Anda di halaman 1dari 2

BAHAN BUAT GRAVY

-40g mentega

-40g tepung gandum

-2 kiub pati daging

-300ml air

-2 sudu kecil kicap lemak manis

-1 sudu kecil Dijon mustard

-150ml krim masakan/dairy whipping cream

1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.

2. Masukkan kiub pati daging, hancurkan.

3. Masukkan 300ml air sambil kacau oerlahan untuk elakkan berketul.

4. Masukkan kicap, dijon mustard dan krim. Ini penting untuk dapatkan rasa kuah sama
macam kat IKEA. Dijon mustard. Pastikan Dijon ye, bukan mustard kuning biasa tu.

5. Kacau sampai pekat dan tidak berketul.

Resepi ni saya dapat dari official page IKEA Australia. Ada beberapa perubahan yang saya
buat:
1) Tak guna pork mince (daging babi). Hanya beef mince sahaja 750g.
2) Tak guna vegetable stock dan beef stock. Gantikan dengan 2 kiub pati daging dan
300ml air.
3) Untuk soy sauce (kicap), saya guna kicap lemak manis.
Untuk yang tak dapat baca resepi dalam gambar, berikut saya sertakan resepi:

-750g daging cincang

-100g serbuk roti

-1 biji bawang besar – cincang halus


-1 ulas bawang putih – cincang halus

-1 biji telur

-5 sudu besar susu full cream

-Garam dan lada hitam

1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging.
Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak.

2. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.

3. Dah nampak brown sikit, terus masukkan dalam oven. Kalau guna kuali yg tangkai besi
macam ni, boleh masuk terus dalam oven. Kalau kuali tangkai plastik, jangan tau. Tak pasal-
pasal cair nanti. Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa)
atau 160 darjah celcius (fan force oven).

Anda mungkin juga menyukai