Anda di halaman 1dari 15

KERTAS CADANGAN KAJIAN

TAJUK:

PERSEPSI GURU BUKAN OPSYEN KEMAHIRAN HIDUP MENGAJAR


SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP DI DAERAH JOHOR BAHRU

DISEDIAKAN OLEH :

HERIYAN BIN JUMADI


BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Hasrat kerajaan Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang


tahun 2020 memerlukan pembangunan modal insan dari segi keupayaan dan
intelek. Proses pembangunan negara yang melibatkan semua bidang
menyebabkan sesebuah organisasi turut melakukan perubahan dari segi struktur
dan matlamatnya demi mengekalkan kewujudannya sesuai dengan perkembangan
semasa. Sehubungan dengan itu, tugas dan tanggungjawab guru juga mengalami
perubahan dan guru perlu menanganinya agar matlamat untuk mendidik anak
bangsa tercapai.
Bagi menuju sebuah negara maju, negara perlu membangunkan satu
sistem pendidikan bertaraf dunia yang menumpukan pembangunan modal insan
berpengetahuan dan berkemahiran yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral
dan beretika tinggi.Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), melalui Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) merupakan salah satu daripada lima Teras
utama ke arah mencapai wawasan 2020 bagi melahirkan modal insan berminda
kelas pertama.
Bagi memastikan pengajaran guru berkualiti adalah penting guru yang
mengajar adalah guru yang berpengalaman dan mahir dalam sesuatu bidang yang
diajar. Ini akan memastikan apa yang diajar akan berkualiti dan membentuk
pelajar yang benar-benar berpengetahuan dalam subjek tersebut. Namun, masih
terdapat lagi masalah kekurangan guru dalam sesuatu bidang dan menyebabkan
guru yang tidak berpengalaman dan bukan opsyen mengajar sesuatu subjek
terutama Kemahiran Hidup
1.2 Latar Belakang Masalah
Institusi pendidikan adalah sebuah institusi yang mendidik pelajar-pelajar
agar memperolehi sebanyak mungkin ilmu pengetahuan yang bermakna kepada
mereka. Teras utama dalam menjalankan tugas ini ialah guru, guru pula terdiri
pelbagai bidang seperti bidang sains, bidang bahasa, bidang teknikal dan bidang
sains sosial.
Guru-guru yang mendokong tugas utama ini perlu meningkatkan diri dari
aspek kemahiran, pengetahuan dan potensi diri. Ini penting kerana mereka
merupakan pemangkin utama bagi perkembangan pelajar. Guru juga perlu mahir
dan berpengetahuan dalam bidang masing-masing agar mereka dapat
menyampaikan ilmu dan kemahiran yang tepat dan terkini. Menurut Dr Rahim
(1995) dalam kajian Lim Ai Hui (2004), ” Keupayaan Guru yang Mengajar
Sukatan Pelajaran Teras Tingkatan Satu” menyebut guru yang pakar dalam
matapelajaran yang diajar biasanya dapat menguasai pengetahuan dan mampu
menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.
Pada masa ini, dilihat terdapat guru bukan opsyen dipaksa mengajar
matapelajaran lain yang mereka sendiri mungkin kurang mahir dan
berpengetahuan. Justeru guru-guru terpaksa mempelajari subjek itu sendiri dan
terus mengajar pelajar. Menurut T. Subahan dan rakan-rakan (2004 ) dalam
kajiannya ” Tinjauan Ke Atas Strategi Dan Keperluan Guru Bukan Opsyen Fizik
Mengajar Fizik” menyatakan lebih daripada 80% responden didapati tidak cukup
persediaan dan perlu mempelajari sendiri konsep fizik dan meluangkan masa
untuk mempelajari pengendalian alat, ini menunjukkan guru yang bukan opsyen
tidak bersedia dan memerlukan lebih masa untuk persediaan. Ini mendorong
pengkaji melihat sendiri persepsi guru bukan opsyen ini terhadap mata pelajaran
yang diajar dan melihat sejauh mana keupayaan sebenar mereka
1.3 Pernyataan Masalah

Mata pelajaran KHB merangkumi beberapa bidang dan komponen dimana


setiap satunya memiliki makmal masing-masing dengan aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran yang bercorak amali dan praktikal. Kesemua guru Kemahiran
Hidup ini memainkan peranan utama dalam membentuk pendidikan pelajar.
Di sinilah masalah yang ingin dikaji iaitu apakah persepsi guru-guru KHB
di daerah Johor Bahru ini yang bukan opsyen mengajar subjek kemahiran Hidup
di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru?

