Anda di halaman 1dari 2

Resepi Apam Balik Crispy (saya).

1 biji telur.
1/2 cawan gula.
Esen vanila.
2 cawan tepung gandum.
2 sudu besar tepung beras.
Soda bikarbonat.
Baking powder.
Garam.
2 sudu besar air kapur.
2 sudu besar minyak masak.
(Setiap kali tambah bahan, setiap kali tu blend. Jangan letak sekali gus. Satu-satu noh.)
Lepas blend, peram dalam 30 minit. Lebih pun takpa aih.
Lepas tu, panaskan non-stick pan.
Api medium. Bukan api besar atau api kecil.
Layangkan 1 senduk kecil adunan. (Senipis-nipisnya)
Bila permukaan atas dah mula berlubang kecil, boleh letak topping.
Topping yang saya letak:
Majerin
Gula
Serbuk kacang
Jagung krim
Saya letak topping ni, sebab nak rasa klasik. Nak imbau rasa apam balik kat pasar malam tu. Dah lama tak
makan, tau.
Bila dah mula coklat di keliling apam balik.
Boleh lipat, dan angkat.
Siap untuk dimakan.
Makan panas-panas lebih sedap. Sebab topping belum meresap kat kerak apam balik.
Crispy gitu.

PAM BALIK CRISPY


by. @kualihelena
1/2 cawan gula pasir
1 biji telur size besar
1 1/2 cawan air
2 cawan tpg gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Mula-mula kisar gula dan telur dahulu.
Masukkan bahan-bahan yang lain, kisar lagi hingga sebati.
Diamkan sekurang-kurangnya selama 30minit.
Kalau semalaman lebih bagus.
Jikalau adunan keluar buih-buih kecil, jangan risau adunan tetap elok dan selamat untuk diguna.
Just kacau rata dan tambahkan 1 sudu makan air jika adunan terasa agak pekat.
Panaskan kuali non stick sehingga betul-betul panas, tak payah sapu minyak (saya guna kuali size diameter
20cm)
Tuang 1senduk sayur adunan (ketebalan apam balik, ikut selera masing-masing)
Goyangkan kuali sehingga adunan rata menutupi permukaan kuali, kecilkan api.
Bila dah keluar lubang-lubang halus, permukaan apam dah masak keseluruhannya dan PASTIKAN tepi-tepi
apam dah berwarna kecoklatan, baru taburkan sedikit gula dan sapukan margerin.
Taburkan cheese, nutella, nestum, peanut butter, chocolate rice, cream corn, susu pekat manis atau apa-apa
saja suka hati korang, sesuai selera.
Nota:
1. Pastikan kuali betul-betul panas baru tuang apam balik.
Api cukup sederhana, bukan api kecil atau kuat sangat.
2. Hidangkan panas selagi rangup, apam akan lembik apabila dah sejuk.
3. Masak sebanyak yang perlu sahaja, belen adunan boleh tahan dalam peti sejuk dalam bekas tertutup selama
5hari.
4. Jikalau inginkan apam yang garing krispi, kena tunggu hingga tepi tepi apam sudah bewarna kecoklatan baru
lipat dan angkat.

Anda mungkin juga menyukai