Anda di halaman 1dari 37

SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

RUJUKAN PENSYARAH

TAJUK MODUL MENGHASILKAN GAMBARAJAH LITAR

1.0 CARA-CARA MELUKIS LUKISAN TEKNIK

1.1 PENGENALAN

Secara am lukisan boleh dibahagi kepada 2 jenis iaitu:-

i. Lukisan artis - lakaran yang dibuat secara bebas untuk


menggambarkan sesuatu benda/objek.

ii. Lukisan teknik - menggunakan peralatan lukisan dan merupakan


gambaran sebenar megikut saiz dan gambaran dari setiap sudut.
Lukisan teknik/kejuruteraan yang terperinci membolehkan jurutera,
pendawai untuk memahami kehendak pepasangan dengan betul

1.2 Peralatan asas lukisan

Bil Nama Keterangan


Peralatan
1 Papan lukisan Papan lukisan diperbuat daripada kayu lembut
bersaiz 60cmx80cm. Permukaan nya rata adalah
penting disamping bucu kiri dan kanannya
diperkemas untuk membolehkan kertas lukisan
dilekatkan diatasnya. Kerta boleh dilekatkan
dengan menggunakan pita pelekat.
2 Sesiku T Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kepala dan
bilah. Ia adalah alat utama dalam melukis lukisan
teknik. Ia mestilah diletakkan diatas papan lukisan
dengan kedudukan mengufuk. Kepala mestilah
diltolak rapat dengan tepi papan dan boleh
digelangsarkan keatas dan kebawah.
3 Sesiku 30 Terdapat 2 jenis sesiku iaitu bersudut 30 dan 45, ia
digunakan untuk membuat garisan menegak dan
bersudut. Ia diletakkan diatas sesiku T dan boleh
digelangsarkan kekiri dan kanan.
4 Sesiku 45

5 Pemadam
6 Pembaris
7 Pensil / pensil Dalam lukisan teknik jenis pensel amat ditekankan
mekanikal untuk menentukan mutu lukisan. Tedapat pelbagai
jenis kelembutan mata pensel dibuat khusus untuk
garisan yang berlainan.
Mata keras – 4H – 9H

1
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Mata Sederhana – untuk garisan am, objek, lakaran


atau menghuruf(3H, 2H, H, F, HB)
Mata lembut – untuk garisan nyata (B dan 2B)
8 Perisai Diperbuat dari logam nipis yang mempinyai banyak
pemadam lubang. Ia bertujuan sebagai panduan pemadam
supaya tidak terpadam garisan lain yang
berhampiran

9 Jangka lukis Digunakan untuk memudahkan kerja-kerja melukis


kerana tidak perlu menggunakan peralatan lukisan
lain. Terdapat banyak pencontoh seperti pencontoh
bulat, segiempat, segitiga dan simbol elektrik

2.0 JENIS-JENIS SIMBOL ELEKTRIK

2.1 SIMBOL ELEKTRIK


Dalam sesebuah lukisan,simbol-simbol akan digunakan bagi menunjukkan
tempat semua benda peralatan yang membentuk sebahagian pemasangan
elektrik itu. Penggunaan simbol yang standard mengelakkan masalah meminta
pertolongan petunjuk atau senarai yang diiringi demi untuki mentafsirkan
sesebuah lukisan, kerana simbol-simbol memang sudah difahami oleh arkitek
atau juruelektrik. Simbol tempat berasal daripada bentuk-bentuk asas tertentu
dengan ciri-ciri yang diubah suai.

Dalam gambarajah dibawah diberikan 2 bahagian simbol iaitu:


i) Simbol Pendawaian
ii) Simbol Litar skema

2.2 SIMBOL PELAN PENDAWAIAN

Simbol pelan pendawaian dilukis mengikut bentuk sebenar peranti atau aksesori
bagi kegunaan khusus untuk gambarajah pendawaian. Kedudukan fizikal punca
tamatan sambungan di aksesori,kelengkapan pemasangan dan peranti menjadi
tumpuan utama pada simbolnya. gambarajah kedudukan sebenar punca-
punca tamatan dan sambungan pada simbol ini dapat membantu kefahaman
setiap sambungan litar dalam kerja-kerja pemasangan pendawaian .Berikut
diberikan beberapa simbol pendawaian

2
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

3
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

4
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

5
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

6
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

3.0 JENIS-JENIS GARISAN DAN HURUF

3.1 PENGENALAN
Lukisan teknik merupakan merupakan lukisan garisan lurus dan lengkok.
Garisan yang mempunyai pelbagai saiz dan ketebalan yang
menerangkan maksud tertentu. Ini membolehkan pembaca lukisan
memahami lukisan tersebut dengan baik.

3.2 Jenis garisan mengikut piawaian BS308 seperti:

Bil Jenis Garisan Keterangan


1 Garisan objek Garisan yang tebal dan hitam, digunakan untuk
menunjukkan garisan objek/benda
2 Garisan keratan Garisan tebal dan terputus panjang dan pendek.
Digunakan untuk menunjukkan bahagian keratan objek
3 Garisan pandu Garisan yang halus, digunakan untuk asas membina
objek
4 Garisan unjuran Garisan yang halus, digunakan untuk mengunjurkan
garisan objek. Selalunya digunakan dalam lukisan
ortografik
5 Garisan dimensi Garisan ini hitam dan halus. Digunakan untuk
mendimensi objek. Ditandakan dengan anak panah
dikedua-dua hujung garisan
6 Garisan Garisan yang diputuskan garis-garis pendek. Digunakan
tersembunyi untuk menunjukkan garisan objek yang tidak boleh
kelihatan
7 Garisan tengah Garisan yang diputuskan oleh titik-titik. Digunakan untuk
menunjukan bahagian tengah objek yang berbentuk

8 Garisan pecah Garisan ini dibuat sama hitam dan tebal seperti garisan
objek. Untuk menunjukkan struktur dalaman bagi
sesuatu objek
9 Satah Untuk menunjukkan struktur dalaman bagi sesuatu
Pemotongan objek
10 Garisan
penyambungan

3.2 PENGHURUFAN

Segala penghurufan didalam lukisan teknik/kejuruteraan mestilah ditulis dengan


menggunakan tulisan tangan. Terdapat 3 jenis tulisan yang digunakan dalam
lukisan iaitu gothic, roman dan text. Ia boleh ditulis dalam huruf besar atau kecil.
Pensel gred sederhana lembut seperti HB digunakan untuk menghuruf dan mata
pensel hendaklah sentiasa dalam keadaan tajam atau menggunakan pensel
mekanikal.

