Anda di halaman 1dari 6

MASA DEPAN DI TANGAN ISLAM... KENAPA DAN BAGAIMANA..?

Islam adalah manhaj hidup syumul -


Tasawwur i'tiqadi - jelaskan tabiat alam/ kedudukan manusia / tentukan matlamat
kewujudan manusia.
Sistem dalam hidup manusia - lahir dari i'tiqad tadi (akhalak, politik, sosial,
ekonomi, antara bangsa dll)
Kerana itu - masa dpan di tangan Islam - kerana ia syamilah, mutakamilah,
mulabbiyah keperluan dan fitrah manusia serta muhaimanah.
Islam bukan dalam hati tersorok dari realiti hidup manusia, bukan syiar2 ibadah,
bukan jalan untuk kebahagian akhirat semata (tetapi kemudiannya perlu manhaj lain
untuk bahagia dunia). Ini bukan sifat deen Islam.
Cubaan dan usaha besar sejak dulu lagi - untuk uzlahkan Islam dalam hati, larang
dari masuk campur dalam realiti hidup dan halang dari kuasai hidup manusia ---
sedangkan itulah tabiat, hakikat dan tugas Islam. (syumul, waaqi'iyyah dan
haimanah).
Musuh salibiyyah dan zionis cuba lakukan ini semua.. tanda kemenangan awal mereka
untuk langkah seterusnya. Ataturk, negara2 yang dijajah dan akhirnya letakkan Islam
dalam urusan nikah kahwin dan pusaka sahaja. Langkah akhir --> hapuskan aqidah
Islam langsung dan gantikan dengan aqidah baru.
Pukulan teruk ke atas cubaan bangkitkan semula Islam yang benar di seluruh dunia -
semua musuh bersatu walaupun sebelum ini tak pernah bersatu - bersatu kerana
takutkan kebangkitan Islam.
Tapi hakikat Islam lebih besar, kukuh dan dalam - musuh tak akan berjaya -
disamping keperluan manusia amat besar terhadap Islam - manusia sedang meraung
meminta pertolongan.
Manusia mencari manhaj penyelamat - semua sifat dinyatakan dan semua sifat itu
hanya ada pada Islam.
Manusia tak akan tahan lama kesakitan - cuba pelbagai cara tapi tak sembuh - sbb
kesemuanya hanya pengalaman dan pemikiran manusia yan glemah, jahil dan terikat
dengan al-hawa. Hanya Islam sahaja mampu mengeluarkan manusia dari menyembah sesama
manusia kepada menyembah Allah sahaja.
Perpisahan jalan antara manhaj Islam dengan manhaj-manhaj lain ialah: Islam hanya
mengambil Allah sebagai sumber tasawwur, nilai, neraca, sistem, peraturan, undang2,
arahan, akhlak dan adab2. Manhaj lain ambil sesama manusia.
Manhaj itu adalah sistem jahiliyyah w/p beza masa lahir, tempat dan suasana.
Sedangkan Islam datang nak runtuhkan semua itu kerana semua alam hanya menerima
sistem Allah sahaja. (3:83) kehancuran akan berlaku bila bertentang dengan
perjalanan alam seluruhnya, kerana dia adalah sebahagian dari alam itu.
Pertentangan zahir dan batin.
Manhaj Islam - bukan untuk masa atau tanah atau situasi tertentu... sebagaimana
seluruh alam tidak berubah.
Kita yakin... manusia sedang menuju kepada Islam...
Kita yakin ... sebarang usaha untuk menolak Islam akan gagal.. tanda gagal telah
kelihatan pada kehidupan manusia.

DIN ADALAH MANHAJ KEHIDUPAN.


Sistem masyarakat - ada hubungan erat dengan tasawwur i'tiqad - bahkan kelahiran
tabi'i darinya. Ia menyesuaikan diri dengan penafsiran i'tiqad tersebut terhadap
alam, kedudukan manusia dan matlamat manusia di alam ini.
Kerana - sistem manusia ialah bertujuan untuk mencapai matlamat kewujudan manusia.
ia menentukan perjalanan dan jalan yang akan diambil, bentuk hubungan dengan alam
kelilingnya. Inilah 'sistem masyarakat'. Bila tiada berlaku asas ini dan tiada
penyelarasan ini--> manusia akan merana w/p hebat kemudahan material dan produk.
Cara kelahiran dan penyesuaian: bukan hanya pada sistem masyarakat tetapi juga pada
seluruh sistem hidup termasuk perasaan, akhlak, syiar dan adat resam.
Oleh itu: deen adalah manhaj hidup dan manhaj hidup adalah deen. Deen sekumpulan
manusia ialah cara hidup mereka. Cara hidup mereka adalah deen mereka. (applykan
pada Islam dan orang Islam hari ini..!)
Jika ikut cara hidup aturan Allah --> deen Allah. Jika tidak jadi deen raja, ketua,
manusia, bangsa dll (12:76)
Semua sistem buatan manusia sebenarnya ada tasawwur i'tiqad mereka... bukan hanya
sistem luaran zahir.
Oleh itu semua sistem hidup adalah 'deen' - deen kapitalis, deen sosialis, deen
demokrasi, deen nasionalis ... dan semuanya adakah bukan deen Allah. (3:83, 109:6)
Oleh itu juga --> deen Allah bukan hanya pegangan dalam hati terpisah dari realiti
hidup seharian, ATAU syiar2 ATAU nikah kahwin. Kemudian bidang hidup lain diambil
dari sumber lain. Allah hanya kuasai hidup akhirat dan untuk dunia manusia bebas
pilih sumber lain. Seolah Allah ada bidang kuasanya dan selain Allah ada bidang
kuasanya. Sungguh lucu dan inilah maksud 9:31.
Kesatuan individu manusia... gerakan dan hidup manusia perlukan satu manhaj
sahaja...dari satu tasawwur sahaja. Jika hati dan ruh mengikut Allah dan luaran
ikut tasawwur buatan manusia --> jadi sakit Schizophrenia. (seperti barat yang
terpisah antara ajaran kristian dan tamaddun mereka).
Islam : tafsir menyeluruh terhadap alam wujud dan hubungan dengan pencipta,
kedudukan manusia dan matlamat kewujudan mereka. islam jelaskan bentuk hubungan
semua ini dan wasilah untuk mencapai kesemua ini bagi kebahagiaan dunia dan bahagia
akhirat. Semuanya dengan manhaj yang satu dan tak perlu sakit Schizophrenia.
Oleh itu Islam datang dengan kedua2: tasawwur i'tiqad dan sistem masyarakat.
Taurat - datang dengan aqidah dan syariat. Mereka perlu ikut hukum taurat. (5:44-
45).
Injil - untuk menguatkan taurat dan beberapa perubahan kecil hukum. (5:46-47)
Quran - diturun untuk dipraktikkan... adakah masih mahukan peraturan jahiliyyah?
Hukum Allah tidak baikkah? (5:48-50)
Contoh2 lain bahawa deen adalah tasawwur i'tiqad dan pelaksanaan amali: (Syura:10-
15, Hud: 84-87, Syua'ara:150-152, Baqarah:213).
Hilang erti deen jika hanya untuk masalah ruh sahaja atau syiar ibadah sahaja atau
sebahagian bidang hidup manusia sahaja.
Pengertian ini dahulunya tidak dipertikaikan ... hingga berlaku peristiwa di
Eropah. Ianya tidak berlaku di tanah Islam.. tetapi telah diimport sebiji dari
Eropah.

PEMISAHAN YANG MENYAKITKAN.....


