Anda di halaman 1dari 4

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang diberkan.

Punca Buli
Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan
titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.(T) Remaja pada hari ini bakal menerajui
pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan merupakan aset modal insan negara bak kata pepatah, ‘pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara’. "Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia
ini,” begitulah ungkapan retorik yang pernah dilontarkan oleh bekas Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang
menggambarkan betapa gahnya peranan remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa
hadapan. (I) Malangnya, dalam proses menongkah arus globalisasi yang pantas bergerak bagai belut diketil
ekor ini, keruntuhan akhlak remaja semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Salah satu masalah sosial yang
kian merebak dalam kalangan remaja ialah gejala buli. Buli dapat ditakrifkan sebagai perlakuan ganas yang
mencederakan fizikal dan menjejaskan emosi dan mental seseorang seperti memukul, membuli, mengugut dan
sebagainya. Menurut statistik Polis Diraja Malaysia, kes buli juvana telah meningkat sebanyak 11 kes pada tahun
2013 berbanding pada tahun 2012. Peningkatan ini menyukarkan usaha negara untuk mencapai impian menjadi
negara kelas pertama. Pelbagai usaha diambil oleh kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam
menyifarkan kemelut sosial ini  tetapi usaha ini hanya seperti melukut di tepi gantang kerana kes tersebut masih
meningkat sehingga hari ini. (A) Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata, jadi sebelum mencari jalan
penawar untuk menangani kemelut ini, kita haruslah mengenal pasti akar umbi yang menjadi pemangkin kepada
fenomena ini kerana jika tiada angin masakan pokok bergoyang.

Punca dominan yang mencetuskan fenomena ini ialah remaja tidak mempunyai didikan agama yang
teguh. (M) Kebanyakan remaja pada hari mempunyai stigma bahawa ajaran agama sudah ketinggalan zaman dan
tidak relevan untuk dipraktikkan pada alaf globalisasi ini. Keadaan menjadi lebih parah apabila ibu bapa pada hari
ini tidak memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak mereka. Hal ini terjadi kerana ibu bapa pada
alaf ini sering mempunyai tanggapan bahawa ajaran agama tidak penting berbanding dengan pendidikan akademik
yang dianggap sebagai tiket kejayaan anak-anak pada masa hadapan. Sikap ini menunjukkan bahawa terdapat ibu
bapa yang semakin alpa akan tanggungjawab hakiki mereka dalam membesar, mengasuh dan mendidik anak-anak
mereka yang diumpamakan sehelai kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorakkan tingkah laku anak–anak sama
ada seindah warna pelangi atau semalap masa hadapannya. (BA) Berlandaskan sikap remaja dan ibu bapa yang
sebegini maka tidak hairanlah anak-anak tidak mementingkan amalan solat yang difardukan kepada setiap muslim
walaupun solat itu tiang agama yang dapat mencegah kemungkaran. Mereka beranggapan bahawa amalan ini
membuang masa dan tidak membantu mereka untuk mencapai kejayaan duniawi. Bukan itu sahaja, kebanyakan
remaja pada hari ini lebih bertuhankan hiburan dan keseronokan duniawi semata-mata seperti melibatkan diri dalam
‘Black Metal’. (K) Jika situasi ini berterusan sudah pasti keharmonian masyarakat dan negara kita akan
terjejas. Memetik kata-kata seorang tokoh cendekiawan, “Petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat
apabila bangsa tersebut mencintai hiburan.” Keimanan remaja yang senipis kulit bawang menyebabkan kehidupan
mereka terumbang-ambing ibarat kapal tanpa nakhoda lantaran mereka tidak dapat membezakan dosa dan pahala
lalu mereka akan bertindak untuk menyakiti dan mengasari individu lain demi kepentingan dan keseronokan diri
sendiri. (P) Tegasnya, didikan agama yang tidak mantap mampu mendorong kepada penularan gejala buli di negara
ini.