1.4 Persoalan Kajian


Bagi mengenalpasti persepsi guru-guru KHB di Sekolah Menengah
Daerah Johor Bahru yang bukan opsyen mengajar subjek Kemahiran Hidup; 3
persoalan kajian telah dibentuk seperti berikut:

14.1 Adakah guru-guru bukan opsyen KHB di Sekolah Menengah


Daerah Johor Bahru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam
subjek Kemahiran Hidup?
14.2 Adakah guru-guru bukan opsyen KHB di Sekolah Menengah
Daerah Johor Bahru tiada minat terhadap matapelajaran Kemahiran
Hidup?
14.3 Adakah guru-guru bukan opsyen KHB di Sekolah Menengah
Daerah Johor Bahru tiada kenyakinan diri untuk mengajar subjek
Kemahiran Hidup?
1.5 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti persepsi guru-guru
KHB di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru terhadap matapelajaran
Kemahiran Hidup. Objektif bagi kajian ini ialah :

15.1 Untuk mengenalpasti pengetahuan dan kemahiran guru-guru bukan opsyen


KHB di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru terhadap subjek
Kemahiran Hidup
15.2 Untuk mengenalpasti minat guru-guru bukan opsyen KHB di Sekolah
Menengah Daerah Johor Bahru terhadap subjek Kemahiran Hidup
15.3 Untuk mengenalpasti kenyakinan diri guru-guru bukan opsyen KHB di
Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru terhadap subjek Kemahiran Hidup

1.6 Kepentingan kajian

Guru opsyen yang mengajar setiap matapelajaran adalah perting bagi


memastikan hanya guru-guru yang benar-benar berkualiti sesuai dengan
pengetahuan dan tahap kemahiran yang diperlukan bagi megajar sesuatu
subjek.Dengan cara ini Negara dapat melahirkan pelajar yang lebih berkualiti dan
tinggi tahap pengetahuannya..
Kajian ini akan memberi manfaat banyak pihak terutamanya pengetua
sekolah selaku Pegawai Pengawal dalam memastikan hanya guru yang opsyen
sebenar mengajar subjek mereka. Kajian ini juga akan memberi manfaat kepada
Jabatan Pelajaran Negeri bagi memastikan keperluan guru mengikut opsyen
disetiap sekolah mampu disediakan dan jangka bagi keperluan akan datang
Kementerian Pelajaran pula perlu memikirkan hasil kajian ini untuk
membantu guru-guru KHB mencukupi dan tidak dipinggirkan serta mendapat
latihan dengan lebih teratur, berkesan dan cekap agar menjadi guru opsyen yang
berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan.
1.7 Definisi Istilah

Beberapa istilah yang digunakan dalam penulisan ini membawa pengertian


tersendiri. Definisi yang dibuat adalah merujuk dalam konteks kajian ini sahaja
bagi memudahkan pembaca memahami istilah tersebut agar tidak keliru dengan
istilah umum.

Persepsi : Kamus Dewan (1989 ) mentafsir sebagai apa yang difikirkan tentang sesuatu
perkara. Dalam kajian ini ia ditakrif sebagai pandangan terhadap subjek Kemahiran
Hidup

Minat : Kamus Dewan ( 2002 ) mentafsir sebagai kecenderungan atau keinginan kepada
sesuatu atau menggemari sesuatu. Dalam kajian ini melihat kecenderungan kepada
matapelajaran Kemahiran Hidup

Kenyakinan diri : Kamus Dewan ( 2002 ) mentafsir sebagai kepercayaan yang sungguh-
sungguh; kesungguhan terhadap sesuatu. Dalam Kajian ini merujuk kepercayaan diri
terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup

Pengetahuan : Kamus Dewan (2002) segala yang diketahui atau yang dipelajari tentang
sesuatu ilmu; keadaan mengetahui; apa-apa yang diketahui. Dalam kajian ini merujuk
kepad ailmu pengetahuan Kemahiran Hidup
BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang pendapat dan dapatan kajian


berkenaan latar belakang mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, Organisasi
kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dan persepsi guru bukan
opsyen.

2.2 Latar belakang Kemahiran Hidup Bersepadu

Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) telah ditubuhkan untuk melatih


guru dibidang pertanian. Kursus perguruan di MPSI pada ketika itu mempunyai
empat bahagian iaitu: Bahagian Akademik, Kemahiran Perkebunan, Pertukangan
Tangan Dan Membuat Bakul. Daripada sinilah berlaku perkembangan dalam
bidang teknik dan vokasional.
Menurut Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada
tahun 1992; Sistem pendidikan Aneka Jurusan ini ditukar kepada Kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM) pada sesi persekolahan tahun 1988/89, Penggubalan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah adalah berlandaskan Perakuan Laporan
Jawatan kuasa Kabinet Mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979) dan
merupakan kesinambungan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).
Pusat Perkembangan Kurikulum (1996), menyatakan bahawa mata
pelajaran Kemahiran Hidup diperkenalkan di sekolah menengah pada tahun 1989
untuk menggantikan Sistem Aneka Jurusan yang dikenali sebagai Program
Peralihan (KHPP) dan diikuti dengan Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) pada
tahun 1992 bagi menggantikan program peralihan.
Pada tahun 2002, beberapa perubahan dari segi kandungan
memperlihatkan struktur Kemahiran Hidup Bersepadu 1992 telah disusun semula,
digugur atau ditambah, dengan hasrat untuk mengukuhkan kesinambungan dan
mengelakkan pertindihan serta mengemaskinikan kandungannya ( Pusat
Perkembangan Kurikulum )

2.3 Organisasi Kandungan Kemhiran Hidup Bersepadu

Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teras dan Pilihan:

Bahagian Teras mengandungi satu bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan
Teknologi yang wajib dipelajari oleh semua murid.

Bahagian Pilihan membenarkan murid memilih satu daripada empat bidang


pembelajaran iaitu Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga, Pertanian dan
Perdagangan dan Keusahawanan.

TERAS PILIHAN
Kemahiran Teknikal
Ekonomi Rumah Tangga
Reka Bentuk dan Teknologi
Pertanian
Perdagangan dan Keusahawanan

2.4 Persepsi guru bukan opsyen

Menurut Siti Zohara Binti Yasin (2006) dalam kajiannya ” Cabaran Guru
Sandaran Terlatih (GST) Di Sekolah” mendapati Antara cabaran yang dihadapi oleh GST
ialah perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan
penerimaan komuniti sekolah. Dapatan kajian ini mendapati GST tidak bersedia apabila
ditugaskan mengajar mata pelajaran bukan opsyen dan, mengajar kelas peperiksaan.
Semua GST didapati tidak mempunyai pengetahuan dan tidak berminat apabila
ditugaskan mengajar mata pelajaran bukan opsyen. Tetapi dalam menguruskan aktiviti
sekolah, didapati GST mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dan
menunjukkan pretasi yang membanggakan.
BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini menjelaskan tentang beberapa aspek dalam metodologi yang


berkait rapat dengan rekabentuk kajian, populasi, cara mengumpul data, kaedah
penganalisaan data dan instrumen pengukuran yang digunakan.

3.2 Reka bentuk kajian

Kajian ini merupakan kajian untuk menerokai persepsi guru bukan opsyen
KHB yang mengajar subjek Kemahiran Hidup. Pengkaji melihat adakah mereka
berpengetahuan dalam subjek ini, berkebolehan mengajar, mempunyai minat dan
yakin apabila mengajar subjek ini. Apakah pula cabaran dan tekanan yang mereka
hadapi dalam mengajar subjek Kemahiran Hidup ini yang merupakan bukan
opsyen bagi mereka walaupun mereka ini adalah guru yang terlatih.

3.3 Tempat Kajian

Kajian ini di jalankan di 6 buah Sekolah Menengah di zon skudai, daerah


Johor Bahru
3.4 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi dari 6 buah sekolah akan diambil, Seramai 18 orang responden


guru bukan opsyen di zon skudai telah dikenalpasti. Daripada jumlah itu, seramai
7 orang responden guru bukan opsyen kemahiran hidup yang mengajar subjek
Kemahiran Hidup akan diambil sebagai sampel. Kajian rintis akan dilakukan ke
atas 6 orang guru yang meliputi populasi ini.

3.5 Instrumen Kajian

Kajian kualitatif ini menggunakan instrumen temu bual bagi mendapatkan


data. Kaedah temu bual sesuai dijalankan dalam kajian kes kerana ia melibatkan
pengumpulan dan penganalisaan data secara kualitatif yang paling mudah
(Creswell 1994). Kaedah temu bual juga melibatkan interaksi secara bersemuka
antara pengkaji dengan guru bukan opsyen Kemahiran Hidup yang mengajar
subjek Kemahiran Hidup. Temu bual dalam kajian ini menggunakan kaedah temu
bual secara berstruktur. Selain itu kaedah pemerhatian juga akan dilakukan bagi
merakam dan mencatat sendiri perlakuan guru ini dengan kenyataan yang
dilakukan.

