Anda di halaman 1dari 10

Sumber Jurnal

Laporan Disertasi Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling) UPSI

Tajuk
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa, Personaliti, Motivasi Ke Atas Efikasi Kendiri Membuat
Keputusan Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar

Penyelidik
Siti Aisyah Binti Mat Yusoff
Universiti Pendidikan Sultan Idris

(i) Latar Belakang Kajian

Kajian ini adalah tentang kerjaya pemilihan pelajar dan faktor-faktor yang mempengaruhi
mereka dalam proses pemilihan kerjaya yang sesuai dengan mereka. Faktor-faktor yang
mempengaruhi keputusan pemilihan kerjaya pelajar yang ditekankan oleh penulis ialah
pengaruh sokongan ibu bapa, pengaruh personaliti dan pengaruh motivasi ke atas efikasi
kendiri. Kerjaya sememangnya satu unsur yang amat penting dalam kehidupan seseorang
terutamanya dari segi perkembangan. Penyelidik menghuraikan peringkat-peringkat hidup di
mana perkembangan kerjaya seseorang individu berlaku iaitu selepas kelahiran, peringkat
persekolahan sehinggalah meninggal dunia. Menurut penyelidik kerjaya mampu membentuk
kehidupan kita dan masa depan kita. Penyelidik mengatakan bahawa jika memilih kerjaya yang
sesuai dengan dirinya, Tolbert (1994) mendefinisikan kerjaya sebagai satu rangkaian
melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu
pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu lain mungkin akan bertukar-tukar
pekerjaan. Jadi apa yang pentingnya yang ditekankan oleh penyelidik ialah, ianya amat penting
untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan diri. Selain itu, penyelidik juga menekankan
perkembangan kerjaya seseorang pelajar ialah satu proses perkembangan yang tersendiri.
Jurnal ini juga menjelaskan kesukaran yang kita hadapi dalam pemilihan kerjaya dan telah
meyatakan sekolah sebagai tempat yang memupuk dan mempengaruhi keputusan pelajar.
Menurut beliau juga, pengalaman hidup kita mempengaruhi minat dan pemilihan kerjaya dalam
kehidupan kita. Penyelidik juga telah merujuk pada Ginzberg iaitu, proses pemilihan kerjaya
akan berlaku dari peringkat remaja seseorang indivdiu sehingalah mereka mengetahui tentang
pekerjaan-pekerjaan yang wujud sehinggalah mereka mencapai peringkat umur dua puluhan.
Teori Ginzberg mempunyai tiga peringkat penting dalam proses pemilihan kerjaya, iaitu
Peringkat fantasi (6-11 tahun), Peringkat tentatif/ percubaan (11-17 tahun) dan Peringkat
realistik (17-20 tahun). Pada peringkat terakhir pula, iaitu pada peringkat realistik (17-20 tahun),
individu akan mengetahui tentang maklumat, pengalaman dan dapat membezakan keperluan
kerja dengan faktor-faktor peribadi, ianya terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pertama
penjelajahan, individu sudah meneliti setiap kerjaya yang dipilih. Kedua pembentukan, individu
sudah tahu akan kebolehan untuk memilih kerjaya, dan ketiga penentuan, sudah ada kerjaya
yang dipilih dan mengambil langkah untuk melaksanakannya. Selain daripada peringkat-
peringkat Ginzberg, penyelidik juga menekankan dalam jurnal ini bahawa sebahagian besar
pelajar-pelajar di Malaysia tidak berada dalam keadaan sedia. Ini dapat dikesan daripada tahap
pengangguran mahasiswa di negara kita. Dinyatakan bahawa kadar pengangguran mahasiswa
semakin meningkat dan ini adalah disebabkan oleh sikap ataupun tindakan pelajar sendiri
kerana tidak membuat persediaan yang sesuai sebelum memasuki alam pekerjaan. Persediaan
yang kurang yang dimaksudkan dalam jurnal ini ialah, pemilihan kerjaya yang tidak sesuai
dengan diri mereka. Ini adalah kerana mereka tidak mengenali tentang diri mereka, tidak
mengenali minat kerjaya mereka, tidak mengetahui bakat yang ada pada diri sendiri dan juga
kemungkinan tidak mendapat maklumat kerjaya yang mencukupi sebelum memasuki alam
pekerjaan ataupun sebelum mebuat pemilihan kerjaya. Proses perancangan awal pemilihan
kerjaya yang kurang sempurna amat memberi kesan kepada kepuasan kerjaya menurut
penyelidik. Menurut penyelidik mengenai kepuasan kerjaya, ia merupakan penggerak motivasi
dalam melaksanakan sesuatu kerjaya. Jadi pemilihan kerjaya merupakan satu langkah dalam
perkembangan kerjaya. Efikasi kendiri seperti yang dihuraikan oleh penyelidik dalam jurnal ini,
dapat mempengaruhi proses pemilihan pelajar kerana efikasi kendiri didefinisikan sebagai
tindakan yang perlu untuk mencapai prestasi yang ditetapkan. Ia tidak mempunyai sebarang
kaitan dengan kemahiran seseorang itu, tetapi ia berkaitan dengan pertimbangan seseorang itu
mengenai apa-apa yang boleh dilakukannya dengan kemahiran dan pengetahuan yang
dimilikinya (Bandura, 1977 dalam Maldonado, 2008). Pengaruh kedua terhadap pemilihan
kerjaya ialah, pengaruh ibu bapa, iaitu menurut penyelidik, ibu bapa memudahkan pelajar
membuat keputusan dalam pemilihan kursus dan kerjaya (Fisher, 1999). Yang ketiga ialah
personality seseorang pelajar itu sendiri. Menurut penyelidik, seseorang individu akan
mendapat kepuasan dalam kerjayanya apabila personaliti seseorang itu selaras dengan
persekitarannya. Apabila wujudnya kepuasan kerja, seseorang individu itu akan melaksanakan
tugas dan tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan jujur. Pengaruh
keempat yang ditekankan oleh penyelidik ialah motivasi. Menurut (Saedah, Zainun & Tunku
Mohani, 1996) motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan untuk berjaya atau
mencapai matlamat.

