Anda di halaman 1dari 46

Kata ganti nama diri : Kata yang digunakan

untuk menggantikan nama manusia. Kata


ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis.
(a). Kata ganti nama diri pertama
(b). Kata ganti nama diri kedua
(c). Kata ganti nama diri ketiga
aku, saya, beta, patik,
hamba, daku

kami, kita
Aku : Merujuk diri sendiri apabila bercakap
dengan sahabat yang rapat atau dengan
Tuhan.

• “Aku akan belajar bersungguh-sungguh,”


kata Nurliyana Husna kepada sahabatnya.

• Aku memohon keampunan dan hidayah


daripada-Mu.
Saya : Merujuk diri sendiri apabila bercakap
dengan kenalan baru, orang tua, atau dalam
suasana rasmi.

• “Nama saya Nur Umirah,” murid baru itu


memperkenalkan diri kepada rakan-rakan
di dalam kelas.
• “Saya berbangga dengan kejayaan kamu
dalam pertandingan itu,” kata guru besar
kepada Mohamad Hamzah.
Hamba : Merujuk diri sendiri, bahasa yang
digunakan oleh orang pada zaman dahulu
atau bahasa klasik.

• “Hamba ingin menumpang berteduh di


sini,” kata pengembara itu.

• “Tuan hamba hendak ke mana?” tanya


Badik kepada Demang.
Patik : Digunakan oleh rakyat jelata apabila
bercakap dengan raja atau kerabat diraja.

• “Patik akan berusaha untuk memenuhi


permintaan tuan,” kata Hang Tuah kepada
Sultan Mahmud.
• “Patik berasal dari Kampung Kupang,”
kata Daim kepada Tok Penghulu.
Beta : Digunakan oleh raja atau kerabat
diraja ketika bertitah kepada rakyat jelata.

• “Beta berbangga dengan kejayaan


pasukan tentera kita yang cekap”, titah
Raja Haji.
• “Beta akan berangkat ke luar negara pada
bulan depan,” titah Sultan Kedah.
Daku : Merujuk diri sendiri, kebiasaannya
digunakan dalam penulisan cerita.

• Mereka memang hendak menangkap dan


menyerang daku.

• “Akhirnya engkau bersependapat dengan


daku, kata Munir kepada Salehhudin.
Kami : Merujuk diri orang yang berkata serta
beberapa orang lain apabila berkomunikasi
atau bercakap dengan orang kedua.

• “Jemputlah singgah ke rumah kami,” kata


Aizad dan isterinya kepada Narimah.

• “Kami berada di kelas yang sama,” kata


Jenny dan Devan kepada Eugene.
Kita : Merujuk diri orang yang bercakap,
termasuk orang yang diajak bercakap.

• “Kita mesti menghormati ibu bapa,” kata


Daninah kepada kawan-kawannyanya.

• “Jika kita berpecah-belah, musuh mudah


mengalahkan kita,” kata Tok Penghulu
kepada orang-orang kampung.
awak, anda, engkau, kamu,
tuan hamba, tuanku

kalian, kamu
Awak : Digunakan apabila bercakap dengan
sahabat karib, orang atasan kepada orang
bawahan, dan pasangan suami isteri.

• “Hadiah ini untuk awak,” kata Nurin


kepada Akhbar.

• “Saya hendak awak aturkan temu janji


dengan Dato Sri Malik,” kata Dato’ Manan.
Anda : Digunakan untuk diri orang keadua
apabila tidak ada di hadapan kita, misalnya
dalam surat-menyurat atau rakan sebaya.

• Jauhilah diri anda dari gejala yang tidak


sihat seperti penyalahgunaan dadah.

• Semoga anda sekeluarga dalam keadaan


sihat sejahtera.
Engkau: Digunakan untuk menggantikan diri
orang yang rapat hubungannya dengan kita
atau apabila berdoa kepada Tuhan.