7
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

3.2.1 Cara yang betul untuk menghuruf

• Semasa menghuruf jangan campur tulisan besar dan kecil


• Gunakan garis panduan untuk menyeragamkan ketinggian tulisan.
• Garisan panduan boleh dibuat dengan menggunakan pensil gred keras
seperti 2H.
• Elakkan dari mencampurkan kaedah menghuruf tegak dan
kaedahcondong
• Jarak antara huruf hendaklah sama
• Ketebalan huruf hendaklah sama ia boleh dibuat dengan menggunakan
pensil yang sama.

Aa Bb Cc Dd Ee Ff
Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm
Nn Oo Pp Qq Rr Ss
Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz
Contoh huruf jenis
Gothic

Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg 3mm

Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn
Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu
Vv Ww Xx Yy Zz
Contoh huruf jenis Roman

3.2.2 Teknik menghuruf

Terdapat 2 jenis teknik menghuruf yang digunakan iaitu teknik menegak


dimana tulisan ditulis secara menegak dan condong dimana tulisan dilukis
secara condong (italic).
Berikut adalah contoh dan teknik menghuruf dengan betul

8
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Garis Panduan
Pensil 2H

G H
Pensil H
Teknik menegak

Garis Panduan
Pensil 2H

G H
Pensil H

4.0 ALAT TAMBAH (AKSESORI)ELEKTRIK

4.1 PENGENALAN

Kerja pemasangan dan pendawaian elektrik memerlukan aksesori seperti


pemegang lampu, ros siling, soket keluaran, fius, suis palam, pemutus litar, kotak
agihan pengguna, pemutus litar bocor ke bumi dan lain-lain sebagai
melengkapkan satu sistem pendawaian.

Aksesori digunakan mengikut kesesuaian dan keperluannya dipadankan


dengan fungsi kegunaannya. Binaan dan kendalian setiap aksesori tertakluk
kepada peraturan I.E.E dan dalam peraturan ini menekankan kadaran voltan
dan arus bagi setiap alat kelengkapan yang dipasang

Pelbagai aksesori pepasangan elektrik

9
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Pemegang lampu pendaflour dari jenis skru


pemasangan tekan masuk pemasangan bawah
dan tekan masuk pemasangan tepi.

Pemegang lampu
pendaflour(lamp holder
pendaflour
Lampu Pendaflour memerlukan ‘Starter’ atau
disebut suis pemula tiub pendaflour

- Suis Bara 2 pin berkualiti tinggi


- Kelongsong dibuat dari bahan’polycarbonate’
tahan hentakan
- Dipasang dengan kapasitor penindasan
Starter gangguan isyarat radio
- Terdapat juga starter jenis denyut elektronik

Pemegang Starter tiub pendaflour boleh didapati


daripada jenis tekan masuk dan jenis skru.Kedua-
duanya mempunyai punca tamatan kabel jenis
tekan
Pemegang Starter (Starter
Holder)

Lampu pendaflour jenis compact digunakan


kerana ia boleh menjimatkan tenaga dengan
pencahayaan yang sama dengan lampu biasa
berkadaran tinggi
- Boleh menjimatkan tenaga sehingga 80 %
dibandingkan dengan lampu biasa
- Memberi jangka hayat ketahanan sehingg
lapan kali ganda
- Disahkan dari ujian gangguan electromagnet
- Boleh diganti terus dengan lampu biasa
Lampu Pendaflour
‘Compact’(PLC lamp)

10
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Merupakan aksesori yang menyediakan bekalan


kuasa dari kotak agihan

Kegunaannya adalah mendapatkan punca


bekalan kuasa dengan menyambungkan kepada
alat kelengkapan elektrik mudah alih seperti
televisyen, seterika, peti sejuk, radio, komputer dan
lain-lain

Soket alir keluar

Palam digunakan untuk menyambungkan


kelengkapan elektrik dengan soket alir keluar
melalui kord atau kabel boleh lentur.

Palam/plug

- Kotak ini adalah tempat untuk pengagihan


tenaga elektrik utama kepada litar-litar kecil akhir
ataupun ke kotak fius agihan sub.

- Ia mengandungi peralatan perlindungan seperti


suis utama,pemutus litar bocor ke bumi (RCCB,RCD)
dan fius

Kotak Fius Agihan

Suis ialah suatu alat mekanikal yang boleh


memutus, membawa dan menyambungkan arus
Suis 1 gang) litar secara manual dalam keadaan normal.
Terdapat berbagai-bagai jenis suis kutub tunggal
yang digunakan pada masa ini yang berbeza dari
segi bentuk,kawalan dan sebagainya.Di antaranya
adalah seperti berikut
i) Suis Sehala
ii) Suis Dua hala
Suis 2 gang)

11
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

iii) Suis Perantaraan

Suis 3 gang

Photo cell

Photo cell merupakan sejenis pengesan cahaya. Ia


digunakan untuk menggantikan suis dan bertindak
secara automatik apabila mengesan cahaya

Sebagai pengehad arus yang masuk dalam rumah.