(ii) Pernyataan Masalah

Dalam topik pernyataan masalah, terdapat beberapa aspek penting yang telah diketengahkan
oleh penyelidik. Perkara pertama ataupun masalah pertama yang dibahaskan oleh penyelidik
ialah peningkatan dalam jumlah tenaga kerja di Malaysia. Malaysia dianggarkan mempunyai
14.7 juta tenaga kerja dengan lebih 400,000 orang termasuk dalam golongan mencari
pekerjaan pada setiap masa atau menganggur setakat Jun 2015. Penyelidik telah menjelaskan
masalah tersebut dengan bukti peratusan tahap pengangguran di Malaysia. Masalah ini sekali
lahi dikaitkan dengan pelajar-pelajar bahawa mereka tidak membuat persediaan yang
mencukupi sebelum menamatkan pelajaran iaitu tahap SPM. Selepas tamat belajar, barulah
mereka hendak memikirkan tentang kerjaya yang mereka hendak ceburi. Mereka juga kurang
membuat penijauan awal tentang kriteria-kriteria kelayakan untuk mencari kerja yang sesuai
dengan diri mereka ataupun kerjaya yang mereka minati. Penyelidik telah mengetengahkan
perkara-perkara utama yang menjadi penyebab kepada situasi ini, iaitu yang pertama peranan
ibu bapa. Menurut penyelidik, Ibu bapa merupakan faktor utama dalam alam pendidikan para
pelajar berbanding dengan guru-guru atau institusi sekolah. Faktor kedua yang dinyatakan
sebagai pengaruh ialah personaliti pelajar. Dalam jurnal ini, penyelidik menyatakan bahawa tret
merupakan keseluruhan yang berkeupayaan berfungsi untuk menghantar ransangan dan untuk
menerima serta mengarah secara tetap perkara yang berkaitan dengan penyesuaian dan
menerangkan tingkah laku (Allport dalam Asmawati, 2009). Hal ini bermakna tingkah laku
seseorang individu dalam memilih sesuatu bidang atau pengkukhusan pelajaran adalah selaras
dengan personaliti mereka. Seterusnya, dari aspek motivasi pelajar iaitu keinginan yang
memberi ketabahan hati atau azam yang kuat untuk berhempas pulas untuk mengubah dan
memperbaiki diri sendiri itu amat perlu dan penting dalam proses pemilihan kerjaya. Dari segi
efikasi kendiri pula, dinyatakan bahawa keberkesanannya untuk membuat keputusan kerjaya
dalam kalangan pelajar adalah sederhana (Bakar, Zakaria, Mohamed dan Hanapi, 2011).
(iii) Soalan kajian atau Objektif Kajian

Dalam jurnal ini, penyelidik telah menyatakan beberapa persoalan kajian. Persoalan-persoalan
kajian tersebut adalah seperti berikut;

a) Apakah tahap sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi dan efikasi-kendiri


membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar tingkatan empat?
b) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan sokongan ibu bapa, personaliti,
motivasi dan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar
tingkatan empat berdasarkan jantina?
c) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara sokongan ibu bapa,
personaliti, motivasi dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya pelajar
tingkatan empat?
d) Adakah terdapat pengaruh yang signifikan sokongan ibu bapa, personaliti,
motivasi ke atas efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya pelajar tingkatan
empat?

Dalam jurnal ini, penyelidik telah menyatakan beberapa objektif kajian. Objektif-objektif kajian
tersebut kajian adalah seperti berikut;

a) Mengukur tahap sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi dan tahap efikasi-
kendiri membuat keputusan kerjaya.
b) Mengukur perbezaan sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi dan efikasi-kendiri
membuat keputusan kerjaya berdasarkan jantina.
c) Mengukur hubungan sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi dengan efikasi-
kendiri membuat keputusan kerjaya pelajar tingkatan empat.
d) Mengukur pengaruh sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi ke atas efikasi
kendiri membuat keputusan kerjaya pelajar tingkatan empat.

(iv) Definisi konsep dan operational


Penyelidik telah menghuraikan banyak konsep dalam jurnal ini. Enam definisi konsep
yang penting dalam jurnal ini, iaitu merupakan sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi, efikasi
kendiri, efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya dan pelajar.

1. Sokongan Ibu Bapa


 Dalam aspek sokongan ibu bapa, penyelidik telah menyatakan bahawa ia merupakan
galakan lisan dan sokongan emosi kepada perkembangan pelajaran dan pekerjaan
remaja berasaskan sumber efikasi-kendiri Bandura (1977, 1997).
 Selain itu, terdapat juga kenyataan bahawa Turner, Brissett, Lapan, Udipi dan Ergun
(2003), telah membentuk soal selidik untuk mengukur sokongan ibu bapa ke atas
perkembangan pelajaran dan vokasional remaja berdasarkan empat punca
pengetahuan yang diperolehi melalui efikasi-kendiri (Bandura, 1977, 1997).

2. Personaliti
 Dari aspek personaliti pula, penyelidik menjelaskan konsep personaliti melalui Allport
(1961), iaitu personaliti ialah penyusunan sistem psikologikal dan fizikal yang dinamik
dalam diri individu yang menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaian dengan alam
sekeliling.
 Penyelidik juga memetik dari (Adler, 1964), iaitu personaliti merupakan gaya hidup yang
merangkumi pendapat kreatif seseorang individu terhadap diri sendiri, masalah
kehidupan dan keseluruhan sikap terhadap dirinya dan orang lain.
 Petikan dari Abdul Majid (1997) dalam jurnal ini, mendefinisikan personaliti ialah
perkaitan antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia.
 Model Lima-Faktor yang digunakan oleh Costa dan McCrae (1992 untuk mengukur 5
domain yang mengandungi domain seperti Neurotisisme, Ekstraversi, Keterbukaan,
Agreeableness dan Conscientiousness juga telah dijelaskan definisi konsepnya.

