Anda di halaman 1dari 12

TEORI KEBANGKITAN DALAM SUKAN

PENGENALAN

Psikologi sukan boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat

kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif

mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut.

Menurut pakar psikologi sukan, (Wann, 1997), bidang ini membabitkan bidang sukan dan

pergerakan. Antaranya Cox (1998) menjelaskan bahawa psikologi sukan merupakan satu

bidang sains atau prinsip-prinsip psikologi diaplikasi dalam bidang sukan. Bagi Weinberg dan

Gould (1999), m.s. 3 Modul Pengenalan kepada psikologi sukan pula merumuskan bahawa

psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan

mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. Takrifan ini membuka skop yang lebih luas

dalam bidang psikologi sukan dengan mengambil kira segala bentuk perubahan yang

berlaku kepada atlit, jurulatih, pegawai serta penonton digelanggang atau padang

permainan serta melibatkan mereka yang menyaksikan atau mengikuti perkembangan

aktiviti tersebut dari jauh.

Kajian dalam psikologi sukan


juga membolehkan kita :

Menyatakan sesuatu Membuat andaian tentang


tingkah laku Menerangkan tingkah laku tingkah laku tersebut.
tersebut
Keadaan seseorang atlit diterangkan melalui pendekatan psikologi bagi

mendapatkan kaedah yang sesuai untuk menangani masalah atlit. Ringkasnya, seseorang

ahli psikologi sukan bukan sahaja berminat untuk mengetahui apa yang berlaku

digelanggang serta kesan langsung terhadap atlit serta pegawai yang terbabit malahan

kepada mereka terlibat secara tidak langsung di luar gelanggang permainan.

KEBIMBANGAN (ANXIETY)

Menurut Wann (1997), kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan boleh

mempengaruhi pencapaian atlit dalam sukan. Ia merujuk kepada tafsiran kognitif yang

dibuat oleh individu terhadap apa yang terdapat di persekitarannya. Jika tafsiran tesebut

menjurus kepada sesuatu yang mendatangkan kesan negatif, maka ia menghasilkan

kebimbangan.

Apabila memperkatakan kebimbangan di kalangan atlit maka perlu dijelaskan

mengenai kebimbangan tret dan kebimbangan seketika. Berdasarkan kepada Silva dan

Stevens (2002) kebimbangan tret adalah merujuk kepada personaliti seseorang individu di

mana ia bersifat stabil dan mereka sering mentafsirkan situasi persekitaran dengan

perasaan risau atau bimbang yang boleh meningkatkan tahap kebangkitan (arousal). Ini

menunjukkan kebanyakan masyarakat mempunyai tahap kebimbangan tret yang sederhana

dan sedikit sahaja yang tinggi atau rendah tahap kebimbangan tret. Manakala kebimbangan

seketika merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu

terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitaran pada waktu itu (Shaharudin 2001).
JENIS-JENIS KEBIMBANGAN

1. Kebimbangan Seketika (State Anxiety)


Kebimbangan seketika adalah tahap kebimbangan semasa yang terhasil atau berlaku dari

persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu

seperti perasaan khuatir/bimbang, takut, tekanan dan kebangkitan fisiologikal.

2. Kebimbangan Tret (Trait Anxiety)


Kebimbangan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu yang sering mentafsir situasi

di persekitaran mereka sebagai menekan atau menggugat diri dan situasi ini akan

meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka.

3. Kebimbangan Kognitif ( Cognitive Anxiety)


Kebimbangan kognitif merupakan proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat

dari tafsiran terhadap situasi semasa.Sebagai contoh ketakutan terhadap penilaian sosial,

takut terhadap kegagalan dan kehilangan harga diri (self esteem).

4. Kebimbangan Somatik (Somatic Anxiety)


Kebimbangan somatik pula merujuk kepada aspek fisiologikal dan afektif individu yang

terbabit kesan dari kebimbangan kognitif yang wujud dalam diri individu tersebut. Sebagai

contoh peningkatan kadar degupan jantung, pernafasan dan ketegangan otot-otot. Ini akan

mengakibatkan individu hilang, rasa marah-marah, kurang yakin serta mendatangkan kesan

kepada prestasi individu.


PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN

Selain mempersembahkan cabaran dan rangsangan, pada masa yang sama sukan

juga membangkitkan ketidaktentuan. Pada saat seorang pemanah melepaskan anak panah

daripada busurnya, seorang pemain bola sepak sedang menyepak bola pada kedudukan

penalty dan seorang pemain badminton ingin melakukan pukulan deras (smash) pada

kedudukan mata akhir, hasil daripada perlakuan tersebut belum diketahui. Tekanan dalam

sukan adalah menjadi perkaitan yang tidak dielakkan berlakunya sifat ketidakpastian.

Tekan dan ketidakpastian boleh memotivasikan sebahagian atlit kita, sebaliknya akan

meningkatkan kebimbangan pada yang lain. Terdapat beberapa beberapa faktor yang jelas

meningkatkan tahap kebimbangan. Sebagai contoh, semakin penting sesuatu pertandingan,

semakin tinggi tekan dan seseorang akan mudah menjadi bimbang.

Seorang individu yang berdarah gemuruh secara semula jadi mempunyai ciri-ciri

mudah tertekan serta mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi. Justeru itu, segala tindak

balas atau respons yang diambil terhadap situasi di persekitaran akan meningkatkan lagi

kadar kebimbangan kerana tindakan mereka kini telah dipengaruhi oleh kebimbangan

berasaskan situasi.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGAKIBATKAN TAHAP KEBIMBANGAN :

Menurut Endler (1978, 1983), terdapat lima faktor mengakibatkan tahap kebimbangan

meningkat dalam suatu situasi yang teruja.

1. Seseorang atlet akan menjadi takut menerima kekalahan daripada lawan yang lemah

yang boleh mengugat ego atlet tersebut.

2. Bimbang tentang penilaian yang negatif diterima daripada sosial atau ribuan penonton

yang mengancam harga diri seseorang.

3. Bimbang akan ancaman fizikal daripada pihak lawan. Contoh permain bola lisut,

dimana seseorang pemukul akan berasa bimbang terkena balingan yang deras daripada

pitcher yang boleh mencederakannya.

4. Seseorang atlet berada dalam situasi kesamaran atau serba salah untuk memulakan

perlawanan, persediaan atlit sama ada hendak mula atau tidak kekadang boleh

menimbulkan tekanan dan kebimbangan.

5. Seseorang atlet terganggu konsentrasi apabila diarah untuk menukar cara yang telah

diamalkan dalam latihan kepada cara yang tidak pernah dilakukan dalam latihan semasa

pertandingan.
MENGUKUR KEBIMBANGAN

Menurut Richard H. Cox (1998, 2007.6th ed) Anshell (1997) dan Wann (1997), cara

yang paling popular untuk mengukur kebimbangan dengan menggunakan borang soal

selidik. Cara ini mudah ditadbirkan kerana responden cuma perlu menjawab soalan yang

berkaitan dalam inventori yang disediakan. Cara ini memungkinkan penyelidik mendapatkan

bilangan responden yang ramai dalam kajiannya serta amat praktikal dari sudut psikologi

sukan gunaan.

Di samping itu terdapat juga cara lain yang lebih berkesan untuk mendapatkan

maklumat tentang tahap kebimbangan seseorang individu. Antara cara yang boleh

digunakan adalah dengan pemerhatian terhadap perubahan tingkah laku serta perubahan

fisiologikal individu. Pemerhatian yang teliti terhadap perubahan tingkah laku seperti

perubahan corak pernafasan, tangan berpeluh, sering kali membasahkan bibir yang kering

serta tanda-tanda keresahan yang lain boleh dikaitkan dengan perlakuan yang berkaitan

dengan peningkatan tahap kebimbangan. Kaedah ini telah digunakan oleh Lowe (1973)

dalam kajiannya ke atas pemukul dalam sukan besbol peringkat rendah.

Perubahan dari segi fisiologikal juga boleh diukur serta dikaitkan sebagai tanda-

tanda kebimbangan. Peningkatan kadar nadi, perubahan tekanan darah serta tekanan pada

otot merupakan tanda-tanda fisiologikal yang dikaitkan dengan kebimbangan. Kemampuan

untuk mengukur kebimbangan dari sudut fisiologikal buat masa ini agak terhad kerana
kesukaran menggunakan alatan untuk tujuan ini. Bagaimanapun dengan perkembangan

pesat dalam dunia sains, penggunaan alat telemetri secara lebih meluas dalam masa yang

terdekat ini akan memungkinkan kita menggunakan kaedah ini untuk mengukur

kebimbangan.

