Anda di halaman 1dari 35

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Projek akhir ini merupakan ilham yang tercetus berdasarkan masalah yang wujud
di rumah pada masa kini. Idea merekabentuk alat pembersih bilah kipas ini adalah jalan
penyelesaian yang produktif dan bersesuaian dengan keperluan di rumah ataupun pejabat.
Alat pembersih yang sedia ada seperti penyapu , bulu ayam dan kain tuala
memerlukan tenaga yang banyak untuk menjalankan kerja pembersihan. Pengguna akan
mempunyai masalah untuk menjalankan kerja pembersihan kerana apabila mereka
menggunakan kain tuala dan bulu ayam, tangga diperlukan.
Tujuan membina alat ini adalah kerana kesukaran untuk membersihkan bilah
kipas atas factor ketinggian dan keselamatan pengguna. Alat ini direka khas bagi
memudahkan kerja-kerja pembersihan kotoran di bilah kipas.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Pada masa kini, semua rumah dilengkapi dengan kipas siling. Kipas siling ini
dipasang di bahagian dalam dan luar rumah kerana rekabentuknya dapat mengurangkan
suhu panas. Masyarakat menggunakan kipas siling untuk mendapatkan keselesaan.
Ketinggian bilah kipas ini dari lantai menjadikannya sukar untuk dibersihkan
tanpa menggunakan alat tambahan seperti tangga. Pembersih bilah kipas ini direka untuk
membantu pengguna bagi memastikan kekotoran di bilah kipas dapat dibersihkan.

Pembersih yang terdapat dipasaran secara amnya mempunyai panjang yang


terbatas, yang hanya dapat membersihkan sebahagian daripada bilah kipas sahaja.
Semasa proses pembersihan ini juga, debu-debu dari bilah kipas mudah jatuh ke atas
lantai.

Seorang suri rumah hendak mencuci bilah kipas menggunakan tangga dan kain
buruk. Semasa proses pembersihan, tangga boleh tumbang dan boleh menyebabkan dia
terjatuh ke bawah. Habuk habuk juga boleh masuk ke dalam badan dan akan
mendatangkan pelbagai penyakit. Keselamatan boleh terjejas akibat daripada proses itu.

1.3 OBJEKTIF

i. Merekabentuk sebuah alat pembersih bilah kipas..


ii. Membangunkan alat pembersih bilah kipas secara automatik yang menggunakan motor.
iii. Menguji kestabilan alat pencuci kipas, motor yang sesuai digunakan dan kadar
penyerapan span.

1.4 SKOP

i) Menentukan komponen-komponen bagi membina alat pembersih bilah kipas


bermotor.
ii) Merekabentuk alat pembersih bilah kipas yang bersesuaian dengan konsep yang
dinyatakan melalui lakaran dan juga perisian.
iii) Alat ini hanya digunakan di dalam rumah, pejabat serta bangunan-bangunan yang
mempunyai kipas siling.

1.5 KEPENTINGAN PROJEK

Sesuatu kajian itu perlu dilaksanakan kerana kajian adalah elemen penting bagi
mengumpulkan data serta memastikan sesuatu bahan yang dihasilkan itu mencapai
objektifnya. Selain itu, untuk melihat sejauh mana keberkesanan sesuatu bahan yang
dihasilkan itu. Ia juga bagi memastikan sesuatu bahan itu dapat dihasilkan dengan
jayanya
BAB 2

LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kajian literatur atau kajian ilmiah, boleh didefinasikan sebagai satu proses kajian
terdahulu bagi membantu di dalam proses rekabentuk terhadap sesuatu objek yang akan
dihasilkan. Kajian literatur diperlukan bagi membantu dalam menghasilkan sesuatu
produk. Tanpa membuat kajian ini, sesuatu produk yang hendak dihasilkan tidak
mengikut keperluan serta penggunaan pada masa kini. Oleh itu, kajian ini amat penting
bagi menentukan produk yang dihasilkan dapat diguna pakai dengan baik.

Melalui kajian ini, kekurangan yang terdapat pada produk yang sedia ada dapat
dikenal pasti. Oleh itu, alat yang direka merupakan ciptaan baru untuk memenuhi
kehendak tanpa menimbulkan sebarang masalah pada produk.

2.2 Kajian yang pernah dijalankan

Pembersih bilah kipas merupakan satu alat untuk membersih bilah kipas daripada
kekotoran. Ia digunakan didalam rumah, pejabat serta tempat-tempat yang mempunyai
kipas siling. Rajah-rajah dibawah menunjukkan alat yang digunakan untuk membersih
bilah kipas sebelum terciptanya Pembersih Bilah Kipas.
Rajah 2.1 Kain tuala Rajah 2.2 Penyapu

Merujuk kepada rajah 2.1, Kain tuala digunakan untuk mengelap bilah kipas dengan bantuan
tangga.

Merujuk kepada rajah 2.2, penyapu digunakan untuk membersihkan bilah kipas tetapi boleh
menyebabkan habuk berterbangan.

Merujuk rajah 2.3,bulu ayam digunakan untuk


membersih dengan bantuan tangga tetapi tidak
dapat menghilangkan kotoran.
Rajah 2.3 Bulu Ayam

2.3 Sejarah Kipas Siling

Kipas siling terawal muncul pada awal tahun 1860an dan 1870an di Amerika
Syarikat. Pada masa itu, kipas siling tidak digerakkan oleh motor elektrik, sebaliknya
menggunakan turbin yang menggerakkan sistem tali sawat yang menggerakkan kipas serta
mendapat kuasa daripada aliran air sungai. Sistem ini mampu menggerakkan beberapa buah
kipas sekaligus, serta popular di kedai, restoran dan pejabat.

Kipas siling elektrik dicipta pada tahun 1882 oleh Philip Diehl. Diehl mengguna
pakai motor elektrik daripada Singer terawal pada tahun 1882 untuk kipas siling ciptaannya.
"Kipas Elektrik Diehl", beroperasi seperti kipas siling biasa; setiap kipas mempunyai motor
elektrik sendiri, tanpa memerlukan sistem tali sawat yang mahal dan rumit.

Diehl turut berhadapan dengan persaingan sengit berikutan kejayaan komersial kipas
siling. Namun demikian, dia terus menambah baik ciptaannya, antaranya termasuklah "Diehl
Electrolier", kit lampu yang boleh dipasang pada kipas siling sebagai ganti kepada ruang
lampu yang diambil semasa pemasangan kipas siling.

Menjelang Perang Dunia Pertama kebanyakan kipas siling menggunakan empat bilah
berbanding dua pada kipas terawal. Ia menjadikan kipas siling lebih senyap serta
menyerakkan lebih udara, sekaligus memanfaatkan penggunaan motor secara lebih cekap.

Di negara-negara Asia, penggunaan kipas siling sangat popular berikutan kos


penggunaan penyaman udara yang mahal.
Rajah 2.4 kipas siling terawal

2.3.1 JENIS-JENIS BILAH KIPAS DI PASARAN

Kipas siling ini mempunyai tiga bilah hitam dalam diameter 142 cm. Kipas siling
ini mempunyai 5 kelajuan. Kipas ini mempunyai ketahanan yang lebih panjang dan
berpusing senyap.

Rajah 2.5 Keluli Hitam

Kipas siling ini mempunyai 3 bilah tembaga dalam diameter 142 cm. Ia
mempunyai 5 kelajuan dan mempunyai ketahanan yang lebih lama dan berpusing secara
senyap. Ia juga mempunyai alat kawalan jauh untuk mengawal kelajuan kipas

Rajah 2.6 Varansi’s Secret Brass

Kipas siling ini berwarna krom. Bahan-bahan untuk membuat kipas siling ini
adalah kayu. Motor kipas siling ini mempunyai hayat yang terhad. Ia hanya mempunyai 4
kelajuan yang boleh ke belakang dan hadapan
Rajah 2.7 Marvik

2.4 Kajian spesifikasi reka bentuk di pasaran

2.4.1 Pencuci kipas siling

Rajah 2.8 pencuci sawang

Mencapai bahagian atas kipas siling yang diliputi habuk dengan tingginya 5 kaki,
batang yang boleh laras, pemegang ‘twist and lock’ dan reka bentuk berus yang
berbentuk bujur. Hanya meletakkan bilah kipas di tengah-tengah berus dan tarik dalam
satu gerakan pantas. ‘Split-tip fiber’ bersihkan atas dan bawah bilah kipas. ‘Split-tip-poly
fiber’ menangkap debu dan sarang labah labah dan meninggalkan permukaan dengan
bersih. Pemegang menjadi lengkap dengan cengkaman ‘swivel-tip’ untuk menyimpan.
Jaminan untuk penggunaan terhad kepada 5 tahun .

Ciri-ciri produk ini adalah :


 ( Poly fiber with split tips ) untuk menangkap habuk dengan baik .
 Mempunyai batang 5 kaki panjang, ‘pemegang twist and lock’ .
 Cengkaman ‘swivel-tip’.

2.4.2 “Flexible static duster”

Rajah 2.9 flexible static duster

‘Flexible plustic duster’ dapat membuang habuk dengan cepat dan mudah. ‘Ekectrostatic
fiber’ dan ‘flexible head’ sesuai untuk kipas siling berhabuk, bilah yang melengkung dan
bahagian yang sukar untuk dicapai. Tidak perlu untuk menggerakkan objek, hanya
meggerakkan dan sapu keliling bilah kipas untuk menghilangkan habuk di bahagian bilah
kipas. Pemegangnya boleh dipanjangkan sepanjang 5 kaki jadi tiada apa yang tidak boleh
dijangkau. Ia boleh juga ditanggalkan kepalanya daripada pemegang untuk mencuci di
tempat tempat lain. Jaminan untuk penggunaan produk ini selama 5 tahun.

Ciri ciri produk ini adalah :

 Fiber menarik dan memegang debu.


 ‘Flexible head’ yangbengkok untuk habuk di kipas sling dan bahagian yang sukar
dicapai.
 Cuma pulaskan pemegang untuk melaraskan panjang batang pemegang.

2.4.3 Vakum pembersih kipas

Rajah 2.10 vakum pembersih kipas

Bilah kipas siling mengumpul banyak habuk. Lampiran vakum ini memudahkan
pembersihan bilah kipas anda. Kelebihan ’finger’ buka dan tutup di sekitar bilah kipas
boleh membuang habuk dengan baik. Anda tidak perlu berdiri diatas kerusi untuk
membersihkan dan habuk mudah lekat kepada vakum utama. Sesuai dengan semua
vakum jenama utama, termasuk penyesuai dan berus sudut laras. Mempunyai batang 5
kaki panjang yang bersambung ke mesin vakum.

2.4.4 pembersih ‘squeegee’


Rajah 2.11 pembersih squeegee

Pembersih ‘squeegee’ menjadikan pembersihan cepat dan mudah. Span itu menarik
habuk dan sarang labah labah. Ia sesuai untuk pembersihan bilah kipas siling serta di
bahagian bilah kipas yang sukar untuk dibersihkan . Dengan satu gerakan pantas, pembersih
bilah kipas ini dapat membersihkan permukaan bilah kipas dangan baik.

2.4.5 ‘Pirrella Fan Sleeves’

Gambarajah 2.12 pirrella fan sleeves


Ini adalah produk yang direka untuk membersihkan kipas siling dari habuk.
Produk ini dipanggil ‘Pirrela Fan Sleeves’. Ia diperbuat daripada sebatian nilon atau
elastin dan satu saiz sesuai dengan bilah kipas. Bentuk ia yang sesuai ini mempunyai
sifat-sifat yang mengumpul debu yang disebabkan oleh udara. ‘Pirrella Fan Sleeves’
adalah telus dan tidak lebih dari bilah kipas. Bilah kipas adalah logam putih dan kipas
lengan dipasang pada bilah kipas siling, sukar untuk dibezakan. Walau bagaimanapun
terdapat beberapa kelemahan produk ini antaranya ialah ia mudah terkoyak kerana ia
dibuat dari nilon. Ia perlu digunakan dengan betul.Yang kedua, ia boleh digunakan untuk
bilah tunggal sahaja.

2.4.6 Pembersih kipas teleskop

Gambarajah 2.13 pembersih kipas teleskop

Ini adalah pembersih 18 inci dengan pemegang kayu. Pemegang kayu yang
panjang dapat membersihkan bilah kipas siling dengan selamat untuk mengelakkan
penggunaan kerusi atau tangga. Hanya menyarungkan ‘roller’ ke atas bilah dan
pembersih boleh membersihkan kedua belah bahagian bilah dalam satu sapuan.
Kelebihan produk ini ialah ‘roller’ ini boleh dibasuh dan diguna pakai. Jadi kita tidak
perlu menukar roller dengan kerap.

