash card yang ditunjukkan. Bagi kanak-kanak yang tidak
faham, beliau akan memberikan arahan sebanyak dua kali agar mereka sentiasa peka dengan apa
yang dipelajari ketika itu (Zulkifli Yaakob, 2013)

b) Komunikasi tanpa lisan

12
960214115232001

Komunikasi bukan lisan didefinisikan oleh Berko, Wolvin dan Wolvin (1999) sebagai
gerak isyarat, cara berpakaian, cara pergerakan, cara pergerakan mata dan juga pembawakan diri.
Sebagai contoh, dua orang kanak-kanak menghampiri pemerhati sewaktu guru yang bertugas
keluar ke bilik sebelah untuk mendapatkan bahan yang tertinggal. Kanak-kanak tersebut senyum
sambil menunjukkan sticker di poket baju. Mereka menunjukkan rasa teruja apabila
memperolehi ganjaran tersebut dari guru kerana berkelakuan baik sewaktu proses pdp
berlangsung di dalam kelas. (Zulkifli Yaakob, 2013)

c) Strategi penggunaan Malaysian English:

Menurut Nair Venugopal (2000) yang dipetik dalam Schneirder (2007), penggunaan
Malaysian English dilihat sebagai ‘act of identity.’ Menurut beliau, Malaysian English dianggap
sebagai bahasa tidak rasmi kerana English yang mempunyai identiti Malaysia ini dapat
digambarkan dengan fonologi yang jelas yang mana dipengaruhi oleh bahasa ibunda sesebuah
kumpulan etnik itu sendiri. Sewaktu proses pdp berlangsung, Cikgu Aina diperhatikan
menggunakan bahasa yang bercampur iaitu Malaysia English. Walaupun begitu, beliau lebih
kerap menggunakan bahasa melayu sewaktu memberi penerangan agar kanak-kanak tidak keliru.
Manakala pujian pula dituturkan dalam bahasa Inggris seperti ‘very good’.

d) Strategi bahasa tubuh / komunikasi tanpa lisan

Selain itu, beliau juga menggunakan pelbagai gerak isyarat seperti senyuman, anggukan
kepala serta genggaman untuk menegaskan sesuatu kepada kanak-kanak. Senyuman guru
menunjukkan peneguhan terhadap jawapan yang betul manakala anggukan kepala pula bagi
memberi peneguhan kepada pandangan yang sesuai atau betul. Seiring dengan itu,
menggenggam tangan juga menekankan sesuatu kenyataan yang penting. Cikgu Aina turut
dilihat banyak menggunakan bahasa tubuh sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku di dalam kelas. Seorang kanak-kanak menjawab salah satu soalan Cikgu Aina bahawa
Allah yang mencipta burung lalu Cikgu Aina memuji kanak-kanak tersebut sambil mengangguk
tanda setuju. Malah bukan itu sahaja, beliau turut menyuruh kanak-kanak berdiri bagi
menyanyikan lagu burung kakak tua disertai dengan hayunan tangan ke atas dan ke bawah.
Bahasa tubuh merangkumi semua bentuk penyampaian mesej atau interaksi yang mana berlaku

13
960214115232001

melalui pergerakan badan. Contohnya seperti ekspresi muka, pandangan mata, orang berdiri dan
berjalan. Mengikut penjelasan yang diberikan oleh Berko, Wolvin dan Wolvin (1992), contoh
lain yang boleh dilihat ialah lambang seperti menegakkan ibu jari untuk memberi maksud bagus.
(Zulkifli Yaakob, 2013)

14
960214115232001

3.0 PENILAIAN

Penilaian merupakan pembuatan keputusan tentang nilai untuk beberapa maksud penyelesaian,
bahan, kaedah dan sebagainya. Penilaian selalunya dilakukan dalam kehidupan seharian sama
ada formal atau tidak formal. bagi dunia pendidikan pula, penilaian yang dibuat mestilah secara
terkawal, formal serta sistematik. Penilaian ialah proses mendapat, menentukan dan memberi
maklumat yang berguna atau menganalisis hasil pengukuran bagi tindakan seterusnya (Bloom,
1956). Menurut Mehrens dan Lehmann (1978) pula, penilaian bermaksud satu proses yang
menggambar, mendapat dan menyediakan ‘panorama’ yang berguna bagi menghakimi sesuatu
keputusan (Dr Mastura, Prof Madya, & Mahani, 2016).

Dalam tingkah laku, pembelajaran akan berlaku apabila hadiah atau ganjaran diberikan
pada sesuatu perbuatan, reaksi atau sikap berasaskan dorongan. Dalam masa yang sama, kanak-
kanak belajar melalui persekitaran yang telah ditentukan oleh orang dewasa untuk mereka.
Pencapaian atau bukan pencapaian tentang keperluan mereka juga memberikan mereka sesuatu
untuk dipelajari. Disebabkan itulah, pembelajaran merupakan hasil daripada interaksi antara ciri-
ciri semula jadi dan faktor yang ada dalam diri kanak-kanak serta pengaruh persekitaran atau
dorongan (Modul Pendidikan Prasekolah, 2012).

3.1 Ulasan Mengenai Guru

Cikgu Aina menggunakan unsur-unsur utama dalam pengurusan tingkah laku kanak-kanak
dengan cara yang sesuai dan betul. Melalui instrumen yang telah digunakan, pemerhati bersetuju
bahawa Cikgu Aina menggunakan pendekatan terkini dan teori-teori yang tepat terhadap kanak-
kanak dalam pengurusan tingkah laku mereka. Antaranya ialah bimbingan, ZPD, perancah,
scaffolding, teori penghargaan, teori kemanusiaan, teori perapatan, teori kecerdasan pelbagai
Gardner, memodelkan tingkah laku yang positif, menggunakan pengurusan konflik dan teknik
resolusi, modifikasi tingkah laku, menggunakan dan consequences of behaviour.

a) Bimbingan

Menurut Moore (1982), guru-guru pendidikan awal kanak-kanak dan ibu bapa secara
umumnya mengharapkan kanak-kanak dapat bersosial, jujur, peramah, bersikap tanggungjawab,

15
960214115232001

bertimbang rasa, koperatif serta menolong. Guru yang berpegang teguh kepada bimbingan
percaya bahawa kanak-kanak mempunyai potensi diri yang positif di mana dapat ditonjolkan
melalui proses tertentu seperti proses perkembangan dinamik (Greenberg, 1988). Bimbingan
merangkumi amalan yang bersesuaian di dalam bilik darjah kerana ia dapat mewujudkan
persekitaran yang positif pada setiap kanak-kanak. Dalam masa yang sama, bimbingan juga
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bermakna kepada setiap kanak-kanak. Justeru itu,
guru perlu merancang serta mengimplimentasi program pembelajaran yang sesuai dengan
budaya dan perkembangan kanak-kanak (Dr Mastura, Prof Madya, & Mahani, 2016).

b) Zone Proximal Development (ZPD)

Salah satu konsep utama Vygotsky ialah Zon Perkembangan Keupayaan (ZPD) dan ia
merupakan keupayaan yang mempunyai kepentingan yang sama dengan perkembangan sebenar.
ZPD ialah kaedah memahami bagaimana perkembangan sebenar intelek kanak-kanak berlaku.
Sebagai contoh, melalui interaksi sosial dengan rakan yang lebih sofistikated (Dr Mastura, Prof
Madya & Mahani, 2016).

c) Perancah (Scaffolding)

Salah satu konsep penting untuk proses memberi pelbagai panduan, arahan serta
sokongan semasa menjalankan sesuatu aktiviti ialah perencah. Pada dasarnya, semasa proses
arahan, jumlah dan juga jenis sokongan diberikan kepada kanak-kanak, ia mungkin bersesuaian
dengan peringkat personalnya (Dr Mastura, Prof Madya, & Mahani, 2016).

