Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENGENALAN

Secara umum, model pengajaran boleh dikatakan sebagai satu perihalan persekitaran
pembelajaran yang dijadikan panduan untuk merancang kurikulum, kursus, dan unit
pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti program multi-media serta
pengajaran berbantukan komputer, lembaran-lembaran kerja dan sebagainya. Perihalan
sedemikian seelok-eloknya direkabentuk agar bersesuaian dengan pelbagai seting pengajaran
dan pembelajaran termasuk sekolah sehingga ke institusi pengajian tinggi. Juga diubahsuai
agar selaras dengan gaya pembelajaran murid-murid serta kehendak kandungan
matapelajaran yang berkenaan. Merujuk kepada konteks kurikulum, ‘model’ dikatakan
sebagai satu entiti yang mengandungi beberapa komponen bagi membantu mencapai
matlamat pendidikan yang diharapkan. Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi
aktiviti-aktiviti perancangan,
pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa model pengajaran yang telah
diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai panduan untuk menghasilkan pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih berkesan.Dengan lebih jelas lagi, model pengajaran
menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti program multi-media serta pengajaran
berpandukan komputer, lembaran-lembaran kerja dan sebagainya. Namun begitu, model ini
haruslah bersesuaian dengan pelbagai situasi pengajaran. Selain itu, model ini juga haruslah
bersesuaian atau harus diubahsuai dengan gaya pembelajaran murid-murid serta
kehendak kandungan mata pelajaran yang berkenaan. Terdapat empat kumpulan model
pengajaran yang seringkali dijadikan panduan guru iaitu Model Pemprosesan Maklumat,
Model Behavioral, Model Sosial dan Model Personal. Secara umum, model pengajaran boleh
dikatakan sebagai satu perihalan persekitaran pembelajaran yang dijadikan panduan untuk
merancang kurikulum, kursus, dan unit pengajaran. Pengkategorian kepada empat kumpulan
diatas dasar bahawa model-model yang terkandung dalam setiap kumpulan model tersebut
mempunyai orientasi falsafah dan psikologi yang sama terhadap pengajaran dan
pembelajaran serta cara bagaimana manusia belajar.

Anda mungkin juga menyukai