Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua warga SK Sungai Isap.

Tahniah kepada murid yang telah hadir awal ke sekolah pada hari ini,
hari Khamis, 13 Ogos 2020.

Ayuh kita amalkan budaya baharu dalam menangani penularan wabak Covid-19
dengan mengelakkan 3S iaitu Sesak, Sempit dan Sembang dekat. Murid-murid
perlu memastikan tangan sentiasa bersih dengan cara mencuci tangan atau
memakai hand-sanitizer, seterusnya memakai pelitup muka dan mengamalkan
penjarakan fizikal di dalam bilik darjah.

Mari sama-sama kita amalkan juga budaya penyayang SK Sungai Isap dengan
memberikan ucapan salam dengan cara meletakkan tangan kanan di dada kiri,
tunduk sedikit dan ucapkan salam apabila bertemu dengan mana-mana individu
di sekolah sama ada guru-guru, staf sekolah, rakan-rakan mahupun pelawat
yang hadir ke sekolah pada hari ini. Amalkan juga budaya mengucapkan terima
kasih sebagai contoh ketika waktu pagi ucapkan terima kasih kepada guru yang
telah mengambil suhu badan anda pada hari ini. Ingat, amalkan dua budaya
penyayang sekolah kita ucapkan salam dan lafazkan terima kasih.

Kepada murid-murid selamat meneruskan pembelajaran anda pada hari ini dan
kepada guru-guru teruskan perjuangan anda. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai