Anda di halaman 1dari 201

SPA 102 PENDIDIKAN MORAL i

MODUL
KOLEJ KOMUNITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
MALAYSIA

UNIT PENGAJIAN AM

SPA 102
PENDIDIKAN MORAL

NAMA : MUHAMMAD ZAMRI BIN HASHIM (KKCP)


NAMA : NOR ASHIDA BINTI RODZAN (KKCP)

MZH/NAR/2005
SPA 102 PENDIDIKAN MORAL ii

BIODATA PENULIS MODUL


SPA 102 PENDIDIKAN MORAL

Nama : Muhammad Zamri bin Hashim


Alamat : Kolej Komuniti Chenderoh,
Peti Surat 21, Pejabat Pos Kuala Kangsar,
33007 Kuala Kangsar, Perak.
Telefon : 05-7585802
E-mail : irmaz9@tm.net.my
Kelulusan : Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
Pengkhususan : Pengurusan Sumber Manusia
Jawatan : Pegawai Kaunseling / Pensyarah

Nama : Nor Ashida binti Rodzan


Alamat : Kolej Komuniti Chenderoh,
Peti Surat 21, Pejabat Pos Kuala Kangsar,
33007 Kuala Kangsar, Perak.
,Telefon : 05-7585802
E-mail : fadilida@yahoo.com
Kelulusan : Sarjana Muda Senilukis dan Senireka
Pengkhususan : Seramik
Jawatan : Pensyarah

MZH/NAR/2005
SPA 102 PENDIDIKAN MORAL iii

GRID KURIKULUM

Grid kurikulum modul ini berdasarkan kepada kurikulum yang sedang dijalankan di
Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia.

TOPIK UNIT

PENGENALAN PENDIDIKAN MORAL DAN


1
KONSEP-KONSEP ASAS MORAL

TEORI-TEORI MORAL, PRINSIP-PRINSIP DAN


2
PERATURAN MORAL

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT


3
MORAL

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT DAN


4
NEGARA

KESAN KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI


5
MAKLUMAT

PEMBINAAN SAHSIAH DAN SOSIALISASI


6
MASYARAKAT KONDUSIF

PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA 7

MZH/NAR/2005
SPA 102 PENDIDIKAN MORAL iv

UNIT 1 : PENGENALAN PENDIDIKAN MORAL DAN KONSEP-KONSEP


ASAS MORAL
1.0 Pengenalan
1.1 Sejarah Pendidikan Moral
1.2 Kepentingan Pendidikan Moral
1.3 Perbezaan antara etika dan moral
1.4 Hubungkait di antara Konsep Akhlak, Kemoralan dan
Agama/Kepercayaan
1.5 Konsep ‘Baik’, ‘Benar’ dan ‘Patut’.

UNIT 2 : TEORI-TEORI MORAL, PRINSIP-PRINSIP DAN PERATURAN MORAL


2.0 Pengenalan
2.1 Teori-teori Moral
2.3 Prinsip Keadilan, Prinsip Autonomi dan Prinsip Altruisme
2.4 Peraturan – peraturan Moral

UNIT 3 : SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL


3.0 Pengenalan
3.1 Sosialisasi
3.2 Norma-norma Sosial
3.3 Kawalan Sosial
3.3 Peranan Agen-agen Sosialisasi

UNIT 4 : PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT DAN NEGARA


4.0 Pengenalan
4.1 Peranan terhadap diri sendiri, keluarga dan warga tua
4.2 Membina semangat / budaya / cara hidup kejiranan
4.3 Membina budaya ikram

MZH/NAR/2005
SPA 102 PENDIDIKAN MORAL v

UNIT 5 : KESAN KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


5.0 Pengenalan
5.1 Takrifan
5.2 Kesan Positif Kemajuan Sains
5.3 Kesan Negatif Kemajuan Sains
5.4 Teknologi Maklumat Mengubah Cara Hidup Kekeluargaan
5.5 Teknologi Maklumat Mengubah Etika / Nilai Masyarakat
5.6 Teknologi Maklumat Mengubah Cara Berkerja dan Cara
Berinteraksi

UNIT 6 : PEMBINAAN SAHSIAH DAN SOSIALISASI MASYARAKAT


KONDUSIF
6.0 Pengenalan
6.1 Takrifan
6.2 Pembinaan Sahsiah Masyarakat Kondusif
6.3 Pembinaan Sosialisasi Masyarakat Kondusif

UNIT 7 : PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA


7.0 Perkahwinan
7.1 Takrifan
7.2 Ciri-ciri Keluarga Bahagia
7.3 Kebaikan Keluarga Bahagia
7.4 Pembentukan Anak-anak Dalam Keluarga
7.5 Peranan Anak-anak Dalam Keluarga
7.6 Implikasi Keluarga Porak Peranda

MZH/NAR/2005
SPA 102 PENDIDIKAN MORAL vi

PENYATAAN TUJUAN

Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar-pelajar semester 01 yang mengikuti


kursus diploma / sijil di Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran di Kolej Komuniti,
Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia. Ianya bertujuan memberi pendedahan
kepada pelajar mengenai konsep sesuatu unit ke arah pembelajaran kendiri atau
dengan bimbingan daripada pensyarah.

PRA-SYARAT KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN

Pra-syarat untuk mengikuti modul ini adalah pelajar bukan Islam yang diterima masuk
ke Kolej Komuniti.

OBJEKIF AM MODUL

Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat :-


™ Mengetahui makna istilah Pendidikan Moral dan konsep – konsep asas moral.
™ Memahami teori-teori , prinsip-prinsip dan peraturan moral.
™ Mengetahui makna sosialisasi dan memahami pembentukan tabiat moral.
™ Mengaplikasikan peranan individu dalam masyarakat dan negara.
™ Mengetahui kesan kemajuan sains dan teknologi maklumat dalam kehidupan
manusia.
™ Mengesan pembinaan sahsiah dan sosialisasi masyarakat kondusif.
™ Membina keluarga yang bahagia.

MZH/NAR/2005
SPA 102 PENDIDIKAN MORAL vii

PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL


1. Modul ini dibahagikan kepada 7 Unit. Setiap unit disediakan dalam jilid yang
sama.
2. Mukasurat dinomborkan berdasarkan kepada KOD SUBJEK, UNIT dan
HALAMAN. Contoh : SPA 102 / UNIT 1 / 5

Subjek Unit Halaman

3. Pada permulaan unit, objektif am dan khusus dinyatakan.


4. Setiap unit mengandungi urutan aktiviti dan diberikan simbol berikut :-

OBJEKTIF
Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus setiap
pembelajaran.

INPUT
Input mengandungi maklumat yang akan anda pelajari.

AKTIVITI
Bahagian ini mengandungi proses pembelajaran secara
aktif untuk menguji kefahaman anda. Anda perlu ikuti
dengan teliti dan melaksanakan arahan yang diberikan.

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI


Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-
soalan dikemukakan dalam aktiviti.

FAKTA KUNCI
Isi / ringkasan penting yang berkaitan dengan input
sebelum penilaian kendiri.

PENILAIAN KENDIRI
Penilaian kendiri menguji kefahaman anda dalam setiap
unit.

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI


Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan
yang dikemukakan dalam penilaian kendiri.

MZH/NAR/2005
SPA 102 PENDIDIKAN MORAL viii

5. Anda perlu mengikuti unit demi unit yang disediakan.


6. Anda boleh meneruskan unit selanjutnya setelah berjaya melalui unit sebelumnya
dan yakin dengan pencapaian anda.

MZH/NAR/2005
SPA 102 PENDIDIKAN MORAL ix

PERALATAN DAN SUMBER YANG PERLU DIGUNAKAN BERSAMA


MODUL :

1. LCD
2. OHP atau projector
3. Nota edaran

RUJUKAN

1. Ghazali Darusalam, 2000. Kursus Tamadun Islam & Pendidikan Moral. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

2. Koo Kee Peng dan Tan Chee Yee, 1993. Pendidikan Moral,. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

3. N. Rajendran dan Ee Ah Meng, 1995. Pendidikan Moral (Dinamika Guru).


Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

4. Robiah Kulop Hamzah. Remaja Dan Budaya. Kuala Lumpur : Institut Bahasa,
Dewan Bahasa & Pustaka.

5. Udin bin Ahmad dan Mohamed Hamdan bin Abdullah. Modul Pendidikan Moral
Untuk Politeknik ( A1002 ). Kementerian Pendidikan Malaysia.

6. http://rudyet.tripod.com. Meda Wahini. Keluarga sebagai Tempat Pertama Dan


Utama Terjadinya Sosialisasi Pada Anak, dikunjungi 28 Februari 2005

7. http://www.islam.gov.com. Noraziti Mohamad, Jabatan Kebajikan Islam


Malaysia : Hijrah Membentuk Keluarga Cemerlang, dikunjungi 28 Februari
2005

MZH/NAR/2005
SPA 102 PENDIDIKAN MORAL x

PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENAMBAHBAIKAN MODUL


DALAM P&P

1.0 PENGENALAN

Pelaksanaan modul akan membawa perubahan dari segi peranan pensyarah


dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Konsep
autonomi dalam P&P dan pensyarah sebagai pembimbing / fasilitator diberi
penekanan.

2.0 KONSEP PENGGUNAAN MODUL DALAM PROSES P&P ADALAH


SEPERTI BERIKUT:

I. Modul adalah alat bantuan mengajar (ABM) dalam bentuk nota yang
berstruktur dan dinamik dan masih terdapat kelemahan. Oleh itu ianya perlu
penambahbaikan dari masa ke semasa.

II. Modul adalah sebagai ABM yang dibekalkan dengan input, aktiviti dan
penilaian kendiri yang direka bentuk dan dirangka untuk membantu pelajar
dalam proses P&P.

III. Pensyarah boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk merancang


penggunaan modul dalam P&P mengikut kesesuaian topik, kebolehan pelajar
dan peruntukan masa.

IV. Pensyarah tidak dibenarkan membaca terus isi kandungan modul kepada
pelajar semasa sesi kuliah. Sesi kuliah adalah untuk memberi penerangan,
perbincangan dan menjalankan aktiviti lain untuk mengukuhkan kefahaman
pelajar.

MZH/NAR/2005
SPA 102 PENDIDIKAN MORAL xi

V. Peranan pensyarah sudah berubah menjadi seorang fasilitator. Pelajar perlu


diberitahu bahawa mereka bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran
mereka. Pensyarah akan memberi galakan dan panduan untuk
melaksanakan aktiviti yang terdapat dalam modul serta menyelesaikan
masalah yang timbul dalam P & P.

VI. Semasa menggunakan modul, interaksi antara pelajar perlu digalakkan


melalui kerja kumpulan, perbincangan dan lain-lain.

VII. Pelajar digalakkan menjadikan penilaian kendiri sebagai asas untuk


menentukan tahap pencapaian mereka. Pastikan kemajuan yang dicapai
mendapat perakuan daripada pensyarah modul.

3.0 PENAMBAHBAIKAN MODUL

I. Modul ini direka bentuk untuk pembelajaran yang berkesan mengikut


kesesuaian pelajar, perubahan kurikulum, perubahan teknologi maka ianya
tidak statik dan boleh dilakukan penambahbaikan dari masa ke semasa.

II. Sekiranya terdapat kesilapan fakta atau ralat dalam modul ini adalah
menjadi tanggungjawab pensyarah yang menggunakan modul ini untuk
membuat pembetulan/penambahbaikan dalam proses P & P.

III. Pensyarah yang telah membuat penambahbaikan pada modul ini hendaklah
memaklumkan kepada Penyelaras Penulisan Modul di kolej masing-masing.

IV. Penyelaras Penulisan Modul kolej berkenaan hendaklah memaklumkan


kepada kolej yang bertanggungjawab membina dan membangun modul ini

MZH/NAR/2005
SPA 102 PENDIDIKAN MORAL xii

V. Kolej yang bertanggungjawab membina dan membangun modul ini


hendaklah melakukan penambahbaikan dan seterusnya memaklumkan
kepada Pusat Modul Kolej Komuniti (PMKK), KPTM.

VI. PMKK akan menghantar penambahbaikan dalam dalam “hardcopy” dan


“softcopy” kepada semua kolej yang menggunakan modul ini.

VII. Dengan ini proses penambaikan adalah berterusan dari masa ke semasa
dan menjadi tanggungjawab bersama semua kolej yang menggunakan
modul ini.

3.0 SENARIO PENGGUNAAN MODUL DALAM P&P

Secara amnya terdapat beberapa kaedah menggunakan modul dalam proses


P&P. Pensyarah boleh memilih kaedah yang sesuai dengan mengambilkira
keupayaan pelajar serta masa yang diperuntukkan. Sebahagian daripada
kaedah ini dipersembahkan melalui empat senario pembelajaran berikut.

Walau bagaimanapun pensyarah boleh mencari kaedah-kaedah lain selain dari


yang dinyatakan mengikut kreativiti masing-masing.

MZH/NAR/2005
SPA 102 PENDIDIKAN MORAL xiii

Sebagai persediaan awal sebelum kuliah seterusnya. Pastikan semua pelajar


mempunyai salinan modul, anda hanya perlu memberikan arahan seperti ini.

Minggu depan saya mahu


anda semua membaca dan
memahami UNIT 1. Kita
akan bincang dalam kelas
mengenai perkara-perkara
penting mengenai topik
dalam unit tersebut.

Dalam situasi seperti ini, pelajar dapat mengetahui tajuk yang akan dibincangkan
pada kuliah berikutnya dan sudah boleh membuat persediaan awal.

Pensyarah boleh menggunakan isi modul sepenuhnya jika isi kandungan pada unit itu
mencukupi atau memperkayakan lagi P&P dengan bahan tambahan sendiri.

MZH/NAR/2005
SPA 102 PENDIDIKAN MORAL xiv

Dalam senario ini pensyarah menyampaikan pengajaran dengan menggunakan modul


yang disediakan dan setiap pelajar mestilah mempunyai salinan sendiri. Pensyarah
mengajar dengan tidak menggunakan nota sendiri.

Contoh situasi dalam kelas Semester 01, Kursus Sijil Teknologi Elektrik

“Pada hari ini kita akan belajar topik yang bertajuk SOSIALISASI DAN
PEMBENTUKAN TABIAT MORAL. Tajuk ini dijelaskan dalam UNIT 3,
modul SPA102. Sila buka unit berkenaan.”

“Dalam masa 2 jam ini, ikuti modul ini sepenuhnya dan buat semua aktiviti
yang disediakan. Jika ada masalah, kita bincang bersama. Tetapi yang
pentingnya anda perlu usaha sendiri terlebih dahulu. Pecahkan kepada lima
kumpulan dan belajar secara berkumpulan”

Pelajar belajar dalam kumpulan di mana seorang ketua dilantik untuk menjadi
pengerusi perbincangan atau mengajar rakan-rakannya. Seorang ahli dilantik sebagai
kaki sibuk (devil’s advocate) yang bertanyakan soalan. Ahli yang lain membantu jika
ketua kumpulan tidak mempunyai jawapan.

Semasa aktiviti, setiap ahli mencuba secara sendirian. Jika jawapan tidak diperolehi,
mereka berbincang dalam kumpulan. Jika tidak dapat diselesaikan barulah
dikemukakan kepada pensyarah.
Tugas pensyarah ialah memastikan perbincangan secara kumpulan dilaksanakan.
Sekali-sekali masuk dalam mana-mana kumpulan dan bertanya soalan untuk
meninjau keupayaan pelajar.

MZH/NAR/2005
SPA 102 PENDIDIKAN MORAL xv

Pensyarah mengajar seperti biasa menggunakan notanya sendiri tanpa


berpandukan kepada modul.

Walau bagaimanapun, setiap pelajar sudah ada salinan mereka sendiri.


Di akhir kuliah, pensyarah berkata kepada pelajar.

Pelajar sekalian, apa yang saya


sampaikan pada hari ini
terdapat dalam UNIT 7 modul
kita. Jika anda tidak faham
sepenuhnya apa yang saya
sampaikan tadi, balik nanti ikuti
unit berkenaan hingga tamat.
Minggu depan kita adakan ujian
untuk menilai anda!

Dalam kes ini, modul dijadikan sebagai ABM tambahan untuk pengkayaan dari apa
yang disampaikan oleh pensyarah. Pelajar mempunyai dua set maklumat serta
banyak contoh penyelesaian. Isi kuliah dan isi kandungan modul saling membantu
kefahaman pelajar.

MZH/NAR/2005
SPA 102 PENDIDIKAN MORAL xvi

Modul hanya menjadi bahan pembelajaran


kendiri oleh pelajar. Pensyarah tidak
menggunakan langsung modul tetapi
menggunakan bahan sendiri sepenuhnya.
Pelajar menjadikan modul sebagai bahan
pengkayaan kepada isi kuliah yang
disampaikan oleh pensyarahnya.

MZH/NAR/2005
SPA 102 PENDIDIKAN MORAL xvii

SOAL SELIDIK MODUL OLEH PELAJAR

Tajuk Modul : _______________________ Kod Modul : ___________

Nama Pelajar: _______________________ No. Pendaftaran: ____________

Kursus : ____________________________________

Nama Penulis Modul : ______________________________

Sila gunakan skala berikut untuk penilaian anda :-

4 Sangat setuju
3 Setuju
2 Tidak setuju
1 Sangat tidak setuju

Arahan : Tandakan [ √ ] pada ruangan skor yang dipilih.

Bil ELEMEN PENILAIAN SKALA


A. FORMAT 1 2 3 4
1 Susun atur muka surat adalah menarik.
2 Saiz font yang digunakan adalah senang untuk dibaca.
3 Saiz dan jenis gambar serta carta yang digunakan sesuai dengan input.
4 Carta dan gambar senang dibaca dan difahami.
5 Jadual yang digunakan tersusun dengan teratur dan mudah difahami.
6 Teks input disusun dengan cara yang mudah difahami.
7 Semua ayat berbentuk arahan dipamerkan dengan jelas.
B. ISI KANDUNGAN 1 2 3 4
8 Saya faham semua objektif dengan jelas.
9 Saya faham pada idea yang disampaikan.
10 Cara persembahan idea adalah menarik.
11 Semua arahan yang diberikan mudah difahami.
12 Saya boleh melaksanakan semua arahan yang diberikan dalam unit ini.
13 Soalan dalam aktiviti adalah mudah dijawab.
14 Saya boleh menjawab soalan-soalan dalam penilaian kendiri.
15 Maklum balas boleh membantu mengenalpasti kesilapan saya.
16 Ayat-ayat yang digunakan mudah difahami.
17 Gaya penulisan menarik.
18 Saya boleh mengikuti unit ini dengan mudah.
19 Unit ini memudahkan saya mempelajari & memahami topik ini.
20 Penggunaan modul ini menarik minat saya.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 1

UNIT PENGENALAN
DAN
1 KONSEP-KONSEP
ASAS MORAL

OBJEKTIF AM
Mengetahui makna istilah Pendidikan Moral dan konsep – konsep
asas Moral.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini pelajar akan dapat :
◙ Menjelaskan kepentingan Pendidikan Moral.
◙ Membezakan di antara definisi etika dan moral.
◙ Mengaitkan di antara konsep Akhlak, Kemoralan, Pendidikan
Moral dan Agama / Kepercayaan.
◙ Membezakan di antara konsep nilai ’Baik’, ’Benar’ dan ’Patut’.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 2

INPUT
1A

1.0 Pengenalan

Pendidikan Moral merupakan satu mata pelajaran yang menitikberatkan


pembentukan nilai-nilai murni dalam diri seseorang pelajar. Melalui
Pendidikan Moral, segala aspirasi Kerajaan untuk melahirkan generasi
yang sihat dari segi mental dan fizikal akan tercapai.

1.1 Sejarah Pendidikan Moral

Sejarah Pendidikan Moral bermula dengan perkembangan sekolah-


sekolah di Tanah Melayu semenjak kedatangan Inggeris di Tanah
Melayu. Kurikulum sekolah dan sukatan pelajaran yang digunakan
adalah ditiru dari India yang pada masa itu merupakan salah satu jajahan
Inggeris. Sekolah-sekolah yang ditaja oleh mubaligh Kristian akan
menyelitkan dengan ajaran-ajaran Kristian contohnya lagu-lagu yang
memuji Kristian namun di dalamnya terkandung nasihat tentang kasih
sayang, hormat kepada ibu bapa, jujur, keagamaan, benar dan menjadi
manusia yang baik.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 3

Pada masa yang sama juga terdapat sekolah-sekolah rakyat yang


dikendalikan oleh tok guru di surau-surau, kelas-kelas Al-Quran dan di
madrasah. Anak-anak Melayu yang hadir dalam kelas-kelas ini akan diajar
nilai-nilai hidup seorang Islam yang soleh.

Sekolah Cina dibuka pada tahun 1929 oleh saudagar-saudagar Cina di


Tanah Melayu. Kurikulum dan sukatan pelajaran sekolah adalah salinan
dari kurikulum dari negeri Cina. Ini bermakna mata pelajaran ‘tao’ oleh
Confucious turut diajar di sekolah-sekolah Cina. Pelajar perlu menghafal
‘wun yen wun’ yang banyak menyatakan tingkah laku yang baik dan
kehidupan bermoral.

Selepas merdeka mata pelajaran Tatarakyat diperkenalkan kepada


semua sekolah rendah dan menengah di Tanah Melayu. Sukatan
pelajarannya berkaitan dengan perpaduan kaum, kebersihan fizikal dan
mental, kasih sayang kepada ibu bapa, adik beradik dan cintakan
kekeluargaan.

Ringkasnya, Pendidikan Moral di sekolah-sekolah sudah wujud semasa


dan selepas jajahan British. Pada tahun 1977 mata pelajaran Tatarakyat
diubah nama kepada Sivik. Matlamat utama pelajaran Sivik ialah untuk
perkembangan tingkah laku dan pembentukan akhlak yang baik dan
kemoralan. Melalui mata pelajaran Sivik, semangat patriotisme, cintakan
negara dan mematuhi undang-undang semakin meningkat. Dengan
perkembangan ini pada April 1978 sebuah Jawatankuasa telah dibentuk
bagi menyediakan dan merangka suatu draf sukatan pelajaran Pendidikan
Moral. Tahun 1979 draf 16 nilai telah diperkenalkan untuk dilaksanakan
bersama-sama perlaksanaan KBSR dan KBSM. Tahun 1993 mata
pelajaran Pendidikan Moral telah dikenalkan di peringkat SPM sebagai
matapelajaran teras persekolahan dan penilaian dalam peperiksaan
awam.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 4

1.2 Kepentingan Pendidikan Moral

1.2.1 Menjayakan hasrat kerajaan ingin membina suatu masyarakat yang


adil dan harmoni serta kekayaan negara dapat dinikmati oleh
semua kaum di Malaysia.
1.2.2 Supaya dapat memupuk semangat kerjasama rakyat untuk
membina satu masyarakat yang progresif dan maju melalui
kemajuan sains dan teknologi.
1.2.3 Untuk menjayakan matlamat negara ke arah melahirkan
masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.
1.2.4 Memupuk keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup
bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran,
keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.
1.2.5 Mendidik pelajar menghormati dan mematuhi undang-undang serta
peraturan berdasarkan bekerja atau membuat sesuatu hingga
sempurna.
1.2.6 Menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkah laku yang
baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain.

1.3 Perbezaan antara Etika dan Moral

1.3.1 Definisi Etika

a) Etika didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral


yang bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu
sama ada baik atau buruk. Ia berasal daripada perkataan Greek
iaitu “ethos” yang bermaksud adat atau cara hidup. Etika juga
adalah falsafah tingkah laku manusia dengan melihat kepada
aspek-aspek lahiriah dan batiniah.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 5

b) Etika dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:


i. Etika Deskriptif /Metaetika
Ia merupakan suatu disiplin yang membicarakan sejarah
sistem moral yang dianuti oleh seseorang individu atau oleh
golongan-golongan tertentu.
ii. Etika Normatif
Ianya akan menilai, mengkritik dan membuat keputusan
terhadap sistem moral yang ada.

1.3.2 Definisi Moral

Moral berasal dari perkataan Bahasa Latin “moralis” yang bererti


tingkahlaku yang sejajar dan sesuai dengan tatasusila atau
peraturan sesebuah masyarakat. Moralis bermaksud amalan
kepada ajaran keadilan dan kebaikan.

Sesuatu amalan atau tindakan yang dikatakan bermoral dapat


dilihat dari segi tindakbalas atau reaksi individu terhadap situasi-
situasi berikut :

a) Pengawalan diri terhadap sesuatu keinginan nafsu atau


dapat menahankan diri dari melakukan sesuatu tingkahlaku
yang dianggap salah.
b) Kawalan terhadap keperluan fizikal yang berdasarkan
kepada peraturan-peraturan masyarakat yang telah diterima
secara rasional.
c) Bertindak secara rasional terhadap sesuatu keputusan moral
yang melibatkan penafsiran tentang apa yang dikatakan
tindakan betul. Ianya dilakukan dengan adanya maklumat
atau pengetahuan yang mencukupi dan dihuraikan secara
objektif atau kritik.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 6

d) Sentiasa menjaga atau bertindak dalam keadaan yang


berdisplin serta menghayati sesuatu standard hidup yang
dicapai sosio ekonomi masyarakat.
e) Aristotle menitikberatkan tiga aspek tingkah laku seseorang
iaitu :
i. Aspek kognitif
merangkumi pemahaman tentang situasi dan sebab-
sebab peraturan moral.
ii. Aspek efektif
merangkumi perasaan yang kita miliki ketika
melakukan sesuatu yang betul atau salah.
iii. Aspek tingkah laku
merujuk kepada tingkah laku yang ditonjolkan oleh
seseorang individu.

1.3.3 Sejarah Etika

Etika mempunyai sejarah mengikut peringkat-peringkatnya :

a) Etika Para Rasul


Adam a.s mempelopori etika tertua di muka bumi yang
seterusnya disambung oleh para rasul lain. Semua para rasul
membawa risalah tauhid yang sama dan risalah etika iaitu
beribadat kepada Allah Taala dan melakukan kebaikan serta
menjauhi kejahatan di atas muka bumi ini.

b) Etika Hindu
Etika Hindu dari kitab Veda ( 1500 S.M ) mengandungi ajaran
etika di samping dasar ketuhanannya. Ia menggalakkan
penganutnya mematuhi disiplin dengan melaksanakan tuntuan
ajaran agama Hindu dan upacara ibadat kepada tuhan

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 7

mereka. Kedua-duanya dianggap sebagai etika yang mulia.


