Anda di halaman 1dari 19

Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah

Oleh: Khairuddin Abdul Rahman

Terdapat banyak kajian yang telah dikenal pasti bagaimana guru boleh mewujudkan komunikasi
menjadi lebih berkesan di dalam mengurus proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Komunikasi yang berkesan amat diperlukan dalam menjayakan proses pengajaran dan pembalajaran. Ini
adalah bertujan untuk mecapat objektif pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan bagi melahirkan
pelajar sepertimana objektif yang hendak dicapai oleh guru. Objektif pengajaran dan pembelajaran
termasuklah pelajar boleh mengetahui, memahami, dan mengamalkan sesuatu yang telah dipelajari
dengan sebaiknya apa yang telah dipelajari di akhir pembelajaran dan utnuk masa hadapan. Diantara
cara-cara amalan komunikasi yang boleh membantu guru-guru ikuti bagi mengurus bilik darjah dalam
proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti di bincangkan di bawah:

1) Praktikkan gaya kepimpinan demokratik.


Guru mesti mempunyai gaya kepimpinan yang baik, tutur kata yang tegas atau penggunaan nada yang
betul perlu digunakan pada situasi yang betul amat bertujuan untuk menarik minat dan perhatian
pelajar dalam menerima maklumat yang hendak disampaikan, pakaiannya dan cara komunikasi gerak
badan atau muka guru memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan penegasan yang
menjelaskan data yang ingin disampaikan kepada murid supaya lebih mudah difahami dengan jelas.
Melahirkan suasana gaya yang betul dalam pengajaran dan pembelajaran agar murid seronok dan terus
berminat dalam menerima pengajaran yang disampaikan oleh guru.

2) Galakkan penglibatan murid dengan mengelolakan aktiviti


Aktiviti-aktiviti bilik darjah akan mewujudkan interaksi murid dengan murid dan guru dengan murid-
murid secara dua hala. Ini akan menjadikan penglibatan murid-murid dalam pengajaran dan
pembelajaran akan lebih aktif.

3) Gunakan kaedah berkumpulan sekiranya boleh dilakukan


Kaedah berkumpulan adalah ditekankan dalam KBSR kerana interaksi murid dengan murid serta guru
dapat diperkembangkan. Ia boleh melahirkan murid-murid mempunyai nilai bekerjasama dalam
kumpulan, menghormati pandangan kawan-kawan dan mempunyai kemahiran berfikir sendiri dan boleh
menyelesaikan masalah.

4) Banyak menggunakan teknik main peranan, lakunan, dan sesi buzz


Teknik ini mewujudkan murid-murid mengambil bahagian yang aktif dalam pengajaran guru.
Penglibatan aktif pelajar akan memberi kesan yang nyata dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah.

5) Adakan sesi soal jawap dalam pengajaran


Sesi soal jawap membantu murid-murid mengigati kembali apa yang telah dpelajarinya, malah juga
meletakkan murid sentiasa memberi perhatian yang tinggi kepada pengajaran dan pembelajaran yang
dilakaukan oleh guru.

6) Menggunakan alat gantu mengajar yang berteknologi


Menggunakan teknologi tinggi seperti computer, persembahan pengajaran dan pembelajaran
menggunakan powor point dan sebagainya lebih memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di
minatai oleh murid-murid kerana ia melibatkan video, audio yang dapat menunjukkan sesuatu
maklumat yang disampaikan lebih jelas dengan visualnya.

7) Iktiarkan penyertaan murid


Interaksi murid adalah penting dalam pengajaran dam pembelajaran yang dilakukan oleh guru oleh itu
guru mestilah berusaha mengiktiarkan penyertaan murid adalah aktif di dalam bilik darjah kerana
usaha mengalakkan murid-murid aktif akan menanamkan minat pelajar dan pemerhatian yang lebih
terhadap pelajarannya.
8) Adakan sesi kaunseling dengan murid bermasalah
Murid-murid yang pendian dan pemalu, yang tersingkir dan terasing akan menjejaskan interaksi di
dalam bilik darjah. Guru seharusnya beriktiar membantu murid-murid seperti ini dan merujuk kepada
guru kaunseling untuk diatasi permasalahan murid tersebut. Diharapkan pelajar tersebut mengubah
tingkahlaku dan boleh melibatkan secara aktif di dalam bilik darjah. Dengan ini interaksi murid-murid
yang bermasalah dengan guru dan murid-murid lain akan bertambah baik.

9) Memberikan sikongan kepada murid yang mengemukakan pendapat


Sekiranya murid mengeluarkan pendapat yang kurang baik seperti yang dikehendaki oleh guru, adalah
tidak seharusnya guru menyindir murid. Sebaliknya guru hendaklah memperbetulkan pendapat tersebut
atau menyokong pendapat tersebut menjadi lebih jelas untuk diterima pakai oleh murid-murid lain.

10) Murid-murid digalakkan memberi pujian kepada rakan-rakan mereka dan menjauhkan diri daripada
melakukan perkara sebaliknya seperti menyindir, mentertawakan kawan-kawan diatas jawapan yang
kurang tepat dan sebagainya.
Suasana ini akan memberanikan murid-murid mengeluarkan pendapat masing-masing kerana setiap
pendapat yang dikeluarkan tidak terancam dengan kritikan dan tomahan guru dan kawan-kawan. Guru
seharusnya juga menambah atau menjadikan pendapat murid tersebut sebagai contoh pendapat yang
betul dan boleh diterima pakai atau mengolah pendapat murid tersebut itu menjadi lebih jitu jika
penadapat tersebut kurang jelas atau samara-samar. Malah pendapat yang diberi penghargaan
menghasilkan minat pelajar lain untuk mengeluarkan pendapat masing-masing.
Posted by KhairuddinAR at 10:56 PM
Labels: Bilik Darjah, komunikasi

PEMBELAJARAN KOPERATIF : PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK MASA KINI

1. Pengenalan

   Pembangunan sistem pendidikan negara selepas merdeka adalah hasil daripada


program kerajaan untuk melaksanakan pelbagai rancangan dan peraturan yang
termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957 dan Akta Pelajaran 1961. Dalam proses ini,
banyak perubahan yang berlaku misalnya yang terkini sekali iaitu pelaksanaan
teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan.

   Perubahan dalam kurikulum memanglah dijangkakan akan berlaku seiring dengan


peredaran masa. Ini mengakibatkan perubahan dalam pelbagai perkara seperti
paradigma guru, buku-buku teks, strategi pengajaran dan sebagainya. Strategi
pengajaran yang konvensyenal hendaklah digantikan dengan kaedah pengajaran yang
berpusatkan murid serta berorientasikan kepada penggunaan pelbagai sumber dan
teknologi yang seiring dengan perkembangan teknologi negara kita.
   Dalam pembelajaran, interaksi sosial menjadi salah satu faktor penting bagi
perkembangan skima mental yang baru. Di sinilah pembelajaran koperatif
memainkan peranannya dalam memberi kebebasan kepada pelajar untuk berfikir
secara analitis, kritis, kreatif, reflektif dan produktif. Pengajaran yang berkesan
akan menghasilkan pembelajaran yang diingini. Itulah yang perlu ditekankan kepada
para guru di mana pembelajaran yang baik boleh berlaku apabila pelajar melibatkan
diri secara aktif. Oleh itu, peranan guru berubah dari sebagai pemberi maklumat
kepada seorang fasilitator.

2. Apakah Pembelajaran Koperatif ?

   Pembelajaran koperatif membawa maksud belajar bersama-sama dalam satu


kumpulan kecil yang mempunyai matlamat yang sama iaitu ke arah kejayaan.
Kejayaan ahli-ahli kumpulan adalah saling bergantungan antara satu sama lain.
Pelajar memiliki semangat bekerjasama untuk mencapai tahap pembelajaran yang
maksimum bagi diri sendiri dan juga bagi setiap ahli kumpulannya.

   Dalam pembelajaran koperatif, semua ahli harus memahami dan menyedari peranan
masing-masing. Oleh itu, kejayaan atau kegagalan yang diperolehi akan dikongsi
bersama. Semua pelajar dalam suatu kumpulan berhak memberi pandangan atau
saling bertukar ide dalam membuat penyelesaian masalah agar dapat difahami dan
diterima oleh semua ahli kumpulan itu. Matlamat pembelajaran koperatif tidak akan
tercapai jika penyelesaian suatu masalah hanya dilakukan oleh seorang palajar
sahaja.

   Melalui strategi pembelajaran sebegini, pelajar akan mendapat galakan dan


rangsangan daripada ahli-ahli kumpulan untuk menyelesaikan masalah matematik
walaupun masalah itu sukar. Teknik-teknik dalam pembelajaran koperatif sangat
sesuai diaplikasikan dalam kelas yang ada pelbagai kebolehan kerana ia memupukkan
nilai murni dalam diri pelajar seperti saling menghargai, menyokong, sabar, hormat-
menghormati, bertolak-ansur dan bertanggungjawab.

3. Prinsip Asas Pembelajaran Koperatif

   Untuk memenuhi tujuan sebenar pembelajaran koperatif, beberapa prinsip asas


perlulah dipatuhi.
   $ Saling Bergantungan Positif

        Pelajar perlu saling bergantungan dalam menyiapkan tugasan yang mana ianya
boleh tercapai melalui matlamat yang sama, pembahagian kerja sama rata,
pemberian peranan kepada setiap ahli dan perkongsian bahan atau maklumat di
kalangan ahlu kumpulan.

   $ Tanggungjawab Individu

        Setiap pelajar dalam kumpulan adalah bertanggungjawab kepada


pembelajarannya sendiri dan sumbangan kepada kumpulan. Penilaian perlu dilakukan
secara individu untuk menunjukkan individu itu melakukan pembelajaran walaupun
berada dalam kumpulan iaitu tidak hanya mengharapkan sumbangan rakan ahli.

   $ Interaksi Serentak

        Setiap kumpulan boleh melakukan perbincangan pada masa yang sama iaitu
secara serentak. Ini berbeza dengan cara tradisional di mana perbincangan
dijalankan secara tersusun. Dengan berlakunya interaksi serentak ini, penglibatan
aktif pelajar dapat dipertingkatkan lagi.

   $ Penglibatan Saksama

        Semua ahli kumpulan mesti melibatkan diri secara saksama dan menerima
tugasan secara adil. Ini akan memastikan keaktifan setiap pelajar dalam proses
pembelajaran.

   $ Interaksi Bersemuka

        Pelajar harus bekerja secara bersemuka untuk menyiapkan tugasan, semasa
meraikan kejayaan dan ketika menjalankan 'post mortem' bagi hasil tugasan yang
telah selesai. Di sini pelajar berpeluang untuk menyuarakan pendapat dan mendapat
maklumbalas rakan ahli secara terus tanpa sekatan.

   $ Kemahiran Sosial

        Ini perlu bagi melicinkan aktiviti-aktiviti proses pembelajaran dan juga
kesediaan pelajar untuk menjadi ahli masyarakat yang boleh berkomunikasi. Boleh
dikatakan bahawa kemahiran sosial adalah sama penting dengan kemahiran teknikal
untuk memperolehi kejayaan hidup pada zaman ini.
   $ Pemprosesan Kumpulan

        Setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran tamat, pelajar perlu melakukan
refleksi secara individu. Guru dan pelajar akan melihat sejauh mana kejayaan yang
dicapai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran itu. Ia melibatkan para pelajar
mentafsir, memfokus, membuat maklumbalas, berkomunikasi dan mengesan tahap
kefahaman mereka. Guru pula perlu menilai sejauh mana pengajarannya telah
berjaya mencapai matlamat pembelajaran yang diingini.

4. Jenis Pembelajaran Koperatif

   Terdapat beberapa jenis strategi yang boleh digunakan dalam pembelajaran


koperatif. Di antaranya ialah :

    ¶ Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation)

        Setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah untuk
mendapatkan maklumat. Ini memerlukan pelajar mengenalpasti suatu topik yang
disiasat, merancang serta menjalankan penyiasatan. Semua maklumat yang telah
diperolehi akan dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam
bentuk yang kreatif dan menarik. Strategi pembelajaran ini mengintegrasikan
interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah melalui proses inkuiri akademik.

    ¶ 'Student Team Achievement Division' (STAD)

        Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran


kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan. Mereka saling membantu di
antara satu sama lain melalui tutorial, kuiz atau perbincangan kumpulan.

    ¶ Jigsaw

       Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan pakar. Ahli-
ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik (yang
telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan pakar tadi akan
kembali ke kumpulan asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan mereka
dengan rakan sekumpulan. Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu
kumpulan akan menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi
tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.
    ¶ 'Team-Accelerated Instruction' (TAI) 

        Ia merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai


kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk kelas matematik heterogeni.
Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza ditentukan kepada kumpulan
yang heterogenus. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar yang rendah
pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaiannya seiring dengan pelajar
lain yang mempunyai pencapaian tinggi. Bahan-bahan TAI direka khas untuk program
ini yang menggantikan buku teks sepenuhnya.

    ¶ 'Team Games Tournament' (TGT)

        Model TGT mengandungi putaran aktiviti pengajaran seperti berikut :

        (I). Guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk
syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajar berbincang mengenai bahan
yang disampaikan oleh guru. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran
kerja yang disampaikan oleh untuk menguasai konsep.        

      (II). Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam


bilik darjah. Bagi setiap pertandingan, Bagi setiap permainan, meja pertandingan
akan diwakili oleh 2 hingga 4 orang ahli dari setiap pasukan yang sama kebolehan
akademik.

5. Kesimpulan

   Strategi pembelajaran koperatif mempunyai manfaat yang besar kepada


pembelajaran pelajar. Ianya boleh dijadikan strategi pengajaran alternatif masa
kini di mana pelajar memperolehi faedah secara bersepadu dari aspek kognitif,
efektif dan psikomotor. Guru seharusnya merancang pengajaran dan pembelajaran
agar kemahiran intelek di kalangan pelajar dapat dimanifestasikan dalam
pengajaran. Kesepaduan yang diperolehi dari pembelajaran koperatif dapat
memenuhi hasrat kerajaan seperti yang tertulis dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Bahan Rujukan :
1. Ibrahim Saad (1990), Perubahan Pendidikan Di Malaysia : Satu Cabaran,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

2. Gan Siowck Lee (1992), Kerelevenan Pembelajaran Koperatif Dalam Kurikulum


Sekolah Malaysia, Kertas kerja dalam seminar Matematik, MPKTBR.

3. Shlomo Sharan (1980), Cooperative Learning : Theory and Research, Praeger


Publisher, New York.

4. Elliot Aronson (1978), The Jigsaw Classroom, Newbury, California Sage


Publication.

5. David W.Johnson dan Roger T.Johnson, Learning Together and Alone :


Cooperative, Competitive and Individualistic Learning, Allyn Bacon, London.

6. Robert E. Slavin (1990), Cooperative Learning : Theory, Research and


Practise, Prentice Hall, Englwood Cliff, New Jersey.

KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN


KEBANGSAAN ( MTT2353 )
PENDIDIKAN SEBAGAI SUATU PROSES PENGAJARAN
 

1.0 PENGENALAN

Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan
interaksi di antara individu dengan individu yang lain seperti seorang ibu dengan anaknya atau seorang pengikut
dengan ketuanya atau seumpamanya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan beberapa individu yang lain
seperti di antara seorang anak dengan kedua ibu bapa atau keluarganya atau dengan rakan sebaya, seorang guru
dengan murid-muridnya atau seumpamanya.

Pendidikan juga merupakan suatu proses komunikasi dan interaksi di antara manusia dengan persekitarannya seperti
sekolah, media massa, tempat tinggal, pekerjaan dan tempat bekerja serta institusi masyarakat lainnya.

Oleh kerana pendidikan adalah suatu proses penerimaan dan penyebaran maklumat, maka ilmu dan budaya yang
tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia.
Proses ini berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu berinteraksi dengan
individu dan masyarakat serta alam dan dalam keperluan perhubungan beribadah kepada Tuhan (Allah s.w.t.)(Ab.
Rahman Abu Bakar, 1992).
Al Quran telah memberi beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan perhubungan atau interaksi yang
berkesan di antara seseorang dengan seseorang insan yang lain. Di antara ayat-ayat Al Quran yang menjelaskan
tentang perkara di atas ialah :

"Perkataan yang baik dan perbuatan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada memberi sedekah
(pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan) menyakitkan hati. Dan (ingatlah) Allah maha kaya dan
maha penyantun".

(Al-Baqarah: 263)

"Dan kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani mereka kerana menuntut Rahmat
Tuhan kamu yang kamu mengharapkannya, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang baik menyenangkan
hati". (Al-Isra' : 28)

"Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras
lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu".

(Al-'Imran : 159)

"Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat yang baik dan
berbahasalah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya….." (An-Nahl : 125)

Petunjuk-petunjuk dari ayat-ayat Al Quran di atas telah menggariskan bahawa hikmah kebijaksanaan, lemah lembut
dan percakapan dan bahasa yang baik adalah menjadi asas bagi mewujudkan komunikasi dan interaksi berkesan di
antara sesama insan. Manakala sifat-sifat keras dan kasar serta kata-kata yang menyakitkan adalah dilarang.

2.0 RASIONAL PEMILIHAN TAJUK

ISU 1

Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran (Rosli Abd. Rahman, 1997). Melalui
interaksi, seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain. Individu yang
mempunyai kemahiran berkomunikasi mempunyai peluang lebih baik untuk menyesuaikan dirinya dengan
persekitarannya.

Dewasa ini kebanyakan majikan mendapati kekurangan keterampilan siswazah merupakan faktor penyebab pihak
majikan berhati-hati mengambil mereka bekerja dalam firma swasta. Ekoran dari faktor ini, sebilangan besar
siswazah gagal dalam temuduga pekerjaan sama ada di sektor awam atau swasta. Didapati bahawa kegagalan
mereka dalam kemahiran berkomunikasi ini menjadi penyebab wujud masalah dari segi pergaulan, bekerjasama,
cara berkomunikasi dan dalam pengurusan konflik. (Rosli Abd. Rahman, 1997).

Dalam proses komunikasi, salah satu bidang yang mempunyai pengaruh yang paling kuat ke atas tingkah laku
seseorang ialah persepsi diri seseorang atau konsep kendirinya. Keberkesanan berkomunikasi interpersonal berkait
rapat dengan persepsi diri. Brooks dan Emmert (1976), menyatakan konsep kendiri ialah suatu faktor penting dalam
komunikasi interpersonal. Hamachek (1990), berpendapat konsep kendiri dan personaliti sebagai sinonim.

Jelas di sini, individu yang mempunyai konsep kendiri positif biasanya dapat berinteraksi dengan orang lain dengan
cara yang lebih baik. Kurang kemahiran berkomunikasi dan konsep kendiri di sekolah boleh menyebabkan pelajar
sukar membuat penyesuaian diri dan sukar menyelesaikan masalah.

ISU 2
Pembinaan minda merentas kurikulum yang diajar di sekolah rendah dan menengah diperhebatkan lagi dengan
pelancaran Program Gerak Gempur Minda 1997 bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran berfikir secara lebih
kritis dan kreatif.

Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin berkata, aspek tersebut masih kurang
menonjol walaupun ia merupakan matlamat yang perlu ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).

Menurut beliau, secara umumnya, 95 % proses pengajaran dan pembelajaran sekarang masih berpusat kepada guru
dan hanya 5 % membabitkan interaksi pelajar. Kelemahan ini tidak sewajarnya berlaku dalam bidang pendidikan
yang kegiatan utamanya memerlukan aspek kemahiran berfikir serta pengembangan minda selain penekanan yang
diberikan kepadanya di dalam KBSM dan KBSR.

Daripada dua isu yang telah dikemukakan tersebut menunjukkan bahawa usaha ke arah mengutamakan aspek
kemahiran dan keupayaan berkomunukasi perlu dipertingkatkan untuk kepentingan pelajar menyesuaikan diri di
dalam masyarakat pada masa akan datang. Oleh itu kami telah memilih tajuk ini dengan membincangkan dari
beberapa aspek seperti :

kepentingan komunikasi bilik darjah

ciri-ciri komunikasi guru yang positif dan negatif

ciri-ciri komunikasi yang disukai oleh murid

ciri komunikasi guru yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan

halangan-halangan komunikasi bilik darjah

cara untuk mengatasi halangan yang dihadapi

cadangan dari aspek kesedaran dan kesediaan guru.

3.0 PERANAN SEKOLAH SEBAGAI INSTITUSI SOSIAL

Mengikut kamus Oxford (1969) menyatakan bahawa sekolah merupakan institusi untuk memberi pendidikan kepada
para pelajar. Ia berlaku di mana ada masa dan ruang yang ditetapkan untuk melakukan pengajaran dan
pembelajaran. Interaksi sosial pelajar dalam sistem pendidikan formal di sekolah berlaku dalam bilik darjah dan
aktiviti ko-kurikulum. Bilik darjah merupakan unit interaksi sosial yang paling berpengaruh di sekolah (Syarifah
Alawiah Al-Sagoff, 1988). Ini adalah kerana guru-guru berinteraksi dengan pelajar secara individu hampir setiap
hari. Dalam keadaan persekolahan sekarang ini, kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran mencorakkan
tingkah laku dan perbendaharaan kata pelajar (Syarifah Alawiah Al-Sagoff, 1988).

Sekolah memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan ke atas diri seseorang pelajar itu. Pendidikan yang
didapati di sekolah merupakan proses dan aktiviti yang bertujuan untuk membawa perubahan kepada seseorang
individu.

Menurut Dewey, pendidikan harus berpusatkan kepada pelajar sebagai individu untuk melengkapkan dirinya dengan
ciri-ciri insan yang sempurna pada keseluruhannya. Oleh itu, sekolah bukan merupakan institusi setakat untuk
menyediakan individu itu bagi sesuatu latihan dan memperolehi pekerjaan tetapi membuat persediaan untuk mereka
membangunkan masyarakat.

4.0 INTERAKSI ANTARA GURU DAN MURID DI DALAM BILIK DARJAH


4.1 Kepentingannya

Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham
serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu
untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu.

Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat,
tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan,
kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan
murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu
tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan.

Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara
harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan
berkesan.

Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala
maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah
ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila
berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap
dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel
Universes", 1994).

4.2 Corak Komunikasi dalam bilik darjah

Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh
penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai
seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk
menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-
murid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran
berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.(Ee Ah Meng, 1996).

Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Semasa waktu
mengajar, guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap, memberi penjelasan, menyoal soalan-soalan,
berbincang, meneguh dan menegur, mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi murid,
mengenakan denda dan sebagainya.

Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik darjah dikenali dengan
Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam
bilik darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan guru itu secara
langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai, memberi arahan dan mengkritik. Flanders
meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru.

Anderson dan Brewer's, 1946 (Dalam Amir Sharifudin, 1986) dalam kajiannya menunjukkan bahawa terdapat dua
jenis tingkah laku guru apabila berinteraksi dengan murid-murid sewaktu mengajar dalam bilik darjah, iaitu jenis
dominatif dan intergratif. Guru-guru yang bersifat dominatif menunjukkan ciri-ciri berkomunikasi dengan murid-
murid seperti berikut :

Menentukan secara terperinci segala gerak geri murid

Enggan menerima langsung cadangan dari murid


Mengatur aktiviti murid tanpa mengkaji hubungan sesama mereka atau di antara murid dengan persekitaran bilik
darjah

Suka menengking dan memarahi murid

Selalu memberi amaran

Gagal menyediakan kemudahan kepada murid

Guru-guru yang bersifat intergratif pula mempunyai ciri-ciri tingkahlaku seperti berikut :

Sentiasa bersetuju dengan cadangan murid

Menerima perbezaan pendapat dari murid

Memandu murid melengkapkan jawapan yang kurang sempurna

Mengambil bahagian bersama murid-murid di dalam aktiviti bilik darjah

Bersimpati dengan masalah murid

Memberi kebenaran atau menggalakkan murid-murid mencuba

Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif lebih banyak membawa kesan
negatif terhadap perkembangan dan kemajuan murid. Manakala guru-guru yang bersifat intergratif pula didapati
lebih banyak mendatangkan kesan positif kepada pembelajaran murid-murid.

Dapatan tersebut terbukti memang berasas apabila kajian yang dibuat oleh beberapa orang pengkaji terkemudian
seperti Taylor, 1962; Evan, 1962 dan Hollis, 1975 (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990) telah
menyenaraikan antara tingkahlaku guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah :

Baik hati, mesra, peramah dan sabar sewaktu mengajar

Menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas

Sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi pembelajaran

Membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat mengekal ketenteraman
dan disiplin kelas

Hamachek (1974) (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990), mempercayai guru yang berkesan mempunyai
unsur-unsur "kemanusiaan" iaitu guru yang mempunyai kualiti seperti suka berseloroh, bersikap adil, peramah dan
baik hati. Hamachek juga menyebut tentang kajian-kajian lain yang menyatakan guru-guru sekolah menengah yang
peramah dan bertimbang rasa, banyak menerima tulisan puisi dan lukisan daripada pelajar-pelajar mereka.

4.3 Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan

Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap, perasaan dan kehendak mereka yang mana
ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi di dalam suasana pembelajaran.(Wlodkowski, 1984)
(dalam Classroom Life, 1994). Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab yang
besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah yang positif dan
berkesan. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru
dan murid. Antaranya ialah :

Menggunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu interaksi yang bermakna.

Gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelas apa yang hendak disampaikan
oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti.

Gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan pelajar

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka, terutama dalam tahun-tahun
1980-an. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979),
rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara
mulai tahun 1983, diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula
diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989.(Mok Soon Sang, 1996).

Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang berpusatkan murid. Bagi
mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil dengan baik, beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi
dalam interaksi bilik darjah telah disarankan, antaranya :

Guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara murid dengan guru dan antara murid
dengan bahan-bahan

Menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk mempertahankan pendapat tersebut
mengikut cara dan gaya tersendiri

Memberi arahan secara lebih positif

Menggunakan penghargaan, ganjaran atau pengukuhan positif

Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi guru dan murid yang boleh
menghasilkan pengajaran yang berkesan, antaranya ialah :

Mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini dapat melahirkan kemesraan antara
guru dengan murid

Pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur

Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Elakkan daripada bersikap angkuh atau
suka melemparkan kritik yang tidak beralasan

Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan kejujurannya hendaklah membantu
dan mendidik murid-murid

Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran

Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau berkomunikasi dengan murid

Sentiasa mengulang isi-isi penting

Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran
Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau maklum balas

Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan
berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan. Perhubungan
atau komunikasi boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama
murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati, sabar dan
berdisiplin. Di antara hadis-hadis Rasulullah (Nabi Muhammad s.a.w.) yang menegaskan mengenai kesimpulan di
atas ialah :

"Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang yang lebih tua maka ia bukan dari
golongan kami"

(Riwayat Al-Bakhari)

"Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua hal"

(Riwayat Al-Bakhari)

"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu
dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling
disenanginya"

(Riwayat Al-Tabrani)

5.0 HALANGAN-HALANGAN DALAM INTERAKSI BILIK DARJAH

Menurut Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), terdapat juga halangan-halangan yang menyebabkan interaksi bilik
darjah tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan iaitu :

Faktor fizikal

Seperti bangunan, dinding bilik dan kecacatan tubuh badan

Faktor bukan fizikal

Seperti peraturan-peraturan yang dilaksanakan dan faktor dalaman diri seseorang atau faktor psikologi seperti rasa
takut, marah, ragu-ragu, malu dan sebagainya serta faktor masa.

6.0 MENGATASI HALANGAN BERINTERAKSI

Persoalan utama kita ialah bagaimanakah halangan-halangan tersebut dapat diatasi, terutamanya terhadap faktor
dalaman diri atau faktor psikologi yang mendatangkan kesan yang sangat negatif terhadap pembelajaran murid serta
juga pengajaran guru.

Sistem KBSR telah mengemukakan beberapa cadangan sebagai garis panduan bagi mengatasi masalah tersebut,
antaranya ialah :

Melalui sistem pengaliran dan pengumpulan murid dengan mengecilkan bilangan murid dalam satu kelas

Memperkenalkan kaedah kumpulan mengikut kebolehan


Pendekatan individu

Menggalakkan penggunaan sumber sebagai media dan aktiviti-aktiviti gerakerja kelas, kumpulan dan individu
dalam bentuk lembaran kerja, eksperimen dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992), ternyata bahawa saranan-saranan tersebut ada yang
terlalu ideal dan sehingga sekarang tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh kerana kekangan infrastruktur dan
tenaga guru, seperti pengecilan jumlah murid dalam satu bilik darjah. Rata-rata kebanyakan sekolah terpaksa
menempatkan dalam lingkungan 40 orang murid dalam satu darjah.

7.0 CADANGAN DARI ASPEK KESEDARAN DAN KESEDIAAN GURU

Apa yang penting kepada kita ialah untuk meroboh halangan tersebut dengan memberi perhatian kepada situasi
dalam setiap episod sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, dari permulaan hingga penutup. Sebagai contoh, hasil
kajian Wlodkowski, 1984 (classroom Life, 1994) mendapati permulaan sesuatu sesi pengajaran adalah detik yang
paling penting dalam mencorak situasi pembelajaran seterusnya.

Sebenarnya permulaan bagi sesuatu sesi pengajaran itu berlaku sebaik-baik sahaja guru mula melangkah masuk ke
dalam bilik darjah. Murid-murid dalam kelas terus memberi perhatian dan mula membuat tanggapan yang tersendiri
serta membina sikap tertentu terhadap guru melalui sifat dan perawakan zahir yang diperlihatkan. (Wlodkowski,
1984)(dalam Classroom Life, 1994).

Guru yang masuk ke kelas dengan penuh ceria dan senyum , dengan mudah mendapat respon yang positif daripada
murid. Dengan senyuman, ketegangan dapat dikendurkan dan kebuntuan dapat diatasi, lebih-lebih lagi apabila
disusuli dengan sapaan yang bermakna seperti salam atau ucap selamat. (Ab. Rahman Abu Bakar, 1992).

Dalam sesuatu sesi pengajaran, apabila salam atau ucap selamat dilafazkan, dengan sendirinya tabir yang
menghalang interaksi guru dengan murid mula tersingkap dan seterusnya mencorak situasi perhubungan guru murid
dalam proses pengajaran pembelajaran yang selanjutnya.(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992).

Di dalam Islam, saling memberi dan menjawab salam merupakan satu aspek ibadah yang menjadi faktor kepada
hubungan kasih sayang, kesefahaman dan kemesraan di antara sesama insan kerana salam adalah doa dan harapan
yang dirujuk kepada Allah (swt), manakala doa adalah pendidikan, ketenangan dan penguatan rohaniah yang berkait
mesra dengan fitrah insan itu sendiri (Uthman Muhammady, 1991) (dalam Rosli Abd. Rahman,1997).

Kajian oleh Theodore Coladarci (1991) juga menunjukkan bahawa faktor percakapan dan panggilan murid juga
memudahkan berlaku jalinan hubungan dan interaksi guru murid dalam bilik darjah. Guru yang bercakap dengan
penuh bertenaga, sebutan yang tepat, jelas, berintonasi serta suara yang menarik lebih cepat menerima respon
daripada murid, lebih-lebih lagi apabila diucap dengan tata bahasa yang betul dan tersusun.

Dialog-dialog bilik darjah yang kemas dan teratur, yang diselit dengan unsur-unsur berseloroh serta mesra dapat
memurnikan lagi suasana interaksi bilik darjah. Begitu juga dengan menyebut nama atau singkatan nama atau
panggilan khusus yang selalu diucap oleh keluarga dalam berinteraksi dengan murid lebih bermakna daripada
penggunaan ungkapan panggilan umum seperti 'awak', 'kamu', 'anda' dan sebagainya.(Ab. Rahman Abu Bakar,
1992).

Menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992) faktor-faktor umum yang lain seperti motivasi, penggunaan sumber,
aktiviti kumpulan dan lain-lain juga merangsang ke arah mewujudkan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Namun demikian, satu perkara yang tidak kurang pentingnya bagi mencapai matlamat yang
dibincangkan ialah dari aspek kesedaran dan kesediaan guru sendiri dalam beberapa perkara yang disarankan di
bawah :
Guru benar-benar mengenali serta faham akan masalah setiap orang murid secara individu

Guru benar-benar menguasai kurikulum serta kaedah dan teknik pengajaran

Guru sentiasa bermuhasabah untuk menilai pengajaran sendiri secara ikhlas setiap masa

Guru sentiasa meluaskan pengetahuan dan kemahiran kendirinya melalui pembacaan, peningkatan taraf akedemik
dan profesional dengan melanjutkan pelajaran, mengikuti kursus, seminar, bengkel dan seumpamanya.

8.0 KESIMPULAN

Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang sangat penting di dalam
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang
baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini
kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi
termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab
mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan
keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Yusuf Ali (1991), Al Quranul Karim, Terjemahan Dan Huraian Maksud, Terjemahan Uthman El-
Muhammady, KL., DBP.

Abdul Hamid Mahmood (Okt.1990), Komunikasi Berkesan Asas Pendidikan Bermutu, Jurnal Dewan Bahasa, KL.,
DBP.

Ab. Rahman Abu Bakar (1992), Kearah Melahirkan Pengajaran Berkesan, Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP.

Edward, A.D. and Westergate (1987), Investigating Classroom Talk, London and Philadepia: The Falmer Press.

Ee Ah Meng (1996), Pendidikan Di Malaysia 1, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru-Murid Dalam Bilik darjah, Kertas
Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam, KPM: Bahagian Agama Islam.

Mok Soon Sang, (1996), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad Mahzan Ayob (1990), Guru dan Perguruan, Kuala Lumpur, DBP.

Rosli Abd. Rahman (1997), Kesan Latihan Kemahiran Berkomunikasi Terhadap Konsep Kendiri Pelajar Di Sebuah
sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan Malaysia.

Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, , 4 April 1997, Gerak Gempur Minda Lahir Pelajar Kritis, Utusan
Melayu.

Theodore Coladarci (1991), Teachers' Sense of Efficacy and Commitment to Teaching, Journal of Experimental
Education, University of Maine.

 
Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes, 1994, _ HYPERLINK
http://barco.art.uiuc.edu/arted/clclife.html __http://barco.art.uiuc.edu/arted/clclife.html_.

Sikap majikan punca kebanjiran pekerja  asing


Dikirim pada Oktober 22, 2008 oleh HermanSamsudeen

KUALA LUMPUR 21 Okt (Utusan Malaysia). . - Masalah


kebanjiran tenaga kerja asing di negara ini berpunca daripada sikap sesetengah majikan yang
mahu membayar gaji rendah berbanding mengambil pekerja tempatan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah berkata, majikan juga tidak
memberi peluang kepada pekerja tempatan walaupun mereka lebih rajin dan senang diatur untuk
melakukan kerja berbanding pekerja asing.

”Kita tidak nampak sebarang usaha majikan untuk mengambil pekerja tempatan dan saya sendiri
tidak pernah nampak iklan sama ada di surat khabar dan televisyen untuk mengambil pekerja
tempatan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini

Beliau mengulas laporan mengenai hampir 20 peratus tenaga kerja di negara ini terdiri daripada
warga asing seperti yang didedahkan dalam Simposium Kebangsaan mengenai Dasar Pekerja
Asing di Malaysia anjuran bersama Kementerian Sumber Manusia dan Pertubuhan Buruh
Antarabangsa (ILO).

Simposium berkenaan juga dimaklumkan bahawa hampir separuh daripada lebih 252,600
pekerjaan yang diwujudkan di negara ini setiap tahun diisi oleh pekerja asing.

Murugiah berkata, kebanyakan majikan yang memerlukan tenaga kerja juga dilihat terus
menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memohon mendapatkan pekerja asing
tanpa membuat sebarang usaha seperti mencari pekerja tempatan di kawasan pedalaman atau
membuat sebarang pengiklanan.

Pemudawilayah - Jumlah kelulusan yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)
begitu tinggi dan ianya adalah tempat untuk ‘Perdagangan Manusia’ yang terbesar dinegara ini.
Masalah yang dihadapi oleh segelintir majikan sebenarnya boleh selesai jika mereka
menawarkan pakej insentif yang menarik pada pekerja tempat. Soalnya mereka malas untuk
berbuat demikian kerana kos mengunakan pekerja asing lebih murah dan mereka boleh dikerah
bekerja 24 jam walaupun masa musim perayaan.
Difailkan dalam: Artikel, Isu Ekonomi, Isu Sosial, Keluarga&Masyarakat, Keratan Akhbar,
Undang-Undang

« Daftar persatuan belia - Ismail Kontrak sosial perlu jadi kurikulum universiti »

2 Responses to “Sikap majikan punca kebanjiran pekerja asing”

1. Hasbullah Pit, di Oktober 22nd, 2008 pada 4:03 am Kata:

Saya tidak setuju dgn murugiah.

semalam saya berborak dengan tokei cuci kereta, tokei kedai makan (melayu),
kesemuanya merungut dengan prestasi kerja “budak melayu”.

