Anda di halaman 1dari 3

Melabur Dengan Bijak

PANDUAN WANG GAJI

MELABUR DENGAN BIJAK

Apakah bentuk pelaburan yang boleh memberikan pulangan yang paling baik? Mungkin ada yang
berkata melabur dalam pasaran saham boleh memberikan pulangan yang menguntungkan. Ada pula
yang berkata melaburlah dalam unit amanah kerana ianya memberikan pulangan purata jangkamasa
panjang yang baik. Ada pula yang memilih untuk melabur dalam hartanah dan tidak kurang pula yang
melabur dalam Emas, FOREX dan juga Skim Cepat Kaya!

Apa Yang Perlu Dilakukan Sebelum Melabur?

Boleh dikatakan hampir kebanyakan orang yang melabur tidak tahu apa yang patut mereka lakukan
terlebih dahulu. Mereka mungkin tahu bahawa pelaburan itu mempunyai risiko, atau mungkin tidak
tahu, gara-gara terlalu untuk mendapatkan pulangan yang dijanjikan.

Maka tidak hairanlah jika kita dapat lihat ramai yang sanggup membuat pinjaman seagai modal
pelaburan hanya semata-mata untuk mendapatkan pulangan yang dijanjikan tanpa mengira kesan dan
risiko yang bakal mereka terima. Kesudahannya ada yang menjadi muflis apabila pelaburan yang
dijangkakan boleh memberikan pulangan berganda bertukar menjadi kerugian yang berlipat kali
ganda!

Jadi ingin saya ingatkan kepada anda, sebelum anda mengambil keputusan untuk melabur dalam mana-
mana produk kewangan yang ada dalam pasaran ketika ini, ada baiknya anda sendiri telah
melaksanakan asas perancangan kewangan seperti menyediakan sistem tabungan simpanan yang
khusus, menjelaskan keseluruhan baki hutang kad kredit dan juga menyediakan pelan perlindungan
insuran/takaful yang mencukupi. Sudah tentulah itu semua memerlukan displin yang tinggi.

Melabur Dalam Diri Sendiri

Di dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis pelaburan yang mampu memberikan pulangan keuntungan
kepada kita dan tidak kurang pula yang boleh memberikan kerugian kepada kita. Sebenarnya pelaburan
apakah yang terbaik? Secara mudahnya, pelaburan yang boleh memberikan pulangan terbaik ialah
melabur dalam diri sendiri iaitu melabur dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran khusus.

www.KewanganPeribadi.com
Melabur Dengan Bijak
PANDUAN WANG GAJI

Kenyataan ini mungkin agak asing bagi sesetengah orang kerana bagi mereka apabila disebut pelaburan
sudah tentu apa yang bermain difikiran mereka adalah berkisar dengan untung dan rugi sahaja.

Melabur dalam diri sendiri secara mudahnya adalah melabur dalam ilmu dan kemahiran yang boleh
anda gunakan untuk memberikan pulangan yang lebih baik pada masa kini dan masa depan. Sebagai
contohnya menyambung pelajaran dalam pendidikan formal untuk mendapat sijil, diploma atau
mungkin segulung ijazah sama ada di peringkat sarjana muda, sarjana, mahu pun Doktor Falsafah!

Dengan adanya kelayakan tersebut anda mungkin boleh meningkatkan taraf hidup melalui kerjaya yang
lebih baik dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi. Belajar tidak semestinya secara formal
sahaja. Bahkan jika anda belajar sesuatu subjek yang anda minati secara khusus, secara tidak langsung
juga mampu meningkatkan pengetahuan anda.

Contohnya dengan banyak membaca. Anda boleh melaburkan sedikit wang anda untuk membeli buku
berdasarkan minat dan kecenderungan anda yang tersendiri. Lihat sahaja bagaimana, saudara Azizi Ali
menjadi pakar kewangan peribadi di Malaysia. Beliau telah membelanjakan sejumlah besar wangnya
untuk 700 buah buku berkaitan wang sahaja!

Beliau juga turut mengeluarkan wang untuk menghadiri bengkel dan seminar berkaitan kewangan
termasuk dalam bidang hartanah mahu pun pelaburan! Dan sudah tentulah juga beliau mempunyai
kelayakan akademik seperti SMP, MBA dan juga pengiktirafan sebagai Chatered Financial Consultant
(ChFC)!

Bahkan saya sendiri melaburkan ribuan ringgit setiap tahun ke atas bahan dan buku bacaan, dan
sehingga kini saya memiliki lebih 500 buah buku dalam pelbagai bidang seperti kewangan, motivasi,
pembangunan diri, perniagaan, pemasaran dan kejurujualan. Kesemua buku tersebut merupakan aset
berharga buat saya dan ianya menjadi bacaan dan rujukan utama saya. Bahkan saya turut mewujudkan
sebuah perpustakaan mini secara khusus untuk menempatkan kesemua buku tersebut dalam sebuah
bilik di kediaman saya.

Dalam masa yang sama, saya turut melaburkan wang ringgit saya dengan belajar dan menghadiri
peperiksaan insuran hayat, peperiksaan takaful, peperiksaan unit amanah dan mengikuti kursus dan
program Perancang Kewangan Berdaftar atau Registered Financial Planner (RFP) untuk ditauliahkan
sebagai seorang pengamal dan perancang kewangan profesional.

www.KewanganPeribadi.com
Melabur Dengan Bijak
PANDUAN WANG GAJI

Semua itu saya lakukan semata-mata untuk menambah ilmu pengetahuan kewangan saya. Saya sedar
dengan ilmu yang ada pada saya, maka dapatlah saya membantu masyarakat memahami kewangan
dengan lebih baik melalui kursus dan seminar yang dijalankan, penulisan di blog, buku, E-book dan
juga laporan-laporan percuma yang saya sediakan.

Justeru itu, saya amat menyarankan para pembaca sekalian untuk mengambil langkah pertama untuk
melabur ke dalam diri sendiri terlebih dahulu! Ada pepatah mengatakan;

sentiasa menyuapkan ilmu ke dalam minda anda, maka anda tidak perlu risau lagi
tentang makanan yang perlu disuapkan ke mulut anda

p.s: Tulisan ini diambil daripada buku Panduan Wang Gaji hasil karya Khairulnahar Jamaluddin (KJ). Boleh
dapatkan buku ini di semua kedai buku seperti POPULAR, MPH, PTS Bookcafe dan semua rangkaian
kedai buku seluruh Malaysia atau boleh dapatkan terus melalui www.KewanganPeribadi.com

www.KewanganPeribadi.com

Anda mungkin juga menyukai