Sifat-sifat yang dikatakan beretika termasuklah kemerdekaan,
kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan.

c) Etika Buddha
Diasaskan sejak 25 abad lagi.
Etika yang diperjuangkan dalam agama
Buddha ialah :
ii. Sengsara, sakit sebagai lazim dalam alam ini.
iii. Kembali ke dunia (reinkarnasi ) disebabkan kotornya roh
dengan nafsu syahwat terdahulu.
iv. Untuk menyelamatkan diri dalam usaha mencapai
nirwana maka hendaklah melepaskan diri dari segala
syahwat.
v. Wajib menjauhi rintangan yang menghalang seseorang
dalam melepaskan nafsu syahwatnya iaitu dengan
memadamkan sekalian keinginan dan kesukaan.

d) Etika Kung Fu Tze


Kung Fu Tze merupakan seorang ahli falsafah cina
yang terkenal pada 551-478 S.M. Beliau telah
mengemukakan beberapa ajaran etika iaitu:
i. Kesempurnaan boleh dicapai oleh orang yang bijaksana.
ii. Kebijaksanaan boleh dicapai melalui berfikir, meneliti dan
belajar mencari kebenaran dan kebaikkan.
iii. Mengasingkan diri beribadat kepada tuhan.
iv. Menghadiri pertemuan dan perbincangan yang berkaitan
dengan ilmu secara terbuka.
v. Memberi kursus dan pendidikan etika kepada
masyarakat.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 8

vi. Setiap masyarakat mesti melakukan etika yang baik


dalam kehidupan seharian mereka.

e) Etika Greek Kuno


Beberapa ahli falsafah kuno telah membicarakan ajaran etika.
Antara tokoh-tokohnya ialah:
i. Socrates (469-399 S.M) Mengemukakan ajaran etika
dengan menggalakkan setiap manusia itu mengenali diri
sendiri melalui dirinya.
ii. Plato (427-347 S.M) adalah murid kepada Socrates. Beliau
telah menulis sebuah buku yang bertajuk “Republic”.
Beliau menjelaskan cara yang terbaik untuk menjalankan
etika yang baik adalah dengan menjadi diri sebagai
teladan yang baik dan alam ini merupakan alam yang
kekal iaitu akhirat.
iii. Aristotle (394-322 S.M) adalah murid kepada Plato. Beliau
berpendapat tujuan beretika mulia ialah untuk mencapai
kebahagiaan hidup dengan menggunakan segala kekuatan
akal fikiran.
iv. Antistenes (414-370 S.M) mempelopori mazhab Cynics.
Beliau mengatakan bahawa manusia perlu meniru etika
ketuhanan supaya beretika mulia. Masyarakat digalakkan
supaya mengurangkan keperluan diri sendiri, berpuas hati,
suka kepada penderitaan, menolak kelazatan, tidak takut
kepada kemiskinan, tidak takut menerima cercaan
manusia asalkan beretika mulia.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 9

f) Etika Ulama’ Islam


i. Ibnu Maskawih (963-1030 M)
menjadikan Al-Quran dan Hadis
sebagai sumber pembinaan
pemikiran etikanya.
ii. Jiwa dijadikan sebagai pusat kekuasaan dan kekuatan
yang mempunyai daya yang kuat dalam beretika.
iii. Menurut beliau, seseorang individu hanya dapat
mempelajari etika dengan memahami dan melakukan sifat-
sifat yang mulia seperti tolong-menolong, cinta-mencintai
dan sebagainya.
iv. Imam Al Ghazali (1059-1111 M) pula merupakan seorang
ulama feqah dan tasawuf.
v. Falsafah etikanya meliputi kesanggupan meniru sifat-sifat
ketuhanan seperti taqwa, keimanan, sabar, ikhlas, jujur,
zuhud dan segala sifat kesempurnaan Allah S.W.T yang
alim.
vi. Beliau telah menyatakan cara pembentukan etika yang
berkesan iaitu dengan hati yang suci dalam melakukan
sesuatu perkara.
vii. Ikhwan Al Safa ( 983 M ) membahagikan etika kepada dua
iaitu etika yang diwarisi dan etika yang diusahakan dengan
menggunakan ilmu psikologi sebagai asas pembahagian
etika.
viii. Beliau mengutamakan kebenaran berfikir dan dhamir (hati)
perseorangan berdasarkan Al Quran.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 10

1.3.4 Kepentingan Etika

Ianya telah dikemukakan sejak lahirnya manusia yang pertama


di muka bumi ini iaitu Nabi Adam a.s. Ini disebabkan oleh
beberapa faktor :

a) Fitrah
i. Berkelakuan baik atau beretika adalah satu sifat yang
sesuai dengan manusia.
ii. Sebaliknya berkelakuan tidak baik adalah bertentangan
dengan kehendak manusia.

b) Keamanan
i. Kehidupan manusia tanpa gangguan atau masalah.

c) Status manusia
ii. Semua tindakan manusia hendaklah berpandukan
kepada akal.
iii. Manusia dan etika tidak boleh dipisahkan.

d) Survival Tamadun Dunia


i. Bagi mengelakkan dari malapetaka yang dahsyat berlaku
setiap manusia perlu beretika.

e) Kesempurnaan peribadi
i. Seseorang manusia belum dikatakan seorang yang
sempurna kalau ia memiliki semuanya tetapi mengenai
etika ia masih kekurangan.
ii. Manusia yang beretika tetap unggul dan menjadi
manusia contoh.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 11

f) Penggalak kebaikan
i. Menggalakkan lagi kebaikan kepada diri sendiri.
ii. Sentiasa ambil berat terhadap keluarga, jiran dan
masyarakat.
iii. Kehidupan manusia hendaklah diisi dengan perbuatan –
perbuatan yang baik.

g) Penghalang kejahatan
i. Seseorang yang beretika sentiasa menjaga identiti dan
tingkahlaku yang baik. Segala perbuatan hendaklah
sentiasa dijaga dan elakkan dari melakukan perbuatan
yang jahat.

Ishhhh… ko ni mengacau aku


jerla!!! Aku nak buat AKTIVITI
1A ni… pergila main jauh-jauh!

Amboiiii… khusyuk
nampak
mengulangkaji
pelajaran!!! Dahler
sikit-sikit…jomler
kita gi berehat jap

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 12

Masa untuk menjawab aktiviti…….


Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 1A

Mari kita menguji kefahaman anda berdasarkan soalan-soalan yang diberi di


bawah ini. Anda boleh merujuk jawapannya pada halaman berikutnya.

1. Berikan definisi moral.


………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
2. Senarai DUA kepentingan Pendidikan Moral.
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………...
3. Tuliskan sejarah etika yang sesuai di kotak sebelah dengan kenyataan di
kotak sebelah kiri.
Kenyataan Sejarah Etika
Di bawa oleh Nabi Adam a.s Etika Para Rasul
Turut dibincang oleh Socrates (469-399 SM)
Pengasasnya ialah Kung Fu Tze (551-478 SM)
Terdapat di dalam kitab Veda (1500 SM)
Ulama fiqah dan tasawuf Al Ghazali (1059-1111 M)

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 13

MAKLUMBALAS
1A

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda :-

1. Definisi moral iaitu:-


Moral berasal dari perkataan Bahasa Latin “moralis” yang bererti
tingkahlaku yang sejajar dan sesuai dengan tatasusila atau
peraturan sesebuah masyarakat. Dalam istilah lain Moralis
bermaksud amalan kepada ajaran keadilan dan kebaikan.

2. Kepentingan Pendidikan Moral adalah :-


a. Menjayakan hasrat kerajaan ingin membina suatu masyarakat
yang adil dan harmoni serta kekayaan Negara dapat dinikmati
oleh semua kaum di Malaysia.
b. Supaya dapat memupuk semangat kerjasama rakyat untuk
membina satu masyarakat yang progresif dan maju melalui
kemajuan sains dan teknologi.
c. Untuk menjayakan matlamat Negara ke arah melahirkan
masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.
d. Memupuk keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup
bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai
kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat
Malaysia.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 14

e. Mendidik pelajar menghormati dan mematuhi undang-undang


serta peraturan berdasarkan bekerja atau membuat sesuatu
hingga sempurna.
f. Menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkah laku
yang baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain.

3. Tuliskan sejarah etika yang sesuai di kotak sebelah dengan kenyataan di


kotak sebelah kiri.
Kenyataan Sejarah Etika
Di bawa oleh Nabi Adam a.s Para Rasul
Turut dibincang oleh Socrates (469-399 SM) Greek Kuno
Pengasasnya ialah Kung Fu Tze (551-478 SM) Kung Fu Tze
Terdapat di dalam kitab Veda (1500 SM) Hindu
Ulama feqah dan tasawuf Al Ghazali (1059-1111 M) Ulama Islam

Tengok… jawapan aku semua


betul dalam aktiviti 1A ni!!!
Bernas gak otak aku nie…

Haaa… dah habis


buat aktiviti tu..
jomler kita gi main
jap!!!! Ala..
sekejap jer…

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 15

INPUT
1BT

1.4. Hubungkait di antara Konsep akhlak, Kemoralan dan


Agama/Kepercayaan

1.4.1 Konsep Akhlak

a) Dalam bahasa arab akhlak bermaksud budi pekerti seseorang


individu.
b) Ianya merujuk kepada kelakuan atau watak atau gerak geri
seseorang.
c) Ianya boleh berubah mengikut masa dan situasi tertentu.

1.4.2 Konsep Kemoralan

a) Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan


peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar
kawalan individu.
b) Dorothy Emmet (1979) mengatakan bahawa manusia
bergantung kepada tatasusila, adat, kebiasaan masyarakat
dan agama bagi membantu menilai tingkah laku seseorang.
c) James Hemming (1980) menyatakan bahawa peraturan-
peraturan masyarakat mestilah diterima sebagai fakta-fakta
kehidupan sosial masyarakat.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 16

1.4.3 Konsep Pendidikan Moral

a) Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang


menekankan aspek-aspek kerohanian, kemanusiaan dan
kemasyarakatan.
b) Masyarakat yang berilmu, bertatasusila, berbudi dan
penyayang akan memenuhi hasrat negara bagi mewujudkan
masyarakat yang aman damai.

1.4.4 Konsep Agama / Kepercayaan


a) Agama mempunyai ajaran, peraturan dan perlakuan yang
tercatat dalam kitab – kitab suci agama masing-masing.
b) Ajaran agama dalam kitab-kitab adalah jelas menyatakan
balasan atau ganjaran yang akan diterima oleh pengikutnya.

1.5 Konsep Nilai ‘Baik’, ‘Benar’ Dan ‘Patut’

1.5.1 Konsep “Baik”

Perkataan baik bermaksud memberi faedah atau bagus apabila


menggunakannya. Idea baik memberi makna yang berbeza
mengikut situasi atau konteks tertentu seperti :
a) Baik dalam konteks pemilihan
b) Baik dalam konteks nasihat
c) Baik sebab memuji dan bersetuju
d) Baik kerana mengahrgai
e) Baik dalam hukumandan nilaian atau taksiran
f) Baik disifatkan kerana kecekapan

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 17

Perkataan baik dapat digunakan secara :


i. Kebaikan ekstrinsik
• penilaian atau taksiran piawaian.
• masa yang diperlukan.
• membuat keputusan atau pemilihan.

ii. Kebaikan instrinsik


• sokongan atau nasihat.
• menghargai atau memuji.

Beberapa pendapat ahli-ahli psikologi tentang “baik” :


• Aristotle
Baik disifatkan sebagai kebahagiaan.
• Moore
Baik bukan semulajadi, sukar disifatkan tetapi dapat
difahami melalui intuisi.
• Hobbes
Baik adalah sebarang objek-objek yang diingini oleh
seseorang manakala objek yang dibenci adalah
buruk.
• Emil Brunner
Baik merupakan suatu tindakan yang sejajar dengan
kehendak Tuhan.
• C.I Lewis
Baik merupakan pengalaman seseorang individu
secara instrinsik atau dari dalam.
• Confucious
Baik adalah membuat tanggungjawab atau kewajipan
seseorang individu dengan penuh dedikasi.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 18

• Immanuel Kent
Baik terdapat dua jenis kebaikan moral iaitu moral
penghormatan dan moral kemuliaan. Moral
penghormatan berdasarkan perasaan moral dan
menghormati peraturan moral. Moral kemuliaan wujud
kerana kebebasan manusia.

1.5.2 Konsep “Benar”

a) Kant
Sesuatu tingkah laku adalah betul sekiranya ia sejajar
dengan tugas atau tanggungjawab dan salah sekiranya ia
bertentangan.

b) G.E Moore
Sesuatu perlakuan dilabel benar atau salah adalah
bergantung kepada darjah keseronokan yang dihasilkan.
Mengikut pandangan beliau hanya keseronokan mempunyai
kebaikan instrinsik.

c) John Dewey
Benar itu melambangkan tekanan-tekanan sosial yang
dikenakan pada diri kita untuk mendorong kita berfikir dan
bertindak mengikut satu-satu cara yang tetentu.

d) William C.Bagley
Faktor-faktor seperti keputusan atau ketidakpuasan
langsung tidak dipetimbangkan. Tindakan mereka biasanya
dilakukan dengan serta merta.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 19

1.5.3 Konsep “Patut”

Patut membayangkan sesuatu yang perlu dipenuhi atau


dilakukan. Dalam etika, patut digunakan dalam tiga aspek iaitu ;
a) “Tindakan patut kita lakukan” bermakna tindakan itulah yang
seharusnya dipilih setelah menimbangkan semua perkara
atau tindakan alternatif yang lain.
b) Dalam bidang falsafah dan perbincangan biasa, istilah patut
digunakan untuk membawa maksud “ jangan melakukan
sesuatu yang seseorang itu patut …….”
c) “Tindakan yang patut saya lakukan” bermakna satu tindakan
yang digemari oleh seseorang walaupun ia mungkin bukan
tindakan yang unggul.

Dalam ketiga-tiga situasi di atas, apa yang patut kita buat bukan
sahaja bertindak tetapi kita pelu bertindak secara waras,
bijaksana dan baik.

Anda dikehendaki
menjawab semua
soalan di dalam
AKTIVITI 1B. Sila
buat sekarang juga!!!

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 20

Mari kita buat


latihan sekarang…..

AKTIVITI 1B

Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersama-sama. Anda juga boleh
menyemak jawapan anda pada halaman berikutnya.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Konsep ‘baik’ oleh :-


a. Aristotle
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
b. Confucious
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………

2. Nyatakan satu contoh Konsep ‘baik’.


………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………

3. Jelaskan Konsep ‘benar’ berdasarkan pendapat-pendapat ahli-ahli


psikologi.
a. …………………………………………….
b. …………………………………………….
c. …………………………………………….

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 21

MAKLUMBALAS
1B

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

1. Konsep ‘baik’ menurut:-


● Aristotle
Baik disifatkan sebagai kebahagiaan.

● Confucious
Baik adalah membuat tanggungjawab atau kewajipan
seseorang individu dengan penuh dedikasi.

2. Antara contoh konsep ‘baik’ ialah boleh menjadi seorang teman yang
dapat memberikan dorongan yang berguna dan dapat memberikan
teguran yang ikhlas kepada rakan-rakan.

(c) Konsep ‘benar’ berdasarkan pendapat-pendapat ahli-ahli psikologi, ialah :


i. Kant
Sesuatu tingkah laku adalah betul sekiranya ia sejajar dengan
tugas atau tanggungjawab dan salah sekiranya ia
bertentangan.

ii. G.E Moore


Sesuatu perlakuan dilabel benar atau salah adalah
bergantung kepada darjah keseronokan yang dihasilkan.
Mengikut pandangan beliau hanya keseronokan mempunyai
kebaikan instrinsik.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 22

iii. John Dewey


Benar itu melambangkan tekanan-tekanan social yang
dikenakan pada diri kita untuk mendorong kita berfikir dan
bertindak mengikut satu-satu cara yang tetentu.

iv. William C.Bagley


Faktor-faktor seperti keputusan atau ketidakpuasan langsung
tidak dipetimbangkan. Tindakan mereka biasanya dilakukan
dengan serta merta.

TAHNIAH !!!!!!
Anda telah berjaya
menyelesaikan kesemua
soalan di atas.
Uji minda anda sekali lagi
dalam PENILAIAN KENDIRI.

Ala.. senang jer


PENILAIAN
KENDIRI tu!

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 23

FAKTA
KUNCI

Pengenalan
Pendidikan Moral merupakan satu mata pelajaran yang memberikan fokus
kepada pembentukan nilai-nilai murni dalam diri seseorang pelajar.

Sejarah
Pendidikan Moral di sekolah-sekolah sudah wujud semasa dan selepas
jajahan British. Pada tahun 1977 mata pelajaran Tatarakyat diubah
nama kepada Sivik. Matlamat utama pelajaran Sivik ialah untuk
perkembangan tingkah laku dan pembentukan akhlak yang baik
dan kemoralan.

Kepentingan Pendidikan Moral


• suatu masyarakat yang adil dan harmoni
• kekayaan negara dapat dinikmati oleh semua kaum di Malaysia.
• memupuk semangat kerjasama
• melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.
• memupuk keazaman, kesanggupan
• menghormati dan mematuhi undang-undang
• menghormati hak-hak individu

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 24

Perbezaan antara Etika dan Moral


• Etika ialah sains moral dan prinsip-prinsip moral yang
bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang.
• Moral ialah tingkahlaku yang sejajar dan sesuai dengan tatasusila
atau peraturan sesebuah masyarakat.

Konsep akhlak, Kemoralan dan Agama / Kepercayaan

• Akhlak bermaksud budi pekerti seseorang individu yang merujuk


kepada kelakuan atau watak atau gerak geri seseorang.
• Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan-
peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu.
• Agama mempunyai ajaran, peraturan dan perlakuan yang
tercatat dalam kitab – kitab suci agama masing-masing.

Konsep Nilai ‘Baik’, ‘Benar’ Dan ‘Patut’


.
• ‘Baik’ bermaksud memberi faedah atau bagus apabila
menggunakannya.
• ‘Benar’ bermaksud sesuatu tingkah laku adalah betul
sekiranya ia sejajar dengan tugas atau tanggungjawab dan
salah sekiranya ia bertentangan.
• ‘Patut’ bermaksud membayangkan sesuatu yang perlu
dipenuhi atau dilakukan.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 25

Soalan ini lebih menjurus


kepada soalan bahagian B
Peperiksaan Akhir

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Semoga anda dapat menjawab soalan ini dengan jayanya.

SOALAN

1. Nyatakan definisi Moral.

2. Berikan TIGA peringkat sejarah Etika .

3. Terangkan konsep ‘baik’, konsep ‘patut’ dan konsep ‘benar’ di dalam


kehidupan seharian anda.

4. Berikan 3 contoh nilai-nilai moral yang perlu ada kepada seseorang


individu supaya senang diterima di dalam masyarakat.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 26

PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda.

1. Definisi Moral ialah moral berasal dari perkataan Bahasa Latin


“moralis” yang bererti tingkahlaku yang sejajar dan sesuai dengan
tatasusila atau peraturan sesebuah masyarakat.Moralis bermaksud
amalan kepada ajaran keadilan dan kebaikan.

2. TIGA peringkat sejarah etika :-


a. Etika Para Rasul
- Adam a.s mempelopori etika tertua di muka bumi yang
seterusnya disambung oleh para rasul lain.
- Semua para rasul membawa risalah tauhid yang sama dan
risalah etika iaitu beribadat kepada Allah Taala dan melakukan
kebaikan serta menjauhi kejahatan di atas muka bumi ini.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 27

b. Etika Hindu
- Etika Hindu dari kitab Veda ( 1500 S.M ) mengandungi ajaran
etika di samping dasar ketuhanannya.
- Ia menggalakkan penganutnya mematuhi disiplin dengan
melaksanakan tuntuan ajaran agama hindu dan upacara ibadat
kepada tuhan mereka. Kedua-duanya dianggap sebagai etika
yang mulia.
- Sifat-sifat yang dikatakan beretika termasuklah kemerdekaan,
kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan.

c. Etika Buddha
- Diasaskan sejak 25 abad lagi.
- Etika yang diperjuangkan dalam agama Buddha ialah :
• Sengsara, sakit sebagai lazim dalam alam ini.
• Kembali ke dunia (reinkarnasi ) disebabkan kotornya
roh dengan nafsu syahwat terdahulu.
• Untuk menyelamatkan diri dalam usaha mencapai
nirwana maka hendaklah melepaskan diri dari segala
syahwat.
• Wajib menjauhi rintangan yang menghalang seseorang
dalam melepaskan nafsu syahwatnya iaitu dengan
memadamkan sekalian keinginan dan kesukaan.
- Keempat – empat ajaran tersebut hanya dapat dicapai melalui
bebrapa cara di bawah :
• melazimi kebaikan
• Bersifat kasih sayang
• Suka menolong
• Mencintai orang lain
• Suka memaafkan orang
• Ringan tangan dalam melakukan kebaikan
• Berkorban untuk orang lain

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 1 / 28

3. TIGA contoh nilai-nilai moral yang perlu ada kepada seseorang individu
supaya senang diterima di dalam masyarakat ialah :-
a. Tolong – menolong
b. Hormat menghormati
c. Bersifat kasih sayang

Yeahhhh !!!!!!
Aku telah berjaya
menjawab kesemua
soalan yang diberikan.
Tak sangka aku ni
‘GENIUS’ jugak yer!!!!!
UNIT 2 lepas ni mesti aku
bleh buat jugak….

Eeiihh…
berlagaknyer
mamatnyer
nie!!!!

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 1

UNIT TEORI-TEORI MORAL,


PRINSIP-PRINSIP
2 DAN
PERATURAN MORAL

OBJEKTIF AM
Mengetahui dan memahami teori –teori moral, prinsip-prinsip dan
peraturan moral.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini pelajar akan dapat :-
◙ Menyenaraikan teori-teori Moral.
◙ Menerangkan aliran pemikiran moral.
◙ Menyatakan prinsip-prinsip moral.
◙ Membezakan peraturan moral dengan peraturan agama, undang-
undang dan adat.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 2

INPUT
2AT

2.0 Pengenalan

Pendidikan Moral merupakan satu mata pelajaran yang menitikberatkan


pembentukan nilai-nilai murni dalam diri seseorang pelajar. Melalui
Pendidikan Moral, segala aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi
yang sihat dari segi mental dan fizikal akan tercapai.

2.1 Teori – teori Moral

Secara amnya, teori-teori moral dapat dibahagikan kepada lima bahagian


iaitu :-
a. Penaakulan Moral
b. Emosi Moral
c. Tingkahlaku Moral
d. Justifikasi Moral
e. Dilema Moral

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 3

2.1.1 Penaakulan Moral

Penaakulan Moral bermaksud kebolehan seseorang individu


berfikir secara logik terhadap sesuatu isu moral berdasarkan
pertimbangan – pertimbangan moral. Di dalam masa tersebut
seseorang individu perlu mempunyai kebolehan dalam :
a. memahami sesuatu isu moral itu.
b. mengenal pasti alternatif-alternatif yang ada dan kesannya.
c. memberi pertimbangan yang adil dan objektif terhadap
setiap pilihan alternatif itu.
d. memikirkan konsep nilai moral sejagat dan rasional.

Kebolehan membuat keputusan hendaklah konsisten, objektif dan


sejagat pada setiap situasi yang sama. Piaget (1968) dan
Kohlberg (1968) berpendapat bahawa kebolehan penaakulan moral
dipengaruhi oleh perkembangan pertumbuhan yang berperingkat-
peringkat bermula dari peringkat kanak-kanak yang mematuhi,
menerima dan memahami peraturan – peraturan moral itu. Faktor
utama dalam penaakulan moral ini adalah keupayaan memilih dan
mengumpulkan maklumat. Konsep indoktrinasi akan mengubahkan
pemikiran dan menghalang seseorang individu membuat
keputusan secara rasional. Kesimpulannya, penaakulan moral
haruslah bebas dan selaras dengan prinsip-prinsip moral sosial
masyarakat

2.1.2 Emosi Moral

Emosi moral adalah perasaan atau reaksi seseorang individu


terhadap sesuatu tindakan atau pemikiran. Di antaranya seperti
perasaan marah, sedih, gembira dan sebagainya. Seseorang
individu dapat mengawal emosi moral jika :

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 4

a. mengetahui asal usul sesuatu isu atau situasi itu


b. memahami kesusahan, perasaan dan pemikiran orang lain.
c. menyatakan perasaan diri sendiri dalam keadaan yang
sama.
d. membuat keputusan secara adil dan rasional.
e. emosi moral amat penting kerana memperkuat nilai
kemanusiaan dan merapatkan jurang perbezaan antara
pemikiran, keputusan dan tingkah laku moral.

Oleh yang demikian, emosi moral amat penting sekali bagi setiap
individu kerana ia dapat merapatkan jurang perbezaan antara
pemikiran, keputusan dan tingkah laku serta memperkuat niali-nilai
kemanusiaan.

2.1.3 Tingkahlaku Moral

Tingkahlaku moral merujuk kepada segala kelakuan dan


perbuatan yang dilakukan oleh seseorang individu berdasarkan
nilai-nilai dan norma-norma masyarakat. Bagi setiap individu yang
bertingkah laku moral akan dapat diterima oleh masyarakat kerana
mereka dianggap mempunyai fikiran yang waras. Sebaliknya, jika
individu tersebut melanggar undang-undang dan bertingkah laku
luar dari batasan yang telah ditetapkan maka dia akan dikenakan
tindakan yang sewajarnya setimpal dengan kesalahan ataupun
jenayah yang telah dilakukan.
Kefahaman tingkah laku moral amat penting khasnya kepada
kanak-kanak kerana kelakuan yang baik akan disemadikan dalam
jiwanya dan menjadi cara hidup serta tingkah laku dirinya.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 5

2.1.4 Justifikasi Moral

Justifikasi moral bermakna alasan-alasan yang menjadikan sesuatu


itu wajar dilakukan berdasarkan pertimbangan-pertimbangan moral.
Alasan yang diberikan adakalanya benar dan ada juga yang direka-
reka bagi mencapai tujuan tertentu. Keputusan moral ini dibuat
mengikut dasar prinsip kesan dan prinsip bukan kesan.