2.5 Kajian komponen yang akan digunakan

Pembersih bilah kipas boleh dibuat daripada pelbagai jenis bahan seperti logam,
aluminium, plastik span, spring dan banyak lagi bahan-bahan untuk membuatnya.
Namun begitu kami telah memilih aluminium untuk dijadikan bahan utama untuk
membuat batang untuk pemegang pembersih bilah kipas kerana kos rendah dan sesuai
untuk projek kami. Ia dapat bertahan dari segi keteguhan dan kekuatan pada projek .

2.5.1 Aluminium

Rajah 2.14 aluminium

Manfaat aluminium bisa dibentuk menjadi berbagai jenis komponen otomotif.


Beberapa bagian badan mobil dan komponen otomotif harus dibentuk dari aluminum.
Logam ini memiliki sifat yang tahan terhadap korosi dan berat yang cukup ringan
sehingga bisa memudahkan dalam proses manufaktur. Hampir semua jenis produsen
otomotif memerlukan bahan aluminium yang dibentuk menjadi berbagai jenis komponen
. Aluminium adalah logam yang sangat ringan sehingga sangat efektif untuk membuat
beberapa komponen kendaraan seperti galangan kapan, komponen untuk pesawat
terbang, sepeda dan alat transportasi lain. Bahkan dibandingkan dengan material logam
lain seperti baja dan tembaga, maka aluminium tetap yang paling ringan. Aluminium
sangat kuat dan memiliki ketahanan yang cukup baik terhadap penurunan suhu. Karena
sifat ini maka aluminium bisa menjadi logam yang dikombinasikan dengan jenis logam
lain. Aluminium menjadi bahan yang sangat tahan terhadap beban tertentu. Bahkan
karena kekuatan ini maka aluminium sering dijadikan logam campuran untuk membuat
jembatan dan material dinding truk pengangkut. Aluminium menjadi logam yang kuat
dan fleksibel. Aluminium boleh menjadi komponen otomotif yang boleh bertahan
terhadap pergantian cuaca. Aluminium adalah bahan logam yang tahan terhadap karat
dan setiap lapisan aluminium bisa diproses dengan logam lain. Aluminium menjadi
logam yang tahan terhadap cuaca panas dan dingin sehingga bisa menjadi alat atau
komponen untuk penghantar listrik. Aluminium adalah logam yang sangat tahan terhadap
panas sehingga tidak mudah terbakar dan tahan terhadap benda yang menyebabkan
ledakan. Aluminium juga termasuk logam yang tidak memiliki daerah medan magnet
sehingga sesuai untuk pemakaian produksi perangkat elektronik. Aluminium adalah
bahan yang tidak mudah terbakar dan bahkan tidak menghasilkan zat buangan jika
terkena panas tinggi. Aluminium juga bahan yang sangat tahan terhadap cahaya dan sama
sekali tidak terpengaruh oleh gelombang cahaya.

2.5.2 Span
Rajah 2.15 span

Span adalah alatan atau bantuan pembersihan yang terdiri daripada bahan lembut
dan berliang. Biasanya digunakan untuk membersihkan permukaan yang tidak tahan,
span sangat baik untuk menyerap air dan penyelesaian berasaskan air. Span biasanya
dibuat dari serat kayu selulosa atau polimer plastik berbuih. Sesetengah span semulajadi
masih dijual, dengan kebanyakannya kini digunakan sama seperti span badan (sponge
bath) atau sebagai alat untuk lukisan span. Span mandi membantu membersihkan kulit
dengan mengikis kulit mati dan mencuci kotoran.

Selain daripada span yang terbentuk daripada polimer plastik, tiga kategori
sintetik yang tersedia secara meluas adalah polieter berketumpatan rendah (dikenali
sebagai spons bukan penyerap), PVA (bahan yang sangat menyerap untuk digunakan
dalam ubat ), dan poliester .

Tekstur poliester boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis, yang sebahagiannya


adalah reticulated (artificial broken-in) untuk kemudahan penggunaan. Satu jenis,
poliester dua kali ganda, mempunyai keupayaan pengekalan air yang tinggi mendekati
atau menyerupai spesis PVA, tetapi dengan liang-liang yang kelihatan dan kegunaan
yang lebih pelbagai.
2.5.3 Spring

Rajah 2.16 spring

Spring adalah objek anjal yang menyimpan tenaga mekanikal. Spring biasanya
diperbuat daripada keluli . Terdapat banyak rekaan spring. Dalam penggunaan sehari-
hari, istilah ini sering merujuk kepada gegelung spring.

Apabila spring konvensional, tanpa ciri-ciri variasi kekakuan, dimampatkan atau


diregangkan daripada kedudukan berehatnya, ia menimbulkan daya lawan yang hampir
berkadar dengan perubahan panjangnya (perkiraan ini pecah untuk pesongan yang lebih
besar). Kadar atau pegas spring pada musim bunga adalah perubahan dalam kekuatan
yang dibahagikan, dibahagikan dengan perubahan dalam pesongan spring. Iaitu,
kecerunan daya berbanding lengkung pesongan. Kadar lanjutan atau mampatan spring
dinyatakan dalam unit daya yang dibahagikan dengan jarak, contohnya lbf / in atau N /
m. Spring kilasan adalah gelung spring yang berfungsi dengan berpusing; apabila ia
dipintal kira-kira paksi dengan sudut, ia menghasilkan torsi yang berkadar dengan sudut.
Kadar kilasan kilasan adalah dalam unit tork yang dibahagikan dengan sudut, seperti N ·
m / rad atau ft · lbf / ijazah. Kebalikan kadar musim bunga adalah pematuhan, iaitu: jika
pegas mempunyai kadar 10 N / mm, ia mempunyai pematuhan 0.1 mm / N. Kekakuan
(atau kadar) mata air selari adalah aditif, seperti pematuhan gelung spring dalam siri.

Spring diperbuat daripada pelbagai bahan elastik, yang paling biasa ialah keluli .
gelung spring kecil boleh luka dari stok pra-keras, sementara yang lebih besar dibuat
daripada keluli anil dan mengeras selepas fabrikasi. Sesetengah logam bukan ferus juga
digunakan termasuk gangsa fosfor dan titanium untuk bahagian-bahagian yang
memerlukan rintangan kakisan dan tembaga berilium untuk gelung spring yang
membawa arus elektrik (kerana rintangan elektrik yang rendah)

2.5.4 Motor DC

Rajah 2.17 motor DC

Motor DC adalah satu kelas mesin elektrik yang menukar tenaga elektrik
arus terus ke dalam tenaga mekanikal. Jenis-jenis yang paling umum bergantung pada
daya yang dihasilkan oleh medan magnet. Hampir semua jenis motor DC mempunyai
beberapa mekanisme dalaman, sama ada elektromekanik atau elektronik, untuk
mengubah arah aliran arus secara berkala di bahagian motor.

Motor DC adalah yang pertama digunakan secara meluas, kerana ia boleh


dikuasakan dari sistem pengagihan kuasa pencahayaan langsung yang sedia ada.
Kelajuan motor DC boleh dikawal melalui pelbagai jenis, menggunakan sama ada voltan
bekalan yang berubah-ubah atau dengan menukar kekuatan semasa dalam lilitan
medannya. Motor DC kecil digunakan dalam alat, mainan, dan peralatan. Motor sejagat
boleh beroperasi pada arus terus tetapi motor ringan yang ringan digunakan untuk alat
dan alat kuasa mudah alih. Motor DC yang lebih besar digunakan dalam pendorong
kenderaan elektrik, lif dan penggali, atau pemacu untuk kilang rolling keluli.
Kemunculan elektronik kuasa telah membuat penggantian motor DC dengan motor AC
mungkin dalam banyak aplikasi.

2.5.5 Bateri 9V

Rajah 2.18 bateri 9V

Bateri adalah peranti yang boleh mengubah tenaga kimia yang disimpan dalam
tenaga elektrik yang boleh digunakan oleh peranti elektronik. Hampir semua alat
elektronik mudah alih seperti Mobile, Laptop, Flashlight atau Kawalan Jauh
menggunakan Bateri sebagai sumber tenaga elektrik. Dengan Bateri, kita tidak perlu
menyambungkan kabel kuasa supaya dapat mengaktifkan peranti elektronik supaya
mudah dibawa ke mana-mana. Dalam kehidupan seharian kita, kita boleh menemui dua
jenis bateri iaitu bateri yang hanya boleh digunakan sekali (Single Use)

2.5.6 Tali sawat


Rajah 2.20 tali sawat

Tali sawat ialah bahan jalur yang berputar berterusan menggunakan dua takal atau
lebih untuk menggerakkan peralatan mesin.