Ia jugabertindak sebagai penyambung dan
pemutus bekalan dari pihak pembekal.
Pepotong (Cut Out)

Perangkai Neutral

Digunakan oleh pembekal untuk menyukat jumlah


tenaga yang digunakan oleh pengguna.

Meter Kilowatt Jam

12
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Berfungsi sebagai alat menyukat masa

Timer delay relay

Digunakan untuk memegang lampu. Terdapat


pelbagai jenis pemengang lampu untuk lampu
yang berlainan seperti:
• Pemengang lampu jenis pangkal kilas
• Pemengang lampu jenis skru Edison
• Pemengang lampu jenis pin

Pemegang lampu

PVC Base
Sebagai kotak untuk menempatkan suis dan soket.
Terdapat dalam pelbagai saiz dab jenis:
• Jenis permukaan
• Jenis terbenam

Digunakan untuk rumah kediaman

Loceng elektrik

13
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Berfungsi sebagai pengehad arus dan pelindungan


terhadap arus lebihan dan beban lampau

Suis utama

Sebagai kawalan litar automatik dan semi


automatik

Contactor / penyentuh

Merupakan perlindungan kepada motor dari arus


lebih akibat beban lampau

Overload relay

Tapak bagi alatatur kipas dan suis

PVC base regulator fan

14
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

5.0 PELAN LANTAI BANGUNAN

5.1 Reka Bentuk Pelan Pelan Bangunan

• Oleh kerana simbol-simbol pemasangan dilukis pada pelan bangunan,


adalah lebih baik mengetahui terlebih dahulu berkenaan dengan pelan
bangunan.
• Pada pelan bangunan terdapat simbol arkitek yang dilukis bagi
membentuk sebuah pelan.

5.2 Simbol-simbol arkitek

Bil Simbol Keterangan

1
Arah
buka
Daun
Pintu satu daun

Pintu dua daun


Daun Daun

Pintu gelongsor

Tingkap

Anak tangga

15
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

5.3 Pelan Bangunan yang disiapkan dengan melukis pelan arkitek


mengikut simbol-simbol piawai.

Tandas 2

Tandas 1

Pintu keluar
2
Pintu keluar

Dapur
3
Bilik tidur 2
Bilik tidur 1

Ruang tamu
Ruang tamu

Pintu utama 1

16
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

• Pelan ini lazimnya disertakan dengan saiz atau ukuran terperinci bagi setiap
bahagian bangunan. Berpandukan kepada pelan bangunan inilah seseorang
pendawai akan membuat pelan pemasangan iaitu dengan menempatkan
simbol-simbol pemasangan pada ruang yang diperlukan oleh pelanggan.

• Daripada pelan pemasangan ini, pendawai akan dapat membuat


angggaran taksiran kos pendawaian, kerana pada pelan ini terdapatnya
petunjuk bilangan lampu, aksesori dan panjang kabel yang diperlukan.

6.0 CARA-CARA MELUKIS RAJAH PEPASANGAN ELEKTRIK

6.1 Reka Bentuk Pelan Elektrik

• Terdapat pelbagai jenis barangan dan alatan kelengkapan elektrik serta


peralatan aksesori pendawaian. Setiap peralatan dan aksesori mempunyai
fungsi dan tugas yang berlainan diantara satu sama lain. Untuk memastikan
pengenalan alatan dan aksesori supaya tidak mengelirukan pengguna,
dengan itu setiap satunya ditunjukkan secara lukisan simbol pada pelan
pendawaian.

• Dalam sistem pendawaian memerlukan satu pelan khas yang dinamakan


pelan pendawaian elektrik. Pelan ini sebagai rujukan kepada pendawai
untuk membuat kerja-kerja pendawaian pada suatu premis. Dalam pelan
pendawaian inilah mengandungi maklumat lengkap seperti bentangan
pendawaian, rekabentuk litar, komponen, aksesori, faktor keselamatan
pengguna dan faktor kos yang ekonomi.

• Setiap pelan elektrik mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang telah


ditetapkan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam penggunaan
elektrik, contohnya seperti
i) Peraturan Suruhanjaya Tenaga (Akta Bekalan Elektrik dan Peraturan-
Peraturan Elektrik)
ii) Peraturan MS IEC 60364
iii) Peraturan I.E.E Edisi 16

• Peraturan yang digunakan dalam nota ini berdasarkan kepada Peraturan


Suruhanjaya Tenaga dan peraturan I.E.E yang terbaru Edisi 16.

17
Tandas 2

Bilik tidur 1 Bilik tidur 2

Pintu keluar
3

Tandas 1

Ruang tamu

Dapur
menunjukkan kedudukan simbol suis, lampu, kipas.

Pintu utama 1
• Rajah dibawah menunjukkan satu contoh pelan

Ruang tamu Pintu keluar


2
susun

Petunjuk
1 x 85 watt Kipas 1 x 40 watt lampu
atur

Suis 1 Hala Kotak Fius Agihan


Siling kalimantang
13 Amp Soket Alir 1 x 20 watt lampu
Kipas Ekzos
Keluar kalimantang
yang
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

18
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

• Pelan ini lazimnya disertakan dengan saiz atau ukuran terperinci bagi setiap
bahagian bangunan. Berpandukan kepada pelan bangunan inilah
seseorang pendawai akan membuat pelan pemasangan iaitu dengan
menempatkan simbol-simbol pemasangan pada ruang yang diperlukan oleh
pelanggan. Daripada pelan pemasangan ini, pendawai akan dapat
membuat angggaran taksiran kos pendawaian, kerana pada pelan ini
terdapatnya petunjuk bilangan lampu, aksesori dan panjang kabel yang
diperlukan.