Sebagai contoh, Naresh merupakan seorang pelajar pintar di


sekolahnya. Dia terpaksa berhenti dari sekolah kerana keluarganya
mempunyai masalah kewangan. Naresh telah memikirkan semua
alternatif dan kesan yang ada sebelum berhenti dari sekolah.
Kesan ini termasuklah tidak dapat meneruskan cita-citanya sebagai
seorang jurutera, masa depan yang gelap dan tekanan perasaan.
Tetapi beliau telah memikirkan bahawa langkah yang diambil
adalah wajar untuk dirinya dan keluarganya serta tidak
menghiraukan pandangan masyarakat terhadap dirinya. Prinsip
bukan kesan ialah Naresh mempunyai kewajipan untuk
meneruskan persekolahannya. Tindakan yang diambil oleh Naresh
mungkin dipengaruhi oleh situasi atau alasan-alasan tertentu.

2.1.5 Dilema Moral / Konflik Moral

Dilema moral bermaksud apabila seseorang individu terpaksa


membuat pilihan antara beberapa alternatif dan semua alternatif ini
melibatkan nilai-nilai moral.

Contohnya, En. Fadhil telah diminta oleh pengetua kolejnya untuk


menghadiri satu mesyuarat penting di Sarawak. Dalam masa yang
sama, beliau terpaksa menyiapkan satu tugasan penting untuk
dibentangkan pada tarikh yang sama. Situasi ini akan menimbulkan

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 6

konflik nilai yang sukar difahami oleh orang lain. Dilema moral ini
akan membawa kepada konflik sosial dan mental. Kesannya
membawa masalah kepada kolej dan peribadi En. Fadhil.

2.2 Aliran Pemikiran Moral

Berfikir ialah membezakan hal, perkara dan peristiwa. Manakala


pemikiran adalah penggunaan akal untuk menyelesaikan perkara.
Pemikiran seseorang individu adalah berbeza daripada orang lain dalam
aspek tertentu iaitu :
a. suasana hidup
b. pendidikan keluarga
c. pendidikan yang diterima
d. pengaruh orang-orang yang berinteraksi dengannya
e. lain-lain unsur kompleks

Apala nak jadi dengan


diri aku ni… Periksa asyik
GAGAL jer!!! Tak pernah
lulus… Nak buat macam
maner dah nasib
badan…..

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 7

Di dalam aliran pemikiran moral terdapat beberapa pendekatan etika


iaitu :-
a. Pemikiran rasionalis
b. Pemikiran naturalis
c. Pemikiran intuisionis
d. Pemikiran emotivis

2.2.1 Pemikiran rasionalis

Perkataan rasionalis berasal dari perkataan latin “ratio” yang


bermaksud ‘reason” atau sebab. Ia bermakna aliran pemikiran yang
menganggap taakulan sebagai yang mutlak dalam soal agama dan
lain-lain.

Pengertian rasionalis yang paling penting ialah pendekatan mereka


yang menegaskan falsafah seperti Descartes, Spinoza dan Lei
iaitu mereka menegaskan bahawa penilaian moral bukanlah satu
pernyataan atau pengesahan yang harus diterima atau ditolak
mengenai sesuatu perbuatan manusia atau benda.

Desctares mengemukakan tiga golongan idea iaitu :-


a. Fikiran yang mewujudkan pengalaman.
b. Fikiran sendiri.
c. Hasil ciptaan tuhan bersama fikiran dan kerohanian
manusia.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 8

2.2.2 Pemikiran Intuisionis

Perkataan “intuisi” berasal daripada perkataan latin “intueor” yang


bermaksud “saya memandang tepat kepada sesuatu atau “saya
merenungi”. Ia merupakan satu proses “melihat” atau “memahami”
secara intelek. Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan itu
boleh diperoleh melalui fahaman atau pengertian langsung.

Beberapa pandangan mengenai intuisi ialah :


a. unsur intuisi (gerak hati) terdapat di dalam semua
pengetahuan. George Santayana menggunakan intuisi untuk
membawa makna kesedaran data-data di sekeliling kita.
W.E.Hocking merujuk intuisi sebagai pengetahuan
mengenai diri sendiri. Unsur intuisi membolehkan kita
menikmati keindahan , menetapkan standard-standard moral
serta penerimaan nilai-nilai agama.
b. intuisi adalah hasil penimbunan pengalaman-pengalaman
lalu serta pemikiran. Intuisi merupakan jalan pendek kepada
pengetahuan yang akan dihasilkan oleh pemikiran reflektif.
Intuisi yang sah adalah hasil induksi atau deduksi separa
sedar.
c. intuisi ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan
berbeza daripada yang diperoleh secara intelek. Menurut
Henry Bergson (1859 – 1941) seorang ahli falsafah
Perancis, intuisi dan intelek adalah berbeza. Intelek adalah
alat yang digunakan oleh sains untuk menguruskan perkara
dan perhubungan kuantitatif. Intuisi pula adalah kenalurian
yang membolehkan kita memahami hidup kita dari segi
rohani.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 9

Intuisionisme merujuk kepada pengertian langsung oleh diri


sendiri, tentang pengetahuan diri dan dunia tanpa membuat
penaakulan deduktif atau induktif bagi mengesahkan kebenaran
sesetengah kenyataan. Aliran pemikiran intuisionis ini juga
berdasarkan kepada gerak hati.

2.2.3 Pemikiran Emotivis

Emotivis berasal dari perkataan emosi yang berdasarkan perasaan


seseorang. Emosi ialah keadaan kebangkitan seseorang sebagai
reaksi terhadap kepada sesuatu benda atau keadaan. Aliran
pemikiran emotivis merujuk kepada orang yang bertindak terhadap
sesuatu perkara berdasarkan kepada perasaan atau emosinya.
Individu yang emotivis mudah menimbulkan masalah moral.

2.2.4 Pemikiran Naturalis

Naturalis ialah suatu aliran pemikiran yang berusaha untuk


menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya yang sebenar.
Individu yang naturalis akan melihat sesuatu objek itu pada
keadaan yang sebenarnya.

Individu yang berfikiran naturalis mempunyai sifat-sifat berikut:


a. hidup dalam keadaan tertekan kerana tidak mahu atau tidak
dapat mengeluarkan pendapatnya.
b. sentiasa merendahkan dirinya dan tidak mahu berinteraksi
dengan orang lain.
c. tiada motivasi dan kurang berusaha.
d. Menurut Peter R.S dalam Ethics and Education , tabii
(nature) manusia perlu diketahui sebelum memahami cara
bagaimana mereka harus hidup.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 10

Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara


tabii atau semula jadi berbanding dengan haiwan yang lain kerana
manusia boleh menaakul serta meletakkan batasan-batasan
terhadap kehendak-kehendak mereka.

Anda telahpun mempelajari unit 2


sehingga tajuk Aliran Pemikiran Moral.
Mari kita menguji kefahaman masing-
masing di dalam AKTIVITI 2A!!!

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 11

Masa untuk menjawab aktiviti…….


Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 2A

Mari kita menguji kefahaman anda berdasarkan soalan-soalan yang diberi di


bawah ini. Anda boleh merujuk jawapannya pada halaman berikutnya :

1. Jelaskan maksud bagi setiap istilah berikut :


a. Penaakulan Moral
b. Emosi Moral
c. Justifikasi Moral

2. Pemikiran moral terbahagi kepada EMPAT aliran iaitu :


a. ……………………………………….
b. ……………………………………….
c. ……………………………………….
d. ……………………………………….

3. Terangkan maksud pemikiran naturalis.


………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 12

MAKLUMBALAS
2A

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda :-

1. Maksud istilah :-
a. Penaakulan moral adalah kebolehan seseorang individu
berfikir secara logik terhadap sesuatu isu moral
berdasarkan pertimbangan – pertimbangan moral.

b. Emosi moral ialah perasaan atau reaksi seseorang


individu terhadap sesuatu tindakan atau pemikiran.

c. Justifikasi moral bermakna alasan-alasan yang


menjadikan sesuatu itu wajar dilakukan berdasarkan
pertimbangan -pertimbangan moral.

2. Pemikiran moral terbahagi kepada EMPAT aliran iaitu :


a. Pemikiran rasionalis
b. Pemikiran naturalis
c. Pemikiran intuisionis
d. Pemikiran emotivis

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 13

3. Pemikiran Naturalis ialah suatu aliran pemikiran yang berusaha


untuk menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya yang
sebenar. Individu yang naturalis akan melihat sesuatu objek
itu pada keadaan yang sebenarnya. Individu yang berfikiran
naturalis mempunyai sifat-sifat berikut :-
ƒ hidup dalam keadaan tertekan kerana tidak mahu atau
tidak dapat mengeluarkan pendapatnya.
ƒ sentiasa merendahkan dirinya dan tidak mahu
berinteraksi dengan orang lain.
ƒ tiada motivasi dan kurang berusaha.
ƒ Menurut Peter R.S dalam Ethics and Education , tabii
(nature) manusia perlu diketahui sebelum memahami
cara bagaimana mereka harus hidup.

INPUT
seterusnya…..

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 14

INPUT
2BT

2.3 Prinsip Keadilan, Prinsip Autonomi dan Prinsip Altruisme

2.3.1 Prinsip Keadilan

Keadilan merupakan tindakan yang saksama dan hormat


menghormati di antara satu sama lain. Jika setiap individu
mempunyai sifat keadilan maka mereka dapat menggunakan kuasa
yang ada dengan adil dan saksama tanpa ada perasaan pilih kasih
di dalam setiap tugas yang dijalankan.

2.3.2 Prinsip Autonomi

Prinsip Autonomi merangkumi pertimbangan bebas dan kebebasan


memilih. Tingkah laku seseorang individu adalah hasil daripada
paksaan sesuatu kuasa atasan, autoriti atau kumpulan tertentu.
Contohnya, seorang pensyarah mengikut arahan pengetua kolej.
Oleh yang demikian, tingkah laku atau pertimbangan tersebut
bukan tanggungjawab moral pensyarah terbabit kerana ia hanya
mengakui atau menurut perintah pengetua kolej tersebut.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 15

2.3.3 Prinsip Altruisme

Prinsip Altruisme merujuk kepada sebarang tingkah laku atau


pertimbangan moral yang akan melibatkan dengan orang lain.
Sekiranya perasaan ini digunakan untuk membuat pertimbangan
moral maka keputusannya adalah lebih berperikemanusiaan dan
bermoral. Secara tidak langsung perasaan kasih sayang, simpati
dan memikirkan perasaan orang lain akan wujud dalam diri individu
tersebut. Keadaan ini dapat menjauhkan individu daripada
perasaan tamak, penting diri sendiri dan berkelakuan tidak
bermoral.

2.4 Peraturan – peraturan Moral

Peraturan moral merupakan kajian yang dibuat berdasarkan tingkah laku


manusia yang dianggap salah atau betul mengikut peraturan moral dan
undang-undang yang ada dalam masyarakat. Tingkah laku ini boleh
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :-
a. kemahuan dengan kesedaran
b. kemahuan tanpa kesedaran

Peraturan moral lebih menumpukan kepada tingkah laku yang dilakukan


dengan pengetahuan nyata dan keputusan-keputusan yang dibuat.
Peraturan moral menekankan cara-cara manusia berfikir, undang-undang
yang ideal dan sifat-sifat tertentu tentang moral itu. Peraturan moral ini
amat penting kerana manusia dilahirkan dalam suasana yang berlainan
sama ada dari segi ekonomi, sosial atau fizikal bumi. Unsur-unsur ini
membentuk tanggapan, cara pemikiran, nilai alam sekitar dan fizikal
manusia itu. Oleh yang demikian, peraturan moral ini dibentuk untuk

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 16

menjadi identiti kumpulan dan mengawal tingkah laku manusia supaya


dapat hidup dalam masyarakat yang aman, sistematik dan bertamadun.

Eeeihhh.. susahnya!
Prinsip moral dengan
Peraturan moral ????
Takpe… kalau baca
betul-betul mesti boleh
jawabnyer!!!

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 17

2.4.1 Perbezaan Peraturan Moral Dengan Peraturan Agama

Peraturan Moral Peraturan Agama

• Ianya tidak mempunyai • Agama masing-masing


buku khas yang mempunyai
mencatatkan dengan peraturannya yang
teratur serta jelas tercatat dalam kitab-
peraturan-peraturan yang kitab. Penulisannya
sepatutnya diamalkan. adalah jelas untuk
diikuti.

• Tidak ada kuasa yang • Menyelitkan segala


mendorong dan ia tidak balasan yang mungkin
akan menimbulkan menimpa penganutnya
perasaan takut dan setia sekiranya ia melanggar
kerana ia melibatkan peraturan.
prinsip-prinsip autonomi
dan altruisme.

• Tidak menetapkan tempat • Menetapkan tempat


dan waktu untuk serta waktu
menjalankannya. sembahyang iaitu set
rutinnya dan wajib
diamalkan oleh setiap
penganutnya.

• Menjalinkan hubungan • Menjalinkan hubungan


antara manusia dengan antara manusia dengan
manusia. tuhan.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 18

2.4.2 Perbezaan Peraturan Moral Dengan Peraturan Undang-undang

Peraturan Moral Peraturan Undang-undang

• Ditentukan oleh akal • Diluluskan dan ditukarkan


atau pandangan oleh parlimen yang telah
manusia. mendapat kuasa
daripada perlembagaan
negara.

• Ia merupakan satu nilai • Ia merupakan suatu akta


perikemanusiaan yang yang telah diluluskan oleh
berdasarkan satu parlimen akan dan
pernyataankelompok dilaksanakan oelh pihak
manusia tertentu. berkuasa.

• Jika tidak mengikutinya, • Jika seseorang


kita akan dikutuk dan melanggar peraturan
diapndang hina oleh undang-undang, ia akan
masyarakat. terserah kepada
pertimbangan mahkamah
untuk hukuman dan
dendaan.

• Peraturan moral adalah • Dalam undang-undang,


peraturan yang perasaan kasih sayang,
mewujudkan perkara- belas kasihan tidak akan
perkara yang baik untuk dipertimbangkan.
menjauhi sesuatu yang
tidak baik.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 19

2.4.3 Perbezaan Peraturan Moral Dengan Peraturan Adat

Peraturan Moral Peraturan Adat

• Ianya bersifat sejagat. • Ianya hanya dipegang


oleh satu-satu kelompok
manusia sahaja.

• Perlu dipatuhi di mana- • Hanya perlu dipatuhi


mana tempat dan pada dalam masa dan tempat
setiap masa. yang tertentu sahaja.

Sekarang anda telahpun berjaya


menamatkan UNIT 2. Ooopsss…belum
selesai lagi.. anda mesti menjawab
semua soalan di dalam AKTIVITI 2B!
Selamat menjawab!!!!!!

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 20

Mari kita buat


latihan sekarang…..

AKTIVITI 2B

Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersama-sama. Anda juga boleh
menyemak jawapannya pada halaman berikutnya.

1. Terdapat TIGA jenis prinsip moral iaitu :


a. ………………………………………
b. ………………………………………
c. ………………………………………

2. Tingkah laku seseorang individu terbahagi kepada DUA bahagian iaitu


kemahuan dengan kesedaran dan ………………………………

3. Huraikan perbezaan peraturan moral dengan peraturan adat.


………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
…...................................................................................................................

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 21

MAKLUMBALAS
2B

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

1. TIGA jenis prinsip moral iaitu :-


a. Prinsip Keadilan
b. Prinsip Autonomi
c. Prinsip Altruisme

2. Tingkah laku seseorang individu terbahagi kepada DUA bahagian iaitu :-


a. Kemahuan dengan kesedaran
b. Kemahuan tanpa kesedaran

3. Perbezaan peraturan moral dengan peraturan adat :-


a. Peraturan Moral
ƒ Ianya bersifat sejagat.
ƒ Perlu dipatuhi di mana-mana tempat dan pada setiap
masa.

b. Peraturan Adat
• Ianya hanya dipegang oleh satu-satu kelompok manusia
sahaja.
• Hanya perlu dipatuhi dalam masa dan tempat yang
tertentu sahaja.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 22

FAKTA
KUNCI

Teori – teori Moral


Teori-teori moral dapat dibahagikan kepada LIMA bahagian iaitu :-
a. Penaakulan moral
ianya bermaksud kebolehan seseorang individu berfikir secara logik
terhadap sesuatu isu moral berdasarkan pertimbangan – pertimbangan
moral. Di dalam masa tersebut.

b. Emosi Moral
adalah perasaan atau reaksi seseorang individu terhadap sesuatu
tindakan atau pemikiran.

c. Tingkahlaku moral
ia merujuk kepada segala kelakuan dan perbuatan yang dilakukan
oleh seseorang individu berdasarkan nilai-nilai dan norma-norma
masyarakat.

d. Justifikasi moral
ia bermakna alasan-alasan yang menjadikan sesuatu itu wajar
dilakukan berdasarkan pertimbangan -pertimbangan moral.

e. Dilema moral
ia bermaksud apabila seseorang individu terpaksa membuat
pilihan antara beberapa alternatif dan semua alternatif ini
melibatkan nilai-nilai moral.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 23

Aliran Pemikiran Moral

Terdapat EMPAT pemikiran moral iaitu :-


a. Pemikiran rasionalis
Ia bermakna aliran pemikiran yang menganggap taakulan
sebagai yang mutlak dalam soal agama dan lain-lain.

b. Pemikiran naturalis
Naturalis ialah suatu aliran pemikiran yang berusaha
untuk menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya
yang sebenar.

c. Pemikiran intuisionis
Ia merupakan satu proses “melihat” atau “memahami”
secara intelek.

d. Pemikiran Emotivis
Aliran pemikiran emotivis merujuk kepada orang yang
bertindak terhadap sesuatu perkara berdasarkan kepada
perasaan atau emosinya.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 24

Prinsip-prinsip Moral

Prinsip-prinsip moral terbahagi kepada TIGA bahagian iaitu :-


a. Prinsip Keadilan
Keadilan merupakan tindakan yang saksama dan
hormat menghormati di antara satu sama lain.

b. Prinsip Autonomi
Ianya merangkumi pertimbangan bebas dan kebebasan
memilih. Tingkah laku seseorang individu adalah hasil
daripada paksaan sesuatu kuasa atasan, autoriti
atau kumpulan tertentu.

c. Prinsip Altruisme
Ianya merujuk kepada sebarang tingkah laku atau
pertimbangan moral yang akan melibatkan dengan
orang lain.

Peraturan-peraturan Moral
Peraturan moral merupakan kajian yang dibuat berdasarkan
tingkah laku manusia yang dianggap salah atau betul mengikut
peraturan moral dan undang-undang yang ada dalam masyarakat.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 25

Soalan ini lebih menjurus


kepada soalan bahagian A
Peperiksaan Akhir

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Semoga anda maju jaya.

Arahan : Anda dikehendaki memilih SATU jawapan sahaja.

1. Di antara berikut, yang mana satukah termasuk di dalam teori-teori moral?


a. Pertimbangan Moral c. Keputusan Moral
b. Tingkah laku Moral d. Pendidikan Moral

2. Justifikasi Moral adalah


a. kebolehan individu berfikir secara logik.
b. perasaan individu terhadap sesuatu tindakan.
c. alasan-alasan yang wajar dilakukan berdasarkan pertimbangan-
pertimbangan moral.
d. kelakuan individu berdasarkan nilai-nilai dan norma-norma
masyarakat.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 26

3. “ Nurul Ashikin berasa amat dukacita kerana mendapat keputusan yang


rendah di dalam mata pelajaran Matematik di kolejnya “.
Berdasarkan situasi di atas, Nurul Ashikin dikatakan berfikiran ……
a. Rasionalis c. Naturalis
b. Intuisionis d. Emotivis

4. “ Ia merupakan satu proses melihat atau memahami…..’


Kenyataan di atas menerangkan maksud
a. Pemikiran Intuisionis c. Pemikiran Rasionalis
b. Pemikiran Naturalis d. Pemikiran Emotivis

5. Di antara berikut yang manakah TIDAK termasuk di dalam prinsip-prinsip


moral
a. Prinsip Autonomi c. Prinsip Penaakulan
b. Prinsip Altruisme d. Prinsip Keadilan

Arahan : Sila isi tempat kosong di bawah.

6. Prinsip Autonomi merangkumi …………………. dan ……………………

7. …………………… merujuk kepada sebarang tingkah laku atau


pertimbangan moral yang akan melibatkan dengan orang lain.

8. Peraturan moral lebih menumpukan kepada tingkah laku yang dilakukan


dengan …………………………. .. dan ………………………………..

9. ………………………….. menjalinkan hubungan antara manusia dengan


manusia manakala ……………………….. menjalinkan hubungan tuhan.

10. Peraturan moral bersifat sejagat manakala ……………………… hanya


dipegang oleh satu-satu kelompok manusia sahaja.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 27

PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda.

1. a. Tingkah laku Moral

2. c. alasan-alasan yang wajar dilakukan berdasarkan pertimbangan-


pertimbangan moral.

3. c. Naturalis

4. a. Pemikiran Intuisionis

5. c. Prinsip Penaakulan

6. Prinsip Autonomi merangkumi pertimbangan bebas dan kebebasan


memilih.

7. Prinsip Altruisme merujuk kepada sebarang tingkah laku atau


pertimbangan moral yang akan melibatkan dengan orang lain.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 2 / 28

8. Peraturan moral lebih menumpukan kepada tingkah laku yang dilakukan


dengan pengetahuan nyata dan keputusan-keputusan yang dibuat.

9. Peraturan moral menjalinkan hubungan antara manusia dengan


manusia manakala peraturan agama menjalinkan hubungan tuhan.

10. Peraturan moral bersifat sejagat manakala peraturan adat hanya


dipegang oleh satu-satu kelompok manusia sahaja.

TAHNIAH !!!!!!!!!!!!
Anda telah pun berjaya menamatkan
UNIT 2. Mohler kita ke UNIT 3
pula.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 3 / 1

UNIT SOSIALISASI
DAN
3 PEMBENTUKAN
TABIAT MORAL

OBJEKTIF AM
Mengetahui istilah sosialisasi dan memahami pembentukan moral.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini pelajar akan dapat :-
◙ Mengtakrifkan istilah sosialisasi.
◙ Menerangkan norma-norma sosial.
◙ Menyatakan kawalan sosial.
◙ Menyenaraikan peranan agen-agen sosialisasi.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 3 / 2

INPUT
3AT

3.0 Pengenalan

Seorang kanak-kanak yang ingin bercampur gaul dengan kumpulan


kanak-kanak yang lain akan menggunakan pelbagai kaedah untuk masuk
ke dalam kumpulan tersebut. Ada sesetengah kanak-kanak akan cuba
belajar mematuhi peraturan-peraturan sesuatu mainan sebelum ia
dibenarkan untuk menyertainya. Sekiranya, kanak-kanak tersebut seorang
yang agresif maka dia akan kerap kali disingkirkan. Proses di mana
manusia mempelajari kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan
peranan sosial , mereka dikenali sebagai “sosialisasi”.

3.1 Sosialisasi

3.1.1 Takrifan
Ianya merupakan suatu proses seseorang individu mempelajari
dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh
masyarakat bagi membentuk personaliti yang tersendiri untuk
menjadi ahli masyarakat tersebut.

Sosialisasi adalah proses seumur hidup. Tanpa sosialisasi


seseorang individu tidak dapat berinteraksi, bekerja sebagai satu
kumpulan atau melakukan kawalan diri.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 3 / 3

3.1.2 Tujuan Sosialisasi


a. Mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat.
b. Menanamkan aspirasi-aspirasi masyarakat.
c. Menyebarkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam
masyarakat.
d. Mengajar untuk memenuhi peranan-peranan sosial.

3.1.3 Kaedah Mencapai Sosialisasi


a. Seseorang individu mesti faham dengan apa yang
diharapkan daripada mereka.
b. Seseorang individu mesti berusaha memenuhi kehendak-
kehendak masyarakat.
c. Seseorang individu mesti akur dan rela mengikut peraturan-
peraturan masyarakat.

3.2 Norma Sosial

3.2.1 Takrifan
Norma sosial merupakan kelakuan yang dimiliki oleh anggota
sesuatu kumpulan tertentu. Ianya dianggap sebagai suatu garis
panduan bagi anggota masyarakat yang bertingkah laku mengikut
sesuatu situasi.

3.2.2 Ciri-ciri norma sosial


a. Ia merupakan peraturan yang dipersetujui dan ditentukan oleh
sebahagian besar ahli-ahli kumpulan atau masyarakat.
b. Penerimaan dan kepatuhan kepada norma sosial amat penting
bagi mewujudkan perpaduan di dalam sesuatu kelompok
masyarakat.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 3 / 4

c. Contoh-contoh norma sosial ialah larangan terhadap perbuatan


mencuri, membunuh, merompak dan sebagainya.
d. Norma sosial akan wujud hasil daripada interaksi sosial dan ia
dipelajari melalui sosialisasi dan penghayatan.
e. Norma sosial akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa
seiring dengan perubahan dan perkembangan sains dan
teknologi.
f. Tingkah laku yang tidak mematuhi norma sosial dikenali
sebagai ‘lencongan’. Contohnya, sikap berterima kasih kepada
ibu bapa dianggap sebagai norma manakala penderhakaan
kepada ibu bapa dikatakan sebagai lencongan.

Wahai anak-anakku…
Sosialisasi itu amat penting
sekali kerana ia mengajar
asas-asas kehidupan dalam
masyarakat.

Oooohhhhh…. Itu rupanya


tujuan sosialisasi.
Barula den faham sekarang…

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 3 / 5

Masa untuk menjawab aktiviti…….


Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 3A

Mari kita menguji kefahaman anda berdasarkan soalan-soalan yang diberi di


bawah ini. Anda boleh merujuk jawapannya pada halaman berikutnya :

1. Sosialisasi adalah proses sepanjang hayat. ( Betul / Salah )

2. Tanpa sosialisasi seseorang individu tidak


dapat berinteraksi, bekerja sebagai satu ( Betul / Salah )
kumpulan atau melakukan kawalan diri.