BAB 3

METODOLOGI
3.1 PENGENALAN

Metodologi kajian merujuk kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan


penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektik bagi menjawab pemasalahan kajian. Bab
ini merangkumi pengenalan bab, rekabentuk kajian, kaedah pengumpulan data, instrument
kajian, kaedah analisis data dan rumusan bab. Namun demikian, subtajuk yang terdapat
dalam bahagianini adalah sebahagian besar kepada jenis projek yang akan dilaksanakan.
Sesetengah kajian mungkin memerlukan perbincangan lebih terperinci berkaitan reka bentuk
dan instrument kajian berbanding kajian yang lain.

Metodologi adalah satu aspek kejuruteraan yang perlu diambil berat dalam
menghasilkan sesuatu produk. Metodologi ini di sama ertikan sebagai cara-cara kaedah
pemilihan dan analisis. Selain itu, dengan adanya metodologi ini produk yang dibuat dapat
diselesaikan dengan sempurna dan cemerlang.

Metodologi juga merupakan kaedah dan teknik merekabentuk, mengumpul dan


menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian.
Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan
teknik digunakan.

3.2 Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah PRIME, kaedah Perdana telah digunakan dalam Pengumpulan Data ini.Takrif
untuk PRIME mengandungi pernyataan Masalah, Penyelidikan, Idea, Membuat dan Menilai
dalam kaedah ini.
3.2.1 Problem Statement (P)

Proses mengenal pasti masalah dilakukan supaya dapat mengenal pasti masalah yang
dihadapi ketika mencuci bilah kipas. Kebiasaan yang masalah yang dihadapi ketika mencuci
bilah kipas ini ialah memerlukan tenaga kerja yang banyak dan memerlukan alatan
tambahan seperti tangga. Selain itu, kita memerlukan masa yang banyak untuk mencuci
sebilah kipas siling ini.

3.2.2 Research (R)

Instrumen kajian merupakan satu alat yang digunakan untuk menjalankan


penyelidikan. Instrumen kajian ini digunakan sebagai asas untuk memperoleh data. Tujuan
kajian ini adalah untuk mencapai matlamat projek ini. Salah satu kaedah adalah dengan
membuat tinjauan mengenai projek ini. Cara kaji selidik adalah melalui kuantitatif dan
kualitatif. Mengenai kuantitatif yang dilakukan melalui mengisi borang daripada pelajar
Polisas, manakala data kualitatif yang dikumpulkan melalui temuduga dari orang-orang
tersebut, jadual di bawah menunjukkan hasil daripada tinjauan

Sangat Setuju Serderhana Tidak Sangat


Bers Bers Tidak
etuj etuj Berset
u u uju
1. Dapat menangani masalah mencuci 15 15 10
bilah kipas.
2. Kebanyakkan kipas siling akan 23 10 7
selalu kotor dan berdebu.
3. Mencuci kipas siling secara manual 12 19 9
menyusahkan dan memerlukan masa.
4. Ianya susah untuk mencari masa 10 25 5
yang sesuai untuk mencuci bilah
kipas.
5. Mencipta alat pencuci bilah kipas 16 22 2
sangat membantu dan menjimatkan
masa.
6. Alat pencuci bilah kipas ini dapat 15 19 6
mengurangkan tenaga kerja manusia.
7. Alat pencuci bilah kipas ini sesuai 11 25 4
digunakan dimana mana tempat yang
mempunyai kipas siling.
Jadual 3.1: Hasil kajian daripada 40 responden

20

18

16

14

12

10

0
menyelesaikan masalah mengurangkan masa mengurangkan tenaga kerja

sangat setuju setuju sederhana

Jadual 3.2: Graf Hasil Kajian


3.2.3 Invention (I)

Manusia sentiasa tertarik kepada objek yang baru, ya semua tentang bentuk dan
fungsi itu. Langkahnya dibahagikan kepada 4 langkah yang menyenaraikan spesifikasi,
konsep reka bentuk, membuat keputusan, dan reka bentuk terperinci untuk alat pencuci
bilah kipas.

