Anda di halaman 1dari 85

SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

RUJUKAN PENSYARAH

TAJUK MODUL PENDAWAIAN

1.0 Jenis Pendawaian

1.1 Pengenalan

Terdapat berbagai-bagai jenis sistem pendawaian yang dipraktikkan di Malaysia.


Dalam menentukan sistem pendawaian yang digunakan, beberapa faktor seperti
jenis bangunan, perlindungan mekanikal, keadaan pemasangan dan jenis
penebat kabel yang digunakan perlu diambil kira. Jenis sesuatu sistem
pendawaian boleh dinamakan dengan berpandukan kepada kaedah-kaedah
pemasangan kabel dan jenis salutan pada kabel.

1.2 Sistem Pendawaian Permukaan (Surface Wiring)

Ialah satu sistem di mana kabel-kabel digunakan dalam sesuatu pemasangan


yang dipasang pada permukaan dinding atau siling dengan menggunakan
plumbum tanpa sebarang pelindung tambahan.

1.3 Faktor pemilihan Sistem Pendawaian

Untuk memilih sesuatu sistem pendawaian ia perlu dirancangkan dahulu agar tidak
merugikan. Keutamaan harus diberikan supaya sistem ini mengawal kecekapan dan
selamat. Di antara perkara-perkara yang perlu diperhatikan adalah seperti berikut :-
1. Jenis beban yang hendak dipasang.
2. Keadaan tempat pemasangan.
3. Kos perbelanjaan.
4. Tempoh ketahanan pemasangan.
5. Kekemasan dan kecantikan.
6. Keadaan sekeliling.
7. Tempoh masa menyiapkan.
8. Perubahan atau penambahan litar masa akan datang.
9. Jenis voltan bekalan.
10. Keselamatan dan kelulusan TNB / JKR.

Ciri ciri pemilihan sistem pendawaian permukaan yang dianggapkan sesuai


adalah seperti berikut:

1. Bekalan voltan jenis 1 fasa.


2. Bangunan yang diperbuat daripada kayu atau batu.
3. Kos perbelanjaan murah.
4. Bilangan kabel atau litar akhir yang perlu dipasang adalah sedikit.
5. Kerosakan mekanikal kemungkinan berlaku amat kurang.
1
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

6. Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan pendawaian.


7. Kadar kuasa beban yang dipasang adalah kecil.

2.0 Jenis Kabel

Kabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut, ini adalah kerana
kabel yang dipasang secara sistem permukaan akan terdedah pada keadaan
sekeliling dan kerosakan mekanikal. Jenis kabel yang sesuai digunakan dibangunan
rumah kediaman adalah kabel bersalut pvc /pvc (pvk).

2.1 Kaedah pemasangan kabel


Dibuat dengan disokong oleh klip ke permukaan pendawaian dinding, tiang atau
siling. Sebelum sistem ini di jalankan pastikan permukaan pendawaian bukan
daripada bahan jenis logam. Bagi pendawaian permukaan yang dibuat di
bangunan batu atau simen, kabel akan diklipkan atas satu bilah papan ( wooden
batten) yang sebelum itu dipakukan ke dinding atau siling tersebut. Saiz klip yang
digunakan perlu dipilih agar sesuai dengan jumlah bilangan kabel yang perlu
disokong. Jarak pemasangan di antara klip ialah tidak melebihi 150mm.

CONTOH PENDAWAIAN PERMUKAAN

2
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Mendatar Pencengkam
Menegak

3.0 Pendawaian Ringkas

3.1 Pengenalan

Pendawaian ringkas ialah pendawaian asas kepada pendawaian sebenar. Tujuan


pendawaian ini dilakukan supaya peserta dapat membentuk klip plumbum
pelbagai saiz, meluruskan kabel dengan betul dan menyokong kabel dengan klip
plumbum. Pendawaian ini hendaklah menggunakan kabel berpenebat PVC/PVC
(Double PVC).

3.2 Jenis Klip

Terdapat dua jenis klip yang biasa digunakan iaitu klip aluminium dan plumbum.
Saiz klip yang digunakan perlu dipilih agar sesuai dengan jumlah bilangan kabel
yang perlu disokong.

Klip Aluminium

Klip Aluminium

Klip Plumbum

3
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Jarak maksima di antara klip yang menyokong kabel boleh dirujuk pada jadual 1a :

Jarak maksimum bagi klip


Garis Kabel getah tanpa perisai pvk Kabel beperisai Kabepenebat
pusat atau plumbum - bersalut mineral salut kuprum
Ke atau salut aluminium
seluruh Umum Dalam kawalan
an
Kabel Mendatar Menegak Mendatar Menegak Mendatar Menegak Mendatar Menegak
1 2 3 4 5 6 7 8 9
Mm Mm Mm Mm Mm Mm Mm Mm Mm
9 250 400 600 800
9 15 300 400 350 450 900 1200
15 20 350 450 150 250 400 550 500 2000
20 40 400 550 450 600

Jadual 1a

Jadual ini menerangkan jarak bagi penyokong kabel

3.3 Jenis Pendawaian Ringkas

Terdapat 6 jenis pendawaian ringkas iaitu :

(a) Pendawaian Menegak


Jarak antara klip plumbum untuk pendawaian menegak ialah 100mm hingga
120mm.

. .

120mm

. .

120mm

. .

120mm

. .

4
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

(b) Pendawaian Melintang


Jarak antara klip plumbum untuk pendawaian melintang ialah 120mm hingga
150mm.

. . . .

. . . .

150mm 150mm 150mm

(c) Pendawaian Bengkok 90°

150mm 150mm

. . .

. . .
. .

120mm

. .

120mm

. .

5
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

(d) Pendawaian Simpang 3.

. .

. .

. .
. .
. . . .

. . . .
. .
. .
150mm 150mm
120mm

. .

120mm

. .

6
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

(e) Pendawaian Simpang 4

. .

120mm

. .

120mm

. .
. .

. . . . . . . .

. . . . . . . .
. .
150mm 150mm
150mm 150mm
120mm

. .

120mm

. .

7
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

(f) Double Offset 135°

. .

120mm

. .

m
0m .
24
.

. .

120mm

. .

8
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

4.0 SAMBUNGAN DAN TAMATAN KABEL

4.1 Pengenalan

Sambungan dan tamatan kabel adalah satu kaedah yang dibenarkan untuk
mendapat sambungan yang kukuh dan selamat untuk mengalirkan arus elektrik di
dalam litar.

4.2 Kaedah Penyambungan kabel

Semua sambungan kabel/pengalir mestilah dibuat dengan sempurna dari segi elektrikal
dan mekanikal. Sambungan pada kabel mestilah mudah untuk pemeriksaan kecuali jika
tertanam di bawah tanah. Dua kaedah asas membuat penyambungan pada kabel
ialah :-
(a) Sambungan mekanikal.
(b) Sambungan pateri.

4.2.1 Sambungan mekanikal.

Dibuat dengan menggunakan terminal-terminal penyambung seperti penyambung


tembikar dan penyambung yang mempunyai penebat plastik. Penyambung-
penyambung ini mestilah boleh menyambung pengalir dengan kemas. Penyambung-
penyambung ini ada terdapat di pasaran.

4.2.2 Sambungan pateri.

Sambungan jenis ini dibuat pada pengalir dan dipintalkan, kemudian dipateri bahagian
yang berpintal. Pateri yang digunakan pada pengalir tembaga adalah daripada pateri
yang lembut (tinmas) iaitu aloi timah dan plumbum dalam nisbah yang sama. Suhu lebur
nya ialah kira-kira
200 ° C.
a. Untuk kabel-kabel yang kecil – guna besi pateri
b. Untuk kabel–kabel yang besar – guna periuk logam dan senduk.

4.3 Jenis-jenis sambungan

Sambungan kabel ini terdiri dari jenis :-


1. Sambungan Kahwin
2. Sambungan Tee

4.3.1 Sambungan Kahwin

Sambungan jenis ini dibuat pada kabel berlembar. Sekiranya dibuat dengan
sempurna, sambungan ini merupakan satu sambungan yang amat kuat. Tiap-tiap
hujung kabel dibuang penebat dan lembar kabel diasingkan seperti gambarajah.
Kemudian lembar-lembar pengalir itu dirapatkan secara berselang seli dan dililit
dengan arah yang bertentangan. Apabila siap sambungan dipaterikan.

9
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

4.3.2 Sambungan Tee

Sambungan tee ini adalah untuk sambungan pada kabel berlembar. Sambungan ini
dibuat untuk menyambung satu kabel pada satu kabel lurus. Kabel lurus cuma
dibuang penebat, manakala kabel yang hendak disambung dibuang penebat kira-
kira 75mm. Kabel yang hendak disambung diletakkan di tengah-tengah kabel lurus
dengan 3 lembar pengalir diletakkan di tiap–tiap sebelah kabel lurus itu. 1 lembar
yang lebih dililit sebanyak 2/3 lilitan supaya lembar pengalir yang lain tidak terbuka.
Kemudian sambungan ini dipaterikan.

5.0 PELAN SUSUN ATUR

5.1 Pengenalan

Untuk mencapai tahap kekompetenan kita mesti tahu menggunakan peralatan yang
betul untuk membuat teknik-teknik melakar garisan di atas papan pendawaian.
Menggunakan pita pengukur untuk melakar garisan-garisan rujukan pendawaian
dengan cara yang betul adalah satu kemestian dan boleh melakukan teknik-teknik
melakar garisan-garisan rujukan pendawaian dengan cara yang betul adalah satu
kemahiran. Maka, kita mesti memahirkan diri dalam dua perkara di atas.

5.2 Senarai peralatan/bahan

Di bawah ini disenaraikan peralatan serta bahan untuk kerja-kerja atau aktiviti melakar
garisan-garisan rujukan atau melukis pelan susun atur pada dinding pendawaian ( wiring
bay ).

Bahan/peralatan Kuantiti
Pita pengukur 1 unit
Kapur warna 1 batang
Tetimbang air (Spirit level ) 1 unit
Pembaris panjang 1unit
Papan pendawaian 1 unit

10
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Di bawah adalah gambar menunjukkan peralatan/bahan untuk melukis pelan susun


atur pada dinding pendawaian.

gambar gambar

Pita pengukur Kapur warna Tetimbang air (Spirit level )

gambar

Pembaris panjang Papan pendawaian (wiring bay )

5.2.1 Pengenalan “wiring bay”

“Wiring bay” adalah satu tempat untuk peserta-peserta membuat latihan pendawaian.
Ianya diperbuat daripada kayu(papan) ataupun “playwood”. Ukurannya adalah
mengikut piawaian iaitu 5 kaki lebar kanan, 5 kaki lebar kiri, 5 kaki lebar tengah,5 kaki
lebar aras bay dan 6 kaki tinggi (5x5x5x5x6).

5 kaki

Aras bay
Aras bay

Sisi bay Tengah


Tengah bay Sisi bay
6 kaki

bay

“ Wiring bay” Gambarajah penuh posisi “wiring bay”

11
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

5.2.2 Teknik-Teknik Melukis Pelan Susun Atur

Untuk melakar garisan-garisan rujukan pendawaian dengan betul kita mesti


mengetahui maksud garisan yang di buat pada dinding pendawaian. Contohnya
seperti gambarajah di bawah.

1 2
Garisan rujukan 7

Tanda permulaan Tanda akhir


Papan pendawaian
Spirit level X
5
6
Y Garisan panduan
Spirit level

Garisan rujukan
8 Garisan mendatar Y
4
3

Langkah-langkah kerja yang perlu dilakukan ialah seperti berikut :

1. Tandakan titik permulaan 1 berhampiran dengan hujung papan pendawaian.


2. Ukur hingga poin no.2, tandakan.
3. Ukur hingga poin no.3, tandakan.
4. Ukur hingga poin no.4, tandakan.
5. Ukur hingga poin no.1, tandakan.
6. Ukur hingga poin no.5 dan 6,tandakan – garis tengah x.
7. Ukur hingga poin no.7 dan 8 tandakan – garis tengah Y.
8. Buat garisan petak mengikut ukuran iaitu 10 mm jarak antara satu petak.
9. Garisan-garisan pelan susun atur yang lengkap akan kita perolehi setelah langkah-
langkah kerja di atas kita ikuti.

6.0 Alat Kelengkapan Pepasangan

6.1 Pengenalan

Pencahayaan ialah satu bentuk tenaga sinaran dan dapat dihasilkan dengan
mengalirkan arus elektrik melalui filamen karbon, rod karbon atau tiub-tiub yang
berisi gas. Tenaga elektrik yang dialirkan itu ditukarkan kepada bentuk tenaga
haba dan kemudiannya menjadi cahaya yang menyinar keluar.

6.2 Jenis-Jenis Pencahayaan

Pencahayaan yang baik mestilah dapat memenuhi kehendak pengguna dari segi
fizikal dan sosialnya. Sewaktu menentukan banyaknya cahaya yang diperlukan
oleh sesuatu tempat, faktor-faktor berikut perlu diambil kira:

a). Jenis Lampu dan pemantulan.


b). Sudut pemasangan lampu.
12
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

c). Kedudukan lampu – jauh / dekat.


d). Warna / cat – Lantai, dinding, siling.

Rekabentuk dan susunatur lampu dalam bangunan memberikan peranan yang penting
bagi mencapai pencahayaan yang baik atau skim pencahayaan yang dikehendaki
bersesuaian dengan tempat dan tujuannya.

Oleh itu, reka bentuk dan skim pencahayaan yang baik, mestilah:

a). Dapat memberikan cahaya yang mencukupi.


b). Tidak menyilaukan / memberikan bayang.
c). Cahaya dapat disebarkan secara seimbang.
d). Sesuai dengan kehendak tugasnya.
e). Mempunyai jenis lampu yang betul.

6.3 Pengenalan jenis Lampu

Lampu-lampu elektrik boleh dikenali dan dibezakan berdasarkan kepada yang berikut:
a). Bentuk mentol / tiub.
b). Jenis kemasan.
c). Warna cahaya.
d). Lumen / watt.
e). Jenis kepala.

a). Bentuk Mentol / Tiub.


Pengenalan sesuatu jenis lampu boleh dilihat pada bentuk mentol atau tiub itu,
contohnya:
i. Bentuk silinder panjang - Lampu pendarflour.
ii. Bentuk silinder bulat - Lampu pendarflour
iii. Bentuk bulat - Lampu pijar.
iv. Bentuk cendawan - Lampu pijar berfilamen

(b). Jenis kemasan.


Lampu biasanya dibuat dalam tiga bentuk kemasan iaitu;
i).Jernih - Digunakan apabila cahaya yang terang diperlukan.
( Lampu menghias pintu kedai )
ii).Mutiara - Digunakan bagi mengelakkan bayang-bayang wujud.
( Lampu pesta & perayaan )
iii).Argenta - Hasilkan cahaya putih kabut(putih )dan tidak silau.
( Rumah kediaman )

(c). Warna Cahaya Lampu.


 Warna kemerahan - Lampu filamen.
 Warna biru kehijauan - Lampu wap merkuri
 Kuning keemasan - Wap natrium
 Biru pucat - Lampu pendarflour
 Merah, jingga, biru, putih - Lampu neon

Warna-warna lampu ini merujuk kepada warna cahaya asal, bukan warna yang
dicat atau di selaput dengan kertas.

13
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Umumnya lampu-lampu elektrik yang digunakan pada hari ini jika disenaraikan
adalah terlalu banyak. Bagi memudahkan penyenaraian, lampu-lampu ini
dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu:
1. Lampu Pijar; dan
2. Lampu Nyahcas.

1. Lampu Pijar

Cahaya lampu ini dipancarkan terus hasil pemanasan unsurnya (dawai ) hingga ke suhu
yang tinggi dan habanya yang panas ditukarkan menjadi tenaga cahaya dan menyinar
keluar dalam warna putih kemerahan.
Filamen lampu pijar dibuat dalam bentuk pegas (gegelung ) bagi menambah haba dan
cahaya agar lebih terang.
Lampu pijar juga diisi dengan gas tertentu (argon, nitrogen, kripton) bagi mengatasi
masalah pemeluwapan.

Diantara lampu-lampu yang termasuk dalam kumpulan lampu pijar ialah:

i. Lampu berfilamen ( gegelung ).


ii. Lampu berfilamen arka
iii. Lampu berfilamen karbon.
iv. Lampu berfilamen tungsten.
v. Lampu berfilamen bergas.

2. Lampu Nyahcas.
Lampu ini mengeluarkan cahaya dengan cara mengalirkan arus (elektron ) melalui wap
atau gas tertentu. Cahayanya tidak panas dan keluar dalam bentuk sinar lar.

Di antara lampu-lampu Nyahcas ialah:

i. Lampu pendarflour
ii. Lampu wap merkuri tekanan tinggi
iii. Lampu wap natrium tekanan rendah / tinggi
iv. Lampu neon
v. Lampu Xenon

14
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

i) Lampu Pendarflour

Lampu ini termasuk dalam kumpulan lampu nyahcas. Cahaya yang dihasilkan oleh aliran
elektron ini adalah dalam bentuk cahaya ultra ungu. Cahaya ini lebih sejuk berbanding
dengan cahaya yang dihasilkan oleh lampu pijar.

Terdapat dua jenis lampu pendaflour, iaitu:

(a). Jenis katod sejuk – lampu nyahcas yang memerlukan voltan tinggi (lampu wap
merkuri).

(b). Jenis katod panas - lampu nyahcas voltan rendah ( lampu pendaflour biasa).

Perbandingan Mutu Lampu

1. Lampu Pijar Biasa

Kelebihan Kelemahan
1. Kecil ( padat) 1. Usia pendek
2. Tidak perlu pencekik 2. kecekapan rendah
3. Kawalan cahaya yang baik. 3. Kesan pancaran haba
4. Lepasan warna - baik

5. Boleh dimalapkan

6. Murah

15
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

2. Lampu Pendaflour

Kelebihan Kelemahan
1. Kecekapan tinggi 1. Kos permulaan – mahal
2. Cahaya penyinaran Sejuk 2. Menghasilkan kelip- padam
3. Cahayanya dipengaruhi suhu
3. Kurang silauan
sekeliling
4. Tahan lebih lama ( usia panjang 4. Banyak gangguan / jenis
) Kerosakan.
5. . Dapat memberi banyak 5. Menyebabkan faktor kuasa
warna rendah

Faktor Pemilihan Jenis Lampu

Di antara faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa membuat pemilihan jenis lampu,
ialah:
1. Kemujaraban fluks cahaya
2. Haba lampu
3. Saiz lampu
4. Hayat lampu
5. Kesan getaran
6. Warna lampu
7. Kos penggunaan elektrik

1. Kemujaraban Fluks cahaya.


Nilai Kemujaraban lampu diperolehi dengan membahagikan jumlah lumen yang
dapat dikeluarkan oleh lampu dengan kuasa (watt) yang digunakan. Pada amnya
lampu Nyahcas memberikan kemujaraban fluks cahaya yang lebih tinggi
berbanding dengan lampu pijar.

2. Haba Lampu.
Lampu yang berkuasa rendah mempunyai jumlah haba (bahang) yang rendah
berbanding dengan lampu yang berkuasa tinggi. Bahangan lampu nyahcas adalah
kurang dari lampu pijar.

3. Saiz Lampu.
Terdapat pelbagai jenis saiz bagi lampu-lampu yang sama. Pemilihan yang sepadan
dengan keluasan tempat adalah lebih baik.

4. Hayat Lampu.
Pemilihan jenis lampu yang tahan lebih lama adalah lebih baik berbanding yang sering
rosak / terbakar.

5. Kesan Getaran.
Lampu yang digunakan di tempat yang bergetar dipilih dari jenis yang tahan getaran.

16
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

6. Warna Lampu.
Warna yang dipilih mestilah yang sesuai, tidak menyilaukan atau memberi bayang.

7. Kos penggunaan elektrik.


Pemilihan jenis lampu mestilah yang berpatutan kadaran kuasanya (watt) agar
pengguna tidak
menanggung kos bilyang keterlaluan.

Istilah-istilah berkaitan

1. Keamatan berkilau.
Kekuatan cahaya yang keluar dari satu sumber cahaya pada satu arah yang tertentu.
Kekuatan cahaya ini disukat dalam unit kandela atau lumen/watt dan diberi simbol (I).

2. Fluks berkilau ( Fluks cahaya ).


Ditakrifkan sebagai banyaknya cahaya yang menimpa di sesuatu permukaan yang
dipancarkan oleh suatu sumber keamatan berkilau.Fluks berkilau diukur dalam unit
lumen.

3.Fotometer.
Fotometer ialah alat yang digunakan bagi menyukat pencahayaan di tempat-tempat
yang pencahayaannya hendak diketahui.

4.Kaedah Lumen.
Adalah satu cara pengiraan untuk menentukan bilangan dan jenis lampu yang
diperlukan

Peraturan IEE berkaitan :

Lampu Neon.

i. Tiubnya yang mudah tersentuh – letakkan tanda BAHAYA VOLTAN TINGGI.


ii. Pengubah sadap tengah yang digunakan – belitan sekunder dibumikan.
iii. Voltan maksima ke bumi pengubah – tidak lebih 5000 V.
iv. Litar akhir pengubahnya hendaklah diasingkan.
v. Suis kawalannya – mestilah suis dua kutub.
vi. Kabel voltan tinggi yang digunakan – mesti berperisai.
vii. Penyambungan antara kabel dengan tiub – dibuat daripada kaca berbentuk
loceng bagi elak air bertakung.

7.0 Kaedah pemasangan suis

7.1 Suis sehala

Suis sehala mempunyai dua tamatan yang juga disebut satu kutub satu hala. Suis jenis ini
digunakan dalam litar sebagai alat pengawal atau pemutus litar atau sebahagian
daripada litar elektrik.

17
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Lampu

Neutral
N
Dalam pendawaian terdapat nama-nama
kabel yang lazim disebut mengikut sebutannya
bagi sesuatu litar yang lengkap, sepertimana
Kabel Suis Rajah disebelah satu litar lampu yang dikawal
Kabel Hidup oleh satu suis satu hala.
L
Suis Sehala

Rajah : Pemasangan Satu Suis satu hala

 Kabel yang disambung dari MCB tamatan hidup pada kotak agihan pengguna ke
tamatan suis dinamakan kabel hidup (live).

 Kabel dari tamatan suis kepada poin lampu atau ros siling dinamakan kabel suis.

 Kabel yang dipasang dari poin lampu atau ros siling balik semula kepada punca
bekalan tamatan neutral di kotak agihan pengguna dinamakan kabel neutral.

7.2 Suis Dua Hala

Suis dua hala adalah merupakan salah satu suis yang berperanan untuk membuka
dan menutup litar. Namun begitu sistem persuisan adalah lebih kompleks jika
dibandingkan dengan suis satu hala, yang mana suis dua hala dapat membuka
dan menutup litar di dua tempat yang berasingan.

Secara fizikalnya tidak dapat dibezakan suis dua hala dengan suis satu hala dan
suis pertengahan. Perbezaannya dapat dikenal pasti dengan jumlah terminal yang
terdapat di suis dua hala yang mana suis dua hala terdapat tiga terminal yang
dikenali sebagai terminal Common ( C ) dan dua terminal Pengikat. Pada suis dua
hala tidak ada istilah kedudukan ON dan OFF. ON dan OFF bergantung kepada
kedudukan sambungan semasa pada litar.

Secara umumnya suis dua hala digunakan untuk mengawal litar pencahayaan.
Suis dua hala boleh mengawal satu lampu atau beberapa kumpulan lampu
dalam satu-satu masa, ianya bergantung kepada keperluan dan kehendak
pengguna. Berbagai-bagai jenama suis dua hala terdapat di pasaran namun
begitu pemilihannya mestilah terdapat sijil kelulusan Sirim atau Suruhanjaya Tenaga
yang dilekatkan di suis dua hala. Pemilihan Ini adalah penting bagi menjamin
kualiti dan keselamatan pengguna. Kadaran biasa suis dua hala ialah 5 Ampere.
Jika suis dua hala mengawal litar lampu nyahcas, kadarannya mestilah 2 kali
ganda arus litar lampu nyahcas berkenaan bagi menjamin kemampuan suis dua
hala membawa arus litar lampu nyahcas.

18
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

7.2.1 Kawalan Suis Dua Hala


LAMPU

NEUTRAL

LIVE

Rajah 1

Litar di atas menunjukkan laluan arus elektrik mengalir melalui kedua-dua suis dua
hala dan seterusnya melengkapkan litar elektrik.

LAMPU

NEUTRAL

LIVE

Rajah 2

Litar di atas pula menunjukkan suis 1 memutuskan bekalan elektrik

19
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

LAMPU

NEUTRAL

LIVE

Rajah 3

Perbezaan rajah 2 dengan rajah 3 ialah pada rajah 2 sambungan elektrik diputuskan
di suis 1 manakala pada rajah 3 menunjukkan sambungan elektrik dibuat oleh suis 2.
Dengan ini berlakunya pengaliran elektrik di dalam litar lengkap.

LAMPU

NEUTRAL

LIVE

Rajah 4

Dengan merujuk kepada rajah 3 pada rajah 4 menunjukkan sambungan elektrik


diputuskan oleh suis 2.

Kesimpulan dari ke empat-empat rajah menunjukkan bahawa apabila litar dalam


keadaan tersambung apabila salah satu tombol suis dialihkan dari kedudukan
sebelumnya maka litar akan bertukar menjadi sebaliknya. Begitulah juga jika litar
tidak tersambung apabila salah satu tombol suis dialihkan dari kedudukan asal
maka litar akan tersambung.

Bagi memudahkan pelatih memahami operasi suis dua hala ialah pergerakan suis
berlaku diantara terminal common ( C ) dengan salah satu terminal pengikat.

20
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

LAMPU

NEUTRAL

Switch Wire
Neutral Wire

Striper Wire

LIVE

Wayar hidup yang disambung dari bekalan ke suis dinamakan Common wire, dua
wayar yang menghubungkan suis dua hala S1 dengan suis dua hala S2 dinamakan
striper wire dan wire yang menghubungkan lampu ke suis dinamakan switch wire.

7.2.2 Kegunaan suis dua hala

Sebagaimana suis-suis lain suis dua hala juga tidak sesuai dalam semua keadaan.
Ianya sesuai dalam keadaan tertentu sahaja. Biasanya digunakan di koridor yang
panjang dan di tangga bangunan bertingkat. Tujuan diadakan suis dua hala ini
ialah litar dapat diputuskan atau disambung di dua tempat yang berasingan.

8.0 Suis Pertengahan

Suis pertengahan atau pun suis perantaraan merupakan salah satu suis di dalam
kumpulan suis bagi aksesori elektrik, ia juga di kenali sebagai intermedite switch
dalam bahasa inggeris. Suis ini digunakan untuk mengawal beban atau pun lampu
yang jaraknya agak jauh antara satu sama lain. Suis ini boleh di guna pakai
apabila ia diletakkan pada pertengahan di antara dua suis dua hala. Dengan
kata lain, suis ini tidak akan berfungsi jika tidak berada pada kedudukan yang
betul iaitu di antara dua suis dua hala. Di bawah adalah gambarajah suis
pertengahan:

Gambarajah suis pertengahan 1


21
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Gambarajah suis pertengahan 2

Secara mekanikal dalamannya suis ini mempunyai dua jenis sambungan litar dalaman.
Sambungannya adalah bergantung kepada pengilang yang membuat aksesori ini.Dari
segi mekanikalnya, suis ini mempunyai 4 terminal yang melekat pada bahagian belakang
suis tersebut.Terminal tersebut mempunyai gelaran masing-masing iaitu terminal 1,terminal
2, terminal 3 dan terminal 4.Ia mempunyai dua jenis sambungan. Untuk keterangan lebih
lanjut sila lihat gambarajah di bawah:

Gambarajah bagi sambungan 1&3 dan 2&4

Gambarajah bagi sambungan 1&2 dan 3&4

Bagi menerangkan kendalian litar yang menggunakan suis pertengahan ini, sila lihat
gambarajah skematik di bawah untuk keterangan yang lebih jelas.

22
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

LAMPU

NEUTRAL

LIVE

suis 1 suis 2 suis 3

Gambarajah untuk litar nyala

LAMPU

NEUTRAL

LIVE

suis 1 suis 2 suis 3

Gambarajah untuk litar mati

23
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Merujuk kepada gambarajah litar di atas kendalian litar yng dapat di terangkan adalah
seperti di bawah:

S1 dan S3 merupakan sebagai suis dua hala manakala S2 merupakan sebagai suis
perantaraan. Ketiga-tiga suis ini dapat mengawal lampu/beban iaitu L1 ( lampu ).
Ia dapat mengawal L1 di tempat yang berasingan di antara satu sama lain. Maksudnya
mana-mana suis dapat membuatkan lampu ( L1) menyala atau pun padam.

8.1 Kegunaan suis pertengahan

Sebagaimana suis-suis yang sedia ada, suis pertengahan tidak sesuai digunakan di semua
tempat. Ia hanya sesuai digunakan dalam situasi yang tertentu sahaja. Kebanyakannya ia
di gunakan pada tempat yang memerlukan banyak suis untuk mengawal dan tempat
yang jauh atau pun ruang yang luas. Contohnya ialah pendawaian pada tangga, koridor
bangunan, bilik yang luas yang mempunyai banyak pintu dan lain –lain lagi tempat yang
bersesuaian dengan kegunaannya.

9.0 Kawalan Suis dan Kipas

Suis ialah alat tambah yang boleh menyambungkan dan memutuskan bekalan
secara mekanikal samada secara terus, melalui perantaraan tarik tali atau tombol
pemetik. Mampu menahan arus lebih atau litar pintas tanpa meleburkan atau
merosakkan suis. Suis juga digunakan untuk mengawal lampu dan kipas mengikut
keperluan kawalan yang dikehendaki.

9.1 Jenis fungsi kawalan suis

9.1.1 Suis satu hala

Digunakan untuk mengawal litar akhir bagi litar pencahayaan atau litar kipas.
Suis digunakan bagi menghidupkan dan mematikan litar dibawah kawalannya.
Tiada suis lain digunakan bersamanya untuk kawalan litar atau punca beban yang
Sama.

9.1.2 Suis dua hala

Digunakan untuk mengawal lampu atau beban dari dua tempat suis yang
berasingan. Dua unit suis dua hala mesti digunakan. Kegunaan suis ini biasanya
di kawasan tangga rumah atau bangunan bertingkat,kawasan kaki lima
bangunan.

9.1.3 Suis perantaraan

Digunakan untuk tiga atau lebih kedudukan tempat suis bagi mengawal lampu,
kipas atau beban. Dua suis dua hala digunakan bersama-sama suis perantaraan.
Biasanya digunakan pada bahagian tangga bangunan bertingkat yang tinggi,
kawasan kaki lima yang panjang atau kawasan tempat letak kereta dibahagian
bawah bangunan yang luas.

24
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

9.1.4 Suis dua kutub

Digunakan untuk menyambung dan memutuskan bekalan secara dua punca


serentak (punca hidup dan neutral serentak). Contoh penggunaan suis ini ialah suis
utama atau pemencil.

FASA NEUTAL

FASA HIDUP

Rajah binaan suis dua kutub

9.1.5 Suis tiga kutub

Digunakan untuk bekalan tiga fasa. Menyambung dan memutuskan bekalan secara
serentak. (dawai fasa merah , fasa kuning ,fasa biru). Contoh penggunaan suis ini pada
pemencil bagi memutuskan bekalan kepada motor.

FASA MERAH
MOTOR
FASA KUNING 3 PHASE

FASA BIRU

Rajah binaan suis tiga kutub

9.1.6 Suis pilihan (selector switch)

Biasanya digunakan pada kotak panel kawalan atau panel kawalan utama.
Suis ini juga mempunyai berbagai fungsi pilihan menghidup dan mematikan bekalan
kelitar, memilih kedudukan bagi dawai fasa untuk mendapatkan bacaan voltan atau
arus dan lain-lain.

25
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

OFF OFF

RY

RB

YB

ON

Suis pilihan “OFF dan ON” Suis pilihan bacaan voltan diantara fasa

9.2 Litar Kipas

Biasanya dikawal oleh suis satu hala. Kelajuan kipas dikawal dengan menggunakan
regulator atau alatur kipas. Pada regulator kipas ini mempunyai lilitan-lilitan dawai
dan terdapat lima punca keluaran lilitan dawai yang disambungkan pada terminal
yang mengawal kelajuan kipas.

Terdapat di dalam pasaran regulator yang kelajuannya dikawal secara


elektronik. Namun terdapat kelemahan pada regulator elektronik/kawaaln tanpa
wayar dimana ia tidak tahan lama seperti regulator lilitan dawai.

Bagi kipas siling, alatur kipas kebiasaannya dipasang berhampiran dengan suis
yang
mengawal kipas tersebut. Manakala kipas dinding pula alatur kipasnya dibina
pada kipas tersebut dan tidak perlu pemasangan alaturnya, hanya suis sahaja
dipasang untuk menghidupkan dan mematikannya.

26
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Gelongan Kipas
dawai

Dawai neutral

Punca
sambungan

2 3
1 4
2 3
1 4
0 5
0 5

Suis
Alatur kipas
Nob kawalan kelajuan
Dawai hidup
RAJAH BINAAN ALATUR KIPAS
RAJAH PENDAWAIAN KIPAS

Standard MS IEC 60364 :

 Kipas angin siling mestilah mematuhi standard MS 1219 : 2002 pada klausa
2.1.101 iaitu test on suspension system of ceiling fan.

10.0 LOCENG DAN PHOTOCELL

Kebanyakan loceng dan penggera elektrik berfungsi dari kesan magnet yang terhasil
daripada pengaliran arus melalui satu gegelung yang dipanggil elektromagnet.

10.1 Loceng dan Binaan

10.1.1 Loceng bunyi tunggal

Loceng bunyi tunggal mengandungi dua gegelung yang di lilit dengan


pengalir yang bertebat dan diletakkan diatas gelendong. Sekeping besi
lembut berbentuk ‘U’ dimasukkan kedalam kedua-dua gelendong dan
bertindak sebagai laluan medan magnet dan rangka bagi meletakkan gong.
Angker yang dipasangkan dengan besi pegas bertindak sebagai pelengkap
litar. Pada hujung angker diletakkan pemukul yang bertindak memukul gong
tersebut.

27
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

punatekan

P1
P2

bateri
pegas

gegelung
magnet
angker

gong pemukul

Rajah dan binaan loceng bunyi tunggal

10.1.2 Kendalian loceng

Apabila punatekan ditekan, arus akan mengalir melalui `P1` dan `P2` serta ke dua-dua
gegelung. Gegelung akan menjadi elektomagnet dan akan menarik angker serta
pemukul, pemukul akan memukul gong dan hanya sekali pukulan sahaja apabila
punatekan loceng ditekan.

10.1.3 Peraturan I.E.E. bagi pemasangan litar loceng

1. Pengubah loceng mestilah daripada jenis lilitan ganda dua.

2. Pendawaian litar loceng yang menggunakan pengubah atau tidak mestilah


diasingkan daripada pendawaian litar-litar lampu dan kuasa.

3. Bahagian logam pengubah serta satu punca daripada belitan sekunder mestilah di
bumikan.

11.0 Suis Foto (Photocell Switch)

11.1 Pengenalan

Suis foto adalah sejenis alat tambah dalam sistem pemasangan yang bertujuan untuk
mengawal beban khususnya lampu secara automatik menggunakan sesentuh akibat
dari tindakan cahaya iaitu dalam keadaan gelap dan cerah. Ianya disambung terus dan
bertindak sebagai suis untuk memberi bekalan kepada lampu.

28
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Gambarajah Photocell

CONTACT
SWITCH
FLASH
SENSOR

BINAAN DALAM

Gambarajah Photocell

11.2 Fungsi Suis Foto

Suis foto berfungsi apabila sensor cahaya mengesan kekurangan cahaya


pada kawasan sekeliling dan akan menutup sesentuh suis (on) yang terdapat
dalam unit photoell yang disambungkan terus kepada lampu.

11.2.1 Tujuan Pemasangan Suis Foto

1. Pemasangan suis foto adalah bertujuan bagi mengawal nyalaan lampu secara
automatik.
2. Memberi kemudahan kepada pengguna dalam dalam mengawal membuka dan
menutup suis lampu.
3. Menjimatkan kos ketika menghidup dan mematikan (nyalaan ) lampu.
4. Memberi cahaya pada suatu kawasan tempat pemasangan mengikut keadan
cuaca.

29
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Lampu
E
Dawai bumi
N L
Neutral
Dawai hidup

PUTIH
MERAH
HITAM

PHOTOCELL
Rajah litar pendawaian suis foto

11.2.2 Kegunaan suis foto ( photocell )

Suis foto biasanya digunakan pada pepasangan lampu jalanraya, lampu menara,
lampu pada bahagian atas bangunan yang tinggi di mana ia berfungsi pada
waktu malam atau keadaan yang gelap seperti jerubu atau hujan lebat.

12.0 LAMPU KALIMANTANG

12.1 Pengenalan

Lampu Kalimantang juga dikenali sebagai Lampu Pendarflour, merupakan satu


daripada jenis lampu yang popular digunakan untuk menghasilkan cahaya pada
pengguna samada bagi domestik atau industri. Lampu kalimantang boleh didapati
10 watt, 18/20 watt dan 36/40 watt.

12.2 Lampu Kalimantang /Pendarfluor

Lampu ini mengandungi tiub panjang yang diisikan dengan gas argon dan sedikit wap
raksa. Terdapat dua filamen di kedua hujung tiub yang menjadi elektrod(gelung
pemanas) dan menjadi panas apabila arus dialirkan. Pada dinding dalam tiub disalutkan
dengan bahan pendarflour yang bertindak menukarkan cahaya dan menghalang
kepanasan pada bahagian luar tiub.

Binaan Lampu Kalimantang Binaan tiub Katod panas lampu pendarflour

Rajah : Menunjukkan Lampu Pendarflour


30
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

12.2.1 Komponen –komponen lampu Kalimantang/Pendarflour

a. Body/rumah lampu – Dibina dengan bahan Logam. Terdapat di dalamnya semua


komponen lampu kalimantang di pasang dalamnya.

b. Pemegang mentol/Tiub – Pemegang tiub dipasangkan di kedua-dua hujung body


lampu. Memegang tiub kalimantang dan sebagai punca penyambungan bekalan
diantara litar lampu dengan punca di kedua-dua hujung tiub. Terdapat pelbagai jenis
pemegang lampu, jenis tekan masuk atau berskru yang menggunakan sistem rotor -
laluan udara yang boleh memberi aliran udara suhu rendah. Pemasangan braket
untuk pemegang lampu tekan masuk juga dari bahan “mild steel”.

c. Metol Pendarflour / Kalimantang – Mengeluarkan cahaya semasa arus dialirkan hasil


tindak balas pengaliran elektron dan gas. Ion-ion itu, atau atom bercas, kemudiannya
boleh lalu menerusi wap pada laju yang kuat dengan membebaskan tenaganya
dalam bentuk sinaran ultra-ungu. Sinaran ultra-ungu tidak boleh nampak oleh mata
kasar, tetapi kesannya pada salut pendaflour ialah ia menyebabkan fosfor itu menyala
dan nyala inilah yang menghasilkan cahaya yang boleh nampak.

Rajah : Menunjukkan tindak balas di dalam tiub/metol lampu Kalimantang

Mentol Lampu Kalimantang boleh didapati dalam berbagai bentuk seperti lurus,
membulat gelang dan padat “Compact”. Mentol lampu compact sangat popular
kerana ia dapat menjimatkan tenaga dengan pencahayaan yang sama berbanding
lampu lain.

Kebaikan lampu jenis compact :-

a)Boleh menjimat tenaga sehingga 80% dibanding lampu biasa.


b)Memberi jangka hayat ketahanan sehingga lapan kali ganda.
c)Disahkan dari ujian gangguan elektromegnat.
d)Boleh diganti terus dengan lampu biasa.

Contoh perbandingan keupayaan kadaran kuasa lampu kalimantang.

31
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Kadar Kuasa Lampu “Compact” Persamaan Kadaran Lampu biasa

7 watt 40 watt
11 watt 60 watt
16 watt 75 watt
20 watt 100 watt

Lampu Kalimantang Lurus Lampu Compact

Lampu Kalimantang Bulat Lampu Bentuk pelbagai

Rajah 7.3 : Menunjukkan jenis-jenis Mentol Kalimantang

d.Pencekik / Cok – Menghasilkan voltan tinggi semasa lampu mula dihidupkan,


bagi membantu tindakan nyahcas di dalam tiub pendarflour dan mengelakkan dari
berlaku litar pintas. Ia dikenali juga sebagai “ Ballast”. Pencekik adalah juga
diperlukan untuk mengawal aliran arus melalui mentol. Komponen ini mempunyai
impedans yang tinggi dalam kaitannya dengan rintangannya dan menghalang
pengaliran arus melalui litar tanpa membuang kuasa yang banyak. Tindakan
pencekik dalam litar itu menghasilkan suatu kesan yang mengakibatkan lebih
banyak arus dikeluarkan dari bekalan daripada yang diperlukan bagi pengendalian
sistem lampu itu. Terdapat dua jenis pencekik seperti rajah 7.4.

Pencekik Coil Pencekik Electronic

Rajah 7.4 :- Menunjukkan 2 jenis Pencekik/Cok

32
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

e.Pemuat / Kapasitor - Membetulkan faktor kuasa bekalan di dalam litar lampu serta
menyimpan cas elektrik. Kapasitor di sambung secara selari dengan punca bekalan.

Rajah 7.5 :- Menunjukkan Pemuat/Kapasitor

f.Starter atau Suis Pemula – Lampu Kalimantang memerlukan ‘starter’ menghidupkan


lampu. Starter mengandungi suis bara dua pin berkualiti tinggi, kelongsong dibuat
dari bahan “polycarbonate” tahan hentakkan dan kapasitor penindas gangguan
isyarat radio.

Terdapat juga starter jenis elektronik yang sesuai pemasangan sehingga 125 watt.
Starter ini dapat memberi ketahanan tiub dengan pemanasan pada katod terlebih
dahulu sebelum kendalian sepenuhnya.

Rajah 7.6 : Starter / Suis Pemula

Terdapat dua jenis suis pemula iaitu:-


i. Suis pemula Jenis Nyalaan
ii. Suis pemula Jenis Terma/Haba

f) i - Suis Pemula Jenis Nyalaan / Bebara


Pemula jenis ini mempunyai satu balang kecil kaca (mentol) yang diisi dengan gas
helium dan hidrogen serta mempunyai dua sesentuh dan salah satu daripadanya
dipasangkan pada penyentuh dwilogam. Sesentuh biasanya dalam keadaan
terbuka bagi membolehkan voltan penuh dibekalkan kepada sesentuh pemula
semasa ia mula dihidupkan. Proses nyahcas berbara yang memanaskan penyentuh
dwilogam akan menyebabkan melengkung dan menutup sesentuh tersebut dan
litar akan menjadi lengkap. Arus pemanas penuh mengalir melalui elektrod lampu
dan memadamkan nyalaan atau bebara pemula.
Kemasukan suatu kapasitor pembetulan faktor kuasa bertindak lawan kesan ini dan
mengurangkan arus yang dikeluarkan daripada bekalan kepada suatu aras lebih
kepada pelarasan dengan kadar kuasa sistem lampu. Pemula jenis bara boleh
digantikan dengan suatu pencucuh elektronik. Ia boleh didapati sebagai pengganti
terus pemula bara atau ia boleh digabungkan dalam sistem lampu.

33
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Rajah 7.7 : Menunjukkan litar lampu pendarflour dengan penghidup Nyalaan berbara

f) ii- Pemula Jenis Terma/ Haba


Mempunyai dua sesentuh yang dipasangkan pada penyentuh dwilogam (dalam
keadaan tertutup). Satu gelung pemanas diletakkan berhampiran dengan dwilogam
dan tidak bersentuhan. Semasa lampu mula di hidupkan sesentuh berkeadaan tertutup
bagi mengalirkan arus pemanas melalui elektrod. Semasa proses nyahcas penuh
penyentuh dwilogam menjadi panas dan melengkung dan litar akan terbuka bagi
menyalakan lampu.

Rajah 7.8 : Menunjukkan litar lampu Kalimantang suis pemula terma.

12.2.2 Jenis Litar Lampu Kalimantang Arus Ulang Alik (a.u)

1. Litar Lampu Kalimantang hidup secara terus (mudah).

Lampu Kalimantang dapat dihidupkan dengan dua cara, iaitu jenis hidup terus dan jenis
hidup secara cepat. Cara ini memerlukan Voltan tinggi, ini autopengubah diperlukan.
Tiub katod panas boleh digunakan tetapi tidak sesuai kerana arus dalam litar ini tinggi.
Jadi katod sejuk sesuai digunakan kerana proses nyahcas mudah berlaku, disamping itu
juga lampu jenis ini dapat bertahan lama dan pemasangan mudah.
Walaubagaimanapun ia merugikan bagi jangka masa yang pendek.

34
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Rajah 7.9 : Menunjukkan Litar Lampu Kalimantang Hidup secara Terus.

2. Litar Lampu Kalimantang Hidup Secara Cepat

Lampu Kalimantang hidup cepat ini terus nyala sebaik sahaja bekalan diberikan.
Dengan cara ini cok masih diperlukan dan lampu jenis tiub katod sejuk sahaja
diperlukan. Cok khas mesti digunakan untuk mengawal kecerahan lampu jenis ini seperti
rajah 7.11.

Rajah 7.10 : Menunjukkan Litar Lampu Kalimantang Hidup cara Mudah

Rajah 7.11 : Menunjukkan Litar Memalapkan Litar Lampu Kalimantang.

35
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

12.2.3 Jenis Litar Lampu Kalimantang Arus Terus (a.t)

Lampu Kalimantang katod panas dapat juga dihidupkan dengan bekalan Arus
terus(a.t) dengan menggantikan cok dengan Perintang. Peranti elektronik dapat
mengubah kekutuban bekalan arus terus menjadi arus ulang alik. Litar ini dinamakan
suis pemula penukaran kutub(pentarbalik).

Rajah 7.12 : Menunjukkan Lampu Kalimantang menggunakan suis penukar kutub

Lampu Kalimantang Katod sejuk banyak digunakan kerana tahan lama berbanding
dengan lampu pijar. Tiga tiub boleh disambung terus ke pengubah secara siri.
Kebaikan ia tidak dipengaruhi dengan kekerapan kefungsian.

Rajah 7.13 : Menunjukkan lampu kalimantang bekalan a.t


menggunakan komponen elektronik dan mengawal kecerahan lampu.

36
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Rajah 7.14 : Menunjukkan Lampu Kalimantang bekalan a.t


Menggunakan komponen elektronik.

JADUAL PERBANDINGAN LAMPU KALIMANTANG DENGAN LAMPU JENIS LAIN.

Kelebihan kelemahan

Mempunyai kecekapan Kos mahal


yang tinggi Menghasilkan kelip-padam
Dapat memberi banyak setiap kitaran frekuensi
warna 50Hz
Penyinarannya sejuk Menyebabkan faktor
Kurang silauan rendah
Tahan lama Suhu sekeliling
penggunaannya mempengaruhi
penghidupannya dan
mengurangkan cahaya
pada suhu sejuk
Banyak gangguan atau
kerosakan

Apabila bekalan elektrik dialirkan, pencekik(cok) akan terarus dan menghasilkan


voltan tinggi. Katod atau elektrod akan menjadi panas dan bertindak ke atas gas
argón dan wap raksa yang akan menyebabkan pengaliran elektrod dalam tiub.
Pergerakan elektron dari punca hujung tiub ke punca hujung tiub satu lagi
menyebabkan proses nyahcas. Semasa proses nyahcas penuh berlaku, campuran gas
argón dan wap raksa akan menghasilkan cahaya ultra ungu (tidak kelihatan). Gas
yang terdapat dalam lampu kalimantang berperanan sebagai bahan pengaliran
elektron dan penentu warna cahaya yang dapat dikeluarkan. Apabila cahaya ultra
ungu terpantul pada lapisan pendarflour (satu lapisan dinding tiub), cahaya cerah
akan terpancar keluar (cahaya sebenar lampu kalimantang). Lapisan pendarflour ini

37
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

juga dikenali sebagai bahan penyerapan yang mengurangkan kepanasan lampu.

Penyentuh dwilogam akan menjadi sejuk dan membuka sesentuhnya. Proses nyahcas
di dalam tiub akan berlaku. Sesentuh dalam keadaan terbuka semasa tiub lampu
menyala. Penyerapan gangguan radio(Radio intrupted supresor) dipasangkan pada
pemula bagi mengelakkan gangguan pada frequansi radio semasa permulaan lampu
kalimantang dihidupkan.

12.2.4 Litar pemasangan Lampu Kalimantang.

1. Pemasangan Lampu Kalimantang dengan satu tiub (single Tiub)

Starter

Tiub Lampu

Cok / Ballast

N L

2. Pemasangan Lampu Kalimantang dengan dua tiu (Double Tiub)

Starter

Tiub Lampu

N Cok / Ballast
L

Cok / Ballast

Tiub Lampu

Starter

38
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Rajah 7.15 : Menunjukkan cara pemasangan lampu kalimantang.

39
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

12.2.5 Kesan Stroboskop ke atas Lampu Kalimantang

Kesan ini merupakan satu daripada kelemahan lampu kalimantang. Lampu ini akan
menyala dan padam mengikut frekuensi voltan bekalan. Jika frekuensi bekalan itu 50
Hz, lampu yang menyala itu akan kelip-padam sebanyak 100 kali dalam masa sesaat.

Menyala

Padam

90º 180º

1 kitar

1/50Hz

Rajah 7.16 : Menunjukkan gelombang mendulu dan mengekor


mengikut frekuensi bekalan

Meskipun kelip-padam dan menyala lampu ini tidak begitu ketara pada mata kasar,
tetapi keadaan ini amat bahaya pada penggunaan di tempat-tempat perusahaan.
Mesin-mesin yang dibekalkan dengan frekuensi yang sama akan kelihatan tidak
bergerak disebabkan oleh pancaran kerlipan lampu-lampu pendarflour itu. Masalah
ini akan dapat diatasi dengan dua cara iaitu:

a) Memasang dua tiub lampu supaya dapat berkendali secara mendulu dan
mengekorl. Katakan lampu pertama menyala dahulu. Apabila lampu ini hampir
padam disebabkan voltan bekalan menurun, lampu kedua akan menyala pula.
Dengan cara ini kecerahan keseluruhan lampu itu akan menjadi malar. Untuk
membolehkan lampu yang pertama menyala lebih dahulu daripada lampu yang
kedua. Pemuat perlu dipasang sesiri dengan litar lampu yang pertama. Dengan
berbuat demikian bermakna arus pada litar lampu yang berpemuat didahulukan.
Perkara ini terjadi disebabkan oleh ciri pemuat sesiri akan menyala mendahului lampu
kedua.

40
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Rajah 7.17 : Litar mendulu dan mengekor bagi lampu kalimantang

b) Cara yang kedua ialah dengan memasang tiub-tiub itu ke dalam fasa-fasa yang
berlainan kerana fasa-fasa ini memberikan kadar voltan, sifar pada sesuatu ketika,
hasilnya lampu itu terus menerus menyala berselang seli, tidak ada yang padam
kerana dua lampu lain akan sentiasa membantu setiap kali satu daripada lampu itu
padam oleh perubahan frekuensi bekalan.

Rajah 7.18: Mengurangkan kesan stroboskop


di pemasangan bekalan 3 fasa

Rajah 7.19 : menunjukkan gelombang tiga lampu


Hasil nyalaan bagi ketiga-tiga lampu

13.0 Litar Akhir Kuasa

Litar akhir ditakrifkan sebagai litar yang disambungkan keluar dari kotak fius agihan
(KFA) mengikut penghalaan pendawaian dan berakhir di beban pengguna
melalui soket keluaran atau kelengkapan perkakas elektrik di sesuatu pepasangan.
Ini bermakna bermula pepasangan pengguna dari pemutus litar (MCB) di kotak
fius agihan dan berakhir pada beban.

41
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

13.1 Jenis Litar Pendawaian Bagi Soket Alir Keluar

13.1.1 Litar Jejari

Sambungan litar jejari bererti soket alir keluar itu disambung secara jejari ataupun
boleh juga dikatakan sebagai sambungan selari. Penggunaan arus nominal yang
biasa digunakan ialah 13 A, dan kebiasaannya digunakan untuk rumah domestik
tetapi ia juga sesuai digunakan untuk tempat selain rumah kediaman.

EARTH

NEUTRAL
LIVE
Gambarajah Soket Alir Keluar Litar Jejari

13.1.2 Litar Gelang

Sambungan litar gelang ialah cara sambungan soket alir keluar yang bersambungan
antara satu sama lain dalam bentuk gelang. Bilangan soket yang hendak disambung
adalah tidak terhad tetapi dengan syarat ia mampu mengendalikan perlindungan arus
lebihan dan luas lantai kurang daripada yang ditetapkan.

Pendawaian bagi soket alir keluar ini dibuat dengan menggunakan kabel penebat kabel
2.5 mm² pvc atau menggunakan kabel penebat bahan galian berukuran 1.5 mm².

42
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

EARTH
LIVE
NEUTRAL

Gambarajah Soket Alir Keluar Litar Gelang

14.0 Litar Akhir Kuasa Kurang Dari 15 Ampere

14.1 Jenis jenis litar akhir

Terdapat beberapa jenis litar akhir kuasa kurang daripada 15 A yang biasa
digunakan pada pepasangan bekalan satu fasa 230 Volt ( single phase ).

Di antaranya ialah :

a) LItar akhir bagi soket alir keluar 15 A


b) LItar akhir bagi soket alir keluar 13 A ( litar jejari )
c) LItar akhir bagi soket alir keluar 5 A
d) LItar akhir bagi soket alir keluar pemanas air

Gambarajah satu garisan ( single line diagramme )di bawah menunjukkan


penyambungan litar akhir bagi litar litar berkenaan.

43
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

14.2 Litar akhir bagi soket alir keluar 15 A

1. Biasanya soket jenis ini dipasang pada beban tetap seperti unit penyaman
udara, pemanas air dan dapur elektrik yang tidak melebihi 3 KW.

2. Bagi pemasangan soket jenis ini hanya satu soket sahaja dibenarkan di pasang
dalam satu satu litar, arus máksima yang digunakan ádalah tertakluk kepada
beban yang digunakan.

44
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Contoh soket alir keluar 15 A dan palam

3. Saiz fius yang digunakan mestilah tidak melebihi 15 A dan saiz kabel pula ialah
2.5 mm² pvc atau 1.5 mm² micc.

14.3 Litar akhir bagi soket alir keluar 13 A ( litar jejari )

1. Litar akhir jenis ini merupakan pepasangan yang biasa digunakan di mana
kabel LIVE , NEUTRAL dan EARTH di ambil daripada kotak fius agihan ( KFA )
pengguna melalui satu MCB bersaiz 16 atau 20 Amp.

2. Di hujung pendawaian berkenaan disambungkan kepada soket keluaran.

3. Saiz kabel minimum yang boleh digunakan untuk pendawaian litar kuasa jenis
jejari ialah 2.5 mm² pvc/pvc.

4. Bagi pepasangan satu fasa atau domestik biasanya digunakan keluaran jenis
tertutup ( shuttered ) iaitu jenis yang disahkan oleh Piawaian British BS 1363.

Contoh soket alir keluar 13 A dan palam

5. Jumlah litar akhir yang perlu diagihkan dan saiz konduktor yang digunakan
serta luas lantai maksimum yang dibenarkan boleh ditentukan dengan
berpandukan jadual di bawah.

45
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

6. Bagi ruangan / bilik yang tidak melebihi 30 m³, hanya 6 soket keluaran sahaja
yang dibenarkan ( litar jejari )dengan menggunakan fius ( MCB ) 20 A dan
saiz kabel hendaklah tidak kurang daripada 2.5 mm² pvc.

( Syarat ini tidak termasuk bilik dapur atau beban yang tetap seperti dapur
eletrik atau pemanas air eletrik )

7. Untuk litar jejari selain daripada di atas , hanya 2 soket keluaran sahaja yang
dibenarkan keluar dari satu litar akhir dan dikawal oleh fius ( MCB ) 20 A ( 15A
kehendak TNB ) serta saiz kabel tidak kurang daripada 2.5 mm² pvc/pvc
atau 1.5 mm² jenis MICC. ( rujuk gambarajah di bawah )

14.4 Litar akhir bagi soket alir keluar 5 A

1. Hanya 2 soket keluaran sahaja dibenarkan daripada satu litar akhir dengan saiz
fius ialah 10 A .

2. Bagi satu soket keluaran sahaja, ianya boleh dikawal menggunakan fius 5 A .

3. Tidak dibenarkan memasang 3 soket keluaran dikawal oleh fius 15 A . Saiz


minima kabel untuk pepasangan soket jenis ini mestilah tidak kurang daripada
1.5 mm² pvc.

46
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

SOKET KELUARAN 5 A SOKET KELUARAN 5 A

10 A MCB ( FUSE )

14.5 Litar akhir bagi soket alir keluar pemanas air


1. Setiap pemanas air seharusnya dikawal oleh litar akhirnya sendiri daripada
papan agihan pendawaian itu seharusnya lengkap daripada papan agihan ke
radas tanpa memasukkan sebarang soket alir keluar. Kawalan suis dua kutub
diperlukan bagi kemudahan pengasingan litar tersebut.

2. Untuk kegunaan di bilik air atau di dapur, suis ini sebenarnya diletakkan jauh
supaya tidak dicapai oleh orang yang menggunakan bilik mandi itu.
Pembumiannya mesti sempurna iaitu dari satu terminal bumi pada radas dan
kesambungan bumi umum.

15.0 Mendawai Turutan Kawalan Litar Pengguna

15.1 Pengenalan

Berbagai – bagai jenis papan agihan yang terdapat dalam sistem pendawaian
mengikut keperluan dan tempat pepasangan. Banyak faktor yang perlu dilihat
bagi menentukan pepasangan papan agihan tersebut. Jenis papan agihan boleh
ditentukan dengan melihat jenis pendawaian pada sesuatu tempat tersebut
samaada di rumah kediaman, pejabat dan sebagainya.

15.2 Jangka Kilowatt Jam (KWJ)

Semua pemasangan tenaga elektrik akan dilengkapkan dengan alat


menyukat tenaga. Alat ini dikenal sebagai KWH digunakan untuk menyukat jumlah
tenaga yang digunakan oleh pengguna dalam suatu tempoh masa yang tertentu.
Bacaan akan direkodkan dan jumlah penggunaan akan dikiara untuk bayaran bagi
setaip unit tariff. Tenaga disukat dalam joules ( watt sesaat ), tetapi bagi tujuan taarif
penggunaan unit lebih besar iaitu kilowatt jam ( KWJ ). Meter KWH dipasang
bersama dengan unit pemotong pada satu papan utama pemasangan. Binaannya
dibuat berasaskan meter watt jenis kearuhan yang berkeupayaan memutar piring
aluminium yang terganding secara mekanikal dengan penunjuk angka. Bacaan
angka adalah bacaan bagi meter untuk menunjukkan tenaga yang telah
digunakan. Terdapat satu magnet kekal bersaiz kecil yang dipasang di tepi piring
aluminium yang gunanya untuk membrek pring supaya tidak berputar apabila
tenaga tidak digunakan.

47
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Meter KWJ boleh didapati dalam dua jenis iaitu jenis satu fasa seperti rajah di
atas yang boleh dilihat pemasangannya di rumah kediaman. Manakala satu lagi
jenis sepadu 3 fasa empat wayar seperti yang ditunjukkan pada Rajah dibawah
yang boleh didapati di permis industri dan perniagaan.

