Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1. Masalah / Peristiwa
Terdapat tiga orang pelajar tidak menyiapkan tugasan yang diberi.
2. Analisis
Setelah dibuat pemantauan, saya mendapati pelajar tersebut tidak dapat menyelesaikan
tugasan yang diberi kerana malu dan takut untuk bertanya dengan guru kerana terdapat
beberapa soalan yang mereka tidak faham. Tamir (1985) telah menyenaraikan kesan pemberian
kerja rumah kepada para pelajar. Antara faedah yang ditemui dari amalan ini ialah para pelajar
dapat menguasai isi pelajaran dengan baik. Kerja rumah juga memberi peluang kepada para
pelajar untuk belajar dari berbagai-bagai sumber. Dengan cara ini, para pelajar akan
memperbaiki kelemahan mereka di bilik darjah. Namun, usaha guru dalam memberikan kerja
rumah kepada murid-murid ibarat ‘mencurah air ke daun keladi’ apabila terdapat segelintir
daripada mereka yang sering tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Ini kerana, di dalam
kelas sendiri murid enggan bertanya kepada guru tentang pelajaran yang tidak difahami.
Justeru, itu dijadikan alasan untuk tidak menyiapkan kerja rumah.
1
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Guru perlu sentiasa mengingatkan semua murid agar jujur dan amanah terhadap diri masing-
masing. Setiap murid berperanan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan tanpa sebarang
alas an yang tidak munasabah. Sekiranya perlu, guru akan mengenakan beberapa tindakan
kepada murid-murid ini seperti berikut :
2) Menghubungi ibu bapa murid dan memaklumkan tentang tingkah laku murid yang enggan
menyiapkan kerja rumah.