Anda di halaman 1dari 16

30 M

PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN


UMUM
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
IDRIS

BMW3032
WACANA AKADEMIK BAHASA
MELAYU

TAJUK PENULISAN ESEI


NAMA PELAJAR NO. MATRIK
MARIA EUQUENE ANAK RIPIT D20191087759
KUMPULAN KULIAH F
NAMA PENGAJAR EN. FAIZ BIN IDRIS

PENERANGAN MARKA
H
KERANGKA /12
FORMAT /9
BAHASA /5
PENYUNTINGAN /4
JUMLAH KESELURUHAN /30

Senarai Kandungan
Bil. Tajuk Muka Surat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) 2

2.1 Memudahkan Maklumat Diperoleh Dalam

Kalangan Guru Dan Pelajar Sekolah 2

2.2 Meningkatkan Kecekapan Dan Keberkesanan

Hasil Pembelajaran 2-3

2.3 Sebagai Alat Bantu Mengajar 3-4

2.4 Meningkatkan Kemahiran Komunikasi Dalam

Kalangan Tenaga Pengajar Dan Pelajar 4

3.0 Kesimpulan 5

Rujukan 6-7

Lampiran 8-14
1.0 Pengenalan

“Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi telah mencetuskan perubahan

drastik dalam sistem pendidikan yang penggunaan TMK/ICT telah dilibatkan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran” (Juriah Long, Jainabee Md Kassim

dan Zaiani Mahbar, 2013, ms.289) Perkembangan pesat dalam teknologi

maklumat dan komunikasi (TMK) di dunia melambangkan satu revolusi digital

yang telah mengubah cara masyarakat berfikir. Ledakan teknologi maklumat dan

komunikasi telah mencetuskan perubahan drastik dalam sistem pendidikan yang

menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi justeru terlibat khususnya

dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

“TMK menjadi semakin penting dalam perkembangan pendidikan. PdP

yang mengguna TMK terbukti dapat membantu meningkatkan minat dan

perhatian pelajar, menggalakkan maklum balas, menawarkan pengalaman

pembelajaran intelektual, membantu perkembangan literasi, dan kemahiran

pemikiran tahap tinggi. Oleh yang demikian, perubahan pedagogi mengguna

TMK sememangnya perlu bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran

menjadi lebih menarik dan berkesan” (Siti Zaharah et. al. 2018, ms. 4).

Jika kita menelusuri dengan lebih mendalam penggunaan TMK ini sudah

tentu ia mendatangkan manfaat serta kesan yang positif terhadap penggunanya

terutama dalam sektor pendidikan khususnya bagi para pelajar dan juga tenaga

pengajar di sekolah. Corak pembelajaran yang lebih interaktif dengan penggunaan

TMK justeru mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan lagi

semasa waktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Oleh itu, terdapat banyak

kebaikan teknologi maklumat dan komunikasi kepada masyarakat pada masa kini.

1
2.0 Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran

dan Pembelajaran (PdP)

2.1 Memudahkan Maklumat Diperoleh Dalam Kalangan Guru Dan Pelajar

Sekolah

Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) merupakan satu rangkaian

elektronik yang dapat memudahkan guru dan pelajar sekolah memperoleh

maklumat. Penggunaan TMK dalam pendidikan sememangnya membolehkan

penyampaian maklumat dapat dilakukan secar efektif, efisien, pantas dan meluas

bagi membantu proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Penggunaan kaedah

E-Learning dalam pendidikn membolehkan pelajar dan guru memperoleh

informasi dan maklumat dengan mudah secara dalam talian.

“Dalam konteks pendidikan masa kini, teknologi maklumat ICT

merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan,

memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, efisien, pantas

dan meluas bagi membantu proses P&P” (Azwan Ahmad, Abdul Ghani

Abdullah, Mohammad Zobir Ahmad dan Abd. Rahman Hj. Abd Aziz, 2005,

ms.2). Maka, penggunaan teknologi maklumat sememangnya dapat

memudahkan penerimaan maklumat dalam kalangan guru dan pelajar dengan

cepat dan mudah.

