Anda di halaman 1dari 4

Garis kata adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.

1. Diana berasa sangat sedih kerana kehilangan kucing kesayangannya.


2. Rambut budak perempuan yang panjang diikat dengan kemas.
3. Pelumba acara jarak jauh itu berlari dengan sungguh pantas.
4. Warna kegemaran Jesny ialah hitam dan putih.
5. Ikan haruan yang dijual di pasar itu berbau hanyir.
6. Pembahagi jalan itu bengkok kerana dilanggar oleh sebuah lori pasir.
7. Struktur bangunan itu sangat kukuh kerana diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi.
8. Ibu menghidangkan pisang goreng di dalam pinggan yang berbentuk leper.

Garis kata adjektif yang paling sesuai.

Emak kelihatan sungguh (rimas , risau). Cuaca semakin (mendung , cerah) seolah-oleh hujan
akan turun pada bila-bila masa sahaja. Ayah pula belum pulang dari laut. Sambil melipat pakaian yang
telah (lembap , kering), emak meminta adik memperlahankam radio yang dipasang dengan (nyaring ,
kuat).

“Emak, makanlah pisang goreng yang masih (panas , sedap) ini,” kata Kak Uji dengan (lembut ,
halus).

“Kamu makanlah, Uji. Emak kenyang lagi,” kata emak.

Emak (deras , sering) mengingatkan kami agar belajar dengan (segar , rajin). Emak mahu kami
menjadi orang yang (pandai , tegas). Kehidupan emak yang (layu , susah) pada masa yang (lewat ,
lampau) menyebabkan emak memastikan kami berjaya dalam pelajaran.

Emak tersenyum apabila terdengar suara ayah yang (garau , bising) di lauar rumah. Wlaupun
pakaian ayah berbau (hanyir , tengik) kerana terkena ikan, emak menyambut kepulangan ayah dengan
gembira.

Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

1. Pak Cik Musa termenung sendirian apabila teringatkan kisah-kisah (silam , awal)
____________________nya.
2. Idayu (dekat , nyaris) ____________________ dilanggar oleh sebuah kereta ketika melintasi
jalan raya.
3. Pandangan Idris telah (jelas , kabur) ____________________ sejak terlibat dalam kemalangan
itu.
4. Badrul (sayang , rindu) ____________________ untuk pulang ke kampung neneknya di Pahang..
5. Nurhayati berasa (takut , gembira) ____________________ kerana telah memecahkan pasu
kesayangan ibunya.
6. Bangunan Maxis terletak tidak (hampir , jauh) dari bangunan Menara Berkembar Petronas.
7. Tin minuman itu (bujur , kemik) ____________________ apabila dipijak oleh Pak Usop.
8. Tangan mekanik itu kelihatan ____________________ (hitam , kuning) kerana terkena minyak
ketika membaiki kereta.
9. Jee Seng menunggang motosikalnya dengan ____________________ (layu , perlahan) kerana
jalan licin.
10. Para penonton terpaku apabila mendengar suara ____________________ (bising , merdu)
penyanyi baru itu.
11. Datuk Loh membina sebuah banglo yang sangat ____________________ (besar , kecil) di tepi
tasik itu.
12. Faridah tidak dapat belajar kerana suasana rumahnya sungguh ____________________
(senyap , bising).
13. Gadis itu kelihatan sungguh ____________________ (tampan , ayu) dan bersopan.
14. Jamali berasa sungguh ____________________ (terharu , gembira) kerana lulus dengan
cemerlang dalam peperiksaan.
15. Sikap guru disiplin yang ____________________ (tegas , berani , lemah) menyebabkan murid-
murid tidak berani untuk melanggar arahannya.
16. Arnab-arnab yang dipelihara oleh Najwa sejak tiga bulan yang lalu sangat
____________________ (jinak , halus, lembut)
17. Kak Yani menambah kedikit air ke salam air sirapnya yang agak ____________________ (masin ,
manis , pahit).
18. Rahman ____________________ (dekat , rapat , nyaris) dilanggar motosikal akibat menunggang
basikal bersaing-saing dengan rakan-rakannya.
19. Kamil gagal mendapatkan derma daripada lelaki yang amat ____________________ (kedekut ,
tawar , berat) itu.
20. Sarina ____________________ (awal , segera , baharu) sahaja tiba di rumah apabila telefon itu
berdering.
21. Zalina cuba meluruskan batang payungnya yang ____________________ (bengkok , kemik ,
buncit).
22. Mereka berhenti bermain apabila angin bertiup dengan (laju , kencang , lincah).
23. Mariam akan berasa gayat apabila berada di tempat yang ____________________ (tinggi ,
rendah).
24. Pak Cik Ramu bangun ____________________ (laju , awal) pada setiap hari kerana dia perlu
menorah getah.
25. Kami terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi yang ____________________ (bising ,
lunak) di luar rumah.
26. Murid-murid tidak perlu ____________________(benci , malu) untuk bertanya kepada guru jika
tidak memahami pelajaran yang diajar di dalam kelas.
27. Walaupun ubat itu ____________________ (pahit , masin), Laila terpaksa menghabiskannya.
28. Azura dan Yuhana berkawan ____________________ (jarang , rapat) sejak kecil lagi.
29. Bot kecil itu hampir karam kerana dipukul oleh ombak yang (laju , kuat).
30. Nurliana gemar memakai baju yang berwarna ____________________ (jarang , merah).
31. Bilik hotel yang mereka tempeh itu sungguh ____________________ (mewah , lazat).
32. Rosmi ialah murid yang paling ____________________ (panjang , rendah) di dalam kelasnya.
33. Kulit abang semakin ____________________ (cerah , nipis) semenjak belajar di luar negara.
34. Puan Zarina tiba agak ____________________ (awal , lambat) di pejabat pada hari ini kerana
berlaku banjir kilat.
35. Air kopi yang dibuat oleh nenek itu terlalu ____________________ (masam , manis) sehingga
tidak boleh diminum.
36. Pelakon lelaki muda itu kelihatan sangat ____________________ (cantik , tampan) dan bergaya.

Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

baru manis deras layu


bangga bijak sihat tebal

1. Tumbuh-tumbuhan kelihatan ____________________ keran berlaku kemarau panjang.


2. Jambatan yang ____________________ dibina di kampung itu sudaah boleh digunakan.
3. Sze Mee terkenal di dalam kelasnya kerana dia seorang murid yang
____________________.
4. Neneknya masih ____________________ dan cergas walaupun sudah berumur 60 tahun.
5. Amir memakai baju yang ____________________ kerana cuaca agak sejuk.
6. Air sungai itu mengalir dengan ____________________ selepas hujan turun dengan
lebatnya.
7. Buah manga yang Linda beli di pasar malam itu sungguh ____________________ rasanya.
8. Puan Maria berasa ____________________ dengan kejayaan yang dicapai oleh anak-
anaknya.

gemar segar lembap sopan


suntuk hapak hitam tebal

1. Balqis dan asiknya memakai pakaian yang ____________________ ketika masuk ke dalam
Rumah Iklim itu.
2. Sayur-sayuran yang dijual di kedai Pak Mail sungguh ____________________.
3. Kasut sekolah Rashdan menjadi ____________________ akibat terperosok ke dalam lumpur.
4. Kak Hendon menjemur semula pakaian yang masih ____________________ apabila hujan
berhenti.
5. Nek Bibah membuah kuih baulu kerana anak dan cucunya ____________________ makan kuih
itu.
6. Nazirah menegur tetamu yang berkunjung ke rumahnya dengan ____________________.
7. Pekerja itu bekerja keras menyiapkan projek itu kerana masa semakin ____________________.
8. Kumalasari berpindah tempat duduk apabila lelaku yang berbau ____________________ itu
duduk di sebelahnya.
laju merah panjang hairan ramah
curam baru hangit bujur awal

1. Elisya berasa ____________________ apabila melihat ramai tetamu berada di rumahnya.


2. Juliana bergegas ke dapur apabila terhidu bau nasi yang ____________________.
3. Saleha mengambil debiji pinggan berbentuk ____________________ untuk menghidangkan
buah anggur itu.
4. Novel yang ____________________ dilancarkan itu dijual dengan harga RM21.00.
5. Kereta yang cantik itu memecut dengan ____________________ selepas membayar duit tol.
6. Haider menggunakan seutas tali yang ____________________ untuk mengikat majalah-majalah
itu.
7. Sikap Zaimah yang ____________________ itu membuatkan dia mempunyai ramai kawan.
8. Datuk Hassan membeli kereta Proton Gen2 berwarna ____________________ pada minggu
yang lepas.
9. Pak Cik Hadi menuruni lurah yang ____________________ dengan berhati-hati.
10. Stephanie dipuji oleh guru besar kerana sering datang ____________________ke sekolah.

Anda mungkin juga menyukai