Anda di halaman 1dari 7

2.

2 PERANAN & KEMAHIRAN PENGURUSAN

1. KEMAHIRAN PENGURUS

 Kemahiran yang perlu ada sebagai seorang pengurus ialah


A. Kemahiran Komunikasi
B. Kemahiran Teknikal
C. Kemahiran Konseptual

- Jelaskan kemahiran yang terlibat dalam pengurusan sukan.


- Huraikan kepentingan penguasaan kemahiran pengurusan sukan.

 Kemahiran berkomunikasi
- Proses menghantar dan menerima maklumat
- Secara lisan dan bukan lisan
 Kemahiran teknikal
- Menyediakan belanjawan, merancang jadual pertandingan, merancang dan menyelia
program latihan, mengurus pejabat/osrganisasi, menilai program yang dijalankan dan
menilai aspek keselamatan.
- Contoh, mempunyai kemahiran teknikal olahraga, mampu mengetahui masa bila atlet
pelari 800 meter boleh masuk ke lorong 1.
- Contoh, kemahiran mengira skor sukan menembak
- Contoh, kemahiran melakukan teknik lompat jauh
 Kemahiran konseptual
- Berkeupayaan berfikir secara abstrak, memupuk idea dan memahami organisasi secara
keseluruhan.
- Idea yang bernas
- Mempunyai visi dan misi yang jelas dan boleh dicapai
- Berinovasi
- Contoh, Bagaimana TMJ berjaya memajukan pasukan JDT sehingga menjadi salah satu
pasukan yang terkuat di Malaysia pada masa ini.

A. KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

 Definisi: satu seni yang menyalurkan maklumat, idea-idea dan sikap dari seseorang kepada orang lain.

 Terdapat dua jenis komunikasi iaitu, komunikasi secara lisan dan komunikasi bukan lisan

1.1 KOMUNIKASI SECARA LISAN (VERBAL)

- Takrifkan komunikasi verbal

 Komunikasi untuk menghantar dan menerima maklumat secara lisan


 Contoh: perbualan, ucapan, mesyuarat, pembentangan, perbualan telefon

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KOMUNIKASI LISAN

KEBAIKAN KEBURUKAN
 Mesej boleh disampaikan dengan cepat  Penghantar yang tidak mahir
kepada penerima berkomunikasi dengan baik mungkin
 Alat bantuan komunikasi boleh tidak dapat menyampaikan mesej
digunakan seperti pita rakaman atau dengan baik.
video dimana pada masa yang sama  Tidak ada rekod bertulis kerana
boleh mendengar dan melihat bagi berbentuk tidak nyata iaitu bercakap
mendapatkan gambaran yang lebih jelas  Mesej gagal disampaikan kerana
 Maklumbalas boleh diperolehi dengan pengaruh emosi, takut, gugup dan
cepat tertekan.
 Komunikasi lisan selalunya berlaku  Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan
secara tidak formal dan kejujuran  Ambil masa yang lama memberi
penghantar boleh dirasakan pendapat
 Dapat melihat emosi dan sifat pengirim
dan penghantar

1.2 KOMUNIKASI BUKAN LISAN (NON-VERBAL)

- Takrifkan komunikasi non verbal

 Komunikasi yang tidak melibatkan pertuturan dan percakapan.


 Contoh: gerak badan, mimik muka, hubungan mata, sentuhan, senyuman, laporan
bertulis

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KOMUNIKASI BUKAN LISAN

- Perihalkan dua kelebihan komunikasi bukan lisan

KEBAIKAN KEBURUKAN
 Kandungan mesej boleh diubahsuai  Penerima mungkin menerima mesej
supaya bersesuaian dengan latar pada masa yang tidak sesuai lalu
belakang dan keadaan persekitaran menyebabkan penerima salah taksir
penerima kandungan mesej yang disampaikan.
 Mesej yang diterima boleh disimpan  Maklum balas yang tidak dapat
untuk kegunaan pada masa hadapan dan diperolehi dengan segera akan
dijadikan rujukan, contohnya laporan mengakibatkan kesan mesej tidak
bertulis dapat diketahui dan tindakan
 Mesej boleh dihantar tanpa kehadiran pembetulan tidak dapat diambil
penghantar yang mungkin terpaksa  Penerima tidak mempunyai peluang
memberi tumpuan kepada aktiviti yang untuk bertanya jika tidak faham
lebih penting maklumat yang ingin disampaikan oleh
 Mesej boleh dihantar kepada bilangan pengirim.
penerima yang ramai pada masa yang  Penghantar tidak dapat membantu
sama seperti surat khabar penerima untuk menyelesaikan
 Memperkukuhkan lagi komunikasi lisan sebarang masalah yang mungkin
cthnya mimik muka dan isyarat badan. dihadapi