Gaji nak tinggi, kerja tak seberapa, selalu tak datang.

2. madbi, di Oktober 22nd, 2008 pada 11:08 am Kata:

statistik tu untuk pekerja yang legal, yang ilegal bagaimana? jangan kata tak de maklumat
la … nampak sangat alasan bodoh. pegila kat pusat tahanan sementara semenyih,lengging
macap,langkap, kajang dll. berapa ramai yang ditahan. tu yang ditahan , yang dilepaskan
semasa operasi kerana teknikal (dokumen meragukan takyah tahan pasal susah nak
proses dokumentasi) , yang dah tangkap, majikan setel dll. apa citer? kalau nak bersihkan
malaya ni dari pekerja ilegal adalah sesuatu yang mustahil dapat dilakukan kerana
beberapa faktor besar yang terpaksa dihadapi. bermula dengan sistem, politik, kuasa,
rasuah, kemanusiaan dan kelemahan penguatkuasaan. kementerian terbabit boleh
menyanggah dakwaan ini tetapi pikirkan berapa banyak duit rakyat malaya hangus
setahun untuk urusan PATI???? pikirkanlah..

http://dppwp.wordpress.com/2008/10/22/sikap-majikan-punca-kebanjiran-pekerja-asing/

Komunikasi ialah satu proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat di antara dua
pihak iaitu penghantar dan penerima. Konteks dalam bilik darjah : Perhubungan di antara orang dengan
orang, iaitu guru dengan murid atau murid dengan murid yang berlaku dalam bentuk percakapan atau
gerak geri.

Komunikasi Verbal Definisi : Komunikasi lisan Berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara
bersemuka atau tidak.
Penggunaan bahasa : Guru menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar dengan cara bertutur.

Komunikasi Non-Verbal Definisi : Semua bentuk tingkah laku yang bukan lisan
Contoh : bunyi, gerakan badan atau mimik muka.
Konteks dalam bilik darjah : Guru mengangguk kepala sebagai tanda setuju dengan jawapan pelajar.

Komunikasi Berkesan
Komunikasi berkesan berlaku apabila mesej yang disampaikan oleh penyampai dapat diterima dan
difahami dengan jelas oleh penerima. Jika maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, maka timbul
konflik di antara kedua-dua individu tersebut. Komunikasi berkesan amat penting bagi menjamin P&P
yang efektif.

Amalan Komunikasi Berkesan


Ø Bersikap positif / percaya kepada pelajar
Ø Bersifat ramah dan mesra
Ø Hormat terhadap pandangan pelajar
Ø Ketahui latar belakang pelajar
Ø Pendengar yang aktif
Ø Tunjuk mimik muka berseri
Ø Guna bahasa yang mudah dan difahami
Ø Arahan yang jelas dan jitu
Ø Bersemangat tinggi dalam pengajaran
Ø Galakkan pelajar supaya memberi idea atau pandangan
Ø Guna nama pelajar ketika berinteraksi
Ø Gunakan gerak fizikal, gerak isyarat dan mimik muka ketika memberi penjelasan
Ø Kaitkan pelajaran baru dengan pengetahuan yang sudah diketahui oleh pelajar

Gangguan/Halangan Dalam Komunikasi

Kebisingan
Suasana kelas bising menyebabkan pelajar sukar mendengar pelajaran yang disampaikan. Anggapan
umum terhadap guru Lazimnya berlaku pada guru baru kerana pelajar menganggap guru baru kurang
berpengalaman.

Emosi guru atau murid


Penumpuan akan terjejas jika emosi guru/ pelajar kurang stabil.

Pemikiran tertutup
Umpamanya, pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu subjek mungkin enggan mendengar
penjelasan guru atau guru yang kurang senang dengan sebilangan pelajar dalam sesuatu kelas, mungkin
akan mengurangkan komunikasi terbuka.

Kurang tumpuan
Pelajar-pelajar kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran guru.
Masalah Komunikasi Dalam Bilik Darjah

Kritikan
Pelajar akan mendiamkan diri apabila dikritik.

Melabel pelajar
Pelajar yang dilabel suka mendiamkan diri supaya lebih selamat.

Ancaman
Ancaman boleh menghadkan komunikasi terbuka.

Memberi arahan
Arahan yang memaksa akan menghalang komunikasi dua hala.

Mimik muka
Mimik muka yang serius atau garang akan menyebabkan pelajar takut untuk bercakap.

Kurang perhatian
Kurang perhatian daripada guru menyebabkan pelajar tidak berminat untuk bercakap.

Penyampaian
Guru yang sentiasa bercakap akan menghalang komunikasi dua hala.

Bahasa
Guru menggunakan bahasa yang sukar difahami oleh pelajar.

Kelajuan
Guru yang bercakap laju akan menyebabkan pelajar sukar untuk faham.

Kurang persediaan
Kekeliruan ketika penyampaian pengajaran menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat menerima mesej
dengan jelas.

Aktiviti pembelajaran kurang menarik


Minat pelajar untuk belajar akan berkurangan dan cenderung ke arah kebisingan.

Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah


Oleh : Puan Norzilah Mazahar
GKMP Sains dan Matematik
http://www.geocities.com/smjelai/norzila1.html

Anda mungkin juga menyukai