15.3 Kotak Fius Agihan (DB-Distribution Board)

Kotak ini adalah tempat untuk pengagihan tenaga elektrik utama kepada
litar-litar kecil akhir atai pun ke kotak fius agihan sub. Dalam kotak ini terdapat
punca utama untuk bekalan hidup, neutral dan bumi. Daripada punca utama
inilah pengagihan dibuat dengan menyambungkan litar-litar kecil akhir mengikut
bilangannya.
Pengagihan punca bekalan dilakukan dengan menyambungkan kabel litar
ke punca tamatan menggunakan skru. Setiap sambungan mempunyai fius atau
pemutus litar secara berasingan oleh itu segala fius / pemutus litar perlu dilindungi
kerana bahaya kepada pengguna dan di dalam kotak inilah dihimpun segala
aksesori tersebut.
Kotak Agihan ada dibuat dari bahan PVK / Plastik dan juga logam besi.
Pemasangan masa kini kebanyakannya menggunakan kotak fius agihan jenis
miniatur yang diperbuat dari bahan plastik atau PVK tahan lasak dan mempunyai
penutup lut sinar yang boleh menampakkan susunan fius / pemutus litar. Seperti
mana pada Rajah di bawah adalah kotak fius agihan jenis miniatur.

48
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

KOTAK FIUS AGIHAN JENIS MINIATUR

15.4 Jenis Dan Saiz Alat Pelindung

Dalam kerja - kerja pemasangan elektrik, apabila dikatakan perlindungan ia


bermaksud perlindungan kepada alat - alat dan pemasangan daripada bahaya
yang disebabkan oleh elektrik seperti arus lebih, kebocoran arus ke bumi, litar pintas
dan sebagainya.
Perlindungan daripada bahaya kerosakan mekanik, cuaca, tindak balas
kimia biasanya telah dilakukan semasa pembuatan sesuatu alat itu oleh pekilnag
atau pembuatnya. Perkara ini dinyatakan dalam Peraturan I.E.E Bahagian C.
Perlindungan untuk kabel juga dibuat di kilang - kilang yang mengeluarkannya dan
dimestikan mematuhi Peraturan I.E.E Bahagian B pula. Bagi tujuan perlindungan
daripada bahaya elektrik, terdapat tiga jenis perlindungan yang digunakan oleh
Peratutan I.E.E A.1 iaitu Setiap pemasangan hendaklah mengadakan kawalan
perlindungan yang terdiri daripada :

i) Pengasing
ii) Pelindung lebihan arus
iii) Pelindung Kebocoran Arus Kebumi

Pengasing

Pengasing ialah sebarang alat yang boleh memutuskan bekalan pengagihan


daripada pengguna dengan membukakan sambungan hidup dan neutral secara
serentak jika salah satu kutub bekalan itu tidak berbumi. Lazimnya, pengasing untuk
bekalan ini menggunakan suis dua kutub berangkai. Bagi bekalan 3 fasa berbumi,
pengasing tidak perlu membukakan dawai neutral. Pengasing yang digunakan bagi
bekalan 3 fasa berbumi ini dipasang dengan suis tiga kutub berangkai. Jika
sekiranya pengasing dipasang bersama pemutus litar, saling kunci antara pengasing
dan pemutus litar litar itu mesti dibuat supaya suis pengasing tidak akan dihidupkan
sekiranya pemutus litar itu sedang beroperasi. Pengasing hendaklah ditempatkan
berhampiran dengan orang yang berkelayakan mengendalikannya. Perkara ini
dinyatakan dalam Peraturan I.E.E A.2.
Tujuan mengadakan pengasing ialah untuk melindungi pengguna daripada
mendapat renjatan elektrik yang berterusan. Dengan memutuskan bekalan
keseluruhannya mangsa itu dapat diberi rawatan segera. Oleh kerana itu pengasing

49
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

dipasang pada permulaan litar pendawaian bagi setiap pemasangan


sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan I.E.E A.4 dan A.5. Selain daripada itu
pengasing boleh digunakan untuk memutuskan bekalan semasa kerja-kerja
membaiki kerosakan atau semasa membuat pendawaian tambahan. Pada waktu
berlaku kebakaran bekalan hendaklah diputuskan supaya kerja-kerja menyelamat
mudah dijalankan. Terdapat berbagai - bagai jenis dan bentuk pengasing,
semuanya dipadankan mengikut jenis bekalan, kadaran arus beban dan tempat ia
akan dipasang. Tetapi yang pentingnya pengasing iu mestilah mampu membawa
arus beban penuh dengan selamat dan boleh memutuskan bekalan mengikut
ragam bekalan yang diberikan sama ada 1 fasa 2 kutub berbumi,3 fasa atau 3 fasa
4 dawai.

Pelindung Lebihan Arus

Arus lebih bermaksud arus yang melebihi had maksimum mengalir dalam litar itu. Ia
berlaku disebabkan oleh :
a) litar pintas (sambungan terus tanpa beban di antara pengalir hiudp
dengan neutral atau antara fasa).
b) Pertambahan sambungan beban ke dalam litar atau pertambahan
arus bekalan.
c) Pertambahan beban mekanik ke motor atau tersalah pentafsiran arus
yang diperlukan (anggaran factor kepelbagaian).

Arus ini jika tidak diputuskan dari bekalan boleh mengakibatkan kerosakan atau
kepanasan kepada beban, kelengkapan kabel dan lain-lain komponen dalam litar
itu. Arus lebih boleh juga dikategori seperti berikut:

a) Arus Lebih : Berlakunya arus lebih dalam litar kemungkinan


disebabkan oleh pemasangan beban pengguna lebih
daripada had asal.
b) Litar Pintas : Arus lebih dalam litar hasil daripada kerosakan
galangan di antara pengalir fasa mempunyai
perbezaan upaya di bawah situasi ke keadaan normal.
c) Rosak Bumi : Arus rosak akan mengalir ke bumi melalui kabel
pelindung.

Mana-mana satu daripada bentuk arus lebih boleh menyebabkan kerosakan


dan bahaya. Peraturan 130-03-01 menyatakan keperluan bagi setiap pemasangan
dan setiap litar hendaklah dilindungi daripada arus lebih. Peraturan ini menekankan
kepada ciri-ciri kendalian peranti untuk memberi perlindungan terutamanya dalam
situasi bagi memastikan perlindungan ke atas arus lebih dalam pemasangan. Pelan
reka bentuk litar perlu mengambil kira keperluan perlindungan dengan menentukan
aspek peranti seperti berikut:
- Akan berkendali secara automatik.
- Kapasiti memutus yang mencukupi.
- Kedudukan peranti yang sesuai.

Alat Pelindung Berkendali Secara Automatik

Peranti pelindung arus lebih ini hendaklah boleh mengesan situsi kerosakan
dan terus bertindak memotong arus atau litar dengan sert merta. Ini dapat dilakukan
dengan menggunakan fius dan pemutus litar dalam setengah situsi, contohnya

50
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

motor elektrik, litar akan berkendali dalam keadan beban lebih ketika permulaan
menghidup walau bagaimana pun situsi ini berlaku dalam masa yang singkat sahaja
dan tidak sempat untuk menjana haba pada kabel.

Mencukupi Kapasiti Untuk Memutus Litar

Ketika berlaku kerosakan seperti litar pintas atau rosak ke bumi, kenaikan arus
mendadak dan besar nilainya. Kesan kenaikan ini menyebabkan kabel menjadi
panas dan boleh menjadikan penebatan serta aksesori menjadi rosak dan
seterusnya melalui peranti perlindung dalam sistem sehingga peranti berkendali.
Kebolehan peranti menghadapi arus yang besar adalah dirujuk sebagai kapasiti
memutus. Penggunaann fius sebagai peranti pelindung berkadar dalam kiloamp
(K.A) manakala pemutus litar adalah lebih kompleks. Dalam BS 3871 iaitu kapasiti
memutus adalah berpandukan kepada label M yang biasanya dari M3 hingga M9.
Ini menandakan kapasiti 3000 Ampiar sehingga 9000 Ampiar. Piwaian British yang
baru iaitu BS EN 60898 kapasiti memutus berpandukan kepada dua nilai iaitu “Icn”
dan “Ics”. “Icn” adalah kadar kapasiti litar putus dilabel pada peranti pemutus.
Manakala “Ics” adalah perkhidmatan kapasiti litar pemutus dinyatakan dalam
katalog pembuat dan tidak pada peranti.Ketahanan dar segi jangka hayat seperti
peranti yang rosak yang maksimun adalah merujuk pada nilai “Ics”

Perlindungan Beban Lebih

Peraturan 433-01-01 menyediakan keperluan am untuk perlindungan ke atas


arus lebih, juga rujukan khusus untuk memutus arus mengalir di dalam litar sebelum
berlaku kerosakan. Jika beban lebih tidak begitu besar membuatkan arus mengalir
di dalam litar dengan masa yang berpatutan sebelum merosakan kabel.

Iz
BEBAN
Ib
In
Peranti Pelindung

Terdapat tiga keadaan yang perlu bagi melindungi pengalir daripada


lampau panas dan berlakunya kerosakan sepertimana yang dinyatakan dalam
peraturan 433 para 02 pecahan 01.

1- Kadaran arus nominal (In) bagi peranti pelindung hendaklah disetkan


lebih besar daripada atau sama dengan arus reka bentuk (Ib) litar.
Dengan yang demikian peranti tidak akan memutus (trip) dalam
keadaan normal.
2- Kapasiti membawa arus pengalir (Iz) hendaklah lebih besar atau
sama kepada (In) dengan yang demikian peranti pelindung akan
memutus sebelum kerosakan kabel berlaku.
3- Arus yang akan mengendali peranti pelindung (I2) hendaklah tidak
melebihi 1.45 kali ganda nilai terendah bagi (Iz) bagi pengalir.

Merujuk kepada peraturan 433-02-02 berkaitan dengan fius kapasiti memutus tinggi
(HRC) dan jenis-jenis MCB bagi peranti pelindung. Faktor 1.45 tidak dikenakan pada
fius yang menggunakan jenis dawai semula dan peraturan 433-02-03 memerlukan
faktor tambahan untuk digunakan. Keadaan ini akan menurunkan kapasiti
51
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

membawa arus bagi pengalir. Setelah jenis peranti dan kadaran arus telah
dikenalpasti dan dipilih, berikutnya pula kita harus menentukan kedudukan dalam
sistem pemasangan yang perlu di ambil kira.

Fius
Fius adalah satu daripada komponen elektrik dan dibuat darpada sejenis
pengalir yang dicipta khas kendaliannya untuk mencair apabila arus yang besar
mengalir melaluinya dan lalu memutuskan litar. Fungsinya adalah untuk melindungi
sesuatu beban atau litar serta peralatan elektrik daripada kerosakan yang
disebabkan oleh arus berlebihan dan litar pintas.

Fius dan Bahagiannya

Istilah-Istilah yang berkaitan dengan Fius

a) Elemen Fius - Bahagian dawai fius yang dicipta khas untuk mencair apabila
arus mengalir melaluinya melebihi had kapsiti membawa arus yang telah ditetapkan
lalu memutuskan litar. Pengalir fius akan putus apabila berlaku lebihan arus.

b) Fius Katrij - Kelonsong fius yang dicipta khas untuk melindungi elemen fius.

c) Link Fius - Fius yang binaannya daripada elemen fius serta kelongsong
yang dilengkapkan dengan kaki bagi tujuan penyambungan.

d) Kadar Arus - Nilai arus maksimum yang boleh ditampung oleh elemen fius Fius
dengan tanpa (Arus Nominal) sebarang gangguan atau kerosakan
elemen.

e) Kadar pencairan fius – Nilai arus minimum yang boleh mencairkan elemen
fius (Arus Fiusan)

f) Faktor Fius – Faktor fius adalah nisbah antara kadar arus cair dengan kadar
arus fius.

Rumus : Faktor Fius = Kadar Arus cair


Kadar Arus Fius

Contoh Perkiraan : Satu fius 13 Amp akan mencair dengan


serta merta apabila arus 15 amp
mengalir melaluinya. Berapakah faktor
fius tersebut?

Faktor Fius = Arus Fius cair 15 Amp = 1.15


Arus Fius Selamat 13 amp

52
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

g) Kadaran – Kadaran voltan adalah voltan normal fius yang boleh


Voltan digunakan. Ini untuk mempastikan nilai voltan pada beban
tidak melebihi kadaran voltan fius. Kadaran voltan arus terus
lebih rendah nilainya daripada arus ulang alik.

Istilah Pelindung Lebihan Arus

Dua istilah yang lazim digunakan untuk menentukan kecekapan pelindung lebihan
arus ialah Kelas Kasar dan Kelas Halus

a) Kelas Kasar : Pelindung lebihan arus dalam kelas kasar bermakna alat
perlindungan itu tidak akan beroperasi dalam masa 4 jam
apabila arus sebanyak 1.5 x arus beban yang dikadarkan
mengalir pada litar litar yang dilindunginya (Faktor fius dalam
kelas ini lebih daripada ›1.5).

b) Kelas Halus : Pelindung lebihan arus dalam kelas halus beerti alat
perlindungan itu akan beroperasi dalam masa 4 jam apabila
arus sebanyak 1.5 x arus beban yang dikadarkan mengalir
mengalir pada litar yang dilindunginya (Faktor fiusnya kurang
daripada ‹ 1.5).

15.5 Jenis-Jenis Fius

Terdapat bebarapa jenis fius yang biasanya digunkan dan boleh didapati di dalam
pasaran.bagi pemasangan voltan rendah biasanya menggunakan jenis berikut:
a) Fius Berdawai Semula
b) Fius Katrij
c) Fius Kapasiti Tinggi

15.5.1 Fius Berdawai Semula BS 3036

i. Fius jenis ini dibuat dalam bentuk dawai yang bahannya adalah timah yang
dicampur dengan plumbum atau disalut dengan kuprum.
ii. Bahagian pemegang dan tapak fius jenis ini dibuat daripada bahan tembikar
atau porselin.
iii. Bagi tujuan mengurangkan arka semasa elemen fius putus,bahagian lapisan
atau sarung yang dibuat daripada bahan asbestos yang dilengkapkan sekali
dalam fius jenis dawai.
iv. Takat lebur fius pada suhu 1083 º C.
v. faktor fiusnya di antara 1.75 hingga 2.00.

Fius Jenis Berdawai Semula

53
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Berikut adalah jadual bagi menentukan saiz elemen fius berdawai semula yang
boleh digunakan dalam mengganti elemen

Kadaran Diameter
Arus Fius dawai Fius
Dalam Amp dalam mm

2 0.15
5 0.20
10 0.35
15 0.50
20 0.60
25 0.75
30 0.85
45 0.25
60 1.53
80 1.80
100 2.00

15.5.2 Fius Katrij BS 1361

Kadaran Arus 2 – 200 A


Kapasiti Memutus 16.5 kA – 33 kA

Binaan
i. Fius ini mempunyai elemen fius yang ditempatkan dalam bekas seperti tiub
kaca, seramik atau tembikar dan di bahagian kedua-dua hujungnya
mempunyai
penutup untuk sambungan pengalir.
ii. Elemen dilindungi di dalam bekas supaya dapat memerangkap arka ketika
fius memutus.
iii. Faktor fius tidak melebihi daripada 1.5

Kegunaan
Fius ini banyak digunakan untuk kadaran rendah pengguna domestik dan
industri seperti pada palam tiga pin, kotak agihan dan perkakas elektrik. Ia lebih
selamat jika dibandingkan dengan fius jenis berdawai semula atau separuh tertutup

Fius Jenis Katrij

54
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Berikut adalah kadaran arus dan kod warna bagi fisu katrij

Kadaran Diameter dawai


Arus Fius Fius dalam mm
Dalam Amp
5 Putih
15 Biru
20 Kuning
30 Merah
45 Hijau
60 Ungu

15.5.3 Fius Kapasiti Pemutus Tinggi (HRC)

Fius Jenis HRC ini berkeupayaan mengatasi had lebur fius pada kadaran arus
yang melampaui arus beban biasa yang mana tidak boleh dilakukan oleh fius-fius
jenis lain. Digunakan untuk industri dan kegunaan am seperti litar motor, Boleh
didapati dalam pelbagai saiz iaitu A1,A2,A3,A4,B2 dan F1.

Fius Piwaian BS 88
Kadaran Arus 2 – 800 A
Kapasiti memutus 80 kA

Fius HRC

Fius Piwaian BS 88
Jenis Offset dengan kadar arus 2 – 100 A
Kapasiti memutus 80 kA
Digunakan pada pemegang fius jenis “safeclip”
Dicipta untuk kegunaan pemanas A/T dan litar pencahayaan

Fius HRC jenis Off set

Binaan
Fius ini mengandungi elemen jenis perak yang dibaluti oleh bahan seramik
dan diisi dengan bahan silikon bagi membolehkan menahan daripada renjatan
elektrik. Fius biasanya dilengkapan dengan petanda yang menunjukkan samada
masih dalam keadaan baik atau sudah putus.

55
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Faktor fiusnya rendah iaitu dari 1 – 1.25, iaitu fius akan memutus sebaik sahaja
kadaran arus yang besar melaluinya. Contohnya jika fius tersebut berkadaran 10
Amp akan memutus sebaik sahaja arus bernilai 12.5 Amp melaluinya.

Contoh pengiraannya.

Kadar Arus Fius 10 Amp


Kadar Fius HRC 1-1.25
Kadar fius cair 1.25 x 10 = 12.5 Amp

Oleh yang demikian filamen akan mencair di antara 10.2 – 12.5 Amp
Fius HRC digunakan mengikut kesesuaiannya seperti mengawal litar motor kerana
kendaliannya dapat mengenal psati anta arus permulaan sebuah motor dengan
kerosakan arus yang besar serta beban lebihan.

15.5.6 Pemutus Litar Miniatur (MCB) BS 3871)

Terdapat dua jenis pemutus litar miniatur yang digunakan untuk pemasangan
domestik dan industri iaitu jenis magnet hidrolik dan jenis terma. Fungsi utama adalah
sebagai peranti perlindungan kepada pemasangan. Dalam keadaan litar pintas
dan juga arus rosak peranti ini akan memutuskan sambungan secara automatik
menjadikan litar buka dan tiada arus mengalir di dalam litar. Dalam keadaan normal
peranti ini akan membuat sambungan bagi membolehkan litar lengkap dan
mengalirkan arus di dalam litar

MCB

1. Peranti ini hendaklah di dalam bekas tertutup rapat untuk perlindungan


mekanisma.
2. Nilai arus minimum untuk membuka secara automatic.
3. Tempoh masa untuk membuka

Binaan

MCB BS 3871 ini memp[unyai kadaran voltan sehingga 415 volt dan arus
sehingga 100 ampiar serta kapasiti memutus sehingga 9 kA. Dengan yang demikian
peranti ini dibuat bagi memenuhi ciri-ciri piawaian yang binaan asasnya
mengandungi bahagian seperti:

i. Satu set mekanisma pensuisan

Set mekanisma ini berbentuk punat suis yang boleh ditolak ke keadaan ON
dan OFF dengan menggunakan tangan. Punat suis akan terpelantik secara
automatik ke OFF apabila berlaku arus lebih mengalir melaluinya. Setelah peranti
memutus iaitu berada dalam keadaan OFF, periksa litar yang bersambung dengan
MCB ini dan asingkan peralatan yang telah dikenalpasti rosak. Kemudian boleh tolak

56
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

punat suis ke ON semula, jika masih terpelantik semula ke OFF, periksa aksesori dan
kabel pendawaian.

ii. Satu set alatan automatic

Terdapat dua jenis alat perlantikan secara automatik yang digunakan untuk
MCB iaitu jenis magnet terma haba dan jenis magnet hidrolik.

Jenis magnet terma

Pelantik akan terkendali dalam jangkamasa lama. Kendalian akan dilakukan


oleh alat sesentuh dwi logam (bimetal). Apabila arus lebih melaluinya, bahan logam
yang satu akan pelantik dan terlepas daripada sentuhan lalu mengendali
pelantiksistem mekanisma suis ke arah OFF.

Kepingan metalik membengkok Binaan MCB Jenis Magnet


apabila panas disebabkan oleh Terma
arus.Plag magnet melantik
membuka sentuhan dan
memutuskan litar.Fius H.B.C (BS
88 dan BS 1361)

Pelantikan serta merta dikendalikan oleh satu alat elektromagnet bagi beban lebih
di sekitar 10 x kadaran arusnya

Jenis Magnet Hidrolik

Unit kawalan pelantik mengandungi satu gegelung elektromagnet dililit pada


tabung berbentuk silinder berisikan minyak sebagai terasnya. Apabila arus besar
melaluinya akan berlaku penjanaan kemagnetan lalu menggerak mekanisma
pelantik secara automatik dan memutuskan litar.

Binaan MCB jenis Hidrolik

i. Set pelindung pemadam arka.


ii. Alat pemadam arka dibentuk supaya apabila berlakunya arka ketika
sesentuh terbuka dengan serta merta dihalakan ke arah perangkap arka dan
ini membolehkan arka dipadamkan dengan serta merta.
iii. Satu set sesentuh tetap dan boleh bergerak.

57
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Terdapat dua jenis kendalian pelantik dalam pembuatan MCB iaitu suis terpelantik
lambat dan MCB yang suisnya terpelantik dalam tempoh tidak melebihi 0-1 saat
sebagai pelantik serta merta. Mengikut piawaian BS 3871 MCB hendaklah tidak
berkendali ketika mengalirkan arus dengan kadarannya secar berterusan. MCB juga
dikehendaki supaya terpelantik dalam tempoh masa 1 jam jika sekiranya aliran arus
1.5 kali lebih daripada kadaran arus biasa, atau 1.35 kali daripada arus kadaran
bagi kadaran lebih daripada 10 amp.

Kebaikan MCB

i. Kapasiti memutus atau pelantik telah ditentukan oleh pihak pembuat dan
tidak boleh diubahsuai.
ii. Kendalian atau keupayaan MCB boleh diuji serta di set semula.

Dengan MCB segala kerosakan yang berlaku ke atas litar pemasangan dapat
dikesan dengan lebih cepat.

iii. Tidak seperti fius apabila terputus perlu diganti semula dengan yang lain
manakala MCB hanya perlu diset semula atau di ON kan setelah terpelantik.

Perbagai saiz arus MCB boleh didapati untuk pemasangan litar kecil akhir
mengikut kesesuian kegunaannya.

a. 6 Amp - Litar Pencahayaan (Lampu dan Kipas).


b. 16 Amp/20 Amp - Litar Kuasa (Suis Soket Keluaran).

PERHATIAN : Satu MCB hanya boleh disambung kepada satu litar kecil sahaja.

16.0 Pemutus Litar Bocor ke Bumi

Apabila nilai maksimum gelung bumi untuk peranti perlindungan arus lebih
tidak diperoleh, dengan itu penggunaan peranti ELCB diperlukan. Secara umumnya
peraturan menyatakan, apabila pengguna perlu memasang elektrod pembumian
sendiri bermakna ELCB diperlukan bagi melindungi sistem pendawaiannya. Peranti
ini akan berkendali secara terus apabila berlaku arus rosak ke bumi lalu mengalir
melalui kabel pelindung. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan pemasangan
ELCB di dalam sistem pemasangan.

58
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Terdapat dua jenis ELCB mengikut kendaliannya iaitu :

a) Kendalian Arus
b) Kendalian Voltan

16.1 PEMUTUS LITAR BOCOR KE BUMI (RCCB) – kendalian arus 1 fasa

Kendaliannya:

Semasa tidak berlaku arus bocor ke bumi

Dalam keadaan normal arus masuk melalui gelung serba sama dan akan
menghasilkan urat daya seimbang dan terus ke beban. Disebabkan arus yang
mengalir melalui gelung serba sama berlawanan arah, maka tidak ada aruhan
yang terhasil bagi mempengaruhi gelung pengesan. Dengan ini tiada daya gerak
elektrik mengalir ke gelung pelantik dan litar tidak diputuskan.

Semasa arus bocor ke bumi

Arus yang mengalir melalui gelung serba sama tidak seimbang. Salah satu
urat daya pada gegelung serba sama akan mempengaruhi gegelung pengesan
dan akan terjadi satu daya gerak elektrik bersama gelung pelantik. Daya gerak
elektrik yang terhasil akan mengalir ke gelung pelantik dan seterusnya menjadi
elektromagnet. Gelung pelantik akan menarik suis pelantik dan litar diputuskan.

Semasa menekan punat uji

Apabila ditekan punat tekan uji, jadi arus akan mengalir melalui perintang
ujian dan ketidakseimbangan berlaku. Salah satu gelung serba sama akan
mempengaruhi gelung pengesan dan terjadi satu daya gerak elektrik bersama
gelung pelantik. Daya gerak elektrik yang terhasil akan mengalir ke gelung pelantik
dan seterusnya menjadi elektromagnet. Gelung pelantik akan menarik suis pelantik
dan litar diputuskan.

59
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

16.2 PEMUTUS LITAR BOCOR KE BUMI (RCCB) – kendalian arus 3 fasa

i. 30 mA -0.03 Amp- untuk alatan elektrik.


ii. 100 mA -0.01-untuk pemasangan satu fasa.
Iii. 300 mA-0.3 Amp-untuk pemasangan 3 fasa.

Kendaliannya

Ketika bekalan disambungkan ke alat ini, arus akan mengalir melalui


keempat-empat gelong utama (L1,L2,L3 & Neutral). Lazimnya arus dikonduktor hidup
L1,L2,L3 dan N adalah sama (seimbang) dan kedudukannya adalah bertentangan
di antara satu sama lain. Oleh yang demikian,voltan aruhan (fluks) tidak terhasil
pada gegelong pengesan (sekunder).
Apabila berlaku kebocoran arus pada gelung utama (primer) sama ada L1,
L2, L3 & N akan terjadi ketidak seimbangan dengan gegelung pengesan (sekunder).
Gegelung pengesan akan mendapat voltan aruhan. Ini akan menyebabkan gelung
pelentik beroperasi dan seterusnya menarik suis pemutus litar bocor ke bumi ke
kedudukan mati/off. Arus bocor akan mengalir ke bumi melaui konduktor
keselenjaran bumi jika kebocoran berlaku antara konduktor hidup dan bumi.

16.3 PEMUTUS LITAR BOCOR KE BUMI (RCCB) – kendalian voltan

Pemutus litar bocor ke bumi jenis kendalian voltan di gunakan untuk tempat
di mana galangan dalam sistem pembumian terlau tinggi biasanya bagi sistem TT.
Voltan kendaliannya tidak melebihi 50 volt. Ia mestilah dapat dikendalikan dalam
masa tidak lebih 0.4 saat untuk beban yang menggunakan soket keluaran dan tidak
lebih 5 saat bagi alat-alat tetap.

60
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Kendaliannya

Semasa tidak berlaku arus bocor ke bumi

Sekiranya tidak ditekan punatekan uji, arus akan mengalir seperti


biasa dalam litar tanpa melalui gelung pelentik dan RCCB tidak
dikendalikan.

Semasa tidak berlaku arus bocor ke bumi

Arus akan mengalir melalui pengalir perlindungan (kabel earth) dan


terus ke gelung pelentik. Gelung pelentik akan menjadi elektromagnet dan
menarik suis pelentik dengan ini litar diputuskan

Bagi tujuan menguji RCCB

Tekan punatekan uji, jadi arus akan mengalir melalui rintangan melaui
rintangan ujian dan seterusnya ke gelung pelantik. Gelung pelentik akan
menjadi elektro magnet dan menarik suis pelentik dan litar dapat diputuskan.

ELCB Satu Fasa untuk kotak agihan miniatur ELCB jenis kendalian Arus dan Voltan

61
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

ELCB Satu Fasa


ELCB 3 Fasa

Faktor-faktor Pemilihan Jenis Pelindung Lebihan Arus

Pemilihan jenis pelindung lebihan arus bergantung kepada beberapa faktor, di


antaranya ialah seperti berikut:

a) Jenis Beban

Pada beban yang arusnya sentiasa seimbang kadaran arus beban itu
menjadi penentu kadaran arus bagi pelindung lebihan arus yang hendak
digunakan. Jika arus itu berubah-ubah atau arus gangguan seperti renjatan dan
arus harmonik pada beban-beban lampu nyahcas, ia mestilah diambil kira sebagi
arus beban itu. Pada beban yang telah ditetapkan oleh Jadual A.2 dan A.3,
kadaran arus yang ada pada jadual itu mestilah dipatuhi dan dijadikan sebagai
kadaran arus fius. Bagi beban motor yang mempunyai pelindung lebihan beban
sendiri pada permulaannya, kadaran arus fius pada litar kecil akhir motor itu
bolehlah digandakan sebanyak dua kali ganda daripada kadaran arus beban
penuh motor itu.

b) Ketahanan Pelindung Lebihan Arus

Eloklah dipastikan bahawa pelindung lebihan arus yang dipilih itu sesuai
kadaran arus litar pintasnya. Misalnya fius yang dikadarkan 15 Amp mestilah
berkemampuan menahan arus litar pintas itu iaitu sebanyak 15 x 12 kali ganda = 180
Amp Contoh : Satu beban menggunakan 240 Volt / 15 A = 16 ohm, rintangan beban
Pada litar pintas,rintangan menjadi lebih rendah, katakanlah 2 ohm, jadi arus litar
sekarang menjadi V/R = 240/2 = 120 Amp. Dalam perkara ini yang dimaksudkan
dengan berkemampuan menahan arsu litar pintas ialah ketahan badan pelindung
lebihan arus itu apabila berlaku litar pintas.
a) Suhu Sekitaran

Suhu sekitaran boleh mempengaruhi penggunaan pelindung lebihan arus


terutamanya fius. Oleh itu ia haruslah dipertimbangkan juga agar ketahan fius itu
bersesuaian dengan suhu sekitarannya dan di samping itu dapatlah ditentikan kelas
perlindungan yang akan digunakan nanti.

b) Alat Khas

Bagi alat-alat yang amat peka (mudah rosak) akibat lebihan arus yang
mendadak naik, walaupun dalam tempoh masa yang singkat seperti ketika mula-
mula suis dihidupkan, pelindung lebihan arusnya mestilah daripada kelas halus. Jika
tidak, alat itu akan rosak sedangkan pelindung lebihan arusnya masih belum

62
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

beroperasi. Contoh alat yang peka ini ialah seperti alat-alat elektronik.

c) Harga dan Bahaya

Harga juga menjadi faktor pemilihan. Jika terdapat pelindung lebihan arus ini
yang murah pada keupayaan yang sama lebih baik dipilih yang lebih mahal sahaja
kerana dalam hal ini kerja-kerja elektrik keselamatan mesti diutamakan.

d) Penjagaan

Jika digunakan di tempat-tempat yang bahaya, ia mestilah dari jenis yang


agak rumit dan tahan kerana ia tidak mungkin akan dikendalikan oleh orang-orang
yang tidak berkelayakan. Begitu juga dengan penempatannya, mestilah mudah
dicapai dan diperiksa jika untuk kegunaan umum.

