Anda di halaman 1dari 4

Virus dari Langit Global

(Nur Suhada Sayuti)


Maksud Sajak

Rangkap Maksud
1 Penyajak menyatakan tentang budaya atau anasir yang tidak sihat telah
mempengaruhi fikiran dan hati generasi kini. Budaya mementingkan
keseronokan pada diri telah menjadi darah daging generasi muda.

2 Nilai yang baik telah diterapkan seiring pembangunan fizikal kepada generasi
muda telah musnah. Generasi muda kini telah dipengaruhi dan dilanda dengan
pelbagai budaya serta nilai yang negatif.

3 Anasir yang tidak baik datang dari luar telah memusnahkan nilai ketulusan dan
menjajah minda generasi muda kini. Nilai kesusilaan dan budaya tidak lagi
dipedulikan oleh generasi muda akibat pengaruh nilai yang tidak baik. Anasir
yang tidak sihat telah menyebabkan harapan kepada generasi muda semakin
musnah.

Tema

Jati diri generasi muda semakin terhakis akibat pengaruh budaya moden.

Persoalan

i. Persoalan tentang kerapuhan minda generasi muda yang mudah dipengaruhi oleh
budaya mementingkan keseronokan.

ii. Keruntuhan jati diri generasi muda akibat anasir negatif yang datang dari dunia luar..

iii. Dunia tanpa sempadan telah menyebabkan segala anasir negatif mudah meresapi
generasi muda jika tidak ditangani dengan baik.
Bentuk

i. Bebas
ii. Terdapat tiga rangkap
iii. Jumlah patah perkataan antara 3 hingga 6
iv. Jumlah baris tidak sama
Rangkap 1 dan 2 : 8 baris dan rangkap 3 : 13 baris
v. Baris-baris ayat dan rima akhir
 Rangkap 1 terdapat 8 baris. Rima akhir abacdeec
 Rangkap 2 terdapat 8 baris. Rima akhir abcddedd

Gaya Bahasa

Gaya bahasa

i. Kata ganda
Contoh : virus-virus

ii. Personifikasi
Contoh : diterap angin hitam social

iii. Anafora
Contoh : Virus biadaban
Virus hedonism

iv. Metafora
Contoh : tabir ketulusan

v. Sinkof
Contoh: ku di noda

vi. Asonansi - pengulangan vokal a


Contoh : meracuni akal dan sukma

vii. Aliterasi – pengulangan konsonan m


Contoh : meniti pembuluh-pembuluh darah

Nilai

i. Nilai kebersihan fizikal dan mental


Contoh: generasi muda perlu mempunyai kekuatan fizikal dan mental agar tidak mudah
terpengaruh dengan budaya yang negatif.

ii. Nilai kesyukuran


Contoh: generasi muda perlu bersyukur dengan peradaban sendiri.

iii. Nilai kebebasan


Contoh: kebebasan tanpa kawalan akan menyebabkan generasi muda akan mudah
terpengaruh dengan anasir yang negatif.

iv. Nilai kasih sayang


Contoh: kasih sayang golongan dewasa atau tua terhadap generasi muda.
Timbul kerisauan terhadap generasi muda yang mudah terpengaruh
dengan budaya negatif.

Pengajaran

i. Kita hendaklah mempunyai ketulusan hati dan tingkah laku yang baik. Contohnya kita
tidak mudah terpengaruh dengan budaya moden yang bersifat negatif.

ii. Kita haruslah bersyukur dengan segala nikmat yang ada. Misalnya kita harus bangga
dengan peradaban budaya dan nilai kita sendiri.

iii. Kita haruslah menggunakan kebebasan yang ada dengan cara yang betul. Seperti
menerima budaya dan nilai yang baik dan meninggalkan budaya dan nilai yang negatif.

iv. Kita haruslah menyayangi generasi muda yang akan mewarisi kepimpinan pada masa
hadapan. Mereka seharusnya tidak dibiarkan hanyut dengan budaya moden yang tidak
menguntungkan negara.