Landers (1980) mengutarakan pandangan agar pengukuran dari sudut psikologikal

dan fisiologikal digunakan untuk mengukur kebimbangan. Bagaimanapun menurut

Karteroliotis dan Gill (1987) perkaitan antara aspek psikologikal dan fisiologikal dalam

mengukur kebimbangan seketika adalah rendah. Justeru itu, ia bukanlah satu cara yang

sesuai untuk mengukur kebimbangan seketika. Kemungkinan besar, pengu-kuran serentak

aspek psikologikal dan fisiologikal untuk mengukur kebimbangan seketika akan memberikan

maklumat yang bercanggah.

Gagasan Endler (1978) tentang lima faktor atau dimensi yang berkait rapat dengan

kebimbangan menjelaskan tentang sifat multidimensi kebimbangan itu sendiri. Justeru itu,

kebimbangan perlu dilihat dari dimensi yang pelbagai dan bukannya secara unidimensi.

Kajian yang telah dilakukan oleh Fisher dan Zwart (1982) serta Gould, Horn dan Spreeman

(1983) menyokong sifat multidimensi kebimbangan.

Mengukur Sifat Multidimensi Kebimbangan

Penerimaan konsep multidimensi kebimbangan telah melahirkan beberapa inventori

(soal selidik) yang cuba untuk melihat dan mengukur kebimbangan dari sudut ini. Antara

yang terkenal adalah Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2) yang dihasilkan oleh

Martens, Vealey dan Burton (1990). CSAI-2 mengukur kebimbangan kognitif seketika

(cognitive state anxiety) dan kebimbangan somatik seketika (somatic state anxiety).
Dalam konteks sukan, kebimbangan sebenarnya wujud sebelum sesuatu

pertandingan itu bermula. la dikenali sebagai kebimbangan pra pertandingan (Cox, 1998).

CSAI-2 membantu kita menilai tahap ke-bimbangan atlit pada tahap prapertandingan ini.

Hasilnya, kini kita memahami bahawa terdapat perubahan dari segi tahap kebimbangan

para pemain sebelum serta beberapa ketika semasa sesuatu pertandingan bermula.

Berdasarkan kajian, kebimbangan kognitif prapertandingan lazimnya bermula tinggi

dan berterusan tinggi sehingga beberapa minit sebelum pertandingan bermula.

Kebimbangan somatik pula bermula rendah sehingga kira-kira 24 jam sebelum sesuatu

pertandingan bermula (lihat Rajah 1). Pada tahap ini, kebimbangan somatik akan terus

meningkat sehingga hampir pada waktu pertandingan. Bagaimanapun, selepas beberapa

minit perlawanan berlangsung, kebimbangan somatik akan menurun manakala

kebimbangan kognitif akan sentiasa turun naik, bergantung kepada kedudukan semasa

sepanjang tempoh permainan.

Perbezaan Kesan Kebimbangan Somatik dan Kebimbangan Kognitif ke atas Prestasi

Bagi memudahkan kefahaman tentang perkaitan di antara kebimbangan seketika

kompetitif dan kaitannya dengan prestasi, kita perlu melihat serta mengukur dimensi

kebimbangan seketika individu. Contohnya, perkaitan di antara kebimbangan kognitif

seketika dan prestasi sukan adalah dalam bentuk linear (Burton, 1988; Gould, Petlichkoff,
Simons dan Vevera, 1987), manakala perkaitan di antara kebimbangan somatik seketika dan

prestasi pula dalam bentuk U-Terbalik (Cox, 1998).

Semakin meningkat kebimbangan kognitif seketika maka semakin menurun prestasi

atlit terbabit. Sebaliknya semakin meningkat tahap kebimbangan somatik seketika, semakin

meningkat prestasi individu sehingga ke satu tahap yang optimum. Peningkatan tahap

kebimbangan seketika melebihi tahap optimum ini akan menyebabkan penurunan prestasi

atlit terbabit (Cox, 1998). Penggunaan CSAI-2 membantu kita memahami perkaitan di antara

multi- dimensi kebimbangan dan prestasi. Kesannya, kita memahami bahawa kebimbangan

seketika kognitif sebenarnya mendatangkan kesan yang negatif terhadap prestasi seseorang

atlit.