6.2 Teknik Melukis Simbol Pemasangan

• Diberikan beberapa contoh teknik melukis simbol pemasangan pada pelan


bangunan. Ini termasuk cara seperti,
- Melukis sambungan
- Menempatkan simbol yang betul seperti,

i) Kedudukan suis
ii) Kedudukan poin lampu
iii) Kedudukan kipas
iv) Kedudukan soket keluaran

• Rajah di helaian 2 adalah satu contoh pelan susun atur untuk


menempatkan suis, mata (point) lampu, kipas, dan 13 amp soket alir keluar
untuk sebuah rumah. Cara menempatkan simbol-simbol ini pada pelan
bangunan adalah mustahak kerana,
i) akan menjadi panduan kepada pendawai ketika membuat kerja
pendawaian sebenar.
ii) segala penempatan aksesori pendawaian hendaklah mematuhi
kehendak peraturan I.E.E Edisi 16 dan Peraturan Suruhanjaya Tenaga
bagi mematuhi langkah-langkah keselamatan.
iii) berkait rapat dengan keperluan sesebuah bilik bangunan mengikut
peraturan yang sediada.

• Peraturan pemasangan aksesori dan peranti elektrik antara lain menyatakan


bahawa

a) Suis
Suis hendaklah dipasang pada tempat yang mudah dicapai, tidak
terlindung atau ditempat yang dilarang oleh peraturan I.E.E /
Suruhanjaya Tenaga. Contoh penempatan adalah seperti berikut,
i. Bilik - Suis hendaklah dipasang di dalam bilik di tepi pintu masuk, tidak
terlindung oleh pintu.
ii. Bilik Mandi / tandas - Suis hendaklah dipasang di luar bilik mandi,tandas.

b) Lampu
Satu bilik sekurang-kurangnya satu lampu kecuali,
- memerlukan cahaya yang lebih
- kegunaan khas
- jarak tidak kurang daripada 2 meter antara satu dengan lain

19
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

c) Lampu bilik mandi


- jenis tungsten glob
- pendaflour bertutup sepenuhnya

d) Lampu dinding Sesuai untuk,


- Bilik Rehat
- Anjung Rumah
- Ruang Tamu

Cahaya yang seimbang dalam sebuah bilik boleh ditempatkan dengan


penempatan lampu yang betul. Simbol mata (point) lampu hendaklah
dilukis ditengah-tengah bilik.

e) Kipas
Simbol untuk kipas siling dilukis ditengah-tengah bilik. Jika lebih daripada
satu, hendaklah ditempatkan dengan sesuai supaya angin kipas
seimbang pada ruang yang diperlukan.

f) Unit Kawalan pengguna


Kotak agihan serta peranti kawalan pengguna boleh ditempatkan
dalam bilik khas atau di tepi dinding berhampiran pintu utama sesuatu
rumah atau premis.

g) Soket Keluaran
- Dicadangkan dari jenis tunggal
- Tidak boleh dipasang dalam bilik mandi kecuali jenis khas
- Utamakan pemasangan mengikut keperluan penggunaan
- Bilangannya bergantung kepada jenis pendawaiannya tertakluk
kepada peraturan I.E.E / Suruhanjaya Tenaga

6.3 Petunjuk

• Di samping pelan pemasangan terdapat satu penerangan ringkas


berkaitan dengan simbol yang digunakan pada pelan tersebut.
Penerangan ini boleh disediakan dalam satu bentuk ruang khas yang
dinamakan Petunjuk.

• Pada petunjuk akan dicatatkan simbol, keterangan dan bilangan atau pun
dalam bentuk nota tambahan bagi penerangan yang berkaitan.
i) Petunjuk boleh ditempatkan pada bahagian bawah, tepi kiri atau kanan.
ii) Jika terlalu banyak boleh dibuat pada helaian yang berasingan.
iii) Hanya satu simbol yang dilukis bagi mewakili simbol yang sama dalam
pemasangan.
iv) Semua simbol hendaklah ditunjukkan dalam Petunjuk.
v) Saiz simbol hendaklah sama dengan saiz pelan.

6.4 Gambarajah Litar Skema

• Litar skema dilukis bagi kegunaan menunjukkan kendalian keseluruhan


sesuatu litar. Simbol piawai skema dilukis dan disambung di antara satu
dengan lain secara bergarisan bagi membentuk litar lengkap mengikut

20
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

susun atur yang bersistem supaya mudah dibaca dan difahami


maksudnya.

• Dengan adanya litar skema dapat member maklumat dengan jelas


berkenaan reka bentuk sesuatu litar pendawaian. Rajah di bawah
menunjukkan contoh-contoh litar skema.

L1 L2

S1 S2

• Rajah di atas menunjukkan litar skema iaitu suis 1 mengawal lampu 1, dan suis
2 mengawal lampu 2. Lampu yang digunakan dari jenis berfilamen dan suis
yang digunakan adalah jenis satu hala.

L1
N

S1 S2

• Rajah di atas menunjukkan litar skema lampu iaitu lampu 1 dikawal oleh
suis 1 dan suis 2. Kedua-dua suis adalah jenis suis dua hala.

6.5 Gambarajah Pelan Pendawaian

• Simbol litar pendawaian dilukis mengikut bentuk sebenar peranti atau


aksesori bagi kegunaan khusus untuk gambar rajah litar pendawaian.
Kedudukan fizikal punca tamatan, sambungan diaksesori, kelengkapan
pemasangan dan peranti menjadi tumpuan utama simbolnya.

21
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

• Gambar rajah kedudukan sebenar punca-punca tamatan dan


sambungan pada simbol ini dapat membantu kefahaman setiap
sambungan litar dalam kerja-kerja pemasangan pendawaian.

