Anda di halaman 1dari 10

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Psikologi sukan boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan
serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, afektif serta kognitif ke atas
mereka yang terbabit secara langsung mahu pun tidak langsung dengan aktiviti tersebut
(Aziz, 2001). Secara khususnya, pikologi merupakan sebuah bidang ilmy pengetahuan
dan ilmu terapan yang mempelajari mengenai perilaku dan fungsi mental manusia secara
ilmiah. Ia juga berkait rapat dengan emosi, perasaan dan secara realitinya semua individu
tidak suka dipaksa dalam melakukan sesuatu perkara. Sehubungan dengan itu, kewujudan
psikologi sukan di kalangan atlet amat penting untuk memupuk sikap atlet yang matang
dan professional.
Psikologi sukan diakui amat penting bagi atlet, jurulatih dan individu yang terlibat
dalam pertandingan sukan di peringkat tinggi kerana ianya membantu atlet meningkatkan
prestasi mereka semasa latihan dan ketika pertandingan (Institusi Sukan Malaysia, 2015).
Psikologi sukan merupakan bidang yang melibatkan pemerhatian tingkah laku dan
bagaimana ia memberi impak kepada prestasi sukan. Pencapaian dalam sukan bukan
hanya terhasil daripada kekuatan atau kecergasan fisiologi dan faktor biomekanik iaitu
teknik semata-mata tetapi disebabkan oleh faktor-faktor psikologi juga. Satu kajian
penyelididkan yang melibatkan prestasi puncak dan atlet yang berjaya menunjukkan
bahawa, profil psikologi atlet seperti keyakinan diri yang tinggi, tenaga, kawalan diri,
tumpuan, sikap positif, kesungguhan dan komitmen membantu dalam kejayaan tlet
(Krane & Williams, 2006).

Atlet yang mempunyai kemahiran dalam psikologi sukan dapat meningkatkan


keyakinan diri serta membina keharmonian berpasukan dengan baik. Pengetahuan dalam
psikologi sukan amat penting dalam membina kesedaran minda atlet, membentuk disiplin
diri yang baik, mengurangkan stress dan meningkatkan keyakinan diri atlet. Menurut
Weinberg dan Gould (2014), psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik
mengenai manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. Orlick
(2015) berpendapat bahawa psikologi adalah berkait dengan peningkatan prestasi dalam
sukan seni mempertahankan diri. Kajian dalam psikologi sukan membolehkan pengkaji
menilai sesuatu tingkah laku, menerangkan tingkah laku dan membuat andaian mengenai
tingkah laku tersebut. Menurut Arnold Leunes & Jack R. Nation (2002) menyatakan
bahawa psikologi sukan merujuk kepada kajian faktor-faktor psikologi dan mental yang
mempengaruhi penyertaan dalam aktiviti sukan, senaman dan fizikal serta penerapan
ilmu pengetahuan yang diperolehi untuk setiap hari.

Dalam bidang psikologi sukan, terdapat pelbagai kaedah dan mekanisme yang
boleh diguna pakai untuk meningkatkan tahap prestasi seseorang atlet sama ada sebelum,
semasa dan selepas pertandingan yang dijalankan. Namun, terdapat juga atlet yang berasa
risau dan bimbang kerana terlalu memikirkan tentang prestasi yang mereka
persempahkan sama ada berjaya atau tidak. Dalam kajian ini, pengkaji akan membuat
satu kajian yang berkaitan dengan tahap kebimbangan atlet dalam sesuatu pertandingan
olahraga.

Selain daripada aspek fizikal, teknikal dan tektikal, atlet yang ingin berjaya dalam
sukan berprestasi tinggi perlu meningkatkan aspek psikologikal (Akarcesme, Koruc &
Yilmaz, 2004). Salah satu yang paling menarik aspek psikologi sukan adalah aspek
kebimbangan juga merupakan salah satu faktor penting serta mempunyai pengaruh kuat
ke atas prestasi. Perasaan bimbang atau kebimbangan merupakan suatu pengalaman yang
tidak menyenangkan dalam kehidupan manusia. Perasaan bimbang ini akan membuatkan
manusia hidup dalam kerisauan, ketakutan, ketegangan dan tekanan. Dalam situasi
permainan, tahap kebimbangan yang tinggi boleh mempengaruhi dan menjejaskan
prestasi seseorang atlet. Atlet yang mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi mungkin
mengambil tindakan yang salah dan menyebabkan atlet tidak mampu beraksi dengan
baik. Setiap individu akan mengalami tahap kebimbangan yang berlainan terhadap
situasi-situasi tertentu. Dengan erti kata yang lain, kebimbangan boleh ditakrifkan
sebagai kesan kognitif atau emosi yang terhasil dari persepsi terhadap situasi yang
dihadapi, yang dilahirkan dalam bentuk ancaman yang bakal diterima oleh seseorang
individu seperti kekalahan, ugutan fizikal, rasa malu dan sebagainya.

