Anda di halaman 1dari 12

Pendidikan Inklusif

Konsep Pendidikan Inklusif

1. Perkataan inklusif berasal daripada Bahasa Inggeris inclusive yang membawa maksud termasuk
atau merangkumi semua.
2. Ia boleh diertikan sebagai pendidikan umum, iaitu setiap orang individu, sama ada normal, pintar-cerdas
atau cacat, adalah berhak diberi peluang pendidikan umum. Ini adalah termaktub dalam Dasar
Pendidikan Negara dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berbunyi :

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

3. Pendidikan Inklusif merupakan peluang pendidikan umum yang diberikan kepada semua
kanak-kanak Malaysia, termasuk kanak-kanak cacat. Di bawah program Pendidikan Inklusif ini,
kanak-kanak cacat khasnya, yang mempunyai potensi belajar, adalah ditempatkan dalam kelas
biasa di bawah bimbingan seorang guru resos (guru terlatih khas) yang berkerjasama dengan guru-
guru biasa.
4. Bagi kanak-kanak cacat yang tidak dapat mengikuti kurikulum biasa pada peringkat permulaan,
mereka akan ditempatkan di dalam Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP).
5. Pelajar-pelajar cacat ini mengikuti satu program pendidikan khas yang dirancangkan berdasarkan
kebolehan mereka. Selain daripada pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris,
mereka pula diajarkan kemahiran manipulatif seperti berkebun, membasuh, menggosok dan
memasak. Konsep

Pendidikan Khas

1. Secara amnya, Pendidikan Khas ialah program pendidikan dirancang khusus untuk kanak-kanak istimewa, iaitu
kanak-kanak cacat dan juga kanak-kanak pintar-cerdas.

2. Secara khususnya, Pendidikan Khas merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi,
kaedah dan teknik mengajar, untuk Kanak-kanak-Kanak-kanak bukan normal tetapi luar biasa kerana
sebab mereka tidak akan sanggup dapat faedah dan pencapaian yang sepatutnya daripada program
sekolah biasa.

3. Mengikut Dr. Chua Tee Tee (1982), pendidikan khas ini adalah satu program pendidikan dirancangkan
khas untuk kanak-kanak istimewa, atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Mereka
tidak akan dapat mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak berupaya
mendapat faedah sepenuhnya daripada program pendidikan sekolah biasa.

4. Kanak-kanak istimewa yang memerlukan pendidikan khas boleh digolongkan dalam 7 kategori seperti
berikut:
i. Kanak-kanak kerencatan akal (mentally retarded)

ii. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (learning diasbilities)

iii. Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku (behavioral disorders)

iv. Kanak-kanak cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi


v. Kanak-kanak cacat penglihatan

vi. Kanak-kanak cacat fizikal (psikomotor atau neurosis)

vii.. Kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat istimewa

5. Program Pendidikan Khas ini akan dapat mengembangkan potensi mereka secara optimum, dan
seterusnya menjadi rakyat yang berguna, berupaya memberi sumbangan dan perkhidmatan kepada
negara.
6. Berlandaskan kepada kenyataan di atas, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986
mengisytiharkan Falsafah Pendidikan Khas yang berbunyi :
"Falsafah Pendidikan Khas ialah untuk menyediakan peluang yang sama kepada kanak-kanak
khas seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa untuk perkembangan psikososial yang seimbang.
Falsafah ini diselaraskan dengan objektif untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat...
dan... untuk memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah
melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih."

7. Untuk mencapai tujuan tersebut, Kementerian Pendidikan telah menentukan lapan strategi berikut
supaya melaksanakan program pendidikan khas bagi kanak-kanak istimewa di negara kita.
i. Menyediakan peluang persekolahan dengan membina sekolah-sekolah khas dan kelas khas
bermasalah pembelajaran untuk Kanak-kanak-Kanak-kanak cacat.
ii. Melatih kanak-kanak cacat dengan kemahiran dan vokasional yang membolehkan mereka
menjadi warganegara yang berguna.
iii. Melalui Bimbingan dan Kaunseling untuk pihak yang berkenaan agar mengikis pandangan atau
sikap negatif terhadap ketidakupayaan kanak-kanak cacat menjalankan aktiviti pembelajaran di
sekolah.
iv. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi kanak-kanak cacat dengan tujuan
meningkatkan konsep kendiri dan membantu mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran
hidup yang sebenar.
v. Melatih tenaga pengajar untuk melaksanakan program pendidikan khas dengan berkesan.