2.2 Meningkatkan Kecekapan Dan Keberkesanan Hasil Pembelajaran

Penggunaan TMK dalam prosesp PdP dapat meningkatkan kecekapan dan

keberkesanan hasil pembelajaran. Tenaga pengajar dapat membuat persiapan

dan bersedia dengan lebil awal dalam menjalankan proses TMK. Tenaga

pengajarr turut dapat menjimatkan masa dan tenaga menyediakan bahan


2
mengajar. Penggunaan “streaming video” dapat menjimatkan masa tenaga

pengajar dalam memberi kefahaman kepada pelajar mengenai sesuatu topik

yang sukar. Oleh hal yang sedemikian tenaga pengajar tidak perlu membuang

masa dengan menggunakan papan hitam untuk mencatat dan melukis gambar

rajah.

“Tenaga pengajar dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih

awal dalam menjalankan proses (PdP). Tenaga pengajar dapat menjimatkan

masa dan tenaga menyediakan bahan mengajar” (Siti Faizzatul Aqmal Binti

Mohammad Mohsin dan Razali Bin Hassan, 2011, ms 6 & 7)

2.3 Sebagai Alat Bantu Mengajar

Penggunaan TMK juga dapat digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam

proses PdP. Penggunaan TMK justeru menjadikan proses PdP lebih berkesan

dan menarik bagi pelajar. Tenaga pengajar boleh menggalakkan pelajar

menggunakan “slideshow” untuk melakukan pembentangan dalam sesuatu

topik. Ini dapat melahirkan pelajar yang lebih kreatif dan mengembangkan

potensi serta bakat pelajar. Aplikasi “kahoot” juga dapat digunakan untuk

melaksanakan kuiz bagi memantapkan kecekapan pelajar untuk berfikir dengan

pantas serta menguji tahap kefahaman pelajar.

Menurut Nur Amalina Ramli (2015) menyatakan bahawa :

Pembelajaran berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar untuk

berkomunikasi dan mengembangkan potensi, dan bakat pelajar yang

terpendam dan seterusnya boleh diaplikasi dalam kehidupan harian.

Contoh-contoh yang boleh digunakan ialah seperti brainstorming,

3
pembelajaran berpusat masalah, simulasi, kerja secara berkumpulan

semasa belajar dalam matapelajaran ICT mahupun matapelajaran lain.

Penggunaan TMK sememangnya dapat dijadikan sebagai alat bantu

mengajar yang membolehkan proses PdP berjalan dengan lebih berkesan.

2.4 Meningkatkan Kemahiran Komunikasi Dalam Kalangan Tenaga Pengajar

Dan Pelajar

Salah satu usaha bagi meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan

tenaga pengajar dan pelajar adalah penggunaan TMK. TMK adalah sebagai

peranti pemudah komunikasi antara guru dan pelajar bagi tujuan melancarkan

proses PdP. Pelajar dapat menghantar segala tugasan yang diberikan melalui e-

mel dengan cepat dan mudah. Bagi guru pula, ia dapat mengakses segala

tugasan pelajar tersebut dengan cepat. Penggunaan TMK dapat meningkatkan

kemahiran komunikasi dalam kalangan tenaga pengajar dan pelajar sekiranya

dilaksanakan dengan betul serta memenuhi syarat iaitu mempunyai prasarana

yang mencukupi.

Menurut Zamri Mahamod (2012) mengatakan bahawa :

Guru dan pelajar dapat berkomunikasi dengan baik kerana adanya alat

bantu mengajar seperti TMK yang memudahkan proses P&P dijalankan.

Segala urusan pemberitahuan dan penghantaran tugasan antara guru dan

pelajar dapat dilakukan dengan segera menerusi TMK kerana kini

semuanya hanya berada di hujung jari.