Anshel et al. (1991) mentakrifkan kebimbangan sebagai perasaan subjektif hingga


membawa kepada keadaan yang tidak selesa dan kadang-kala disertai dengan
peningkatan rangsangan fisiologi. Menurut Gould & Krane (1992), kebimbangan boleh
dianggap sebagai kesan emosi kepada dimensi kognitif. Hardy, Jones & Gould (1996)
pula menyatakan bahawa kebimbangan terhasil apabila individu meragui keupayaan
masing-masing untuk menhadapi keadaan yang menyebabkan beliau tertekan. Seterusnya
kebimbangan dilihat sebagai reaksi emosi yang negatif dan diikuti dengan kebangkitan
sistem saraf autonomik (Landers dan Boutcher, 1993). Menurut Horn (1992) pula,
kebimbangan boleh diandaikan sebagai suatu impak kepada emosi seseorang atau
kebangkitan kepada dimensi kognitif. Kebimbangan boleh juga diberikan pengertian
sebagai satu perasaan yang terlalu subjektif hingga membawa kepada keadaan yang tidak
selesa kepada sesiapa sahaja yang mengalaminya menurut Mahoney dan Meyers (1989).
Menurut Marten (1977), reaksi kebimbangan boleh terhasil daripada keperluan
objektif persekitaran yang diinterprestasikan sebagai ancaman. Kebimbangan merupakan
satu perasaan bersifat negatif yang wujud melalui perasaan takut, gemuruh, gugup,
gementar, bimbang, kekhuatiran dan menghubungkan pengaktifan atau kebangkitan dari
segi tubuh badan (Weinberg, 1999). Secara keseluruhannya, kebimbangan ialah sesuatu
yang negatif dan boleh mempengaruhi pencapaian atlet dalam sukan. Ia merujuk kepada
tafsiran kognitif yang dibuat oleh individu terhadap apa yang terdapat dipersekitarannya.
Jika tafsiran tersebut menjurus kepada sesuatu yang endatang kesan negatif, maka ia
menghasilkan kebimbangan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik akan membuat satu kajian berkaitan dengan
perbandingan tahap kebimbangan terhadap atlet Olahraga SMK Merotai Besar yang akan
menyertai pertandingan MSSDT 2020 yang berlangsung di Kompleks Sukan Tawau.
Kebimbangan merujuk kepada perasaan tidak selesa, takut, resah dan gementar
(Mohammed, 1992). Menurut Berger (1971), kebimbangan adalah gangguan atau
perasaan yang timbul akibat daripada persepsi terhadap sesuatu bahaya yang kurang jelas.
Manakala bagi Anshell (1997) menyatakan bahawa kebimbangan merujuk kepada
sebagai ancaman yang dijangka oleh seseorang individu.

Martens (1977) berkata tahap kebimbangan yang tinggi boleh menghalang


seseorang daripada meningkatkan prestasinya. Dengan menguasai setiap kemahiran dan
teknik dalam acara badminton tidak menjanjikan yang seseorang atlit itu boleh berlawan
dengan baik semasa pertandingan. Mental dan emosi juga merupakan faktor yang
penting dalam menentukan kejayaan seseorang. Pemain-pemain perlu mengawal rasa
bimbang yang dihadapi ketika atau sebelum mereka bertanding. Pendapat ini telah
disetujui oleh Masomo (1977) dan Weinberg (1982), menurut mereka, adalah sangat
perlu dan penting bagi pemain-pemain mengawal perasaan bimbang yang mereka alami
bagi membolehkan mereka beraksi dengan baik dalam pertandingan.
Setiap individu akan mengalami tahap kebimbangan yang berlainan terhadap
situasi-situasi tertentu. Cratty (1973) menyatakan bahawa individu yang tidak pernah
berasa takut atau bimbang merupakan individu yang cacat personalitinya. Ini jelas
menunjukkan bahawa rasa bimbang wujud dalam diri setiap atlet taekwondo UPSI.
Cuma tahap kebimbangan mereka sahaja yang berbeza-beza sama ada rendah, sederhana
atau tinggi. Perasaan bimbang ini boleh dimanifestasikan oleh perasaan ketidakpastian
serta tanda-tanda fizikal seperti perut memulas, tapak tangan berpeluh, rasa sejuk atau
denyutan jantung yang pantas (Cratty, 1973). Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan
bagi melihat tahap kebimbangan atlet Olahraga SMK Merotai Besar sama ada rendah,
sederhana atau tinggi menerusi borang soal selidik yang diberikan mengikut 2 fasa, iaitu
fasa sebulan sebelum pertandingan dan seminggu sebelum pertandingan.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kajian lampau mendapati faktor kebimbangan adalah salah satu


penyumbang kepada peningkatan atau kemerosotan prestasi bagi seseorang atlet.
Kebimbangan dalam kalangan atlet biasanya berlaku dalam tempoh 24 jam sehingga
masa pertandingan dan dikenali sebagai kebimbangan pra-pertandingan. Kajian telah
mengesahkan bahawa tahap kebimbangan pra-pertandingan boleh menjejaskan prestasi
seseorang atlet (Dominikus et al.,2009). Selain itu, ahli psikologi sukan juga mendapati
bahawa terdapar atlet yang memerlukan sedikit atau sejumlah besar tahap kebangkitan
untuk menghadapi pertandingan dan membantu untuk meningkatkan pencapaian mereka.
Di samping itu, sebilangan besar pemain atau atlet tidak dapat memberi mutu
persembahan yang cemerlang dan kurang keyakinan diri kerana gangguan kebimbangan
seketika.

Selain itu, faktor psikologi seperti kekuatan mental haruslah dikuasai dengan baik
untuk menghasilkan persembahan yang bagus. Apabila pertandingan menjadi lebih
sengit, semakin tinggi daya tahan yang diperlukan oleh atlet. Faktor kekuatan mental
sangat memainkan peranan yang penting dalm menentukan kejayaan dan kegagalan bagi
seseorang atlet dalam setiap pertadingan. Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan lebih
mendalam kerana ingin mengetahui tahap kebimbangan atlet Olahraga SMK Merotai
Besar sebelum pertandingan MSSDT berlangsung.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah:

i. Mengenalpasti tahap kebimbangan seketika atlet olahraga SMK Merotai Besar


sebulan sebelum pertandingan MSSDT 2020.
ii. Mengenalpasti tahap kebimbangan seketika atlet olahraga SMK Merotai Besar
seminggu sebelum pertandingan MSSDT 2020.
iii. Mengenalpasti tahap perbezaan tahap kebimbangan seketika atlet olahraga SMK
Merotai Besar sebulan dan seminggu pertandingan MSSDT 2020.
iv. Mengenalpasti perbezaan tahap kebimbangan atlet olahraga lelaki dan perempuan
SMK Merotai Besar sebelum pertandingan MSSDT 2020.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
atlet setelah diketahui punca kebimbangan yang dihadapi oleh mereka sebelum
pertandingan berlangsung. Kajian ini juga dapat memberi petunjuk kepada jurulatih atau
pengurus untuk berikhtiar dalam membantu atlet yang menghadapi masalah kebimbangan
dengan membuat rangka program latihan kemahiran psikologi dan motivasi bagi
mengatasi masalah kebimbangan dan bertujuan meningkatkan keyakinan diri atlet.
Selain itu, kajian ini juga dapat mengenal pasti tahap kebimbangan yang dialami
oleh atlet sebelum pertandingan berlangsung. Ini kerana, sekiranya atlet mengalami tahap
kebimbangan yang tinggi sebelum pertandingan maka kajian ini akan membantu jurulatih
atau pakar psikologi untuk meredakan kebimbangan yang timbul dalam diri atlet.
Sehubungan dengan ini, para jurulatih juga boleh menggunakan penyelidikan ini dengan
betul untuk menguji tahap kebimbangan dan ketegangan atlet terhadap pertandingan yang
dihadapi. Malahan hasil daripada dapatan ujian itu nanti boleh dijadikan sebagai garis
panduan kepada jurulatih dalam membentuk satu program latihan yang berkesan dan
sesuai dari segi psikologi atlet olahraga sebagai langkah untuk mengurangkan tahap
kebimbangan atlet. Hasil kajian ini juga dapat menjadi panduan kepada atlet untuk
mengetahui tanda-tanda kebimbangan yang mereka alami sebelum dan selepas
pertandingan. Hasil daripada pengetahuan ini, secara tidak langsung atlet tersebut akan
dapat mengawal tekanan emosi, sekiranya atlet tersebut mengalami tanda-tanda
kebimbangan.