d) Teori Penghargaan (Abraham Maslow)

Menurut Morrison (2009), Maslow telah membangunkan teori motivasi yang dikenali
sebagai penghargaan kendiri berdasarkan daripada hierarki keperluan. Kebolehan seseorang
untuk mencapai potensi yang tertinggi memang ada pada semua orang. Ia perlulah dipenuhi
dengan keperluan asas lain seperti air dan makanan, keselamatan dan terjamin, kasih sayang dan
rasa dipunyai, pencapaian dan prestij serta keperluan estetik. Manusia sentiasa berusaha
memenuhi keperluan mereka dalam urutan hierarki. Secara semula jadi mereka akan memenuhi

16
960214115232001

keperluan dalam kepuasaan yang lebih diperlukan sebelum mereka bergerak ke peringkat
seterusnya (Dr Mastura, Prof Madya, & Mahani, 2016).

e) Teori Perapatan (John Bowlby)

Bayi mempunyai ikatan yang rapat dengan ibu, bapa atau pengasuh mereka. Ikatan
perasaan tersebut berkembang dan teguh semasa proses sentuhan, mandi, menyuap,
mengusap,penjagaan dan asuhan lain yang dilakukan oleh mereka. (Bruce & Meggit, 1999).
Menurut Casper dan Theilheimer (2010), perkara utama dalam program pendidikan dan
pengasuhan awal kanak-kanak adalah dengan memberi sokongan perkembangan serta kasih
sayang kepada bayi dan juga anak-anak kecil. (Dr Mastura, Prof Madya, & Mahani, 2016).

f) Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner

Menurut Howard Gardner (2000), kita memiliki pelbagai cara untuk memproses
maklumat. Teori Gardner mengenai kecerdasan pelbagai menampakkan lapan asas kecerdasan
pelbagai dalam hidup manusia. Definisi kecerdasan yang digariskan sebagai kebolehan
penyelesaian masalah atau mencipta sesuatu produk yang boleh diterima dalam sesuatu
masyarakat, kemahiran atau pun budaya yang diperlukan. Dalam masa yang, ia juga bergantung
pada konteks di mana kanak-kanak itu tinggal (Dr Rohani Abdullah, 2016).

g) Memodelkan Tingkah Laku Yang Positif

Melalui “modeling” kanak-kanak belajar tingkah laku yang positif dengan memerhati
orang lain menunjukkan sesuatu tingkah laku tertentu. Seiring dengan itu, guru prasekolah boleh
menjadi teladan atau model supaya kanak-kanak dapat belajar tingkah laku yang positif. Antara
tingkah laku positif yang boleh ditonjolkan adalah amalan berkongsi, menghormati,
bekerjasama, berbudi bahasa terhadap orang lain dan sebagainya. Peluang seharusnya diberikan
kepada kanak-kanak agar mereka dapat memerhati orang lain atau orang yang lebih dewasa
memodelkan tingkah laku prososial (Modul Pendidikan Prasekolah, 2012).

h) Penggunaan Pengurusan Konflik Dan Teknik Resolusi

17
960214115232001

Kebiasaannya konflik berlaku sewaktu kanak-kanak berinteraksi sesama sendiri. Justeru


itu, dengan adanya strategi-strategi pengurusan konflik dan teknik-teknik resolusi ia dapat
membantu kanak-kanak supaya menggunakan kemahiran seperti menghadapi dan menyelesaikan
konflik mereka. Antara strategi-strategi tersebut ialah:

1. Berbincang bersama (talk it over)

Kanak-kanak diberikan peluang untuk bercakap dan memberi alasan tentang sesuatu
konflik yang berlaku kerana dalam setiap pergaduhan atau perbalahan ada dua pandangan yang
berbeza. Dengan ini mereka belajar bahawa dengan hanya bercakap dan meluahkan pendapat
serta perasaan secara verbal, sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan cara yang damai. Secara
umumnya, langkah-langkah ini membantu mereka berfikir cara-cara yang perlu untuk
menyelesaikan konflik mereka (Modul Pendidikan Prasekolah, 2012).

2. Memodelkan resolusi (model resolutions)

Guru prasekolah boleh mencadangkan atau mengingatkan kanak-kanak menunjukkan


resolusi yang sesuai jika berlaku sesuatu konflik (Modul Pendidikan Prasekolah, 2012).

3. Mengajar kanak-kanak meminta maaf (Teach children to say “I’m sorry)

Salah satu cara untuk mengubati hati yang tersinggung adalah dengan meminta maaf.
Contohnya jika berlaku sesuatu peristiwa yang menyebabkan rakan mereka tersinggung
perasaan, terluka atau marah, kanak-kanak diajar serta digalakkan untuk meminta maaf (Modul
Pendidikan Prasekolah, 2012).

4. Melakukan sesuatu yang lain (do something else)

Guru-guru boleh mengalih perhatian kanak-kanak kepada aktiviti yang lain contohnya
ketika mereka sedang merebut sesuatu alat permainan. Oleh sebab itu, dengan mengalihkan
perhatian dan tumpuan mereka dapat meredakan keadaan konflik (Modul Pendidikan Prasekolah,
2012).

5. Mengikut giliran (take turns)

18
960214115232001

Salah satu cara yang terbaik untuk mengajar kanak-kanak bahawa mereka tidak
seharusnya diberikan layanan dahulu dan bahawa oran lain juga mempunyai hak untuk dilayani
adalah dengan menunggu dan mengikut giliran masing-masing (Modul Pendidikan Prasekolah,
2012).

6. Berkongsi (share)

Kanak-kanak juga perlu diajar untuk berkongsi dengan rakan mereka yang lain sewaktu
bermain. Apabila sesuatu konflik berlaku, mereka boleh dibantu untuk membuat pilihan lain
selain daripada merebut atau memukul orang lain (Modul Pendidikan Prasekolah, 2012).

7. Consequences Of Behaviour

Kanak-kanak perlu dibantu untuk memahami kesan serta akibat daripada tindakan dan
tingkah laku mereka itu. Contohnya seperti kanak-kanak yang membuang nasinya akan merasa
lapar kerana tidak berpeluang untuk memakannya manakala kanak-kanak yang yang merosakkan
alat permainannya akan hilang peluang bermain (Modul Pendidikan Prasekolah, 2012).

19
960214115232001

3.2 Peranan Sebagai Guru Tadika

Dalam pendidikan, matlamat utama adalah mengembangkan penguasaan dalam diri kanak-kanak
yang bermakna “dikawal oleh diri sendiri.” Mereka perlu mengawal tingkah laku dan membuat
keputusan yang baik tentang apa yang baik dan sebaliknya untuk berkelakuan terhadap diri
sendiri dan juga orang lain. Sebagai guru, saya boleh membantu kanak-kanak mengembangkan
penguasaan tingkah laku mereka melalui beberapa perkara. Antaranya ialah:.

a) Menyusun dan mengubah suai persekitaran

Persekitaran bilik darjah memainkan peranan penting dalam menjadikan kanak-kanak


berkelakuan sesuai. Di prasekolah, guru perlu menyusun persekitaran supaya ia dapat membantu
program berjalan dengan lancar di samping dapat membentuk tingkah laku yang sesuai untuk
ditonjolkan kepada kanak-kanak.

b) Membuat jangkaan yang sesuai

Jangkaan dapat membantu merancang sempadan untuk tingkah laku yang diinginkan. Hal ini
kerana kanak-kanak yang mengetahui jangkaan orang dewasa, mereka mampu mencapai
jangkaan tersebut. Dalam masa yang sama, ia membantu guru mendapatkan apa yang tidak
cukup untuk keperluan kanak-kanak tahu dan memahami jangkaan tersebut. Hadkan
perancangan yang saling berkait untuk mengukuhkan andaian serta menjelaskan apa tindakan
yang tidak diperlukan. Sebenarnya had yang jelas sangat penting bagi membolehkan kanak-
kanak faham mesej yang jelas tentang apa yang perlu mereka terima. Kanak-kanak juga perlu
sentiasa diingatkan tentang peraturan dan perlu digalakkan bagi membolehkan mereka akur
kepadanya.

c) Memodel tingkah laku yang sesuai

Kanak-kanak perlu melihat dan mengingati bagaimana orang lain bertindak dan memberi
respons kepada orang lain kerana selepas itu mereka akan mencubanya dan melihat sama ada
tingkah laku tersebut diberikan ganjaran. Oleh kerana mereka mudah terikut dengan apa yang
dilihat, kita sebagai orang dewasa perlulah lebih berhati-hati dengan tingkah laku diri sendiri
apabila berada bersama mereka.

20
960214115232001

d) Membimbing keseluruhan kanak-kanak

Dengan minat baharu dalam amalan perkembangan yang sesuai, banyak yang telah diperkatakan
mengenai keseluruhan dalam setiap aspek perkembangan. Begitu juga dalam membimbing
tingkah laku untuk keseluruhan kanak-kanak. Guru-guru menjangkakan untuk membimbing
tingkah laku kanak-kanak melangkaui domain perkembangan seperti sosial, emosi, bahasa,
kognitif serta fizikal.

e) Mengetahui dan menggunakan amalan perkembangan yang sesuai

Guru dapat membimbing keseluruhan kanak-kanak apabila dia mengetahui dan memahami di
mana kanak-kanak berkembang. Mereka tidak dapat berkelakuan baik apabila kehendak orang
dewasa terhadap mereka terlalu tinggi dan rendah berdasarkan perkembangan mereka. Oleh itu,
amat penting bagi guru-guru untuk memerhati tingkah laku kanak-kanak agar dapat memahami
apa yang sesuai dengan kehendak, perangai, budaya, jantina, kehendak dan latar belakang
sosioekonomi.

f) Memenuhi keperluan kanak-kanak

Guru juga perlu memahami keperluan asas kanak-kanak seperti yang dijelaskan oleh Abraham
Maslow (2013) iaitu pertumbuhan dan perkembangan manusia diarahkan untuk sedar akan
potensi dirinya dan ini telah dimotivasikan secara dalaman oleh lima prinsip asas kehidupan
yang membentuk hierarki bagi motivasi tingkah laku. Lima asas tersebut ialah keperluan fizikal,
keperluan keselamatan dan jaminan, keperluan terhadap kasih sayang dan berasa dipunyai,
keperluan harga diri serta kesedaran kendiri.

g) Membantu kanak-kanak membina tingkah laku yang baharu

Guru perlu memahami dengan menggunakan model tingkah laku yang baik, kita tidak mampu
menjangkakan kanak-kanak yang berkelakuan sesuai. Ia perlu diajar serta dibimbing kerana ia
tidak berlaku secara semula jadi. Guru boleh membantu kanak-kanak melalui dua cara iaitu
kawalan dalaman serta hubungan guru dan kanak-kanak dalam tingkah laku.

21
960214115232001

h)

22
960214115232001

i) Memberi kuasa kepada kanak-kanak

Kanak-kanak perlu diberikan tanggungjawab supaya mereka dapat membangunkan hala tuju
sendiri dengan baik. Ini dapat membantu memudahkan mereka untuk dibimbing kepada
peringkat yang lebih tinggi dalam ZPD. Manakala kanak-kanak akan menjadi bosan sekiranya
mereka tidak diberikan tanggungjawab dan seterusnya akan menyebabkan masalah disiplin. Bagi
membolehkan kanak-kanak mendapat tanggungjawab yang diinginkan, guru boleh membantu
mereka untuk berjaya, memberi mereka pilihan serta memberi mereka tanggungjawab.

