Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan selamat pagi

Tahniah kepada murid yang telah hadir awal ke sekolah pada hari ini,

Ayuh kita amalkan budaya baharu dalam menangani penularan wabak Covid-19
dengan mengelakkan 3S iaitu Sesak, Sempit dan Sembang dekat. Murid-murid
perlu memastikan tangan sentiasa bersih dengan cara mencuci tangan atau
memakai hand-sanitizer, seterusnya memakai pelitup muka dan mengamalkan
penjarakan fizikal di dalam bilik darjah.

Mari sama-sama kita amalkan juga budaya penyayang dengan memberikan


ucapan salam dengan cara meletakkan tangan kanan di dada kiri, tunduk sedikit
dan ucapkan salam apabila bertemu dengan mana-mana individu di sekolah
sama ada guru-guru, staf sekolah, rakan-rakan mahupun pelawat yang hadir ke
sekolah pada hari ini. Amalkan juga budaya mengucapkan terima kasih sebagai
contoh ketika waktu pagi ucapkan terima kasih kepada guru yang telah
mengambil suhu badan anda pada hari ini. Ingat, amalkan dua budaya
penyayang sekolah kita ucapkan salam dan lafazkan terima kasih.

Kepada murid-murid selamat meneruskan pembelajaran anda pada hari ini dan
kepada guru-guru teruskan perjuangan anda. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai