Anda di halaman 1dari 1

SOALAN MAKRO

Sekolah Ladang Sua Betong akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang pada 18 November 2019,
Kalaivani merupakan salah satu ahli persembahan bagi persembahan tarian pada petang tersebut.
Malangnya, tiga hari sebelum persembahan tersebut, Kalaivani terjatuh dari tangga dan kakinya
terseliuh dan keadaanya agak serius.

Apakah keputusan yang paling sesuai diambil supaya persembahan tarian itu bolehdijalankan dengan
lancer?

A. Tetap hadir pada malam persembahan tersebut walaupun kakinya masih sakit.
B. Suruh kawan yang tidak tahu menari untuk menganti tempatnya.
C. Makan ubat tahan sakit dan hadir pada malam persembahan tersebut.
D. Maklumkan perkara ini kepada cikgu yang bertugas supaya cikgu boleh mencari penari ganti
ataupun alternatif lain.

3 Justifikasi Pilihan Jawapan

D merupakan jawapan yang betul kerana ini merupakan keputusan yang boleh dibuat dalam keadaan
terdesak dan tidak memberi kesan buruk kepada situasi semasa. Pilih jawapan A,B dan C tidak tepat
kerana ia mungkin akan memburukkan keadaan yang sedia ada.

3 Justifikasi Mengenai Kemahiran Berfikir

Item ini dapat mengesan kemahiran membuat keputusan kerana Kalaivani boleh membuat pilihan dari
pilih

-pilihan yang ada seperti terus hadir ke malam persembahan walaupun belum sembuh dan mencari
ganti yang tidak tahu menari untuk menggantikan tempatnya. Keputusan yang dibuat oleh mestinya
tidak boleh menjejaskan malam persembahan tersebut. Membuat pilihan dari pilihan-pilihan yang ada
berdasarkan kriteria-kriteria spesifik untuk memenuhi matlamat tertentu.

Anda mungkin juga menyukai