j) Menggunakan pujian dan dorongan

Dorongan sangat penting kepada kanak-kanak kerana ia membawa mereka ke peringkat yang
lebih baik untuk memotivasikan diri sendiri supaya sentiasa berkembang. Dengan adanya
dorongan dan cadangan untuk memperkembangkan kemahiran dan tingkah laku yang baharu,
mereka akan belajar supaya berkelakuan sesuai. Sebagai guru, kita boleh membantu mereka
untuk menilai sendiri usaha mereka selain dapat memperakui usaha mereka untuk sentiasa
mengubah dan memperbaiki tingkah laku. Perkara-perkara sebegini membuatkan kita lebih
menyedari kejayaan kecil mereka.

k) Membina hubungan dengan ibu bapa, keluarga dan orang lain

Antara cara yang baik untuk mendapatkan maklumat mengenai tingkah laku kanak-kanak adalah
dengan bekerjasama dengan keluarga serta ibu bapa. Lagi banyak maklumat yang kita perolehi,
lagi mudah untuk faham kanak-kanak tersebut dan membimbing mereka. Guru boleh menyokong
ibu bapa dengan berkongsi kepercayaan dan juga mengembangkan falsafah berkaitan penjagaan
kanak-kanak dan membimbing tingkah laku. Pelbagai cara yang dapat digunakan untuk
bekerjasama dengan ibu bapa, termasuklah lawatan ke rumah, berhubung dengan telefon dan
malalui perbincangan ibu bapa.

23
960214115232001

4.0 KESIMPULAN

Salah satu peranan guru di dalam bilik darjah adalah membimbing tingkah laku kanak-kanak
agar ia berfungsi dengan berkesan. Guru prasekolah perlu memahami pelbagai teori
membimbing tingkah laku kanak-kanak. Demikian kerana guru merupakan model ikutan yang
terbaik kepada kanak-kanak. Peranan guru bukan sahaja untuk memindahkan pengetahuan dalam
bilik darjah hatta mereka juga boleh mengubah tingkah laku kanak-kanak daripada tingkah laku
yang negatif kepada tingkah laku prososial dan penguasaan tingkah laku.

Membimbing tingkah laku kanak-kanak merupakan satu proses yang mencabar kerana ia
mengajar mereka supaya mengawal emosi serta respons untuk menjadi seorang individu yang
bergantung pada diri sendiri dan pandai berdikari. Belajar tingkah laku seseorang adalah proses
pembelajaran jangka hayat yang melibatkan pelbagai kemahiran yang berguna. Oleh itu,
membimbing tingkah laku hanya akan berjaya sekiranya kedua-dua keluarga dan profesional
penjaga kanak-kanak dapat bekerjasama antara satu sama lain. Manakala, strategi yang sesuai
diberi panduan oleh polisi pusat perlu juga digunakan agar strategi yang standard serta peraturan
boleh disokong oleh semua pihak yang terlibat.

Dalam pendidikan matlamat utama adalah dengan mengembang penguasaan dalam diri
kanak-kanak yang membawa maksud “dikawal oleh diri sendiri.” Kanak-kanak sebenarnya boleh
mengawal tingkah laku mereka sendiri dan mereka juga boleh membuat pilihan yang baik untuk
berkelakuan terhadap diri sendiri dan orang lain. Manakala, nasihat yang terbaik berkenaan
hukuman fizikal adalah dengan menghindarinya. Dalam membimbing tingkah laku kanak-kanak,
kita juga boleh menggunakan kaedah yang tidak ganas terhadap mereka.

(3,478 patah perkataan)

24
960214115232001

RUJUKAN

Batterham, T. J., & Highet, R. J. (1964). Nuclear magnetic resonance spectra of


flavonoids. Australian Journal of Chemistry, 17(4), 428-439.

Bruce, T., & Meggit, C. (1999). Child care and education. Oxon, England: Hodderand
Stoughton.