1.6 Persoalan Kajian

i. Apakah tahap kebimbangan seketika atlet olahraga SMK Merotai Besar sebulan
sebelum pertandingan MSSDT 2020?
ii. Apakah tahap kebimbangan seketika atlet olahraga SMK Merotai Besar seminggu
sebelum pertandingan MSSDT 2020?
iii. Apakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebimbangan seketika atlet
olahraga SMK Merotai Besar sebelum pertandingan MSSDT 2020 di antara lelaki
dan perempuan?
1.7 Kerangka Konseptual

PERBANDINGAN TAHAP KEBIMBANGAN ATLET


OLAHRAGA SMK MEROTAI BESAR SEBELUM
PERTANDINGAN OLAHRAGA MSSDT 2020.

40 Orang Atlet Olahraga SMK


Merotai Besar

Sport Compotition Anxiety Test (SCAT)

Sebulan Sebelum Seminggu Sebelum


Pertandingan Pertandingan
1.8 Batasan Kajian

A. Delimasi

Kajian ini terbatas kepada empat puluh (40) orang atlet Olahraga yang mewakili
sekolah dan akan menyertai kejohanan olahraga peringkat Majlis Sukan Sekolah
Daerah Tawau (MSSDT). Responden juga terikat dengan jawapan yang telah
diberikan. selain itu, data responden tidak boleh diwakili oleh atlet lain selain dari
atlet olahraga SMK Merotai Besar yang menyertai kejohanan olahraga MSSDT.

B. Limitasi

Limitasi kajian adalah merangkumi aspek kejujuran dan keihklasan responden semasa
menjawab borang soal selidik. Sekiranya responden tidak menjawab dengan jujur, ini
adalah di luar batasan kawalan pengkaji. Sebahagian daripada soalan soal selidik juga
berkemungkinan tidak akan dapat difahami oleh responden yang akan menyebabkan
atlet menjawab dengan begitu sahaja tanpa memahami soalan terlebih dahulu dan
menjawab daripada responden berkemungkinan tidak dapat.

1.9 Definisi Operational

i. Kebimbangan
Perasaan bimbang atau kebimbangan merupakan suatu pengalaman yang tidak
menyenangkan dalam kehidupan manusia. Perasaan bimbang ini akan
membuatkan manusia hidup dalam kerisauan, ketakutan, ketegangan dan tekanan.
Menurut Wann (1997), kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan boleh
mempengaruhi pencapaian atlet dalam sukan. Ianya merujuk kepada tafsiran
kognitif yang yang dibuat oleh individu terhadap apa yang terdapat di dalam
persekitarannya. Jika tafsiran tersebut menjurus kepada sesuatu yang
mendatangkan kesan yang negatif, maka ia akan menghasilkan kebimbangan.
Oleh tu, menerusi kajian yang dilaksanakan ini, tahap kebimbangan akan diukur
dan melihat perbandingan berdasarkan kepada tiga fasa iaitu sebulan sebelum
pertandingan, seminggu sebelum pertandingan dan selepas pertandingan dengan
mengisi borang soal selidik yang disediakan. Hasil dapatan kajian akan
menghasilkan sama ada tahap kebimbangan atlet rendah, sederhana atau tinggi
berdasarkan dua fasa tersebut.

ii. Olahraga
Olahraga merupakan aktiviti fizikal yang terdiri daripada beberapa acara sukan
yang berasaskan pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat, melempar dan
berjalan kaki secara bersaingan. Jenis pertandingan olahraga yang paling biasa
ialah balapan dan padang, berlari di jalan raya, nerlari merentas desa dan lumba
jalan kaki. Keputusan acara perlumbaan diputuskan dengan kedudukan penamat,
sementara lompatan dan lemparan dimenangi oleh atlet yang mencapai
pengukuran tertinggi atau terjauh dari beberapa percubaan. Kesederhanaan
pertandingan dan kekurangan keperluan untuk peralatan serta kekurangan
keperluan untuk peralatan mahal menjadikan olahraga salah satu sukan yang
paling kerap dipertandingkan di dunia. Olahraga kebanyakannya merupakan
sukan perseorangan, kecuali perlumbaan lari berganti-ganti dan pertandingan
yang menggabungkan prestasi atlet untuk skor pasukan seperti merentas desa.

Anda mungkin juga menyukai