Anda di halaman 1dari 2

Jelas serta huraikan sejarah perkembangan dan asal usul bahasa Melayu.

[16 Markah]

Jawapan anda mestilah tidak melebihi daripada 450 patah perkataan.

Bahasa sering dikaitkan dengan salasilah bangsa. Asal-usul orang Melayu, iaitu penutur asli
bahasa Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan
mendalam. Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan
pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang orang Melayu. Beberapa teori
telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang
diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan menjelajah ke Selatan, dalam
bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara.
Ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi, iaitu dengan kedatangan golongan pertama
yang disebut Melayu Proto; kemudian, kira-kira dalam tahun 1500 sebelum Masihi, datang
pula gelombang yang kedua, golongan yang disebut Melayu Deutro. Mereka ini telah
menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara, dan telah memperlihatkan
kepandaian belayar dan bercucuk tanam. Namun, ada teori terbaharu yang menyatakan
tempat asal orang Melayu ialah Pulau Borneo, dan mereka telah merebak dari situ dalam tiga
kelompok yang besar melalui tiga arah, iaitu: Ke Barat, arah ke Sumatera Utara, Ke timur
Laut menghala ke Kepulauan Filipina dan Taiwan, dan satu kelompok turun ke Sulawesi dan
kalimantan Timur, dan Ke Barat Daya, iaitu Sumatera Selatan dan Jawa Barat.

Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh Kepulauan Melaya dan lautan
Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masing-masing. Walau
bagaimanapun, antara bahasa yang berlainan hari ini, masih dapat dilihat unsur
persamaan.Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu
keluarga bahasa besar yang bernama keluarga bahasa Austris. Di samping rumpun
Austronesia, terdapat dua rumpun yang lain dalam keluarga ini, iaitu rumun bahasa
Austroasia dan rumpun bahasa Tibet-China. Rumpun bahasa Austronesia pula terbahagi
kepada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara),
kumpulan bahasa Polinesia, antaranya bahasa Hawaii, Tonga dan Maori; kumpulan bahasa
Melanesia antaranya bahasa di kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert. Dalam
bentuk rajah, cabang-cabang keluarga bahasa Austris dan rumpun bahasa Austronesia.
(i) Teori Hendrik Kernn

Menurut Teori Hendrik Kernn menjelaskan bahawa orang-orang Melayu berasal dari
Semenanjung Tanah Melayu. Sementara orang-orang Austronesia berasal dari Champa yang
mana kebanyakannya berada di persisiran pantai Kemboja. Orang-orang Austronesia turun ke
Semenanjung menjadi orang Melayu. Orang Melayu dari Semenanjung berpecah-pecah ke
sebelah timur. Oleh itu,teori ini tidak lagi digunakan pada masa kini.

(ii) Teori yg dipelopori oleh 4 orang tokoh (James Collin, Nothofer, Robert Blust &

Adelaar)

Mewakili dua pendapat yang agak sama tetapi ada sedikit perbezaan, iaitu dari segi migrasi
orang Melayu. Namun, keempat-empat ahli sarjana ini bersepakat mengatakan orang Melayu
berasal dari sebelah barat Pulau Borneo.

Kerana Pulau Borneo adalah tempat asal-usul penutur orang Melayu. Bahasa Melayu
merupakan keluarga bahasa Nusantara.Kegemilangannya ialah dari abad ke-7 hingga abad
ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.Ia menjadi lingua franca dan
sebagai bahasa pentadbiran kerana:

i.Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.

ii.Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.

iii.Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenalpasti
penyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa
Melayu.

Rujukan

Daripada Artikel

Asal Usul Bahasa Melayu, Wednesday, 3 August 2016

Anda mungkin juga menyukai