Anda di halaman 1dari 1

Si Tanggang Anak Derhaka

Selamat petang tuang pengerusi majlis, penjaga masa yang setia dengan masanya, hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan sekalian.

Hai, kawan-kawan...

Pernahkah kawan-kawan mendengar kisah Si Tanggang?

Pada hari ini saya akan bercerita tentang kisah Si Tanggang, Anak Derhaka. Di sebuah kampung,
ada seorang pemuda, Tanggang namanya. Dia bekerja sebagai nelayan. Pada suatu hari, ketika
hendak ke laut, Tanggang ternampak sebuah kapal besar berlabuh di muara. Dia terus mengayuh
perahunya ke kapal tersebut. Sesampai di sana, Tanggang memperkenalkan dirinya kepada
Nakhoda tersebut. Dia memberitahu hasratnya untuk menjadi anak kapal kepada Nakhoda
tersebut. Mendengar kesungguhanya, Tanggang telah diterima sebagai anak kapal itu.

Kawan-kawan,
Apabila sampai di rumah, Tanggang menceritakan hari tersebut kepada ibunya. Walaupun ibunya
gembira mendengar berita tersebut hatinya berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan
Tanggang.
Hari demi hari, bulan berganti bulan.... Si Tanggang bekerja dengan bersungguh-sungguh
sehingga dirinya di ambil sebagai anak angkat Nakhoda kapal itu.
Pada suatu hari, Nakhoda itu jatuh sakit. Tanggang telah dilantik menjadi Nakhoda baru.
Dia dipanggil Nakhoda Tanggang. Kawan-kawan, nasib Si Tanggang sungguh baik kerana telah
dijemput oleh sultan ke Istana. Akhirnya Si Tanggang telah dikhawinkan dengan puteri sultan.
Perniagaan Si Tanggang menjadi maju dan dia telah membawa isterinya belayar bersama.

Kawan-kawan nak tahun? Apa yang berlaku seterusnya?

Pada suatu hari, kapal Si Tanggang telah berlabuh di muara Sungai Kampung Si Tanggang.
Berita kedatangan Tanggang telah didengar oleh ibunya. Si ibu sungguh gembira. Oleh kerana
terlalu rindu, ibunya terus pergi ke kapal Nakhoda Tanggang.

Kawan-kawan nak tahu? Apa yang dibawa oleh ibu Tanggang?

Pisang salai kekegemaran Tanggang. Begitulah kasihnya seorang ibu. Apabila sampai di kapal, Si
ibu memanggil nama Tanggang. Alangkah kasihannya kawan-kawan, ibunya telah dimarahi dan
dihina oleh Si Tanggang.

Hancur luluh hati seorang ibu kawan-kawan apabila Tanggang melemparkan pisang salai itu ke
laut. Dengan perasaan sedih, si ibu berdoa kepada Tuhan agar diberikan petunjuk kepada
anaknya itu. Tiba-tiba petir berdentum, kilat sabung menyabung, angin bertiup kencang, kapal
terumbang-ambing. Dengan sekelip mata, semua telah bertukar menjadi batu. Begitulah kawan-
kawan, balasan anak yang derhaka. Pengajaran daripada cerita ini tadi ialah :

1. Janganlah menderhaka kepada ibu bapa kita.


2. Kita hendaklah rajin berusaha untuk berjaya
3. Setiap kejahatan akan menerima balasannya.

Ingatlah kawan-kawan, syurga itu di telapak kaki ibu.

Anda mungkin juga menyukai