o Neurotisisme - Neurotisisme adalah kecenderungan yang menyebabkan


individu mempunyai perasaan ketakutan, kesedihan, memalukan, marah, benci
yang amat sangat kepada seseorang atau sesuatu.
o Ekstraversi - Menurut (Costa, McCrea & Holland, 1984), individu yang
ekstrovert ini boleh dikatakan seorang yang riang,bertenaga dan optimistik.
o Keterbukaan - Keterbukaan merujuk kepada beberapa elemen iaitu suka
berimaginasi, sensitif terhadap keindahan, memberi perhatian kepada perasaan,
suka kepelbagaian, intelektual dan tidak bergantung kepada penilaian orang lain
(Costa & McCrea, 1992).
o Agreeableness - Agreeableness ialah perasaan simpati kepada orang lain
dan berminat menolong mereka dan percaya yang seseorang pada satu hari akan
memberi bantuan sebagai balasan (Costa dan McCrae, 1992).
o Conscientiousness - Individu ini lebih cenderung lebih berhati-hati dalam
melakukan suatu tindakan ataupun penuh pertimbangan dalam membuat keputusan
selain daripada memiliki disiplin diri yang tinggi dan dapat dipercayai (Costa &
McCrea, 1992).

3. Motivasi
Penyelidik menyampaikan definisi konsep 2 jenis motivasi iaitu motivas intrinsic dan juga
motivasi ekstrinsik. Secara umumnya motivasi ialah;
 Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan untuk berjaya atau mencapai
matlamat (Saedah, Zainun & Tunku Mohani, 1996)
 Motivasi Intrinsik
o Motivasi intrinsik juga didefinisikan dengan naluri ingin tahu dan dorongan untuk
mencapai kecekapan bagi pelajar yang baru masuk sekolah Azizi dan Jaafar Sidek,
(2005).
o Menurut Chartrand dan Bargh (2002) pula menyatakan bahawa motivasi intrinsik
merupakan satu perasaan atau keinginan yang lahir dalam diri sendiri untuk
melakukan sesuatu perkara.
o Harter, (1982) mengaitkan motivasi intrinsik dengan tenaga dalaman yang
merupakan satu penggerak bagi melakukan sesuatu perkara untuk kepentingan
atau ganjaran bagi diri sendiri (Ramlah & Mahani, 2004).
Motivasi Intrinsik merupakan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan
bagi murid yang baru masuk sekolah, Bruner (1966).
o Deci (1975), motivasi intrinsik dapat diterangkan sebagai suatu keadaan psikologi
yang diakibatkan apabila individu menganggap diri mereka berkebolehan dan dapat
menentukan sesuatu dengan sendiri.
o Menurut Combs (1982), Purkey dan Shamidt (1987), Purkey dan Stanley (1991)
motivasi yang melibatkan aktiviti yang boleh meningkatkan atau mengekalkan
konsep kendiri seseorang.
o Motivasi intrinsik ialah apa yang di lakukan oleh seseorang itu tanpa dorangan luar
Malone and Lepper (1987)

 Motivasi Ekstrinsik
o Menurut Woolfolk (1995), dalam Azizi, Yusuf dan Kamaliah (2005) motivasi
ekstrinsik ialah kecenderungan untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran
luaran seperti markah dan gred, ataupun mengelak daripada dendaan.

