Anda di halaman 1dari 7

 PENGENALAN

Kajian kami ialah mengenai zaman penjajahan di tanah melayu iaitu


membincangkan secara kritis mengenai zaman penjajahan portugis, belanda,
british dan jepun di tanah melayu dan kesannya kepada tanah melayu. Dalam
kajian kami terdapat beberapa objektif utama iaitu mengenal pasti faktor
penjajahan Portugis. Belanda, British dan Jepun, mengenal pasti faktor
penentangan terhadap penjajahan, mengetahui reaksi masyarakat tempatan
terhadap penjajahan, dan mengkaji kesan penjajahan kuasa asing ke Tanah
Melayu.   Apabila dunia eropah mula terdedah dengan aktiviti penerokaan,
penjelajahan, dan penjajah Tanah Melayu turut menjadi tumpuan kuasa barat.
Sememangnya penjelajahan bermula pada abad ke-15. Pelayaran orang eropah
oleh Bartholomew Diaz ke Tanjung di Benua Afrika pada tahun 1488 dan Vasca
Da Gama di Kalikat pada tahun 1498.Penemuan ini membuka ruang kepada India
dengan membuka Loji Perdagangan di Cochin dan menawan Goa pada tahun
1510 manakala Alfonso De Albuquerque dilantik sebagai Wizurai Portugis di India
sebelom menawan Kota Melaka pada tahun 1511.Sejarah membuktikan British
telah menduduki negara ini lebih daripada 150 tahun.  Masyarakat menyedari
bahawa Tanah Melayu juga telah dijajah oleh pendudukan Kuasa-Kuasa Asing
seperti Portugis (1511-1641), Belanda (1641-1824), British    (1824-1957), Jepun     
(1941-1945).

Faktor penjajahan Portugis


Kejatuhan Melaka ke tangan orang Portugis berlaku pada 1511. Portugis
berhasrat menggunakan pelabuhan Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal
kuasa perdagangan mereka di Pulau Hindia Timur. Di samping itu, tujuannya
adalah untuk menghancurkan agama Islam dan mengembangkan agama Kristian
serta memecahkan monopoli perdagangan yang selama ini dikuasai oleh orang
Islam. Orang yang bertanggungjawab merencanakan strategi menawan Melaka
ialah Alfonso d’ Albuquerque.

Bagi mencapai matlamatnya, Albuquerque telah menawan Goa di India pada 1510
untuk dijadikan markas kekuasaan dan gerakan Portugis di Timur. Pada 1509,
Lopez de Sequeira telah dihantar untuk memulakan hubungan dagang dengan
Melaka. Setibanya mereka di Melaka, rombongan de Sequiera telah ditahan.Walau
bagaimanapun, de Sequiera berjaya melarikan diri dan melaporkan peristiwa
tersebut kepada Alfonso.Dengan alasan penahanan rombongan tersebut, Alfonso
telah menghantar angkatan tenteranya untuk menyerang Melaka. Serangan ke
atas Melaka telah dimulakan pada 1 Julai 1511 dan akhirnya Melaka telah berjaya
ditakluki oleh Portugis pada bulan Ogos 1511.
FAKTOR PENJAJAHAN BELANDA
     Belanda mula memberi perhatian kepada Kepulauan Melayu pada hujung
kurun ke 17 bagi memperolehi rempah secara langsung dari timur dan bukan
melalui orang Portugis. Oleh itu, untuk menguasai gugusan ini mereka perlu
menguasai Melaka yang merupakan tempat strategik. Beberapa percubaan
Belanda untuk mendapatkan Melaka daripada penguasan Portugis pada tahun
1606, 1608, 1623 hingga 1627 telah gagal.  Namun orang Belanda dapat
menewaskan Portugis selepas enam bulan dikepung dan diserang oleh askar
Belanda yang dibantu askar Johor terdiri daripada 40 buah perahu perang
membawa 1500 orang askar Melayu pimpinan Laksaman Tun Abdul Jamil. Pada
14 Januari 1641 Belanda berkuasa di Melaka setelah 130 tahun Portugis
menduduki Melaka(1511-1641). Belanda meluaskan perdagangan di Tanah Melayu
dengan membuat perjanjian perdagangan yang biasanya menguntungkan
Belanda sahaja . Ini menimbulkan penentangan orang Melayu khususnya
pembesar-pembesar terutama di Naning, Perak, Johor, dan Selangor.
      Era penjajahan Portugis berakhir setelah 130 tahun menjajah Melaka dan
bermula pula era penjajahan Belanda. Ekspedisi yang terawal tiba di Kepulauan
Melayu pada tahun 1559. Pedagang Belanda amat berminat untuk berdagang di
Kepulauan Melayu ini kerana hendak mendapatkan bahan-bahan rempah, buah
pala dan cengkih. Ini telah mendorong pedagang-pedagang Belanda ini
bergabung membentuk “Syarikat Bersatu Hindia Timur” pada 20 Mac 1602 yang
digelar V.O.C.Tujuan utama penubuhan VOC adalah menguasai perdagangan
rempah dan memonopoli perdagangan bijih timah.Mereka juga ingin menyingkir
Portugis yang sedang bergiat dalam perdagangan di rantau Melayu. Pada tahun
1619, Belanda telah berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa. Betawi telah
dijadikan pelabuhan perdagangan alternatif kepada pedagang-pedagang dunia
selain Melaka.Untuk memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap
sama sekali, Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka.
Akhirnya mereka berjaya menewaskan Portugis dengan bantuan Kerajaan Johor
iaitu kerajaan warisan dari Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1641.
       Kerajaan Johor pada ketika tu di bawah pemerintahan Sultan Abdul Jalil,
pengganti Sultan Hammat Shah. Belanda cuba meluaskan pengaruhnya dalam
perdagangan di negara ini dengan melampaui sempadan Melaka. Pada tahun
1650, Belanda cuba memonopoli perdagangan timah dengan Perak dengan
mengadakan satu perjanjian. Walaubagaimanapun, penduduk tempatan mula
menyedari sikap mereka itu.Persaingan perdagangan antara Johor dan Belanda
sejak persahabatan mereka terjalin selepas kejatuhan Portugis di Melaka
nampaknya menjadi seolah-olah “retak menanti belah”. .Keadaan ini akhirnya
mencetuskan pertikaian yang melibatkan tindakan ketenteraan oleh pihak
Belanda ke atas Johor pada akhir abad ke 18.
        Belanda di Melaka berusaha menguasai perdagangan di selat Melaka
khususnya bijih timah. Oleh itu Belanda cuba mendapatkan kuasa memonopoli
membeli dan menjual bijih timah di Perak. Belanda cuba mempengaruhi Sultan
Perak (Sultan Muzaffar Syah) membenarkan Belanda memonopoli bijih timah di
Perak tetapi hasratnya ditolak. Dengan ini Belanda menemui Sultan Acheh iaitu
Sultanah Tajul Alam Safiatuddin bagi membenarkan Belanda berdagang di Perak.
Keadaan ini menyebabkan Sultan Perak terpaksa menandatangani perjanjian
dengan membenarkan Belanda mendirikan lojinya di Kuala Perak pada 15 Ogos
1650. Perhubungan ini tidak disenangi oleh segolongan bangsawan Perak
terutama Syahbandar dan Temenggung. Mereka menganggap perjanjian tersebut
menghalang kebebasan mereka kerana sebelum ini mereka menjual bijih timah
kepada saudagar Cina dan India denga harga yang tinggi berbanding Belanda
yang menawarkan tawaran yang rendah dan tidak menarik .

FAKTOR PENJAJAHAN BRITISH

Pendudukan British merupakan satu lagi kuasa barat yang berminat akan
kekayaan Tanah Melayu, Ini kerana British amat berminat untuk menguasai
kekayaan ekonomi di Tanah Melayu. Oleh itu, dengan kedatangan British ke
Tanah Melayu bermotifkan dorongan sumber-sumber asli dan faktor ekonomi.
Lama-kelamaan setelah British menguasai ekonomi di Tanah Melayu, British juga
ingin membawa kepada campur tangan politik di Tanah Melayu.
 Galakan ekonomi bertujuan memastikan usaha memonopolikan hasil
dagangan utama seperti Bijih Timah kerana ekoran kekacauan di Negeri-Negeri
Melayu. Perkembangan Revolusi Perusahaan (Perindustrian) pada abad ke-19 di
Eropah, bermulanya mengetinkan makanan dan mengakibatkan lagi keinginan
British untuk memonopolikan perdagangan timah. Pada abad ke-19, Britain masih
kuat terpangaruh dengan dasar liberal dan perdagangan laissez-faire. Namun
pada tahun 1870-an, dasar imperialisme mulai merebak di Britain lalu
mempengaruhi tindak-tandukmereka di Tanah Melayu. Selain Britain, kuasa barat
yang lain seperti Belanda (di Indonesia) perancis (Indochina) disamping Itali,
Jerman, dan Russia sedang bersaing. Campur tangan British di Selangor
disebabkan tidak adanya pentadbiran yang stabil selepas kemangkatan Sultan
Ibrahim pada tahun 1826, Pengganti-penggantinya, iaitu Sultan Muhammad yang
manaiki takhta pada 1826, Sultan Samad yang menaiki takhta pada tahun 1857
adalah pemerintah yang lemah dan mereka menyerahkan pentadbiran daerah
kepada putera-putera raja. Kekacauan utama yang berlaku di Selangor ialah
Perang Kelang yang meletus di antara 1867-1873. Perang Kelang 1867-1873
Kekacauan di Selangor berlaku kerana pergaduhan antara pembesar-pembesar
dan pergaduhan pelombong-pelombong Cina. Antara 1867 hingga 1873 berlaku
Perang Kelang antara Raja Mahdi dan Raja Abdullah (1867-1870) dan selepas
1873, di antara Raja Mahdi dengan putera Raja Abdullah iaitu Raja Ismail kerana
merebut kawasan Kelang yang kaya dengan bijih timah.
Pada 1853, pemerintah Kelang iaitu Raja Sulaiman meninggal dunia. Sultan
Muhammad yang memerintah Selangor ketika itu menganugerahkan Kelang
kepada menantunya, Raja Abdullah dengan mengenepikan putera Raja Sulaiman,
Raja Mahdi. Alasan Sultan Muhammad ialah kerana Raja Sulaiman tidak
memajukan Kelang. Selepas dianugerahkan Kelang, Raja Abdullah telah
menjemput orang-orang Cina dari Negeri-negeri Selat untuk mengerjakan
perlombongan bijih timah sehinggan Kelang muncul sebagai kawasan
perlombongan yang maju. Tindakan Sultan Muhammad menyerahkan Kelang
kepada Raja Abdullah telah mendapat tentangan dari Raja Mahdi. Pada tahun
1857, Sultan Muhammad mangkat. Dalam perebutan takhta yang berlaku, anak
saudara dan menantunya, iaitu Raja Abdul Samad telah dilantik sebagai sultan
dengan mengusir Raja Muda Mahmud. Raja Mahdi melarikan diri keKuala
