Anda di halaman 1dari 1

Labah 2 sambungan

Labah-labah buncit memberi tali kepada jirn-jirannya. Sesiapa yang makan dahulu
tarik tali itu. Ia akan pergi ke sana dahulu. Tali itu diikatkan pada perutnya supaya
tidak terlepas.

Kedua-dua labah itu pun pergi. Apabila jamuan dihidang, jiran kanan pun menarik
tali dari arah timur. Pada masa yang sama, jiran kiri menarik dari arah barat pula.
Labah-labah buncit tidak dapat mengikut ke barat. Ia tidak sempat membuka ikatan
perutnya.

Kedua-dua jiran labah-labah buncit terus menarik tali masing-masing. Perut labah-
labah buncit semakin tercerut. Setelah tidak berjaya menarik, kedua-dua jirannya
pun berhanti. Mereka menikmati hidangan. Selepas makan mereka pun pulang .

Mereka mendapati labah-labah buncit pengsan. Mereka cuba membuka tali yang
tercerut diperut labah-labah buncit. Sayangnya mereka tidak dapat membuka ikatan
itu.

Beberapa hari kemudian labah-labah buncit sedar . Ia berjaya membuka ikatan di


perutnya. Sejak itu ia tidak hiraukan makanan. Perutnya tidak berasa lapar seperti
selalu. Pinggangnya pun ramping bekas kena cerut. Hingga sekarang pinggang
labah-labah kecil dan genting.

Anda mungkin juga menyukai