Anda di halaman 1dari 1

KEBAIKAN-KEBAIKAN MENABUNG

KEBAIKAN-KEBAIKAN MENABUNG

TARIKH:28/7/2012

   Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung
perlu dipupuk sejak kecil. Menabung mempunyai banyak kebaikan.

   Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat cermat. Oleh sebab itu,
kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan
makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibu bapa dapat disimpan ke dalam tabung.

   Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Jika kita menyimpan di dalam bank, kita
akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Selain itu, wang simpanan ini juga bolek
digunakan untuk menampung perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Kita juga
boleh membeli barangt-barang keperluan diri kita dengan wang simpanan.

   Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit, wang itu juga
boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleg digunakan jika ahli
keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan.

   Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya, bak kata pepatah,
‘beringat sebelum kena, berjimat sementara habis’. Oleh itu, mulalah menabung dari sekarang
kerana ‘sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit’.

Anda mungkin juga menyukai