vi. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk ibu bapa yang mempunyai kanak-
kanak cacat supaya mereka dapat bekerjasama dengan pihak sekolah, demi mempertingkatkan
peluang menjayakan program pendidikan khas dan mencapai tujuannya dengan berkesan.

vii. Menyediakan kemudahan perubatan dan penyelidikan untuk merawat atau memulihkan
kecacatan fizikal, mental atau emosi kanak-kanak cacat.

viii. Bekerjasama dengan agensi persendirian atau pertubuhan sukarela untuk membantu
mereka dari segi kewangan atau latihan untuk orang cacat.

8. Di Malaysia, program pendidikan khas adalah dilaksanakan mengikut dua model berikut:
I. Program pendidikan khas diintegrasikan dengan program pendidikan biasa dalam institusi
pendidikan yang sama.

II. Program pendidikan khas dilaksanakan dalam institusi khas, misalnya sekolah kanak-kanak
buta dan sekolah kanak-kanak bisu dan pekak.
Jenis Kanak-Kanak Istimewa

1. Kanak-Kanak Kerencatan Akal (Mentally Retarded)

i. Kanak-kanak kerencatan akal adalah kanak-kanak yang mempunyai Darjah Kercedasan


(Intelligent Quotient, IQ)di antara 35 hingga 85. Kanak-kanak dalam kategori ini biasanya menghadapi
kerosakan sistem saraf akibat masalah kelahiran, kecederaan, warisan baka keluarga, kekurangan
zat makanan atau gangguan hormon dan sebagainya.

ii. Kanak-kanak cacat yang mempunyai darjah kecerdasan antara 50-70 merupakan kadar
kecacatannya ringan atau sederhana. Mereka boleh dididik dan dilatih di sekolah. Kanak-kanak cacat
ini adalah digolongkan dalam kumpulan murid yang belajar lambat (slow learners). Ciri-ciri mereka
dapat diperlihatkan seperti berikut:

• Kanak-kanak ini boleh mengikuti pelajaran hingga Darjah 4, sehingga mereka mencapai umur
16 tahun.

• Taraf pencapaian akademik bagi kanak-kanak ini adalah di antara setengah hingga tiga-
perempat daripada taraf pencapaian murid-murid biasa.

• Kanak-kanak ini hanya boleh membaca atau memahami konsep matematik secara
formal apabila umur mereka mencapai di antara 9 hingga 12 tahun.
• Sukar bagi mereka belajar konsep yang abstrak.

• Ingatan mereka tidak kekal, dan cepat lupa apa yang baru dipelajari.

• Mereka belajar lambat, dan perlukan banyak aktiviti pengukuhan untuk mengekalkan
kemahiran.

• Mereka hanya boleh belajar satu kemahiran asas dalam satu tempoh masa sahaja, dan tidak
berupaya belajar lebih dari satu kemahiran secara serentak ataupun konsep yang abstrak.

iii. Kanak-kanak yang mempunyai darjah kecedasan di antara 35-49 biasanya menghadapi
masalah menjaga diri sendiri. Mereka hanya boleh dilatih mengurus hal peribadi seperti memakai
pakaian, memakan, membuang air dan sebagainya. Mereka sukar dididik kerana kekurangan
kemahiran untuk belajar apa mata pelajaran pun di sekolah. Ciri-ciri kanak-kanak ini boleh
diperhatikan seperti berikut:
 Kanak-kanak golongan ini boleh dilatih untuk mengurus hal peribadi diri sendiri, seperti
memakai baju, memakan, menjaga kebersihan diri, membuang air dan sebagainya.