Bil Simbol Keterangan

1 Suis Utama ( Main Switch )

N L

2 Suis satu hala

3 Suis dua hala

L
4 Siling ros
N E

• Simbol Litar Dapat Membantu Pendawai

a. Litar pendawaian dilukis dengan mengambil kira simbol pada


kedudukan fizikal sebenar aksesori dan peranti sesuatu pendawaian
elektrik. Selain daripada penempatan kedudukan sebenar, segala
sambungan juga ditunjukkan dengan jelas pada semua punca
tamatan dan aksesori dan peranti.

b. Dengan cara ini dapat membantu pendawai bagi pemasangan yang


melibatkan kelompok litar yang besar serta bilangan aksesori dan
peranti yang banyak. Terutama bagi pemasangan seperti litar kawalan
lampu, kawalan motor dan lain-lain lagi.

22
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

6.6 Kegunaan Litar Pendawaian

• Kegunaan litar pendawaian adalah untuk;


a) Kerja-kerja pemasangan
b) Pembaikan litar
c) Penyenggaraan litar
d) Mengesan kerosakan litar

E
N L
Lampu

EN L Kabel
suis
Punca
Bekalan
Terminal
common
L = Live
N= Neutral Suis
sehala
E = Earth

Contoh gambarajah pelan pendawaian satu lampu dikawal oleh satu suis satu
hala

23
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

E E
N L
Lampu 1 N L
Lampu 2

EN L Kabel
suis
Punca
Bekalan
Terminal
common
L = Live
N= Neutral Suis
sehala
E = Earth

Contoh gambarajah pelan pendawaian dua lampu dikawal oleh satu suis satu
hala

E
N L
Lampu 1

EN L

Punca
Bekalan Kabel suis 1

1 1
Terminal Kabel suis 2 Terminal
L = Live common
C
2 2
C
common
N= Neutral
E = Earth Suis 2 Hala Suis 2 Hala

Contoh gambarajah pelan pendawaian satu lampu dikawal oleh dua suis dua
hala

24
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

E E
N L
Lampu 1 N L
Lampu 2

ENL
Kabel suis 1 Kabel suis 1
Punca
Bekalan Kabel suis 2 Kabel suis 2

1 1 1
Terminal Terminal
L = Live common
C
2
3
2
4
2
C
common
N= Neutral
E = Earth Suis 2 Hala Suis Suis 2 Hala
Pertengahan

Contoh gambarajah pelan pendawaian satu lampu dikawal oleh dua suis dua
hala dan suis perantaraan @ pertengahan

7.0 RAJAH SKEMATIK

7.1 Lukisan Skematik

• Lukisan skema pemasangan domestik dilukis bagi menunjukkan pengagihan


tenaga elektrik dari punca bekalan tenaga elektrik hingga ke litar akhir
pengguna (kotak fius agihan). Pengagihan ini akan ditunjukkan dengan satu
garisan. Oleh kerana itu lukisan ini juga dikenalai sebagai gambarajah satu
garisan.

• Dengan adanya gambarajah ini pihak berkuasa bekalan akan dapat


menentukan kadaran arus yang diperlukan dipemasangan itu. Meraka akan
dapat menentukan kadaran arus bagi alat-alat kawalan utama, saiz dan
jenis kabel yang hendak digunakan dan bilangan litar akhir yang diperlukan.

• Para pendawai, perancang atau pemasang pendawaian pula menjadikan


gambarajah skema itu sebagai panduan untuk menentukan jenis
pendawaian yang hendak digunakan dan beban yang dipasang pada
setiap litar akhir disamping mematuhi kehendak alat-alat kawalan utama
yang perlu disediakan.

• Dalam kerja pemasangan elektrik, gambarajah ini amat diperlukan selepas


gambarajah pelan tata letak (layout plan)

25
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

2 x 1.5mm sq pvc/pvc

2 x 10mm sq pvc/pvc 2 x 2.5mm sq pvc/pvc


6A

4 Mata 1x36W Lampu Kalimantang


Unit Pepotong &
Penyambung 6A
Neutral
2 Mata 1x85W Kipas Siling
20A
M
D.O.L 1 Mata Penghawa Dingin 1 Kuasa Kuda
Meter 32 A Suis Peranti Arus 20A
Kilowatt Utama Dua Baki 40 A
Jam Kutub (100mA) Simpanan

2 x 2.5mm sq pvc/pvc
20A

2 Mata 1x13A Soket Alir Keluar


20A

Simpanan
Peranti Arus
Baki 40 A
(30mA)

Contoh lukisan yang baik dan kemas

• Keterangan lanjut seperti kadaran arus, voltan dan jenis komponen perlulah
dicatatkan pada simbol-simbol berkenaan.

• Jangan mencampur adukkan simbol-simbol daripada piawaian lain dalam


gambarajah ini kecuali jika tidak dapat pilihan lain. Hal ini hendaklah diberi
keterangan melalui nota dibawah gambarajah itu.

26
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Fius piawaian
Amerika

5A
1

5A
2
KWJ 10A
3
Suis
Utama 20A
Piawaian 4
Amerika

Fius piawaian Fius B.S


British (simbol baru) (simbol lama)

Contoh simbol piawai Amerika dan British

• Arah lukisan ini mestilah bermula dari atas ke bawah (Rajah 7 d) atau dari
kiri ke kanan (rajah 7 a) sesuai dengan cara pembacaan biasa. Arah ini
mengikut piawaian British atau arah biasa bekalan masuk (rajah 7 b dan c).
Piawaian lain mungkin berbeza arah pembacaannya.

salah bertentangan
KWJ betul KWJ dengan arah pembacaan
biasa

Rajah 7 a Rajah 7 b

27
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Rajah 7 c Rajah 7 d

KWJ

KWJ

Sesuai untuk bekalan dari


Sesuai untuk bekalan dari
dalam tanah / bawah
talian tanah
tanah

• Papan fius agihan yang dilukis mestilah memuatkan kesemua fius atau
pemutus litar yang akan digunakan walaupun hanya untuk simpanan. Ini
termasuklah kadarannya, litar akhir yang keluar dari setiap fius atau
pemutus litar itu mestilah diberikan nombor untuk rujukan pembaca
termasuk litar akhir simpanan (lihat rajah 8)