1.3 PROSES KOMUNIKASI

Gangguan

Penghantar Enkod Saluran Dekod penerima

Maklumbalas
1.4 CIRI KOMUNIKASI BERKESAN

- Nyatakan tiga ciri komunikasi berkesan

 Menggunakan bahasa yang mudah difahami


 Berkomunikasi di tempat yang sesuai (tempat yang selesa, tidak panas)
 Gerak isyarat yang sesuai
 Maklumat yang disampaikan adalah konsisten dan tidak bercanggah
 Disampaikan secara rasional dan tidak terburu-buru
 Pengawalan emosi yang baik semasa berkomunikasi
 Komunikasi berlaku pada masa yang sesuai contohnya, tidak mengajak seseorang
berborak semasa mereka sedang bergegas hendak ke tandas
 Komunikasi berlaku ditempat yang tidak terlalu bising
 Berkomunikasi dengan suara yang jelas
 Berkomunikasi secara ringkas
 Boleh menerima kritikan
 Boleh menerima pandangan
 Menjadi pendengar yang baik

1.5 CIRI KEMAHIRAN KOMUNIKASI YANG BAIK YANG PERLU ADA PADA SEORANG
PENTADBIR DALAM PENGURUSAN SUKAN.

- Nyatakan lima ciri kemahiran komunikasi yang baik yang perlu ada pada seorang
pentadbir dalam pengurusan sukan.

 Berupaya menghantar maklumat secara verbal dan non verbal


 Berupaya menerima maklumat secara verbal dan non verbal
 Berkomunikasi dengan suara yang jelas
 Menggunakan bahasa yang mudah difahami
 Berkomunikasi secara ringkas
 Berkomunikasi dengan tepat
 Berkomunikasi dengan cepat
 Berkomunikasi secara konsisten
 Boleh mempengaruhi kakitangan dan atlet
 Boleh menerima kritikan
 Boleh menerima pandangan
 Menjadi pendengar yang baik

1.6 PENGHALANG KEPADA KOMUNIKASI YANG EFEKTIF

- Nyatakan tiga sebab mengapa informasi yang disampaikan oleh pengurus tidak
berjaya difahami oleh atlet?
- Nyatakan tiga situasi dalam sukan yang menyebabkan mesej tidak dapat
disampaikan dengan baik melalui komunikasi lisan

 Persekitaran yang bising


 Suara tidak jelas
 Bahasa atau dialek yang digunakan tidak difahami
 Gangguan orang lain, contoh ada orang menyampuk
 Maklumat yang disampaikan tidak tepat
 Waktu tidak sesuai, contohnya informasi disampaikan sewaktu atlet sedang bergegas
hendak pulang atau sedang ingin ke tandas untuk membuang air kecil
 Banyak menggunakan kata kiasan yang tidak difahami
 Kecurigaan, pengirim dikenali sebagai orang yang tidak boleh dipercayai
 Emosi tidak stabil, fikiran pendengar sedang memikirkan masalah peribadi
 Pendengar sedang menahan kesakitan, menyebabkan fokus terganggu

1.7 PROSES MENDENGAR

1. MENERIMA

4. TINDAK BALAS 2. MEMAHAMI

4. MENILAI 3. MENGINGATI

 Menerima
- Mesej didengari melalui tutur kata dan gaya penceramah (bukan lisan contoh, memek
muka, pergerakan tangan)
 Memahami
- Proses mentaksir, menganalisis untuk mendapatkan maksud dan perkara yang ingin
disampaikan
 Mengingati
- Tindakan atau proses untuk menyimpan segala maklumat penting yang disampaikan di
dalam otak.
 Menilai
- Menganalisis fakta dan membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang telah
disampaikan
 Memberi tindak balas
- Menunjukkan pendengar memahami atau tidak memahami perkara yang disampaikan
oleh pemberi maklumat

1.8 CIRI PENDENGAR YANG BAIK

- Nyatakan empat amalan yang perlu dilakukan oleh seorang pengurus sukan
untuk menjadi seorang pendengar yang baik.

