Anda di halaman 1dari 1

Faktor-faktor penghalang perkembangan produk baru ialah keyakinan pengguna

rendah. Hal ini disebabkan kerana pengguna baru tidak pernah menggunakan produk baru
seumur hidupnya. Pengguna lebih gemar menggunkan produk yang sedia ada kerana tidak
mahu mengambil risiko yang tinggi terutamanya produk kecantikan. Kebanyakkan pengguna
produk kecantikan akan menggunakan produk yang mereka pernah pakai dan sesuai dengan
keadaan mereka kerana jika mereka menggunakan produk baru mungkin mereka merasakan
produk itu tidak sesuai dengan keadaan kulit mereka atau sebagainya. Ini menyebabkan
halangan perkembangan produk baru berlaku.
Selain itu, faktor-faktor penghalang perkembangan produk baru ialah kos yang tidak
mampu ditanggung setiap produk baru. Hal ini disebabkan kerana setiap pengeluaran produk
baru mereka perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi membuat penyelidikan dan
pembangunan. Produk baru tidak boleh dikeluarkan begitu sahaja tanpa ada penyelidikan dan
pembangunan kerana tidak mahu mengambil risiko kerugian yang tinggi jika berlakunya
kerosakan kepada pengguna. Jika mereka mengeluarkan produk baru dengan kuantiti yang
banyak mungkin boleh berlakunya kurang mendapat sambutan dan ini akan mengakibatkan
kerugian yang sangat besar pada sesebuah syarikat.
Seterusnya, faktor-faktor penghalang perkembangan produk baru ialah persaingan
daripada syarikat lain. Perkara ini selalu berlaku dimana-mana sahaja kerana setiap syarikat
mempunyai visi dan misi mereka yang tersendiri untuk menaikkan nama mereka dipersada
dunia. Setiap syarikat akan mengambil risiko yang tinggi dengan mengeluarkan produk-
produk baru yang mampu bersaing di pasaran dunia. Hal ini akan mengakibatkan produk baru
susah mendapat sambutan kerana terlalu banyak produk yang mungkin mempunyai sifat dan
fungsi yang hamper sama.