3. Norma sosial adalah ………………………………………………………….....


………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………

4. Tingkah laku yang tidak mematuhi norma sosial dikenali sebagai


…………………………………

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 3 / 6

MAKLUMBALAS
3A

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda :-

1. Betul

2. Betul

3. Norma sosial adalah kelakuan yang dimiliki oleh anggota sesuatu


kumpulan tertentu. Ianya dianggap sebagai suatu garis panduan bagi
anggota masyarakat yang bertingkah laku mengikut sesuatu situasi.

4. Tingkah laku yang tidak mematuhi norma sosial dikenali sebagai


lencongan.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 3 / 7

INPUT
3BT

3.3 Kawalan Sosial

3.3.1 Ia merupakan satu cara yang digunakan oleh masyarakat atau


kelompok bagi mempengaruhi tingkah laku anggota-anggotanya
supaya mematuhi norma-norma dan pola-pola tingkah laku yang
diterima oleh satu-satu masyarakat.
3.3.2 Kawalan sosial boleh berbentuk positif atau negatif dan kedua-dua
ini mungkin bersifat formal dan tidak formal.
3.3.3 Kawalan sosial positif berasaskan motivasi positif seseorang untuk
mematuhinya seperti memberi ganjaran, hadiah atau faedah-
faedah lain.
3.3.4 Kawalan sosial negatif pula adalah dalam bentuk hukuman atau
ketakutan terhadap hukuman.
3.3.5 Kawalan sosial formal melibatkan peraturan-peraturan, undang-
undang dan pelbagai badan tertentu untuk melaksanakannya
seperti polis, mahkamah, penjara, hospital sakit jiwa dan pusat
pemulihan akhlak.
3.3.6 Kawalan sosial tak formal merupakan pendapat umum mengenai
satu-satu tingkah laku seperti teguran ataupun pujian.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 3 / 8

3.4 Peranan Agen – agen Sosialisasi

Sosialisasi bermula sejak individu itu dilahirkan dan berterusan


sepanjang usianya. Seseorang itu akan mempelajari dan menerima
kemahiran nilai, sikap dan peranan yang akan membentuk
personalitinya serta menyatukannya ke dalam masyarakat.
Berikut adalah peranan agen –agen sosialisasi :

3.4.1 Keluarga
a. Keluarga adalah agen sosialisasi yang banyak mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak.
b. Daripada ibu bapa, kanak-anak akan mempelajari kemahiran,
sikap, norma dan nilai-nilai seperti kejujuran, amanah, rajin,
bersih dan hormat-menghormati.
c. Setiap ibu bapa mempunyai cara yang tersendiri untuk
mengasuh anak-anak mereka seperti bersifat garang dan
autokratik, terlalu lembut atau laissez – faire dan ada juga yang
bersifat demokratik.
d. Saiz keluarga juga mempengaruhi sosialisasi seseorang
individu kerana anak-anak dalam keluarga yang bersar
mempunyai tugasan masing-masing manakala anak tunggal
atau anak dalam keluarga kecil lebih dimanjakan.

3.4.2 Rakan Sebaya


a. Sosialisasi melalui rakan sebaya adalah yang paling efektif
kerana ia berlaku secara tidak formal dan tidak sengaja.
b. Kumpulan rakan sebaya adalah kumpulan yang mengandungi
individu yang biasanya mempunyai umur dan taraf yang hampir
sama.
c. Di dalam kumpulan rakan sebaya mereka tidak suka diganggu
oleh pihak yang lebih berkuasa seperti ibu bapa atau sekolah.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 3 / 9

d. Individu itu cenderung untuk menerima pandangan, nilai dan


sikap rakan-rakan sebaya kerana mahu diri mereka diterima
oleh rakan-rakan sebaya mereka.
e. Kesan buruk boleh berlaku apabila ahli kumpulan dikehendaki
menolak nilai-nilai ibu bapa dan masyarakat serta mengikut nilai
norma kumpulannya.

3.4.3 Sekolah
a. Apabila kanak-kanak bersekolah, interaksinya dengan
masyarakat menjadi bertambah luas.
b. Mereka akan sedar bahawa alam persekolahan mempunyai
peraturan-peraturan yang ketat dan memerlukannya
berkelakuan baik.
c. Guru-guru memainkan peranan yang penting selepas ibu bapa
dalam perkembangan moral kanak-kanak.

3.4.4 Agama
a. Agama mempunyai hubungan dengan perlakuan moral.
b. Agama adalah penting untuk mencapai perlakuan moral yang
baik.
c. Sekiranya kanak-kanak diberikan didikan agama yang kuat dan
berpegang kepada keimanan, mereka tidak akan melakukan
sesuatu yang bercanggah dengan moral manusia.
d. Agama juga dapat membentuk jiwa, moral dan akhlak yang baik
serta berjiwa luhur kepada tuhan seperti yang terkandung di
dalam agama Islam.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 3 / 10

3.4.5 Media Massa


a. Media massa boleh meninggalkan kesan yang negatif dan
positif ke atas sosialisasi seseorang.
b. Ianya bergantung kepada bahan atau unsur yang didedahkan
kepada mereka.
c. Ibu bapa dan guru memainkan peranan yang penting di dalam
mendidik anak-anak supaya mereka dapat memilih rancangan
televisyen dan bahan-bahan bacaan yang baik dan sesuai
untuk mereka.

Jikalau otak anda geliga


seperti mentol ini… saya
cabar anda untuk menjawab
semua soalan di dalam
AKTIVITI 3B!!!

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 3 / 11

Mari kita buat


latihan sekarang…..

AKTIVITI 3B

Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersama-sama. Anda juga boleh
menyemak jawapannya pada halaman berikutnya.

1. Berikan definisi kawalan sosial.

2. Nyatakan perbezaan kawalan sosial positif dan negatif.

3. Terdapat LIMA agen sosialisasi iaitu :-


a. …………………………….
b. …………………………….
c. …………………………….
d. …………………………….
e. …………………………….

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 3 / 12

MAKLUMBALAS
3B

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

1. Kawalan sosial ialah cara yang digunakan oleh sesuatu kelompok


bagi mempengaruhi tingkah laku anggota-anggotanya supaya
mematuhi norma-norma dan pola-pola tingkah laku yang diterima
oleh satu-satu masyarakat.

2. Kawalan sosial positif berasaskan motivasi positif seseorang untuk


mematuhinya seperti memberi ganjaran, hadiah atau faedah-faedah
lain manakala kawalan sosial negatif pula adalah dalam bentuk
hukuman atau ketakutan terhadap hukuman.

3. LIMA agen sosialisasi :-


a. Keluarga
b. Sekolah
c. Rakan Sebaya
d. Agama
e. Media Massa

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 3 / 13

FAKTA
KUNCI

Apa itu SOSIALISASI ?


Proses di mana manusia mempelajari kemahiran dan sikap yang
berkaitan dengan peranan sosial.

Maksud NORMA SOSIAL ?


Norma sosial merupakan kelakuan yang dimiliki oleh anggota sesuatu
kumpulan tertentu. Ianya dianggap sebagai suatu garis panduan bagi
anggota masyarakat yang bertingkah laku mengikut sesuatu situasi.

Apakah maksud KAWALAN SOSIAL ?


Kawalan sosial ialah cara yang digunakan oleh sesuatu kelompok
bagi mempengaruhi tingkah laku anggota-anggotanya supaya
mematuhi norma-norma dan pola-pola tingkah laku yang diterima oleh
satu-satu masyarakat.

AGEN – AGEN SOSIALISASI


a. Keluarga d. Agama
b. Sekolah e. Media Massa
c. Rakan Sebaya

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 3 / 14

Soalan ini lebih menjurus


kepada soalan bahagian A
Peperiksaan Akhir

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Semoga anda maju jaya.

1. Berikut adalah tujuan proses sosialisasi KECUALI


(A) Mengajar untuk memenuhi peranan-peranan sosial.
(B) Menanamkan aspirasi-aspirasi masyarakat.
(C) Mencapai perlakuan moral yang baik.
(D) Mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat.

2. Kawalan sosial merujuk kepada


(A) merupakan pendapat umum mengenai satu-satu tingkah laku
seperti teguran ataupun pujian.
(B) bentuk hukuman atau ketakutan terhadap hukuman.
(C) cara yang digunakan oleh sesuatu kelompok bagi mempengaruhi
tingkah laku anggota-anggotanya supaya mematuhi norma-norma

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 3 / 15

dan pola-pola tingkah laku yang diterima oleh satu-satu


masyarakat.
(D) mempelajari kemahiran nilai, sikap dan peranan yang dapat
membentuk personaliti serta menyatukannya ke dalam masyarakat.

3. Berikut adalah agen-agen sosialisasi KECUALI


(A) Guru (C) Polis
(B) Kawan karib (D) Televisyen

4. Norma sosial akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa seiring


dengan perubahan dan perkembangan ………………………………..

5. Kawalan sosial tak formal merupakan …………………………………………

6. Agama mempunyai hubungan dengan perlakuan moral.


( Betul / Salah )

7. Media massa adalah agen sosialisasi yang banyak mempengaruhi


perkembangan kanak-kanak.
( Betul / Salah )

8. Saiz keluarga juga mempengaruhi sosialisasi seseorang individu.


( Betul / Salah )

9. Kesan positif boleh berlaku apabila ahli kumpulan menerima nilai-nilai ibu
bapa dan masyarakat serta mengikut nilai norma kumpulannya.
( Betul / Salah )

10. Apabila kanak-kanak bersekolah, interaksinya dengan masyarakat


menjadi kurang berkesan.
( Betul / Salah )

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 3 / 16

PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda.

1. C
2. C
3. C

4. sains dan teknologi

5. Kawalan sosial tak formal merupakan pendapat umum mengenai


satu-satu tingkah laku seperti teguran ataupun pujian.

6. Betul
7. Salah
8. Betul
9. Betul
10. Salah

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 4 / 1

UNIT PERANAN INDIVIDU


DALAM MASYARAKAT
4 DAN NEGARA

OBJEKTIF AM
Memahami peranan individu terhadap masyarakat dan negara.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini pelajar akan dapat :-
◙ Menyenaraikan peranan terhadap diri sendiri, keluarga dan
warga tua.
◙ Mengaitkan peranan individu dengan semangat/budaya/ cara
hidup kejiranan
◙ Menerangkan budaya ikram.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 4 / 2

INPUT
4AT

4.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan (DBP), individu ialah orang perseorangan atau


manusia seorang diri. Bermakna setiap yang bergelar manusia ialah
individu. Oleh itu, individu mempunyai peranan dan tanggungjawab yang
pelbagai, sesuai dengan fitrah semulajadi manusia itu sendiri.

4.1 Peranan terhadap diri sendiri, keluarga dan warga tua

4.1.1 Peranan terhadap diri sendiri


Peranan terhadap diri sendiri, termasuklah tanggungjawab individu
berkenaan kepada Tuhan dan juga dirinya. Hubungan manusia
dengan Tuhan merupakan cara bagaimana manusia itu dapat
mengabdikan dirinya terhadap perintah dan larangannya. Selain
itu tanggungjawab individu terhadap diri sendiri termasuklah dari
aspek lahiriah dan batiniah.

Dari aspek lahiriah individu berkenaaan perlu berusaha untuk


mempertingkat kemampuan dirinya termasuklah daya usaha dan
penampilan diri. Manakala dari segi batiniah perlulah individu
berkenaan mengisi jiwanya dengan pengisian yang dapat
memberikan ketenangan dan kesejahteraan kepada dirinya

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 4 / 3

contohnya dengan penghayatan kepada agama dan ajarannya


serta semangat cintakan negara.

4.1.2 Peranan terhadap keluarga.


Menurut Kamus Dewan (DBP) keluarga merupakan orang yang
mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain.
Peranan individu terhadap keluarga mempunyai banyak cabang
seperti tanggungjawab terhadap ibu bapa, seorang anak
bertanggungjawab mematuhi, menghormati dan membantu ibu
bapanya. Jika individu berkenaan seorang bapa, adalah
tanggungjawabnya untuk memberi perlindungan, nafkah, kasih
sayang dan didikan kepada anak dan isterinya. Individu berkenaan
bertanggungjawab dalam membentuk ahli keluarganya.

4.1.3 Peranan terhadap warga tua / warga emas


Warga tua ditakrifkan sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke
atas. Negara kita telah mewujudkan satu Dasar Warga Tua
untuk mewujudkan masyarakat warga tua yang sejahtera,
bermaruah,mempunyai martabat diri yang tinggi, dengan
mengoptimunkan potensi diri mereka dan menentukan mereka
menikmati semua peluang di samping mendapat penjagaan dan
perlindungan sebagai ahli keluarga, masyarakat dan negara. Oleh
itu setiap individu adalah berperanan untuk bersama-sama
menjayakan Dasar Warga Tua ini.

Kita mesti kasih


mengasihani sesama
makhluk di muka
bumi ini

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 4 / 4

4.2 Membina semangat /budaya/ cara hidup kejiranan

4.2.1 Membina semangat di kalangan masyarakat


Ianya adalah salah satu cara individu untuk menyumbang
khidmat kepada negara dengan mengambil bahagian di dalam
apa-apa jua kegiatan yang dapat menaikkan semangat masyarakat
untuk membina semangat kekitaan, semangat cintakan Negara dan
semangat bersatupadu di kalangan masyarakat berbilang bangsa
dan agama.

4.2.2 Langkah-langkah dalam mengekalkan tradisi budaya


masyarakat timur.
a. Peranan sekolah
Memperkenalkan budaya tradisi masyarakat timur di
peringkat awal lagi. Contohnya di peringkat sekolah rendah
lagi, kanak-kanak perlulah didedahkan dengan budaya
masyarakat timur, mungkin boleh dimasukkan di dalam
mana-mana sukatan pelajaran. Sehinggalah mereka di
peringkat sekolah menengah hendaklah ada satu subjek
tentang budaya masyarakat timur.

b. Peranan ibubapa
Ibubapa haruslah menitikberatkan budaya masyarakat timur
di rumah, walaupun kehidupan kita semakin moden, budaya
masyarakat timur seperti hormat-menghormati, bersopan-
santun saling berkerjasama haruslah dikekalkan dalam
kehidupan seharian.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 4 / 5

c. Peranan media massa


Media massa berperanan penting dalam usaha
menerapkan budaya masyarakat timur di kalangan orang-
ramai. Media massa patut memperbanyakkan ruangan-
ruangan berkaitan dengan tradisi masyarakat timur.

d. Peranan media elektronik


Media elektronik mempunyai pengaruh yang besar dalam
tatacara pembentukan masyarakat akan datang. Oleh itu
rancangan-rancangan yang mempunyai nilai-nilai moral
yang bercanggah dengan nilai-nilai tradisi masyarakat kita,
seharusnya dikurangkan penyiarannya Perbanyakkan
rancangan-rancangan yang memperlihatkan keindahan nilai
tradisi masyarakat timur.

e. Peranan komuniti
Masyarakat setempat juga mempunyai peranan dalam
pembentukan sebuah masyarakat yang berkerjasama,
hormat-menghormati, saling bantu membantu dan
mengambil berat dengan persekitaran. Perasaan ini boleh
dipupuk melalui aktiviti-aktiviti komuniti.

f. Peranan kerajaan
Mengadakan kempen-kempen dan aktiviti-aktiviti berkaitan
dengan budaya. Memperkenalkan tradisi masyarakat timur
ke luar, agar ia menjadi satu kebanggaan kepada rakyat.
Menghalang anasir-anasir yang boleh mencemarkan nilai-
nilai budaya masyarakat timur.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 4 / 6

g. Peranan bukan kerajaan & badan sukarela


Badan-badan selain kerajaan juga boleh memberikan
sumbangan sama ada dalam bentuk wang ataupun dasar-
dasar yang dijalankan hendaklah cenderung dalam
mempertengahkan nilai tradisi masyarakat timur.

4.2.3 Langkah-langkah bagi meningkat semangat hidup kejiranan


a. Peranan ibubapa
Ibubapa haruslah menitikberatkan semangat berkerjasama
hormat-menghormati, bersopan-santun bermula di dalam
keluarga . Apabila nilai-nilai ini telah diterapkan dari rumah
lagi, maka adalah mudah untuk individu tersebut apabila
berada di dalam masyarakat dan seterusnya dapat
bersama-sama menaikkan semangat kejiranan.

b. Peranan media massa


Media massa berperanan penting dalam usaha
menerapkan semangat kejiranan di kalangan orang-ramai.
Media massa patut memperbanyakkan ruangan-ruangan
iklan berkaitan dengan nilai-nilai kejiranan.

c. Peranan media elektronik


Media elektronik mempunyai pengaruh yang besar dalam
meningkatkan semangat kejiranan. Oleh itu rancangan-
rancangan yang mempunyai nilai-nilai moral yang
menunjukkan semangat kejiranan yang tinggi seharusnya
diperbanyakkan penyiarannya. Melalui kaedah ini ia dapat
memberi motivasi kepada orang ramai untuk mengamalkan
semangat kejiranan ini.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 4 / 7

d. Peranan komuniti
Masyarakat setempat juga mempunyai peranan dalam
pembentukan sebuah masyarakat yang berkerjasama,
hormat-menghormati, saling bantu membantu dan
mengambil berat dengan persekitaran. Perasaan ini boleh
dipupuk melalui aktiviti-aktiviti komuniti.

e. Peranan kerajaan
Mengadakan kempen-kempen dan aktiviti-aktiviti berkaitan
dengan semangat kejiranan. Contohnya memperhebatkan
aktiviti rukun tetangga supaya orang ramai dapat menyertai
masyarakat dalam mengawasi keselamatan tempat tinggal.

f. Perayaan
Melalui perayaan juga, semangat kejiranan dapat dipupuk.
Pada waktu perayaan semangat mengadakan rumah
terbuka harus ditingkatkan agar jiran-jiran yang berbilang
bangsa dapat datang dan bersama-sama menikmati
suasana perayaan. Selain itu setiap komuniti sepatutnya
meniru langkah yang diambil kerajaan sejak kebelakangan
ini yang mengadakan sambutan setiap perayaan dengan
besar-besaran untuk dikunjungi oleh semua orang. Apabila
semangat kunjung-mengunjung ini dapat disemai, maka
mudah semangat kejiranan dipertingkatkan.

Sekiranya anda berdua berjumpa


dengan mana-mana orang di kawasan ini
sila beri salam kepada mereka yer!!!
Ingat…..orang berbudi kita berbahasa,
orang memberi kita merasa.

Baikkkk cikgu !!!!!!

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 4 / 8

Masa untuk menjawab aktiviti…….


Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 4A

Mari kita menguji kefahaman anda berdasarkan soalan-soalan yang diberi di


bawah ini. Anda boleh merujuk jawapannya pada halaman berikutnya :

1. Peranan terhadap …………………………….. termasuklah tanggungjawab


individu berkenaan kepada Tuhan dan juga dirinya.

2. Peranan individu terhadap ……………………….. mempunyai banyak


cabang seperti tanggungjawab terhadap ibu bapa, seorang anak
bertanggungjawab mematuhi, menghormati dan membantu ibu bapanya.

3. Peranan ………………, ………………, …………………., ………………….,


………………., ……………… dan ……………… merupakan di antara
langkah-langkah dalam mengekalkan tradisi budaya masyarakat timur.

Amacam kawan-kawan..
susah ker senang soalan
ni? Kalau dah siap jom
kita semak jawapan
sama-sama!

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 4 / 9

MAKLUMBALAS
4A

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda :-

1. diri sendiri

2. ibu bapa

3. Peranan sekolah, ibu bapa, komuniti, media massa, media elektronik,


kerajaan dan badan bukan kerajaan serta sukarela.

Macam maner skang nie…


betul semua tak??? Kalau
ada salah.. jangan putus
asa, cuba lagi dalam
aktiviti 4B pula yer.
SELAMAT BERJAYA!!!!

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 4 / 10

INPUT
4BT

4.3 Membina budaya ikram

4.3.1 Pengenalan
Manusia dijadikan Allah S.W.T sebagai makhluk yang memerlukan
pertolongan daripada manusia lain. Memberi dan menerima
pertolongan merupakan dua amalan yang lazim dilakukan bagi
setiap manusia yang normal.

4.3.2 Takrifan
Budaya ikram boleh diertikan sebagai satu cara hidup di mana
anggota masyarakat saling menghormati, berbakti, memberi
khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi, melakukan
kebajikan, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan, bertimbang
rasa, dan pemurah terhadap mereka yang memerlukan
pertolongan dan bantuan. Menjaga maruah dan memelihara rahsia
peribadi orang lain. Mengambil endah tentang apa yang berlaku di
sekitarnya dan sentiasa sedia memberi bantuan terhadap mereka
yang teraniaya. Ia melibatkan semua aspek kehidupan
bermasyarakat yang memerlukan kesediaan seseorang untuk
menghulurkan bakti. Dari segi istilah lain ianya boleh diertikan
sebagai ‘budaya menolong’.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 4 / 11

4.3.3 Jenis-jenis ikram

a. Ikram terhadap diri sendiri


Adalah menjadi kewajiban manusia untuk menolong dirinya
sendiri dan bukan menyerah tugas ini bulat-bulat kepada
manusia lain serta semata – mata bertawakal kepada tuhan.
Pergantungan yang keterlaluan kepada orang lain
merupakan satu kelemahan kerana seseorang individu
dikehendaki berusaha sepenuhnya berlandaskan
kemampuan dirinya sendiri. Terdapat juga mereka yang
hanya menolong dirinya sendiri sambil mengabaikan
pertolongan kepada orang lain oleh kerana sikap mementing
diri yang begitu mendalam di dalam jiwanya.

b. Ikram terhadap keluarga


Individu diberikan kewajipan untuk menolong ahli
keluarganya, terutama sekali tangungjawab terhadap ibu
bapa, suami atau isteri dan anak-anaknya. Namun begitu
kadangkalanya terdapat individu yang menghadkan
pertolongan hanya kepada ahli keluarganya dan enggan
menolong orang yang tidak sedarah sedaging dengannya.
Mereka yang hanya mementingkan keluarga sendiri sahaja
akan menghadapi masalah apabila meningkat dewasa di
mana dia dikehendaki hidup dalam masyarakat yang lebih
luas di mana tanggungjawabnya tidak terbatas kepada
lingkungan keluarganya semata-mata.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 4 / 12

c. Ikram terhadap masyarakat setempat


Perhubungan yang erat sesama jiran sangat ditekan oleh
kebanyakan masyarakat dan agama. Pengalaman
menolong di dalam konteks yang lebih luas, seperti di
peringkat negara dan antarabangsa. Kadangkalanya
penekanan kepada masyarakat setempat begitu tebal
sehinggakan seseorang itu enggan bertanggungjawab
kepada masyarakat yang lebih luas daripada masyarakat
setempat.

d. Ikram terhadap semua makhluk


Ikram di peringkat ini perlu dipupuk di dalam masyarakat
Malaysia kerana ia merupakan sebuah masyarakat majmuk
dan amalan ikram seperti ini tidak bertentangan dengan
ajaran agama khususnya. Di peringkat ini, pertolongan perlu
diberikan berasaskan kepada hakikat bahawa segala yang
ada di bumi ini adalah ciptaan tuhan yang perlu dipelihara
dan dilindungi.

4.3.4 Usaha untuk meningkatkan budaya ikram

a. Peranan keluarga
Individu diberikan kewajipan untuk menolong ahli
keluarganya, terutama sekali tanggungjawab terhadap
ibubapa, suami atau isteri dan anak-anaknya. Namun
sesetenggah individu begitu terdorong hanya untuk
menolong keluarga sahaja tanpa memikirkan
pertolongannya kepada orang yang bukan sedarah
dengannya, kemungkinan individu berkenaan akan
menghadapi masalah yang besar apabila sudah dewasa

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 4 / 13

nanti, kerana pada masa itu dia dikehendaki hidup di dalam


masyarakat yang lebih luas.

b. Peranan Sekolah
Memainkan peranan yang penting dalam memupuk budaya
ikram di kalangan pelajarnya. Dari dalam kelas lagi budaya
ikram boleh disemai, contohnya pihak sekolah boleh
menggadakan pelbagai aktiviti yang melibat semangat
bekerjasama di antaranya:-
i. Aktiviti pertandingan kelas atau sekolah
tercantik dan terbersih.
ii. Program hari terbuka
iii. Hari kitar semula
iv. Program sukan

c. Peranan komuniti
Komuniti juga merupakan satu agen yang berkesan dalam
menyemaikan semangat saling berkerjasama di kalangan
masyarakatnya. Komuniti haruslah memainkan peranannya
sebaik mungkin untuk menjayakan budaya ikram di
kalangan komunitinya. Komuniti haruslah membuat
perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk
mengisi pelbagai program dan aktiviti yang berkesan untuk
dijalankan di dalam komunitinya. Antaranya seperti :-
i. Semangat kejiranan
ii. Kempen kebersihan kawasan persekitaran
iii. Kempen menderma
iv. Hari-hari terbuka seperti hari keluarga , sukan
rakyat dan sebagainya.
v. Program ilmiah
vi. Perayaan- perayaan bagi setiap kaum

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 4 / 14

d. Peranan pertubuhan-pertubuhan
Pertubuhan-pertubuhan terdiri dari Pertubuhan Sukarela dan
pertubuhan kerajaan juga adalah agen utama dalam
mengembangkan semangat budaya ikram di kalangan
rakyat Malaysia. Antaranya:-
i. Kempen budaya ikram
ii. Sumbangan – dalam bentuk wang dan sebagainya.
iii. Penganugerahan - adakan anugerah kepada mana-
mana pihak yang bersama-sama menyokong,
membantu dan menjayakan budaya ikram.
iv. Perayaan-perayaan seperti Hari Raya Puasa, Tahun
Baru Cina, Deepavali dan Krismas.

e. Peranan media massa


Media massa memainkan peranan yang penting dalam
menyampaikan sesuatu mesej kepada masyarakat dengan
tujuan:
i. Memupuk semangat.
ii. Adakan ruangan khas untuk budaya ikram.
iii. Banyakkan artikel-artikel untuk aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan.
iv. Memberikan publisiti kepada individu yang banyak
berkorban secara ikhlas untuk kesejahteraan
masyarakatnya. Contoh mereka yang memberi
perlindungan kepada anak-anak yatim dan
sebagainya.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 4 / 15

Mari kita buat


latihan sekarang…..

