Anda di halaman 1dari 6

2.

1 FUNGSI PENGURUSAN

1. DEFINISI:

- Apakah maksud pengurusan sukan?

 Merupakan proses merancang, mengelola, mengarah dan mengawal aktiviti manusia dengan
campuran sumber-sumber lain dalam organisasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

2. MODEL PROSES PENGURUSAN

- Labelkan model proses mengurus di bawah.


- Nyatakan 3 sumber utama dalam model pengurusan sukan.

MANUSIA
MENGURUS WANG MATLAMAT
SUMBER LAIN

 Sumber manusia
- Berkebolehan untuk membangunkan organisasi terutama dari segi pengambilan staf iaitu
mengambil, menempat dan melatih personel yang berkelayakan untuk menjalankan kerja-
kerja organisasi.
- Pemilihan individu untuk sesuatu jawatan hendaklah sesuai dengan kemampuan, kelulusan
dan kemahiran yang ada pada orang tersebut.
 Sumber kewangan
- Memastikan sumber kewangan yang mencukupi untuk menggerakkan organisasi
- Memastikan kewangan organisasi dibelanjakan dengan berhemah
- Memastikan belanjawan dibuat berdasarkan peruntukan tahunan
- Memastikan staf dan atlet mendapat bayaran gaji secukupnya
- Memastikan kewangan organisasi memperoleh keuntungan untuk bayaran bonus / hadiah
kepada staf dan atlet.
- Menggunakan peruntukan kewangan yang diagih-agihkan dengan sebaik-baiknya
- Memastikan tidak berlaku keborosan
 Sumber-sumber lain (asset, bahan mentah, peralatan, kemudahan asas dan lain-lain).
- Terdiri daripada asset-aset persendirian, sumber bahan mentah, peralatan, kemudahan
asas, khidmat nasihat dan rundingan yang digabungkan dengan sumber-sumber lain untuk
melancarkan operasi organisasi.
- Kemudahan asas seperti air, elektrik, pengangkutan awam dan sebagainya yang disediakan
bagi menggerakkan operasi.
- Sumber-sumber yang boleh diperoleh secara percuma atau perkhidmatan berbayar.

3. FUNGSI PENGURUSAN SUKAN

- Nyatakan dua fungsi perancangan, pengarahan, dan pengawalan dalam pengurusan sukan.
- Nyatakan fungsi pengurusan sukan

 Perancangan
- Usaha pengurusan untuk mengenal pasti matlamat dan menentukan tindakan yang akan
diambil.
- Membuat persediaan penggunaan sumber-sumber
- Dapat mengawasi perbelanjaan
- Dapat membuat penyelarasan kerja
- Dapat menangani masalah yang bakal ditempuhi
- Dapat mengenalpasti peluang yang ada
- Mampu menyedari kelemahan dari awal
- Dapat mengekalkan kelancaran pengurusan
 Pengarahan
- Melibatkan usaha memotivasikan pekerja, mengarah aktiviti-aktiviti, memilih saluran
komunikasi yang paling berkesan dan menyelesaikan konflik
- Mengarahkan setiap unit untuk menjalankan tugas masing-masing
- Pemantauan dan pemerhatian perlu dilakukan untuk memastikan perjalanan tugas setiap
unit mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
- Pengarahan merupakan fungsi penting untuk menjamin aktiviti organisasi berjalan dengan
teratur dan sempurna dalam suasana yang harmoni.
 Pengawalan
- Proses memantau prestasi, membanding prestasi dengan matlamat untuk membetulkan
sebarang kesalahan yang berlaku.
- Kawalan boleh wujd dalam dua situasi
 Kawalan dalaman: wujud dari dalam individu, bagaimana mereka mengawal dan
menentukan prestasi sendiri
 Kawalan luaran : wujud apabila seseorang memberikan tekanan kepada prestasi
dan tugasan seseorang
 Pengorganisasian
- Merupakan proses penyusunan dan pengagihan sumber manusia dan sumber lain untuk
laksanakan tugas agar dapat mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan dengan
cekap dan berkesan
- Memperincikan skop tugas setiap jawatan dalam organisasi
- Mengenalpasti siapa ketua dan personel yang bertanggungjawab bagi setiap unit
- Membentuk saluran komunikasi yang formal
 Pengambilan staf / kakitangan
- Proses melibatkan pemilihan staf yang mempunyai kelayakkan pendidikan yang
bersesuaian untuk setiap jawatan.
- Kecukupan staf sangat penting untuk memastikan setiap tugas yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan baik
 Pelaporan
- Merakam dan merekodkan sesuatu tugasan atau aktiviti bagi tujuan dokumentasi
- Ianya akan menjadi bukti bertulis bagi sesuatu tugasan atau aktiviti
- Ianya juga penting bagi rujukan di masa akan datang dan ianya juga penting untuk
proses penambahbaikkan.
 Bajet
- Satu perancangan awal perbelanjaan bagi tujuan untuk mengetahui berapa kos bagi
sesuatu aktiviti yang akan dijalankan.
- Ia merupakan dokumen yang menyatakan satu rancangan kewangan yang dapat
menerangkan cara mana duit dibelanjakan, apa yang dibelanjakan, bila dibelanjakan dan
dari mana sumber duit itu diterima.
- Perkara yang perlu diambil kira dalam membuat bajet
 Mengetahui jenis aktiviti dan pertandingan
 Bilangan hadiah dan pemenang
 Kos bagi setiap hadiah
 Makan dan minum pegawai, dif-dif jemputan, peserta dan sebagainya
 Kos tambang
 Sewa tapak dan penginapan (jika berkhemah atau melawat)
 Cenderahati
 Kain rentang, poster dan sebagainya
 Sewa khemah dan sebagainya
 Bayaran pengadil

Penyelarasan
- Ialah satu proses untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap jawatan dan tugas
setiap staf
- Penyelarasan amat diperlukan untuk melancarkan segala tugas yang diarahkan
4. PERKARA YANG HARUS DIBERI PERHATIAN SEMASA MEMBINA CARTA ORGANISASI SESEBUAH
PERSATUAN SUKAN DI SEKOLAH.

- Nyatakan lima perkara yang harus diberi perhatian semasa membina carta
organisasi sesebah persatuan sukan di sekolah.

- Bilangan ahli jawatankuasa


- Jenis tugas dan jawatan
- Hierarki atau struktur organisasi
- Bidang tugas
- Pembahagian kuasa
- Latar belakang persatuan

5. PERKARA UTAMA YANG HARUS DIBERI PERHATIAN SEMASA MEMBUAT PERANCANGAN SESUATU
PERTANDINGAN SUKAN

- Apakah dua perkara utama yang harus diberi perhatian semasa membuat perancangan sesuatu
pertandingan sukan?

 Sumber kewangan
- Darimana sumber kewangan, contoh yuran penyertaan, sumbangan syarikat dan
sebagainya
 Kemudahan sukan dan peralatan sukan
- Memastikan kemudahan sukan lengkap contohnya bilangan gelanggang badminton
mencukupi untuk jumlah peserta.
 Kesesuaian masa pertandingan
- Pastikan tarikh pertandingan adalah sesuai contoh, tidak dilakukan pada bulan ramadhan,
tidak dilaksanakan semasa cuti-cuti khas seperti hari raya aidilfitri atau deepavali
 Atlet sasaran
- Umur penyertaan
- Adakah terbuka kepada semua atau khas untuk atlet-atlet elit sahaja

 Sumber manusia
- Pengadil
- Paegawai teknikal

6. UNSUR UTAMA YANG HARUS DIBERI PENEKANAN UNTUK MENCAPAI SESUATU MATLAMAT SEMASA
MERANCANG SESUATU TUGASAN.

- Nyatakan empat unsur utama yang harus diberi penekanan untuk mencapai
sesuatu matlamat semasa merancang sesuatu tugasan.

