Anda di halaman 1dari 3

2.

3 PENGURUSAN PRASARANA & ALATAN SUKAN

1. Boleh dibahagikan kepada dua iaitu


a) Penyelenggaraan Berkala
b) Penyelenggaraan Tidak Berkala

- Terangkan dua kaedah penyelenggaraan yang perlu dilaksanakan dalam pengurusan sukan

a) Penyelenggaraan Berkala
 Dikenali sebagai penyelenggaraan berjadual
 Penyelenggaraan yang dilakukan dari masa ke semasa mengikut jadual yang
telah ditetapkan
 Terbahagi kepada dua iaitu:
i. Penyelenggaraan mencegah
- Merupakan kerja-kerja yang dilakukan terus bagi mencegah dan menghalang
daripada kegagalan dan kerosakan peralatan sukan, bangunan, padang,
gelanggang dan sebagainya.
- Proses ini dilakukan sepanjang hayat terhadap sesebuah bangunan, padang,
gelanggang dan sebagainya.
ii. Penyelenggaraan membaiki
- Kerja-kerja pembaikan dan pemulihan apabila berlaku kerosakan kepada
alatan sukan, bagngunan, padang, gelanggang dan sebagainya.
- Tindakan yang segera diambil bagi mengelakkan kerosakan atau kecacatan
menjadi lebih serius

b) Penyelenggaraan Tidak Berkala


 Merupakan penyelenggaraan yang tidak terancang dan tidak berjadual
 Masa penyelenggaraan tidak ditetapkan
 Dilakukan mengikut keperluan seperti wujud kerosakan dan kegagalan

2. KEPENTINGAN PROSES PENYELENGGARAAN

- Perihalkan tiga kelebihan melakukan penyelenggaraan berkala di stor sukan sekolah.


- Perihalkan lima kelebihan melakukan penyelenggaraan berkala di stor sukan sekolah

 Kekemasan
- Susun atur alatan / lebel
 Keselamatan
- Mengelakkan kemalangan berlaku
 Kecurian / kerugian
- Wujudkan rekod keluar masuk alatan
 Menjimatkan ruang
- Penggunaan ruang yang optimum
 Mengelakkan pembaziran
- Tidak membeli alatan sama dengan banyak
- Beli berdasarkan keperluan
 Baik pulih
- Selenggara alatan / keselamatan pengguna
 Jangka hayat alatan
- Menyelenggara alatan / baik pulih

 Kebersihan
- Jadual bertugas memastikan stor bersih
 Ruang pengudaraan
- Pengudaraan yang sesuai untuk keselamatan dan kesihatan
 Inventori stok
- Maklumat jelas tentang alatan sukan yang ada dalam stor

3. CONTOH PROSES PENYELENGGARAAN YANG BOLEH DILAKUKAN

- Bagaimanakah penyelenggaraan padang, stor dan gelanggang dilaksanakan untuk kegunaan


atlet?
- Penyelenggaraan stor sukan dan alatan sukan perlu dilakukan oleh seorang guru Pendidikan
Jasmani bagi mengelak berlakunya kemalangan atau kecederaan kepada pelajar.
Jelaskan tiga kaedah yang boleh dilakukan oleh guru Pendidikan Jasmani itu.

 Padang
- Rumput mesti dipotong mengikut jadual
- Menanam rumput mengikut keperluan
- Memastikan padang dalam keadaan selamat untuk digunakan
- Melakukan proses membaja
- Melakukan proses penyiraman air
 Stor
- Pastikan stor kerap dibersihkan, wujudkan jadual bertugas membersihkan stor
- Menyusun alat-alatan mengikut jenis dan keutamaan
- Melakukan inventori
- Pastikan pengudaraan di dalam stor sukan berada dalam keadaan baik
 Gelanggang
- Pastikan gelanggang sentiasa dibersihkan
- Pastikan tiada objek berbahaya berada di atas dan berhampiran dengan gelanggang
- Pastikan permukaan gelanggang elok dan tidak rosak
- Menetapkan jadual penggunaan gelanggang
 Alatan Sukan
- Pastikan alatan sukan tidak rosak, contohnya kayu hoki tidak patah
- Pastikan alatan sukan disusun mengikut jenis dan kategori
- Pastikan peralatan yang sudah rosak diletakkan ditempat khas dan tidak dicampur
dengan peralatan yang masih elok
- Wujudkan buku pinjaman alatan sukan, setiap pelajar atau guru yang meminjam
alatan sukan mesti direkodkan.
 Tiang Gol
- Pastikan dalam keadaan selamat
- Disapu cat minyak
- Pastikan tidak berkarat
- Teguh dan stabil

4. ELEMEN PENTING DALAM MENGURUSKAN PRASARANA SEKOLAH DAN ALATAN SUKAN

- Jelaskan lima elemen yang perlu dititikberatkan dalam menguruskan prasarana sekolah dan
peralatan sukan di stor sekolah.
 Sumber manusia
- Sebagai pengelola, pentadbir, perancang dan pelajar yang bertugas
 Kemudahan/kelengkapan alatan
- Menyediaan peralatan yang sesuai dan mencukupi dengan bilangan peserta
 Penyelenggaraan
- Memberi didikan kepada pelajar mengguna dan menjaga kemudahan serta alatan dengan
betul
- Awasi stok
- Membuat bajet elak pembaziran
 Pengaturan / susun atur
- Label secara sistematik
- Mengikut kemudahan yang sedia ada seperti dewan, padang an gymnasium
 Peraturan pinjaman / undang-undang
- Untuk mengelakkan kehilangan atau rosak
- Setiap barang yang dikeluarkan dari stor sukan mestilah direkodkan
 Pembelian / bajet
- Membeli barang berdasarkan inventori
- Supaya tidak berlebihan dan membazir