AKTIVITI 4B
Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersama-sama. Anda juga boleh
menyemak jawapannya pada halaman berikutnya :-

1. Dari segi istilah lain, budaya ikram bermaksud ……………………..

2. Senaraikan EMPAT jenis budaya ikram.


a. ……………………………..
b. ……………………………..
c. …………………………….
d. …………………………….

3. Berikan DUA contoh aktiviti yang dimainkan oleh peranan sekolah dalam
usaha meningkatkan budaya sekolah.
a. ………………………………
b. ………………………………

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 4 / 16

MAKLUMBALAS
4B

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

1. ‘ budaya menolong’

2. EMPAT jenis budaya ikram :


a. ikram terhadap diri sendiri
b. ikram terhadap keluarga
c. ikram terhadap masyarakat setempat
d. ikram terhadap semua makhluk

3. DUA contoh aktiviti :


a. Hari Kitar Semula
b. Program Sukan
c. Aktiviti pertandingan kelas atau sekolah
tercantik dan terbersih.
d. Program hari terbuka

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 4 / 17

FAKTA
KUNCI

Peranan terhadap diri sendiri, keluarga dan warga tua

• Peranan terhadap diri sendiri


Peranan terhadap diri sendiri, termasuklah tanggungjawab individu
berkenaan kepada Tuhan dan juga dirinya.

• Peranan terhadap keluarga.


Peranan individu terhadap keluarga mempunyai banyak cabang
seperti tanggungjawab terhadap ibu bapa, seorang anak
bertanggungjawab mematuhi, menghormati dan membantu
ibu bapanya.

• Peranan terhadap warga tua / warga emas


Memastikan mereka menikmati semua peluang di samping
mendapat penjagaan dan perlindungan sebagai ahli keluarga,
masyarakat dan negara.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 4 / 18

Membina semangat /budaya/ cara hidup kejiranan

• Membina semangat di kalangan masyarakat


Ianya adalah salah satu cara individu untuk menyumbang
khidmat kepada negara dengan mengambil bahagian di dalam
apa-apa jua kegiatan yang dapat menaikkan semangat
masyarakat.

• Langkah-langkah dalam mengekalkan tradisi budaya


masyarakat timur
Peranan sekolah, ibu bapa, komuniti, media massa, media
elektronik, kerajaan dan badan bukan kerajaan serta sukarela.

• Langkah-langkah bagi meningkat semangat hidup


kejiranan
Peranan ibu bapa, komuniti, media massa, media elektronik,
kerajaan dan perayaan.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 4 / 19

Membina budaya ikram

• Takrif
Budaya ikram boleh diertikan sebagai satu cara hidup di mana
anggota masyarakat saling menghormati, berbakti, memberi
khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi, melakukan
kebajikan, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan.
Dalam istilah lain, budaya ikram ditakrifkan sebagai ‘budaya
menolong’.

• Jenis-jenis ikram
a. Ikram terhadap diri sendiri
b. Ikram terhadap keluarga
c. Ikram terhadap masyarakat setempat
d. Ikram terhadap semua makhluk

• Usaha untuk meningkatkan budaya ikram


a. Peranan sekolah
b. Peranan komuniti
c. Peranan pertubuhan-pertubuhan
d. Peranan media massa
e. Peranan keluarga

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 4 / 20

Soalan ini lebih menjurus


kepada soalan bahagian A
Peperiksaan Akhir

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Semoga anda maju jaya.

Soalan 1

a. Bagaimanakah caranya untuk kita membina cara hidup kejiranan.

b. Berikan takrif budaya ikram.

Soalan 2

Kebahagiaan dan kegembiraan ibu bapa amat besar maknanya kepada kita.
Apakah cara yang patut kita lakukan untuk memastikan orang tua kita sentiasa
bahagia dan gembira? Bincangkan.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 4 / 21

PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda.

Soalan 1
a. Langkah-langkah untuk kita membina cara hidup kejiranan :-
• Peranan Ibu bapa
Ibubapa haruslah menitikberatkan semangat berkerjasama
hormat-menghormati, bersopan-santun bermula di dalam keluarga .

• Peranan media massa


Media massa berperanan penting dalam usaha menerapkan
semangat kejiranan di kalangan orang-ramai.

• Peranan media elektronik


Dengan memperbanyakkan rancangan yang mempunyai nilai-nilai
moral yang tinggi dapat memberi motivasi kepada orang ramai
untuk mengamalkan semangat kejiranan ini.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 4 / 22

• Peranan komuniti
Membentuk sebuah masyarakat yang berkerjasama, hormat-
menghormati, saling bantu membantu dan mengambil berat
dengan persekitaran.

• Peranan kerajaan
Mengadakan kempen-kempen dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan
semangat kejiranan.

• Perayaan
Pada waktu perayaan semangat mengadakan rumah terbuka harus
ditingkatkan agar jiran-jiran yang berbilang bangsa dapat datang
dan bersama-sama menikmati suasana perayaan.

b. Budaya ikram boleh diertikan sebagai satu cara hidup di mana


anggota masyarakat saling menghormati, berbakti, memberi
khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi, melakukan
kebajikan, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan.
Dalam istilah lain, budaya ikram ditakrifkan sebagai ‘budaya
menolong’.

Soalan 2

• Ibu bapa cuma mengharapkan kebahagiaan dan kegembiraan.


• Peranan individu kepada ibu bapa :
a. menghargai mereka sebagai orang tua
b. menolong kerja-kerja rumah
c. menyumbang wang ringgit, walaupun mereka tidak
meminta
d. tugas murid ialah belajar hingga berjaya
• Kebahagiaan akan terpancar di wajah mereka.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 1

UNIT KESAN KEMAJUAN


SAINS DAN
5 TEKNOLOGI MAKLUMAT

OBJEKTIF AM
Melahirkan generasi yang bersedia menghadapi cabaran globalisasi
dan kemajuan sains serta teknologi maklumat.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini pelajar akan dapat :-
Mencatatkan makna kemajuan sains dan kemajuan teknologi
maklumat.
Menyenaraikan kebaikan dan keburukan kemajuan sains kepada
manusia.
Menerangkan bagaimana teknologi maklumat mengubah cara
hidup kekeluargaan.
Menghuraikan teknologi maklumat mengubah cara berkerja dan
berinteraksi.
Menulis semula cara menghadapi cabaran kemajuan teknologi
maklumat dari aspek etika dan nilai masyarakat.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 2

INPUT
5AT

5.0 Pengenalan

Terlalu banyak yang perlu diperkatakan dan difikirkan serta diambil


tindakan mengenai kemajuan sains dan teknologi maklumat yang sudah
mula menjadi budaya dalam kehidupan masa kini. Ramai yang
kadangkala seolah-olah lupa akan tanggungjawab masing-masing untuk
menangani kebaikan dan keburukan kemajuan tersebut.

5.1 Takrifan

5.1.1 Kemajuan Sains

Mengikut Kamus Dewan (DBP) kemajuan bermaksud peningkatan


dari banyak aspek seperti peningkatan kehidupan, ilmu dan
pemikiran manusia. Sains pula adalah cabang ilmu pengetahuan
yang berdasarkan kepada kebenaran atau kenyataan semata-mata
serta boleh diuji kebenarannya seperti fizik, kimia dan biologi.
Kemajuan sains adalah suatu bentuk peningkatan terhadap ilmu
sains itu sendiri yang berjaya menghasilkan pelbagai ciptaan sains.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 3

5.1.2 Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat bermaksud teknologi untuk menyimpan,


memproses dan menyalurkan maklumat-maklumat kepada sesiapa
yang memerlukannya secara elektronik. Takrifan Kamus Dewan
dan Kamus Karyanet.com ini boleh merangkumi pelbagai ciptaan
seperti komputer serta perisiannya, alatan komunikasi serta
internet.

5.1.3 Kesan Kemajuan Sains Dan Teknologi Maklumat

Kesan negatif dan positif kemajuan tersebut terhadap kehidupan


manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar. Berbagai
aspek dalam kehidupan menerima kesan baik dan buruk kemajuan
ini termasuk ekonomi, pendidikan, sosial, eko-sistem, pemikiran
manusia dan budaya.

KEMAJUAN
SAINS
DAN
TEKNOLOGI
MAKLUMAT

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 4

5.2 Kesan Positif Kemajuan Sains

Kesan positif yang tercetus daripada kemajuan sains terlalu banyak untuk
diperbincangkan termasuklah kesan ekonomi, pendidikan dan sosial.
Namun di peringkat ini ada baiknya kita membincangkan kesan yang
utama terlebih dahulu.

5.2.1 Kesan Positif Dalam Bidang Ekonomi

a) Ekonomi Individu
Ekonomi individu yang suatu ketika dulu lebih bergantung
kepada usaha sendiri yang terhad kini telah jauh meningkat
hasil dari kemajuan sains. Kalau dahulu seorang petani
bergantung kepada tenaga manusia dan kerbau kini mampu
menghasilkan keuntungan berlipat ganda dengan penggunaan
teknologi moden seperti mesin pembajak dan jentera penuai
padi. Nelayan laut dalam boleh menggunakan sistem
pengesanan jarak jauh (remote sensing) dengan kemudahan
GPS (Global Positioning System) dimana mereka boleh
mengesan kedudukan ikan-ikan di laut.

b) Ekonomi Negara
Kemajuan sains di negara ini telah benyak membantu
membangunkan negara dalam semua aspek termasuk
perdagangan dan komunikasi. Ekonomi Negara amat
bergantung kepadanya. Dari sebuah negara pertanian kita
telah diiktiraf dunia sebagai negara industri. Malah sekarang
kita menuju ke arah negara multimedia. Kepesatan ini
melahirkan kawasan-kawasan industri termasuk industri berat
seperti industri automobil. Buktinya ialah kelahiran Proton dan

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 5

Perodua di pasaran automobil dalam negara dan


antarabangsa.

5.2.2 Kesan Positif Dalam Bidang Pendidikan

a) Penggunaan Alat Bantuan Mengajar


Penggunaan peralatan teknologi oleh guru, pensyarah dan
tenaga pengajar teknikal seperti komputer, projektor LCD,
kamera digital, alat pengimbas, pencetak, mesin pelarik,
pengimpal dan makmal sains berkomputer membantu
menaikkan tahap pencapaian akademik pelajar samada di
sekolah atau di institusi pengajian tinggi.

b) Kewujudan Sekolah Bestari


Apabila kewujudan sekolah bestari menjadi kenyataan, ia
membuktikan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
boleh digunakan dan diaplikasikan dalam sistem pembelajaran
dan pengajaran di sekolah. Maklumat dan bahan pembelajaran
melalui internet banyak membantu para pelajar khususnya di
institusi pengajian tinggi.

5.2.3 Kesan Positif Dalam Bidang Perubatan

Arus globalisasi yang kita turut melayarinya


membuktikan betapa kemajuan sains banyak membantu kemajuan
dalam bidang perubatan. Jika dahulu kanser adalah pembunuh
nombor satu negara dan kehadirannya adalah menjadi suatu
trauma kepada masyarakat, namun kini dengan wujudnya rawatan
kanser organ secara eksplan, penyakit kanser dapat ditangani
dengan mudah. Kaedah ini yang rata-ratanya menggunakan
sejenis unsur bumi iaitu Boron yang akan disuntik kepada badan

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 6

pesakit yang telah diserang oleh sel kanser. Hasilnya ialah organ
kanser berkenaan akan didedahkan dengan suatu pancaran
neutron pada tenaga rendah dan pelepasan Boron ke dalam
partikel bertenaga tinggi akan membunuh sel barah tersebut.
Pengaplikasian sains dan teknologi dalam jurusan perubatan
sebenarnya telah menyelamatkan berjuta-juta nyawa manusia
malahan kehadiran teknologi ini boleh menjadi penyelamat kepada
nyawa insan yang sedang menanggung kesakitan.

5.2.4 Kesan Positif Dalam Bidang Aeroangkasa

Sains dan teknologi juga memainkan peranan


yang paling dominan dalam bidang
penjelajahan angkasa. Dengan adanya ledakan
arus sains dan teknologi, pelbagai penemuan
baru telah dapat ditingkatkan dengan
terciptanya satelit dan prob angkasa "Voyager
2". Bahkan dalam bidang astronomi, Voyager 2 telah membuktikan
kepada para saintis dunia bahawa alam semesta ini sebenarnya
bukanlah suatu ruang yang vakum tetapi ruang antara planet ini
dipenuhi dengan pelbagai jenis aktiviti yang tidak dapat dikesan
dari bumi. Contoh paling hebat ialah penemuan "Tompok Merah
Agung" di planet Musytari sebagai lokasi persinggahan pertama
Voyager 2 sekali lagi telah berjaya membongkarkan penemuan-
penemuan baru dalam arena astronomi.

5.2.5 Kesan Positif Dalam Bidang Kejuruteraan

Penemuan sains boleh meningkatkan imej


sesebuah Negara. Contohnya ialah apabila
pengaplikasian fiber optik dan penggunaan bahan
komposit untuk fungsi elektronik serta struktur pintar

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 7

telah mendorong sesebuah negara menaikkan imej masing-masing


ke tahap negara industri. Dengan adanya fiber optik, kemampuan
untuk membawa data atau maklumat dalam bentuk cahaya adalah
lebih pantas dibandingkan dengan wayar kuprum. Maka tidak
hairanlah seandainya penggunaan komposit matriks polimer dalam
pembuatan struktur pesawat terbang, automobil, satelit, rotor
helikopter dan sebagainya dalam industri gentian karbon
berasaskan bahan poliakrilonitril (PAN) semakin bertambah. Jadi,
nyatalah di sini betapa penggunaan sains dan teknologi dalam
kejuruteraan telah mendorong ke arah pembangunan dan
perkembangan arena berkenaan.

5.2.6 Kesan Positif Dalam Bidang Perdagangan Dan Pengangkutan

Antara bidang yang dapat memanfaatkan


kemajuan aeroangkasa ialah perdagangan dan
pengangkutan. Satelit navigasi menerusi
teknologi GPS misalnya, kini digunakan secara
efektif di Lembah Kelang dan Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) untuk memantau pergerakan teksi-teksi yang
memberi perkhidmatan kepada para pelanggan KLIA. Dengan
bantuan Intelligent Vehicles System (IVS), kenderaan pintar
berkenaan boleh dikesan dan dihubungi dengan mudah. Sistem ini
juga telah digunakan ke atas kenderaan-kenderaan sewa untuk
memantau pergerakannya.

5.2.7 Kesan Positif Dalam Bidang Geografi

Kajian dan ramalan cuaca dapat dibuat secara


lebih efektif dan tepat melalui kemudahan satelit
pengesanan jarak jauh. Sebarang bentuk bencana

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 8

alam seperti ribut taufan, gempa bumi dan hujan lebat dapat
dikesan lebih awal. Dengan itu, langkah segera untuk
mengelakkan sebarang tragedi seperti tsunami dapat diambil. .

5.2.8 Kesan Positif Dalam Bidang Pertahanan

Kemajuan teknologi maklumat pula membantu memudahkan


tentera pengawal sesebuah negara berhubung dengan ibu
pejabatnya. Peralatan senjata yang canggih membantu
menguatkan lagi pertahanan dan keselamatan sesebuah negara.
Kemudahan satelit navigasi akan membantu kerja-kerja memantau
keselamatan negara dengan lebih berkesan. Oleh kerana perairan
negara kita merangkumi kawasan yang luas serta mengandungi
banyak pulau maka pemantauan menerusi sistem satelit adalah
suatu kaedah yang paling baik. Oleh yang demikian, sistem
pemantauan melalui satelit secara berterusan akan membantu
mengesan pencerobohan dan juga kegiatan jenayah penyeludupan
di kawasan berkenaan.

5.2.9 Kesan Positif Kepada Sistem Komunikasi

Dalam bidang aeroangkasa satelit memainkan


peranan penting kerana ia menyumbang kepada kepantasan dan
ketepatan maklumat dihantar. Dalam bidang telekomunikasi sekali
lagi satelit memberikan sumbangan besar apabila peristiwa yang
berlaku jutaan batu jauhnya boleh disampaikan dalam beberapa
minit sahaja.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 9

5.3 Kesan Negatif Kemajuan Sains

5.3.1 Kesan Negatif Terhadap Personaliti Individu

Kehadiran arus sains dan teknologi maklumat sebenarnya turut


mengundang keburukannya yang tersendiri seperti mewujudkan
sekelompok masyarakat yang malas berusaha. Seandainya
difikirkan dengan mentaliti yang lebih terkehadapan, persekitaran
ini wujud apabila pengaplikasian teknologi dalam setiap sektor
berada pada tahap yang maksimum. Maka sudah pastilah akan
lahir individu yang tidak berdaya saing kerana curahan tenaga yang
diberikan terhadap sesuatu produktiviti adalah tidak secara
menyeluruh. Dengan itu, sudah pastilah mutu dan kualiti produk
yang terhasil akan berada pada paras yang rendah. Maka apabila
hal ini telah menular ke setiap individu di sesuatu kawasan, sudah
semestinya akan terpupuklah suatu "penyakit" baru dikalangan ahli
masyarakat yang tidak mengenal erti serius dalam mengendalikan
sesuatu hal kerana hidup mereka sentiasa dibantu oleh ruang
lingkup sains dan teknologi yang begitu sofistikated.

5.3.2 Kesan Negatif Terhadap Penyimpangan Sosial

Kehadiran dunia sains dan teknologi turut menjadi salah satu faktor
utama ke arah penularan fenomena penyimpangan sosial (social
deviancy) khususnya di kalangan remaja. Apabila aliran maklumat
yang tidak terkawal dalam dunia yang sedang dilanda arus
globalisasi ini, sudah pasti kebebasan yang dimiliki oleh remaja
untuk mengakses maklumat-maklumat tertentu adalah secara total,
lebih-lebih lagi situasi ini hanya dipandang sebelah mata sahaja
oleh golongan ibu bapa. Paling membimbangkan ialah apabila
remaja ini melayari laman-laman web lucah, pornografi dan
sebagainya, maka lama-kelamaan akan timbullah satu keinginan

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 10

yang kuat dalam diri masing-masing untuk mencuba pengalaman


baru berkenaan. Apabila hal ini berlaku, mereka pastinya akan
cuba mengadaptasikan semua pengalaman berkenaan sesama
sendiri dan sekali gus hal ini boleh mendorong kepada masalah
kemelut moral kendiri.

5.3.3 Kesan Negatif Terhadap Akhlak Dan Moral

Budaya internet telah berkembang ekoran majunya sains teknologi


dan sains komputer. Ia sudahpun kita terima sebagai suatu ilmu
yang diperlukan mengikut peredaran zaman tidak mampu untuk
disekat lagi. Dunia tanpa sempadan ini telah membentuk peribadi
anggota masyarakat kita terutamanya remaja sehingga lahirlah
golongan yang tiada kekuatan dan kekebalan peribadi dalaman
yang kukuh. Keadaan semakin bertambah tenat apabila dalaman
diri individu itu tidak diasaskan kepada iman, taqwa, ilmu, aqal,
akhlak mulia dan amal soleh.

5.3.4 Kesan Negatif Terhadap Keamanan Sejagat

Penduduk dunia seolah-olah sudah tidak merasa apa-apa lagi


apabila mendengar tentang peperangan, keganasan dan
penindasan di mana-mana. Negara-negara besar terus menindas
negara-negara kecil dalam bentuk tekanan ekonomi. Sedar atau
tidak, segala kekusutan dan kezaliman ini disumbangkan oleh
kemajuan sains yang semakin hari semakin canggih peralatan
senjata dicipta melaluinya. Contohnya senjata nuklear, senjata
kimia dan peralatan navigasi seperti radar yang bukan sahaja boleh
melihat rahsia yang tersimpan dalam negara lain malah boleh
melihat terus ke dalam rumah penduduk negara berkenaan.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 11

5.3.5 Ancaman Global Teknologi Maklumat

a) Penggodam Komputer

Sememangnya diakui bahawa


teknologi maklumat akan memberi
bentuk baru kepada corak kehidupan
manusia. Melalui penyebaran
maklumat secara besar-besaran
sudah tentu akan membawa kita ke
suatu peradaban elektronik. Di
samping banyak kebaikan sistem ini terdapat banyak juga
ancaman melaluinya. Antara ancaman yang dihadapi oleh
pengguna teknologi maklumat itu sendiri ialah fenomena
penggodam komputer atau 'hackers'. Terdapat golongan
yang menjalankan aktiviti ini bertujuan untuk menceroboh
sistem rangkaian komputer lain dan mencuri maklumat atau
data penting. Ini terbukti kerana menurut satu laporan,
terdapat seorang pelajar kolej di Texas telah dikenakan
tindakan undang-undang setelah terlibat dalam aktiviti
menggodam dengan menceroboh sistem komputer Texas
dan mencuri maklumat peribadi pelajar, fakulti dan
kakitangan dari universiti berkenaan.

b) Pengganas Dan Sindiket Dadah

Zaman maklumat semakin menghapuskan zaman perindustrian


dan zaman pertanian. Pengganas dan juga sindiket pengedaran
dadah memperalatkan teknologi maklumat untuk kegunaannya.
Pembekal dadah boleh menggunakan sistem rangkaian internet
untuk berurusan dengan pengedar dadah yang lain untuk
mengadakan pertemuan melalui kod-kod rahsia. Jadi keadaan
ini sudah tentu tidak dapat dihalang oleh pihak berwajib kerana

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 12

mereka tidak dapat mengenalpasti tempat perjumpaan tersebut


dengan tepat.

c) Jenayah Tradisional

Teknologi secanggih internet ini telah digunakan untuk


melaksanakan pelbagai jenayah tradisional seperti memeras
ugut, menipu, menyebarkan bahan lucah dan juga mencuri
nombor kad kredit. Walaupun nampak seolah-olah jenayah
tradisional ini tersangat kecil tetapi kesannya boleh membawa
kepada kehancuran sistem bermasyarakat dan bernegara.

Kalau anda semua


sudah faham…. Apa
kata kita buat
AKTIVITI 5A !!!

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 13

Masa untuk menjawab aktiviti…….


Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 5A

Pelajar-pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan-kumpulan ini


dinamakan Kumpulan Selesa dan Kumpulan Gelisah. Mereka dikehendaki
berkumpul mengikut kumpulan selama 15 minit untuk membincangkan hujah
yang akan diutarakan wakil mereka mengenai satu pernyatan yang berbunyi:

‘KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI LEBIH BANYAK KEBAIKAN DAN


KEBURUKANNYA KEPADA DUNIA.’

Kumpulan Selesa akan menyokong pernyataan tersebut dan Kumpulan Gelisah


akan menyangkal. Semua ahli kumpulan digalakkan mengambil bahagian.
Masa perdebatan diberi hanya 30 minit.

Selepas perdebatan semua pelajar dikehendaki menulis semula hujah-hujah


yang diberi dalam bentuk esei 300 perkataan

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 14

MAKLUMBALAS
5A

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda :-

Kebaikan Sains dan Teknologi Kepada Dunia

BIDANG KEBAIKAN KEBURUKAN

Perubatan Menyelesaikan banyak Ramai salahgunakan ubat


masalah penyakit . seperti pil khayal.
Penggunaan peralatan Menggunakan komputer
Perdagangan canggih menguruskan untuk menipu dalam
perniagaan. urusniaga.
Membantu keupayaan Penggunaan satelit angkasa
Aeroangkasa manusia menjelajah angkasa untuk pengintipan negara
dan planet lain. lain.
Ciptaan teknologi membantu
Ekonomi menambahkan kepesatan
aktiviti ekonomi seperti
pengangkutan.
Penggunaan Alat Bantu
Pendidikan Mengajar di institusi
pendidikan menghasilkan
pengajaran berkesan.
Kuasa besar dunia
mengambil kesempatan
Ciptaan senjata canggih
Pertahanan mengganas dan menindas
untuk mempertahankan
negara miskin dan merebut
negara.
kekayaan negara kaya yang
lain.
Penggunaan radar dan satelit
Geografi untuk kajian dan ramalan
cuaca.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 15

BIDANG KEBAIKAN KEBURUKAN


Mempercepatkan komunikasi
Menggunakan alat
Komunikasi antara sesama manusia
komunikasi untuk tujuan
walaupun berada jauh
pengintipan.
berjuta kilometer.
Kejuruteraan Membantu pembangunan
infrastruktur.
Tercipta alat senjata yang
Jenayah Digunakan oleh pengedar
berteknologi terkini untuk
dadah dan penjanayah lain.
digunakan oleh penjenayah.
Membantu menjaga Dunia tidak aman hasil dari
Keamanan keselamatan negara. ciptaan sains seperti senjata
kimia.
Ada peralatan sains yang
membantu menyampaikan Remaja menyalahgunakan
Akhlak ilmu dan menyedarkan alatan sains dengan tujuan
mereka yang akhlaknya untuk berhibur semata-mata.
rosak.
Gejala sosial seperti bunuh,
Membantu menyatupadukan
rogol, perlakuan sumbang
Sosial rakyat berbilang kaum
dan peras ugut akibat dari
melalui kempen di media
dorongan dalam filem-filem
elektronik.
jenayah.
Ilmu untuk kerohanian dan
Personaliti Manusia menjadi malas dan
pembangunan diri dalam
tidak berdayasaing.
media elektronik.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 16

INPUT
5BT

5.4 Teknologi Maklumat Mengubah Cara Hidup Kekeluargaan

5.4.1 Komunikasi Dan Interaksi

Kerukunan keluarga bergantung banyak kepada keberkesanan


komunikasi sesama ahli keluarga. Hari ini kerukunan tersebut sukar
untuk direalisasikan kerana masing-masing lebih terikat dengan
komputer dan internet. Bapa sibuk dengan melayari internet untuk
kerjayanya sementara anak-anak sibuk juga melayari internet
bermain ‘game’ atau berchit-chat dengan kawan. Akibatnya ialah
interaksi sesama ahli keluarga berkurang yang akhirnya
menimbulkan pra sangka sesama sendiri. Seorang anak boleh
berkomunikasi dengan ibu bapanya melalui telefon bimbit
menggunakan ‘bahasa SMS’

5.4.2 Kemesraan

Akibat terpengaruh dengan budaya barat yang diperolehi dari


internet kemesraan sudah tidak wujud dalam keluarga. Adakalanya
bahasa yang digunakan kasar dan tidak mengambilkira sensitiviti
ahli keluarga yang lain. Akibatnya tiada lagi kesopanan dan
kesusilaan. Dalam mengejar impian masing-masing ahli keluarga

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 17

susah untuk duduk semeja makan atau berbincang. Anak-anak


terpaksa mencari jalan keluar untuk melepaskan rasa bosannya.