17.0 SUIS UTAMA (MAIN SUIS)

Berikut adalah perkakas yang terdapat pada unit kwalan papan utama
pengguna. Seperti mana yang telah disebutkan alat kawalan pada pengguna
adalah suis utama, pemutus litar ELCB dan Kotak Fius Agihan. Kadaran arus alatan
kawalan ini ditentukan oleh jumlah arus yang digunakan oleh litar kecil akhir dalam
sesuatu pemasangan atau jumlah arus beban. Suis ini merupakan sejenis alat
kawalan secara mekanikal yang boleh membuka dan menyambung litar secara
kawalan manual. Ada 2 jenis suis utama yang digunakan dalam pemasangan unti
kawalan iaitu:

i) Suis Fius - Suis jenis ini lazimnya digunakan oleh pemasangan domestik.
Dalam satu unit terdapat suis dan fius. Bahagian fiusnya
tidak bergerak iaitu dalam keadaan tetap, manakala
bahagian suisnya sahaja akan bergerak apabila punat suis
digerakkan.

ii) Fius Sius - Suis ini mempunyai suis dan fius bahagian fiusnya akan
bergerak bersama-sama bahagian suis apabila punat suis
digerakkan. Kedua-dua jenis suis utama ini boleh digunakan di
dalam pemasangan jenis SPN (Single Pole and Neutral) dan
TPN (Tripole and Neutral).

Suis Utama Untuk Kotak Agihan Miniatur


Suis Utama

63
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Suis Utama 3 fasa jenis Miniatur

Penggunaan suis utama adalah penting di dalam sesuatu pemasangan


pendawaian elektrik. Dengan adanya suis utama ini keselamatan pengguna
terjamin terutamanya apabila berlakunaya arus berlebihan (Over Current) atau pun
litar pintas. Terdapat pelbagai saiz – saiz utama yang boleh digunakan dalam
pemasangan mengikut keperluannya.dalam jadual berikut diberikan saiz - saiz suis
utama.

SPN (A) TPN(A)

20 10
50 20
45 30
60 60
75 100
100

Jadual Saiz Suis Utama

17.1 PENAMATAN KABEL

1. Penamatan Hangat Kecut.


2. Peti Kabel Jenis Inverted ( Kepala Gajah ).
3. Peti Kabel Jenis Tier.

64
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

HANGAT KECUT

Penamatan Hangat Kecut.

KEPALA GAJAH

65
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

TIER BOX

PENAMATAN HEAT SHRING KABLE PADA BLACK BOX UNTUK FIVE FOOT WAY

66
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

18.0 Memasang Sistem Pembumian – Elektrod Bumi

18.1 Pengenalan

Terdapat berbagai – bagai cara pembumian yang dilakukan dalam sesuatu


pepasangan di sesebuah primis. Pembumian ini penting bagi menjaga
keselamatan pengguna dari pekara yang tidak diingini samaada disebabkan oleh
kerosakan perkakas elektrik dtau pendawaian itu sendiri. Pembumian yang
dilakukan haruslah diambil perhatian yang serius oleh orang yang
dipertanggungjawabkan terhadap primis tersebut. Jenis pembumian boleh dilihat
dengan berpandukan kepada kaedah-kaedah pembumian yang betul.
Elektrod bumi merupakan sambungan terakhir untuk sistem pemasangan kepada
jisim bumi. Elektrod dipilih dari jenis bahan logam tembaga yang pada bahagian
hujungnya mempunyai bebenang skru yang boleh dicantumkan bersama dua atau
tiga elektrod bagi mendapatkan galangan bumi yang paling rendah.

18.2 Jenis – Jenis Elektrod Bumi

Elektrod bumi jenis yang berikut diperakui untuk tujuan bagi memenuhi kehendak
Peraturan IEE :

a. Rod – rod dan paip – paip bumi.


b. Pita – pita atau dawai – dawai bumi.
c. Plat – plat bumi.
d. Elektrod – elektrod bumi yang terbenam di dalam tanah.
e. Konkrit yang bertetulang logam.
f. Sistem – sistem paip logam yang tidak dilarang oleh Peraturan 542-14 dan 542-
15.
g. Sarung plumbum dan sarung daripada logam lain yang digunakan untuk
menyarung kabel dalam tanah dan tidak dilarang oleh Peraturan 542-15.
h. Struktur – struktur bawah tanah lain yang bersesuaian.

18.3 Cara-cara mengurangkan atau merendahkan rintangan elektrod bumi.

a. Bubuh garam disekeliling elektrod.


b. Tanam pada tempat yang lembab.
c. Tabur serbuk besi disekeliling elektrod.
d. Tabur arang batu disekeliling elektrod.
e. Bubuh larutan sulfat.
f. Tanam dua batang elektrod secara selari.
( Dalamkan atau panjangkan elektrod )

18.4 PEMBUMIAN

Pembumian merupakan pasangan yang perlu ada bersama dalam sistem


pendawaian elektrik, terutamanya dalam pemasangan di premis pengguna.
Pembumian ini diwakili oleh kabel bumi (earth). Kabel bumi ini dihubungkan kepada
punca yang tertanam di bumi. Matlamat utama pembumian adalah untuk memberi
perlindungan keselamatan kepada pengguna daripada sebarang bahaya renjatan
elektrik dan kerosakkan arus.

67
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Akibat kerosakkan tersebut akan memberi ruang yang membolehkan arus mengalir
kebahagian-bahagian yang berkaitan dengan sistem elektrik. Apabila ini berlaku
maka segala logam tersebut amat bahaya dan jika disentuh akan mengakibatkan
kemalangan renjatan yang boleh menyebabkan kematian atau berlakunya
kepanasan pada kabel disebabkan arus berlebihan yang memboleh kan
kebakaran pada kabel.
Dalam persediaan pencegahan daripada berlakunya renjatan serta
kebakaran kabel disamping memberi perlindungan kepada pengguna, oleh itu
segala bahagian logam pada akseskori pendawaian dan sistem pendawaian perlu
dibumikan. Ini bermaksud bahawa kabel bumi hendaklah melalui tamatan di
bahagian - bahagian yang dinyatakan. Kerana bumi dianggap keupayaannya
sifar (0).

Bahagian-bahagian pembumian.

Bahagian-bahagian logam yang dibumikan akan disambung kepada


kabel pelindung melalui punca tamatan bumi pengguna. Kabel bumi seterusnya
disambung kepada elektrod bumi yang tertanam di dalam tanah. Gambarajah
dibawah menunjukkan bahagian pembumian litar pengguna yang bermula
dibahagian kotak agihan. Punca tamatan bumi dikotak agihan pengguna
disambungkan ke elektrod bumi melalui kabel pelindung berwarna hijau. Manakala
kabel-kabel pelindung yang seiring dengan penghalaan pendawaian juga
ditamatkan diterminal bumi.

Terminal bumi

Soket Alir Keluar

Pengalir
Perlindungan

Elektrod Bumi

Rajah 1 : Elektrod
Bumi

68
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

ELCB Kendalian Voltan

N L

F
L

N E
N E

Kotak Agihan Kabel


Pengguna Bumi
Elektrod Bumi

Rajah 2 : Tamatan Bumi Pengguna

i. Pembumian adalah penyambungan satu poin di pengubah bekalan dan


bahagian logam satu pemasangan yang terdedah untuk disentuh kepada
bumi.

ii. Sambungan ini bagi menghalang pada kabel hidup daripada meningkat
nilainya melebihi satu nilai yang dimaktubkan dan untuk memotong bekalan
secara automatik apabila terdapat arus bocor mengalir disebabkan oleh
penebat yang rosak.

iii. Menghalang bahaya daripada renjatan elektrik kerana mungkin logam


menjadi punca hidup dan terdedah kepada awam. Juga bahaya kebakaran
oleh arus melebihi kapasiti kabel hasil kerosakan arus seperti arus bocor.

iv. Semua bekalan elektrik awam melebihi 30 V a.u atau 50 V a.t hendaklah
terdapat pembumian bagi pematuhan peraturan sistem bekalan dan
peraturan I.E.E

v. Sistem pembumian bermula pada pengubah bekalan pengguna dengan


menyambungkan poin bintang belitan sekunder tiga fasa ke bumi dan
sambungan ini juga membentuk pengalir neutral pada bekalan pengguna.
Apabila kesemua bentuk logam yang terdedah pada alat pemasangan
disambung balik ke poin bumi utama,satu litar elektrik telah terbentuk.

vi. Jika terdapat keupayaan atau voltan disebabkan oleh kerosakan arus, maka
kabel bumi harus boleh menampung aliran arus ini bagi membolehkan
peranti perlindungan arus lebihan berkendali atau memotong bekalan
tenaga.

69
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Terdapat beberapa istilah yang berkaitan dengan pembumian, di antaranya


adalah seperti berikut:

i. Bumi. Jisim berpengalir bumi yang keupayaannya


dianggap sifar

ii. Elektrod Bumi. Bahan pengalir seperti paip kuprum,tembaga


atau paip logam yang ditanam dalam bumi
untuk memberi sambungan yang berkesan
dengan bumi dan ianya boleh bersentuh
dengan jisim tanah.Paip logam kegunaan
bekalan air tidak boleh digunakan sebagai
elektrod bumi tunggal

iii. Rintangan Elektrod Rintangan elektrod bumi kepada jisim bumi


Bumi.
Adalah punca tamatan yang lazimnya
iv. Tamatan Bumi terdapat dimasukan bekalan pengguna
Utama.

vi. Plumbum Bumi Pengalir yang menghubungkan tamatan


bumi utama dengan elektrod bumi
Pengalir Pelindung Litar (c.p.c). Ini menyambungkan semua bahagian logam yang
terdedah seperti peralatan elektrik serta bahagian logam di pepasangan dengan
kabel bumi balik semula ke punca bumi utama.

18.5 Jenis Pengalir Pelindung Litar (c.p.c)

Mengikut peraturan 543-02 para 543-02-02 menyatakan pengalir pelindung


mungkin terdiri daripada satu atau lebih dalam sesuatu pemasangan menggunakan
bahan sepertti yang disenaraikan.

1. Kabel teras tunggal bersalut pvk berwarna hijau.


2. Kabel teras tunggal bersalut pvk berwarna hijau kuning.
3. Kabel bersarung pvk membawa pengalir terdedah hendaklah disarung
dengan penutup hijau kuning.
4. Kondiut logam.
5. Sesalur dan salur logam.
6. Kabel berperisai dawai dan bertutup plumbum.
7. Pengalir berpenebat atau terdedah secara pemasangan tetap.
8. Pengalir berpenebat atau tidak di dalam satu bekas pemasangan bersama
dengan kabel hidup berpenebat.
9. Pelindung logam pada kabel seperti sarung,screen dan berperisian
(armouring).

Kebaikan sistem pemasangan disambung kebumi

i) Keseluruhan sistem terikat dengan daya jisim umum bumi.


ii) Semua logam yang telah dimasukkan, satu laluan yang disediakan bagi arus
bocor ke bumi dan memutus litar.

70
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Kekurangannya

i) Kos perbelanjaan untuk menyediakan satu system pembumian yang lengkap


adalah mahal.
ii) Bagi sistem TT di mana punca bumi tidak disediakan oleh pembekal,
sekiranya salah satu sambungan pengalir bumi putus atau tercabut maka
tidak ada lagi laluan arus bocor ke jisim bumi, ini akan membahayakan
pengguna.

Istilah-istilah pembumian

i. Pengalir perlindungan (pengalir keterusan bumi).


ii. Pengalir bumi.
iii. Terminal pembumian utama pengguna.
iv. Elektrod bumi.
v.

Bahagian bahagian didalam Pembumian

Kondiut
Logam
Lampu

Pengalir
Perlindungan

Papan Agihan

Suis
Pengalir
Bumi

Paip Air

Terminal
Pembumian
Utama Soket Alir Pengalir
Keluar Ikatan

Elektrod Paip Gas


Bumi Motor
Elektrik

71
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

18.6 Pengalir Perlindungan

i. Pengalir perlindungan yang dahulunya dikenali sebagai pengalir keterusan


bumi. Ia adalah suatu pengalir yang menghubungkan semua bahagian
pengalir (logam) dalam pemasangan ke terminal utama pembumian. Dan
ini termasuklah pengalir pembumian dan pengalir ikatan.
ii. Terdapat dua cara menentukan saiz luas keratin rentas pengalir perlindungan
litar dalam sesuatu pemasangan pengguna.

Cara pertama : dengan menggunakan jadual dibawah.

Jadual 54G Peraturan IEE

Luas keratan rentas minimum konduktor pelindung


(Sp)
Jika pengalir
Luas Keratan rentas Jika pengalir
pelindung bahan
konduktor fasa ( S ) pelindung bahan
yang tidak sama
yang sama dengan
dengan pengalir
pengalir fasa
fasa
mm2 mm2 mm2
k1S
k2
S ≤ 16 S
k116
16 ≤ S ≤ 35 16 k2

S > 35 S/2 k1S


k22

Cara kedua : Dengan membuat penkiraan bagi menentukan luas keratin


rentas pengalir pelindungan litar.
Formula : S = √ I 2t
K

Dimana : S = luas keratan rentas pengalir (mm2)


I = arus kendalian (amp)
t = masa kendalian alat perlindungan (saat)
k = factor bergantung kepada ketinggiansuhu yang selamat
Jadual 54B, 54C, 54D, 54E dan 54F IEE

Nilai k untuk konduktor perlindung yang bertebat yang tidak digabungkan


dalam kabel dan tidak digemalkan bersama kabel atau bagi konduktor perlindung
terdedah yang berasingan dalam kontak dengan kabel yang menutupi tetapi tidak
digemalkan dengan kabel, dimana suhu yang diandaikan adalah 300C.

72
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

18.7 Terminal pembumian utama.

1. Terminal utama pembumian ialah tempat dimana punca pengalir


perlindungan disambungkan. Biasanya ia terdapat didalam papan agihan.

