Anda di halaman 1dari 11

1.

1 PENGENALAN SOSIOLOGI SUKAN


1. DEFINISI SOSIOLOGI SUKAN

a) SOSIOLOGI SUKAN
(berikan definisi sosiologi sukan)
 Satu kajian saintifik tentang struktur dan proses sosial dalam masyarakat berkaitan dengan sukan

b) SOSIOLOGI
 Satu kajian saintifik tentang struktur dan proses interaksi dalam masyarakat

2. DEFINISI INSTITUSI SUKAN


 Sukan sebagai fenomena sosial yang menyediakan konsep, pendekatan teori, bentuk kajian dan maklumat berguna untuk menjelaskan dan memahami
tingkahlaku manusia yang terlibat dalam sukan dengan ciri-cri sebagai sebuah institusi

Undang-undang & peraturan untuk mengawal Sosialisasi – merangsang interaksi semua tidak kira
perjalanan sukan warna kulit, kepercayaan dan sebagainya

Integrasi – penyatuan individu-individu menjadi


satu pasukan dengan pelbagai latar belakang sama
ada pasukan sekolah, daerah, negeri mahupun
negara

CIRI-CIRI INSTITUSI SUKAN

Mobiliti sosial – peluang peningkatan status dalam


masyarakat; di sekolah, daerah atau negara

Sosioemosi – satu kesan sosial dan psikologi yang Politik – alat untuk menunjukkan kuasa (hierarki)
dicapai menerusi sukan; mencetus semangat
kekitaan dan semangat patriotisme
3. MENTAKRIFKAN MAIN, PERMAINAN DAN SUKAN

- Jelaskan maksud main


- Nyatakan dua jenis klasifikasi permainan

MAIN PERMAINAN SUKAN


 Tiada matlamat tertentu  Individu yang menyertai permainan kerana  Tersusun dan ada struktur organisasi
 Untuk keseronokan ada matlamat tertentu seperti prestij, status  Mempunyai jadual pertandingan dan
 Dilakukan secara sukarela atau pengiktirafan tertentu. perlawanan
 Tiada struktur organisasi  Ada keinginan untuk menang  Ada unsur pertandingan untuk menghasilkan
 Tiada jadual  Mempuyai unsur organisasi dan pertandingan pemenang
 Tidak formal  Mempunyai undang-undang dan peraturan  Ada pemenang dan ada kalah
 Tiada menang atau kalah  Melibatkan kemahiran, strategi dan nasib  Mempunyai peraturan dan undang-undang
 Dilakukan pada masa lapang  Contoh bola sepak, bola tampar yang dikawal
 Tiada had masa  Mempunyai had masa
 Melibatkan keupayaan mental dan fizikal yang
tinggi
 Contoh Liga Super, Kejohanan bola sepak
MSSD, MSSM, Sirkit Renang Kebangsaan

Tambahan
(Nyatakan dua jenis klasifikasi permainan)

Permainan boleh diklasifikasikan kepada empat jenis:


 Pergerakan bebas dan tidak terhad kepada masa, tempat dan aktiviti
 Tiada jadual khusus untuk mengendalikannya
 Tiada apa-apa yang perlu dibuat ramalan
 Tiada pengkhususan atau kepakaran serta tidak wujud persaingan serta meningkatkan prestasi pemain atau orang yang menonton
4. KEPENTINGAN SUKAN DARI SUDUT SOSIAL

- Jelaskan empat kesan positif ke atas aspek sosial bagi sesuatu acara sukan.

1. Penglibatan penonton :  Meningkatkan sosialisasi dalam masyarakat


(Bagaimana penglibatan  Memupuk semangat kesukanan di kalangan penonton
penonton dapat  Membina sifat toleransi di kalangan penonton
meningkatkan  Memupuk semangat kerjasama di kalangan penonton
kepentingan sukan dari
 Menambah kemeriahan / keseronokan / kepuasan di
sudut sosial, jelaskan)
kalangan penonton
 Menambah pengetahuan
 Meningkatkan semangat kekitaan
 Meningkatkan rasa keterikatan
 Meningkatkan jati diri
 Hormat menghormati pihak lawan
 Meningkatkan semangat cintakan Negara
 Menjaga harta benda awam
 Mengikut peraturan
 Berkomunikasi / interaksi
 Peka kepada budaya orang lain
 Melepaskan tekanan / stress
 Integrasi kaum
 Meningkatkan semangat pemain