TEORI KEBIMBANGAN

Ciri-ciri perbezaan antara kebangkitan dan kebimbangan telah dijelaskan dengan

sebegitu rupa untuk menerangkan tentang perbezaan antara kedua-duanya, serta untuk

mengelakkan salah tafsiran tentang apa yang dimaksudkan dengan kebangkitan dan

kebimbangan. Bagaimanapun, untuk menjelaskan tentang teori yang berkaitan dengan

kebimbangan, kedua-duanya perlu dilihat dalam konteks yang sama kerana kebangkitan

sering dilihat sebagai hampir sama dengan kebimbangan seketika (Cox, 1998). Dalam

bahagian ini, akan diutamakan teori-teori yang menjelaskan tentang perkaitan antara

kebangkitan dan kebimbangan dengan prestasi atlet.


1. TEORI DORONGAN

Teori Dorongan telah diperkenalkan oleh Hull (1943, 1951) dan Spence (1956).

Asalnya, teori ini melihatperkaitan di antara stimulus dan respons dari aspek motivasi dan

pembelajaran. la didasarkan kepada formula berikut:

level: Prestasi = Kebangkitan x Tahap Kemahiran

Teori Dorongan merupakan teori yang menjelaskan tentang persaingan di antara

respons yang terdapat dalam sesuatu proses pembelajaran. Dorongan atau keinginan yang

kuat yang dikaitkan dengan kebangkitan akan menghasilkan respons yang dominan. Dalam

konteks ini, perkaitan di antara prestasi dan kebimbangan (kebangkitan) dilihat dalam

bentuk linear.

Teori Dorongan beroperasi berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

(a) Peningkatan kebangkitan (dorongan) akan menghasilkan respons yang dominan.


(b) Respons atau tindak balas yang dikaitkan dengan keinginan yang kuat merupakan
respons yang paling dominan.

(c) Pada tahap awal pembelajaran atau untuk kemahiran yang kompleks, respons yang
dominan lazimnya kurang tepat atau salah.
(d) Di tahap akhir pembelajaran atau untuk kemahiran yang mudah, respons yang dominan
lazimnya tepat atau betul.

Untuk memahami teori ini, kita boleh mengaplikasikan prinsip teori berkenaan

dalam kehidupan kita. Pertamanya, peningkatan tahap kebangkitan selalunya membantu

atlit yang berkemahiran atau pakar tetapi mengurangkan keberkesanan atlit atau pemain

muda (kurang berkemahiran). Justeru itu, jurulatih kepada pasukan yang barn atau muda

perlu mengurangkan tekanan (kebangkitan) serta tahap kebimbangan agar atlit mereka

dapat beraksi dengan baik. Tahap kebangkitan yang rendah lazimnya meningkatkan peluang

kejayaan atlit atau pemain baru (muda) ini serta meningkatkan keyakinan diri mereka.

Bagi atlit yang berpengalaman pula, peningkatan tahap kebangkitan diperlukan

untuk membantu mereka melakarkan kejayaan dalam setiap aktiviti mereka. Kekurangan

tahap kebangkitan dan tekanan akan menyebabkan mereka mengambil mudah tugasan

yang perlu dilaksanakan. Kesannya, prestasi mereka menjadi kurang baik.

Perkara yang sama juga boleh dikaitkan dengan proses melakukan kemahiran yang

mudah dan kompleks. Contohnya, kemahiran mudah seperti mengangkat berat atau

melakukan tekan tubi memerlukan tahap kebangkitan yang tinggi untuk memastikan atlit

melaksanakannya dengan berkesan. Sebaliknya, kemahiran yang kompleks serta yang

memerlukan ketepatan seperti menembak, memanah atau ketika melakukan putting dalam

permainan golf, atlit memerlukan tahap kebangkitan yang rendah untuk mendapatkan hasil

yang diingini.
Teori ini menarik perhatian ramai pada tahap awal ketika ia mula diperkenalkan,

tetapi beransur menjadi kurang popular serta dikritik oleh ramai pengkaji. Andaian teori ini

yang menjelaskan bahawa prestasi dan kebimbangan berinteraksi dalam satu garisan yang

lurus telah ditolak serta dipertikaikan kesahihannya. Ramai pengkaji berpendapat prestasi

manusia akan meningkat sejajar dengan peningkatan tahap kebimbangan sehingga ke satu

tahap. Apabila melebihi tahap ini, peningkatan kebimbangan (kebangkitan) yang berterusan

akan menyebabkan prestasi atlit berkenaan jatuh sama seperti gagasan Teori U-Terbalik. Ini

telah mencetuskan beberapa pendekatan atau teori barn yang cuba melihat perkaitan di

antara prestasi dan tahap kebimbangan (kebangkitan).