6A

1 4 Mata 1x36W Lampu Kalimantang


6A

2 2 Mata 1x85W Kipas Siling


20A

D.O.L 3 1 Mata Penghawa Dingin 1 Kuasa Kuda


20A

4 Simpanan

Rajah 8

28
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Rajah 9: Contoh lengkap gambarajah skematik pengguna

Gambarajah Litar Skematik Satu Garisan Satu Fasa


Single Phase Schematic Diagram

2 x 1.5mm sq pvc/pvc

2 x 10mm sq pvc/pvc 2 x 2.5mm sq pvc/pvc


6A

4 Mata 1x36W Lampu Kalimantang


Unit Pepotong &
Penyambung 6A
Neutral
2 Mata 1x85W Kipas Siling
20A
M
D.O.L 1 Mata Penghawa Dingin 1 Kuasa Kuda
Meter 32 A Suis Peranti Arus 20A
Kilowatt Utama Dua Baki 40 A
Jam Kutub (100mA) Simpanan

2 x 2.5mm sq pvc/pvc
20A

2 Mata 1x13A Soket Alir Keluar


20A

Simpanan
Peranti Arus
Baki 40 A
(30mA)

7.2 Panduan Melakukan Lukisan Skematik

7.2.1 Gambarajah skematik berpandukan Pelan Tata Letak

- Sebelum kerja-kerja melukis gambarajah skema dimulakan, perkara-


perkara yang berikut hendaklah dipastikan terlebih dahulu.

7.2.2 Bagaimana menentukan bilangan litar akhir

- Bilangan litar akhir dapat ditentukan dengan memperhatikan nombor


pada setiap beban termasuk soket alur keluar dan lain-lain komponen
yang terdapat pada pelan tata letak itu. Jika nombor yang paling akhir
pada beban itu ialah 6. Ini bererti bilangan litar akhir bagi pemasangan
itu 6 buah tidak termasuk simpanan. Litar akhir simpanan biasanya tidak
melebihi separuh jumlah litar akhir.

7.2.3 Menetapkan kadaran arus bagi peranti pelindung arus lebih

- Kadaran arus bagi setiap peranti pelindung arus lebih litar akhir, dapat
ditentukan berdasarkan beban yang dipasang pada litar itu. Untuk
mendapatkan kadaran yang tepat, satu pengiraan khas perlu
dilakukan. Sebagai latihan asas kepada pelatih untuk melukis
gambarajah skema, judul yang berikut bolehlah dijadikan panduan
penentuan kadaran arus bagi peranti pelindung arus lebih itu. Jadual ini
sebenarnya ialah rumusan pengiraan penentuan kadaran arus peranti
pelindung.

29
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Beban Bilangan Beban Kadaran Arus peranti Pelindung (MCB)


dan saiz kabel

Lampu/ kipas 10 6 amp (kabel 1.5 mm² pvc)

Soket Alur Keluar 13 2 16,20 amp (kabel 2.5 mm² pvc)


amp

Soket Alur Keluar 13 Tidak terhad 30 amp (kabel 4.0 mm² pvc)
amp

Pemasak 1 30 amp (kabel 4.0 mm² pvc)

Pemanas 1 30 amp(kabel 4.0 mm² pvc)

Soket Alur Keluar 13 Tidak terhad 30 mp (kabel 2x2.5


amp (gelang) mm² pvc)

• Bagi litar akhir simpanan, kadaran arus peranti pelindungnya


berdasarkan kadar pertengahan di antara nilai-nilai kadaran peranti
pelindung yang terdapat di pemasangan itu. Misalnya satu
pemasangan mempunyai kadaran arus peranti pelindung 6 amp, 10
amp, 16 amp, 20 amp dan 30 amp, jadi kadaran arus peranti pelindung
simpanan adalah di antara 6 amp hingga 30 amp. Biasanya kadar
pertengahan yang diambil, iaitu sama ada 10 amp atau 20 amp.

7.2.4 Saiz kabel yang digunakan

Kabel yang hendak digunakan bergantung kepada jenis beban yang


dipasang dan jenis pendawaian yang hendak digunakan. Satu pengiraan
khas perlu dilakukan bagi mendapatkan saiz kabel yang tepat. Hal ini ada
dibincangkan dengan terperinci dalam buku peraturan pemasangan atau
buku-buku pemasangan elektrik. Bagi memudahkan kerja melukis dan
sebagai panduan awal tanpa pengiraan khas, jadual di bawah bolehlah
digunakan untuk kerja-kerja melukis gambarajah skematik.

30
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Saiz kabel Jenis Kabel Beban


1.25 mm² pvc/ 1.5 mm² pvc PVC Lampu- 6 amp

2.5 mm² pvc PVC Soket Alur Keluar 13 amp

4 mm² pvc PVC Pemasak/pemanas dan


Penghawa Dingin

6/10 mm² pvc PVC Bekalan Utama bagi jumlah


permintaan arus tidak
melebihi 30 amp

16 mm² pvc /25 mm² pvc PVC Bekalan Utama bagi jumlah
permintaan arus tidak
melebihi 60 amp

8.0 Faktor Kepelbagaian

8.1 Pengenalan

ialah suatu perkiraan anggaran yang membenarkan pengurangan arus pada


alat, saiz kabel, dan alat perlindungan yang perlu ada dalam sesuatu
pepasangan.