MacAulay, D. J. (1990). Classroom environment: A literature review. Educational


Psychology, 10(3), 239-253.

Casper, V., & Theilheimer, R. (2010). Early childhood education: Learning together, bank
street. New York, NY: McGraw-Hill.

Dr Mastura Badzis, Prof Madya Hazidi Abdul Hamid, & Mahani Abdul Malik. (2016).
HBEC1103 Pengenalan Kepada Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Edisi Pertama). Pusat Reka
Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia

Dr Mohamad Ibrani Shahrimin Adam Assim, & Alina Faiz. (2017). HBEC2303 Perkembangan
Kurikulum Perspektif Malaysia: Perspektif Malaysia (Edisi Pertama). Pusat Reka Bentuk
Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia

Dr Rohani Abdullah. (2016). HBEC1203 Perkembangan Kognitif (Edisi Pertama). Pusat Reka
Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia

Ford, W. S. Z., & Wolvin, A. D. (1992). Evaluation of a basic course in speech


communication. Basic communication course annual, 4, 35-47.

Greenberg, P. (1988). Avoiding “Me against you” Disipline. Young Children 43 (1), 24-25

Howard Gardner’s Theory of Multiple Intelligences. (t. t.). dicapai dari http://aplus-
schools.uncg.edu/multipleintelligences.pdf

James A.F. Stoner. Charles Wankel (1989). Pengurusan Edisi Ketiga.Petaling jaya; Amiza
Publising Sdn.Bhd

25
960214115232001

Mahani Abdul Malik, Nik Noraini Nik Abu Bakar, & Arlina Ahmad Zaki. (2017). HBEC2203
Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Edisi Pertama). Pusat Reka Bentuk
Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia

Mehrens, W. A. (1978). Lehmann, l. J. Measurement and evaluation in education and


psychology. New York: Holt, Rinehan and Winston.

Mohammad Fauzi (2008). Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 1. Diperolehi pada September 26,
2008 daripada http://uniprof.wordpress.com/2008/01/07/pengurusan-definisi-sejarah-dan-
konsep-siri-1/

Mohd Ra’in Shaari. (2012), HBEC3103 Pengajaran Bahasa Melayu Untuk Kanak-Kanak
Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Moore, R., & Reynold, L. F. (1982). Migration patterns of barramundi, Lates calcarifer (Bloch),
in Papua New Guinea. Marine and Freshwater Research, 33(4), 671-682.

Moore, L. P. (1982). Does this mean my kid's a genius?. Plume.

Morrison, S. G. Early childhood education today (Ed. Ke-11). Boston, MA: Pearson Education

Noran fauziah Yaakub (1987). Penghantar Sosiologi. Kuala Lumpur; Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Siccone, F. & Lopez, L. (2000). Educating The Heart: Lessons To Build Respect And
Responsibility. Boston, Mass. : Allyn and Bacon.

Stern, G. G., Stein, M. I., & Bloom, B. S. (1956). Methods in personality assessment.

Wirawani Kamarulzaman, & Sarah Waheeda Muhamad Hafidz. (2017). HBEC2903 Behaviour
Management for Young Children (1st Edition). Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan
Teknologi Open University Malaysia

Zulkifli Yaakob. (2013). HDPS1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak (Edisi Kedua).
Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia.

26
960214115232001

LAMPIRAN

Rajah 1

27
960214115232001

Rajah 2

28
960214115232001

Rajah 3

29
960214115232001

Rajah 4

30
960214115232001

Rajah 5

31
960214115232001

Rajah 6

Penilaian merupakan pembuatan keputusan tentang nilai untuk beberapa maksud


penyelesaian, bahan, kaedah dan sebagainya. Penilaian selalunya dilakukan dalam kehidupan
seharian sama ada formal atau tidak formal. Bagi dunia pendidikan pula, penilaian yang dibuat
mestilah secara terkawal, formal serta sistematik. Penilaian ialah proses mendapat, menentukan
dan memberi maklumat yang berguna atau menganalisis hasil pengukuran bagi tindakan
seterusnya (Bloom, 1956). Menurut Mehrens dan Lehmann (1978) pula, penilaian bermaksud
satu proses yang menggambar, mendapat dan menyediakan ‘panorama’ yang berguna bagi
menghakimi sesuatu keputusan (Dr Mastura, Prof Madya, & Mahani, 2016).

