Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN A : JELASKAN PERANAN PIHAK SEKOLAH DALAM

MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL


Permainan tradisional semakin dilupakan pada masa sekarang.  Kebelakangan ini,
saranan untuk mempopularkan permainan tradisinal kerap kedengaran.  Pelbagai pihak
disarankan supaya memainkan  peranannya dalam mempopularkan permainan
tradisional.Antara salah satu pihak yang boleh membantu untuk kembali
mempopularkan permainan tradisional ialah pihak sekolah . Hal ini kerana, para pelajar
boleh mempelajari dengan lebih dalam berkenaan salah satu warisan di Negara Malaysia
yang semakin lama dilupakan oleh generasi muda pada zaman sekarang iaitu permainan
tradisional yang telah diturunkan oleh nenek moyang kita pada zaman dahulu . Oleh itu ,
pihak haruslah memainkan peranan dalam mempopularkan permainan tradisional
dalam kalangan generasi muda .
Antara cara yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah menubuhkan sebuah kelab
permainan tradisional sejak awal supaya usaha- usaha lain dapat dilakukan melalui
kelab tersebut.Hal ini kerana , para pelajar akan lebih tertarik untuk mendalami salah
satu warisan budaya yang terdapat di Negara Malaysia .Misalnya ,pihak sekolah juga
boleh menjemput tetamu dari luar yang pakar dalam permainan tradisional agar dapat
membimbing mereka untuk bemain dengan cara dan teknik yang betul dalam
permainan tradisional . Oleh itu ,para pelajar secara tidak langsung akan lebih
mendekatkan diri dengan permainan tradisional dan mengekalkan warisan bangsa
dalam diri setiap pelajar .
Selain itu , pihak sekolah haruslah sering menganjurkan pertandingan permainan
tradisional .Hal ini kerana, generasi muda pada zaman sekarang lebih cenderung untuk
melakukan aktiviti yang dapat mencabar mereka dari segi fizikal dan mental agar dapat
membolehkan diri mereka menjadi seseorang yang tidak khuatir untuk mengahadapi
pelbagai cabaran yang bakal dihadapi oleh mereka pada masa hadapan .Contohnya ,
pertandingan congkak dan batu seremban dalam kalangan para murid yang disertakan
bersama hadiah yang lumayan .Oleh itu , hal ini membolehkan mereka lebih aktif untuk
melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah di samping
mengelakkan mereka daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah .
Di samping itu , pihak sekolah sewajarnya menjalankan bengkel yang berkaitan permainan
tradisional terlebih dahulu kepada para murid agar dapat mendedahkan kepada mereka
berkenaan kisah – kisah orang – orang pada zaman dahulu yang menggunakan permainan
tradisional untuk menghiburkan diri mereka . Hal ini kerana , terdapat segelintir remaja
yang tidak mengambil berat akan sejarah warisan Negara Malaysia tersebut kerana bagi
mereka perkara tersebut hanya membuang masa mereka sahaja . Misalnya, kelab permainan
tradisional yang telah ditubuhkan oleh pihak sekolah melaksanakan bengkel bagi para
ahlinya atau mengadakan lawatan ke tempat – tempat bersejarah seperti Muzium Negara
supaya mereka akan berasa lebih seronok untuk mempelajari warisan yang terdapat dalam
Negara Malaysia ini . Dengan itu , para murid tidak akan menjadi seseorang yang kolot pada
zaman akan datan kerana tidak mempelajari salah satu warisan dalam Negara Malaysia .
Sebagai kesimpulnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa permainan tradisional haruslah
dikekalkan dalam Negara kita agar generasi akan datang tidak lupa akan warisan budaya
Negara Malaysia yang semakin lama dilupakan . Pelbagai pihak harslah bekerjasama untuk
memartabatkan kembali warisan Negara supaya dapat mendatangkan faedah dan
membangunkan Negara kita pada masa hadapan .

Anda mungkin juga menyukai