8.2 Mengapa ia diperlukan?

i. Tidak semua kelengkapan peralatan elektrik digunakan serentak dalam satu


masa, seperti radio, televisyen, permainan video, seterika, ketuhar
gelombangmikro, lampu, set hi-fi dan sebagainya.

ii. Jika tidak kesemua peralatan digunakan serentak, ini bermakna kadar arus
yang digunakan kurang daripada kadaran arus maksimum.

iii. Tidak ekonomik sekiranya reka bentuk litar pemasangan berpandukan


kepada permintaan arus maksimum beban dalam penggunaan kabel, suis
serta alat perlindungan.

iv. Kelonggaran dalam merekabentuk pemasangan supaya sesuai dengan


keadaan maka faktor kepelbagaian dibenarkan tetapi hendaklah
berpandukan pada Jadual B (Peratura-Peraturan Elektrik 1994) dan Jadual
4B (Peraturan IEE edisi 15).

31
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

8.3 Penggunaan Faktor Kepelbagaian

Faktor kepelbagaian hanya dibenarkan untuk mengira saiz pengalir dan


peralatan kawalan seperti suis utama dan pemutus litar pada pengalir utama
dan sub-utama. Faktor kepelbagaian tidak boleh digunakan untuk mengira saiz
pengalir litar akhir kecuali bagi litar akhir pemasak.

Peraturan IEE menerangkan bahawa faktor kepelbagaian boleh digunakan


untuk mengira saiz pengalir dan peralatan kawalan kecuali litar akhir.

Persamaan yang digunakan bagi pengiraan faktor kepelbagaian adalah:

Faktor Kepelbagaian = Jumlah beban serentak yang digunakan


Jumlah beban yang digunakan

Faktor Kepelbagaian ini boleh ditentukan oleh perancang-perancang


pemasangan elektrik dengan berpandukan secara asas di dalam JADUAL
KETIGA PERATURAN 11 yang terdapat di dalam Buku Akta Bekalan Elektrik
Peraturan-Peraturan Elektrik yang disediakan .Jadual khas ini memberi
anggaran kepelbagaian bagi setiap jenis beban yang terdapat di dalam
pemasangan elektrik jenis domestik. Harus diingat peraturan-peraturan yang
terdapat di dalam Buku Akta dan peraturan 80 % adalah melibatkan
pepasangan domestik , jadi apa jua pepasangan yang melibatkan
pepasangan domestik haruslah dirujuk peraturan 11.

Di dalam pepasangan pendawaian elektrik terbahagi kepada 3 kategori iaitu:


i) Domestik – Rumah kediaman
ii) Perdagangan- Kedai kecil, stor, pejabat dan bangunan perniagaan
persendirian, hotel kecil, rumah rehat, rumah tamu dan sebagainya
iii) Industri - Kilang

Jika anda perhatikan bil-bil elektrik samaada di rumah anda atau di tempat
kerja anda berbeza tarifnya. Ini adalah kerana penggunaan elektrik berbeza
bagi kategori Domestik,Perdagangan dan Industri. Jadi penggunaan faktor
kepelbagaian juga berbeza mengikut 3 kategori tadi. Bagi pemasangan 3 fasa,
Pengiraannya adalah sama dengan pengiraan satu fasa, iaitu jumlah beban di
bahagi dengan voltan nominal terbaru. Dan di akhir pengiraan jumlah
keseluruhan perlu dibahagi 3.

Bagi beban seperti 3 fasa jumlah beban terus dibahagi 3 x 400 x 0.85 untuk
mencari jumlah arus

32
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

8.4 JENIS-JENIS BEBAN ELEKTRIK

1) 2) 3)

- Inductor
- Inductif
- Capasitor - Resitance - Beraruhan
- Kapasitif - Resistitif
- Kapasitan - Kerintangan

Jenis beban yang Jenis beban yang Jenis beban yang


berpenebat tidak bergelung dan bertemu bergegelung dalam
bersentuh antara satu sama lain atau secara satu punca
sama lain siri.

Contoh : Contoh : Contoh:


Lampu kalimantang Lampu Filamen,Cerek Motor,Kipas.MesinBasuh
yang mempunyai Elektrik,Pemasak, ,Peti sejuk dan lain-
kapasitor. Pemanas Air dan lain- Lain.
lain.

Contoh pengiraannya Contoh pengiraannya Contoh pengiraannya


adalah seperti berikut: adalah seperti berikut: adalah seperti berikut:

10 lampu kalimantang 10 lampu filamen 60 5 kipas siling 85 watt


1 x40 watt watt
5 x 85
10 x 40 x 1.8 10 x 60 watt 230 x 0.85
230 x 0.85 230

Kesimpulan rajah di atas ialah jenis beban yang beraruhan dan kapasitan wajib di
bahagi dengan voltan nominal terbaru dan angkadar kuasa. Bagi jenis beban
yang berkerintangan hanya perlu dibahagi dengan voltan nominal sahaja.

Peringatan 1:
Segala maklumat yang terdapat dalam Buku Akta dan Peraturan Elektrik 1990 ,80%
maklumat adalah yang berkaitan dengan pepasangan domestik.Anda
seharusnya lebih merujuk kepada Peraturan 11 jika pepasangan lebih kepada
domestik.Pepasangan Industri tidak tertakluk kepada JADUAL KETIGA Peraturan
11.

Peringatan 2:
Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Tenaga (ST) telah bersetuju untuk
menetapkan pemakaian standard MS IEC 60038:2006 – IEC standard voltages
sebagai voltan nominal bagi sistem bekalan voltan rendah yang baru di Malaysia
iaitu 230/400V dengan julat +10% dan -6% pada frekuensi 50 Hz dengan julat ± 1%,
menggantikan voltan bekalan sediada iaitu 240/415V dengan julat +5% dan -10%
pada frekuensi yang sama.

33
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Pemakaian standard MS IEC 60038:2006 – IEC standard voltages ini berkuatkuasa


mulai 01 Januari 2008.