 Diam dan beri tumpuan semasa mendengar dan menerima maklumat


 Elakkan gangguan semasa mendengar seperti bermain handphone
 Semasa mendengar, perhatikan juga kepada komunikasi non verbal contohnya memek muka.
 Jangan mencelah semasa seseorang sedang bercakap, dengar dahulu maklumat yang hendak
disampaikan
 Tunjukkan minat, pandang muka pemberi maklumat semasa sedang mendengar
 Sebelum memberikan respon, fikir dahulu perkara yang ingin disampaikan.

B. KEMAHIRAN TEKNIKAL

 Menyediakan belanjawan, merancang jadual pertandingan, merancang dan menyelia program


latihan, mengurus pejabat/organisasi, menilai program yang dijalankan dan menilai aspek
keselamatan.

2.1 CONTOH KEMAHIRAN TEKNIKAL

- Nyatakan empat kemahiran teknikal yang perlu dimiliki oleh seorang pengurus bagi
membolehkan pasukannya menjuarai kejohanan olahraga peringkat negeri?
 Menyediakan belanjawan / mengurus bajet
 Merancangdan memahami sistem pertandingan dan jadual pertandingan
 Merancang dan menyelia latihan / program latihan , biomekanik, periodisasi
 Mengurus pemakanan dan nutrisi sukan
 Mahir tentang peraturan dan undang-undang sukan
 Menilai aspek keselamatan
 Mengetahui spesifikasi peralatan
 Psikologi sukan

C. KEMAHIRAN KONSEPTUAL

 Kemahiran konseptual
- Berkeupayaan berfikir secara abstrak, memupuk idea dan memahami organisasi secara
keseluruhan.

3.1 CONTOH KEMAHIRAN KONSEPTUAL

 Keupayan memahami dan menyelesaikan pelbagai masalah sesebuah pasukan atau organisasi
 Mahir dan jelas mengenai tugas dan tanggungjawab setiap anggota dalam organisasi
 Mengenalpasti peluang-peluang bagi tujuan inovasi
 Kemampuan mengenalpasti malumat yang penting dan kritikal
 Kemahiran membuat keputusan bagi pasukan

2. PERANAN PENGURUS

2.1 PERANAN UTAMA PENGURUS

- Nyatakan tiga peranan pengurus pasukan olahraga sekolah itu?


- Nyatakan peranan utama pengurusan dalam organisasi.

 Pengantara antara pasukan dengan pihak pengurusan


- Segala permasalahan pasukan akan disampaikan oleh pengurus pasukan kepada pihak
pengurusan tertinggi
- Segala maklumat penting dari pihak pengurusan akan disampaikan oleh pengurus pasukan
kepada ahli pasukan
 Wakil pihak pengurusan dalam mesyuarat pengurusan
- Pengurus pasukan juga akan mewakili organisasi sukan dalam rundingan penting atau
mesyuarat
- Dapatan mesyuarat akan dibentangkan pula oleh pengurus pasukan kepada pihak
pengurusan
 Mengurus bajet
- Pengurus pasukan perlu membuat perancangan kewangan untuk pasukan
- Contohnya dalam hal pembelian dan penyelenggaraan alatan sukan
 Penjaga kebajikan pasukan
- Pengurus pasukan bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan ahli pasukan
- Contohnyam memberikan motivasi kepada ahli pasukan, membantu ahli pasukan apabila
mereka ditimpa musibah dan sebagainya
 Penyampai maklumat
- Pengurus pasukan juga bertindak sebagai penyebar maklumat kepada ahli pasukannya
- Contohnya, jadual perlawanan, jadual latihan, jenis-jenis makanan yang berkesan untuk
atlit dan sebagainya
 Penyelesai masalah
- Pengurus bertindak sebagai pembuat keputusan dalam menyelesaikan masalah yang
timbul dalam pasukan.
- Keputusan dicapai setelah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan ahli-ahli
yang terlibat
 Pembuat keputusan
- Pengurus sukan adalah pembahagi sumber.
- Bertanggungjawab membahagikan sumber-sumber, membat keputusan untuk
memastikan sumber-sumber dapat digunakan dengan sebaiknya
 Pengurus prasarana latihan dan pertandingan
- Pengurus pasukan mampu menggunakan pegetahuan dan kemahiran khusus yang
berkaitan dengan alatan-alatan sukan, tatacara serta teknik-teknik yang berkaitarn dengan
sukan.
 Pelapor
- Pengurus pasukan bertindak untuk membuat pelaporan kepada bahagian pengurusan
tertinggi dan juga kepada ahli-ahli di bawahnya.
- Kemampuan menyampaikan laporan secara jelas, tepat dan padat berkaitan dengan
status atlet, pekerja, alatan dan sebagainya
 Penajaan pasukan
- Pengurus sukan akan mencari penajaan untuk keperluan pasukan.
- Contohnya tajaan jersi, alatan dan sebagainya