 Menetapkan matlamat
 Menentukan bagaimana mencapainya
 Mengumpul dan menganalisa maklumat
 Menentukan tugas yang perlu dijalankan bagi mencapai matlamat
 Penilaian matlamat yang berkala

7. PROSES MERANCANG
- Nyatakan proses merancang

 Mengadakan perancangan
 Menilai keperluan sumber
 Membuat ramalan
 Menggariskan rancangan
8. APAKAH TUJUAN BELANJAWAN
 Menyatakan rancangan serta program organisasi sukan
 Menunjukkan falsafah serta polisi organisasi sukan berkenaan
 Menggambarkan keperluan wang untuk organisasi sukan tersebut
 Menentukan peringkat program yang dirancangkan serta menghuraikan penekanan organisasi
sukan
 Menentukan program ditadbirkan dengan baik termasuk mengadakan atur cara perakaunan
yang teratur.
 Perbelanjaan boleh dilakukan untuk perlaksanaan program yang dirancang

9. TANGGUNGJAWAB PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PENGURUSAN BELANJAWAN SUKAN YANG CEKAP.

- Senaraikan lima tanggungjawab pihak yang terlibat dalam pengurusan


belanjawan sukan yang cekap.

 Memastikan sumber kewangan yang mencukupi untuk menggerakkan organisasi


 Memastikan kewangan organisasi dibelanjakan dengan berhemah
 Memastikan belanjawan dibuat berdasarkan peruntukan tahunan
 Memastikan staf dan atlet mendapat bayaran gaji secukupnya
 Memastikan kewangan organisasi memperoleh keuntungan untuk bayaran bonus / hadiah
kepada staf dan atlet.
 Menggunakan peruntukan kewangan yang diagih-agihkan dengan sebaik-baiknya
 Memastikan tidak berlaku keborosan

10. PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM MENGENDALIKAN PENGURUSAN KEWANGAN
PERTANDINGAN SUKAN.

- Jelaskan tiga perkara yang perlu diberi perhatian dalam mengendalikan pengurusan kewangan
pertandingan sukan.

 Sumber kewangan
- Mengenalpasti sumber-sumber untuk mendapatkan wang bagi menguruskan perjalanan
sukan.
- Contoh, mengutip yuran penyertaan, sumbangan syarikat dan sebagainya
 Perancangan bajet
- Peruntukan setiap AJK
- Mengetahui jenis aktiviti dan pertandingan
- Bilangan hadiah dan pemenang
- Kos bagi setiap hadiah
- Makan dan minum pegawai, dif-dif jemputan, peserta dan sebagainya
- Kos tambang
- Sewa tapak dan penginapan (jika berkhemah atau melawat)
- Cenderahati
- Kain rentang, poster dan sebagainya
- Sewa khemah dan sebagainya
- Bayaran pengadil
 Laporan kewangan
- Setelah pertandingan tamat, pastikan laporan kewangan disiapkan dan dibentang.
- Ini bagi mengelakkan ada berlakunya salah guna dan salah urus kewangan.
- Laporan kewangan yang baik akan dapat menjelaskan kemana semua wang telah
dibelanjakan.
- Laporan kewangan juga penting sebagai sumber rujukan bagi pertandingan di masa
hadapan.
 Prosedur pengurusan kewangan
- Kelulusan untuk belian
- Nota minta / borang permohonan pembelian
11. SENARAIKAN TIGA GARIS PANDUAN DALAM MEMBUAT PERANCANGAN BAJET SESEBUAH
ORGANISASI YANG BERKESAN.

- Senaraikan tiga garis panduan dalam membuat perancangan bajet sesebuah organisasi yang
berkesan.