• “Nur Suhana, engkau ada mendengar


berita tentang pembuangan bayi?” tanya
Nurul Naimah.
• Ya Allah yang maha berkuasa, Engkau
berilah petunjuk dan hidayah kepada
hambaMu ini.
Kamu : Digunakan apabila bercakap dengan
orang yang rapat hubungannya dengan kita,
misalnya dengan rakan sebaya.

• “Wah, nampaknya kamu sekarang


semakin bergaya dan berkereta besar
pula!” kata Roslina kepada Jamilah.
• Emak bertanya kepada Shah Jihan,
“Kamu sudah menyiram pokok bunga
ros?”
Tuan hamba : Digunakan bagi menggantikan
diri orang kedua pada zaman dahulu.

• “Lebih baik tuan hamba bermalam di


rumah hamba sahaja kerana hari telah
malam,” ajak Hang Kadim kepada Hang
Jebat.
• “Tuan hamba mestilah banyak berehat
agar cepat sembuh,” kata Tun Ali kepada
Hang Tuah.
Tuanku : Digunakan ketika bercakap dengan
sultan, raja atau kerabat diraja.

• “Ampun tuaku, hamba datang mengadap,”


sembah Bendahara Tun Perak kepada
Sultan Mahmud Syah.

• “Benarkah tuanku akan berburu esok?”


tanya memanda menteri kepada sultan.
Kalian : Digunakan ketika bercakap dengan
beberapa orang yang diajak bercakap.

• “Kalian diminta banyak bersabar,” kata


Tuk Iman kepada penduduk kampung.

• “Apa hajat kalian datang ke rumah aku?”


Tuai Rumah bertanya kepada lima orang
pemuda yang datang ke rumahnya.
Kamu : Digunakan juga dalam bentuk jamak,
misalnya semasa orang dewasa berhubung
dengan orang yang lebih muda umurnya.

• Puan Zulaimah bertanya kepada anak-


anaknya, “Kamu sudah bersarapan pagi?”

• “Wah, kamu nampak lebih bergaya!” kata


Encik Saidi kepada ahli kelabnya.
dia, ia, beliau, baginda

mereka
Dia : Digunakan untuk diri orang ketiga yang
sama umurnya seperti rakan sebaya dan
orang biasa .

• “Saya tidak berapa pasti ke mana dia pergi


pagi tadi,” kata Pak Cik Dolah.

• “Doktor mengesahkan bahawa dia


mengidap penyakit jantung berlubang.
Ia : Digunakan dalam penulisan cerita atau
dialog dan fugsinya sama seperti dia untuk
diri orang ketiga.

• Ia terpaksa menarik diri dari menyertai


pertandingan itu kerana masalah
kesihatan.
• Abdullah Omar anak yang baik. Ia selalu
menolong ayahnya di gerai.
Beliau: Digunakan untuk diri orang ketiga
yang dihormati seperti ibu bapa, guru,
pemimpin, dan orang yang berpangkat.

• Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi


Persatuan Nelayan Kampung Kuala Muda.

• Encik Zakwan ialah kawan baik ayah


saya. Beliau bertugas sebagai anggota
polis.
Baginda : Digunakan untuk diri orang ketiga
sebagai bahasa istana khusus bagi sultan,
raja atau kerabat diraja.

• Baginda ialah anak tunggal kepada Sultan


Abdullah Badrishah.

• Baginda bertitah agar rakyat jelata


sentiasa bekerjasama menjaga keamanan
negeri..
Mereka : Digunakan untuk diri orang ketiga
yang bilangannya lebih daripada satu.

• Penduduk Kampung Selabak masih kuat


mengamalkan sikap kerjasama. Mereka
bergotong-royong membaiki surau.