5.4.3 Kehidupan Beragama

Kemurnian dan kebahagiaan yang dikecapi manusia berkeluarga


banyak dibantu oleh kefahaman agama masing-masing. Namun
kemajuan teknologi maklumat menyebabkan pegangan kepada
agama menjadi amat longgar. Terlalu banyak fahaman anti agama
dan pemikiran bebas (free thinker) dalam internet menyebabkan
ramai manusia lari dari agama. Akhirnya mereka kecundang dalam
kehancuran peradaban dan kepercayaan. Melalui internet banyak
pihak cuba memesongkan akidah manusia dari agama masing-
masing.

5.4.4 Keperluan Semulajadi Individu Dalam Keluarga

Dunia perkomputeran, teknologi maklumat dan internet juga sudah


tentu boleh membuat seseorang menjadi ketagih. Ini kerana
mereka semua mampu melayan segala macam keperluan yang
diidami setiap individu, dari keperluan naluri seksual, mental, emosi
dan intelek sehinggalah keperluan spiritual. Mereka umpama
sahabat dan rakan kepada mereka. Kajian yang dijalankan oleh
Netaddiction.com mendapati ada lima kategori bahan kandungan
dunia siber yang berisiko tinggi menyebabkan ketagihan seperti
berikut:

a) Ketagihan seks siber – cenderung melawati laman web porno,


chatting room berkaitan seks dan lain-lain

b) Ketagihan hubungan siber – keinginan yang kuat untuk


berhubung sama ada melalui email, chatting, diskusi dan
sebagainya

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 18

c) Ketagihan maklumat – mudah dipengaruhi oleh laman-laman


web berunsur ehwal semasa, pencarian maklumat dan
pengkalan data

d) Ketagihan komputer – terpengaruh dengan peralatan


teknologi perkomputeran, ciri-ciri komputer cip dan kad, sistem
bunyi dan lain-lain

e) Ketagihan permainan komputer – mudah lalai akibat taksub


bermain permainan komputer sehingga sukar berhenti

5.4.5 Pembaziran Masa Keluarga

Terdapat kajian yang berjaya membuktikan bahawa


kebergantungan kepada komputer dan internet memberi kesan
kepada kegagalan mengurus masa. Contohnya ialah kita lebih
banyak menghabiskan masa di depan komputer berbanding biasa
atau melebihi keperluan penggunaan yang sewajarnya. Ini adalah
satu bentuk pembaziran masa. Sedangkan banyak soal lain yang
boleh diuruskan seperti ekonomi keluarga dan pendidikan.

5.4.6 Peranan Individu Dalam Keluarga

Masa untuk melayari internet semakin bertambah dan menjejaskan


peranan sebagai seorang individu dalam keluarga. Implikasinya
ialah masing-masing hidup bersendirian dalam sebuah keluarga
yang penghuninya lebih dari seorang. Ibu dan bapa akan gagal
menjalankan tanggungjawab mereka yang sepatutnya. Anak-anak
pula tidak tahu apa peranannya dalam keluarga kerana baginya
internet lebih penting dari ibu bapanya sendiri.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 19

5.4.7 Hubungan Dengan Orang Lain

Adakalanya penggunaan internet boleh mengakibatkan kemarahan


atau gangguan kepada orang lain seperti ibu bapa, suami atau
isteri dan boleh menyebabkan pertengkaran. Kemarahan ini boleh
membawa kepada penyakit mental dan pergaduhan serta
hubungan yang negatif dengan orang lain. Remaja contohnya,
adakalanya mereka langsung tiada ruang untuk bersama rakan
sebaya akibat leka dengan internet.

5.4.8 Perubahan Gaya Hidup Berkeluarga

Budaya komputer ini adalah budaya cepat dan tepat. Kemunculan


teknologi maklumat beserta dengan internet ini juga telah banyak
merubah cara hidup manusia. Sistem perhubungan bertambah
mudah dan cepat, pembangunan keluarga bertambah cepat,
sistem pendidikan keluarga bertambah canggih, malah cara
manusia berinteraksi sesamanya juga turut berubah. Dunia
sekarang seolah-olah kelihatan bertambah kecil, di mana
perhubungan tidak ada lagi batas sempadannya.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 20

5.4.9 Pendedahan Kepada Maklumat Positif

Berbagai ilmu dan maklumat diperolehi melalui internet. Dunia


tanpa sempadan ini rupa-rupanya memberi impak positif juga
kepada anak-anak. Melaluinya ahli keluarga akan sentiasa peka
dan sedar akan bahaya dadah, AIDS, arak, rokok dan pergaulan
bebas. Program e-Kesihatan dan e-Kerohanian adalah contoh
positif yang membantu anak-anak khususnya remaja.

5.5 Teknologi Maklumat Mengubah Etika/Nilai Masyarakat

5.5.1 Nilai Perpaduan

Apabila kehidupan manusia disandarkan kepada kemajuan


teknologi maklumat kelihatan nilai-nilai tradisi sudah kian luput.
Penggunaan internet menyebabkan manusia dirangsang oleh
peristiwa yang berlaku di merata dunia. Rangsangan yang paling
merbahaya ialah apabila kita dengan mudah didedahkan dengan
cerita peperangan dan keganasan. Manusia menjadi berpuak-puak
dan saling mencerca puak yang lain. Tiga puluh tahun dahulu
masyarakat boleh melihat pelajar sekolah berbangsa Cina, Melayu
dan India ziarah-menziarahi sesama mereka di setiap hari
perayaan. Hari ini rasa perpaduan itu sudah sangat berkurang.
Dalam hal ini, internet tidak banyak membantu mereka.

5.5.2 Nilai Agama

Semua bangsa di negara ini mempunyai agama atau anutan


masing-masing. Semua agama mengajar penganutnya perkara-
perkara positif termasuk soal amalan harian, berinteraksi,
keikhlasan, kemanusiaan dan beribadah kepada Tuhan. Sejauh

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 21

mana internet membantu nilai murni ini? Sebenarnya terdapat


laman-laman web yang memberi maklumat agama dan peringatan-
peringatan kepada penganutnya. Di sebalik cerita gembira tentang
manusia, rupa-rupanya lebih banyak maklumat dalam komputer
yang memesongkan kita daripada kepercayaan masing-masing.

5.5.3 Nilai Budaya

Nilai budaya yang cantik dan menarik kita warisi dari nenek
moyang. Masyarakat negara ini dikenali dengan kesopanan,
kesantunan, menghormati sesama sendiri dan mewarisi pakaian
kebudayaan atau tradisi berbagai kaum. Di celah-celah
kebanggaan kita itu dapat kita lihat remaja di jalanan yang rakus,
berpakaian selekeh dan koyak-rabak, berambut ala-remaja barat
dan bergaul lelaki dan perempuan tanpa batasan. Rasa malu
sudah kian hilang sehingga ada yang sanggup bercumbuan di
khalayak ramai. Ketagihan internet adalah sebahagian dari faktor
menyebabkan mereka menjadi demikian.

5.5.4 Nilai Pendidikan

Internet membuka peluang untuk kita membangunkan diri kerana


melaluinya kita boleh meningkatkan kemahiran diri dan tahap
pendidikan yang kita miliki. Siapa saja termasuk suri rumah boleh
meningkatkan tahap pendidikan melalui internet. Menggunakan
‘Online Direct Learning’ (ODL) kita boleh belajar sampai ke tahap
ijazah dan sarjana. Di negara ini ia dikenali sebagai Pendidikan
Jarak Jauh (PJJ). Melalui kaedah ini pelajar berinteraksi terus
melalui e.mel dan Tele-Sidang (tele-conference) dengan pensyarah
atau tutornya.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 22

5.5.5 Nilai Patriotik

Cintakan bangsa, agama dan tanah air adalah nilai patriotik yang
sepatutnya ada pada setiap warganegara. Dari satu sudut,
teknologi maklumat membantu meningkat nilai patriotik di kalangan
pelayar internet. Ini kerana terdapat laman-laman web yang khusus
dibina untuk tujuan tersebut. Dari sudut yang lain pula internet
membawa jauh pelayarnya dari nila-nilai patriotik. Terdapat web
yang menghasut kita bencikan negara sendiri sambil
mengagungkan budaya luar.

5.5.6 Nilai Kemanusiaan

Melalui internet remaja khususnya belajar untuk tidak menghormati


orang lain lebih-lebih lagi kalau mereka dari kaum lain. Terlalu
banyak dipaparkan kehidupan manusia yang hilang jatidirinya dan
hancur nilai kemanusiaannya dalam internet. Kehidupan remaja liar
di barat menjadi model kepada sebahagian besar remaja negara
ini. Rasa kesukarelawan (volunteerism) semakin pudar. Hormat
kepada orang yang lebih tua sudah tidak penting kepada
sesetengah pihak dalam dunia siber ini.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 23

5.6 Teknologi Maklumat Mengubah Cara Bekerja Dan


Berinteraksi

5.6.1 Tumpuan Kepada Pekerjaan

Masa untuk melayari internet semakin banyak dan ia sebenarnya


menjejaskan prestasi kerja seorang pekerja. Tumpuan kepada
tugas yang diberikan majikan kadang kala gagal dilaksanakan
bukan kerana kekurangan masa tetapi terlalu banyak digunakan
untuk melayari internet. Apabila tumpuan tidak dapat diberi secara
serius hasil kerja sudah tentu mengecewakan dan menjejaskan
tahap produktiviti.

5.6.2 Kerajinan Bekerja

Tidak dapat dinafikan teknologi maklumat banyak membantu


bidang kerjaya dalam semua sudut. Tetapi apabila sebuah
organisasi menggunakan sepenuhnya kecanggihan teknologi ini ia
akan menyebabkan pekerja jadi malas. Seorang pengawal
keselamatan tidak perlu lagi berjalan di sekitar tempat jagaannya
tetapi duduk di bilik kawalan sahaja kerana pengguna ‘close circuit
television’ (CCTV).

5.6.3 Penggunaan Masa

Komputer banyak membantu dalam berbagai


bidang kerjaya. Maklumat diterima dan
diproses dengan sangat pantas. Ini
menjimatkan penggunaan masa. Sebahagian
masa yang masih ada boleh digunakan untuk
tugas lain yang diberikan majikan.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 24

5.6.4 Komunikasi

Dalam organisasi pekerjaan seorang pekerja terpaksa


berkomunikasi dengan rakan sekerja atau pihak lain. Di suatu
ketika ia berkomunikasi dengan rakan sejawatnya. Di waktu lain ia
berkomunikasi dengan pegawai atasannya. Di waktu lain pula ia
berinteraksi dengan pekerja bawahannya. Dari sudut positifnya
maklumat atau perbincangan yang diberikan oleh pakar-pakar
komunikasi melalui internet membantu pekerja tersebut
memperbaiki amalan komunikasinya. Dilihat dari sudut negatifnya
pula pekerja mudah leka dengan komputer samada untuk mencari
maklumat atau bermain mainan komputer (computer games) dan
situasi demikian menyebabkan wujud jurang yang jauh antara
seorang pekerja dengan yang lain. Halangan komunikasi juga
berlaku antara pekerja dengan majikan. Kepercayaan majikan
terhadapnya akan terjejas. Kemesraan sesama pekerja hilang dan
manisnya bekerja tidak dapat dikecapi.

5.6.5 Perolehan Maklumat

Sejajar dengan pengembangan


pekerjaan masakini, pekerjaan
berkemahiran rendah dan pekerjaan
berkemahiran tinggi sama-sama
memerlukan kemahiran teknologi
maklumat yang tinggi dan terkini. Dalam lain perkataan,
masyarakat maklumat (information society) yang maju boleh
mewujudkan budaya kerja yang lebih profesional dan mempunyai
kompetensi yang sentiasa meningkat. Kerjaya yang melibatkan
transaksi niaga antarabangsa contohnya memerlukan bekalan
maklumat yang cepat dan terkini. Antaranya ialah maklumat
mengenai matawang dunia, perubahan teknologi, peluang

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 25

pelaburan di luar negara, eksport dan import, percukaian dan


bekalan tenaga buruh.

5.7 Kesimpulan

Dapatlah disimpulkan bahawa kehadiran dan perkembangan sains dan


teknologi maklumat sebenarnya amat bermanfaat kepada semua jenis
sektor tetapi pada masa yang sama dapat mengundang pelbagai implikasi
buruk khusus kepada sesebuah negara, malahan kesannya akan lebih
ketara dalam dunia sejagat. Apabila kewujudan sains dan teknologi
maklumat tidak dimanipulasikan sebaik mungkin, sudah pastilah khalayak
ramai akan menuding jari dan menyalahtafsirkan kehadiran arus ini
sebagai pemusnah tamadun sesebuah bangsa akibat tercetusnya
beberapa masalah dan ancaman baru sains dan teknologi maklumat yang
sukar dibendung. Oleh itu, setiap individu wajar menggembeleng tenaga
untuk mengaplikasikan kehadiran sains dan teknologi maklumat secara
terkawal untuk melahirkan negara yang maju lebih-lebih lagi dengan
adanya teknologi ICT (Information And Communication Technology).

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 26

Mari kita buat


latihan sekarang…..

AKTIVITI 5B

Arahan : Sila jawab SEMUA soalan di bawah.

1. Huraikan DUA keperluan semulajadi manusia yang boleh dipenuhi melalui


akses kepada internet tetapi sering disalahgunakan oleh pelayar internet.

a) ………………………………………………………………………………
b) ………………………………………………………………………………

2. Berikan pendapat anda mengenai peranan teknologi maklumat membantu


menanamkan nilai pendidikan dalam masyarakat.
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………

3. Berikan DUA cadangan bagaimana untuk mengelakkan penyalahgunaan


penggunaan internet dan komputer.

a) …………………………………………………………………………………
b) …………………………………………………………………………………

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 27

MAKLUMBALAS
5B

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

1. Huraikan DUA keperluan semulajadi manusia yang boleh dipenuhi melalui


akses kepada internet tetapi sering disalahgunakan oleh pelayar internet.
a) Keperluan seks. Komputer disalahgunakan dengan
mengakses laman-laman lucah yang membawa natijah tidak
sihat kepada individu dan masyarakat
b) Keperluan spiritual. Internet dilayari dan tidak dapat lari dari
pendedahan berani mengenai nilai-nilai kehidupan barat yang
jahat.

2. Berikan pendapat anda mengenai peranan teknologi maklumat membantu


menanamkan nilai pendidikan dalam masyarakat.
Sejak dari usia anak kecil lagi individu boleh menimba ilmu dari
internet hinggalah ke peringkat ijazah kerana internet penuh dengan
ilmu pengetahuan.

3. Berikan cadangan anda bagaimana untuk mengelakkan penyalahgunaan


penggunaan internet dan komputer.
a) Tambahkan ilmu kerohanian dalam diri
b) Rancang sebelum menggunakan internet supaya tidak
terpesong.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 28

FAKTA
KUNCI

TOPIK KENYATAAN
Kemajuan sains adalah peningkatan terhadap ilmu
Kemajuan Sains sains itu sendiri yang berjaya menghasilkan
pelbagai ciptaan sains.

Menyimpan, memproses dan menyalurkan


Teknologi
maklumat-maklumat kepada sesiapa yang
Maklumat
memerlukannya secara elektronik.

Kesan Kemajuan Kesan negatif dan positif kemajuan tersebut


Sains Dan terhadap kehidupan.
Teknologi
Maklumat

Kemajuan sains memberikan banyak impak positif


kepada kehidupan manusia termasuklah bidang-
Kesan Positif bidang seperti ekonomi, pendidikan, perubatan,
Kemajuan Sains aeroangkasa, kejuruteraan, perdagangan,
pengangkutan, geografi, pertahanan dan sistem
komunikasi.

Kemajuan sains juga memberi impak negatif


kepada kehidupan manusia yang menyentuh
perkara-perkara seperti personality individu,
Kesan Negatif
penyimpangan sosial, akhlak, moral, kerohanian,
Kemajuan Sains
keamanan sejagat dan pembangunan. Terdapat
juga ancaman global teknologi maklumat yang
sukar dikawal.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 29

TOPIK KENYATAAN
Cara hidup kekeluargaan berubah dengan
begitu cepat hasil daripada kemajuan teknologi
maklumat. Perubahan ini berbentuk positif dan
negative. Antaranya ialah dalam aspek berikut:

Teknologi • Komunikasi Dan Interaksi


Maklumat • Kemesraan
Mengubah Cara
• Kehidupan Beragama
Hidup
• Keperluan Semulajadi Individu Dalam
Kekeluargaan
Keluarga Pembaziran Masa Keluarga
• Peranan Individu Dalam Keluarga
• Hubungan Dengan Orang Lain
• Perubahan Gaya Hidup Berkeluarga
• Pendedahan Kepada Maklumat Positif

Etika dan nilai masyarakat juga turut berubah


akibat kemajuan teknologi maklumat. Contohnya
Teknologi nilai perpaduan dimana manusia sudah tidak
Maklumat cukup masa untuk bermasyarakat dan
Mengubah perpaduan tergugat akibat leka dengan
Etika/Nilai komputer dan internet. Selain nilai perpaduan
Masyarakat juga turut berubah ialah Nilai Agama, Nilai
Budaya, Nilai Pendidikan, Nilai Patriotik dan
Nilai Kemanusiaan.

Di suatu sudut teknologi maklumat mengubah


budaya bekerja kea rah yang lebih baik seperti
Teknologi kepantasan menerima dan menghantar
Maklumat maklumat dan menimbulkan rajin bekerja
Mengubah Cara dengan alatan canggih. Dari sudut lain pula ia
Bekerja Dan menanamkan gaya bekerja negatif seperti
Berinteraksi pengurusan masa yang terganggu dan
perolehan pelbagai maklumat yang tidak
terkawal.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 30

Fikirkan, bincangkan dan


berikan respons anda
secara berkumpulan.

Pelajar-pelajar dibahagikan kepada empat kelompok perbincangan. Setiap


kumpulan dikehendaki membincangkan soalan-soalan di bawah ini dan
menyerahkan hasil perbincangan kepada pensyarah untuk diberikan
penilaian.

Cuba berikan respon anda kepada soalan-soalan berikut:-

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kemajuan sains dan teknologi


maklumat?

2. Senaraikan TIGA kebaikan dan TIGA keburukan kemajuan sains.

3. Dalam keadaan bagaimanakah kemajuan teknologi maklumat boleh


merosakkan remaja masakini?

4. Berikan pendapat anda mengenai LIMA cara untuk meningkatkan kualiti


kerja menggunakan kemudahan komputer dan internet.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 31

PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda.

1. Kemajuan sains adalah peningkatan terhadap ilmu sains itu sendiri


yang berjaya menghasilkan pelbagai ciptaan sains manakala
teknologi maklumat membawa maksud menyimpan, memproses dan
menyalurkan maklumat-maklumat kepada sesiapa yang
memerlukannya secara elektronik.

2. Kemajuan sains memberikan banyak impak positif kepada kehidupan


manusia termasuklah bidang-bidang seperti ekonomi, pendidikan,
perubatan, aeroangkasa, kejuruteraan, perdagangan, pengangkutan,
geografi, pertahanan dan sistem komunikasi.

Kemajuan sains juga memberi impak negatif kepada kehidupan


manusia yang menyentuh perkara-perkara seperti personaliti
individu, penyimpangan sosial (social deviancy), akhlak, moral,
kerohanian, keamanan sejagat dan pembangunan. Terdapat juga
ancaman global teknologi maklumat yang sukar dikawal.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 5 / 32

3. Remaja ini melayari laman-laman web lucah, pornografi dan


sebagainya, maka lama-kelamaan akan timbullah satu keinginan
yang kuat dalam diri masing-masing untuk mencuba pengalaman
baru berkenaan. Apabila hal ini berlaku, mereka pastinya akan cuba
mengadaptasikan semua pengalaman berkenaan sesama sendiri dan
sekali gus hal ini boleh mendorong kepada masalah kemelut moral
kendiri.

4. Jawapan daripada pelajar adalah bebas.

SYABAS para pelajar


sekalian. Anda semua
telah menamatkan
UNIT 5 dengan
jayanya! Selesai
sudah unit ini, apa
kata kita pergi ke
UNIT 6 pula.

Jomler kita
belajar pula di
UNIT 6…

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 1

UNIT PEMBINAAN SAHSIAH


DAN SOSIALISASI

6 MASYARAKAT
KONDUSIF

OBJEKTIF AM
Membina sahsiah dan sosialisasi pelajar-pelajar supaya dapat menyesuaikan diri
dan membantu membentuk sebuah masyarakat yang kondusif.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini pelajar-pelajar dapat:

Memahami maksud sahsiah.


Memahami maksud sosialisi.
Mengetahui maksud masyarakat yang kondusif.
Memahami faktor-faktor yang membantu kepada pembinaan sahsiah
sebuah masyarakat yang kondusif.
Bersama anggota masyarakat menggunakan pendekatan terbaik bagi
melaksanakan proses pembinaan sahsiah masyarakat.
Memahami faktor-faktor yang membantu kepada pembinaan sosialisasi
sebuah masyarakat yang kondusif.
Memahami dan mampu bersama anggota masyarakat menggunakan
kaedah dan perlaksanaan yang betul dalam pembinaan sosialisasi
masyarakat yang kondusif.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 2

INPUT
6AT

6.0 Pengenalan

Kesejahteraan sebuah komuniti bergantung kepada banyak faktor. Antara


faktor yang akan menentukan tercetusnya kesejahteraan tersebut ialah
keberkesanan proses pembangunan sahsiah dan sosialisasi anggota
komuniti berkenaan. Kegagalan proses ini akan menyaksikan berbagai
bentuk penyimpangan sosial berlaku dan kehancuran peribadi, budaya
dan agama. Natijahnya nanti ialah suatu kehidupan masyarakat yang
tidak lagi kondusif.

6.1 Takrifan

6.1.1 Sahsiah
Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti. Ia merujuk kepada
petunjuk yang mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi
menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya
daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkumi gaya hidup,
kepercayaan, harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi
pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 3

6.1.2 Sosialisasi

Satu proses dimana manusia mempelajari kemahiran dan sikap


yang berkaitan dengan peranan sosial mereka termasuklah
menghayati norma dan nilai masyarakat. Nilai ialah tanggapan
mengenai apa yang baik atau buruk dalam sesebuah masyarakat.
Norma ialah kelakuan standard yang dikongsi oleh ahli-ahli
kumpulan.

6.1.3 Masyarakat Kondusif

Sekelompok manusia yang hidup dalam satu komuniti yang


mempunyai persekitaran, pemikiran, budaya, penghayatan
kerohanian dan aktiviti kehidupan yang selamat, sejahtera,
bermoral, bersih dan sihat dari segi mental, fizikal, sahsiah, emosi
dan rohani.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 4

Masa untuk menjawab aktiviti…….


Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 6A

Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersama-sama. Anda juga boleh
menyemak jawapannya pada halaman berikutnya.

1. Berikut ialah takrifan istilah sahsiah. Isikan tempat-tempat kosong dengan


perkataan atau frasa yang relevan mengenainya. Anda boleh memilih
frasa-frasa berikut jika perlu iaitu:

Watak peribadi gaya hidup tabiat

budi pekerti sifat personaliti kepercayaan nilai


Sahsiah bermakna …………………….. atau personaliti. Ia merujuk
kepada traits yang mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi
menggambarkan ……………………… yang membezakannya daripada
orang lain. Sifat sahsiah merangkum …………………...,
……………………, harapan, ………………………, motif, pemikiran,
perasaan, ………………………, persepsi, ……………………., sikap dan
……………………….. seseorang.

2. Senaraikan EMPAT ciri masyarakat yang tidak kondusif.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 5

a. …………………………………………………….............
b. ……………………………………………………………..
c. ……………………………………………………………..
d. …………………………………………………………….

Kalau anda sudah selesai


menjawab kesemua soalan di
atas, apa kata kita semak
semula jawapan anda di
dalam MAKLUMBALAS 6A!!!

MZH/NAR/2005
MAKLUMBALAS
6A
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 6

Mari kita menguji kefahaman anda berdasarkan soalan-soalan yang diberi di


bawah ini. Anda boleh merujuk jawapannya pada halaman berikutnya :

1. Takrifan istilah Sahsiah

Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti. Ia merujuk kepada traits


yang mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan
sifat personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain. Sifat
sahsiah merangkum gaya hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif,
pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak
seseorang.