4
3.0 Kesimpulan

Pelbagai inisiatif yang perlu dilakukan bagi memastikan teknologi maklumat dan

komunikasi (TMK) ini dipelajari dan digunakan oleh masyarakat terutamanya dalam

bidang pendidikan. Pengintegrasian penggunaan komputer dalam bidang pendidikan

bukan perkara yang mudah. Pengintegrasian TMK dalam proses pengajaran dan

pembelajaran meliputi dua aspek iaitu aspek pengajaran yang melibatkan guru dan

aspek pembelajaran pula melibatkan pelajar. Kerjasama antara semua pihak amatlah

diharapkan bagi menghidupkan dan mengaplikasikan teknologi dalam kehidupan

seharian masyarakat.

Mastura Binti Osman (2014) menyatakan bahawa :

Ini merupakan usaha kerajaan mempertingkatkan penggunaan komputer dalam

bidang pendidikan dengan harapan supaya dapat melahirkan generasi muda yang

celik komputer dan sentiasa peka dalam perkembangan teknologi semasa.

Pengintegrasian penggunaan komputer dalam bidang pendidikan bukan perkara

yang mudah. Pengintegrasian ICT dalam P&P terdapat dua aspek iaitu aspek

pengajaran iaitu guru dan manakala aspek pembelajaran iaitu pelajar. (ms.1)

Pengintegrasian TMK dalam sistem pendidikan boleh membantu agar

masyarakat khususnya bagi pelajar dan pendidik tidak ketinggalan dalam penggunaan

TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat melahirkan pelajar yang

kreatif dan lebih berkemampuan dalam penggunaan teknologi maklumat. Para pendidik

harus bijak menggunakan medium atas talian dalam mendapatkan maklumat dan bahan

pengajaran bagi mengayakan persekitaran pembelajaran yang lebih menarik dan mampu

menarik perhatian pelajar semasa proses PdP dijalankan.

5
RUJUKAN

Juriah Long, Jainabee Md Kassim, Zaini Mahbar. (Eds.). (2013). Pemerkasan Sistem

Pendidikan: Pembangunan Modal Insan Dan Jati Diri Kebangsaan. Bangi,

Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mastura Binti Osman. (2014). Kesan Penggunaan Google Earth Dalam

Pembelajaran Peta Mata Pelajaran Geografi. Master Dissertation.

Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd. Noorhadi Mohd. Yusof dan Zurinah Tahir. (2017). Kepentingan Penggunaan

Media Sosial Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan IPTA. ℮- Bangi: Journal

of Social Sciences and Humanities, 12(3), 2.

Nur Amalina Binti Ramli. (2015). Keupayaan Pemikiran Logik Dalam Kalangan

Pelajar. Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Siti Faizzatul Aqmal Binti Mohamad Mohsin., (2011). Pengajaran dan Pembelajaran

berasaskan ‘Streaming Video’ bagi meningkatkan tahap kefahaman pelajar Abad

ke-21.Diakses dari

http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2572/1/Pengajaran_dan_Pembelajaran_berasas

kan_streaming_video.pdf

Siti Zaharah Mohid, Roslinda Ramli, Khodijah Abdul Rahman & Nurul Nadhirah

Shahabudin (2018). Teknologi Multimedia Dalam Pendidikan Abad 21.

International Research Management & Innovation Conference. IRMIC. Kolej

Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Kuis. :4

6
http://rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2018/09/IRMIC18-pendidikan-

alaf-21-multimedia-Dr-Zaharah.pdf

Zamri Mahamod. (2012). Inovasi P&P Dalam Pendidikan. Tanjong Malim,

Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

7
Lampiran

Lampiran 1: Jurnal Dalam Talian

8
Lampiran 2 : Jurnal Dalam Talian

9
Lampiran 3 : Buku Bercetak

10
Lampiran 4 : Tesis Bercetak

11
Lampiran 5 : Tesis Atas Talian

12
Lampiran 6 : Tesis Bercetak

13
Lampiran 7 : Buku Bercetak

14

Anda mungkin juga menyukai