3.6 Kajian Rintis

Kajian rintis akan dijalankan keatas sebahagian dari populasi iaitu 6 orang
responden dari sekolah zon Skudai akan diambil sampel daripada 18 orang
responden dari 6 buah sekolah menengah zon Skudai Johor kerana mempunyai
ciri populasi yang dikaji.
Melalui kajian rintis pengkaji akan menentukan item-item yang perlu
diubahsuai atau dikekalkan dan jangka masa pentadbiran. Perbincangan akan
dilakukan selepas kajian rintis bersama sampel rintis, pengkaji dan penyelia
projek tentang masalah yang ada mengenai ujian samada dari segi item-item
soalan temubual, keperluan kaedah pemerhatian dan jangka masa mengambil
ujian bagi mendapatkan kesahan yang tinggi.

3.7 Prosedur Kajian

Bagi mendapatkan maklumat dan data daripada responden, pengkaji akan


memohon kebenaran dari Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengetua sekolah
terbabit. Satu sesi temubual dengan soalan berstruktur akan dijalankan di sekolah
masing-masing yang terpilih. Selain itu pemerhatian akan dilakukan dan catatan
buku rekod akan dibuat bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dalam
membuat kesimpulan.

3.8 Penganalisaan Data

Data temu bual kemudian dianalisis dengan mencari tema atau pola yang
kerap ditemui dalam temu bual. Setelah tema dikenal pasti, proses mengkod
dibuat. Semua tema ini dibina menggunakan perisian NUD*IST (Non-Numerical
Unstructured Data and Indexing Searching Theorizing) yang telah diadaptasi
secara manual bagi memberi gambaran yang lebih seragam dan mudah difahami.
TRANSKIPSI
DATA

PENYUSUNAN
DATA

PELAZIMAN
DATA

KODING DAN KATEGORI


DATA

TEMA DAN PATEN

TAHAP KETEPUAN DATA

DEMONSTRASI KEBOLEHPERCAYAAN DAN


ESAHAN

LAPORAN

Carta 3.8.1 Proses Pemprosesan Data


BIBLIOGRAFI

Creswell, J. W. (1998). “Qualitative inquiry and research design: Choosing among five
Tradition”. Thousand Oaks: Sage Publications

________ (2002). “Kamus Dewan”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka &
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dr. Azizi Yahaya (2004), Persepsi pelajar terhadap keberkesanan pengajaran


matapelajaran Kemahiran Hidup sekolah menengah, Jurnal Pendidikan, Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Ee Ah Meng (1999), Pendidikan di Malaysia 1 falsafah pendidikan, guru dan sekolah,


edisi kedua, Fajar Bakti sdn. Bhd, Shah Alam.

Kamalularifin bin Subari (2006) ”Tahap Keterampilan Emosi Guru-Guru Pelatih Opsyen
Kemahiran Hidup Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Dan Kursus Diploma Perguruan
Malaysia Di Dua Buah Maktab Negeri Johor”
http://eprints.utm.my/2251/1/KamalulSukriAdnanAli2006Tahap.pdf

Lim Ai Hui (2004)” Keupayaan Mengajar Guru KH dalam Bahagian Teras Bagi
Matapelajaran Tingkatan Satu” {available online:
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/LIMAIHUIAP000214D200
4TTP.pdf

Mok Soon Sang (2002), Ilmu Pendidikan untuk KPLI (kursus Perguruan Lepas Ijazah),
Kumpulan Budiman sdn. Bhd, Subang Jaya.

Mohd. Najib Abdul Ghafar, (2003), Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan, UTM,
Skudai.
Mohd Majid Konting,(2005), Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Dewan bahasa Dan
Pustaka : Kuala Lumpur

Mohamed Najib Abdul Ghafar (1998). “Penyelidikan Pendidikan”. Fakulti Pendidikan:


UTM

Prof. Dr. T. Subahan Mohd Meerah (2001) ” Tinjauan Ke atas Startegi dan Keperluan
Guru Bukan Opsyen Fizik Mengajar Fizik” {Available Online:
http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/2001/2001_13_ruzihan.pdf

Siti Zohara Binti Yassin (2006) {available


online
:http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2006/SitiZ06.pdf
] IPBL,Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai