Anda di halaman 1dari 5

Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri

Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai.Sudah semestinya setiap


individu menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri masing-masing.Namun
begitu,pelbagai penyakit kini semakin berleluasa malah ada yang menyebabkan
kematian.Keadaan ini tidak seharusnya dipandang remeh dan sebaliknya perlulah
dianggap serius dan disusuli dengan langkah yang efektif.

          Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani kehidupan yang
sihat termasuklah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang.Pemakanan
yang seimbang mestilah berpandukan kepada piramid makanan.Kita disarankan
supaya mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang berperanan
membekalkan pelbagai jenis mineral dan vitamin kepada tubuh badan kita.Di
samping itu,kita mestilah mengurangkan makanan yang berlemak supaya tidak
mendapat penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.
           Selain itu,kita mestilah mengamalkan amalan bersukan dan
bersenam.Seseorang individu mestilah menjalankan aktiviti fizikal seperti bersenam
sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu dan 20 minit bagi setiap sesi.Hal ini
demikian kerana bersenam akan dapat menyihatkan tubuh badan di samping
meningkatkan tahap kecergasan fizikal.

              Tambahan pula,kita mestilah menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-


kurangnya dua kali dalam setahun.Hal ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan
berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang penyakit.Pemeriksaan kesihatan
mestilah kerap dilakukan supaya dapat memulakan rawatan dari peringkat awal
sekiranya didapati menghidap sebarang penyakit.

              Di samping itu,setiap individu mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang
cukup.Dalam kesibukan menjalani aktiviti harian,keperluan tubuh badan tidak wajar
diabaikan.Tubuh badan kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk terus
berfungsi dengan baik.Tanpa rehat yang secukupnya,tubuh badan akan menjadi letih
dan lesu sekaligus menyebabkan semua aktiviti tergendala.Oleh itu,rehat dan tidur
yang cukup amat diperlukan.

                      Akhir sekali,kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik sejak


peringkat awal lagi.Sesungguhnya,kesihatan adalah anugerah Tuhan yang perlu
dihargai.Oleh itu, kita bertanggungjawab memelihara kebaikan yang telah
dikurniakan kepada kita.Jangan nanti terhantuk baru terngadah kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak ber
Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri

Kebersihan diri amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita mestilah menjaga
kebersihan diri.

Kita mestilah mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kita hendaklah


membersihkan semua anggota badan dari hujung kepala hingga hujung kaki dengan sabun
dan air yang bersih. Kita juga mestilah mencuci rambut menggunakan syampu untuk
mengelakkan rambut berkelemumur dan berkutu.

            Selepas mandi, kita mestilah memakai pakaian yang bersih. Pakaian yang kita pakai
mestilah ditukar setiap hari. Pakaian yang kotor mesti dicuci. Kawan-kawan akan menjauhi
kita jika kita kotor dan berbau busuk.

Selain itu, kita mestilah memotong kuku tangan dan kaki yang panjang. Hal ini
demikian kerana kuman mudah membiak di celah-celah kuku tangan dan kaki yang panjang.
Bukan itu sahaja, kita perlu menggosok gigi tiap-tiap hari. Kita juga hendaklah berkumur
selepas makan agar sisa makanan tidak melekat di celah-celah gigi. Kita hendaklah membuat
pemeriksaan gigi dua kali setahun untuk memastikan gigi kita sentiasa sihat dan kuat.

Di samping itu, kita mestilah menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal.


Persekitaran tempat tinggal yang bersih mencerminkan imej dan personaliti kita. Orang yang
bersih akan disenangi oleh orang lain. Justeru, kita perlu menanam tin-tin kosong,
membersihkan longkang yang tersumbat dan memastikan sampah sarap dibuang ke dalam
tong sampah bagi mengelakkan pembiakan haiwan perosak.  Tikus dan lalat boleh membawa
jangkitan penyakit kepada kita.

Pendek kata, kebersihan adalah asas kesihatan. Jika kita menjaga kebersihan diri, kita
tidak akan mudah dijangkiti penyakit. Orang yang bersih dan sihat juga akan hidup ceria.
Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira

bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan

hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana

terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti

pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam

sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang

tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan

kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.

Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa.

Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar .

Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran

semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-

isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana

televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau

individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu

perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang

sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah

pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-

pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di

jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut

berbanding media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar.

Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen

kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan

didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar
seperti menguruskan  sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam

sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula

bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-

cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini

juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-

kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat

mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat

serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui

organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat

tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah

dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran

sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan

Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar

dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan

perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah.

Pertandingan kelas terbersih di  antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan

tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi,

pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi

dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam

sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar           .

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan

teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.

Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan

lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah

lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan
menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan

buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan

plastik. Hal ini sudah tentu  akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh

pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti

penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang

perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal

ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat

mengikut pertambahan  bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil

pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang

semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada

masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah

memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai

golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada

terus tercemar .

Anda mungkin juga menyukai