 Pendapatan
- Sumber pendapatan
 Perbelanjaan
- Makan dan minum peserta, pengadil, AJK
- Sewa gelanggang
- Hadiah
- Perbelanjaan setiap Jawatankuasa
 Pemantauan
- Pantau penggunaan kewangan agar tidak berlaku penipuan
 Pengauditan
- Memeriksa penyata kewangan
 Integriti
- Mesti jujur dan tidak menipu dalam penggunaan kewangan
 Laporan Kewangan
- Setelah pertandingan tamat, pastikan laporan kewangan disiapkan dan dibentang.
- Laporan kewangan yang baik akan dapat menjelaskan kemana semua wang telah
dibelanjakan.
- Laporan kewangan juga penting sebagai sumber rujukan bagi pertandingan di masa
hadapan.

11. KEPENTINGAN MELANTIK JAWATANKUASA YANG MEMPUNYAI KOMPETENSI TINGGI

- Nyatakan tiga sebab mengapa jawatankuasa pengelola sukan yang dilantik perlu mempunyai
kompetensi yang tinggi dalam pengurusan kewangan.

 Sumber kewangan
- Tahu mencari sumber kewangan untuk menjalankan pertandingan
- Tahu tatacara mendapatkan bantuan kewangan

 Perbelanjaan keseluruhan pertandingan


- Mahir membuat perancangan perbelanjaan sebelum, semasa dan selepas pertandingan

 Peruntukan setiap AJK


- AJK perlu memberikan anggaran perbelanjaan jawatankuasa yang diketuainya

 Audit / penyata kira-kira


- Perlu mengumpul, menyediakan dan melaporkan penyata kira-kira di akhir pertandingan

 Prosedur pengurusan kewangan


- Tahu bagaimana prosedur membuat pembelian contohnya nota minta, borang permohonan
pembelian dan sebagainya.
12. TANGGUNGJAWAB PENGETUA, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, SETIAUSAHA SUKAN DAN
PENGURUS PASUKAN (GURU PENASIHAT SUKAN) DI SEKOLAH

- Nyatakan tiga tanggungjawab pengetua


- Nyatakan peranan setiausaha sukan dan pengurus pasukan dalam struktur organisasi sukan di
sekolah

 Pengetua
- Mengarahkan penubuhan pasukan sukan / permainan
- Mengadakan mesyuarat penyelarasan
- Meneliti cadangan perlantikan guru-guru sukan dan permainan
- Membuat surat perlantikan kepada guru-guru / jurulatih sukan
- Meneliti cadangan perlantikan pengurus dan jurulatih pasukan
 Penolong Kanan Kokurikulum
- Perlantikan ahli jawatankuasa
- Mesyuarat penyelarasan dan pembentangan anggaran perbelanjaan dan peralatan yang
diperlukan, termasuk pelan tindakan setiap ahli jawatankuasa kecil
- Menetapkan tarikh, masa dan tempat Mesyuarat Agung untuk semua kelab sukan dan
permainan pada setiap awal tahun persekolahan
- Mengeluarkan notis mesyuarat agung dua minggu sebelum tarikh
- Mesyuarat untuk menetapkan tarikh kejohanan olahraga, sukan dan permainan
- Menerima permohonan pinjaman peralatan sukan
- Menetapkan tarikh sukan tahunan
- Menentukan tetamu kehormat
- Perlantikan AJK kecil dan menyenaraikan bidang tugas AJK kecil.
 Setiausaha sukan
- Merancang, menyusun, mengatur, melaksanakan dan membuat laporan tentang semua
aktiviti sukan dan permainan di sekolah
- Menganjurkan pertandingan sukan peringkat sekolah contohnya kejohanan olahraga
tahunan
- Merancang program latihan
- Menyelaras pasukan sekolah yang menyertai kejohanan diperingkat zon, daerah dan negeri
- Menyelia dan memantau perjalanan sukan di sekolah
- Merancang perbelanjaan program sukan sekolah
- Menyelia dan memastikan segala kemudahan dan alat-alat sukan diselenggara dengan baik
 Pengurus pasukan
- Bertanggungjawab dalam pembentukan pasukan permainan di sekolah
- Memimpin dan menguruskan pasukan sekolah seperti ke pertandingan peringkat zon,
daerah dan negeri
- Menjaga kebajikan pemain dan jurulatih dalam pasukan