Selangor. Dengan bantuan Raja Hitam dan Raja Ali, Raja Mahdi berjaya menawan
Kuala Selangor dari RajaMusa pada tahun 1871. Pada Jun 1871, berlaku peristiwa
rompakan kapal yang bernama Kim Seng Cheong dari Pulau Pinang ke Larut
yang membawa muatan kain, barang makanan dan ternakan. British telah
menghantar 2 buah kapal perangnya, iaitu H.M.S. Pluto dan H.M.S. Renaldo ke
Kuala Selangor. Ketibaan angkatan British telah menyebabkan lanun-lanun lari
diri dari Kuala Selangor. Oleh sebab ketika itu Kuala Selangor diperintah oleh
Raja Mahdi, maka British mengarahkan beliau menaiki kapal H.M.S. Renaldo bagi
mengadakan rundingan untuk menyelesaikan masalah lanun di Kuala Selangor.
Oleh sebab ketika itu British masih mengamalkan dasar tidak campur
tangan, maka Kuala Selangor diserahkan kepada Tengku Kudin sebagai wakil
Sultan Selangor. Raja Musa kembali ke Kuala Selangor dan menuntut haknya.
Keengganan Tengku Kudin untuk menyerahkan Kualan Selangor menyebabkan
Raja Musa menyebelahi Raja Mahdi untuk menentang Tengku Kudin. Akibatnya
kekacauan di Selangor masoh berterusan. Pada 16 November 1873, sekumpulan
lanun yang disokong oleh putera-putera Sultan Abdul Samad telah menyerang
sebuah kapal dagangan Melaka berhampiran dengan Sungai Jugra. 8 orang
daripada 9 orang anak kapal yang merupakan rakyat British dibunuh. Sir Andrew
Clarke
mengambil kesempatan ini untuk menyokong Tengku Kudin dan meluaskan
pengaruh British di Selangor. British berjaya menangkap 9 orang Melayu
Selangor yang disyaki terlibat dalam kejadian itu. Sir Andrew Clarke memaksa
Sultan Abdul Samad mengadakan perbicaraan ke atas lanun-lanun berkenaan
pada bulan Februari 1874..
 Peristiwa ini telah memberi kesempatan kepada Sir Andrew Clarke untuk
menghantar Frank Swettenham tinggal dengan Sultan Abdul Samad sebagai ejen
tidak rasmi Inggeris. Sultan Abdul Samad telah kagum dengan kepintaran dan
kebijaksanaan Frank Swettenham dan meminta supaya British melantik seorang
residen untuk menasihati baginda. Pada bulan Oktober 1874, J.G. Davidson
dilantik sebagai Residen dengan Frank Swettenham sebagai Penolong Residen.
Perlantikan Tenku Antah sebagai Yam Tuan Besar oleh penduduk Terachi
Gunung Pasir Hulu Muar dan Jempol tidak di iktiraf oleh Dato' Kelana. -Tenku
Antah tidak diiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. Tenku Antah
juga tidak diiktiraf residen Inggeris di Sungai Ujong. -1875 Datuk Kelana dibantu
Inggeris menuntut Terachi,Dato' Bandar ditewaskan. -Dato' Bandar kemudiannya
dibuang negeri ke Singapura -1876 Tengku Antah diiktiraf Yam Tuan Besar Seri
Menanti. Usaha Sultan Ahmad untuk menghalang campur tangan British di
Pahang ialah berusaha membangunkan Pahang dengan mencontohi tindakan
Sultan Abu Bakar (Johor), membawa pelabur Eropah lain masuk ke Pahang bagi
memajukan negeri baginda.Namun British menganggap tindakan ini boleh
menjejaskan kepentingan mereka.

