Anda di halaman 1dari 2

 Sebagai suri teladan, ibu bapa sewajarnya menunjukkan minat bersukan

yang mendalam agar tidak dikatakan seperti aforisme seperti ketam


mengajar anaknya berjalan betul. Tamsilnya, anak-anak seharusnya
dibawa oleh ibu bapa bersama-sama ke kompleks sukan untuk bermain
badminton, berenang, dan sebagainya bagi memantapkan nilai-nilai
kesukanan dalam jiwa remaja dan mengeratkan wasilah kekeluargaan.
Nasihat yang berguna tentang maslahat aktiviti sukan haruslah
ditekankan oleh para ibu bapa agar persepsi negatif anak-anak terhadap
bidang tersebut dapat dikikis. Sebaliknya sukan bukan sahaja
menjanjikan kemantapan fizikal malah membina keyakinan mental yang
positif dalam kalangan remaja.
 Dalam masa yang sama, ibu bapa juga boleh memberikan dan
merangsang anak-anak mereka supaya lebih bersemangat lagi untuk
bersukan dengan membelikan kemudahan dan peralatan sukan yang
lengkap kepada anak-anak mereka. Ini penting kerana kemungkinan
dengan peralatan dan kemudahan yang lengkap itu dapat melahirkan
atlet-atlet yang berprestasi tinggi yang akan mewakili negara kita. Oleh
itu, ibu bapa hendaklah menekankan sukan kepada anak mereka agar
negara kita dapat melahirkan masyarakat yang aktif dalam sukan lantas
cergas dan sihat.
 Peranan seterusnya dalam memupuk amalan sukan digalas oleh pihak
sekolah yang semestinya memastikan semua pelajar menyertai aktiviti
sukan dan kokurikulum di sekolah. Meskipun dasar 1Murid 1Sukan
diwajibkan di semua sekolah, namun pihak sekolah harus membimbing
pelajar-pelajar memenuhi impian agar tiada pelajar yang tidak
melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Selain itu, pihak sekolah juga
boleh rekod dan menganugerahkan mutu bersukan pelajar dalam
pelbagai pertandingan. Hal ini menjadi ramai remaja akan berusaha dan
lebih berminat pada aktiviti sukan. Di samping itu, pihak sekolah juga
boleh mengadakan kempen-kempen kepentingan sukan di sekolah agar
mereka mengendahkan kebaikan sukan. Tindakan tegas juga haruslah
diambil oleh guru-guru penasihat sekiranya para pelajar gagal
menghadirkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah tanpa
mengemukakan alasan yang munasabah. Oleh yang demikian, kesedaran
terhadap kepentingan penglibatan para pelajar perlu dibajai kembali
oleh pihak sekolah demi membangunkan generasi yang berketrampilan
dan bersahsiah mulia.
 Kerajaan harus menjalankan peranan dengan membina lebih banyak
infrastruktur seperti pusat sukan dan taman rekreasi secara percuma
bagi membolehkan rakyat terutamanya remaja berpeluang melakukan
pelbagai aktiviti sukan untuk menghidupkan semula budaya sukan dalam
atma mereka. Keprihatinan kerajaan dengan menubuhkan sekolah-
sekolah sukan di seluruh negara menjadi landasan terbaik untuk
menyuburkan minat bersukan dalam kalangan anak-anak muda
memaksimumkan kemampuan mereka. Kerajaan juga sewajarnya
menumpukan usaha dengan mencari jurulatih berpengalaman untuk
membentuk ahli sukan bertaraf dunia. Biasiswa sukan juga wajar
diperluas kepada lebih ramai pelajar yang mempunyai pencapaian
cemerlang dalam bidang sukan di samping peluang untuk berkhidmat
dalam bidang tersebut bagi menggalakkan remaja lebih serius meminati
sukan. Oleh itu, kerajaan dapat memajukan taraf bangsa dengan
menyediakan prasarana sukan mencukupi agar dijadikan sumber
inspirasi remaja agar dapat menggapai cita yang luhur.

Anda mungkin juga menyukai