Anda di halaman 1dari 2

18 SOP SESI PERSEKOLAHAN PKPP

1. Perkara dibenarkan:Ibu bapa atau penjaga perlu memastikan anak-anak yang


sihat sahaja dihantar ke sekolah.
2. Guru-guru bertugas akan memeriksa suhu badan pelajar di pintu masuk
sekolah.
3. Pemeriksaan suhu badan juga akan dibuat kepada guru, warga sekolah dan
individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah.
4. Murid perlu mengikut laluan pergerakan terarah yang telah ditetapkan untuk
menuju ke kelas masing-masing.
5. Murid perlu sentiasa jaga kebersihan diri, terutamanya amalan mencuci tangan
dengan kerap.
6. Meja-meja disusun pada jarak satu meter dalam kelas.
7. Waktu rehat adalah secara berperingkat.
8. Makanan dan minuman siap dibungkus.
9. Murid perlu beratur mengikut tanda penjarakan semasa membeli makanan di
kantin.
10.Murid akan makan di dalam kelas masing-masing di bawah pengawasan guru.
11.Ibu bapa atau penjaga digalakkan menyediakan bekal makanan untuk anak-
anak mereka.
12.Dalam bilik asrama, katil-katil disusun pada jarak satu meter.
13.Penggiliran waktu makan akan dilaksanakan mengikut bilangan murid.
14.Susunan meja di dewan makan akan turut mengambil kira keperluan
penjarakan sosial.
15.Pelajar yang didapati bergejala akan dibekalkan topeng muka dan perlu
memakainya seperti garis panduan ditetapkan.
16.Perkara tidak benarkan:Aktiviti di luar bilik darjah seperti sukan dan kokurikulum
secara bersemuka tidak dilaksanakan sehingga ke suatu tarikh yang akan
dimaklumkan. Begitu juga dengan perhimpunan sekolah.
17.Anak-anak tidak sihat atau bergejala seperti demam, batuk, selesema, sakit
tekak dan sesak nafas, tidak boleh ke sekolah dan perlu dibawa membuat
pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya.
18.Sesiapa yang mencatatkan suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius atau
bergejala tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah.          

Anda mungkin juga menyukai