2. Ciri-ciri masyarakat yang tidak kondusif :-

a. Berpemikiran sempit
b. Kurang penghayatan kerohanian
c. Tidak bermoral
d. Persekitaran yang membosankan

MZH/NAR/2005

INPUT
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 7

6.2 Pembinaan Sahsiah Masyarakat Kondusif

6.2.1 Faktor-faktor Yang Membantu Kepada Pembinaan Sahsiah


Masyarakat

a. Budaya
Semua kaum di negara ini mempunyai amalan kebudayaan
masing-masing yang kesemuanya menjurus kepada
pembinaan sahsiah kaumnya. Kembali kepada amalan
budaya yang murni seperti bertegur sapa, bersopan santun,
menghormati kaum lain, semangat kolektif di kalangan ahli
masyarakat berbilang kaum akan membantu membina
semula sahsiah masyarakat yang baik

b. Agama
Semua agama mengajar umatnya hidup beretika dan
mempunyai sahsiah yang tinggi. Kejayaan mengamalkan
ajaran agama masing-masing akan membantu pembinaan
sahsiah. Contohnya agama Islam mengajar umatnya supaya
membaca doa sebelum makan. Begitu juga agama Kristian,

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 8

Hindu dan Budha mengajarkan nilai yang sama kepada


penganutnya.

c. Ilmu Pengetahuan
Rendahnya ilmu pengetahuan atau longgarnya pengamalan
ilmu yang dipelajari di sekolah menyebabkan masyarakat
tidak bersahsiah. Oleh itu penimbaan ilmu pengetahuan
setinggi yang boleh merupakan langkah terbaik sebagai
usaha membina sahsiah masyarakat. Hanya ilmu
pengetahuan yang dapat membezakan anggota masyarakat
yang bersahsiah atau sebaliknya.

d. Pendidikan Tidak Formal


Selain ilmu pengetahuan yang diterima secara formal di
sekolah pendidikan tidak formal seperti di rumah dan dalam
masyarakat itu sendiri memainkan peranan penting dalam
membentuk sahsiah sebuah masyarakat. Di rumah ibu bapa
serta adik beradik boleh membantu membina sahsiah
sesama mereka.

e. Keperihatinan Anggota Masyarakat


Sering kita dengar orang berkata, “Dia tu bukan anak aku.
Kalau aku tegur nanti melenting ibubapanya”. Kata-kata
yang negatif seperti itu adalah gambaran kebimbangan
anggota masyarakat untuk menegur anak-anak jirannya
sendiri dengan tujuan untuk membantu atau menasihat. Ini
membuktikan peranan jiran dan pemimpin masyarakat juga
sangat diperlukan dalam usaha membina sahsiah
masyarakat.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 9

6.2.2 Strategi Dan Metodologi Pembinaan Sahsiah Masyarakat


Kondusif

a. Program Kejiranan
Melalui program kejiranan seperti gotong royong, merayakan
bersama perayaan agama dan kawalan keselamatan secara
tidak langsung dapat membantu membina sahsiah yang baik
bagi kelompok komuniti berkenaan.

b. Kempen
Terdapat berbagai kempen pernah dianjurkan pihak
kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) supaya
sahsiah yang baik terbina dalam masyarakat. Contohnya
kempen yang baru sahaja dilaksanakan iaitu Kempen
Berbudi Bahasa. Penglibatan semua agensi kerajaan,
sebahagian pihak swasta dan NGO melalui berbagai media
seperti televisyen, akhbar, majalah, risalah, sekolah dan
institusi pendidikan yang lain telah sedikit sebanyak
menyedarkan semula masyarakat bahawa sahsiah berbudi
bahasa itu penting dan boleh melahirkan masyarakat yang
kondusif.

c. Program Anjuran Institusi Keagamaan


Pendekatan keagamaan boleh juga membantu usaha murni
ini. Institusi keagamaan seperti Kesatuan Pelajar Islam
Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),
The Malaysian Roman Catholic Society dan The Hindu
Service Sangam boleh mendidik penganut agama masing-
masing supaya meningkatkan sahsiah diri

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 10

d. Program Sukan Dan Riadah


Berbagai program sukan dan riadah boleh dianjurkan
berbagai pihak seperti Persatuan Rumah Pangsa, Jawatan
Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK), Jawatan Kuasa
Kemajuan Felda dan Jawatan Kuasa Pengurusan Estet.
Disamping bersukan seperti sukaneka, futsal, badminton
dan senamrobik nilai-nilai murni boleh dipupuk seperti
perpaduan dan kejiranan.

e. Ceramah Dan Bengkel


Ceramah, bengkel dan seminar boleh digunakan sebagai
media menyampaikan input-input pembinaan sahsiah
masyarakat. Berbagai pihak seharusnya terlibat termasuklah
sekolah, institusi pengajian tinggi, pemimpin masyarakat dan
institusi agama. Tajuk-tajuk berkaitan undang-undang,
semangat kerjasama, menghormati warga emas, menjaga
kebersihan tempat awam dan bahaya dadah dan AIDS
adalah sebahagian tajuk yang perlu diberi keutamaan.

Anda dikehendaki
menjawab semua
soalan di dalam
AKTIVITI 6B. Sila
buat sekarang juga!!!

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 11

Masa untuk menjawab aktiviti…….


Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 6B

Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersama-sama. Anda juga boleh
menyemak jawapannya pada halaman berikutnya.

1. Berikut ialah LIMA kenyataan berkenaan faktor-faktor yang boleh membantu


pembinaan sahsiah masyarakat kondusif. Isikan kotak kosong di sebelah
kenyataan tersebut. (Kotak yang pertama telah diisi sebagai contoh.)

Kenyataan Faktor
Pendidikan di rumah dan dalam masyarakat itu sendiri Pendidikan
memainkan peranan penting dalam membentuk
Tidak Formal
sahsiah sebuah masyarakat.
Kejayaan mengamalkan ajaran agama masing-masing
akan membantu pembinaan sahsiah.
Sering kita dengar orang berkata, “Dia tu bukan anak
aku. Kalau aku tegur nanti melenting ibubapanya”.
Kembali kepada amalan budaya yang murni seperti
bertegur sapa, bersopan santun, menghormati kaum
lain dan semangat kolektif.
Rendahnya ilmu pengetahuan atau longgarnya
pengamalan ilmu yang dipelajari di sekolah
menyebabkan masyarakat tidak bersahsiah

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 12

2. Nyatakan TIGA program yang boleh dianjurkan Jawatankuasa Perwakilan


Pelajar Kolej Komuniti untuk membantu membina sahsiah komuniti setempat.
a. ……………………………………………………….
b. ……………………………………………………….
c. ………………………………………………………..

Okay….sekarang mari
kita semak semula
jawapan anda di muka
surat sebelah.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 13

MAKLUMBALAS
6B

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

1. Berikut ialah LIMA kenyataan berkenaan faktor-faktor yang boleh


membantu pembinaan sahsiah masyarakat kondusif.

Kenyataan Faktor
Pendidikan di rumah dan dalam masyarakat itu sendiri Pendidikan
memainkan peranan penting dalam membentuk
Tidak Formal
sahsiah sebuah masyarakat.
Kejayaan mengamalkan ajaran agama masing-masing Agama
akan membantu pembinaan sahsiah.
Keperihatinan
Sering kita dengar orang berkata, “Dia tu bukan anak Anggota
aku. Kalau aku tegur nanti melenting ibubapanya”.
Masyarakat
Kembali kepada amalan budaya yang murni seperti
bertegur sapa, bersopan santun, menghormati kaum Budaya
lain dan semangat kolektif.
Rendahnya ilmu pengetahuan atau longgarnya Ilmu
pengamalan ilmu yang dipelajari di sekolah
Pengetahuan
menyebabkan masyarakat tidak bersahsiah

2. Nyatakan TIGA program yang boleh dianjurkan Jawatankuasa Perwakilan


Pelajar Kolej Komuniti untuk membantu membina sahsiah komuniti
setempat.
a. Sukan Rakyat
b. Ceramah Perpaduan
c. Kempen Budi Bahasa

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 14

INPUT
6C

6.3 Pembinaan Sosialisasi Masyarakat Kondusif

6.3.1 Faktor-faktor Yang Membantu Kepada Pembinaan Sosialisasi


Masyarakat

a. Keluarga
Lazimnya seorang ibu atau bapa akan mendidik anaknya sejak dari
bayi. Sebagai anggota masyarakat anaknya akan membawa nilai-
nilai yang dipelajarinya ke tengah masyarakat dan terbinalah
sosialisasi masyarakat tersebut seperti sikap, kemahiran, norma
dan nilai-nilai seperti kejujuran, amanah, rajin, bersih dan hormat-
menghormati.

b. Rakan Sebaya
Individu sanggup mengorbankan nilai yang diterima dari ibubapa
dan menerima cara hidup yang diterima dari rakan sebaya.
Akhirnya individu tersebut bersama kumpulan rakan sebayanya
akan membentuk satu rupa baru sosialisasi masyarakatnya.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 15

c. Institusi Pendidikan
Bentuk sosialisasi masyarakat boleh bermula di sekolah rendah
dan menengah kerana apa yang mereka dapat di sekolah itulah
yang sepatutnya menjadi amalan di tengah masyarakat. Contohnya
mematuhi masa dan undang-undang serta berinteraksi secara
sopan di hadapan orang dewasa.

d. Media Massa
Radio, televisyen, akhbar, majalah, komik, buku cerita dan internet
adalah sebahagian daripada agen pembentukan sosialisasi
masyarakat. Kesannya amat ketara sehingga ada pengguna media
massa berubah cara hidupnya sehingga meninggalkan norma-
norma murni yang sedia ada.

e. Status Sosioekonomi
Kajian yang dibuat oleh Kohn (1969) menunjukkan sosialisasi
masyarakat berbeza kerana berbeza status sosioekonominya.
Masyarakat pertengahan berbeza dari segi pertuturan, gaya
pergaulan dan komunikasinya dibandingkan dengan masyarakat
atasan.

f. Perbezaan Kebudayaan
Pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari generasi
terdahulu berubah mengikut perubahan masa dan kebudayaan
sesuatu kaum itu. Budaya orang barat membuktikan mereka tidak
menghalang pergaulan bebas lelaki dan perempuan berbanding
orang timur yang lebih berpegang kepada ajaran agama.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 16

6.3.2 Kaedah Dan Perlaksanaan Proses Pembinaan Sosialisasi


Masyarakat

a. Kaedah Pelaziman (Conditioning)


Sosialisasi masyarakat terbentuk bermula dari pembentukan
sosialisasi individu. Seorang individu lahir ke dunia dalam
keadaan pasif. Seterusnya sosialisasinya dibentuk oleh
persekitaran, ibubapanya dan pendidikan. Demikianlah juga
masyarakat, dibentuk sosialisasinya melalui budaya dan adat
resam kaumnya yang seterusnya menjadi satu kelaziman.

b. Kaedah Imitasi/Identitifikasi (Imitation/Identification)


Anggota komuniti tertentu biasanya terikut-ikut dengan model
komuniti lain dalam dan luar negara. Peniruan ini berlaku dalam
berbagai bentuk termasuklah tingkahlaku, cara bercakap dan
berpakaian serta cara pergaulan. Jika tidak dibendung
sosialisasi masyarakat barat akan jadi idola masyarakat
setempat dan hilanglah budaya sendiri.

c. Kesedaran Dalaman (Internalization/Learning To Cope)


Proses sosialisasi akan lebih berkesan jika proses itu berlaku
akibat kesedaran dalaman mesyarakat itu sendiri. Masyarakat
menyedari bahawa norma, nilai dan tingkahlaku memiliki makna
tertentu bagi masyarakatnya. Contohnya keperluan kepada
hidup beragama.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 17

d. Penerapan Ilmu
Proses sosialisasi boleh dibantu oleh aktiviti pembudayaan ilmu
melalui institusi pendidikan seperti sekolah. Kesedaran tentang
pentingnya pendidikan suatu masa dahulu berbeza dengan
sekarang dimana setiap individu dalam masyarakat merasakan
ianya penting untuk kelangsungan hidup (survival)

e. Penstrukturan Semula
Perlu ada pihak-pihak tertentu membuat penyelidikan dan
pembangunan (R&D) mengenai bentuk sosialisasi masyarakat
yang jauh meninggalkan tatabudaya tradisi yang harmonis.
Hasil dari kajian tersebut perlu dirancang usaha menstrukturkan
semula amalan sosialisasi masyarakat. Contohnya kaedah
berkomunikasi, berhubung, bergaul, bergiat dalam komuniti dan
mengamalkan ajaran agama.

AKTIVITI
6C

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 18

Masa untuk menjawab aktiviti…….


Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 6C

Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersama-sama. Anda juga boleh
menyemak jawapannya pada halaman berikutnya.

1. Berikut ialah faktor yang membantu proses pembinaan sosialisasi


masyarakat. Tandakan ( / ) jika bersetuju dan ( X ) jika tidak bersetuju
dalam kotak dihujung setiap kenyataan.
Tidak
Bil Kenyataan Setuju
Setuju
Proses sosialisasi melalui pendidikan
1
bermula di instiusi pengajian tinggi
Hasil dari penyelidikan usaha boleh
2 dirancang untuk menstrukturkan semula
amalan sosialisasi masyarakat.
Anak-anak akan membawa nilai-nilai yang
dipelajarinya di rumah ke tengah
3 masyarakat dan terbinalah sosialisasi
masyarakat tersenut seperti sikap dan
kemahiran.
Kajian yang dibuat oleh Kohn (1969)
menunjukkan sosialisasi masyarakat tidak
4
berbeza walaupun status sosioekonominya
berbeza.
Internet adalah sebahagian daripada agen
5
pembentuk sosialisasi masyarakat.

2. Berikan contoh program yang boleh dilaksanakan menggunakan kaedah


atau pendekatan di bawah ini.
a. Penerapan Ilmu b. Penstrukturan Semula

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 19

MAKLUMBALAS
6C

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

1. Berikut ialah faktor yang membantu proses pembinaan sosialisasi


masyarakat.
Setuju Tidak
Bil Kenyataan
(/) (X)
Proses sosialisasi melalui pendidikan
1 X
bermula di instiusi pengajian tinggi
Hasil dari penyelidikan usaha boleh
2 dirancang untuk menstrukturkan semula
/
amalan sosialisasi masyarakat.
Anak-anak akan membawa nilai-nilai yang
dipelajarinya di rumah ke tengah
3 masyarakat dan terbinalah sosialisasi
/
masyarakat tersenut seperti sikap dan
kemahiran.
Kajian yang dibuat oleh Kohn (1969)
menunjukkan sosialisasi masyarakat tidak
4
berbeza walaupun status sosioekonominya X
berbeza.
Internet adalah sebahagian daripada agen
5
pembentuk sosialisasi masyarakat. /

2. Contoh program yang boleh dilaksanakan menggunakan kaedah


atau pendekatan di bawah.
a. Penerapan Ilmu
- Kempen Masyarakat Bersatupadu di sekolah.
b. Penstrukturan Semula
- Ceramah dan seminar di peringkat sekolah, institusi
pengajian tinggi dan kampung-kampung.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 20

FAKTA
KUNCI

Sahsiah merujuk kepada petunjuk yang mencirikan peribadi orang berkenaan.


Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya
daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkum gaya hidup, kepercayaan,
harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap
dan watak seseorang.

Sosialisasi ialah proses dimana manusia mempelajari kemahiran dan sikap yang
berkaitan dengan peranan sosial mereka termasuklah menghayati norma dan
nilai masyarakat.

Masyarakat kondusif ialah sekelompok manusia yang hidup dalam satu


komuniti yang mempunyai persekitaran, pemikiran, budaya, penghayatan
kerohanian dan aktiviti kehidupan yang selamat, sejahtera, bermoral, bersih dan
sihat dari segi mental, fizikal, sahsiah, emosi dan rohani.

PEMBINAAN SAHSIAH
MASYARAKAT KONDUSIF

Agama Budaya
FAKTOR
PEMBANTU
Pendidikan Ilmu
Tak Formal Pengetahuan

Keperihatinan
Masyarakat

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 21

PEMBINAAN SAHSIAH
MASYARAKAT KONDUSIF

Kempen dan Program


Pameran Kejiranan
STRATEGI
DAN
METODOLOGI
Program Sukan dan
Keagamaan Riadah

Ceramah dan
Bengkel

MEDIA MASSA

INSTITUSI PENDIDIKAN
FAKTOR
PEMBANTU KELUARGA

STATUS SOSIOEKONOMI
PEMBINAAN
RAKAN SEBAYA
SOSIALISASI
MASYARAKAT PELAZIMAN
KONDUSIF
KESEDARAN DALAMAN

KAEDAH DAN IMITASI


PERLAKSANAAN
PENSTRUKTURAN

PENERAPAN ILMU

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 22

Soalan ini lebih menjurus


kepada soalan bahagian B
Peperiksaan Akhir

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Semoga anda maju jaya.

1. Perbahasan bertajuk ‘Membina masyarakat yang kondusif lebih


bergantung kepada peranan kerajaan daripada peranan individu
dalam masyarakat’.

2. Jawab soalan di bawah dan serahkan jawapan kepada pensyarah untuk


diberi penilaian.
a) Berikan definisi sahsiah dan masyarakat kondusif.

b) Senaraikan TIGA faktor yang boleh membantu pembinaan sahsiah


sesebuah masyarakat.

c) Senaraikan TIGA kaedah atau metodologi yang boleh dilakukan oleh


masyarakat sendiri untuk meningkatkan sosialisasi mereka.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 23

PENILAIAN KENDIRI
Adakah anda telah mencuba dahulu?
Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda.

Soalan 1
Perbahasan bertajuk ‘Membina masyarakat yang kondusif lebih
bergantung kepada peranan kerajaan daripada peranan individu dalam
masyarakat’

Isi Pencadang :-

1. Prasarana atau persekitaran yang cantik dan ceria dibina oleh


Kerajaan.

2. Kempen yang lebih berkesan ialah melalui media kepunyaan


Kerajaan.

3. Kerajaan yang memperuntukkan wang untuk pembinaan kawasan


perumahan dan kampung kondusif.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 24

4. Kementerian Pelajaran bertanggungjawab memasukkan perkara-


perkara mengenai masyarakat kondusif ke dalam sukatan pelajaran
berkenaan di sekolah dan institusi pengajian lain.

5. Berbagai seminar dan bengkel adalah tanggungjawab kerajaan


menganjurkannya bukan oleh individu.

Isi Pembangkang :-

1. Apa jua bentuk aktiviti mestilah dilaksanakan oleh kelompok individu


walaupun kerajaan membiayainya.

2. Sahsiah dan sosialisasi masyarakat tidak akan berubah kalau


individu dalam masyarakat itu sendiri tiada kesedaran dalaman
untuk berubah.

3. Amalan keagamaan bukan tanggungjawab kerajaan


merealisasikannya tetapi diri individu itu sendiri.

4. Untuk menjayakan sesuatu kempen perlulah dengan anggota


masyarakat itu sendiri.

5. Masyarakat yang kondusif hanya boleh diwujudkan apabila setiap


warga komuniti itu mempunyai semangat kolektif untuk
menjayakannya.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 6 / 25

Soalan 2

a. Sahsiah ialah peribadi atau pernaliti yang menggambarkan sifat


personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain.

Masyarakat kondusif ialah sekelompok manusia yang hidup dalam


satu komuniti yang mempunyai persekitaran, pemikiran, budaya,
penghayatan kerohanian dan aktiviti kehidupan yang selamat,
sejahtera, bermoral, bersih dan sihat dari segi mental, fizikal,
sahsiah, emosi dan rohani.

b. TIGA faktor yang boleh membantu pembinaan sahsiah sesebuah


masyarakat :-
i. agama
ii. budaya
iii. ilmu pengetahuan

c. TIGA kaedah atau metodologi yang boleh dilakukan oleh masyarakat


sendiri untuk meningkatkan sosialisasi mereka ialah :-
i. kesedaran dalaman
ii. imitasi
iii. penerapan ilmu

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 1

UNIT PEMBENTUKAN
KELUARGA
7 BAHAGIA

OBJEKTIF AM
Mengetahui metodologi dan prosedur membentuk sebuah keluarga bahagia.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini pelajar-pelajar dapat:

Mentakrifkan maksud perkahwinan dan kekeluargaan.


Mentakrifkan maksud kebahagiaan dan kerukunan keluarga.
Menyenaraikan ciri-ciri sebuah keluarga yang bahagia.
Menyatakan kebaikan keluarga bahagia.
Menulis semula pembentukan anak-anak dalam keluarga.
Menyatakan peranan anak-anak dalam keluarga.
Mengenalpasti implikasi keluarga yang porak peranda.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 2

INPUT
7AT

7.0 Pengenalan

Kegagalan memainkan peranan di tengah masyarakat yang lebih besar


menyebabkan masyarakat itu berhadapan dengan pelbagai isu yang
menggugat keamanan dan kestabilan. Adalah menjadi tugas setiap
anggota masyarakat untuk memahami peranan masing-masing agar
terbentuk keluarga bahagia. Institusi keluarga adalah agen prima atau
teras kepada pembentuk sebuah masyarakat yang unggul dan cemerlang.

7.1 Takrifan

7.1.1 Perkahwinan adalah satu proses penyatuan antara seorang lelaki


dan seorang perempuan. Penyatuan ini adalah secara sah
mengikut perundangan agama dan sivil. Ia juga merupakan
penyatuan dua keluarga yang biasanya tiada pertalian
kekeluargaan. Perkahwinan bertujuan untuk menjaga nama baik
agama dan moral kehidupan serta menjaga maruah keluarga dan
masyarakat. Setiap perkahwinan akan melahirkan satu institusi
kekeluargaan yang baru. Institusi ini akan menjadi sebahagian
daripada komponen komuniti. Ia akan secara langsung atau tidak
langsung bertanggungjawab ke atas keluarganya sendiri dan

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 3

bertanggungjawab serta berperanan kepada komuniti di mana ia


berada

7.1.2 Keluarga

Keluarga ialah sekelompok kecil manusia yang dijalinkan oleh


keturunan yang sama yang terbentuk hasil daripada perkahwinan.
Keluarga biasa dianggotai oleh suami, isteri dan anak-anak.
Terdapat anggota keluarga terjalin melalui pertalian darah dan ada
yang tidak atau saudara angkat.

7.1.3 Bahagia

Bahagia ditakrifkan sebagai satu suasana atau situasi yang aman,


sentosa, selesa dan kondusif. Ia meliputi dalaman diri individu atau
kelompok dan juga persekitaran dalaman dan persekitaran luaran.
Ia digambar secara aplikasi tingkahlaku atau pernyataan secara
lisan atau secara melihat natijahnya.

7.1.4 Pembentukan Keluarga Bahagia

Pembentukan keluarga bahagia


ialah satu proses membina secara
terancang sebuah keluarga yang
kondusif, aman, makmur dan
sejahtera melalui pelbagai metodologi termasuk pendekatan
agama, budaya, etika, pendidikan tidak formal dan pendidikan
formal.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 4

Masa untuk menjawab aktiviti…….


Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 7A

1. Apakah yang dimaksudkan dengan perkahwinan.

………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………

2. Keluarga boleh ditakrifkan sebagai ……………………………......................


………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………

3. Apakah matlamat sebenar pembentukan sebuah keluarga bahagia.

……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 5

MAKLUMBALAS
7A

Mari kita menguji kefahaman anda berdasarkan soalan-soalan yang diberi di


bawah ini. Anda boleh merujuk jawapannya pada halaman berikutnya :

1. Perkahwinan adalah satu proses penyatuan antara seorang lelaki dan


seorang perempuan secara sah mengikut perundangan agama dan sivil
di samping penyatuan dua keluarga yang biasanya tiada pertalian
kekeluargaan

2. Keluarga ialah sekelompok kecil manusia yang dijalinkan oleh


keturunan yang sama yang terbentuk hasil daripada perkahwinan.

3. Pembentukan keluarga bahagia bertujuan membina secara terancang


sebuah keluarga yang kondusif, aman, makmur dan sejahtera melalui
pelbagai metodologi termasuk pendekatan agama, budaya, etika,
pendidikan tidak formal dan pendidikan formal.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 6

INPUT
7BT

7.2 Ciri-Ciri Keluarga Bahagia

7.2.1 Keluarga Yang Berilmu

Ibu bapa perlu bertanggungjawab sepenuhnya bagi mempastikan


seluruh anggota keluarga menerima ilmu keduniaan dan
keakhiratan yang cukup. Ia akan membantu keluarga bahagia
kerana orang yang berilmu sentiasa berada dalam keadaan
rasional walaupun dalam tertekan.

7.2.2 Keluarga Berkasih Sayang


Kasih sayang mampu dilahirkan melalui tingkahlaku, perhatian,
pengorbanan dan persefahaman di kalangan ahli keluarga dan ini
membantu menjadikan keluarga tersebut ceria dan saling
memahami.

7.2.3 Pengurusan Keluarga Secara Kolektif


Apabila semua ahli keluarga termasuk ibu, bapa dan anak-anak
bersama menguruskan keluarga ia akan menjadi sesuatu yang
indah dan menyeronokkan. Antara petua yang perlu difikirkan ialah:

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 7

a) Bahagikan tugas mengikut minat masing-masing


b) Lakukan bersama-sama kerja-kerja di rumah
c) Elakkan mengkritik antara satu sama lain.
d) Elakkan paksaan dalam menyempurnakan tugas.
e) Menganggap kerja rumah bukan satu bebanan.

7.2.4 Bijak Menangani Masalah


Masalah akan jadi halangan, cabaran dan dugaan untuk membina
keluarga bahagia. Kebijaksanaan menangani masalah akan
membantu pembinaan keluarga bahagia. Banyak pendekatan atau
kaedah boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam
keluarga antaranya kaedah sumbangsaran (brainstorming), diskusi
terpimpin dan menggunakan sistem syura.

7.2.5 Keluarga Bertanggungjawab


Bertanggungjawab di sini bermaksud bertanggungjawab kepada
diri sendiri selaku ahli keluarga, bertanggungjawab kepada ibu dan
bapa bagi anak-anak, bertanggungjawab kepada anak-anak bagi
ibu bapa dan bertanggungjawab kepada keluarga dan kepada
Tuhan bagi semua ahli keluarga.

7.2.6 Penghijrahan
Dalam konteks ini penghijrahan bermaksud berubah dari satu
keadaan yang tidak bahagia kepada keadaan yang lebih bahagia.
Keadaan yang tidak aman, tenteram dan kondusif kepada yang
lebih aman, tenteram dan kondusif melalui perancangan yang rapi
dan muhasabah diri.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 8

7.2.7 Tolak Ansur Dalam Kepimpinan


Bapa dan ibu selaku pemimpin keluarga perlu ada tolak ansur
dalam apa jua arahan dan usaha yang dilakukan dalam
rumahtangga. Pendekatan demokrasi dalam keluarga adalah yang
terbaik disamping pendekatan keagamaan. Perlulah ada sekali-
sekala ‘budibicara’ atau ‘empowerment’ digunakan.

7.2.8 Persekitaran Kondusif


Suasana persekitaran yang kondusif perlu diwujudkan supaya
anak-anak terutamanya berminat untuk sentiasa berada di rumah.
Ini termasuklah dalam rumah yang cantik, kemas dan selesa serta
luaran rumah yang menarik dan menenangkan fikiran dengan
lanskap yang terancang.

7.2.9 Fleksibiliti Dalam Peranan


Sering timbul masalah apabila seorang menganggap dia sahaja
yang betul kerana dia adalah bapa. Adakalanya bapa perlu
menurunkan egonya ke tahap sama dengan anak-anak.
Adakalanya pula anak boleh melakukan apa yang ibu, bapa atau
abang dan kakaknya lakukan seperti membenarkan memberi
pandangan.