(I) Selain itu, kegoyahan institusi kekeluargaan juga menjadi pemangkin kepada gejala buli yang melanda di
nusa tercinta kita ini. (M) Institusi keluarga porak-peranda disebabkan oleh tiada lagi persefahaman antara pasangan
suami isteri. Sekiranya tiada persefahaman antara mereka sudah pasti bibit-bibit kasih sayang yang dipupuk selama
ini hilang sebagai akibat daripada sikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan impak yang bakal mengganggui
kehidupan anak-anak pada hari mendatang. (BA) Oleh itu, kes penderaan, pertengkaran dan perceraian semakin
meningkat bagai bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyirunya lagi. Menurut kajian Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM), kadar perceraian pasangan suami isteri Islam di Malaysia berlaku sekali dalam tempoh masa
15 minit. Keluarga yang porak-peranda akan lalai untuk memberikan kasih sayang mereka kepada anak-anak remaja
yang sentiasa memerlukan belaian dan perhatian daripada ibu bapa mereka. (K) Keadaan ini membimbangkan
kerana akan menjejaskan perkembangan remaja dan pembentukan personaliti remaja. Maka tidak hairanlah apabila
remaja sanggup terlibat dalam gejala samseng ini untuk menarik perhatian dan mendapatkan sekelumit kasih sayang
daripada ibu bapa mereka yang semakin alpa dalam memikul tanggungjawab hakiki mereka. Jabatan Kebajikan
Masyarakat melaporkan bahawa 50 peratus remaja yang terlibat dalam gejala negatif terdiri daripada remaja yang
mempunyai konflik keluarga. (P) Izharlah bahawa kegoyahan institusi kekeluargaan turut mencetuskan fenomena
buli remaja yang ingin melepaskan kemarahan mereka kepada individu yang lain bak kata peribahasa Melayu, ‘orang
lain makan nangka, orang lain terkena getahnya’ .

(I) Jika kita kaji dari dimensi yang lain, pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara faktor gejala buli
semakin menular dan kian serius bagai duri dalam daging di negara kita pada hari ini. (M) Hal ini dikatakan demikian
kerana remaja pada hari ini lebih mempercayai rakan sebaya daripada ibu bapa dan guru-guru mereka. Tindakan
remaja yang sanggup menuruti kata-kata kawannya tanpa memikirkan risiko dapat diumpamakan seperti kerbau
dicucuk hidung. Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja tidak ingin dipulaukan atau disisihkan oleh ahli kumpulan
sekiranya enggan menuruti perlakuan dan kata-kata mereka. Menurut Thrasher yang merupakan pelopor awal
tentang kajian buli mengutarakan bahawa pada peringkat awal remaja, golongan ini berkemampuan untuk
mewujudkan geng atau persatuan. Remaja yang masih berbau pucuk jerengau ini sanggup mengkhianati
kepercayaan ibu bapa dan guru mereka daripada mengkhianati kumpulan mereka. (BA) Sebagai contohnya, 8 orang
pelajar tingkatan 5 dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah mengugut guru asrama dengan menggunakan
parang. Kumpulan pelajar ini sanggup bertindak demi melepaskan kemarahan dan berseronok-seronok tanpa
memikirkan impaknya kepada diri sendiri dan orang lain. (K) Ekoran sikap remaja yang tersalah memilih rakan
menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir negatif seperti membuli . Hal ini dapat dikaitkan
dengan petikan sebahagian daripada hadis nabi yang bermaksud, “Jika berkawan dengan tukang besi maka percikan
api akan terkena pada tubuhmu.” (P) Pendek kata, pengaruh dan tekanan daripada rakan sebaya turut mejadi
penyebab kepada kemelut buli semakin sukar ditangani.

(I) Dalam konteks yang sama, punca yang lain ialah pengaruh media yang berteknologi tinggi. (M) Pada alaf
modenisasi dan globalisasi ini, pertambahan bilangan dan jenis media berteknologi tinggi seperti rangkaian
televisyen dan internet semakin pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Penggunaan media berteknologi ini
kebanyakannya dikuasai oleh golongan remaja yang masih mentah. Kajian melaporkan bahawa 80 peratus anak-anak
melayari Internet. Memang tidak dapat dinafikan bahawa untuk mencapai status negara maju, rakyat sesebuah
negara itu perlu memajukan diri dengan perkembangan semasa seiring dengan kehendak pasaran dunia. Malangnya,
kemajuan yang dikecapi pada hari ini turut merosakkan pemikiran dan akhlak remaja di negara kita. (BA) Terdapat
banyak media berteknologi tinggi yang mendedahkan pelbagai budaya luar dan aksi-aksi ganas yang mampu
menjahanamkan peribadi dan sahsiah remaja yang masih berumur setahun jagung. Sebagai contoh, filem Buli,
‘Gengster’, KL Menjerit dan rancangan ‘WWF Smack Down’ telah membudayakan amalan samseng dalam kalangan
remaja yang masih hijau. Penerbitan filem dan rancangan yang berunsurkan keganasan yang sememangnya
bertentangan dengan norma-norma kehidupan manusia ini disebabkan oleh sikap penerbit yang bersikap
materialistik dan ingin mengautkan keuntungan peribadi daripada mengutamakan kepentingan sejagat. Sikap
manusia yang mementingkan diri sendiri ini dapat diumpamakan bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing. (K) Kesannya, remaja akan meniru dan mengikuti aksi-aksi yang ditontoni tanpa memikirkan kesan
atas tindakan mereka. Mereka yang sentiasa didorongi oleh semangat inkuiri akan melakukan gengsterisme
terhadap orang lain seperti memukul dan mengugut untuk melihat keberkesanan rancangan yang ditontoni oleh
mereka.  (P) Ringkasnya bahawa pengaruh negatif yang dibawa oleh media berteknologi tinggi juga menjadi
pemangkin kepada kemelut sosial ini kepada ibu pertiwi kita.