 
KESAN PENJAJAHAN PORTUGIS TERHADAP TANAH MELAYU

     Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511-1641 selama lebih kurang 130
tahun. Banyak kesan peninggalan Portugis yang dapat dilihat hingga ke hari ini,
antaranya lahirnya masyarakat Serani beragama Kristian di Melaka hasil
perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan. Wujud beberapa
perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis yang digunakan dalam Bahasa
Melayu seperti almari, tuala, jendela dan garpu. Tarian dan nyanyian masyarakat
Portugis di Melaka menjadi warisan kesenian negara. Sebahagian daripada
binaan tinggalan Portugis seperti ‘A Farmosa’ dan ‘Gereja St. Paul’.

KESAN PENJAJAHAN BELANDA TERHADAP TANAH MELAYU

Belanda menawan Melaka pada tahun 1641 daripada Portugis. Antara kesan yang
ditinggalkan oleh penjajahan belanda di tanah melayu adalah beberapa tinggalan
binaan yang dibina semasa penjajahan pada masa dahulu seperti bangunan
Stadhuys,Melaka dan Kota Belanda (Ducth Fort),Pulau Pangkor.

KESAN PENJAJAHAN BRITISH TERHADAP TANAH MELAYU


    
   Munculnya Semangat Kebangsaan yang terus berkembang dalam jiwa anak
bangsa selagi mana ada kuasa tertentu yang cuba menganggu gugat negara,
agama dan bangsanya. Dalam konteks penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu
ia telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada berkembangnya
semangat nasionalisma penduduk di negara ini. Asal usul bertumbuhnya
semangat ini adalah disebabkan peranan penjajah yang telah membawa masuk
bangsa asing ke Tanah Melayu untuk bekerja di ladang getah dan lombong bijih
timah dan juga perkembangan sistem pendidikan yang telah menyedarkan
bangsa Melayu untuk bangun menentang kuasa asing yang begitu rakus
menyelongkar hasil mahsul negara ini.
       Paling awal adalah penentangan terhadap penjajahan British oleh beberapa
individu seperti Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau, Mat Salleh, Dato’
Maharajalela dan lain-lain lagi. Peringkat kedua penentangan terhadap penjajahan
British dilakukan oleh golongan yang berpendidikan agama, Melayu dan Inggeris.
Pendudukan Jepun tidak terkecuali telah menaikkan lagi semangat nasionalisma
penduduk Tanah Melayu untuk menentang penjajah. Dalam hal ini, pendudukan
Jepun di Tanah Melayu pada 1942-1945 telah memberi keyakinan kepada
penduduk Tanah Melayu bahawa orang Asia mampu menentang orang Barat
yang dikatakan kuat dan berpengaruh. Ia juga memberi impak kepada penduduk
Tanah Melayu untuk berjuang mempertahankan tanahair mereka disebabkan
slogan yang dibawakan oleh tentera Jepun iaitu Asia untuk orang Asia.
Seterusnya, Orang Melayu mula bersatu. Orang Melayu pada waktu itu tidak
bergaduh atau berkonflik cuma mereka hidup secara terasing dan mengikut
kenegerian. Justeru itulah dapat dilihat tertubuhnya persatuan-persatuan yang
bercorak kenegerian seperti Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu
Kelantan, Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Pahang dan sebagainya.
Jadi, dalam hal ini, penjajahan British telah berjaya menyatupadukan seluruh
penduduk Tanah Melayu. Buktinya adalah wujudnya penentangan orang Melayu
secara besar-besaran terhadap pengenalan Malayan Union pada tahun 1946.
Ekoran daripada inilah terbentuknya Parti UMNO pada tahun 1948 dengan        
nama United Malayan National Organization.  Penubuhan Sekolah Inggeris di
Tanah Melayu pada waktu itu telah memberi peluang kepada penduduk Tanah
Melayu mempelajari bahasa Inggeris dan menyambung pengajian mereka ke
peringkat yang lebih tinggi. Selain daripada itu, British juga memperkenalkan
tulisan rumi kepada penduduk Tanah Melayu selain tulisan Jawi yang digunakan
oleh orang Melayu pada waktu itu. Selain itu, berkembangnya sektor kesihatan
bandar dan luar Bandar kerana masyarakat Melayu sebelum kedatangan penjajah
British kebanyakannya mengamalkan perubatan secara tradisional dan
bergantung kepada pawang atau bomoh untuk mengubati penyakit. Penjajahan
British di Tanah Melayu telah memperkenalkan sistem perubatan moden dengan
adanya doktor, jururawat, klinik, palang merah dan pusat-pusat kesihatan. Lama-
kelamaan pusat-pusat kesihatan ini telah berkembang daripada bandar ke
kawasan luar bandar.
            Kesan tidak langsung hasil penjajahan British pada masa dahulu adalah
monumen atau bangunan yang menjadi kesan kepada penjajahan British di
negara ini. Antara tinggalan sejarah penjajahan asing di negara ini banyak
didapati di Melaka kesan pendudukan Portugis dan Belanda, dan beberapa negeri
di Malaysia masih menyimpan beberapa bangunan lama penjajahan British dan
Jepun. Tinggalan ini juga telah memberi sumbangan kepada pembangunan
pelancongan negara dan ini secara tidak langsung juga menjadi antara asas
untuk menarik pelancong luar datang ke negara ini.

Anda mungkin juga menyukai