3.2.4 Modification (M)

Pengubahsuaian dilakukan bagi memperbaiki kelemahan pada mesin.


Pengubahsuaian dilakukan bermula daripada meneliti rekabentuk projek jika terdapat
alat-alat yang tidak perlu digunakan bagi mengurangkan kos dan berat mesin.
Pengubahsuaian ini amat penting bagi memastikan produk yang dihasilkan memuaskan
serta mengikut aspek yang telah ditetapkan. Jika produk yang dihasilkan mengikuti
spesifikasi yang betul, keselamatan yang tinggi serta memudahkan pengguna, ia mungkin
dapat dipasarkan. Produk yang berpatutan harga serta memenuhi kehendak pengguna
mampu memasuki pasaran negara dengan mudah jika ianya menjadi suatu tarikan dan
tidak mustahil mampu menguasai pasaran dunia lantas, mendatangkan hasil yang
lumayan kepada pelabur.

3.2.5 Evaluation (E)

Proses pengujian adalah amat penting dalam proses penghasilan sesuatu


rekabentuk projek. Pengujian juga menentukan kestabilan, keupayaan, kebolehgunaan,
objektif yang ditetapkan dan keselamatan projek yang dihasilkan. Kerja-kerja
pemasangan dan ujikaji bagi projek ini adalah dilakukan selepas proses pengukuran dan
proses pemotongan dilakukan. Kerja pemasangan yang dilakukan adalah mengikut
perancangan yang dilakukan pada peringkat awal. Selain itu, ujikaji adalah amat penting
dan bertujuan untuk memstikan setiap pengukuran yang dilakukan adalah tepat dan
menjamin kestabilan dan keselamatan struktur projek

3.3 Penyelidikan Reka Bentuk

Sebelum membuat atau reka bentuk sesuatu produk baru yang paling penting
untuk dilakukan adalah untuk menentukan aliran langkah rekabentuk projek. Ia telah
memisahkan empat langkah kepentingan bersama untuk mewujudkan aliran reka bentuk
produk. Seperti menentukan spesifikasi mewujudkan aliran reka bentuk, membuat
keputusan, dan reka bentuk terperinci

3.3.1 Lakaran

Gambar rajah 3.1: Lakaran 1


Lakaran ini mengandungi 2 biji motor DC yang disambungkan dengan tali sawat.
Manakala span pencuci digerakkan dengan menyambungkan tali sawat tersebut. Selain
itu, batang yang boleh dilaraskan digunakan dalam lakaran ini dan di bahagian bawah
tersebut mempunyai tripod stand.

Gambar rajah 3.2: Lakaran 2

Lakaran ini mengandungi berus ‘Split-tip-poly fiber’ menangkap debu dan sarang
labah labah dan meninggalkan permukaan dengan bersih. Selain itu, batang yang boleh
dicabut dan dipasang, dan reka bentuk berus yang berbentuk bujur. Hanya meletakkan
bilah kipas di tengah-tengah berus dan tarik dalam satu gerakan pantas.
Gambar rajah 3.3: Lakaran 3

Lakaran ini mengandungi ‘Flexible plustic duster’ dapat membuang habuk


dengan cepat dan mudah. Selain itu, batang yang diperbuat daripada aluminium dan
ringan agar mudah diangkat.

3.3.2 Jadual Bimetrik

Kriteria Lakaran 1 Lakaran 2 Lakaran 3


Rekabentuk 5 1 1
Harga 3 5 3
Saiz 3 3 3
Berat 3 3 3
Bahan 3 3 3
Jumlah 17 15 13 Jad
ual
3.3: Jadual Bimetrik

Skala : 5 – Baik 3 – Serderhana 1 – Lemah

Lakaran 1 dipilih kerana rekabentuknya yang sesuai untuk digunakan kerana


saiznya tidak terlalu besar dan mudah digunakan. Selain itu, harga juga mempengaruhi
pemilihan lakaran ini. Seterusnya, bahan perlu dipilih dengan tepat agar ianya kukuh dan
ringan supaya ianya sesuai digunakan dimana mana tempat.