Bukan sifat deen - dipisahkan atau disempitkan. Bukan sifatnya diesakan Allah pada
sebahagian hidup dan kemudiannya diserahkan bidang lain kepada tuhan2 lain untuk
mencipta kaedah, sistem dan undang2 tanpa merujuk kepada Allah.
Bukan tabiat deen: buat jalan ke akhirat tanpa lalu di dunia- sampai ke syurga di
akhirat tanpa mengikut cara yang dikehendaki Allah.
Bukan tabiat deen: hanya jadi bahan upacara tradisi yang tidak ada kaitan dengan
sistem hidup harian.
Dari mana datang bentuk yang wujud hari ini...? Macamana berlaku ?
Pemisahan ini mula di Eropah.. dalam suasana perit dan kemudian merebak merosakkan
dunia ketika tamaddun barat mula menjenguk dan menguasai dunia seluruhnya.
Manusia sedang berteriak kesakitan.... mencari ubat dan penawar....
Apa telah berlaku di Eropah dulu..?
Yahudi (Umat Nabi Musa) diberi syariat. Nabi Isa didatangkan untuk bawa sedikit
perubahan - diperangi dan Yahudi pujuk raja Syam. Selepas Nabi Isa, kristian benci
Yahudi dan sebaliknya (perpecahan tak sepatutnya dikalangan Bani Israel).
Kitab Injil tinggal tiada syariat. Syariat dalam Taurat. W/p begitu injil yang
benar mampu beri tasawwur i'tiqadi jika masih kekal seperti asal.
Rom pemerintah Syam tekan pengikut Nabi Isa as. Hawariyy sembunyi dan sampaikan
injil senyap2. Mula campur aduk antara kalam Allah dengan cerita dan riwayat Nabi
Isa. Jadi banyak Injil. Mula ditulis selepas 40 atau 64 tahun. Bahasa juga
berbeza2.
Paul masuk kristian dari agama Rom, campur aduk dengan ajaran rom dan greek. Bawa
kristian ke Eropah. Paul tulis surat2 nya.. bercampur aduk antara benar dan salah.
Krisis sebenar bermula- maharaja Constantine masuk kristian - 355M. Tak ikut ajaran
kristian. Zalim dan maksiat kecuali sebelum mati. Kristian tak boleh hapuskan
berhala rom. Campur aduk. Timbul krisis politik.
Perang berlainan akidah Rom dan Qibti Mesir. Berlarutan. Akhirnya tasawwur i'tiqadi
kristian jadi caca merba. Tak mampu mengubat manusia dan bentuk sistem masyarakat.
Lebih dahsyat: Rom mewah, rosak akhlak, hidup foya-foya, seronok, hedonisma dan
pegangan mereka "hidup adlah peluang untuk berseronok". Emas perak, makanan,
pakaian, musik dan artis, arak, tempat hiburan yang banyak, seks bebas, segala
lucah, sukan perlawanan sesama manusia atau dengan binatang dll.
Kristian masuk dan ingin melawan semua ini. Tak mampu kerana tasawwur i'tiqad
mereka tidak betul. Ekterim ke arah rahbaniyyah. Pemisahan jauh antara keduanya.
Manusia tak mahu kepada agama.
Orang ramai terserempak: kehidupan paderi juga penuh maksiat dan dosa.(kerana
melawan fitrah manusia). Kumpul duit, jual keampunan, rasuah, makan riba. (Leo ke
10 - belanjakan duit sebelumnya, semasanya dan penggantinya. Seluruh perbelanjaan
Perancis hanya untuk Pope).
Paderi berebut jawatan dan kuasa dengan raja dan pembesar. (1077M- kesah Henry ke-4
sujud dan meminta maaf kepada paderi). (1245 M- Innocent ke-4 mahu pecat Maharaja
Frederick II).
Akhirnya tiba ke penghujung masalah - dosa gereja terhadap eropah, kristian dan
seluruh agama lain sedunia ialah bila: GEREJA TIDAK MEMBENARKAN ORANG LAIN MEMAHAMI
KITAB SUCI.
Gereja masukkan ajaran2 pelik dan syiar ibadah pelik.(seperti asya' rabbani- Lord's
Supper).
Paderi halang orangramai baca kendungan kitab suci. Paderi dakwa pelbagai teori
sejarah, geografi, sains bercampur aduk khurafat dan paksa orang ramai terima. Ini
jenayah besar paderi Eropah. Membina agama atas sains yang tidak tetap.
Saintis jumpa sebaliknya- gereja tuduh murtad. Di bunuh 300,000 saintis. 32,000
dibakar. (antaranya Giordano Bruno, Galillleo dll).
Perang dan kebencian saintis terhadap gereja - benci segala yang berkaitan dengan
agama --> benci semua agama.
Inilah deen yang di'godam' oleh eropah. Ia diikut oleh semua kakak tua seluruh
dunia tanpa beza terhadap deen mana sekalipun. Deen eropah ini rosak sejak awak
lagi. Orang deen ini hanya wujud di eropah... tidak ada di tempat lain. Oleh itu
mungkinkah penyelesaian masalah ini datang dari eropah? Eropah yang telah
memisahkan deen dan kehidupan itu..?