2. Penyertaan individu dan  Tingkahlaku primer: Individu akan bermain sukan bola sepak,
masyarakat squasy, badminton
(Apakah hasil yang boleh  Tingkahlaku sekunder: Individu menjadi pengurus pasukan,
didapati dalam sosiologi penonton, jurulatih
sukan jika individu dan  Melibatkan kognitif / pengetahuan
masyarakat melibatkan
 Melibatkan sikap
diri dalam sukan)
 Melibatkan undang-undang
 Melibatkan strategi
 Melibatkan perasaan / emosi
 Mewujudkan masyarakat yang sihat, tidak berpenyakit seperti
kencing manis, kegagalan buah pinggang, darah tinggi dan
sebagainya
 Mewujudkan masyarakat yang sihat dari segi mental dan pandai
menguruskan stress

3. Impak ekonomi :  Yuran penyertaan, kutipan tiket, pengeluaran dan penjualan


(Nyatakan tiga cenderamata
kepentingan sukan dari  Tukaran wang asing
sudut sosial yang dapat  Kemasukan pelancong asing
menjana perkembangan
 Pelaburan
ekonomi Negara)
 Promosi imej Negara
 Sumber kewangan daripada penaja
 Cukai
 Pemasaran produk/publisiti
 Hak penyiaran
 Peluang pekerjaan
 Pemindahan teknologi
 Memajukan infrastruktur perhubungan awam
 Pengeluaran produk sukan / alatan sukan
 Perkhidmatan perhotelan, dobi
 Pengangkutan
 Perniagaan berasaskan sukan, futsal, bowling

4. Budaya :  Pembudayaan sukan


- Menjadikan sukan sebagai budaya dan sebahagian dari
kehidupan
- Tidak boleh meninggalkan aktiviti sukan kerana telah sebati
dalam diri
- Dapat menyihatkan fizikal dan mental
 Pembudayaan sukan dapat ibuktikan dengan pembinaan
infrastruktur sukan seperti stadium, arena, gelanggang disetiap
negeri dan daerah
 Penganjuran pelbagai acara sukan di pelbagai peringkat
(kampung, sekolah sehingga ke antarabangsa)
 Pembentukan disiplin
- Membentuk disiplin yang baik dan membentuk keperibadian
seseorang dan persepsi orang lain terhadap sukan tersebut
 Penerapan aspek keagamaan
- Sukan dapat menerapkan aspek-aspek rohani kedalam diri
individu seperti kepercayaan, tawakal, qada dan qadar dan
lain-lain.

5. Integrasi kaum / :  Meningkatkan PERSEFAHAMAN antara kaum yang berbilang


kemasyarakatan bangsa
(Senaraikan 3 faedah dari  Meningkatkan lagi PERPADUAN antara kaum di Malaysia
aspek kemasyarakatan  Meningkatkan semangat PATRIOTISMA dikalangan masyarakat
yang dilakukan oleh Ali  Memupuk semangat TOLERANSI antara kaum
dan rakannya hasil
 Memupuk sikap berTOLAK ANSUR antara kaum
daripada penglibatan
mereka dalam aktiviti di  Meningkatkan KESEFAHAMAN antara kaum
atas)  Meningkatkan peluang berKOMUNIKASI antara kaum
 Berlaku ASIMILASI BUDAYA antara kaum
 Memupuk semangat SETIAKAWAN
 INTERAKSI SOSIAL yang baik antara kaum dapat dipupuk dalam
pasukan
 Mewujudkan suasana HARMONI dalam masyarakat
 Menghakis semangat PERKAUMAN dikalangan masyarakat
 Mewujudkan HUBUNGAN AKRAB antara kaum
 Penyokong pasukan akan bersama-sama memberikan sokongan
kepada pasukan kegemaran tanpa mengira kaum
5. TIGA BENTUK PERTANDINGAN

PERTANDINGAN SECARA TERUS PERTANDINGAN SELARI PERTANDINGAN MELAWAN


STANDARD
Bertanding dengan orang lain Peserta yang bertanding antara Peserta dikira menang
secara individu ataupun satu sama lain secara tidak berdasarkan pungutan mata.
berpasukan langsung dengan bertukar ganti Contohnya memanah, gimnastik,
atau bertanding di kawasan yang terjun junam dan lain-lain
dipisahkan seperti bowling,
renang, acara balapan dan lain-
lain

