Anda di halaman 1dari 2

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KOPERASI SMACHIAN 99 (KOSMACH99)

PENDAHULUAN

KOSMACH99 adalah didirikan di atas dasar setia kawan , sukarela dan semangat bantu
membantu dikalangan ahli. KOSMACH99 memiliki tujuan untuk mendidik anggotanya hidup
berhemah dan juga menambah pengetahuan anggotanya terhadap perkoperasian

Untuk mencapai tujuannya, koperasi ini harus melaksanakan prinsip mengenai peranan
pengurusan, pengawasan dan yang paling penting merapatkan hubungan anggota. Pengurus
berfungsi sebagai pengambil keputusan tinggi, pemberi nasihat dan penjaga
kesinambungannya organisasi dan sebagai orang yang dapat dipercaya.

Ahli jawatankuasa bertugas melakukan pengawasan terhadap pelaksanaan kebijaksanaan


dan pengelolaan koperasi dan menulis laporan koperasi, dan meneliti catatan yang ada pada
koperasi, mendapatkan segala keterangan yang diperlukan dan seterusnya.

Prinsip utama KOSMACH99


Usaha koperasi ini yang dikelola oleh para anggota dengan membentuk pengurusan
koperasi melalui rapat anggota dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip koperasi berikut:

1. Keahlian koperasi bersifat sukarela dan terbuka


2. Pengelolaan koperasi dilakukan secara demokratik
3. Pembahagian keuntungan dilakukan secara adil dan saksama
4. Pendidikan
5. Kerjasama antara ahli-ahli

OBJEKTIF UTAMA KOSMACH99

1. Mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan ahli SMACH 99 dengan memupuk


semangat setia kawan dan cadangan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan seperti hari
keluarga, program khairat kematian dan bantuan kepada yang kurang bernasib baik.
2. Memberi pembiayaan kepada ahli yang memerlukan bantuan kewangan dengan syarat-
syarat yang minama dan tidak membebankan ahli
3. Menjana keuntungan hasil dari pelaburan dan perniagaan untuk dikongsi kepada ahli
mengikut simpanan yang dibuat.
AKTIVITI-AKTIVITI KOSMACH99

Simpanan

Simpanan para ahli adalah sumber dana utama koperasi disamping sumbangan ikhlas
daripada orang ramai. Terdapat 3 jeni simpanan untuk ahli iaitu:

1. Simpanan pokok sebanyak RM100.00 adalah sebagai mengesahkan keahlian bagi


setiap orang yang ingin menjadi ahli koperasi
2. Simpanan wajib sebanyak RM50.00 sebulan (belum diputuskan oleh AJK Kosmach99)
3. Simpanan sukarela untuk ahli-ahli yang mempunyai kewangan yang lebih digalakkan
untuk menyimpan sebanyak mana yang diingini.

Ditegaskan di sini bahawa kewangan yang disalurkan ini bukanlah sebagai yuran tetapi
sebagai simpanan ahli-ahli koperasi seperti mana simpanan yang dilakukan di bank-bank
lain. Sekiranya terdapat ahli-ahli yang mendapat kesusahan dan memerlukan kewangan,
ahli boleh mengajukan permohonon untuk mengeluarkan simpanan wajib dan sukarela yang
pernah disimpan kepada AJK Kosmach99 untuk diteliti sebelum diluluskan.

Pembiayaan

Kosmach99 memberi kesempatan kepada ahlinya untuk memperoleh pembiayaan dengan


mudah dan dengan kadar syarat yang ringan mengikut kaedah islam. Pembiayaan ini adalah
bertujuan mencegah para anggotanya agar tidak terlibat dalam jeratan kaum lintah darat
pada waktu mereka memerlukan sejumlah wang.

Anda mungkin juga menyukai