BERLALU SUDAH PERANAN ORANG PUTIH...!


Tamaddun mereka sudah muflis - ketandusan tasawwur, prinsip dan nilai untuk
memimpin manusia. Sejak Magna Carta (1215) dan Revolusi Perancis (1799) tiada benda
baru. Semuanya dari syaitan dan hawa dan tidak dapat tahan lama. Bertentangan
dengan fitrah.
Asas tamaddun mereka-- musuhi deen dan menyanggahi keperluan sebenar manusia.
Manusia menderita disebabkan tamaddun mereka cipta sendiri - asal tamaddun
sepatutnya untuk bahagiakan mereka. Fitrah manusia bergelut dengan tamaddun - mesti
kemenangan di pihak manusia kerana fitrahnya lebih kuat dari tamaddun yang baru
'menyibuk.'
Komunis dan sosialis.. juga tak mampu - kerana asasnya juga sama. Menafikan fitrah
manusia (disamping menafikan hakikat alam sejagat). Komunis: manusia digerakkan
oleh perut - spt binatang. sejarah berubah kerana ekonomi..... mereka ingat dunia
bahagia dengan hanya revolusi ke atas borjoius...
Tasawwur teruk komunis macam tu tak mungkin lahirkan sistem masyarakat yang
bahagiakan manusia. Komunis gagal dari detik pertama dalam praktiknya.... mula ubah
dan dakwa itu adalah perkembangan.
Semua barat sama- w/p gereja tertutup di rusia dan terbuka di Eropah barat -
kesemua sistem masyarakat barat adalah bukan dari tasawwur betul terhadap alam.
Jangan kehebatan teknologi, roket dan komputer melupakan kita dari kesensaraan dan
kemunduran akhlak manusia kini.
Manusia adalah paksi dan penentu tinggi rendahnya kemanusiaan. Kebahagian ruh
adalah neraca. Alat2 hanya untuk membantu bukan jadi penentu.
Bila manusia jadi bahanapi untuk alat, hamba dan pengikut alat.......
Bila mereka terperosok pemikiran, akhlak.
Bila seks mereka teruk dari binatang..
Bila tugas asasinya dah tak dilaksanakan.
Bila mereka membunuh jemu dan boring mereka dengan menyiksa ruh. urat saraf dan
fizikal dengan arak dan penenang.
Bila mereka membunuh anak2 kerana petisejuk dan mesin basuh...
Bila pencapaian tamaddun langsung tidak mengubah mereka... maka ini ertinya mereka
perlu kepada manhaj hidup lain. Jika tidak ... pencapaian tamaddun ini akan
terbazir dan tidak dapat dimanfaatkan sepatutnya oleh manusia seluruhnya. Aqal,
sains dan ujikaji pengalaman manusia perlu sepatutnya digunakan untuk manfaat
manusia.
SEKARANG.. manusia perlu manhaj hidup baru berdasarkan tasawwur i'tiqad yang betul,
bukan mengikut kanta sempit manusia mengikut akal, shahwat, al-hawa dan emosi
mereka.
Ini dilupai oleh barat dan tamaddun mereka.
Manusia tetap manusia.. sama sejak dahulu. Ruh dan jasad.
Manusia sibuk mengenyangkan kelaparan jasad dengan produk dan industri (filem,
hiburan, alat dll) tetapi ini tidak mengenyangkan ruh. Ruh lapar kepada iman
terhadap kekuatan yang hebat, alam yang tidak dicapai pancaindera, lapangan yang
lebih besar dari hidup dunia dan lapar kepada penyelarasan dalaman dan realiti
luarnya, antara syariah hati dan syariah hidup luarannya. Mana2 sistem hidup yang
tak dapat mengenyangkan kesemua ini hanya akan menyiksa manusia.

