Anda di halaman 1dari 8

PANDUAN TEKS KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI

Khutbah Pertama

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

WAHAI AHLI KELUARGAKU YANG DIRAHMATI ALLAH,


Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dengan
sebenar-benar takwa. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan keampunan
Allah.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, setelah sebulan kita berpuasa di bulan
Ramadhan, hari ini 1 Syawal kita meraikan hari raya Aidilfitri sebagai tanda
kemenangan, memuji dan mengagungkan kebesaran Allah S.W.T.

WAHAI AHLI KELUARGAKU YANG DISAYANGI,

Dalam kegembiraan kita merayakan Aidil Fitri yang penuh keberkatan ini, ketahuilah
kita sebenarnya masih lagi diuji dengan wabak COVID-19 yang masih melanda
negara.

Dalam Surah al-Mulk, Ayat 2, Allah mengingatkan bahawa setiap manusia pasti diuji
untuk melihat kualiti amalan yang dikerjakannya.

Firman Allah:

Allazi khalaqal mawta walhayataliyabluwakum ayyukum ahsanu A’mala wahuwal


A’zizul ghafoor.

Maksudnya:
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji
dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;
dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-
orang yang bertaubat)”

WAHAI AHLI KELUARGAKU YANG DIKASIHI,

Tindakan kerajaan menetapkan PKP dan PKPB adalah sebagai satu ikhtiar untuk
membendung penularan COVID-19 yang lebih serius dalam masyarakat. Oleh itu
hendaklah kita mematuhi setiap langkah yang disarankan oleh Kerajaan Malaysia
bagi memastikan wabak ini dapat dibendung sepenuhnya.

Dalam sejarah Islam, tindakan seperti ini pernah direkodkan apabila pandemik
penyakit pernah melanda Mekah, Iraq, Palestin dan Sham yang menyebabkan
beberapa kawasan ditutup termasuklah masjid yang langsung tidak dapat didirikan
solat berjemaah.

Namun selepas itu, keadaan kembali seperti biasa dan masyarakat dapat
menjalankan kehidupan harian seperti sediakala.

Kita perlu ingat bahawa ujian ini menjadi rahmat kepada insan yang bersabar dan
memberikan tindak balas yang betul dalam menghadapinya.

WAHAI AHLI KELUARGAKU YANG DISAYANGI,

Pandemik COVID-19 ini memberi ruang lebih besar kepada kita untuk mendekatkan
diri kepada Allah. Ujian yang melanda ini merupakan satu hikmah bagi kita
sekeluarga.

Terdapat banyak hikmah yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran;


Pertama: Hendaklah kita sentiasa menjaga kebersihan yang baik di kalangan
keluarga sama ada di rumah ataupun luar rumah.

Kedua: PKP atau PKPB juga memberi peluang kepada kita untuk memanfaatkan
masa di rumah bersama keluarga dengan lebih bermakna. Kita dapat solat
bertarawih berjemaah, berbuka puasa bersama-sama dan tolong menolong sesama
kita.

Ketiga: Kita juga dapat menjalankan banyak aktiviti kekeluargaan yang lain secara
bersama termasuklah belajar, membaca, menonton TV dan berbual bersama yang
dapat merapatkan hubungan sesama kita.

WAHAI AHLI KELUARGAKU YANG DIKASIHI,

Kita sudah hampir menang melawan wabak COVID-19, oleh itu hendaklah sama-
sama kita terus membantu barisan hadapan negara dengan duduk di rumah dan
selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan
dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).

Maksudnya:
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang-orang
yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan
kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Khutbah Kedua
WAHAI AHLI KELUARGAKU YANG DIKASIHI,
Marilah kita bertakwa kepada ALLAH serta bersyukur atas segala nikmatNYA. Hari
raya ini ditetapkan oleh ALLAH dan RasulNYA untuk kita umat Islam. Marilah kita
merayakan hari yang baik dan mulia dengan cara yang ALLAH suka.