7.2.10 Komunikasi Berkesan


Semua ahli keluarga perlu ada kemahiran komunikasi yang tinggi
agar tidak timbul benteng pemisah antara ibubapa dan anak-anak.
Komunikasi asertif adalah yang terbaik bukan komunikasi agresif
atau pasif.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 9

Masa untuk menjawab aktiviti…….


Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 7B

Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersama-sama. Anda juga boleh
menyemak jawapannya pada halaman berikutnya.

Soalan 1

Bahagikan kelas kepada dua kumpulan. Wujudkan satu perdebatan dalam bilik
kuliah. Tajuk berkaitan dengan faktor kepada kegagalan mewujudkan sebuah
keluarga bahagia. Kumpulan pertama menegakkan pendapat bahawa
kegagalan tersebut berpunca daripada faktor dalam keluarga itu sendiri.
Kumpulan kedua menegakkan pendapat bahawa kegagalan tersebut adalah
akibat faktor luaran.

Moh kiter BERDEBAT


weiiiihhhh……

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 10

MAKLUMBALAS
7B

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

Soalan 1

Punca kegagalan membina sebuah keluarga bahagia :-


a. Faktor Dalaman
• Tidak mementingkan ilmu dalam keluarga.
• Tidak kasih sayang sesama ahli keluarga.
• Pengurusan keluarga tidak secara kolektif.
• Tidak bijak menangani masalah.
• Tiada rasa bertanggungjawab sebagai ahli keluarga.
• Tiada tolak ansur dalam urusan keluarga.
• Amalan komunikasi dalam interaksi yang tidak berkesan.

b. Faktor Luaran
• Pengaruh media massa yang membawa kepada kehancuran
institusi kekeluargaan.
• Pengaruh negatif rakan sebaya yang gagal dibendung.
• Persekitaran rumah yang tidak kondusif.
• Prasarana yang dipenuhi pusat-pusat hiburan.
• Tarikan yang lebih menarik di luar rumah.
• Cabaran taraf kehidupan yang bersaing di luar rumah.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 11

INPUT
7C

7.3 Kebaikan Keluarga Bahagia

Apabila seorang perempuan yang akan bergelar isteri menerima lamaran


perkahwinan daripada seorang lelaki yang bakal bergelar suami di
hadapan seorang jurunikah dan disahkan oleh saksi-saksi di hadapan
seluruh sanak saudara dan rakan taulan, apa sebenarnya yang terbayang
di dalam minda semua yang hadir? Semua pasti memberikan jawapan
yang sama iaitu mengharapkan kebahagiaan, kerukunan dan zuriat yang
ramai. Apabila ciri-ciri keluarga bahagia di atas tercapai banyak kebaikan
akan diperolehi oleh seluruh ahli keluarga dan sanak saudara.
Kebaikannya ialah:

7.3.1 Keluarga Yang Dinamik


Keluarga bahagia terdapat ciri-ciri dinamik di dalamnya seperti
ahli keluarga berpendidikan tinggi, berbudi mulia, berwawasan
dan boleh membimbing keluarga lain ke arah kecemerlangan.
Biasanya dari keluarga sebeginilah lahir seorang ibu yang
dianugerahkan sebagai ibu mithali.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 12

7.3.2 Keluarga Yang Proaktif


Ahli keluarga bahagia dihormati oleh masyarakat sekeliling
kerana keperihatinannya terhadap pembangunan masyarakat.
Biasanya keluarga ini akan mendahului keluarga di sekitarnya
dalam berbagai aspek termasuk mendidik anak-anak ke menara
gading, menjadi pelopor kepada kegiatan-kegiatan ekonomi
tertentu, dan mengeluarkan idea-idea kreatif untuk pembangunan
kampungnya.

7.3.3 Tidak Membosankan


Dalam keluarga bahagia ini ibu, bapa dan anak-anak hidup dalam
ceria dan gembira selalu. Rumah yang cantik luar dan dalamnya
walaupun kecil. Terdapat ruang atau bilik yang sangat sesuai
untuk mentelaah pelajaran. Terdapat unsur-unsur hiburan yang
ringan dalam rumah. Sering bersama ahli keluarga berehat dan
bersantai.

7.3.4 Keutuhan Pertalian Keluarga


Pertalian antara ahli keluarga bahagia sangat rapat. Sentiasa
berhubung walaupun tinggal berjauhan. Jika anak-anak sudah
mempunyai keluarga sendiri, hubungan mereka adik beradik dan
ibubapa masih seperti mereka kecil.

7.3.5 Interaksi Dan Transaksi Menarik


Interaksi antara ahli keluarga dan transaksi hubungan suami isteri
sungguh menarik dan menyeronokkan dalam sebuah keluarga
bahagia. Komunikasi lisan yang digunakan penuh kesopanan
yang diselang-selikan oleh jenaka. Suami isteri mampu
mewujudkan transaksi menarik sehingga boleh dicontohi anak-
anak.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 13

7.3.6 Anak-Anak Yang Sejahtera


Jarang sekali kedengaran anak-anak dari keluarga bahagia
bermasam muka atau menyusahkan ibubapa. Biasanya mereka
bangga dengan kehebatan ibubapa mereka dan kejahteraan yang
mereka perolehi akan mereka balas apabila mereka dewasa.

7.3.7 Ibubapa Yang Cemerlang


Ibubapa yang cemerlang datang dari sebuah keluarga yang
bahagia. Kecemerlangan ibubapa biasanya selari dengan
kecemerlangan anak-anak.

7.3.8 Anak-Anak Yang Cemerlang


Hanya keluarga bahagia sahaja mampu menjadi anak-anak
cemerlang dunia dan akhirat. Kebahagiaan yang diperolehi
menyebabkan anak-anak senang, tenang dan akhirnya
cemerlang.

7.3.9 Cekap Dalam Tugas


Kebahagiaan yang dikecapi menyebabkan semua tugas di rumah
atau di tempat kerja terlaksana dengan baik dan cekap. Ini kerana
mereka langsung tiada tekanan yang mengganggu

7.3.10 Masalah: Tidak Menjadi Tekanan Tetapi Cabaran


Ramai orang menganggap masalah adalah tekanan. Bagi anak-
anak keluarga bahagia mereka sama-sama menganggap tekanan
adalah cabaran.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 14

7.3.11 Maruah Keluarga Terbela


Menjaga dan mempertahankan maruah keluarga hanya dapat
dibuat kalau keluarga itu bahagia.

7.3.12 Menjadi Kebanggaan Semua


Keluarga bahagia biasanya akan menjadi kebanggaan semua
termasuk sanak saudara dan dan keluarga dalam kawasannya.

Hari ini aku telah berjaya


mengenggam segulung ijazah.
Semua ini adalah hasil
dorongan dan sokongan
daripada keluarga yang
sentiasa mengambil berat
tentang diriku.
Jangan jealous yerrr….

Eeeeiiihhhh…..
berlagaknya mamat
nie !!!!

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 15

Masa untuk menjawab aktiviti…….


Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 7C

Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersama-sama. Anda juga boleh
menyemak jawapannya pada halaman berikutnya.

Soalan

1. Pecahkan pelajar dalam kelas kepada 4 kumpulan.


Setiap kumpulan dikehendaki membentang apa yang mereka bincangkan
dalam kumpulan iaitu ‘sejauh manakah keluarga bahagia boleh
memberikan kebaikan kepada keluarga itu sendiri dan kepada
komuniti sekelilingnya’.

2, Huraikan satu persatu kebaikan keluarga bahagia di bawah ini.

a) Keluarga yang dinamik


b) Keluarga yang proaktif
c) Anak-anak yang sejahtera
d) Maruah keluarga terbela
e) Masalah tidak menjadi tekanan

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 16

MAKLUMBALAS
7C

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

Soalan 1

Kebaikan Keluarga Bahagia Kepada Keluarga Itu Sendiri:

• Menjadi keluarga yang dinamik, berdaya maju dan hebat


• Menjadi keluarga yang proaktif, sentiasa lebih kehadapan dari keluarga
yang lain
• Semua isi rumah cekap dalam tugas masing-masing
• Berjaya membela maruah keluarga
• Melahirkan ibu bapa yang cemerlang

Soalan 2

Huraian Kepada Kebaikan Keluarga Bahagia

a. Keluarga Yang Dinamik


Keluarga bahagia terdapat ciri-ciri dinamik di dalamnya seperti ahli
keluarga berpendidikan tinggi, berbudi mulia, berwawasan dan boleh
membimbing keluarga lain ke arah kecemerlangan

b. Keluarga Yang Proaktif


Ahli keluarga bahagia dihormati oleh masyarakat sekeliling kerana
keperihatinannya terhadap pembangunan masyarakat

c. Anak-Anak Yang Sejahtera


Wujud satu perhubungan yang harmoni sesama adik-beradik

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 17

d. Maruah Keluarga Terbela


Menjaga dan mempertahankan maruah keluarga hanya dapat dibuat
kalau keluarga itu bahagia.

e. Masalah: Tidak Menjadi Tekanan Tetapi Cabaran


Ahli keluarga sama-sama menganggap tekanan adalah cabaran.

Sila beri perhatian


pada topik
Topik seterusnya :- seterusnya…..

“ PEMBENTUKAN
ANAK-ANAK
DALAM KELUARGA “

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 18

INPUT
7D

7.4 Pembentukan Anak-Anak Dalam Keluarga

Perkembangan anak-anak banyak bergantung kepada perkembangan


sikap sosialnya dan input pendidikan yang diterimanya. Melalui proses
sosialisasi itu anak-anak akan memperoleh gabungan mantap dalam
dirinya ilmu pengetahuan, nilai-nilai, sikap dan perilaku. Proses itu juga
perlu seiring dengan usaha pembentukan anak-anak oleh berbagai pihak
termasuk ibubapa, sekolah, komuniti dan institusi masyarakat di sekeliling
seperti masjid, rumah ibadah, badan bukan kerajaan, persatuan-
persatuan belia dan perkumpulan wanita. Antara komponen-komponen
utama dalam diri anak-anak yang perlu diambil kira dan dikawal dalam
pembentukan ini antaranya ialah seperti berikut.

7.4.1 Fizikal
Pembentukan fizikal perlu sejak dari anak itu lahir lagi. Perubahan
semulajadi anak dari bayi kepada kanak-kanak dan remaja
seterusnya kepada dewasa perlu ditambah oleh ibubapa dengan
makanan seimbang, bersih dan berkualiti supaya fizikalnya
berkembang secara normal.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 19

7.4.2 Rohani
Pembentukan kerohanian juga perlu bermula dari bayi.
Penerapan nilai kerohanian seperti cinta kepada Tuhan, taat
kepada Nabi, menjadikan ibadah satu budaya dan melakukan
sesuatu berasaskan kepada hukum agama perlu dilakukan
secara serius.

7.4.3 Sosial
Pembentukan sosial anak-anak bermakna mendidik dan
mengawal pergerakan mereka supaya tidak bertentangan dengan
budaya dan etika ketimuran serta norma masyarakat tempatan.

7.4.4 Emosi
Pembentukan emosi memerlukan ibubapa yang mempunyai asas
psikologi dan kaunseling untuk membantu anak-anak
mengendalikan emosinya dengan cara yang betul khususnya
anak remaja yang emosinya sering tidak stabil.

7.4.5 Mental
Pembentukan mental anak-anak dilakukan dengan memberikan
input pendidikan samada secara tak formal oleh ibubapa atau
secara formal oleh guru-guru di sekolah. Mental yang cerdas dan
sihat juga bergantung kepada pemakanan.

7.4.6 Harga Diri


Pembentukan harga diri sebenarnya ialah kesepaduan
pembentukan sosial, mental, rohani, etika dan budaya. Gabungan
ini akan melahirkan anak-anak yang tahu dan mahu menjaga
harga diri sendiri dan keluarga.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 20

Masa untuk menjawab aktiviti…….


Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 7D

Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersama-sama. Anda juga boleh
menyemak jawapannya pada halaman berikutnya.

1. Pembentukan anak-anak dalam keluarga bergantung kepada


perkembangan dirinya dalam beberapa aspek. Berikan contoh
perkembangan tersebut dalam rajah di bawah.

Aspek Pembentukan Anak Contoh


Fizikal
Rohani
Sosial
Mental
Emosi
Harga Diri

2. Senaraikan TIGA faktor yang menyebabkan ibubapa gagal membentuk


anak-anaknya. Berikan pendapat anda sendiri.
a. ……………………………………………..
b. ……………………………………………..
c. ……………………………………………..

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 21

MAKLUMBALAS
7D

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

Soalan 1
Pembentukan anak-anak dalam keluarga bergantung kepada perkembangan
dirinya dalam beberapa aspek. Berikut contoh perkembangan tersebut dalam
rajah di bawah.
Aspek Pembentukan Anak Contoh
Sejak lahir seorang bayi hingga berubah
Fizikal
menjadi kanak, remaja dan dewasa.
Rohani Mempunyai agama dan beramal dengannya.
Sosial Menjadi aktif dalam kerja-kerja sosial.
Menjadi seorang yang cemerlang dalam
Mental
akademik.
Tenang walaupun sedang berhadapan
Emosi
masalah.
Harga Diri Tidak membiarkan dirinya rosak.

Soalan 2

TIGA faktor yang menyebabkan ibubapa gagal membentuk anak-anaknya.


a) Kurang ilmu keibubapaan.
b) Tiada ‘role-model’ yang hampir dengannya.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 22

c) Kesibukan ibubapa bekerja menyebabkan penumpuan terhadap


pembentukan anak-anak menjadi kurang.

INPUT
7E

7.5 Peranan Anak-Anak Dalam Keluarga

Peranan anak-anak dalam keluarga amat penting kerana ia menyumbang


kepada pembentukan sebuah keluarga bahagia. Peranan ini boleh
dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu peranannya kepada diri
sendiri, ibu, bapa, adik-beradik lain termasuk adik angkat, nenek atau
datuk dan peranannya kepada jiran tetangga.

7.5.1 Peranan Kepada Diri Sendiri


a. Menggarab sebanyak mungkin ilmu pendidikan.
b. Menjaga maruah diri, akhlak dan disiplin.
c. Menjaga kesihatan fizikal, mental dan emosi.
d. Istiqomah dalam amalan agama dan kerohanian.

7.5.2 Peranan Kepada Ibu Dan Bapa


a. Menghormati ibubapa.
b. Taat dan patuh.
c. Menjaga maruah ibu bapa.
d. Mengenang dan membalas jasa.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 23

e. Memberi perhatian ketika ibubapa tua.

7.5.3 Peranan Kepada Ahli Keluarga Yang Lain


a. Menghormati adik-beradik yang tanpa mengira samada mereka
adik-beradik kandung atau angkat.
b. Menjaga dan mempertahankan maruah mereka apabila
diperlukan.
c. Mengenang dan membalas jasa mereka.

7.5.4 Peranan Kepada Komuniti Sekeliling


a. Menghormati setiap anggota masyarakat di sekitar tempat
tinggalnya.
b. Terlibat dengan aktiviti positif masyarakat tempatnya seperti
gotong-royong, majlis perkahwinan, membenteras kegiatan
jahat, membantu remaja dan belia dalam soal pembentukan
akhlak dan menjadikan diri contoh kepada anggota masyarakat
yang lain.
c. Membantu jiran apabila mereka berhadapan dengan konflik.
d. Menziarahi keluarga lain pada hari perayaan tanpa mengira
agama dan bangsa. Contohnya anak keluarga India menziarahi
keluarga Islam semaha Hari Raya Aidilfitri dan menziarahi
keluarga Cina semasa Tahun Baru Cina.

7.6 Implikasi Keluarga Yang Porak Peranda

Ketika mula berkahwin, tidak ada pasangan suami isteri yang normal yang
pernah terbayang rumahtangganya akan porak peranda suatu ketika
nanti. Kadangkala keruntuhan sebuah istana tidak dapat dibendung lagi.
Apakah implikasinya dan kepada siapa implikasi ini memberi kesan.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 24

7.6.1 Hidup Yang Tidak Dirahmati


Keluarga porak peranda tidak mendapat rahmat dari Tuhan. Rezeki
yang diterima tidak mendapat berkat. Keadaan akan berterusan
selagi tidak bertaubat.

7.6.2 Hukuman Tuhan


Keluarga porak peranda menerima hukuman Tuhan ketika di dunia
dan di akhirat. Di dunia hidupnya penuh gelisah dan ditimpa
berbagai penyakit. Hukuman ini adalah hasil daripada gagalnya
amalan kerohanian dilaksanakan.

7.6.3 Gangguan Emosi


Akibat daripada emosi yang tidak dikawal sehingga menjadikan ia
tidak stabil, keluarga porak peranda akan terus terganggu
emosinya.

7.6.4 Gangguan Sosial


Berbagai gangguan sosial seperti anak-anak terlibat dengan lepak,
berfoya-foya, membazirkan wang di pusat-pusat hiburan, merogol,
membunuh dan menjadi pelacur. Ada juga ibu dijadikan pelacur
oleh suaminya sendiri.

7.6.5 Gangguan Pembelajaran


Anak-anak dari keluarga porak peranda tidak dapat menumpukan
kepada pembelajaran di sekolah dan di rumah akibat keluarga
yang porak peranda. Bagi mereka rumah itu bagaikan neraka ,
takut dan membosankan.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 25

7.6.6 Gangguan Mental


Statistik melalui kajian pakar-pakar menunjukkan anak-anak atau
ibubapa yang berada di pusat rawatan mental datang dari keluarga
porak peranda. Anak tidak menghormati ibu lagi, adik-beradik
sering bergaduh. Akhirnya berlaku tekanan mental yang serius.

7.6.7 Gangguan Kesihatan Fizikal


Rumah yang porak peranda keadaannya lintang pukang, kotor dan
membenarkan penyakit membiak. Kesannya ialah ahli keluarga
diserang berbagai penyakit fizikal.

7.6.8 Kecelaruan Personaliti Remaja


Remaja dari keluarga porak peranda menjadi keliru dan celaru. Di
sekolah guru-guru menekankan nilai-nilai murni yang perlu
diamalkan. Di rumah keadaan berlawanan sama sekali. Tiada
model terbaik untuk diikuti. Personaliti yang tidak menentu
menyebabkan ia terjerumus ke lembah yang tidak sihat.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 26

Masa untuk menjawab aktiviti…….


Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 7E

Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersama-sama. Anda juga boleh
menyemak jawapannya pada halaman berikutnya.

1. Senaraikan EMPAT peranan anak-anak kepada ibubapa.

a. ……………………………………………………………….
b. ……………………………………………………………...
c. ………………………………………………………………
d. ………………………………………………………………

2. Senaraikan EMPAT implikasi keluarga yang porak peranda.

a. ……………………………………………………………….
b. ……………………………………………………………….
c. ……………………………………………………………….
d. ………………………………………………………………

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 27

MAKLUMBALAS
7E

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

1. Peranan Anak-Anak Kepada Ibu Bapa :

a. Taat dan patuh.


b. Menjaga maruah ibu bapa.
c. Mengenang dan membalas jasa.
d. Memberi perhatian ketika ibubapa tua.

2. Implikasi keluarga yang porak peranda :


a. Hidup mereka tidak akan mendapat rahmat dari Tuhan.
b. Berlaku gangguan emosi terhadap anak-anak dan ibubapa.
c. Berlaku gangguan pembelajaran bagi anak-anak.
d. Wujud kecelaruan personaliti di kalangan remaja.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 28

FAKTA
KUNCI

Perkahwinan adalah satu proses penyatuan antara seorang lelaki dan seorang
perempuan secara sah mengikut perundangan agama dan sivil di samping
penyatuan dua keluarga yang biasanya tiada pertalian kekeluargaan.

Keluarga ialah sekelompok kecil manusia yang dijalinkan oleh keturunan yang
sama yang terbentuk hasil daripada perkahwinan.

Bahagia ditakrifkan sebagai satu suasana atau situasi yang aman, sentosa,
selesa dan kondusif

Pembentukan keluarga bahagia ialah satu proses membina secara terancang


sebuah keluarga yang kondusif, aman, makmur dan sejahtera melalui pelbagai
metodologi termasuk pendekatan agama, budaya, etika, pendidikan tidak formal
dan pendidikan formal

Ciri-Ciri Keluarga Bahagia

Keluarga Yang Berilmu


Keluarga Berkasih Sayang
Pengurusan Keluarga Secara Kolektif
Bijak Menangani Masalah
Keluarga Bertanggungjawab
Penghijrahan
Tolak Ansur Dalam Kepimpinan
Persekitaran Kondusif
Fleksibiliti Dalam Peranan
Komunikasi Berkesan

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 29

Kebaikan Keluarga Bahagia

Keluarga Yang Dinamik


Keluarga Yang Proaktif
Tidak Membosankan
Keutuhan Pertalian Keluarga
Interaksi Dan Transaksi Menarik
Anak-Anak Yang Sejahtera
Ibubapa Yang Cemerlang
Anak-Anak Yang Cemerlang
Cekap Dalam Tugas
Masalah: Tidak Menjadi Tekanan Tetapi Cabaran
Maruah Keluarga Terbela
Menjadi Kebanggaan Semua

Pembentukan Anak-Anak Dalam Keluarga

Fizikal
Rohani
Sosial
Emosi
Mental
Harga Diri

Peranan Anak-Anak Dalam Keluarga

Peranan Kepada Diri Sendiri


Peranan Kepada Ibu Dan Bapa
Peranan Kepada Ahli Keluarga Yang Lain
Peranan Kepada Komuniti Sekeliling

Implikasi Keluarga Yang Porak Peranda

Hidup Yang Tidak Dirahmati


Hukuman Tuhan
Gangguan Emosi
Gangguan Sosial
Gangguan Pembelajaran
Gangguan Mental
Gangguan Kesihatan Fizikal
Kecelaruan Personaliti Remaja

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 30

Soalan ini lebih menjurus


kepada soalan bahagian A
Peperiksaan Akhir

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Semoga anda maju jaya.

PUZZLE KELUARGA BAHAGIA

A P O I Q E F Y I L O M E N I T G E S H
C P U P W T A K U O I M T M L A Q W P J
Z E I P A L Z U J D L U M E N T A L O S
P R O A K T I F L E A Y R T P L L Q G W
Z K K I O E S O H U S Q O K O H T E F E
K A L U M P L P D X B X P X H W U R K R
H H K R U U C U S Q A D O Q R Q K Y J P
A W H W N T S I A E H E P Y J R J P D Z
A I N Q I R D U S R A R I Y D Y G J I Q
W N V Q T E T P E N G H I J R A H A N J
F A X E I W K J S T I A Y H Q H H K A G
K N W R A S H K D X A T R A Q I S O M E
F A S T S S J Y J I D Y H N A S O L I Y
L E Q Y E Q P U G H L U J O W O Y T K J
O R E T D A Y I U J K A D L R D E C G E
P O R A K P E R A N D A I P U Q T X Z R
O P A U Q R T O P K O S U D T L O Z S U

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 31

Arahan : Sila lengkapkan kesemua tempat kosong di bawah berpandukan


puzzle di muka surat sebelah.

Soalan

1. ……………………. satu proses penyatuan antara seorang lelaki dan


seorang perempuan secara sah mengikut perundangan agama dan sivil.

2. Sekelompok kecil manusia yang dijalinkan dari keturunan yang sama


yang terbentuk hasil daripada perkahwinan dikenali sebagai ………………

3. ………………….. ditakrifkan sebagai satu suasana atau situasi yang


aman, sentosa, selesa dan kondusif.

4. Keluarga bahagia terdapat ciri-ciri ……………….. di dalamnya seperti ahli


keluarga berpendidikan tinggi, berbudi mulia, berwawasan dan boleh
membimbing keluarga lain ke arah kecemerlangan.

5. Keluarga yang …………………… akan mendahului keluarga lain di


sekitarnya dalam berbagai aspek seperti mendidik anak-anak ke menara
gading.

6. Dalam konteks ciri –ciri keluarga bahagia, …………………….. bermaksud


berubah dari satu keadaan yang tidak bahagia kepada keadaan yang
lebih bahagia.

7. Pembentukan ………………….. memerlukan ibubapa yang mempunyai


asas psikologi dan kaunseling dalam mendidik anak-anak mereka.

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 32

8. Pembentukan ………………… anak-anak dilakukan dengan memberikan


input pendidikan samada secara formal dan tak formal.

9. Salah satu peranan anak-anak kepada …………………ialah menghormati


setiap anggota masyarakat di sekitar tempat tinggalnya.

10. Remaja dari keluarga ……………………………. menjadi keliru dan celaru.

Kenapa nak sedih


Tak sangka yer…
plak… nanti kita
kita dah pun
akan berjumpa
sampai ke bab
dalam modul yang
terakhir. Sedih
lain plak.
rasanya…

MZH/NAR/2005
PENDIDIKAN MORAL SPA102 / 7 / 33

PENILAIAN KENDIRI
Adakah anda telah mencuba dahulu?
Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda.

A P O I Q E F Y I L O M E N I T G E S H
C P U P W T A K U O I M T M L A Q W P J
Z E I P A L Z U J D L U M E N T A L O S
P R O A K T I F L E A Y R T P L L Q G W
Z K K I O E S O H U S Q O K O H T E F E
K A L U M P L P D X B X P X H W U R K R
H H K R U U C U S Q A D O Q R Q K Y J P
A W H W N T S I A E H E P Y J R J P D Z
A I N Q I R D U S R A R I Y D Y G J I Q
W N V Q T E T P E N G H I J R A H A N J
F A X E I W K J S T I A Y H Q H H K A G
K N W R A S H K D X A T R A Q I S O M E
F A S T S S J Y J I D Y H N A S O L I Y
L E Q Y E Q P U G H L U J O W O Y T K J
O R E T D A Y I U J K A D L R D E C G E
P O R A K P E R A N D A I P U Q T X Z R
O P A U Q R T O P K O S U D T L O Z S U

1. Perkahwinan 5. proaktif 9. komuniti


2. keluarga 6. penghijrahan 10. porak peranda
3. Bahagia 7. emosi
4. dinamik 8. mental

MZH/NAR/2005