LAUNGAN AMARAN........
Ramai manusia melaungkan masalah mereka... tetapi jalan penyelesaian mereka juga
kelihatan bodoh...Seperti duduk dalam kurungan- melompat tapi kaki terikat. Terikat
dengan sains dan realiti.
Penyelesaian --> pecahkan kurungan, keluar dan lihat dari luar. Tidak terikat
dengan pandnagan dalam kurungan.
Contoh kesedaran masalah dari orang barat sendiri:
1. Alexis Carrel (1944) - (The Nobel Prize in Physiology or Medicine 1912).
2. John Foster Dalas - Menteri Luar USA yang masyhur.

(Alexis Carrel- Man, the Unknown)


Iklankan- manusia sebenarnya tidak mengenal manusia.
Bagi yang berani ubah dengan menolak tamaddun industri kini demi untuk kemajuan
umat manusia.
Penerokaan sains kita lebih dari keperluan kita- kita membuang usaha melebihi
sepatutnya.
Kita lupa kesan industri kita terhadap fisiologi dan minda pekerja kerana semata2:
"mendapatkan semaksima produk dengan seminima usaha dan modal."
Manusia sepatutnya menjadi pengukur kepada benda lain.. yang berlaku terbalik.
Kemajuan ilmu fizik atas ilmu kehidupan adalah bencana terbesar manusia. Ciptaan
kita sendiri tidak sesuai untuk kita.
Sepatutnya diberi lebih masa untuk melihat kelemahan akhlak dan pemikiran kita dan
bukan tambah alat2 baru. Tiada guna tambah kemudahan, keindahan, kekomplekan jika
tidak memberi manfaat yang besar berbanding keruntuhan akhlak.
Manusia hasil warisan, persekitaran, resam dan pemikiran yang berlaku semasanya.
Manusia tidak mampu menyesuaikan dirinya dengan persekitaran baru yang dicipta oleh
teknologi. Persekitaran ini akan merosakkannya. Bukan salah teknologi tetapi salah
manusia yang menciptanya kerana syok dengan teknologi tanpa tahu tujuan penciptaan
dan penerokaannya.
Penerokaan Alam 'jamad' bawa kita ke negeri tidak sesuai untuk kita dan menjadikan
kita tak mampu mengendalikan diri sendiri..tapi menjadi hamba alat yang mengongkong
kita. perkara ini dah berlaku 300 tahun.. sukar untuk keluar.
Perubahan mendadak akan berlaku jika kita lari dari apa yang telah dibuat 300 tahun
lampau--> kajian seni, keindahan, agama dll. Kajian hari ini akan kelihatan bodoh !
Doktor akan ubah cara fikir- kenapa sibuk jaga orang sihat badan tetapi tidak risau
orang sakit pemikiran dan akhlaq dalam masyarakat?
Ekonomist akan fikir bagaimana bekalkan keperluan seni dan pemikiran manusia dan
bukannya makanan dan wang.
Pembebasan manusia dari mazhab kebendaan ini akan mengubah seluruh bidang hidup -
tetapi ia akan ditentang oleh masyarakat moden.
Ada bawa pendekatan psikologi.... freud.. tolak kebendaan..lagi teruk...
Penyelesaian cadangan Alexis Carrel: perlu penekanan semula ilmu mengenal manusia.
Tapi...
Manusia tak mungkin mampu diluar kemampuannya. Manusia terbelenggu dalam sempadan
sains dan waqi' ciptaan mereka.
Mundur manusia dalam sains kemanusiaan adalah hasil tabi'i dari penilaian yang
salah terhadap peranan manusia dibumi- ketika terpisah dari tasawwur i'tiqadi yang
silap.
Kejar produktiviti - hasil dari sistem ekonomi tanpa tuhan
Semua sistem masyakarat - ciptaan hasil benci pada agama.
Dallas ; tamaddun kita tak akan boleh bertahan tanpa balik pada pembangunan ruh....

Dallas tak faham- kristian yang ada- tak mampu kerana dah dirosakkan oleh Paul,
Qostantine dan Paderi dan Gereja.
Jika ikut kristian- banyak benda kena haramkan- riba dll
Jurang kristian asal dan kehidupan barat semasa- sangat2 jauh... dijauhkan sejak
500 tahun.
Tiada manhaj lain yang mampu kecuali Islam. Tetapi mengambil manhaj ini tak boleh
hanya kerana ingin membenteras masalah2 terntentu yang berlaku dalam masyarakat
sahaja.
Islam hanya akan berfungsi bila diberi kuasa sebebas-bebasnya, menjadi tuan dan
bukannya khadim (orang gaji?)

