Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1. Masalah / Peristiwa
Pada minggu ini, masalah disiplin dapat diatasi berdasarkan perubahan positif murid-murid
terhadap tindakan saya yang agak tegas. Keadaan pembelajaran lebih terkawal dengan
tindakan tegas saya selaku guru yang bertugas. Akan tetapi, masalah baru timbul apabila saya
memasuki kelas tahun 1 Al-Farabi. Ini adalah masalah berkaitan kebersihan diri. Semasa saya
sedang menjalankan aktiviti latih tubi secara individu, terdapat sebilangan kecil murid-murid
yang memulaukan seorang rakan di dalam kelas tersebut. Memandangkan saya perlu memberi
bimbingan kepada murid-murid yang lemah, saya tidak mempedulikan murid-murid yang
memulaukan rakan mereka, bahkan saya terus mengajar murid-murid ini dalam satu kumpulan.
Namun, keadaan bau badan murid itu yang agak kurang memuaskan menyebabkan murid-
murid lain mengejek dan meminta saya supaya tidak mengajar murid-tersebut.
2. Analisis
Isu ini merupakan satu isu yang amat penting dan perlu dikaji untuk menjadi seorang guru yang
berjaya. Hal ini disebabkan dengan kawalan kelas yang teratur, barulah murud-murid
mempunyai satu persekitaran pembelajaran yang kondusif tanpa sebarang gangguan. Namun,
sekiranya murid-murid lebih suka keluar kelas daripada berada di dalam kelas dan duduk sahaja
mendengar guru mengajar maka guru perlu mengatur strategi lain pula. Dari segi tingkah laku
pula, saya diberitahu bahawa tingkah laku mereka sangat baik semasa di rumah, namun peri
laku ini berubah apabila berada di sekolah.
1
Menurut Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru itu
sendiri.
“Most behavior problems in the classroom are caused by the teacher’s failure to teach
students how to follow procedures.”
Guru-guru yang tidak mempedulikan murid-murid yang bertingkah laku keterlaluan akan
menyebabkan murid-murid tersebut mengganggap bahawa guru telah takut akan mereka.
Guru-guru yang sentiasa marah-marah akan anak-anak murid mereka juga merupakan salah
satu faktor penyebab kerana murid-murid akan berasa guru ini langsung tidak mengambil berat
dan menghormati akan mereka. Maka, murid-murid pun tidak menghormati guru mereka
dengan cara membuat bising, begaduh atau berjalan sana sini. Seterusnya, bahan pengajaran
dan cara penyampaian pengajaran yang tidak menarik akan menyebabkan murid-murid berasa
bosan untuk mengikuti pembelajaran tersebut.
2
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Daripada pengalaman menggunaka Model Canter “assertive discipline”, guru yang asertif
adalah lebih berkesan daripada seseorang guru yang tidak asertif atau garang. Kegarangan dan
arahan guru yang tidak konsisten akan menyebabkan kekeliruan dan trauma psikologi dalam
kalangan murid. Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim bilik darjah yang positif,
penyayang dan produktif. Iklim ini yang dapat menghasilkan pembelajaran yang maksimum.
Namun, saya tidak begitu asertif sepanjang waktu pengajaran saya. Hal ini adalah kerana saya
menghadapi kesuntukan masa untuk menghabiskan pengajarannya. Keadaan murid-murid dan
faktor cuaca turut mempengaruhi emosi saya sebagai guru yang merupakan manusia biasa.