 Kanak-kanak ini tidak berupaya belajar kecuali dengan cara menghafal. Mereka tidak
boleh mengikuti pelajaran di sekolah biasa.

iv. Kanak-kanak cacat yang mempunyai darjah kecerdasan di bawah 35 merupakan kecacatan
mental yang amat buruk. Mereka kurang keupayaan untuk berdikari dan memerlukan penjagaan
yang rapi. Mereka memerlukan bantuan orang normal untuk menolong mereka, seperti memakan,
membersihkan badan, memakai baju dan aktiviti-aktiviti harian yang lain.
v. Mengenal Pasti Kanak-Kanak Kerencatan Akal
Gunakan Ujian Mengukur Darjah Kecerdasan yang disarankan oleh Binat dan Terman, dengan
mengaitkan umur akal kanak-kanak kepada umur masanya. Mengikut Terman, seorang kanak-kanak
yang berumur genap sepuluh tahun boleh menjayakan sesuatu ujian yang dijangkakan, boleh
disempurnakan oleh kanak-kanak normal yang juga berumur 10 tahun, maka umur akal adalah
sama dengan umur masanya. Dalam kes ini, kanak-kanak tersebut mempunyai kebolehan akal yang
normal mengikut umurnya. Jika umur kanak-kanak kurang10 tahun, tetapi berjaya dalam ujian yang
setaraf dengan kanak-kanak berumur 10 tahun, maka kanak-kanak itu dikatakan mempunyai
kebolehan akal lebih tinggi daripada kanak-kanak berumur sama dengannya. Jika umur kanak-
kanak itu ialah lebih 10 tahun, maka dia mempunyai kebolehan akal lebih rendah daripada kanak-
kanak yang berumur sama dengannya.

Selain daripada Ujian Mengukur Darjah Kecerdasan, kanak-kanak kerencatan akal juga boleh
dikenal pasti melalui pemerhatian atau ujian saringan.

2. Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran (Learning Diabilities)

i. Golongan kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini biasanya mempunyai konsep kendiri


negatif, motivasi rendah, sifat introvert, tabiat malas berusaha, kekurangan minat dan
kecederungan dalam kanak-kanak ataupun sering sakit.

Definisi untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang diterima umum adalah definisi
digariskan oleh Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak Cacat pada tahun
1986. Defmisi ini adalah diturunkan seperti berikut:

" Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah dimanifestikan daripada salah


satu atau beberapa proses psikologikal yang melibatkan gangguan tatatertib dalam
kefahaman dan penggunaan bahasa lisan atau tulisan."

ii. Keadaan gangguan tatatertib tersebut dapat diperlihatkan daripada proses mengingat
semula peristiwa lama, pemikiran, pertuturan, membaca, mengeja ataupun mengira. Ini juga
termasuk keadaan-keadaan yang dirujuk sebagai handikap persepsi, dyslexia, asphyxia, dan
kecederaan ringan otaknya.

iii. Keadaan kanak-kanak bermasalah pembelajaran khusus dirujuk sebagai halangan


psikologikal atau neurologikal terhadap gerakbalas bahasa, sama ada lisan atau tulisan, persepsi
kognitif, atau aktiviti psikomotor. Halangan ini dapat dihuraikan daripada kriteria-kriteria berikut:
(a) Percanggahan di antara tingkah laku yang spesifik dengan kebolehan atau pencapaian kanak-
kanak bermasalah pembelajaran.
(b) Mereka tidak berupaya mengikuti pelajaran dalam kelas biasa, tetapi memerlukan kaedah
mengajar khas untuk membantu mereka belajar.
(c) Kaedah mengajar khas ini bukan digunakan terutamanya untuk mengajar kanak-kanak yang tidak
berpeluang belajar.

Mengenal Pasti Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran : Satu Rumusan

Berdasarkan huraian-huraian di atas, kanak-kanak bermasalah pembelajaran dapat dikenal pasti


dengan ciri-ciri yang dirumuskan berikut:
(a) Pencapaian akademik keseluruhannya tidak sampai tahap memuaskan.
(b) Lemah pencapaian dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa.

(c) Sering mengantuk dalam kelas.

(d) Tidak menunjuk minat dalam pelajaran.