2.2 CIRI-CIRI PENGURUS YANG CEKAP

- Huraikan ciri pengurus sukan yang cekap

 Mempunyai pengetahuan / pendidikan yang baik


 Cekap dan tepat dalam membuat keputusan
 Mempunyai daya kepimpinan yang disegani oleh semua orang
 Kecekapan dan kemahiran mengurus
 Pendapat didengar dan dipatuhi
 Mampu untuk berkomunikasi dengan pihak lain secara bijaksana dan disenangi oleh semua
pihak
 Boleh menerima teguran dan perubahan
 Mampu untuk merancang dan mencapai matlamat yang ditetapkan
 Membuat keputusan yang tepat setelah membuat perbincangan
 Pengurusan masa yang baik
 Berfikiran positif
 Bekerjasama
 Berdisiplin

2.3 PROSES PENYELESAIAN MASALAH

- Nyatakan empat langkah penyelesaian masalah yang berkesan dalam pengurusan sukan
- Mengenal pasti masalah
- Kenal pasti sumber masalah
- Kenal pasti alternatif penyelesaian masalah
- Membuat pilihan alternatif
- Merancang perlaksanaan alternatif yang dipilih
- Melaksanakan pemantauan
- Mengesahkan alternatif yang dipilih berkesan atau tidak

2.4 FAKTOR PENYELESAIAN MASALAH


- Berikan tiga faktor yang boleh mempengaruhi penyelesaian masalah dalam
pengurusan sukan.

 Jenis personaliti (karismatik)


- Boleh mempengaruhi orang lain untuk bersatu dan bekerja bersama-sama dengannya
dalam menyelesaikan masalah
 Proses pemikiran / corak pemikiran
- Mampu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari strategi untuk menyelesaikan
masalah
 Kompetensi kemahiran dan teknikal
- Mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi
- Contohnya, apabila masalah berpunca daripada alatan sukan, pengurus yang mempunyai
kemahiran teknikal yang tinggi akan dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
alatan sukan dengan mudah kerana beliau mahir menggunakan alatan sukan itu.
 Hierarki / susur galur
- Jawatan yang tinggi dalam organisasi memudahkan seseorang itu untuk membuat
keputusan
- Orang bawahan tidak dapat membuat keputusan kerana terpaksa menerima arahan dari
pihak atasan
 Pengaruh persekitaran luar
- Contohnya keadaan politik semasa, wabak penyakit seperti covid 19 dan sebagainya
mempengaruhi usaha pengurus dalam membuat keputusan
 Kewangan
- Kewangan yang stabil memudahkan lagi pihak pengurus untuk membuat keputusan
- Contohnya, apabila alatan sukan rosak, jika organisasi mempunyai kewangan yang baik,
maka mereka tentu sahaja dapat membeli alatan yang baru
 Emosi
- Membuat keputusan menggunakan akal tanpa dipengaruhi oleh emosi, contohnya marah,
sedih dan sebagainya
 Intelek
- Tahap pendidikan dan pengalaman membolehkan pengurus merangka strategi untuk
menyelesaikan masalah