Atlet akan cuba mempersembahkan keupayannya berdasarkan kepada lima perkara iaitu:
(Nyatakan dua perkara yang akan atlet lakukan ketika mempersembahkan kemampuannya
di dalam pertandingan sukan yang diceburinya)

 Kelajuan  Daya tahan  Kekuatan

 Ketepatan  koordinasi
NOTA BERDASARKAN SOALAN STPM YANG LALU (tiada dalam nota secara spesifik)

1. Nilai-nilai murni hasil dari melibatkan diri dalam sukan.

- Huraikan tiga tingkah laku positif yang terbentuk apabila seseorang individu melibatkan diri dalam sukan.
- Nyatakan empat nilai dalam bidang sukan yang membantu kejayaan Amin dalam bidang pelajaran.

 Menepati masa
- Sentiasa mementingkan ketepatan masa
- Tidak suka menangguh kerja
 Berdisiplin
- Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang
 Bekerjasama
- Sentiasa bermuafakat dan berganding bahu bersama sahabat-sahabat yang lain untuk mencapai
kejayaan
 Rela bekorban
- Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu perkara secara sukarela
 Amanah
- Menjaga amanat dengan baik
- Tidak menceroboh hak orang lain
 Keberanian
- Berani menanggung risiko
- Berani menghadapi cabaran
- Berani mencuba
 Peramah
- Mudah berbicara dengan orang lain
- Menjadi tidak sombong
 Berbudi bahasa
- Bercakap dengan lemah lembut
- Bercakap dengan nada suara yang sesuai
 Hormat-menghormati
- Sentiasa hormat dan taat kepada ibubapa dan guru
- Sentiasa hormat kepada orang yang lebih tua dan muda
 Kasih sayang
- Menghargai nilai nyawa
- Menyayangi alam sekitar
- Cintakan Negara
 Berdikari
- Berupaya bertindak sendiri
- Tidak bergantung dengan orang lain secara keseluruhan
- Yakin pada diri sendiri
 Patriotisme
- Cintakan tanah air @ pasukan
- Sanggup melakukan apa sahaja demi Negara
 Menjaga kesihatan
- Kerap melakukan aktiviti sukan, mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti kencing manis
- Makan makanan berkhasiat mengikut piramid makanan
2. Perihalkan bagaimana tingkah laku, akhlak, nilai, kepercayaan dan budaya masyarakat dapat disosialisasikan
melalui sukan
 Tingkah laku
- Melalui interakasi
- Role model / idola / pengaruh
- Semangat kerjasama
- Semangat kesukanan
- patriotik
 akhlak
- mengikut peraturan / undang-undang
- meningkatkan harga diri
- atlet yang unggul dan cemerlang
-
 personaliti
- mempunyai sahsiah yang baik dan disenangi oleh orang sekeliling
- disiplin kendiri, sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan
- tidak mudah irihati dengan kejayaan orang lain
 nilai
- Kasih sayang
- amanah
- berani
- Bekerjasama
- Berbudi bahasa
 Kepercayaan
- Pegangan kepada konsep ketuhanan
- Amalan keagamaan
- Tawakkal / kepercayaan diri / yakin
- Kekuatan diri / spiritual
- Tidak mudah putus asa
 Budaya masyarakat
- Pemakanan
- Berinteraksi sesama rakan
- Gaya berfikir
- Integrasi kaum

3. Kepentingan penonton dan penyokong dalam sukan

- Nyatakan empat cara penonton dapat mempengaruhi kejayaan sesuatu pasukan dalam
pertandingan sukan.

