Pada era globalisasi ini, masyarakat seakan terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi lantas
sering mengabaikan amalan gaya hidup sihat terutamanya amalan beriadah atau rekreasi. Hal
ini demikian kerana mereka terlalu memandang enteng kepentingan aktiviti rekreasi. Tanpa
mereka sedari, sebenarnya terdapat varia kepentingan rekreasi kepada masyarakat.
Antara maslahat rekreasi kepada masyarakat adalah mampu mengeratkan hubungan sama ada
hubungan dengan komuniti setempat mahupun dengan ahli keluarga sendiri. Hal ini demikian
kerana melalui aktiviti rekreasi, individu akan bertegur sapa dengan individu lain di
sekelilingnya, lantas mengeratkan hubungan silaturahim. Contohnya, melalui amalan
rekreasi, kita dapat berbual mesra dengan jiran tetangga. Jelaslah bahawa, rekreasi mampu
mengeratkan hubungan antara individu dengan individu lain.
Selain itu, aktiviti rekreasi juga mampu memberi ketenangan jiwa kepada anggota
masyarakat. Hal ini demikian kerana melalui aktiviti riadah, masyarakat dapat menghayati
keindahan alam sekitar yang saujana mata memandang. Contohnya, melalui aktiviti senaman
seperti berjoging, masyarakat akan dapat menghirup dan menikmati angin sepoi-sepoi bahasa
yang segar, seterusnya mampu memberi kedamaian jiwa. Oleh hal yang demikian, aktiviti
rekreasi dilihat mampu menjadi landasan utama masyarakat bagi melapangkan fikiran.
Di samping itu, amalan rekreasi amat signifikan bagi menyihatkan badan. Amalan yang
menyihatkan seperti berjoging, berkhemah mahupun sukan ekstrem seperti aktiviti terjunan
udara mampu meningkatkan kadar kecergasan dan mengelakkan pelbagai penyakit koronari.
Contohnya, melalui aktiviti terutamanya sukan ekstrem yang menjadi kegilaan pemuda
pemudi, anggota masyarakat dapat meningkatkan kadar metabolisme yang baik untuk tubuh.
Sudah terang lagi bersuluh, amalan rekreasi mampu menyihatkan badan bagi menjayakan visi
Malaysia Cergas.
Akhir sekali, aktiviti rekreasi mampu menggalakkan pertukaran idea atau buah fikiran dalam
kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, pertukaran idea yang bernas