(e) Sentiasa menjauhkan diri daripada rakan-rakan sedarjah atau guru.

(f) Hanya berupaya memberi perhatian atau tumpuan singkat terhadap


aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
(g) Sering meniru atau menyalin kerja rumah rakan sedarjah, atau
tidak membuat kerja rumah langsung.

(h) Ingatan lemah, mudah lupa.

(i) Bersifat pemalu dan introvert.

(j) Bersifat pediam dan tidak berani bertanya.

(k) Sering ponteng sekolah.

(l) Masalahnya tidak dipedulikan atau tidak dapat dibantu mengatasinya oleh anggota keluarga.

(m) Mempunyai konsep kendiri rendah.

(n) Tidak menghargai sahsiah diri sendiri.


(o) Mereka bukan kanak-kanak lembam yang gagal sama sekali di sekolah. Mereka mungkin
menghadapi masalah dalam matematik, tetapi boleh mencapai peringkat lulus dalam Bahasa,
dan dapat prestasi baik dalam Senilukis, Kemahiran Manipulatif atau mata pelajaran yang lain.

3. Kanak-kanak Kecelaruan Tingkah Laku (Behavorial Disorders)

i. Secara am, kanak-kanak kecelaruan tingkah laku boleh diklasifikasikan kepada


empat kategori seperti berikut:
(a) Tingkah laku terbias.: Mempunyai tingkah laku yang menentang autoriti, tidak mematuhi
peraturan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang.
Kanak-kanakgolongan ini adalah hiperaktifalau hiperkinetik.

(b) Sifat pengongkongan dalaman : Kanak-kanak yang bersifat pemalu, pendiam, sensitif, pasif,
tidak suka berkawan, dan mudah tersinggung. Mereka sering melakukan tindakan di luar dugaan.

(c) Tingkah laku ketidakmatangan : Kanak-kanak yang kurang berupaya menumpukan perhatian
dalam pelajaran. Mereka tidak berminat belajar, sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai
kendiri sendiri.

(d) Tingkah laku antisosial : Kanak-kanak sering bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah
disiplin sekolah seperti memeras, mengugut, mencuri, ponteng kelas dan ponteng sekolah.

ii. Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku boleh dikenal pasti dengan ciri-ciri berikut:

(a) Bersifat hiperaktif, hiperkinetik dan hiperagresif.

(a) Menunjukkan sifat penarik diri dan sering memencilkan diri


daripada kumpulan sebaya.

(b) Bersifat pemalu dan pendiam.

(c) Suka membohong dan sentiasa berkhayal.

(d) Suka mencuri barang orang lain.

(e) Mudah kehilangan akal dan perasaannya amat sensitif.

(f) Mempunyai nilai kendiri yang amat negatif.

(h) Suka menentang autoriti dan sering melanggar peraturan sekolah.

(i) Tidak berminat belajar dan sering ponteng sekolah.


4. Kanak-Kanak Cacat Pendengaran Dan Bermasalah Komunikasi
Kanak-kanak cacat pendengaran sering menghadapi masalah komunikasi dan sukar memperajari
sebutan perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat.
Kanak-kanak cacat pendengaran biasanya digolongkan dalam dua kumpulan, iaitu kanak-kanak
cacat pendengaran pretutur (prelingual) dan kanak-kanak cacat pendengaran postutur
(postlinguaf).
Kanak-kanak cacat pendengaran pretutur adalah kanak-kanak pekak dari sejak lahir, manakala
kanak-kanak cacat pendengaran postutur adalah cacat pendengaran separa atau sepenuhnya, yang
biasanya berlaku selepas telah mempunyai pengalaman bercakap.
Punca-punca cacat pendengaran biasanya disebabkan kerosakan gegendang telinga, saraf
pendengaran ataupun warisan baka.
Kanak-kanak cacat pendengaran boleh dikenal pasti dengan ciri-ciri berikut:
(a) Bersifat pendiam, pemalu dan tidak suka bertanya.
(b) Terlalu pasif dan tidak suka bergaul dengan rakan-rakan sebaya.
(c) Pertuturan mereka kurang lancar, sering tersekat-sekat atau berulang-ulang.
(d) Menghadapi masalah memahami kata orang lain.
(e) Kurang berupaya menggunakan perkataan-perkataan tepat untuk menerangkan atau menyatakan
sesuatu perkara atau idea.
(f) Persepsinya kurang tepat kerana tidak boleh mendengar sesuatu dengan jelas dan tepat.
(g) Sering bergantung membaca pergerakan bibir orang untuk memahami maksud kata.
(h) Sering cuba mengelakkan daripada menjawab soalan lisan orang lain kerana kurang pasti tepat
apa yang disoal.
(i) Mencondong mukanya ke depan untuk mendengar jelas kata orang.

5. Kanak-Kanak Cacat Penglihatan

Kanak-kanak cacat penglihatan adalah kanak-kanak buta atau mempunyai kadar kecekapan
penglihatan di antara 20/200 hingga 20/70 selepas pembetulan, berbanding dengan kanak-kanak
penglihatan normal yang mempunyai kadar kecekapan penglihatan 20/20.

Kanak-kanak cacat penglihatan boleh digolongkan dalam beberapa jenis, iaitu kanak-kanak rabun
dekat, rabun jauh, rabun malam, rabun warna, astigimatisme, katarak, glaukoma dan juling. Di antara
punca-punca cacat penglihatan ialah kesakitan mata, kekurangan zat makanan ataupun kerosakan
saraf optik atau menghidap penyakit seperti hypermetropia, myopia, dyslexia dan sebagainya.
Kecacatan penglihatan merupakan kecacatan deria yang buruk sekali. Kanak-kanak cacat
penglihatan tentunya akan menghadapi masalah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
khasnya dalam proses persepsi dan penangkapan konsep dengan tepat.
Kanak-kanak cacat penglihatan boleh dikenal pasti dengan ciri-ciri berikut:

(a) Kesukaran membaca tulisan dan ilustrasi dalam buku serta dipapan kapur.
(b) Sering membawa buku dekat matanya untuk membaca.
(c) Sering mengesat matanya.
(d) Matanya kelihatan kemerah-merahan.
(e) Matanya juling, terpesong sedikit kedudukan mata hitamnya.
(f) Sering merasa pening kepala.
(g) Matanya amat sentitif terhadap cahaya.
(h) Tidak dapat membaca dalam tempoh lama.
(i) Kerap menulis perkataan-perkataan dengan ejaan lama.

6. Kanak-Kanak Cacat Fizikal


Kanak-kanak cacat fizikal ialah kanak-kanak yang mempunyai kecacatan ortopedik atau
anggotanya. Kecacatan ortopedik mempengaruhi fungsi tulang sendi atau otot, menyebabkan
pergerakan leher, pinggang, tangan atau kakinya hingga menjadi lemah dan kurang berdaya.
Kecacatan fizikal ini akan menjejaskan pencapaian akademik mereka, khasnya dalam pelajaran yang
bergantung kepada kecekapan anggota-anggota badan, misalnya mata pelajaran senilukis,
kemahiran kemanipulatif, muzik dan pendidikan jasmani.
Punca-punca utama kanak-kanak kecacatan fizikal ialah kekurangan zat makanan atau
kecederaan disebabkan kemalangan.
Pergerakan anggota-anggota badan yang kurang cekap atau lancar adalah ciri yang jelas
diperlihatkan bagi kanak-kanak cacat fizikal.