(I)Dari perspektif yang berbeza pula, peraturan sekolah yang lemah turut menyebabkan masalah buli dalam
kalangan remaja kian bermaharajalela dan merebak dengan pantas bagaikan virus epidermik. (M) Keadaan ini terjadi
apabila terdapat sesetengah pihak sekolah pada hari ini lebih mementingkan pencapaian akademik dan lebih
berorientasikan peperiksaan. Bagi mereka, pencapaian kecemerlangan pelajar dari aspek akademik menjadi kayu
pengukur kepada prestasi kecemerlangan sekolah. Sekiranya hal ini terjadi sudah pasti pihak sekolah akan hilang
fokus untuk menangani kes-kes pelajar sekolah dan tidak menganalisis kesalahan pelajar yang dilaporkan seperti kes
buli yang kian hari kian bernanah di persekitaran sekolah. Pihak sekolah juga tidak mengenakan peraturan dan
hukuman yang tegas kepada pelajar-pelajar yang melakukan keganasan pelajar lain dan sikap pihak sekolah ini dapat
diumpamakan seperti singa yang hilang taringnya. (BA) Sebagai misalannya, lebih kurang 20 orang pelajar di Sekolah
Menengah St. David, Bukit Baru, Melaka bergaduh di kantin sekolah dan memukul sesama sendiri menggunakan
kerusi. Kejadian ini membuktikan bahawa kumpulan pelajar ini memantang enteng dan tidak gerun dengan
peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. (K) Sehubungan dengan itu, impian Falsafah Pendidikan Kebangsaan
untuk melahirkan insan yang holistik akan terkubur sekiranya gejala gengsterisme semakin berleluasa dalam
kalangan remaja yang rata-ratanya merupakan pelajar sekolah. Bukan itu sahaja, kepercayaan ibu bapa terhadap
pihak sekolah untuk melahirkan modal insan yang berkualiti turut akan terjejas. (P) Jadi, ketidaktegasan peraturan
dan sikap pihak sekolah juga antara punca yang menyebabkan gejala buli dalam kalangan remaja semakin sukar
diatasi.

(K) Secara analoginya, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak punca yang menjadi
pemangkin kepada penularan gejala buli dalam kalangan remaja di negara kita. Jika kemelut sosial yang
melanda  remaja di negara kita ini tidak dapat dihapuskan, remaja yang merupakan jentera penggerak kemajuan
negara  tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk memacu pembangunan negara.
Dengan ini, segala aspirasi negara hanya sekadar omongan kosong semata-mata dan akan menjadi angan-angan Mat
Jenin. (CDGN) Jadi, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri
yang mulia supaya dapat menempatkan diri sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Akta
Pencegahan Jenayah dan Akta Juvana juga perlu dikaji dan diubah suai selaras dengan zaman globalisasi. Namun
begitu, tindakan mengharapkan satu pihak untuk menyelesaikan masalah ini semata-mata tidak berkesan
kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Oleh itu, semua pihak tanpa mengenal batasan usia dan status
haruslah mengorak langkah untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah ini sehingga
noktah terakhir. (HRPN) Komitmen padu daripada semua pihak diharapkan impian untuk melahirkan modal insan
yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat direalisasikan. Secara implisitnya, negara kita dapat berdiri gah di
pentas antarabangsa bergandingan dengan negara maju yang lain dan terkenal di seantero dunia. Imej negara juga
akan harum di persada dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat kelas pertama kerana
ketinggian akhlaknya. Ahli filsuf Tao pernah menukilkan bahawa jika mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika
mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan jika mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. Biarlah
pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah masa depan mutiara negara yang berharga ini
terus terpelihara demi kebaikan bersama.
Jawapan
alaf

pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

jika tiada angin masakan pokok bergoyang

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata

Jika berkawan dengan tukang besi maka percikan api akan terkena pada tubuhmu

duniawi

dosa dan pahala

seperti kerbau dicucuk hidung

Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020

nusa

bagai belut diketil ekor 

bibit-bibit

bagai bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyirunya

orang lain makan nangka, orang lain terkena getahnya’

mencorakkan

virus epidermik

bagai cendawan tumbuh selepas hujan

bagai duri dalam daging 

ibarat kapal tanpa nakhoda 

berbau pucuk jerengau 

jika mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan jika mahu hidup
selama-lamanya tanamlah jiwa manusia

seperti melukut di tepi gantang 

setahun jagung

bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk

bermaharajalela

jentera penggerak

tanggungjawab dan obliges

bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

bernanah

bagai aur dengan tebing 

Anda mungkin juga menyukai