2. Dalam setiap pemasangan terminal utama pembumian atau bar mestilah


mampu menyambung pengalir-pengalir berikut:
a. Pengalir perlindungan litar
b. Pengalir ikatan utama
c. Pengalir pembumian berkendali (functional) – jika perlu.

3. Sambungan yang dibuat diterminal utama pembumian adalah kemas, kuat dan
sentiasa mempunyai keterusan.

18.8 Elektrod Bumi

Elektrod bumi merupakan sambungan terakhir untuk sistem pemasangan


kepada jisim bumi. Elektrod dipilih dari jenis bahan logam tembaga yang pada
bahagian hujungnya mempunyai bebenang skru yang boleh dicantumkan
bersama dua atau tiga elektrod bagi mendapatkan galangan bumi yang paling
rendah. Batang elektrod ini hendaklah ditanam dalam keadaan lurus ke bawah
tanah seberapa dalam yang boleh. Kabel pelindung (kabel bumi) akan disambung
terus kepada elektrod bumi dengan menggunakan logam pengapit bumi atau
secara skru.

Bagi tanah yang lembab dan basah, kedalaman elektrod bumi yang perlu
ditanam mungkin sehingga dua atau tiga meter sahaja. Setiap batang elektrod
panjangnya satu meter lebih dan boleh disambung melalui bahagian bebenang
skru di kedua hujungnya dengan menggunakan nat. Jenis elektrod bumi yang
biasa digunakan adalah seperti berikut:

a. Paip galvani. - 2” x 8’.


b. Batang (rod) kuprum. - 5/8” x 6’.
c. Tiub tembaga.
d. Pelit besi tuangan.
e. Jalur kuprum (strip).
f. Struktur keluli bangunan.
g. Pelapik plumbum dan bahan logam yang menutupi kabel.

Keberkesanan bagi sesuatu elektrod bumi membuat sambungan dengan jisim bumi
boleh berubah, tetapi bergantung pada jenis tanah dan kandungan kelembapan.
Sekiranya keadaan tanah basah, ia akan memberi satu keberkesanan yang baik ke
atas sambungan di antara elektrod bumi dan jisim tanah. Rintangan elektrod bumi
mestilah tidak terlalu tinggi kerana ia boleh mempengaruhi keberkesanan
pemutusan pada pemutus litar bocor kebumi kendalian voltan.

18.9 Pengalir ikatan.

1. Pengalir ikatan ialah pengalir yang menghubungkan terminal punca bumi


alat-alat elektrik kepada bahagian-bahagian logam seperti paip air, paip
gas dan sebagainya.

73
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

2. Terdapat dua jenis pengalir ikatan iaitu pengalir ikatan utama dan pengalir
ikatan tambahan.
3. Pengalir aluminium atau aluminium pelapik kuprum tidak boleh digunakan
sebagai ikatan ke paip air.
4. Pengalir ikatan utama mestilah mempunyai luas keratan rentas tidak kurang
daripada separuh luas keratan rentas pengalir bumi dalam pemasangan.
Saiz minimumnya ialah 6mm2.
5. Pengalir ikatan utama mestilah dibuat seberapa dekat dengan terminal
pembumian utama.

Pengalir ikatan tambahan yang disambung ke bahagian pengalir logam yang


terdedah mestilah mempunyai luas keratin rentas tidak kurang daripada 2.5 mm2
sekiranya mempunyai perlindungan mekanikal atau 4.0 mm2 bagi pengalir yang
tidak mempunyai perlindungan mekanikal.

Bahagian bahagian sistem Pembumian

Copper Rod

Running Coupler

18.10 Jenis-Jenis Sistem Pembumian

Jenis - jenis sistem pembumian ada kaitan dengan punca bekalan


pengguna yang dibekalkan oleh pihak berkuasa bekalan. Diantaranya yang
diluluskan oleh IEE ialah seperti berikut :-

i) Sistem TT.
ii) Sistem TN – S.
iii) Sistem TN – C – S.
iv) Sistem TN – C.
v) Sistem IT.

74
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Pembentukkan huruf-huruf bagi menunjukkan jenis sistem pembumian yang


dijalankan.

Pembentukan HURUF PERTAMA menunjukkan susunan pembumian dipunca bekalan


pengguna (pihak berkuasa bekalan).
T - menunjukkan bahawa satu atau lebih punca dibumikan. Ini disusun
oleh pihak berkuasa bekalan.
I - menunjukkan tiada punca bekalan pengguna dibumikan.

Pembentukkan HURUF KEDUA menunjukkan susunan pembumian dipemasangan


pengguna.
T - menunjukkan semua pengalir logam yang terdedah disambung terus
ke jisim bumi.
N - menunjukkan semua punca pengalir logam yang terdedah
disambung terus ke pengalir bumi iaitu punca bekalan pengguna.

Pembentukkan HURUF KETIGA dan HURUF KEEMPAT menunjukkan susunan pengalir


bumi punca pembekal.
S - menunjukkan pengasingan pengalir neutral dan bumi.
C - menunjukkan pengalir neutral dan bumi bercantum dalam satu
pengalir.

18.10.1 Sistem TN

Sistem ini mempunyai satu atau lebih punca bekalan kuasa yang disambung
kebumi. Bahagian pengalir yang terdedah dalam sistem pemasangan akan
disambung ke punca bumi menerusi pengalir perlindungan yang disediakan oleh
pembekal.
Terdapat tiga jenis sistem TN iaitu :-
i) Sistem TN – C
ii) Sistem TN – S
iii) Sistem TN – C – S

18.10.2 Sistem TN – C

Sistem ini fungsi pengalir nuteral dan pengalir pelindung dicantum dalam satu
pengalir bagi keseluruhan sistem punca bekalan kuasa dan sistem pemasangan
pengguna.

75
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Punca Bekalan
Kuasa
L1

L2

L3

Cantuman
Neutral dan
Pemasangan pengalir
Pengguna perlindungan

Alat Perkakas
Punca Bumi
Tambahan

Punca
Bumi

Bahagian pengalir
terdedah

18.10.3 Sistem TN – S

Sistem ini pengalir neutral dan perlindungan mempunyai pengalir yang berasingan
bagi keseluruhan sistem punca bekalan kuasa dan sistem pemasangan pengguna.

Punca Bekalan
Kuasa
L1

L2

L3

N
pengalir
perlindungan
Pemasangan
Pengguna

Alat Perkakas

Punca
Bumi

Bahagian pengalir
terdedah

76
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

18.10.4 Sistem TN – C – S.

Sistem ini fungsi pengalir neutral dan pengalir perlindungan dicantum dalam
satu pengalir bagi sebahagian daripada sistem. Bagi sistem punca bekalan kuasa
dibuat secara TN – c manakala sistem pemasangan pengguna dibuat secara TN – S.

Punca Bekalan
Kuasa
L1

L2

L3

Cantuman Neutral
dan pengalir
Pemasangan perlindungan
Pengguna

Alat Perkakas

Punca
Bumi

Bahagian pengalir
terdedah

77
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

18.10.5 Sistem TT.

Sistem ini mempunyai satu atau lebih punca bekalan kuasa yang disambung
ke bumi. Bahagian pengalir yang terdedah dalam pemasangan akan disambung
ke elektrod bumi pemasangan dan tidak bergantung kepada elektrod bumi punca
bekalan. Buat masa ini dinegara kita sistem jenis ini dijalankan dikebanyakkan
tempat dan kawasan oleh pihak pembekal berkuasa (TNB).

Punca Bekalan
Kuasa
L1

L2

L3

Pemasangan
Pengguna

Alat Perkakas

Punca
Bumi

Pemasangan Bahagian pengalir Pemasangan


elektrod bumi terdedah elektrod bumi

78
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

18.10.6 Sistem IT

Sistem ini tidak mempunyai sambungan terus di antara bahagian hidup (live)
dan bumi. Bahagian pengalir yang terdedah di dalam pemasangan akan
dibumikan. Bagi punca bekalan disambung kebumi menerusi galangan bumi atau
diasingkan terus dari bumi. Sistem ini tidak sesuai dibekalkan kepada umum.

Punca Bekalan
Kuasa
L1

L2

L3

Pemasangan
Pengguna

Alat Perkakas

Punca
Bumi

Pemasangan Bahagian pengalir Pemasangan


elektrod bumi terdedah elektrod bumi

19.0 Memasang Sistem Pembumian – Perangkap Kilat

Selain daripada elektrod bumi, satu lagi yang kita harus tahu berkenaan dengan
pembumian iaitu perangkap kilat. Ramai diantara kita yang tidak menyedari
tentang kewujudan alat tersebut. Ia juga penting dan perlu diambil perhatian
semasa membuat sesuatu primis bagi mengelakkan pekara yang tidak diingini
terjadi.

19.1 Definasi Penangkap Kilat

Merupakan alat perlindungan untuk melimitkan kenaikan voltan yang


melambung di talian pengalir atau alat-alat elektrik terutama apabila berlakunya
panahan kilat atau ketika kerja-kerja menutup atau membuka fius atau suis
(switching). Perlindungan ini terjadi dengan pengaliran lebihan arus yang terdapat
pada talian elektrik menerusi penangkap kilat terus ke bumi.

79
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Kilat ialah nyahcas elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut
petir dan kadang kala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu.[1] Kilat sering
diiringi oleh guruh. Dalam nyahcas keelektrikan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak
selaju 60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F), cukup panas bagi
melakur pasir silika kepada "kilat membatu", dikenali secara saintifiknya sebagai fulgurit
yang lazimnya berongga dan boleh memanjang seberapa jauh ke dalam
tanah.Terdapat kira-kira 16 juta ribut petir setiap tahun.

Kilat juga berlaku dalam awan abu dari letusan gunung berapi atau mungkin
disebabkan oleh kebakaran hutan yang menghasilkan cukup debu untuk menghasilkan
cas statik.

INFORMASI

# Satu panahan petir boleh


menghasilkan lebih kurang
1 gigavolt (1 bilion volt)

# Secara purata, kilat


membawa arus elektrik
++ sebanyak 120 kiloampere
++
(kA)
++ ++

++ ++
++ ++ ++ ++ ++ ++ ++ ++
++
++
++
++

++

++

80
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

19.2 Sejarah penyelidikan saintifik

++
++ ++
++
++
++

++
++

++

Benjamin Franklin (1706-1790) telah


berusaha bagi menguji teori bahawa percikan api
berkongsi beberapa persamaan dengan kilat
menggunakan puncak menara di mana telah dibina
di Philadelphia, Amerika Syarikat. Sementara
menunggu penyiapan puncak menara terbabit,
beliau telah mendapat idea iaitu menggunakan
objek terbang seperti layang-layang. Ketika ribut petir BENJAMIN FRANKLIN
seterusnya iaitu pada Jun 1752, telah dilaporkan
bahawa beliau telah menaikkan layang-layang
sambil ditemani anaknya sebagai pembantu. Pada hujung tali layang-layang tersebut,
beliau telah mengikat sebatang anak kunci dan mengetatkannya pada sebatang tiang
dengan benang sutera. Sekian lama masa berlalu, Franklin perasan serat bebas pada tali
layang-layang tersebut telah meregang; ketika itu beliau menghala tangannya hampir
pada anak kunci tersebut dan percikan api telah "melompat" pada ruang antara
tangannya dan anak kunci. Hujan yang turun semasa ribut berlaku telah membasahi
objek uji kajinya menyebabkan pertambahan pengalir elektrik

81
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

19.3 Ciri ciri kilat

Secara purata, kilat membawa arus elektrik sebanyak 40 kiloampere (kA) (meskipun
sesetengah halilintar kilat boleh mencapai lebih 120 kA) dan memindahkan cas sebanyak 5
coulomb dan 500 MJ. Voltan bergantung kepada panjang kilat, dengan pemecahan
dielektrik di udara mewujudkan 3 juta volt per meter; menghasilkan lebih kurang 1 gigavolt (1
bilion volt) bagi 300 m (1000 kaki) halilintar kilat. Dengan arus elektrik sebanyak 100 kA, ia
menghasilkan kuasa kira-kira 100 terawatt.

Bagaimanapun, penghasilan kilat bukanlah pemecahan dielektrik yang ringkas dan


medan elektrik di sekitarnya diperlukan bagi perambatan kilat pendahulu, boleh
menghasilkan beberapa turutan magnitud kurang daripada kekuatan pemecahan
dielektrik. Selanjutnya, kecerunan keupayaan dalam saluran panahan balik terbina baik
dalam urutan seratus volt per meter atau kurang kerana saluran pengionan yang sangat
besar, menghasilkan output kuasa sebenar dalam turutan megawatt per meter bagi arus
panahan balik kuat sebanyak 100 kA..

Kilat memanaskan udara sekitar kepada kira-kira 10,000 °C (18,000 °F) hampir serta-
merta, hampir dua kali ganda suhu permukaan matahari. Haba tersebut menghasilkan
gelombang kejutan yang dapat didengari yang juga dikenali sebagai guruh.]

Panahan balik halilintar kilat mengikut saluran cas sahaja adalah kira-kira 1 sm (0.4 in)
lebar. Kebanyakan panahan kilat adalah kira-kira 1.6 km (1 batu) panjang. Rekod panahan
kilat terpanjang yang pernah dicatatkan ialah 190 km (118 batu), dilihat berdekatan Dallas,
Texas, Amerika Syarikat. Setiap lokasi mempunyai keupayaan (voltan) dan arus bagi purata
panahan kilat yang berlainan.

82
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Aksesori Pemasangan Perangkap Kilat serta binaannya

Lightning Arrestor System

Digunakan di bahagian atas bangunan dan


1 juga perumahan. Di gunakan didalam system
perangkap kilat di Negara kita.

Rod Arrestor

2 Di perbuat daripada logam tembaga. Ia juga


ditugaskan sebagai perangkap kilat. Dimana
arus letrik yang dibekalkan dari petir di terima
oleh Rod Arrestor dan kemudian di bawa ke
bahagian Pembumian.

Base Rod Arrestor

3 Digunakan sebagai tapak untuk mengikat Rod


Arrestor di atas bangunan. Biasanya digunakan
bersama sama Rod Arrestor.

Copper Strip
4 Copper Strip di tugaskan sebagai penghantar
arus yang berlebihan akibat dari panahan petir.
Biasanya di perbuat dari tembaga keping yang
digunakan.

83
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Aksesori Pemasangan Perangkap Kilat binaannya

Test Joint

5 Di gunakan untuk menyambung copper strip


dari bahagian atas dan juga copper strip dari
bahagian bawah ( elektrod bumi ).

Brass Clip

brass clip digunakan untuk mengikat copper


6 strip di dinding bangunan. Ia kelihatan lebih
kemas apabila digunakan.

Earth Chamber

7 Earth Chamber adalah sebagai pelindung


diantara copper strip dan juga copper Rod. Ia
biasanya digunakan didalam sistem Pembumian

Paip PVC

8 Paip PVC biasanya digunakan di bahagian


bawah sistem Perangkap Kilat. Ia digunakan
sebagai pelindung dari orang awam terkena
renjatan letrik yang berpunca dari panahan
petir.

84
SMK1 PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

Tempat Pemasangan aksesori Perangkap Kilat

85