• Mereka tekun menjawab soalan Bahasa


Melayu Kertas Pemahaman versi PBK.
Latihan Interaktif
1. Beramal ibadatlah, ______ semakin tua,”
kata Ustaz Amran kepada para jemaah itu.
kamu kalian

aku kami

CUBA
JAWAPANNYA
TEKA
APAKAH kita
JAWAPANNYA
1. “Perintah tuanku akan ______ tunaikan,”
kata Hang Tuah kepada Sultan Mahmud.
tuanku baginda

hamba patik

CUBA
JAWAPANNYA
TEKA
APAKAH Patik
JAWAPANNYA
1. “Ayah ______hendaklah menandatangani
laporan ini,”kata Cikgu Sufian kepada Aqil.
mereka aku

kamu kalian

CUBA
JAWAPANNYA
TEKA
APAKAH Kamu
JAWAPANNYA
1. “Dari manakah ______memperoleh pokok
bunga ini?” Tanya Aqilah kepada Azian.
mereka kalian

awak daku

CUBA
JAWAPANNYA
TEKA
APAKAH awak
JAWAPANNYA
1. Berkat usaha yang gigih, ______ telah
menjadi usahawan yang berjaya.
dia beliau

kalian mereka

CUBA
JAWAPANNYA
TEKA
APAKAH beliau
JAWAPANNYA
Latihan Interaktif
Uji Minda: Jawab kesemua 10
soalan yang disediakan.

Pilihan jawapan ada disediakan pada


paparan slaid di sebelah. Sila pilih
jawapan yang paling tepat.
SOALAN 1
Abang Abdul Samat bernama Farhan.
______ sangat suka bermain bola sepak.

A Dia
ITEM
B Anda UPSR
NINE POINT
C Awak
SYSTEM
D Beliau
SOALAN 2
Guru kelas saya sangat baik. ______
mengajar anak muridnya dengan sabar.

A Dia
ITEM
B Beliau UPSR
NINE POINT
C Kalian
SYSTEM
D Baginda
SOALAN 3
Puteri ______ akan bersiram di istana
ditemani dayang-dayang yang cantik.

A beta
ITEM
B hamba UPSR
NINE POINT
C patik
SYSTEM
D baginda
SOALAN 4
______ hendaklah mematuhi segala
peraturan yang telah ditetapkan.

A beta
ITEM
B saya UPSR
NINE POINT
C kamu
SYSTEM
D beliau
SOALAN 5
“ ______ berdua ialah adik beradik,” kata
Raihan dan Mazni kepada Razman.

A Kami
ITEM
B Baginda UPSR
NINE POINT
C Kalian
SYSTEM
D Beliau
SOALAN 6
“ ______ perlu berhati-hati ketika memandu
di lebuh raya,” pesan juruhebah radio.

A Dia
ITEM
B Anda UPSR
NINE POINT
C Engkau
SYSTEM
D Saudara
SOALAN 7
Penjenayah itu telah dibicarakan, ______
didapati bersalah dan dijatuhi hukuman
penjara selama 10 tahun.

A Dia
ITEM
B Baginda UPSR
NINE POINT
C Beliau
SYSTEM
D Beta
SOALAN 8
“Daulat ______, sembah ______ harap
diampun,” kata Hang Nadim kepada Sultan
Alaudin Shah.

A tuanku ... beta


ITEM
B tuanku ... hamba UPSR

C tuanku ... patik NINE POINT


SYSTEM
D tuanku ... baginda
SOALAN 9
Ibu bapa banyak berjasa kepada kita.
______ sepatutnya membalas jasa ______.

A Mereka ... kita


ITEM
B Kita ... beliau UPSR

C Kamu ... kami NINE POINT


SYSTEM
D Kamu ... mereka
SOALAN 10
“Apa yang dapat ______ bantu ______?”
tanya pegawai itu kepada Puan Maimon.

A saya ... dia


ITEM
B awak ... saya UPSR

C saya ... awak NINE POINT


SYSTEM
D anda ... saya
BAGUS! JAWAPAN
ANDA
Modul
SBC TEPAT

1 2 3 4 5

6 7 8 9 10
SALAH !

1 2 3 4 5

6 7 8 9 10

Anda mungkin juga menyukai