3.4 Anggaran kos

Bil BAHAN KUANTITI HARGA/UNIT JUMLAH


1. Expandable aluminium 1 RM40 RM40
handle

2. Motor DC 2 RM20 RM40

3. Span 1 RM5 RM5

4. Bateri 1 RM20 RM20

5. Tali sawat 3 meter RM15 RM45

6. Pam tandas 1 RM10 RM10

7. Tripod 1 RM24 RM24

Jumlah RM184

Jadual 3.4: Anggaran kos


3.5 Pemilihan Bahan

Bil Bahan Kegunaan


1. Expandable aluminium handle
Digunakan sebagai pemegang

-diperbuat daripada aluminium


-ringan dan tahan
-boleh dilaraskan
2 Motor DC
Digunakan untuk menggerakan span.
-12V DV motor
-1800 rpm
-tork 0.0015

3. Span
Digunakan untuk membersih bilah kipas

-ringan dan mudah digunakan


-kadar penyerapan yang baik
4. Bateri
Digunakan untuk menghidupkan suis
-9volt
-sel kering

5. Pam tandas
Digunakan untuk memegang kipas siling

-diperbuat daripada getah


-ringan dan mudah untuk digunakan
6. Tali sawat
Untuk menggerakan span.

-tali sawat getah


-panjang 3 meter
7. Tripod

Untuk menstabilkan batang penyokong.

-Lebar tapak 80cm

-Diperbuat daripada besi

-Ringan

Jadual 3.5: Pemilihan Bahan

3.6 Koleksi Data

3.6.1 Eksperimen Kain/Span Pencuci

Objektif: Mengenalpasti kain/span pencuci yang sesuai digunakan

Peralatan dan Bahan: Kain/Span pencuci yang berbeza


Data:

Jenis Bahan Kain Tuala Span Poliester Pembersih ‘squeegee’


Sebab
Kadar Penyerapan,
ml
Masa Yang Diambil,
s
Kawasan Permukaan,
cm
Jadual 3.6: Eksperimen Kain/Span Pencuci

3.6.2: Eksperimen Elektrostatik Fiber

Objektif: Mengenalpasti kain/span pencuci yang mempunyai elektrostatik yang bagus

Peralatan dan Bahan: Kain/Span pencuci yang berbeza

Data:

Jenis Bahan Kain Tuala Span Poliester Pembersih ‘squeegee’

Sebab

Kebersanan
penyerapan
habuk dan debu

Kawasan penyerapan
habuk dan debu

Daya geseran

Jumlah

Jadual 3.7: Eksperimen Elektrostatik Fiber


3.6.3 Eksperimen Kestabilan

Objektif: Memastikan Alat pencuci kipas stabil dan kukuh

Peralatan dan Bahan: Batang Sokongan Kipas

Data:

Eksperimen A1 A2 Titik
sentroi
Panjang, m Lebar, m Area, m Tinggi, m

Jadual 3.8: Eksperimen Kestabilan

Formula Mencari Titik Sentroid:

A1 = P × L

A2 = ×a×t

Y1 = Y2 =

̅=
3.6.3 Eksperimen Motor

Objektif: Mengenalpasti motor yang bagus untuk digunakan

Peralatan dan Bahan: Data diperoleh daripada motor

Pembolehubah yang berubah: Jenis motor

Data:

Jenis Motor Kelajuan Motor, rpm Tork, Nm

Masa, s Putaran, rev Kelajuan, Daya, N Radius, r Tork, Nm


rpm

24V DC Motor 10

12V DC Motor 10

12V DC 10
Double
Shaft
Motor

Jadual 3.9: Eksperimen Motor

Formula:

T=F×r
3.7 Soalan Saji Selidik Keberkesanan Mesin Pencuci Bilah Kipas

Sangat Setuju Serderhana Tidak Sangat


Bers Bers Tida
etuj etuj k
u u Bers
etuj
u

1. Adakah dengan adanya


penciptaan mesin ini dapat
menangani masalah yang
berlaku ketika mencuci bilah
kipas?
2. Adakah penciptaan mesin ini
mampu mengurangkan
penggunaan tenaga manusia

3. Adakah penggunaan mesin ini


selamat berbanding cara
manual?

Jadual 3.10: Soalan Kaji Selidik