7. Kanak-Kanak Pintar-Cerdas Dan Berbakat

Secara am, kanak-kanak pintar-cerdas atau berbakat rrierujuk kepada kanak-kanak yang ada Darjah
Kecerdasan melebihi 120. Mereka biasanya digolongkan dalam tiga kategori, iaitu:
(a) Kanak-kanak yang mempunyai intelek yang tinggi.
(b) Kanak-kanak yang mempunyai bakat mencipta.
(c) Kanak-kanak yang berbakat khas dalam senilukis, penulisan, drama, muzik, kraftangan,
sukan, dan sebagainya.
Menurut Dr. Chua Tee Tee, pelajar pintar-cerdas ialah kanak-kanak yang menunjukkan
potensi atau kebolehannya dengan cemerlang dalam aktiviti intelek seperti pemikiran abstrak,
pemikiran logik atau kemahiran bertutur. Mereka juga mempunyai daya ingatan yang tinggi serta
berbakat mencipta atau berbakat khas dalam senilukis, drama, muzik, penulisan dan sebagainya.
Dr. Chua juga mengenal pasti tujuh ciri pelajar pintar- cerdas:
(a) Mempunyai keupayaan berfikiran kreatif.
(b) Memperolehi kebolehan intelek am.
(c) Memiliki kebolehan akademik khusus.
(d) Berbakat dalam satu atau lebih kesenian.
(e) Cekap menyesuaikan diri dari segi sosial
(f) Boleh bervisi j auh.
(g) Mempunyai bakat memimpin.
Mengenal Pasti Kanak-Kanak Pintar-Cerdas Dan Berbakat

Kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat boleh dikenal pasti berdasarkan ciri-ciri am dan ciri-ciri spesiflk
seperti yang dihuraikan berikut:
1. Ciri-ciri am kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat
• Mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi.
• Mempunyai sifat ingin tahu yang amat kuat dan ketara.
• Mempunyai potensi kreativiti dan sensitiviti.
• Menunjukkan motivisi yang kuat.
• Mempunyai perasaan afektif yang tinggi.

2. Ciri-ciri spesifik kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat


Ciri-ciri spesifik yang dimanifestikan oleh kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat boleh ditinjau daripada
dua aspeks, iaitu :
(a) Ciri-ciri aspeks positif
 Boleh belajar dengan mudah dan cepat.
• Dapat mengukuhkan dan mengekalkan dalam ingatan apa yang dipelajari tanpa banyak latihan
berulang-ulangan.
• Menunjukkan sifat ingin tahu terhadap bidang dan skop yang mendalam dengan kerap kali bertanya
serta membaca.
• Memperolehi perbendaharaan kata yang banyak dengan ditonjolkan dalam pemikiran dan
pendapatnya.
• Suka membaca bahan-bahan di paras kematangan.
• Menunjukkan minat terhadap rekaan dan ciptaan yang canggih.
• Menguasai kemahiran pemikiran kognitif dengan cekap, jelas dan tepat, serta berupaya
memahaminya dengan cepat.
• Berupaya membuat generalisasi, mempersepsi perkaitan, dan membuat assosiasi secara logis.
• Cekap menyiasat, menjadual, mengelasifikasi, mengumpul, menginferensi dan melapor.
• Mengetahui dan menaruh minat terhadap banyak perkara dan peristiwa di mana kanak-kanak biasa
tidak pernah menyedarinya.
• Berminat terhadap asal-usul manusia dan alam persekitarannya.
• Suka berkawan dengan kanak-kanak dan orang dewasa yang lebih matang daripada kanak-kanak
sebaya.
• Mempunyai sifat lucu dan sering nampak riang.
• Mempunyai keinginan yang kuat untuk menunjukkan kehebatannya.

(b) Ciri-ciri aspeks negatif


• Hiperaktif dan tidak boleh berdiam diri, tidak boleh menumpukan perhatian dan sering menggangu
rakan-rakan di sekelilingnya.
• Si lap dalam ejaan, tulisan kurang kemas atau silap mengira kerana kekurangan kesabarannya.
• Sikap acuh tak acuh terhadap kerja yang diberikan oleh guru.
• Suka mencari kelemahan dan mengkritik secara terbuka rakan-rakan dan guru-gurunya.
Di Malaysia, pada masa yang lalu, kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat adalah diberikan
peluang menyertai aktiviti pengayaan semasa aktiviti kumpulan dalam kelas biasa, selaras dengan
objektif-objektif Pendidikan Khas untuk kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat yang disenaraikan
berikut oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1982 :
1. meluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman mereka;
2. menjalani kegiatan-kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar;
3. menggunakan masa lapang mengikut minat dan bakat mereka;
4. meminati dan menguasai bacaan luas dengan merujuk kepada
pelbagai bahan dan sumber maklumat;
5. memupuk minat untuk belajar sendiri;
6. melahir atau mengembangkan daya cipta atau kreativiti; dan
7. memajukan kualiti kepimpinan.