4. Efikasi- Kendiri
 (Bandura 1999 dalam Daniels 1997) mendefinisikan efikasi-kendiri sebagai keprihatinan
terhadap keyakinan seseorang terhadap kemampuan untuk menghasilkan sesuatu
pencapaian
 (Bandura, 1982 dalam Olgiun, 2004) juga mendefiniskan efikasi-kendiri sebagai
pertimbangan seseorang dalam melaksanakan tindakan dalam menangani pelbagai
situasi.
 Bandura sekali lagi dalam Bandura (2003) mendefinisikan efikasi-kendiri sebagai
kepercayaan dan keyakinan yang berfungsi sebagai pengatur yang melibatkan proses-
proses pemikiran,dorongan motivasi, afektif dan fisiologi
 Bigler (1993) menyatakan definisi efikasi-kendiri adalah merupakan pertimbangan
seseorang individu tentang tahap keupayaannya untuk mengaturkan dan melakukan
tindakan-tindakan tertentu yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan yang telah
diberikan.
 Pajeres et.al (1999) mendefiniskan efikasi-kendiri sebagai tahap keyakinan tentang
kebolehan diri sendiri atau pertimbangan-pertimbangan yang dibuat ke atas tahap
keupayaan diri individu itu sendiri untuk melakukan sesuatu perkara atau tugasan yang
telah diberikan.
5. Pelajar
 Hairunnaja Najmuddin (2003) mendefinisikan pelajar sebagai remaja di mana dalam
perspektif undang-undang umur remaja adalah antara 10 hingga 18 tahun serta belum
pernah berkahwin.
 Campell et. al (2005) menyatakan bahawa pelajar adalah sebahagian daripada individu
dalam sesebuah sekolah ataupun daerah sekolah

Selain daripada konsep-konsep yang disebutkan di atas yang dipetik oleh penyelidik terdapat
beberapa konsep yang dijelaskan dalam jurnal. Antaranya, ialah konsep kerjaya. Penyelidik
memberikan penerangan kepada deifinisi kerjaya sebagai satu siri kejadian kerja yang
berkaitan, yang membimbing seseorang beransur maju dalam pekerjaan atau profession yang
mana setiap pertukaran atau perubahan akan mendorong ke arah kemajuan. Beberapa petikan
definisi kerjaya daripada tokoh-tokoh yang dikemukakan dalam jurnal ini adalah seperti, kerjaya
merujuk kepada aktiviti dan kedudukan yang meliputi pekerjaan dan tugas serta mempunyai
perhubungan sepanjang kehidupan individu (Zunker, 2006). Selain itu, penyelidik juga merujuk
kepada (Crites, 1989) untuk menjelaskan proses pemilihan kerjaya iaitu, ianya perlu dipupuk
sejak awal lagi agar dapat mencari kerjaya yang betul-betul sesuai dengan jiwa. Penyelidik juga
memetik dari Syed Nasir (1998), yang mengatakan bahawa pemilihan kerjaya adalah satu
proses yang akan ditempuhi bagi setiap pelajar dan ianya melibatkan satu jangka masa yang
panjang sebelum membuat satu keputusan yang muktamad dan kekal sehingga ke akhir hayat.
Proses pemilihan kerjaya mengikut (Ginzberg, 1972) dalam jurnal ini ialah, pemilihan kerjaya
ialah proses membuat keputusan yang berlaku sejak remaja hingga seseorang individu
berumur seawal dua puluh tahun, iaitu apabila individu mula sedar dan mengambil tahu tentang
pekerjaan. Seterusnya penyelidik memetik definisi maklumat kerjaya menurut Sidek Mohd Noah
(2002) iaitu, maklumat kerjaya adalah satu susunan maklumat yang teratur yang boleh
membantu individu memahami diri, mempelajari dunia pekerjaan serta mendapat pengalaman
yang dapat membantu individu memahami diri, mempelajari dunia pekerjaan serta
mendapatkan pengalaman yang dapat membantu mereka membuat keputusan tentang kerjaya.
Terdapat beberapa pendapat ataupun definisi yang berlainan daripada tokoh-tokoh untuk istilah
efikasi kendiri. Menurut Betz dan Serling (1996) efikasi kendiri yang rendah adalah berkaitan
dengan komitmen dalam membuat keputusan kerjaya. Menurut dalam (Betz & Luzzo, 1996)
Albert Bandura pula, menerangkan efikasi kendiri ialah kepercayaan atau keupayaan
seseorang itu dalam melaksankan tugas yang diberikan. Menurut Hacket dan Betz (1995) pula
efikasi kendiri bermaksud proses membuat keputusan kerjaya serta tugas-tugas yang berkaitan
dengan kerjaya dan tingkah laku. Wolfe dan Betz (2004) juga mendefinisikan bahawa efikasi
kendiri merupakan proses membuat keputusan kerjaya dan kepercayaan seseorang dalam
menyelesaikan tugas untuk membuat keputusan kerjaya iaitu bersedia meneroka alam sekitar
dan mempunyai keupayaan dalam penerokaan tingkah laku tersebut. Seterusnya tentang
personality, penyelidik mengutarakan beberapa konsep. C.J Bailey (2002), mengatakan
personaliti Conscientiousness, keterbukaan menjadi penyumbang dalam efikasi kendiri
membuat keputusan kerjaya. Robert Owen Hartman (2006) mengatakan Conscientiousness,
Ekstraversi dan Neurotitisme mempunyai hubungan dengan pelbagai rangkaian domain efikasi-
kendiri sepertimana yang dijelaskan oleh penyelidik dalam jurnal tersebut. Tentang sokongan
ibu bapa, iaitu sokongan ibu bapa adalah pemangkin kepada aspirasi kerjaya (Flores dan
O’Brien, 2002).