PENYELAMAT.....
Penyelamat yang ditunggu- sifatnya hanya ada pada Islam.
Ilmu kemanusiaan tidak mampu menangani masalah ni..
Kerana Islam bukan ciptaan barat... mereka tak terima..
Kerana mereka sendiri menyerang dan menentang Isla... tak mungkin mereka akan
terima Islam sebagai penyelesaian.
Islam melalui sifat dan hakikat yang ada padanya... mampu ! Kerana manhaj lengkap,
kamil dan mutakamil. Ia tasawwur dan sistem kehidupan.
Perubahan bukan dengan tekankan semula ilmu kemanusiaan... tak cukup dengan
penempelan. Tetapi dengan ambil Islam dan yakin: manusia adalah manusia dan apa
matlamat kewujudan mereka.
Tidak mungkin manusia mampu untuk fikirkan sistem untuk manusia.. manusia boleh
fikir fizik. kimia. medic dan mencipta alatan baru... namum mereka tak mampu cipta
sistem hidup untuk mereka sendiri.
Alam kebendaan suatu yang boleh dilihat dan diuji... alam manusia hakikatnya kabur.

Kesilapan lain:
Rasa penguasaian manhaj ruh dalam kehidupan akan menolak ilmu2 materialism dan
hasil tamaddun yang lahir darinya.
Anggapan bodoh dan lucu- hasil dari sejarah panjang.
Islam membebaskan akal dan suruh gunakan betul2- sejarah buktikan- tetapi dalam
lingkungan fitrah dan tidak bertentangan dengan tabiat manusia.
Islamlah yang mulakan manhaj tajribi (empirical) diambil oleh Roger n Francis
Bacon.
Hanya Allah tahu pasal manusia- dia mencipta manhaj - tetapi beri akal dan dikawal
dari terseleweng oleh hawa, mengarut, sesat dan menjunam jatuh.
Jadilah manusia tuan kepada material dan bukan hamba.
Ilmu material akan jadi maksima penggunaannya bila dalam manhaj Islam kerana ia
akan selari dan selaras antara fitran manusia dan fitrah alam. Ilmu kemanusiaan
juga ada nilainya.

ESOK TETAP MILIK ISLAM....


Bile jelas 'Islam sahaja mampu dan memenuhi ciri-ciri penyelamat yang dinantikan'
Maka: Nampaklah betapa besarnya jenayah menghalang kemaraan Islam dan menghalang
pendukung Islam. Jenayah terhadap manusia seluruhnya yang sedang merana.
Walaupun serangan dahsyat.. tapi tetap yakin esok milik Islam.
Pernah hadapi lebih dahsyat....tapi dapat hadapi..tatar, salib dll
Bukan arab, kurdi halang penjajahan tetapi kerana Islam (Solahuddin, Mamalik,
Sudan, Libya, Moroko dll)
Islam diserang kerana menghalang kuasa rakus penjajah. Tetapi Islam tetap akan
menang.
Kesah Suraqah bin Malik
Penentu masa depan pertarungan ini bukan terletak pada kehebatan tamaddun barat,
bukan besarnya jahiliyyah atau kuatnya serangan ke atas Islam.... tetapi penentu
ialah kekuatan al-haq dan kemampuannya untuk menghadapi pukulan demi pukulan.
Tetapi kita tidak keseorangan... semua fitrah bersama kita. Bila bertentangan
fitrah dan tamaddun, pasti fitrah akan menang.
Tugas kita berat dan panjang... menarik keluar fitrah dari timbunan-timbunan
kemudian menghancurkan timbunan2 itu.
Perlu persediaan panjang... kita perlu capai setinggi kehebatan manhaj ini juga.
Persedian iman mengenal Allah dan beriman,
ibadah dengan sebenarnya...
faham teknik moden dan mengenal jahiliyyah
Faham dan menguasai ilmu dan tamaddun semasa menguji dan memilih. Kita perlu tahu
dan kenal agar tahu mana yang boleh dan tak boleh.
Perjuangan masih panjang...

Anda mungkin juga menyukai