Mengenal Pasti Kanak-Kanak Istimewa Melalui Ujian Kecerdasan

Untuk mengenal pasti kanak-kanak istimewa, kita boleh gunakan Ujian Mengukur Darjah Kecerdasan
yang disarankan oleh Binet dan Terman, dengan mengaitkan umur akal kanak-kanak kepada umur
masanya.
Selain daripada Ujian Mengukur Darjah Kecerdasan, kanak-kanak istimewa juga boleh dikenal
pasti melalui pemerhatian atau ujian saringan.

Mengenal Pasti Kanak-Kanak Istimewa Melalui Ujian Saringan (Screening Test)

1. Kanak-kanak istimewa boleh dikenal pasti dengan cara memerhati ciri-ciri tingkah laku
mereka.Tetapi, cara pemerhatian ini adalah kurang objektif dan kurang jitu. Cara yang sah dan
boleh dipercayai ialah penggunaan Ujian Kecerdasan (Intelligent Test).
2. Lazimnya, ujian saringan untuk mengenal pasti kanak-kanak istimewa adalah disediakan khas
untuk menentukan peringkat percapaian dalam mata pelajaran Bahasa dan Matematik
sahaja. Bagaimanapun, ujian saringan ini juga mengukur tahap pengamatan kanak-kanak, iaitu
kuasa penglihatan, pendengaran dan psikomotor.
Sebahagian Contoh Ujian Saringan Bagi Bahasa Melayu

1. Baca huruf-huruf ini : a, c, f, 1, m, x, z.


2. Baca huruf-huruf ini : A, C, K, N, R, T, W, Y.
1. Sebut perkataan-perkataan ini : saya, emak, adik, kawan,
rumah.
4. Baca ayat dan buat mengikut maksud ayat:
(a) Saya buka buku.
(b) Saya tutup pintu.
(c) Saya berdiri atas kerusi.
(d) Saya menulis di papan kapur.

5. Isikan hurufdi tempat kosong :

a b c e f

k a k a
Peranan Guru Resos Dan Guru Biasa : Pengajaran Kanak-Kanak Istimewa Secara Kolaboratif Dan
Koperatif

1. Mengikut Program Pendidikan Inklusif, kanak-kanak istimewa, sama ada cacat atau pintar-cerdas,
adalah ditempatkan dalam kelas biasa mengikut umur seperti kanak-kanak normal. Ini bermakna guru
biasa hendaklah juga mengajar mereka bersama dengan kanak-kanak normal. Dalam keadaan ini,
kanak-kanak istimewa pula terpaksa mengikuti pendidikan kurikulum biasa bersama dengan kanak-
kanak normal. Bagi sekolah yang belum sempat melaksanakan program Pendidikan Khas, guru
biasanya gunakan kaedah kumpulan untuk menguruskan aktiviti pemulihan bagi kanak-kanak lambat
(slow learners) kerana kecacatan bidang tertentu, dan menguruskan aktiviti pengayaan bagi kanak-
kanak pintar-cerdas.

2. Bagi sekolah yang dapat peluang melaksanakan program Pendidikan Khas kerana diperuntukkan
guru pendidikan khas atau guru resos serta kemudahan-kemudahan yang sesuai dan lengkap,
guru biasa akan bekerjasama dengan guru resos itu dengan menjalankan aktiviti pengajaran khas
untuk kanak-kanak istimewa mereka.

3. Untuk menjayakan program pendidikan khas, guru biasa hendaklah mengajar secara kolaboratif dan
koperatif dengan guru resos, berusaha bersama-sama menyediakan inventori untuk mengenal pasti
kanak-kanak istimewa, merancang program pengajaran, menyediakan alat-alat bantu mengajar,
menentukan strategi, kaedah dan teknik mengajar, serta isi pelajaran dan penilaian.

Anda mungkin juga menyukai