Terdapat pelbagai takrifan yang diketengahkan oleh penyelidik iaitu:-

a) Pelajar yang tidak mempunyai motivasi tidak berminat untuk belajar Slavin (1997).
b) Manusia bermotivasi apabila mereka mempunyai persepsi bahawa diri mereka
berkebolehan dan boleh membuat keputusan sendiri (Deci dan Ryan, 1985 dalam
Saedah, Zainun dan Tunku Mohani, 1996).
c) Pengetahuan yang cetek tentang pemilihan pekerjaan akan menyebabkan mereka tidak
gembira dengan kerjaya yang dipilih dan melakukan pekerjaan tersebut dalam keadaan
terpaksa (Suradi, 1996)
d) Tret merupakan keseluruhan yang berkeupayaan berfungsi untuk menghantar
ransangan dan untuk menerima serta mengarah secara tetap perkara yang berkaitan
dengan penyesuaian dan menerangkan tingkah laku (Allport dalam Asmawati, 2009).

(v) Kepentingan Kajian

Mengikut penyelidik dalam jurnal kajian ini dijalankan untuk mengkaji secara mendalam kesan
empat aspek penting yang mempengaruhi proses pemilihan kerjaya pelajar. Ini adalah tujuan
utama kajian ini dilaksanakan. Namun, terdapat beberapa pencapaian sampingan yang telah
dapat disempurnakan melalui penyelidikan. Penyelidikan ini diharap untuk membantu kaunselor
sekolah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam membuat keputusan
kerjaya. Menurut penyelidik kepentingan kaunselor menggunakan kajian ini adalah untuk
mempunyai pengetahuan dan pendedahan kepada proses perkembangan kerjaya pelajar.
Sebagai seorang kaunselor yang baik, mereka harus mempunyai segala pengetahuan dan
kemampuan untuk memberi pendedahan sesuatu kerjaya kepada pelajar agar mereka tidak
tersalah memilih kerjaya dalam membuat keputusan kerjaya. Selain itu, kajian ini juga mampu
memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk memberi sokongan dan dorongan kepada anak-
anak mereka dan menjadi pembimbing dalam proses perkembangan kerjaya mereka. Secara
tidak langsung, kajian ini juga dapat memberikan maklumat kepada pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam meningkatkan mutu pendidikan Negara. Selain itu, kajian sebegini
juga membantu pihak KPM dalam merangka kursus yang sesuai dengan seseorang pelajar.

Anda mungkin juga menyukai