Di bawah adalah jadual 4B petikan dari bab Peraturan-peraturan I.E.E Edisi ke 15 (m/s 125)

Jenis Pemilik Bangunan


Bil Penggunaan kepelbagaian bagi
litar kecil akhir yang disuapkan Pemasangan Rumah Kedai kecil,stor,pejabat dan Hotel kecil,rumah
dari pengalir atau peralatan Persendirian termasuk Blok bangunan perniagaan rehat,rumah tamu dan
suis Penginapan Persendirian persendirian sebagainya

1. Lampu 66% daripada jumlah permintaan 90 % daripada jumlah 75% daripada jumlah permintaan
arus permintaan arus arus

2. Bekalan Kuasa dan pemanas (lihat 100% daripada jumlah permintaan 100% beban penuh perkakas 100% beban penuh perkakas
bil 3 hingga 8) arus yang melebihi 10 Amp yang terbesar tambah 75% yang terbesar tambah 80% beban
tambah 50% daripada arus yang beban penuh perkakas baki penuh perkakas yang kedua
melebihi 100 Amp terbesar tambah 60% beban
penuh perkakas baki

10 Amp yang pertama tambah


30% beban penuh perkakas 100% beban penuh perkakas yang terbesar tambah 20% beban penuh
3 Perkakas Memasak memasak yang melebihi 10 Amp perkakas yang kedua terbesar tambah 60% beban penuh perkakas
tambah 5 Amp jika unit itu baki
menyediakan soket alir keluar

100% beban penuh motor yang 100% beban penuh motor yang
4. Motor terbesar tambah 80% beban terbesar tambah 50% beban
(selain pengangkut yang memerlukan penuh motor yang kedua penuh motor baki
perhatian khusus) terbesar tambah 60% beban
penuh motor baki

100% beban penuh perkakas yang 100% beban penuh perkakas


5. Pemanas air(jenis segera) terbesar tambah 100% beban yang terbesar tambah 100%
penuh perkakas yang kedua beban penuh perkakas yang
terbesar tambah 25% beban penuh kedua terbesar tambah 25%
baki beban penuh baki

6. Pemanas air Tidak dibenarkan kepelbagaian


(kawalan laras suhu)

7. Pemasangan pemanas lantai Tidak dibenarkan kepelbagaian

8. Pemasangan ruang simpanan haba Tidak dibenarkan kepelbagaian

9. Susunan litar akhir yang piawaian 100% permintaan arus litar yang terbesar tambah 40% permintaan 100% permintaan arus litar yang
mengikut lampiran 5 arus bagi setiap litar lain terbesar tambah 50% permintaan
arus bagi setiap litar lain

100% permintaan arus titik 100% permintaan arus titik 100% permintaan arus titik
10 Soket alir keluar selain Bil 9 dan penggunaan yang terbesar tambah penggunaan yang terbesar penggunaan yang terbesar
kelengkapan yang dinyatakan diatas 40% bagi setiap titik penggunaan tambah 75% bagi setiap titik tambah 75% permintaan arus
yang lain penggunaan yang lain setiap titik di bilik utama ( seperti
di ruang makan ) tambah 40%
permintaan arus bagi setiap titik
penggunaan yang lain

34
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

8.5 Contoh Pengiraan Faktor kepelbagaian :

Sebuah rumah kediaman memerlukan pendawaian berikut dengan bekalan 1 fasa dengan
bekalan 230 volt, 50 Hz. Faktor kuasa 0.85 dan faktor pembetulan 1.8. Kirakan arus
maksima dan arus anggaran serta saiz alat perlindungan yang bersesuaian.

1) 10 mata lampu kalimantang 1x 40 watt


2) 3 mata kipas angin siling 85 watt
3) 6 mata soket alir keluar 13 amp (MCB 16 Amp 1 litar)
4) 1 mata penghawa dingin 1 hp (kuasa kuda)
5) 1x1 kw Pemanas Air Segera
6) 1x1 kw Pemanas Air Segera
7) 12 volt Loceng Elektrik

Bil. Beban / Litar Arus Maksima Faktor Arus Anggaran


Kepelbagaian

1. 10 mata lampu
kalimantang 40 10 x 40w x 1.8 3.68 amp x 66 %
watt 230v x 0.85 66%

3.68 amp 2.43 amp

2. 3 mata kipas 3 X 85w 66% 1.30 amp x 66 %


angin siling 85 watt 230v X 0.85

1.30 amp 0.86 Amp

16 Amp x 100%
3. 6 mata soket alir litar 1 = 16A 16 x 3 100%
keluar 13 amp litar 2 = 16A =48A 16 Amp
litar 3 = 16A

60 Amp + +

40% (48 amp -16


amp) x 40 %

12.8 Amp

28.8 Amp

35
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

4 1 mata penghawa
dingin 1 hp (kuasa 1 x 746w Tiada Faktor 1 x 746w
kuda) 230v x 0.85 Kepelbagaian 230v x 0.85
untuk Rumah
3.82 amp Kediaman = 3.82 amp

5 1 X 2 kW Pemanas
Air Segera 1 X 2 X 1000w
230v 100% 8.7 amp x 100%

8.7amp 8.7 amp

6 1 X 1 kW Pemanas
Air Jenis Segera 1 X 1 X 1000w
230v
100% 4.35 amp x 100 %
4.35 amp
= 4.35 amp

7 12 volt Loceng 2 amp Di abaikan -


Elektrik

Jumlah Keseluruhan 83.85 amp 48.96 amp

Suis Utama yang di pilih = 63 Amp satu fasa dan neutral

Saiz RCD yang dipilih = 63 Amp 100 mA (0.1Amp)

Saiz RCD Litar Kuasa yang dipilih = 63 Amp 30 mA (0.03 Amp))

Saiz RCD Litar Pemanas Air yang dipilih = 30 Amp 10 mA (0.01Amp)

Kadaran fius Utama = 63 Amp.

Saiz kabel utama yang digunakan = 16mm² pvc

36
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

37