Kita elakkan perkataan-perkataan yang buruk dan tidak baik sesama kita. Kita
ucapkan perkara-perkara yang menimbulkan kegembiraan antara kita. Itulah tujuan
hari raya. Hari ini kita disuruh membesarkan ALLAH dan bergembira dengan
nikmatNYA. Maka, marilah kita elakkan tindakan atau ucapan yang mengguris hati
antara kita.

ALLAH berfirman dalam al-Quran dalam Surah al-Isra’ ayat 53 yang bermaksud:
“Dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKU (yang beriman),
supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik sesungguhnya syaitan itu
sentiasa menghasut antara mereka, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang
amat nyata bagi manusia”.

Dalam keadaan kita diuji dalam kehidupan ini, marilah kita sentiasa ingat bahawa
selepas kematian, ada kehidupan sebenar yang jauh lebih besar dari kehidupan di
dunia ini. Sesiapa keluar dari dunia ini dengan iman yang sebenar kepada ALLAH,
maka kehidupan syurga yang akan menantinya.

Syurga yang maha indah itu tersimpan dalamnya segala kenikmatan. Segala impian
kita akan ditunaikan. Segala keinginan akan dimakbulkan. Segala derita akan
terpadam dan hilang sama sekali. Tiada dukacita, tiada lagi kesedihan, tiada lagi
kesakitan. Hanya yang ada kebahagiaan dan kenikmatan. Hal ini wajib kita imani.
Sementara sesiapa yang keluar dari dunia ini dengan kekufuran, penderhakaan
kepada ALLAH dan kezaliman kepada hamba-hamba ALLAH yang lain, maka azab
neraka yang akan menantinya. Azab yang maha dahsyat.
Tiada lagi kematian, yang ada hanya derita, kesengsaraan, kesakitan, kesedihan
dan segala kedukaan. Maka, segala ujian di dunia ini adalah kerdil dan kecil
dibandingkan janji ALLAH YANG MAHA AGUNG. Pada hari raya ini kita bersyukur
serta memuja dan memuji ALLAH. Kita mengharapkan ALLAH memberikan
kebahagiaan untuk kita sekeluarga di dunia dan di akhirat.

Firman Allah:

Maksudnya:

“ALLAH yang Menguasai Hari Pembalasan”

Marilah kita berdoa agar ALLAH mengampuni dosa kita serta dosa kaum muslimin
dan muslimat.

“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim”,

“Ya ALLAH! Engkau ampunilah dosa-dosa kami serta kedua ibubapa kami sama ada
yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia”.

“Ya ALLAH! Engkau ampunilah dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat, samada
yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia”.

“Ya ALLAH Engkau itu Maha Pemaaf dan suka kepada kemaafan, maafkanlah
semua. Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau ambil tindakan jika kami terlupa atau
tersilap. Wahai Tuhan Kami! Janganlah bebankan kami dengan apa yang kami tidak
mampu”.
“Ya ALLAH! berkatilah keluarga kami, kukuhkanlah kasih sayang antara kami,
jadikanlah kami sentiasa berpegang dengan agamaMU. Engkau rahmatilah diri
kami, keluarga kami, negara kami serta seluruh umat Islam di dunia”.

“Ya ALLAH selamatkanlah kami semua dari Virus Corona. Ya Allah selamatkanlah
kami semua di dunia dan di akhirat.”

“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim”,

“Ya ALLAH! Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk
menghadapi dugaan-Mu yang berat ini, Kami bermohon kepada-Mu.”

“Ya ALLAH! Lindungilah kami Selamatkanlah kami Sejahterakanlah hidup kami.”

“Ya ALLAH! bimbinglah kami kepada akhlak yang baik, tiada yang dapat
membimbing kami kepada hal itu melainkan Engkau.”

“Ya ALLAH! jauhilah kami daripada akhlak yang buruk, tiada yang dapat
menjauhkan kami dari hal itu melainkan Engkau.”

“Ya ALLAH! Lindungilah kami dan negara kami daripada bencana kemusnahan dan
kerosakan. Bimbinglah kami, para pemimpin kami agar menjadi hamba-hambaMU
yang soleh.”

Ameen Ameen Ya Rabbal ‘Alamin

Anda mungkin juga menyukai