 Memberi kan sokongan ketika di venue perlawanan


- Sorakan padu penyokong akan dapat meningkatkan motivasi para pemain
 Membeli tiket perlawanan
- Hasil jualan tiket dapat membantu kewangan pasukan, kewangan ambat penting bagi pasukan
dalam urusan bayaran gaji, pengurusan, pembelian barang-barang latihan dan lain-lain.
 Membeli barang-barang cenderahati pasukan
- Hasil jualan barangan saguhati seperti key chain, baju jersi dan sebagainya akan juga dapat
menambah pendapatan pasukan.
 Mengikut kemana sahaja pasukan pergi walaupun ke perlawanan di luar Negara
- Kehadiran penyokong terutamanya di venue pihak lawan amat penting dalam meningkatkan
motivasi pemain.
 Sentiasa memberi kata-kata yang positif walaupun pasukan menghadapi kekalahan
- Di zaman teknologi ini, medium seperti twitter dan facebook adalah penting dalam
menunjukkan sokongan kepada sesuatu pasukan. Jika penyokong dapat memberi kata-kata
yang positif di dalam layar facebook pasukan walaupun menghadapi kelalahan, ini sedikit
sebanyak akan meningkatkan motivasi para pemain untuk bermain dengan lebih elok di
perlawanan yang akan datang.
 Penyokong memakai pakaian yang seragam tanda sokongan kepada pasukan, mengibarkan bendera
 Sentiasa mendoakan kemenangan pasukan yang disokong

4. Kesan positif penglibatan dalam sukan kepada seseorang individu

- Huraikan lima kesan positif penglibatan dalam sukan kepada seseorang individu

 Jasmani
- Meningkatkan tahap kecergasan fizikal
- Meningkatkan tahap kesihatan badan
- Mengurangkan risiko terkena penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan
sebagainya
 Emosi
- Melahirkan individu yang berfikiran positif
- Dapat mengurangkan tekanan
 Rohani
- Menjadikan individu yang sentiasa rasa bersyukur
- Meningkatkan ketakwaan
 Intelek
- Menambahkan ilmu pengetahuan
- Mencerdaskan minda
 Sosial
- Menggalakkan individu bergaul dengan masyarakat
- Mempunyai banyak kenalan
- Mengeratkan hubungan silaturrahim dengan orang lain

5. Kesan negatif penglibatan dalam sukan

- Nyatakan kesan negatif penglibatan dalam sukan

 Sikap terlalu mementingkan kemenangan, meninggalkan semangat kesukanan dan berpasukan


 Perjudian
 Rasuah
 Penggunaan bahan terlarang (dadah), steroid anabolic, growth hormone
 Keagresifan dalam sukan
 Penggunaan ata-kata kesat
 Membelakangkan nilai-nilai kesukanan, contoh rasuah, berjudi
 Perbalahan antara Negara, kerana masing-masing ingin mendapatkan hak penganjuran sukan
 Pemboikotan sukan, semangat setiakawan serta kerjasama anratabangsa mungkin terjejas jika
proses penglibatan dalam sukan ini tidak ditangani dengan teliti.
6. Kesan sukan terhadap integrasi kaum dan kemasyarakatan

- Senaraikan 3 faedah dari aspek kemasyarakatan yang dilakukan oleh Ali dan rakannya hasil daripada
penglibatan mereka dalam aktiviti di atas
- Beri empat faedah sukan yang dapat membantu integrasi kaum di Malaysia.

 Meningkatkan PERSEFAHAMAN antara kaum yang berbilang bangsa


 Meningkatkan lagi PERPADUAN antara kaum di Malaysia
 Meningkatkan semangat PATRIOTISMA dikalangan masyarakat
 Memupuk semangat TOLERANSI antara kaum
 Memupuk sikap berTOLAK ANSUR antara kaum
 Meningkatkan KESEFAHAMAN mengenai budaya kaum lain
 Berlaku ASIMILASI BUDAYA antara kaum
 Memupuk semangat SETIAKAWAN
 INTERAKSI SOSIAL yang baik antara kaum dapat diwujudkan
 Mewujudkan suasana HARMONI dalam masyarakat
 Menghakis semangat PERKAUMAN dikalangan masyarakat
 Mewujudkan HUBUNGAN AKRAB antara kaum
 Penyokong pasukan akan bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran tanpa
mengira kaum

7. Faktor yang menentukan kejayaan sesebuah pasukan hasil daripada integrasi kaum
 PERSEFAHAMAN yang tinggi antara kaum
 PERPADUAN masyarakat berbilang kaum
 PATRIOTISMA dikalangan masyarakat berbilang kaum
 TOLERANSI antara kaum
 TOLAK ANSUR antara kaum
 KESEFAHAMAN yang wujud antara kaum
 Semangat SETIAKAWAN antara kaum
 INTERAKSI SOSIAL yang baik antara kaum