DAN
REKOD BERTERUSAN
Dua Cara Merekod Tingkah Laku Kanak-kanak adalah dengan merekodkan tingkah laku kanak-
kanak daripada aspek Perkembangan Sosial iaitu Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan.
Rekod anekdot
Adalah satu catatan yang ringkas, tepat dan padat mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku
murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Maklumat yang perlu ada
dalam rekod anekdot ialah nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku,
ulasan guru dan cadangan atau tindakan guru. Catatan ringkas ini akan membantu guru
memahami kanak-kanak berkenaan.
Rekod anekdot hendaklah ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di
mana berlaku.
Panduan Merekod:
- Membuat catatan dalam buku nota bagi memastikan peristiwa yang
direkodkan tidak tercicir.
- Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat. –
Mencatat tingkah laku dan apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak. –
Masukkan respons orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku
Kanak-kanak yang diperhatikan.
- Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan
- Maklumat yang direkodkan hendaklah berpandukan peristiwa yang
menggambarkan perkembangan kanak-kanak.
REKOD ANEKDOT
Catatan Ulasan
**Cadangan: Penerapan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran perlu diberi penekanan
REKOD ANEKDOT
**Cadangan: Penerapan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran perlu diberi penekanan
Catatan Ulasan
tadi lalu menolak Faris hingga terjatuh. Guru harus menonjolkan sifat terpuji
yang dimiliki Munir dengan
Faris kelihatan memarahi Haikal kerana menceritakan semula peristiwa yang
berlaku di hadapan rakan-rakan yang lain
berebut hendak memanjat gelungsur
agar menjadi teladan kepada orang lain.
dahulu. Tambahan pula, tangannya
Item :
Nama Murid : MUHAMMAD ADAM HARRIS BIN YAZID Umur : _____ tahun.
Item :
REKOD BERTERUSAN
Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita (narative) yang dibuat ke atas
individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa
yang dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang
terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 3 hingga 8 minit.
Prosedur pemerhatian: - Fokus kepada kanak-kanak yang ingin diperhatikan. - Pastikan item
yang akan difokuskan semasa pemerhatian. - Rekodkan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak
secara terperinci. - Rekod hendaklah tepat dan padat. - Catatkan dengan jelas setiap perlakuan
mengikut urutan.
- Pastikan buku nota atau kertas catatan diletak di tempat yang strategik atau sulit.
Rekod berterusan merupakan satu rekod yang lengkap dan tidak terhad kepada suatu aspek atau kejadian
sahaja. Ini membantu guru bagi mengkaji dan mengesan masalah perkembangan yang ada pada setiapmurid.
Selain itu, rekod jenis ini juga, lebih bersifat terbuka dan guru boleh mencatatkan apa sahaja yang berlaku
sepanjang pemerhatian yangdibuat. Rekod berterusan juga tidak memerlukan sesorang guru itu mahir dalam
kemahiran pemerhatian yang khusus. Setiap tingkah laku dan perbualan murid dapat dijadikan data mentah yang
berguna dalam penilaian.
REKOD BERTERUSAN
Nama Murid : Nur Arifah Aqilah Binti Sulaiman Umur : _____ tahun.
Item : KEPIMPINAN
Nama Murid : Nur Dhia Batrisya Binti Jaafar Umur : _____ tahun.
Item : SETIAKAWAN
Pemerhatian Ulasan
Ainon sedang bermain pasir dengan beberapa 1. Menunjukkan sifat toleransi dan kerjasama.
orang rakannya.
Razif : Cikgu biar saya buat. Dapat memberi idea kepada guru.