Guru memilih strategi penilaian pemerhatian terhadap aktiviti yang dijalankan dalam
rancangan pengajaran harian di sekolah x selama 30 minit. Pemerhatian merupakan satu proses
sistematik iaitu memerhati serta merekod kanak-kanak semasa mereka membuat latihan. Ia

32
960214115232001

bertujuan membuat program dan memberikan tunjuk ajar kepada mereka. Pemerhatian juga
boleh berlaku tidak mengira waktu dan dalam apa-apa persekitaran sekalipun. Ia membantu
menyediakan maklumat berkenaan sikap, minat, kekuatan serta kelemahan seseorang pelajar.
(Nik Noraini & Prof Dr Lim, 2016).

Guru memulakan aktiviti dengan menjalankan langkah pertama iaitu pengenalan selama
2 minit. Kanak-kanak diarahkan untuk duduk di dalam satu bulatan dan sesi memperkenalkan
diri secara ringkas dilakukan. Guru menunjukkan beberapa keping gambar kepada kanak-kanak
dan meminta mereka untuk menjelaskan apa yang dapat mereka lihat pada gambar tersebut.
Seterusnya, guru mengambil masa selama 2 minit untuk menjalankan aktiviti pada langkah
kedua iaitu penerangan. Guru memberi penerangan yang jelas kepada kanak-kanak tentang
aktiviti yang akan dilakukan dan mengarahkan kanak-kanak untuk berada di dalam kumpulan
masing-masing. Mereka dilihat mampu memberikan kerjasama yang baik dan saling bertolak
ansur terhadap satu sama lain sepanjang proses pembelajaran berlaku.

Dalam langkah ketiga pula, guru memperuntukkan masa sebanyak 5 minit untuk
bersoaljawab bersama mereka berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Kanak-kanak mengulangi
sebutan dan perkataan yang dituturkan bersama guru. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan kemahiran membaca dan kemahiran mendengar mereka. Selain itu, kanak-kanak
juga diberikan peluang untuk menjawab secara bergilir-gilir di dalam kumpulan masing-masing.
Situasi ini dapat membantu mereka meningkatkan keyakinan dalam diri mereka. Langkah
keempat iaitu application, guru mengambil masa selama 10 minit untuk melaksanakan aktiviti
menggunakan lembaran kerja yang disediakan. Penerangan dan arahan yang jelas diberikan
kepada kanak-kanak agar mereka sentiasa focus terhadap topik yang dipelajari. Hasil penilaian
berdasarkan lembaran kerja mendapati bahawa seramai 17/20 kanak-kanak didalam kelas
tersebut dapat mewarnakan lembaran kerja dan menyebut ucapan dengan betul. Aktiviti dalam
langkah ini membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan mereka.

Guru mengambil masa selama 2 minit untuk menjalankan aktiviti evaluation dalam
langkah ke 5. Guru memberikan sticker ‘very good’ kepada kanak-kanak dan memuji hasil kerja
mereka. Guru memuji kerajinan dan kesungguhan mereka selain menghargai hasil kerja yang

33
960214115232001

telah berjaya disiapkan. Langkah yang terakhir iaitu aktiviti penutup selama 2 minit, guru
bertanyakan kembali beberapa soalan kepada kanak-kanak dan mengulangi ucapan tersebut.
Aktiviti ini dapat meningkatkan kepekaan kanak-kanak terhadap ucapan yang perlu digunakan
pada situasi yang betul. Ia juga membantu menguatkan lagi ingatan dan kefahaman mereka.

34

Anda mungkin juga menyukai