Anda di halaman 1dari 4

PERISTIWA DI LEMBAH SEMUT

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang bijaksana guru-guru dan
kawan-kawan sekalian.
Salam sejahtera pembuka bicara
Qisasul anbiya' menjadi agenda
Di lembah semut empunya peristiwa
Untuk teladan kita semua

Tahukah kawan-kawan apa itu Lembah semut??


Ia adalah tempat kediaman sekumpulan semut yang hidup pada zaman Nabi Sulaiman a.s
Nabi Sulaiman adalah anak kepada Nabi Daud a.s. Sejak kecil lagi beliau telah
menampakkan tanda-tanda kecerdasan, ketajaman otak, kepandaian berfikir serta
ketelitian di dalam mempertimbangkan dan mengambil sesuatu keputusan.

Baginda juga adalah seorang rasul yang memiliki sebuah kerajaan yang besar selain
boleh bertutur bahasa haiwan, golongan jin dan angin yang juga turut patuh mengikut
perintah baginda.

Firman Allah Taala dalam Surah Al Anbiya' ayat 81

Ertinya: dan diberikan Sulaiman angin kencang, yang bertiup menurut perintahnya.

Walaupun memiliki pelbagai kelebihan dan sebuah kerajaan yang hebat, baginda tetap
taat menjalankan perintah Allah.

Ingatlah kawan-kawan

Pemimpin yang baik ialah mereka yang menjalankan pemerintahan yang adil dan
menurut perintah Allah.

Satu hari ketika diperjalanan,

Pasukan tentera dan Nabi Sulaiman,

Tiba disuatu Lembah di pedalaman,

Disitu bersarangnya semut sekawan

Apabila mendengar kedatangan Nabi Sulaiman dan tenteranya salah seekor semut itu pun
berkata kepada kawan-kawannya" cepat masuk ke dalam sarang kamu, kalau tidak kamu
akan
dipijak
tentera

Sulaiman".

Firman Allah Taala dalam Surah An-Naml ayat 18

Ertinya: "Wahai sekalian semut, masuklah ke dalam sarang kamu masing-masing agar
kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak
menyedari."

Ya Ayuhai Asdiqa'

Kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Oleh itu kita hendaklah sentiasa
mengambil langkah pro-aktif sebelum berlaku perkara yang tidaj diingini.

Walaupun segelintir masyarakat tidak bersetuju namun perlaksanaan AES adalah langkah
pencegahan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan di jalanraya.

Setelah mendengar semut berbicara,


Nabi sulaiman tersenyum seketika,

Demikianlah kuasa Allah Taala,

Memelihara hamba-Nya yang tidak berdosa.

Firman Allah Taala. Surah An-Naml ayat 19

Ertinya: "Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu".

Kemudian Baginda berdoa kepada Allah:

Wahai Tuhanku ilhamkan aku supaya bersyukur akan nikmat yang engkau kurniakan
kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang
Engkau redhai dan masukkanlah dalam golongan hamba-Mu yang solleh

Ingatlah kawan-kawan

Kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah agar sentiasa diberikan taufik dah hidayah
sepertimana kebelakangan ini ramai artis wanita di Malaysia yang telah menutup aurat
setelah mendapat hidayah untuk berhijrah

Pernah suatu hari Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut " Wahai semut berapa
banyak engkau dapat rezeki dari Allah dalam setahun?" lalu semut pun menjawab
"sebesar biji gandum". Kemudian memberinya sebutir gandum lalu dipeliharanya dalam
sebuah botol.Selepas setahun baginda mendapati sang semut hanya memakan separuh
gandum itu. " Mengapa engkau hanya memakan separuh dan tidak mengabiskannya?"
tanya Nabi Sulaiman. Semut pun menjawab " dahulu aku bertawakal kepada Allah. Aku
yakin bahawa Allah tidak akan melupakan aku. Tetapi dengan kau aku tidak yakin sama
ada engkau akan ingat untuk memberikan aku gandum lagi. Kerana itu aku simpan
separuh sebagai bekalan untuk tahun hadapan.
Ya kawan-kawan

Janganlah kita berputus asa dengan nikmat kurniaan Allah.

Kebanyakan kes membunuh diri yang dilaporkan adalah berpunca akibat tidak mendapat
apa yang dihajati.

Firman Allah Taala dalam Surah Ibrahim ayat 7

Ertinya: Jika kamu bersyukur niscaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu dan jika
kamu kufur sesungguhnya azabKu amat pedih.

Alhamdulilah syukur nikmat,

Tentera berlalu semut pun selamat,

Nabi Sulaiman raja yang hebat,

Semua makhluk mendapat Rahmat.

Kisah dilembah semut berakhirlah kini,

Tibalah masa mengundur diri,

Salah dan silap harap dimaafi,

Semoga kita berjumpa lagi.

Sekian w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai